Miss Magnifique!!

Monday, 31 December 2012

Tahu Tak.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





malam tarikh 30hb December 2009,
dapat panggilan dari someone,
mengatakan 'dia' dah nazak.


and you'll never understand how i felt that night.
only Allah knows.












and here i am.
still writing the history.
ah.
should not write it anymore, kan?
but i cant help it.

1st January is just around the corner.

*sigh*












zehan ilyana

Saturday, 29 December 2012

Review: The Face Shop Herbday Cleansing Foam (aloe, mungbean and lemon)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



first time aku pakai the face shop herbday cleansing foam ni,
aku pakai aloe.

*gambar dari google*

sesuai untuk aku. 
pakai yang aloe ni memang best. rasa lembut je muka.
lagipun yang ni memang untuk hydration.


lepas habis, aku pergi faceshop nak beli lagi, tapi dah habis stok.
oleh sebab masa tu muka aku ada jerawat, aku pakai beli yang mung bean punya.

*amik dari google jugak*

hurm.
yang ni memang tak best.
sebab pakai pencuci muka ni, muka aku rasa kering.
tak sesuai dengan kulit muka aku.
jadi aku tukar lagi. :p

sekarang ni aku pakai yang lemon pula. :p 
aku beli yang ni, sebab yang aloe tu habis stok jugak.
hamboi, ramainya pakai yang aloe.


*tetap amik dari pakcik google* :p

dan.
ini adalah yang terbest aku pakai antara tigatiga ni.
lebih best dari aloe.
kira yang terbaiklah.
dia untuk brightening sebenarnya.
bagi aku okay je.
dan lepas pakai kulit tak kering, lembut and nampak best je..
aunty aku pun suka pakai pencuci muka ni.
:)


mungkin aku akan terus stick dengan the face shop herbday lemon ni.:)
harga dia rm19.90 
aku dah pakai sejak bulan puasa haritu, masih ada lagi setengah sampai sekarang ni.
jadi, agak berbaloi lah..
teehee~





zehan ilyana

Friday, 28 December 2012

Hai, Nama Saya...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



hai,
makin lama guna nama samaran.
dah rasa tak best.
rasa nak guna nama sendiri.
tapi, masih rasa macam takut-takut nak guna nama sendiri.

rasa macam tak best,
bila orang kenal kita.
rasa macam tak best,
bila orang tau kita.

tapi, tapi, tapi...
entah kenapa rasa macam kat sini,
nak jujur jadi diri sendiri.

sebab macam tak best bila orang tanya,
nak panggil nama apa.
kita kat sini dah blurr nak suruh orang panggil apa.
suruh panggil M,
semua nak tau nama betul.
suruh panggil iu,
orang kata,
perasannya nak jadi penyanyi korea
hahahaha.


hm..
kita sebenarnya dah lama gak fikir tentang nak guna nama betul ni.

nanti kalau kita rasa guna nama betul ni adalah kesilapan.
kita delete jelah segala blog, fb dan twitter bagai ni.
hahahaha.

hai,
nama saya zehan ilyana.
(nama yang tak ikut susunan. kalau nak tau nama dengan susunan betul terbalikkan je nama tu okeh? terima kasih..:p)

sebab?
kita ada fatin liyana, blogger terkenal
kita ada maria elena, vlogger terkenal

dan lepas ni,
bolehlah pula,
kita ada zehan ilyana, writer terkenal mungkin?

na, na, na je kat hujung dia.
hamik kau.


kahkahkah.
banyak songeh betul aku ni. -_-'

lagipun at least,
dengan menerbalikkan nama tu,
kiranya macam membezakan antara dunia realiti aku.
dengan dunia alam maya aku.
orangnya serupa saja.
:p

kita tahu, guna nama betul banyak risiko yang kita kena tanggung.
termasuklah tak boleh nak cerita personal sangat dah.
sebab kena fikir banyak pihak sebelum menulis.

tapi, at least, kita hidup dengan nama sendiri.
kan kan kan?
cuma nak rasa bebas.
:p

