Miss Magnifique!!

Friday, 30 December 2011

Barakah Friday - "Mama, Ikhlas Itu Macam Mana?"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

bila aku baca2 komen2 kat entry bawah tu kan, buat aku sedar satu perkara.

buat aku teringat kat mama.

mama: biarlah apa orang nak buat kita. sekali atau berkali-kali. yang penting kita jangan balas walau sekali. malah, kalau diorang susah kita tolong diorang. jangan berkira.

teringat juga kat papa.

papa: kalau sekali orang buat kita, kita kena balas kat orang tu 10 kali. jangan sesekali biarkan orang pijak kepala kita. they have to know, we are the boss. not them.

korang rasa mana yang patut aku ikut?
fikir punya fikir petang tadi. aku pilih mama. sebab aku takut jadi macam papa.
there's no turning point kalau aku ikut cara papa. maknanya aku sama sahaja.

kadang2 aku pun tataula mama ni macam mana.
sebab mama terlalu baik.
mama selalu korbankan diri sendiri. perasaan sendiri demi orang lain.
dan sebenarnya aku tak suka, sebab aku tak suka melihat mama yang terluka.

tapi, mama kata.
"biarlah. biarlah apa orang nak buat pada kita. jangan sesekali kita jadi sama macam diorang. we are different. we have our prides. we have our manners, we are well taught."

aku tak tau macam mana orang lain boleh terus menyusahkan mama untuk kepentingan diri sendiri.

mama: walaupun pada mulanya mungkin agak pahit, tapi percayalah yang kita juga akan bahagia kerana menggembirakan mereka.

haish..
mama, mama ni bidadari yang turun dari langit ke?
macam mana dengan perasaan mama?
ini adalah soalan yang aku nak tanya. tapi, tak sempat nak tanya.

mama tak kisah menderita asalkan orang lain bahagia.
mama tak kisah susah, asalkan orang lain senang.

mama tak pernah meletakkan diri dia sendiri di hadapan.
mama tak pernah pentingkan diri sendiri mahupun perasaan sendiri.
mama selalu mendahulukan orang lain.

bagi mama, menolong orang itu adalah suatu kewajiban.
bagi mama, membuat kebaikan itu adalah rutin, seperti kita sentiasa nak makan. seperti kita solat 5 waktu.

menjadi anak kepada mama,
cuba korang bagitahu aku, 
apa harus aku lakukan? 

mama, ikhlas tu macam mana?

aku rasa mungkin mama akan jawab, (kalau dia masih hidup)

"biarlah hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati kita. tak perlu buktikan. yang penting kita serahkan pada Allah. Allah yang menilai. bukan kita. tolonglah orang selagi mampu. nanti bila susah, Allah akan lebih mudahkan urusan kita."

mungkin...mungkin itu jawapan mama.


ikhlas,
adik~

Ikhlas Itu Bagaimana?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah


ikhlas itu bagaimana?

ada orang minta tolong aku. tapi, seriusly aku tak ada hati langsung nak tolong...
sebabnya?
malas nak cerita.

jadi perlukah aku tolong?

sebab aku tau.
kalau aku tolong sememangnya tak ikhlas...

kalau tak tolong...
fine... aku kesian kat orang tu.. (susahnya nak jadi heartless ni)

aku takut benda yang aku simpan dalam hati ni makin lama makin membukit,
sekali aku meletup.
habis kat orang tu.
haih...-_-'

ikhlas itu bagaimana?

semua benda yang tersimpan dalam hati..
memang akan membawa padah dan barah.

kadang2 nasib baik ada blog.
kat sini jugalah nampaknya tempat aku meluahkan...

sebab in real life,
i cant spill anything out..

sebab apa?
sebab aku jaga perasaan orang. tak nak orang terasa.
tapi, aku juga asyik makan hati dengan diorang.
tapi, padahnya kat aku juga.
padan muka diri sendiri.

kadangkala diam itu adalah silent killer.


aku~

Wednesday, 28 December 2011

notsowordless wednesday - my picture!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah

nak tengok gambar kita tak?
jeng
jeng
jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaa~




haha!!
tetap tak ada kepala.
i think camera tak boleh nak detect kepala cik M la..
:p
sama je macam gambar profile picture tuh...-_-'


jangan maraaa haaa~ ^^

xoxo,
Cik M~

Tuesday, 27 December 2011

The Lonely

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah


2 a.m., where do I begin?
Crying off my face again
The silent sounds of loneliness
Wants to follow me to bed

I'm a ghost of a girl that I want to be most
I'm the shell of a girl that I used to know well

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you?
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in to take my heart again

Too afraid to go inside
For the pain of one more loveless night
But the loneliness will stay with me
And hold me 'til I fall asleep

I'm a ghost of a girl that I want to be most
I'm the shell of a girl that I used to know well

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you?
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in to take my heart again

Broken pieces of
A barely breathing story
Where there once was love
Now there's only me and the lonely

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you?
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in to take my heart again


sincerely,
me~

...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang :agi Maha Pemurah

.
.
.
.
.
.

kadangkala
kita hanya perlu diam.


sincerely,
me~

Monday, 26 December 2011

Ini Entry Stress.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah


stress aku stress
itu tak boleh ini jangan
dari belajar sampai ke hobi 
apa pun tak boleh.

stress aku stress
buat itu salah buat ini salah
inilah agaknya nasib anak yatim piatu 
yang punya penyakit.

stress aku stress
aku tau diorang buat tu semua sebab risaukan aku
tapi diorang tak pernah fikir ke hidup aku?

stress aku stress
hidup aku hanya untuk memuaskan hati diorang
mengikut segala kata-kata diorang
tapi aku tak mampu.

stress aku stress
aku dah tak mampu dengar kata-kata mereka
yang asyik menghalang aku
menghalang segala cita-cita aku.

stress aku stress
kenapa diorang sedikit pun tak mahu memahami?
kenapa diorang sedikit pun tidak mempeduli?
aku tidak suka hidup dengan rasa zero.

stress aku stress
bila semuanya aku tak boleh nak buat
jadi apa yang perlu aku lakukan dalam hidup ini?
hidup aku bagaikan lalang di jelapang padi.

stress aku stress
penat sudah dengan semua ini
apa perlu aku hidup
hanya jika memandang dinding putih atap merah?

stress aku stress
mempunyai masa lapang
namun tidak boleh diisi
hanya boleh membiarkan ianya berlalu pergi.

stress aku stress
kerna aku terkurung dalam sangkar emas.

