Miss Magnifique!!

Friday, 30 December 2011

Barakah Friday - "Mama, Ikhlas Itu Macam Mana?"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

bila aku baca2 komen2 kat entry bawah tu kan, buat aku sedar satu perkara.

buat aku teringat kat mama.

mama: biarlah apa orang nak buat kita. sekali atau berkali-kali. yang penting kita jangan balas walau sekali. malah, kalau diorang susah kita tolong diorang. jangan berkira.

teringat juga kat papa.

papa: kalau sekali orang buat kita, kita kena balas kat orang tu 10 kali. jangan sesekali biarkan orang pijak kepala kita. they have to know, we are the boss. not them.

korang rasa mana yang patut aku ikut?
fikir punya fikir petang tadi. aku pilih mama. sebab aku takut jadi macam papa.
there's no turning point kalau aku ikut cara papa. maknanya aku sama sahaja.

kadang2 aku pun tataula mama ni macam mana.
sebab mama terlalu baik.
mama selalu korbankan diri sendiri. perasaan sendiri demi orang lain.
dan sebenarnya aku tak suka, sebab aku tak suka melihat mama yang terluka.

tapi, mama kata.
"biarlah. biarlah apa orang nak buat pada kita. jangan sesekali kita jadi sama macam diorang. we are different. we have our prides. we have our manners, we are well taught."

aku tak tau macam mana orang lain boleh terus menyusahkan mama untuk kepentingan diri sendiri.

mama: walaupun pada mulanya mungkin agak pahit, tapi percayalah yang kita juga akan bahagia kerana menggembirakan mereka.

haish..
mama, mama ni bidadari yang turun dari langit ke?
macam mana dengan perasaan mama?
ini adalah soalan yang aku nak tanya. tapi, tak sempat nak tanya.

mama tak kisah menderita asalkan orang lain bahagia.
mama tak kisah susah, asalkan orang lain senang.

mama tak pernah meletakkan diri dia sendiri di hadapan.
mama tak pernah pentingkan diri sendiri mahupun perasaan sendiri.
mama selalu mendahulukan orang lain.

bagi mama, menolong orang itu adalah suatu kewajiban.
bagi mama, membuat kebaikan itu adalah rutin, seperti kita sentiasa nak makan. seperti kita solat 5 waktu.

menjadi anak kepada mama,
cuba korang bagitahu aku, 
apa harus aku lakukan? 

mama, ikhlas tu macam mana?

aku rasa mungkin mama akan jawab, (kalau dia masih hidup)

"biarlah hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati kita. tak perlu buktikan. yang penting kita serahkan pada Allah. Allah yang menilai. bukan kita. tolonglah orang selagi mampu. nanti bila susah, Allah akan lebih mudahkan urusan kita."

mungkin...mungkin itu jawapan mama.


ikhlas,
adik~

24 comments:

khairul akmal bin azman said...

pandai nye berkata -kata
bace entry ni

bertambah sayang juta2 kat mama aku

chemay said...

kalau orang buat jahat kat kita.
kena lah ikut cakap mama awak.
kalau orang buat baik kat kita.
kena la ikut cakap papa awak.
:)

Teenager Housemaid said...

khairul akmal: hehe..sayangilah mama anda..:)

chemay: haha..opss itu tak termasuk buat perkara yg baiklah..
kalau baik, papa kata buat biasa2 je..muehehe...

CekbOlat-bOlat said...

MAMA ALWAYS RIGHT.. hehehe

Aqiim said...

awak mesti rindu sgt3 kat mama awak kan? ;)

Nur Sakura said...

adik... jgn lupe doa kn mama Awk ye.. insyaALLAH tenang dia nanti....

Queenie said...

ikhlas itu tanpa rupa, tanpa suara...

Onitsuka_hana said...

sedih plak.

Woofer Storm said...

setuju kata chemay...

#hari yang baik ni kita doakan semoga yang terbaik buat mereka..wa nak ngis...

Maii said...

seorang mama mesit hebat,cool dan ohsem :DD

Selendang Merah said...

sm rindu dekat mak sm..rasa rindu semakin kuat, lepas baca entri nie..thank bg sm sedar..alway mis mum..

محمد رازيق said...

Entri ni buat aku teringat sama mama. Yer. Setuju dngr kata mama. Sentisa dokan mama yer.

Miss Xyz said...

mama akak ckp tu mungkin ada btulnya jgk.. mungkin mak akak tak kisah mnderita aslkn bhagia di sana (syurga). InsyaAllah~ ;)

ILA HonEyBuNNy said...

benar kata mama dan papa...

ila selalu beringat kt dri neh..;)

camat tahun baru..;)

Wilma said...

Mum's always right :-)
Kejahatan harus dibalas dengan kebaikan...
Barulah dunia ini akan aman dan damai...

k e y r i said...

okay entry ni betul2 membuka mata. bile bace entry kau ni teringat pulak kat parents aku gak aiseh. tp betul kate mama kau tu, senang kata kite ikot taulan dari nabi jelah. kalau nabi, ade org mintak tolong die tak kire musuh atau kawan die tolong tak? masyaallah semoga ini menjadi pengajaran baut kite semua.

p/s: erk. panjang pulak komen aku ahaha

Miss Purple Ungu said...

ikut la kata2 mama
Apa pun yg org lain nak buat kat kita
biar la Tuhan saja yg membalasnya

Original CikTeddy said...

kdang2 cik blh ikut kdue2 nasihat kat ats..entah,krisis identiti nih..emm >.<

ZORA said...

ikhlas tidak perlu di tunjuk tunjuk...:P
btw samat tahun baru..:P

MulutPayau said...

Adik.......
Adik cukup BERTUAH menjadi anak kpada mama yang sngt baik hati..mngenepikan perasaan sndiri demi orang lain...
Dan..
Biarlah Allah yg membalas segala perbuatan orng pada mama adik.....
Sentiasa doakan mama ya sayang....

qlah said...

nanges,, huhu .

akak... maafkan qlah kalau qlah ada buat salah ngn akak ye . doakan qlah selalu yer , sg akak :')


hugs...

Juliet_iRa~" said...

mama awk will proud of u!

missSenget said...

:)

jadi macam mama ye..

Liselle MonCherie said...

Mama sy pun pesan "Biar org buat kita,jgn kita buat org" Setiap bnda ada balasan nnti Huhu :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...