-__-'

alah, apa ada pada nama?
tengok ejaan kat nama aku, satu pun takdak huruf m.
jangan marah ya.,:p
even nur pun takde huruf m.
(nama aku kan ada tiga)

ada gak terasa nak letak nama zehan kaya tadi.
kot-kot boleh tackle jehan miskin kaannnn..
tapi, nanti orang kata, sarkastik sangat pulak.,.
hahahahaha
okeh okeh okeh..
:p


nak aku letak gambar?
jangan woih.
nanti penuh blog aku dengan gambar posing tak sedar diri.
buat hangpa meluat je tengok gambar aku.
kahkahkah.



yang benar,
zehan ilyana

(jangan risau dua-dua nama saya)

Wednesday, 26 December 2012

Aku Hanyalah Aku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



aku suka duduk sendiri
kerana tika itu aku boleh kosongkan diri
kadangkala aku hanya ingin pergi
kerana semua ini menyeksa diri

kau tak akan faham
kerana kau bukan aku
dan kau pasti tergamam
jika kau berada di tempat aku

tika kau belajar erti gembira dan tawa
aku belajar erti tangisan dan duka
tika kau boleh jawab pertanyaan bodoh
aku disini bertemu persoalan dalam jawapan

tika kau berdiri megah dan gagah
aku menunduk tanpa keyakinan diri
kerana kau rasa kau benar tanpa salah
manakala aku tidak pernah mengerti

aku bukan melihat satu dunia
tapi aku melihat dua
aku bukan hanya memahami satu rasa
namun aku merasai keduanya 

aku melalui pelbagai fasa
dan masih melalui fasa-fasa baru
kadang terkurung dalam fasa sama yang keliru
kadang berlari bebas mengejar angin

dan,
aku hanyalah aku.
bukan kamu.
bukan kamu.
bukan kamu.

aku hanyalah aku.
dan akan terus menjadi aku.






IU

Sunday, 23 December 2012

Tapi, tapi, tapi...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang






hari-hari membaca...
segala macam jenis buku dan segala bahan yang boleh dibaca...
dari novel, motivasi, sejarah, blog kepada buku-buku ilmiah...


tapi, tapi, tapi...

hari-hari ke baca al-Quran dan juga terjemahan?


PANG!!!
*lempang diri sendiri*

sakit?
sebab jarangkan?
asyik sibuk dengan bahan bacaan lain sampai lupa bahan bacaan utama.



#peringatan untuk diri sendiri yang alpa.



tazkirah untuk post ini ialah, jom baca al-Quran dan terjemahannya...
^_^

xoxo,
Miss M.

Friday, 21 December 2012

~21.12.2012~ eh, ada lagi?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




pada yang semua dok bising-bising hari ni 
hari kiamatlah.
kalendar mayan dah berakhirlah.
kita semua matilah.



eh, hai!
ada lagi!
muehehehe..

sesungguhnya hari kiamat tu rahsia Allah okeh.
tak payah nak tunggu 21.12 ni baru nak taubatlah nak apalah.

mati tu memang depan mata kita je.
kita harus sentiasa bersedia...




peace yo!

Miss M.

Tuesday, 18 December 2012

....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




crying silently.






i know i'm difficult.

i know they hate my personality.

i know its hard for everyone to love me for who i am.

but this is just me...






the broken me.













me

Friday, 14 December 2012

~1/2/34~ (saja nak poyos dengan tarikh ini, sekian)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



tak, saya tak rasa diri saya ni sangat matang
bila saya buat keputusan untuk unpublish balik cerita-cerita lama.
cerita-cerita yang mengaibkan.
yang pada masa itu, saya hanya fikir
untuk meluahkan.
hanya untuk meluahkan....
sebab dah bertahun tahun pendam...
tak pernah bercerita dengan orang...

saya buat keputusan untuk unpublish balik semua kisah trauma yang saya alami tu,
sebab saya rasa...
saya dah boleh terima semuanya.
saya redha...