Ya Allah,
moga Kau ampuni dosa hambaMu ini,
aku hanya berserah jalan takdirku padaMu,
kerna kadangkala aku merasakan
segalanya sudah tiada jalan untuk meneruskan lagi.


ma,
adik rindu mama.
if you were here,
maybe all these would not happened.
just maybe.
tapi,
takdir yang telah Allah tentukan,
siapakah kita untuk menghalang?

sincerely,
me~

Sunday, 25 December 2011

"Mama Pandai Masak Nasi Goreng Je..."

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah

mak korang pandai masak tak?

mama aku cuma pandai masak nasi goreng dengan buat lengkong buah je.(harap maklum lengkong lain mama memang tak reti buat hehehe)

kalau dulu, bawak bekal pergi sekolah(kalau aku pergi sekolah lah..:p), mama akan masak nasi goreng.
tapi, hari2 nasi goreng yang lain...hehe..(yup mama memang teror dalam mengubah resipi, atleast tak jemu makan nasi goreng yang sama je..macam2 perasa ada)

yang ni aku pun tataula nak kata ikut mama ke tidak..
aku taklah pandai masak..

tapi, bolehlah masak makanan kegemaran aku, macam spaghetti, maggi goreng, baked pasta...
yang simple macam nasi goreng, telur masak kicap, and sambal ikan bilis cili hijau tu bolehlah juga walaupun tak sesedap mana...
and aku boleh jugalah baking.. setiap kali hari raya, ada jugala 2, 3 jenis yang aku buat sendiri...
ouh, mama tak pandai buat kuih...

mama, memang tak suka memasak pun..
mama dalam kerja2 orang perempuan ni, dia agak lemah sikit. sebab dia tak minat... dia suka kerja yang adventure. yang berjumpa dengan orang..apa2 yang kerja di luar(aku pun suka juga, tapi situasi aku sekarang sangat terbatas).. kerja2 perempuan ni a.k.a kerja2 dalam rumah ni, adeih...memang tak ada maknanya dia nak buat..hehe
kalau aunty2 aku and nenek aku bab2 masak, bab2 buat kuih, bab2 kerja2 orang perempuan ni memang superblah wa cakap sama lu..
huhu..

aku nak masak boleh tu bolehlah(tak pandai sangat), tapi, ikut mood...
and aku suka buat resipi sendiri, tak suka ikut resipi yang betul..
and kalau masak tak suka ada orang tengok melainkan aku yang minta tolong...

mama: adik ni kira lagi baguslah dari mama. atleast, adik boleh juga masak, boleh buat kuih. mama ni tak pandai masak pun. i'm proud of you, you know?

and, masa mama sakit, dia selalu suruh aku masakkan maggi goreng (resipi aku) untuk dia... yang maggi goreng ni, ada haritu mommy (aunty yang aku panggil mommy) tolong aku masakkan untuk mama, sebab dia tahu yang aku penat, jadi dia naklah tolong..
rupa2nya mama tau je kalau maggi tu bukan aku yang masak...

and, dia suka kopi yang aku buat... (aku tak minum kopi, tapi aku pun tatau macam mana kopi yang aku buat tu sedap..) mama kata, dia tak pernah minum kopi sedap macam aku buat..(sebab aku anak dia kan? hehe)
and dulu, kalau aku tak sempat nak buat kopi untuk mama(sebab terlambat bangun), aunty y tolong buatkan..(aku tau diorang semua kesian kat aku)
mama aku tahu taw..

mama: kopi ni bukan adik buat eh?

aku: er... adik turun lambat tadi. bila turun, tengok2 aunty y dah siapkan breakfast mama.. kenapa, ma?

mama: tak serupa dengan kopi yang adik buat.. adik buat sedap...
*kantoi lagi :D*

*huhu..itulah mama aku masa sakit dulu..asyik mengidam air tangan anak dia aje..:)
aku bersyukur, sempat juga aku buat something untuk mama walaupun tak seberapa..

tapi, bila orang tanya aku pandai masak atau tak...aku jawab tak pandai..
memang tak pandai pun.. yang setakat simple tu...budak form 1 pun boleh masak..kekeke...

p/s: lepas ni korang masaklah untuk mak korang... atleast ada something dalam memori..:)

ikhlas,
adik~

Saturday, 24 December 2011

10 Things About My Mama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah

ada banyak perkara yang aku tak tau pasal mama. 
kalau diikut dengan kiraan sebenar, aku rapat dengan mama 5 tahun je sampai dia meninggal.
sebelum tu, mama terlalu sibuk. kerja dari pagi sampai malam.
mama keluar pagi sebelum aku jaga. balik lepas aku dah tidur.
hari sabtu atau ahad je dapat jumpa, jalan2, makan2...
atau pada hari aku ada checkup dengan doktor.

dan apa yang aku tau..
sebenarnya aku takut aku akan lupa, atau terlupa..
kalau aku tak tulis. kalau aku tak catat. so apa kata aku catat sedikit demi sedikit... :)
aku rasa mungkin dengan menulis perkara ni, akan buat rindu pada mama berkurang sikit..hehe..ntah..
nasib baik jugalah, mama ni jenis suka bercerita... mama selalu cerita macam2... mengenai hidup dia.
tapi, aku takut ada lagi yang tertinggal..aku takut ada lagi yang aku tak tau...
kesusahan mama, kesedihan mama, kesukaan mama, kegembiraan mama, kebahagiaan mama, kepayahan mama...


apa2 pun, aku cuba catat 10 things about my mama... ^_^

1) mama ulat buku. 
aku rasa aku jadi ulat buku sebab mama kot.

2) mama boleh duduk dekat kedai buku dari pagi sampai petang. 
kitorang kalau keluar kitorang akan lepak kedai buku. keluar dengan mama best. boleh duduk kedai buku lama2...

3) favorite drinks mama air orange, mango atau apple.
kalau keluar makan atau minum, air ni lah yang mama selalu order. aku pun dah terbiasa dengan air ni, sebab mama selalu suruh aku minum air yang sama dengan dia minum. dia cakap sedap... ^^

4) bahasa english mama lebih bagus dari bahasa melayu.
ni aku tak berapa nak ikut. sebab bahasa melayu aku lebih bagus dari bahasa english. mama cuma boleh cakap and faham bahasa melayu perbualan harian. kalau korang bagi dia sajak a samad said ke. bahasa yang berkias2 ke, pantun ke, peribahasa ke, haa, dia akan start buat muka blur dia.
pasal tu, aku suruh dia baca novel melayu banyak2, jangan asyik baca novel omputeh je. 
tapi, abang2 aku selalu buli aku, diorang kata aku anak angkat, sebab cuma aku punya BI je tak power macam diorang. jahat kan diorang? tapi, tak apa, lepastu diorang kena marah dengan mama sebab buli aku..hahaha..
p/s: mama orang melayu. tapi, mungkin sebab dia dari kecik sampai besar sekolah omputeh, and then suka baca novel omputeh..tu yang jadi macam tu..tapi mungkin sebab atuk mama pun memang speaking and banyak ikut cara western kot... haih...

5) mama kena tidur dengan lampu yang terbuka.
mama akan sesak nafas dan lemas kalau tidur dengan lampu yang tertutup. 

6) mama kalau mandi memang sangat lama.
ni semua anak2 dia mengikut.. tapi mama kata, papa pun mandi memang lama. 

7) mama sangat friendly, peramah.
aku rasa semua orang kawan mama. mama memang berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa memilih kawan. 
mama pernah cakap, "kawan lah dengan semua orang, dengan orang hisap dadah ke, dengan orang jahat, dengan orang yang memang teruk ke, yang penting jangan terpengaruh. berkawan adalah penting, tapi jangan sesekali terpengaruh, ingat mama sebelum nak buat apa2 yang tak baik."
aku rasa, pasal tu kot semua orang sayang mama... letaklah orang high proffile ke, low prolfile ke, tak ada profile ke, semua mama layan baik...

8) favorite color mama warna hijau.

9) mama suka pakai eyeliner dengan eyebrow.

10) favorite actress mama, julia roberts dengan sandra bullocks.
abangah kata aku minat dua2 actress ni sebab mama minat..
ntah..maybe lah kot..huhu...

ikhlas,
adik~

Another "rengekan" Childish...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah

dulu masa mama ada,
everywhere was home.
sekarang bila mama tak ada,
anywhere is just a strange place.

mama,
adik rindu mama...
mama,
adik takut.

mama,
kenapa adik panggil mama tak jawab?
mama,
kenapa adik cari mama tak ada?

mama,
adik rindu mama...
mama,
this world is too dark...
mama,
i'm afraid...

mama,
adik dekat mana?
mama,
mama dekat mana?

mama.
we are in a different world.
mama,
macam mana kita nak communicate?
mama,
adik... cuma nak mama...

mama,
adik takut.
mama,
adik rindu mama.

mama,
help me...
i'm missing you so  much...
and adik cuma boleh doa untuk mama.
tapi,
adik tamak...
adik nak mama dekat sini dengan adik.
real.
jasad.
that i can hug and feel safe again...

mama,
walau hanya dalam mimpi,
just please....

*and i sing myself a quiet lullaby to sleep*

ikhlas,
adik~

Thursday, 22 December 2011

Daily Make-up Routine

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

kali ni i nak buat entry gedik la...(tengok siap pakai "i" lagi taw)...
so kalau tamo bosan, sila tutup! :p

you alls, what's your daily make-up routine?
or youu alls tak pakai makeup?
hikhikhik..(sila ketawa dengan cara yang amat gedik)
*ok stop, over dah tu...;p*

ini untuk girls punya entry yea? karang kalau lelaki baca mahunya korang bosan...
i dont want you guys bosan, you know, dengan entry gedik ini.

i dont know how to make-up sebenarnya,
i am a bookworm, a cutie-nerd (perasan okeyh?), a cover-macho-lady, si egomaniac, and actually macam tak masuk je nak cakap pasal make-up... -_-'

but this is my daily makeup routine...(kalau rajin nak makeup ;p)

1st) ofcoz bbcream, from skinfood..warna 02...aloe bbcream..


2nd) yea, twoway cake angelfit maybelline..its soft, full coverage tapi texture dia sangat light, tak rasa macam pakai bedak pun.. love it so much, and the color really fit my skin color..:) since umur 17 setia dengan angelfit ini..;p
3rd) eyeliner..ni brand eyeliner apa2 pun boleh..i tak kisah, u know.. tapi suka pakai warna brown..tak suka pakai warna hitam(hitam kalau ade function je pakai).. sebab warna brown lebih nampak natural..;p and kalau daily, memang pakai dua calit je kat bahgian atas mata.

4th) blusher maybelline ini sangat saya suka..sebab dia tak nampak macam pakai blusher pun, dia lebih kepada glow my cheek yang tembam ini (hehe)..warna wooden rose.. sangat soft (gila apa nak pakai warna tebal2 hari2? ish) ;p

5th) lipbalm dari nivea..(lipbalm is a must!!!)warna soft rose. suka pakai ni, sebab dia bagi effect pinkish kat bibir. and kadang2 lepas pakai lipbalm ni, tak payah pakai lipgloss pun tak apa.. 

6th) okeyh...ini kalau rajin je nak pakai... tapi, selalunya malas...;p pakai lipgloss.. sekarang pakai shiseido punya lipgloss warna pink pk406..pakai shiseido sebab SeoHyun SNSD pakai lipgloss ini ye..;p
*semua gambar kredit to mr google..;p*

tadaaa~

NO PICTURE!

hahaha..
aku malu nak tunjuk gambar kat sini..
tamo tunjuk gambar..
i tak cantik macam fatin liyana okayh?
ni pun saja2 nak buat entry gediksss...

so how about you alls???
what makeup did you wear for daily? (seriusly grammar macam hape tah)
meh kongsi jom..^^

xoxo,
Cik M~

Wednesday, 21 December 2011

notsowordless wednesday #2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah

*bbm story

lovelykazen: 
babe 
are you busy?
sorry just wanna ask
you remember tak
the girl in some blog
yang the girl so funny tu
sapa eh nama dia?

me: 
Maria Elena
*smiley face*

lovelykazen:
thank you sweetheart
by the way i miss you...
*hug smiley icon*

me:
your welcome..i miss you too sweetpie.. *hug smiley icon*
dont forget jenguk my blog also...*naughty smiley icon*

lovelykazen:
orite sure bebeh..
*smiley face*

*3 jam kemudiann.. 
omaigod omaigod omaigod...
i cant let my lovelykazen read my blog..aduh macam mana ni.. i never tell her bout dolphin!!!
surely i dont want my rahsia pecah okay!!!!! 