saya tahu setiap apa yang terjadi dalam hidup saya, 
saya belajar perkara yang sangat berharga.
dan tanpa saya sedar, saya harus berterima kasih kepada orang yang buat saya alami trauma itu.
dulu saya terlalu rabak, untuk mengakui yang semua ni adalah satu pelajaran berharga buat saya.
sebab pada masa itu,
saya hanya ingin menyalahkan semua orang yang buat saya rasa lost. yang buat saya rasa pedih. yang buat saya rasa seperti sampah. yang buat saya rasa kosong kerana ketidaklengkapan ini.

jadi, kerana saya tak boleh memberontak dan harus menjadi seorang yang baik.
saya hanya boleh memberontak di alam maya.
menceritakan ketidak adilan yang saya alami. meceritakan kepahitan yang saya lalui. menceritakan segala benda yang buat saya rabak.
pada masa itu, saya hanya ingin mencari medium untuk melepaskan rasa.
tapi dalam pada masa yang sama, saya tidak ingin orang mengenali saya.
kerana jika orang yang mengenali saya membaca kisah-kisah itu, mereka juga akan terluka.
dan saya tidak mahu melukakan hati sesiapa.
saya hanya ingin melepaskan amarah yang saya pendam.
hanya ingin meluahkan sesak yang menghimpit dada.

tapi, sekarang saya sudah boleh berfikir dengan clear.
saya tahu bila saya menceritakan itu semua, ianya akan backfire dekat saya semula.
dan saya tidak akan tenang, kerana orang itu adalah orang telah Allah pilih untuk menyebabkan saya lahir ke dunia.

saya cuma ingin hidup dengan tenang.
sebab walau macam mana pun, saya terpaksa mengakui yang saya sayang papa saya.
buruk mana pun dia, apa saja yang dia pernah buat pada kami, dia telah mengajar kami pengalaman berharga.
yang tidak mungkin saya dapat belajar dari orang lain.
mungkin rasa sayang itu kurang, tapi saya perlu juga akui yang dia papa saya.
yang dia adalah sebahagian dari hidup saya.
yang saya tak boleh lari dari bayang-bayang dia.

yang tentang dolphin tu pula,
saya dah buat keputusan untuk lepaskan pergi.
sebab itukan hanya mimpi.
entah sampai bilalah saya nak hidup dengan mimpi.
saya kan di sini, yang dikatakan realiti.
jadi, selepas 3 tahun 3 bulan, saya lepaskan pergi.

tapi, kisah-kisah saya dengan mama.
saya masih lagi publish. cuma yang ada kaitan dengan papa saja yang saya unpublish.
dan semua kisah-kisah yang saya rasa tidak lagi saya ingin orang baca, saya unpublish saja..
hehe.



skema nya saya apabila bersaya-saya dengan korang...
kehkehkeh...

hello~
no matter what...
aku masih Miss M, okeh?
yang malas, yang misteri, yang monalisa, yang maid...
kehkehkeh...

er...
tak payah terlopong sangat membaca entry ini..
apa-apa pun..
hidup mesti ceria..
kehkehkeh...

nampak tak aku ni ceria?
nampak tak?
nampak tak?
aku sekeh sapa yang kata tak nampak tuh.
lalala~

macam-macam cerita oo aku nak cerita..
nantilah kalau aku rajin aku cerita...hihi...



daaa~
Miss M~

Wednesday, 12 December 2012

~12/12/12~ 3 tahun 3 bulan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




saya rasa, cukuplah sampai sini.
saya unpublish balik semua tentang dolphin.
saya unpublish balik semua tentang papa.
saya unpublish balik semua yang saya rasa tidak lagi patut dibaca oleh orang ramai.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
saya mulakan hidup baru.
saya bebas dan tiada lagi rasa bagai dirantai.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
3 tahun 3 bulan tu, bagi saya lama.
sebab saya masih muda.
saya tak suka benda yang tak pasti.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
sebab saya bukan penunggu tegar.
ataupun lebih tepat sebenarnya, saya yang tak tahu di mana mula.
cuma saya rasa, saya boleh buat penamatnya.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
semoga takkan berulang lagi semua ini.
saya akan cari kehidupan saya sendiri.
jauh dari bayang-bayang tidak kepastian.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
saya dah sedar diri.
dan saya bukan pemimpi yang leka.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
cuma untuk tahun ketiga ni.
juga hari terakhir ni.

saya nak ucapkan,
happy birthday.
may Allah bless you.
and thank you for the journey.
and thank you so much for the experiences.


saya rasa, cukuplah sampai sini.
sebab awak tak wujud.
dan awak bukan realiti.
selama ini saya menyorok di balik bayang-bayang hitam.




...
me.

Monday, 10 December 2012

...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




even i'm smiling and laughing cheerfully,
you'll never know what goes deep inside.




me.

Saturday, 1 December 2012

wordless words again

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





i'm counting days.

sometimes i really hate myself.

move on.










me.

Monday, 26 November 2012

I'm Back!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




penuh dengan cerita.
tapi tak tahu nak mula dari mana.
dan penyakit Malas sedang melanda.


hello malaysia~~


how are you?


^______^










xoxo,
Miss M~

Sunday, 28 October 2012

I Loveeee EPUB Reader~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi maha Penyayang



korang tau tak apa itu epub reader?
mihmihmih..
epub reader tu software untuk baca ebook kat fon...yeayyyy~~

sekarang ni aku baca buku laju je..sebab aku boleh baca buku dimana sahaja./ haha..er, asalkan battery blackberry tu tak kong la...

sekarang ni memang aku banyak baca buku english sebab senang nak download and baca dekat epub reader...
oleh sebab handphone blackberry aku nih kalau nak ada pdf software kena bayar..so..memang aku tak dapat nak guna software pdf..
jadi aku akan download ebook dalam format epub..

tapi aku dapati dalam format epub tak sebanyak buku dalam format pdf...
jadi...aku convert kan file pdf ke epub dan masukkan dalam fon..

tadaa~
jadi sekarang ni aku ada banyak bahan bacaan..muehehehe..
kalau korang tengok kat goodreads, memang kebanyakan aku baca buku english.. sebab er...senang dowh nak baca dan pergi mana-mana...:)
even sebelum tidur, aku kan susah nak tidur, jadi aku kena tunggu mata mengantuk..so aku malam-malam, bila lampu dah tutup, aku pun bacalah ebook dari epub software tu sampai tertidur..
ya, banyak kali jadi macam tu... aku tertidur..lepas tu handphone tah pergi mana..hahaha..

so aku sekarang sangat berpuas hati...:p
sebab boleh baca buku tanpa bawa buku...:p

aku kan lagi beberapa hari nak pergi brunei.. aku dok tertanya macam manalah aku nak bawak buku-buku aku ni... dan, sekarang dah tak ada masalah sebab aku dah download lebih 10 buah buku untuk dibaca kat sana nanti...hihi...

oh mai god.
mesti korang kata aku ni memang gila membaca kan?

tsk tsk tsk..
korang silap...
sebab...
korang tau tak sampai saat yang aku type perkataan ni, aku baru je habis kan buku yang 39 untuk tahun ni...
hurm..taklah banyak sangat buku yang aku baca...

korang tau tak..aku selalu usha goodreads tu..
aku tengok ada pembaca tegar yang tetapkan 2012 reading challenge, dengan menetapkan 150 buah buku...
gilakan?
150 buah buku setahun!!! dan sampai saat ni diorang dah baca 100++ buku..tsk tsk tsk... macam mana dalam masa 10 bulan diorang boleh baca buku yang sangat banyak..tsk tsk...
aku tetapkan 50 buah buku je...
tupun terhegeh-hegeh lagi nak kejar untuk habiskan 2012 reading challenge ni...
aku rasa kalau epub ni takde...entah-entah sampai sekarang aku baru baca 20 buku je...