*aku dikenali sebagai seorang yang sangat perahsia... basically, my lovelykazen knew everything bout me... but not about dolphin... and i'm sure not sooo gonna tell her bout this.. and if dia buka belog ini.. and tiba-tiba baca entry pasal dolphin...
i'm so gonna be Deaddddddddddddddddddddddddddd!
i mean, sebab aku tak bagitau dia pasal dolphin...

*tapi, thank god she's not a blogger and not the kind yang suka baca blog orang..dia suka maria elena pun sebab dia suka tengok vlog maria elena... itupun aku juga yang kenalkan dekat dia. and ofcoz dia pernah tau pasal kewujudan blog ini.. but that was 8 months ago..and ofcoz she must be lupa akan kewujudan this blog memandangkan dia bukannya aktif dalam dunia blogging or i dont think dia rajin nak membaca...

so i just prayed...yang dia lupakan this blog and aku kena buat some alasan untuk dia tak buka langsung...but if, i get caught sebab cuba untuk tipu sunat (hehe..;p)...she's must be much more suspicious...memandangkan she knows me quite very well...*and seriusly aku ada terdetik nak delete semua entry dengan label dolphin itu...* -_-'

and dengan lafaz bismillah...

so here's the sambungan...

*bbmstory - after 4 hours

me:
oopppsss.. i forgot to tell you yang i dah privatekan blog. just orang yang ada blog je boleh baca...hehehe..
sorry...
*smiley face*

*dalam hati doa2..agar dia belum buka lagi and percaya dengan kata-kata ku ini...or kalau dah buka pun, hope dia tak suspicous dengan statement putar alam ku ini.. ;p

lovelykazen:
patutlah saya nak buka tadi tak dapat..
*smiley face*

ekk??
*err... sumpah aku gelak...*
hehehe..
u got what i mean?

p/s: to my lovelykazen, if you did read this...(which i dont think so, memandangkan dia kata dia tak dapat buka blog aku ;p) 
errrr...errr...errrr...
we talk later okay? haha..;p

sincerely,
your bookwormbutberlagakmacho cousin. ^^

Monday, 19 December 2011

They Are Super-Cool!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

bila aku berblogwalking tadikan..
aku ada jumpa blog aku kat sidebar beberapa bloggers..
aiseyman..
terharu sangat woo..

and thanks kepada semua pembaca setia (kalau ada), pengkomen setia (kalau ada)...
*ye, aku tau aku suka perasan..;p*
aku nak listkan beberapa blog ni.. they are super cool!!!
super awesome!!!!
jenguk belog mereka ok? :)

aku tatau apa nama kakak ni..aku panggil akak or kakak je.. dia ni antara selalu bagi komen membina untuk aku... and hehehe.. blog aku ade kat sidebar die..;p

dia ni aku kenal sejak awal2 berblogging lagi..mmg rajin komen blog aku..hehehe.. and dia selalu cakap kedah + negeri smbilan dgn aku..aku pun tatau kenapa.. oit jebat, cek orang selangor yea...;p

3) akuzleayu :
ok kakak ni... dia ade buat entry pasal aku..seriusly aku terkejut. terima kasih kak.. tapi hati saya sama je macam orang lain..T.T

4) aqiim :
 haaa dia ni... pun rajin komen kat blog aku. and thanks atas komen dekat entry once upon a time tu..:)


5) JoQusary :
aku suka gila gaya penulisan dia..seriusly cool!


6) misty mind :
kakak ni aku dah lama juga kenal..rasenye since awal tahun 2009 kot? ke akhir tahun 2008?


7) ainur :
yang ni haritu aku ada buat entry untuk dia, sebab masa dia join segmen abang ben dia letak nama belog aku 1st..ter;ejut gak aku..sebab aku tatau pulak dia baca blog aku..hehe.. kalah maria elena ok? ;ppp
*yep aku tau aku perasan*


8) fanywany :
bila aku baca nama die ni aku teringat tiffany kumpulan snsd.. sbb fany fany tiffany.. ni fany wany..heheh

tambahan lagi tiga belog yang aku baru tahu, ^^ (ini entry aku baru edit pukul 10.30 am)

9) DianaAzis :
kak diana, thanks doakan arwah mama saya.. :))))

10) Cik Teddy :
dia ni pun suka komen kat blog aku..hehehe... :)))   
  
11) wakgelas :
aku suka tengok gambar2 kat belog wak ni..:))  


*okay sebenarnya belog2 ini (dalam list di atas) semua belog yang aku jumpa nama belog aku kat sidebar diorang dengan dalam entry..(seriusly terharu ouh)
err..aku tataula kalau ada yang tertinggal..kalau ada yang tertinggal sila beritahu..
sebab seriusly aku pun baru tau and baru nampak..huhu. sebab aku cek kat nuffnang tadi..;p
sorryla aku ni kurang celik it.. so bila dapat tau semuanya dah lambat..hehehehe..;p


*ataupun aku je yang perasan nama aku ada kat dalam belog diorang..kekekeke...


*tapi, belog diorang memang supercool! ;p


xoxo,
Cik M~

You Are Stronger Than You Know

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah

"whatever you are facing today,
remember to give yourself some credit
for making it this far.
you are stronger than you know."
(queotes yang aku rembat dari twitter)


aku suka quotes kat atas tu.
tapi, sebenarnya yang lebih tepat lagi,
kekuatan yang kita dapat ni semua dari Allah.

Allah menguji kita kerana tahu kita mampu menghadapinya.
kita seringkala tidak yakin akan diri sendiri,
tapi, kekuatan kita is beyond our imagination you know..

nanti maybe one day, bila korang lihat balik ke belakang,
korang mesti macam,
whoaaa.. i never knew i could make it this far...

like me la...
aku sekarang, bila toleh semula ke belakang,
melihat kisah-kisah yang dah macam slide show ni,
aku pun macam,
whoaa..
macam tak percaya aku melalui semuanya.

tapi, bukanlah semuanya smooth dan lancar.
yeah, maybe dengan air mata.
maybe dengan kepedihan yang tak dapat di explain kan melaui words.
but we just feel it, feeling it, felt it.

you know what, my dear eaders,
you are strong.
because you learned from your mistakes,
you grew up with all the problems.

so, senyum and laugh.
because, 
i am.. :p



happy monday,
tolong jangan malas2 di hari isnin yeah! ;ppp

xoxo,
Cik M~

Sunday, 18 December 2011

"Once Upon A Time..."