hewhewhew...
tapi, aku sebenarnya rindu jugak nak baca buku dalam bahasa melayu..
dok baca buku english je.. sampai aku terasa macam nak tulis buku english sebuah ni ha..:p

but the good thing is, aku sekarang kira tau jugak tahap pemahaman bahasa english aku macam mana...
i think i did better now..sebab sekarang ni aku jarang dah buka dictionary untuk cari maksud... sebab aku faham...*wink-wink*
so aku rasa aku banyak juga menambahkan koleksi verb...cuma masalahnya, aku tak berapa reti nak aplikasikan dalam perbualan seharian atau membina ayat...huhuuu...
tapi bila membaca, i know what it means~



sekarang ni aku tengah suka dengan perkataan daft, kalau dalam buku julie garwood, daft ni lebih banyak membawa maksud insane... haha.. daft ni ada banyak maksud, boleh juga membawa maksud stupid.. tapi, dalam buku-buku julie garwood, daft ni lebih kepada insane atau crazy... hihi...

"are you daft, woman?"
"you are really daft!"

hahaha~


okay sampai sini je...
daaa peeps~





xoxo,
M.

Thursday, 25 October 2012

I Think I Understand How Does It Feel.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




i watched masterchef america season 3... aku tengok sebab ada blind contestant iaitu, christine ha...

when i looked at her, now i know, how did i look like back then years and years ago...

and now i know, macam mana perasaan orang bila melihat aku...

its good for her, sebab tak ada mata merah dan berair... because, back then, i was  not only lost my sight, but my eyes were red, painful and teary all the time...

bila aku tengok christine ha kat dalam masterchef tu, i dont know how many times i cried...and how i understand that feeling she felt... 

i wonder macam mana dia deal dengan sakit kepala sepanjang pertandingan tu.. sebab you know, she and me was not blind since birth...
and because of the disease and virus... we lost our sights but not fully... i understand bila dia cakap dia still boleh nampak bayang-bayang.. i understand bila dia cakap penglihatan sekarang ni so steamy and foggy... 
sebab hanya nampak kabus dan bayang-bayang..
and macam mana dia struggle untuk guna all her senses, including mata, and bila you put all efforts, your head will be painful like hell...

i lost my eye sights when i was 12... after balik dari buat umrah... 
bermula dengan kabur sedikit, and then dalam masa sebulan... phew... its all foggy and shadows...

now i know, why my mom cried all the time when she was thinking about me and looked at me...

bila tengok christine ha... dengan cara dia sentuh dan rasa... i remembered me years and years ago...

setiap kali nak pilih baju... aku akan sentuh baju tu... sebab tak nak pakai terbalik.. there was once, aku fed up..and felt like giving up.. sebab aku tak dapat cari my own baju... aku tak dapat nak kenal baju sendiri...
aku menjerit... menjerit nama mama dengan mommy.. because i was so fed up.. because i was angry..kenapa tak sediakan baju dan letak atas katil... then i would know there's a cloth for me.. and aku tak payah nak guna semua my senses and failed miserably.. and got the painful headache.. i felt like disaster at that time...

i still remembered...
pertama kali tak dapat nak guna mata sendiri.. setiap kali nak makan, aku tak dapat nak suapkan nasi straight to my mouth.. pernah terkena pipi, terkena dagu terkena hidung...i need a lot of practice untuk makan seperti normal dan kena guna my sense untuk tahu where;s my mouth... 

i still remembered...
bila mandi... setiap kali nak sabun and shampoo.. aku kena sentuh setiap benda..untuk pastikan aku ambil barang yang betul... untuk kenal berus gigi sendiri.. the hardest was untuk letak ubat gigi dekat berus gigi... 
kalau mama ada, mama akan tolong letakkan ubat gigi dekat berus gigi... but my mom was a busy woman.. she cant be with me all the time... she needed to work to paid bills and fed us.
and macam mana aku freaked out sebab ada benda merayap kat kaki, dan aku tak tau benda tu lipas ke, lipan ke atau apa-apa serangga yang ada dalam bilik air.. at that time i felt i lost all my energy and senses...

i still remembered,
i couldn't see things.. and only have my ears to know whats going on... bila orang lain semua tengok tv.. and i just can only listen... 

ah..
damn..
i dont know why i'm writing this...
these were the memories that are so hard to forget... 

i hope i can meet christine ha, and told her, maybe she could use zam zam holy water to put in as a tear drop in her eyes..

anyway, Alhamdulillah right now my eyes are better... even though kabur tu masih ada... but Alhamdulillah tak macam dulu. i can read, i can write..i can watch movie... i can write in my blog.
even kalau terlebih guna mata, aku akan dapat sakit kepala yang teruk... but it still good to know i can use my eyes back...
all those years when i lost my vision... actually adalah masa-masa yang agak mengerikan... masa-masa di mana i lost my confident... but it was precious.. sebab i learned a lot of things.. even though aku selalu kecewa dengan diri sendiri...


i might be losing my vision again...
i hope i will always be strong and take that as a gift... 
and yeah, christine ha is someone that inspired me...
at least i know ada seseorang yang not blind by birth... and berjaya dalam hidup..
well, christine ha, adalah pelajar master, penulis, editor and pemenang masterchef america season 3...:)
and christine ha lost her mother when she was 14....

maybe if i work hard... and not giving up.. and always believe in there's a place for me...maybe i can be happy and success...
amin...






me.

Wednesday, 24 October 2012

Today Was A Happy Day ^^

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




hiks~
today was a happy day.. :p

hehe..
hari ni keluar bersama my best friend, a.f... xD

oleh sebab kitorang takde nak pusing and jalan mana-mana... jadi kitorang cuma pergi makan dan jugaaa...


haaa!
kami berdua sudah mendaftar untuk mengundi..
anda bagaimana?
kami mendaftar untuk tangggungjawab kami sebagai rakyat...
anda bagaimana?

kahkahkah..
okey tak iklan aku untuk suruh korang yang belum mendaftar, untuk pergi mendaftar..
mihmihmih...

dan yang bestnya lagi..harini dengan a.f akhirnya dapat gak minum air fairy vanilla latte dengan caramel latte..
mihmihmih (awat aku ketawa macam ni?) :p

aku order fairy vanilla latte and a.f order caramel latte..
tapi rasa dia macam lebih kurang sama je..kehkehkeh..:p

mula-mula kitorang pergi pejabat post untuk mendaftar, lepastu beli air latte lepas tu makan..lepas tu duduk sambil borak-borak panjang lebar... :)

lepas tu aku cuba untuk mempengaruhi a.f untuk tengok masterchef america season 3, sebab ada blind contestant, iaitu christine ha, she is a vietnamese american...:)

lepas tu aku juga cuba untuk mempengaruhi a.f untuk tengok cerita korea, nice guy atau innocent man...yang dilakonkan oleh song joong ki..
lepas tu, a.f cuba untuk mempengaruhi aku untuk tengok cerita arang and the magistrate..

lepas tu kitorang pun mula start babbling and ranting...
kehkehkeh..

ah... 
rasa happy je dapat keluar dengan best friend...
kadang-kadang bila, semuanya makin menjauh.. bila semuanya fall apart.. its good to know you still have your best friend beside you...
hope this 10 years of friendship will always go well and berkekalan dunia akhirat..amin...:)
saranghae~ a.f...:)
hihi..

sometimes i still afraid to trust people...but sometimes... when you look at their faces... and you just know, you can trust them...
i'm afraid...but i'm willing to trust people...
i hope everything will go well...:)

macam aku dengan a.f... walaupun kitorang ni macam jarang je contact or keluar... but the bond is still there, y'know?
but seriously, i said... susah untuk jumpa kawan baik macam a.f...
like seriously...