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah



once upon a time
there was a little girl.
she was a lonely little girl.
her parents divorced
the day she was born.

her father dissapeared.
her mother was working hard 
to gave her and her brothers a very good life.
unfortunately, the little girl was sick.

when she was 15,
her mother passed away because of cancer.
when she was 18,
her long-lost father also died because of cancer.
then,
her brothers left her.
alone.

now,
here she is.
stronger than ever.
because she realised
life is no fairy-tale.
life has no prince charming.

the only way to live,
is just 
survive.


sincerely,
me~

Saturday, 17 December 2011

Alvin and The Chipmunks 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah


aunty y: adik, boleh tak bawak iq n ki pergi tengok wayang. diorang nak tengok alvin and the chipmunks 3 la. aunty y banyak kerja di rumah ni. tak ada masa nak bawak diorang.

*aku blur kejap. dalam otak, aku berkira-kira duit yang ada. ouh yea, aku da tak boleh nak belanja sukahati aku,duit dah kekurangan ni... huhu.. tapi, nak pergi tengok wayang ni bolehla...

adik: em, okaylah. bila nak pergi?

aunty y: bila2 lah...

*mak aih tiket kanak2 waktu pagi 8 ringgit? biar betul? mahalnye. nasib baiklah parents budak2 ni bagi duit tadi. kalau tak...aiyakk...mase ni aku pergi dengan kakak angkat aku sekali, tapi dia pun student  and oh dia mualaf, so nenek aku ambil dia jadi anak angkat..
err...actually pasal dia ni complicated ckit..
maksud aku complicated sebab, dia ex-gf abangah aku, dia kakak angkat aku, tapi dia juga anak angkat pada nenek aku..jadi kirenye dia ni kakak angkat ke makcik angkat aku eh?



bestla cerita alvin and the chipmunks 3 tu... kisah pasalsi alvin yang masih tetap nakal di movie yang ketiga ini, cuma lepas dah sesat tu and bila simon da jadi simone...barulah dia sedar akan erti tanggungjawab...
ada moral yang bagus la.. tapi, last sekali dia tetap nakal juga...aiyakk..
aku suka gila tengok theodore.. comel wooo dengan pipi dia yang tembam.. heheheheh

cerita ni sesuaila untuk budak2 and yang dah tak budak sangat macam aku ni..hohoho...

lepas tengok tu, aku ajak diorang balik..kesian budak2 ni..
aku tak belanja diorang makan...

aku: iq, ki.. nanti kalau kakak ada duit, kakak belanja korang makan ok? and kakak belanja korang tengok wayang...sorry sangat sebab tak dapat belanja korang..

*kesian aku tengok budak2 ni...tapi apakan daya...

iq: tak apa, iq tak kisah...

ki pula punya diam je.. dia ni manja sikit,... biasala anak bongsu...
iq pulak perangai dia pelik sikit tapi dia baik, masa aku tak ada duit haritu, dia pernah belanja aku makan okay!

aku: nanti kalau kakak ada duit lebih, kakak belanja iq and ki tengok wayang, jalan2 dengan makan ok! akak janji, ok?

iq and ki: okay!! (baru mood diorang ceria sikit, tapi..entah bilalah aku punya nanti tu,..haih..)

iq umur dia tahun depan 11 tahun..
ki umur dia tahun depan 10 tahun..
tapi ki ni memang tak matang2 lah...
iq pula memang control macho habis...
adeih..adik2 au dua orang ni...

*ouh, diorang ni sebenarnya kazen aku.,..yang tinggal satu rumah dengan aku... jadi secara tak rasminya aku ni kakak diorangla..
and paling buat aku terharu and rasa ada family sebab, diorang pernah buat karangan pasal aku..
and anggap aku betul2 kakak diorang...;ppp

iq and ki, kakak sayang korang banget yeah!!!

xoxo,
Cik M~

Friday, 16 December 2011

Hey, I'm Okay... ^^

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

aku agak terkejut bila setiap kali cek dashboard ada comment yang tak putus2...
and i am sooooo touched with all the warm comments and responses..

thank u so much to all of you guys..
i didnt mean to made all of you sebak, sedih, or nangis, or yang sewaktu dengannya..
i just wanna shared my experiences here..
and moga boleh dijadikan iktibar pada semua..

for me,
aku jenis yang boleh opened up, bila aku rasa aku dah get over all those things..
dan bila aku rasa aku dah get over, and aku boleh bercerita kembali mengenai masa lalu,
means, i'm stronger than ever.
that's why i shared.
but yeah, its not easy..
its not easy to write about your past..
its not easy to opened up..
but, 
for me, if i just keep it to myself,
luka itu akan berdarah semula..(alamak ayat puitis la pulak kan)

sekarang ni, yeah aku memang dah okay...
kalau aku tak okay..
i'm not going to wrote that 'history'..
aku akan terus dalam dunia aku...
sendiri...
alone..
and live with all the past and memories...

and sampai ade yang takut nak bergurau dengan aku, alamak relaks la..^^
aku jenis yang boleh bergurau and funny je orangnya..(alamak masuk bakul angkat sendiri nampak, cik m neh)
cuma, di sebalik itu mungkin aku ada 'pathetic little story'
and ofcoz aku percaya semua orang ada..
cuma, mereka tidak mahu untuk berkongsi...
dan aku pula berkongsi disini..:)

aku sangat harap, kisah2 yang aku paparkan kat sini,
dapat bagi semangat, motivasi, and iktibar kat korang semua..
(ececece konon nak jadi pakar motivasi la ni)

*cita-cita aku sebenarnya nak jadi pakar psikologi, untuk membantu orang2 macam aku, dan juga untuk jadi pakar motivasi..cuma.... 
cita2 itu...bagaikan sangat tipis untuk digapai saat ini..mungkin rezeki aku, di bahagian penulisan, maybe???
i dunno..

huhu...
anyway..thanks for reading and commenting, 
and give lots of love and warm supports...:)
*seriusly i rily need all these..:)

may Allah bless all of u..amin..^_^

xoxo, ikhlas, sincerely.
Cik M a.k.a adik a.k.a me ^^

Barakah Friday #2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah



Ya Allah,
Moga hari ini
Aku lebih tabah
Dari hari semalam.

Dan
Moga amalanku hari ini,
Lebih ikhlas dari hari semalam.


selamat beramal semua

daaa~
xoxo,
Cik M~

Thursday, 15 December 2011

"Mama, Yakin Yang Adik Boleh Buat..."

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

this is not easy for me to write it..but, just shared with u guys...

*masa: 2006
*tempat: hospital

adik: mama, adik tak yakin adik boleh buat pmr ni, ma.. adik tak nak amik exam.

mama: janganlah macam tu sayang. mama yakin adik boleh buat.
(mama sedang baring di katil hospital, actually mase ni, 3 bulan sebelum arwah mama meninggal, mama meninggal sebab kanser and tumor)

adik: mama, masalahnye adik ni bukan macam orang lain tu. adik tak belajar pun macam orang lain. mama pun tau, masa form 1, adik datang sekolah on and off, masa form 2 pergi sekolah, sempat sebulan je, masa form 3 ni pun hari tu pergi sebulan je and amik trial. macam mana adik nak buat ma?

mama: janganlah risau. mama yakin adik boleh buat. adik kan anak mama. adik kena percayakan diri adik sendiri macam mana mama percayakan adik. 

*aku peluk mama sambil nangis kat katil hospital...sungguh masa tu aku taktau nak cakap apa sebab keyakinan aku untuk ambil pmr adalah tahap zero...pelukan seorang ibu juga yang terbaik...

masa form 1, aku on and off datang sekolah sebab penyakit.
masa form 2, tak datang sebab penyakit aku getting serius.
masa form 3, keajaiban Allah, aku sihat tapi mama pula sakit, tapi aku tak pergi sekolah sebab mama cuma nak aku saje yang jaga dia. so, aku korbankan sekolah sebab mama.

aku belajar tiga tahun punya 9 subjek hanya dalam masa seminggu sebelum pmr, aku belajar kat hospital.

dan masa aku tengah ambil exam science, arwah mama kena buat ujian MRI, masa aku tengah buat subjek science tu, aku risau sangat sampai nangis, sebab aku tau mama takut. mama takut segalanya pasal hospital. aku risau sebab tak ada orang temankan dia melainkan orang gaji.
aku nak sangat temankan die, tapi aku kene ambil exam....
abang2 aku??? tak ada maknanye diorang nak temankan mama aku.
sedangkan masa doktor nak cakap dengan anak2 mama pun, diorang suruh aku pergi dengar apa doktor nak cakap pasal penyakit mama. bayangkan umur aku masa tu cuma 15 tahun je.. 

lepas habis exam aku terus pergi hospital, nasib baik mama okay. atau pura2 okay depan aku?

*waktu ambil result, aku memang tak expect ape2 untuk result ni, mungkin aku gagal semua subjek...
aku tengok result,
2A= Bahasa Melayu, Pendidikan Islam
2B= Bahasa Inggeris, Sejarah
2C= Geografi, Kemahiran Hidup
2D= Science, Bahasa Arab
1E= Mathematic

aku tak heran pun yang failed tu, aku tak belajar macam mana tak failed kan? aku heran yang dapat ABC tu...but, yeah..i'm so heppy!!!
orang 1st yang aku called mestilah mama.
bila balik rumah, orang first yang aku jumpa mestilah mama(masa ni mama minta nak balik rumah sebab raya haji. masa ni 2 minggu sebelum dia meninggal)

adik: mama, adik betul2 tak sangka adik lulus and ada a utk 2 subjek.. mama, terima kasih sebab yakin dengan adik.
(truthfully, tak ada seorang manusia pun percaya aku boleh dapat abc mase pmr, semua orang bila aku bagitau result, semua buat muka tak percaya, tapi mula percaya bila aku tunjuk slip result)

mama: mama dah cakapkan, anak mama mesti boleh buat...anak mama bijak.. malah mama sebenarnya expect adik dapat 4A...

sebenarnya yang aku sedar lagi satu perkara, ialah mungkin ini berkat aku jaga mama. Allah kan maha adil? Dia tau apa yang telah dialami oleh hamba2 Nya..Allah balas dengan kejayaan dan kejutan..

bila semua orang tak sanggup nak cuci kaki mama, aku cuci tanpa rasa takut walaupun darah membuak2...
bila semua orang mual dengan bau yang keluar, aku tak kisah, aku buat macam biasa sebab itu mama aku...
bila semua orang takut tengok, ketumbuhan yang masa tu besar dia macam bola sepak, and kulit pun dah tak ada kat ketumbuhan di lutut tu, aku tak takut pun..
masa semua orang takut2 kan aku supaya jangan pegang ketumbuhan tu sebab takut jangkitan kuman, aku tetap pegang juga, sebab kalau tak pegang macam mana aku nak cuci bersih?

dan bila mama pergi, itulah tahun terakhir aku dengan mama... itulah tahun terakhir aku jaga mama...
dan apa yang aku buat untuk mama sepanjang mama sakit, itu adalah yang terakhir...
atleast, aku sempat buat apa yang termampu...walaupun mungkin bukan yang terbaik..
tapi, aku mencuba apa yang aku mampu..
dan masa itu tak mungkin akan kembali..
kerana ia yang terakhir...

dan kata-kata semangat mama buat aku, akan aku simpan and kenang sampai bila-bila dalam kotak ingatan aku, dalam hati aku... sebab kata-kata itu tak akan berulang lagi di realiti ini...

ikhlas,
adik~

To, ainnuramuirnbeathadan!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah

yeah, you!
thank u awak sebab jadikan kita antara 5 blog pilihan awak..
terharu sangat.
lepas tu nama belog kita first pulak tu.
lagi kita terharu sangat.
kalah maria elena! :p
(okay ini saya perasan, gila ape nak kalahkan maria elena tu? dahla popular, kita pun peminat belog die..kekekeke)

walaupun nama awak panjang dan berbelit jugak la lidah nak menyebut
kite tetap try tulis nama awak panjang2..
( ainnurramuirnbeathadan <----klik cni untuk pergi ke belog die ye!)
ainnuramuirnbeathadan (betul tak ejaan kite ni???) hehehe

sebenarnye mase first kite baca nama awak kite tak baca sampai habis pun sebab panjang sangat 
*ataupun sebenarnye dipendekkan cerite kite ni pemalas! u know u know, M stand for malas! ;p *
sorrrrryyyyyyyyyyy banget yee..:)
kite amik ainur je..hehehe

anyway thanks sebab sudi bace belog kite yang tahpapeni setakat nak meluahkan perasaan je..:)

*AND UNTUK SEMUA PEMBACA BELOG INI (kalau ada la, kalau tak ada tak ape, i know who i am, hanyalah seorang maid je..sob..sob..sob:p)
THANKS SEBAB BACA BELOG INI YEA, LOVE U ALLS MUCHO-MUCHO, OKAY? 
TERIMA KASIH SEBAB SUDI MELUANGKAN MASA MEMBACA BELOG teenagerhousemaid NI.
AND TERIMA KASIH SEBAB SUDI KOMEN AND BAGI SEMANGAT, SERIUSLY, I'M SOO TOUCHED.. EVENTHOUGH KITA SEMUA KAWAN ALAM MAYA..
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU!

daaa~
xoxo,
Cik M~~

Wednesday, 14 December 2011

Permohonan Untuk Jadi Writer Ditolak.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah

dukacita dimaklumkan pemohonan
untuk menjadi writer di majalah terbaru kami telah pun ditolak
kerana kuota untuk team seramai 7 orang 
telah dipenuhi..

my feeling?
entah okay je..
huhu..
tak adalah sedih..tak ada rasa terkilan atau apa2...
bagi aku, semua itu rezeki..
bukan rezeki aku disitu. 

and aku rasa my writing piece pun not good enough
sebab dibuat dalam keadaan yang agak tergesa-gesa, siap pukul 4.30 pagi
and entah berapa banyak kali aku tulis padam tulis padam tulis padam..
last2 sekali aku tawakal je buat yang terakhir dah tak ada padam2 lagi and terus hantar tanpa double check!!
hahaha!
aku tak tidur satu malam kot buat bende tu, sebab aku tau pasal ni pun da terlambat, sejam sebelum pemohonan tu ditutup aku baru tau, tapi aku tawakal and tanya boleh dapat detail tak..

pastu dia kata, still boleh lagi, and dia bagi detail, tapi nak cepatlah sebab dia dah nak tutup pemohonan..
tu yang aku tak tidur malam tu, sebab nak bagi cepat..
tapi cepat pun tak cepatlah, aku dapat tau pukul 11 malam, gitu gini ambil detail dari orang tu,
then aku hantar pukul 4.30 pagi..

so, faham2 jela ye kerja orang yang kelam kabut hantar artikel..hehehe..
tu aku kata, aku belum layak lagi..
tapi, ramai juga yang yakin dengan kebolehan menulis aku yang baru tahap tadika ini..
hehehe...
but its a great experience..

bagi aku, normallah untuk ditolak..
sebab aku bukannya handal menulis...
aku cuma luahkan..luahkan apa yang aku rasa...
dan jadikan ianya dalam bentuk penulisan..

a great experience sebab, atleast aku mencuba.
bagi aku mencuba sesuatu yang baru adalah penting..
sebab hidup ni macam mana pun kena terus bergerak..
masa tidak akan berhenti...

so, you alls,
jangan gentar untuk mencuba..
mungkin kita takkan berjaya..
tapi, kita kena mencuba dan terus mencari peluang untuk berada di right path and track..

Allah jadikan setiap insan itu istimewa..:)

daa~
xoxo,
Cik M~

Tuesday, 13 December 2011

Writing Piece

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah

aku tengah cuba menyiapkan my writing piece untuk dihantar sebagai permohonan
dan tiba-tiba aku mengalami mental block
its about inspirational story
i'm working on this writing piece
entah diterima atau tidak
aku tak tau
yang penting aku mencuba
atleast aku mencuba sesuatu
aku tak mahu gagal sebelum mencuba apa-apa.

aku pun tak tau sama ada writing piece aku akan menyentuh hati dan perasaan atau tidak
yang aku tau aku menulis dari hati dan pengalaman
tapi,
its not easy to write bout your past without tears...

dan entah kenapa aku lost confident
sebab kisah aku kisah yang rumit dan panjang
entah orang akan faham atau tidak
kisah aku penuh berliku
dan jika aku sendiri tak percaya yang aku sudah melaluinya
apatah lagi orang yang membaca

i have a complicated life.
i have so much sad stories that are real bukan imaginasi.
and it hurts alot
to open it to people.

tapi, orang yang kuat
ialah orang yang berani menceritakan kisahnya
dengan senyuman bukan?

ramai orang kata,
kisah aku sangat boleh untuk dijadikan inspiration pada orang lain.
tapi, aku rasa aku belum layak.
kerana aku bukanlah orang yang terkenal.
aku bukanlah orang yang berjaya mencipta nama.

aku hanyalah insan biasa.
yang tidak punya apa.
yang cuba jalani hidup ini dengan senyuman.

anyway,
please pray for me yeah...

May Allah bless all of u...

sincerely,
me.

Saturday, 10 December 2011

Tulang Pipi Tinggi, Kelebihan Atau Kekurangan?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

Hello, semua!
hows your day yo? adakah u olls semua doing good?
aku??? hm... biasa-biasa saja.. life getting hard each day..-_-'

haa..
apa pandangan korang terhadap wanita yang bertulang pipi tinggi (ada cheekbones kalau bahasa omputehnya)?
kelebihan atau kekurangan?
sebab ada yang cakap kalau tulang pipi tinggi ni lawa, chantek..
ada yang cakap, ish tak lawalah muka nampak tembam, besar, lebar...

ok, aku berterus terang la, aku antara perempuan yang ada cheekbones..
aku bersyukur je bila ada cheekbones ni, tapi, satu part paling aku tak suka ialah kalau makan banyak,
sebelum bahagian2 lain yang naik, pipi aku akan naik dulu...
and bila senyum, sumpah memang nampak tembam giler okay...

aunty2 aku suka kata "adik ni tak payah pakai botox, pipi dah naturally macam pakai botox"
sabar jelahhh... 
adik2 sepupu aku pula cakap, "akak ni.... muka tembamlah"
sabar jelahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....

bila nak tangkap gambar, mestilah muka aku yang nampak paling besar...
bila kurus, memang tak nampak sangatlah pipi tu tembam, tapi tetap nampak pipi aku naik tinggi..ish...
tapi, oleh sebab sekarang badan aku da berisi, (disebabkan aku malas nak jogging , cuma skipping je seminggu 2 or 3kali, memang naiklah badankan..dulu setiap hari aku jogging 7 hari seminggu ok!!)
*haa lagi satu walaupun berisi tetap dalam BMI ok!!! so aku tak overweight ok!!! sajela nak bagitau..kalau tak caya, pi tengok gambar profile aku tu, mana ade gemuk, berisi je...*;p

tapi, kalau orang melayu ni, diorang lebih suka muka yang bujur sirih, 
yang bulat atau ade cheekbones ni diorang kata tak cantik..
terutama orang2 lama, (macam nenek aku, aunty2 aku)
diorang suka muka yang bujur...(mentang2 lah muka diorang semua bujurkannn...arwah mama aku pun muka bujur cantik kann..aku jela tak lawa..tamo kawan kang baru tauuu)

tapi, mostly kalau tengok orang barat punya taste, diorang suka yang ada cheekbones kan..

*to lelaki, tolong jangan tengok bahagian yang tak sepatutnya yea!*





ok tipulah kalau aku kata muka aku cantik macam ni kannnn...
memang tak lerr...
cuma bagi gambar contoh je.. example okayy??!
and then atleast, muka diorang ni nampak gak cheekbones diorang, sekarang ni muka aku nampak cheek je, bone dia dah hilang hahahaha...

*haa, macam ni..tapi ok fine aku taklah comel macam dak ni cuma pipi je agak sama..kekeke

bagi aku, kalau ada cheekbones ni, lawa je..(fine, bukan akulah yang lawa tu, i mean orang lain...)..
tapi satu kekurangan, sebab memang nampak tembam seyh..sumpah tak tipu memang nampak tembam walaupun kurus...(sekarang aku dah gemuk okay) so lagila nampak tembam je...

and then bila tangkap gambar sendiri,(ade orang panggil self-cam, selca, whorecam, camwhore, and whateverthatidontgiveadamn), memang benda pertama yang notice selain mata, ialah pipi!!!!!
grrrrrrrrrrrrrrrrr....

so apa pendapat korang semua?
tapi, seriusly memang mostly orang melayu muka bujur sirih, and lebih suka gadis yang berwajah bujur sirih...

meh bagi pendapat meh..

daaa~
xoxo,
Cik M~

Friday, 9 December 2011

Barakah Friday #1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

aku asyik tengok ade wordless wednesday dengan spontaneous thursday jer..
meh lah hari jumaat yang mulia ni, kita mula start dengan barakah friday, okay?




 
 
"Tunjangkan resahmu ke dada solat, 
Himpunkan keperitanmu dalam genggaman doa, 
Tutuplah kekecewaanmu dengan taqwa, 
Nilaikan cermin diri dengan keikhlasan hati..."
 



 


selamat beramal semua...=)
xoxo,
Cik M~

Thursday, 8 December 2011

"Mungkin...Tempat Adik Bukan Di Dunia"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

tatau nak update ape...
so aku update jela perbualan with my uncle baru2 ni..huhu..

*we were on our back home after someone wedding...dalam kereta...

aku: uncle rm (bukan ringgit malaysia yep ;p), what do u think bout me, myself?

uncle rm: huh? pandangan macam mana tu? *uncle aku da buat muka blurr...soalan yang tak disangka kan kot...

aku:: hm.. mengenai diri adikla..
*sebenarnye sebelum soalan ini dikemukakan, aku dan dia adalah berbual mengenai macam2 perkara, *yadayadayada...* so suddenly, i'm curious bout he thinking bout me...memandangkan dia adalah uncle yang tak duduk satu rumah dengan aku..

uncle rm: pasal adik ni, payah jugak lah nak cakap. tak tau nak cakap macam mana. bagi uncle lah, adik ni misteri. mysterious.

*aku bila dengar je perkataan misteri tu, aku terus gelak.. ape ke hal lak aku misteri? ingat ni misteri nusantara kah? kekeke.. 
but then he said something that really touched my heart...

uncle rm: adik ni nak belajar tak boleh, sedangkan adik bersungguh2 nak belajar sambung belajar. bila nak belajar, sakit. bila adik cuba nak kerja pun, adik sakit. apa benda yang adik tak cuba, tapi semua tak boleh. nak kata tak pandai, tak pernah pergi sekolah pun masih boleh score SPM. uncle tau, macam2 perkara yang adik cuba buat untuk teruskan kehidupan, tapi semuanya macam tak kena tak boleh...
and yadayadayada...

*seriusly aku rasa touched gila bila dengar uncle aku cakap macam tu... i mean, for someone can see my effort to live my life.. untuk teruskan kehidupan yang kadang2 macam tak bagi harapan apa2 langsung.. untuk nampak, yang aku bukan saja2 sukahati jiwa aku nak buang masa...
i tried so hard.. i tried my best to do something in life... bukan aku tak perna mencuba...
bukan aku saja2 suka untuk biarkan kehidupan aku tanpa arah mahupun cita2..but i really had tried...
and i;m still trying to find my path... to not just waste my time in this dunia...

aku: entahlah uncle, mungkin.... tempat adik bukan di dunia ni kot...

uncle: habis kat mana pulak tempat adik? ***?

*aku gelak lagi

adik: no lah... i will try my best untuk kehidupan akhirat..just dunia is not my place...
and the rest is history.... ;)

terlalu ramai yang mengenali aku, tetapi yang tidak berapa tahu sejarah hidup aku, tanya soalan2:
tak sambung belajar ke? kenapa tak sambung?
tak kerja ke? habis, buat apa kat rumah? 
kenapa tak buat something in life?
awak tu anak yatim, kenalah usaha something in life... tak boleh harap belas ihsan orang je. (yeah, like i lost memory that i'm an orphan...pfftt...)

soalan2 ni semua yang entah macam mana aku nak jawab, sebab jawapan yang ada kalau nak diceritakan 7hari 7malam pun tak habis...u know... 

huhu...

u olls,
hargai kesihatan yang diberi.. hargai segala apa yang dimiliki...
sebab aku rasa bertuah, aku dilahirkan sebagai rakyat malaysia...
walau macam mana pun, aku tak perlu lalui peperangan seeperti rakyat palestine..
terkurung di negara sendiri..
atleast aku masih bebas...bila aku memerlukan pertolongan masih ade yang sudi untuk terus membantu..
kalau rakyat palestine, kita sendiri kadang2 asyik lupa doakan mereka... malah jika ada pertolongan juga disekat oleh pihak yahudi..
renung2 kanlah..
sincerely, 
adik~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...