sebab dia ada, masa aku susah...:)
something that me or my mother, never will forget it..:)






aha, lagi satu aku nak ucapkan thank you so much dekat atil atau hani asyira , yang setiap malam, sejak dapat no fon aku, tak pernah tinggal untuk text ucapkan selamat malam...:)
hihi~
rasa terharu~ :)
sekarang ni tiap-tiap malam, cek fon, mesti ada message dari dia...:)
sorry ya kalau kadang-kadang tak reply tu..teehee~ (sambil buat muka comel)





xoxo,
me~

Tuesday, 23 October 2012

Aku + Coffee

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



aku selalu juga terbaca, mengenai writer dan coffee tak boleh dipisahkan. penulis dan caffeine seperti aur dan tebing. wahwahwah...
hehe..

aku bukan peminum kopi. aku tak minat benda bercaffeine... well, tapi aku pernah lah minum kan..hehe..

sebenarnyakan aku suka dengan idea writer with coffee... i mean aku selalu terbayangkan paulo coelho duduk dekat coffee bean, sambil minum coffee and duduk di berdekatan dengan dinding kaca sambil melihat pemandangan luar dengan pen dan buku nota dia untuk menulis cerita yang bakal dia tulis...
like wahh.. macam its really suites him..la..haha
and then aku terbayang, hlovate, nirrosette and penulis-penulis lain (yang aku malas nak taip satu-satu nama, kang entry ni jadi entry penuh dengan nama penulis-penulis yang aku kenal and baca buku dia kehkehkeh). duduk minum coffee and menulis... and like seriously that imagination makes me smile like idiot.
haha...
i mean like can you imagine it? seorang penulis duduk sorang-sorang, dekat meja dia ada secawan coffee yang panas yang dia baru lepas hirup, and then dia termenung sambil melihat langit dari tempat duduk dia dan di tangan dia ada pen yang menanti masa untuk dicoretkan dekat halaman buku nota yang terbuka...
i dont know why, i'm like this..haha.. but i just imagined it..:p

aku selalu gak terbaca yang bukan saja penulis tapi pembaca tegar juga sangat suka minum kopi sambil menghayati buku yang dibacanya.. *double wah*
i mean like aku terbayang, seorang perempuan atau lelaki, duduk dekat coffee bean ke, atau mana-mana cafe yang nampak exclusive (nak jugakkk cakap eksklusif), duduk sambil membaca penuh penghayatan, dan kadangkala menghirup kopinya..
like wahhhh..
macam aman je, duduk sensorang, minum kopi sambil membaca...
i dont know kenapa aku ada imaginasi seperti ini..
macam..wahhhhhhh..
haha~ :p

i know its not something yang macam havoc gila untuk diceritakan di sini. but aku memang nak tulis pasal ni.. hoho..
tapi, i really love the idea.. i mean aku selalu terbayangkan seorang penulis duduk di mana-mana cafe, sambil minum coffee and dengan tenangnya menulis dan mendapat idea.. 
*dreamy face*

i mean tak termasuklah dengan pelajar-pelajar yang bergantung dengan caffeine untuk stay up malam untuk study for exam kan..haha..
oh cerita pasal pelajar yang minum coffee or nescafe untuk stay up malam..
well, aku pernah jadi salah seorang darinya..hewhewhew..

back then in 2008... er, seperti yang korang tahu (atau mungkin ada yang tak tahu), aku kan self study... and aku kan tak pergi sekolah or belajar dengan cikgu..
so aku perlu motivasi yang tinggi untuk stay back dan study for spm.. lelebih lagi aku kena struggle study sekali harung untuk form 4 punya subjek yang aku tak study hape pun... well, masa form 4 tu keadaan tak mengizinkan aku untuk study...

aku ni jenis suka belajar malam... kalau siang aku akan penuhkan aktiviti dengan membaca buku motivasi... oh, masa spm dulu, aku memang banyak baca buku motivasi sebab aku tak nak hilang motivasi untuk meneruskan spm..
yelah, aku kan kena bergantung pada diri sendiri and bagi semangat pada diri sendiri untuk terus belajar...
and then aku suka menari tak kira masa :p... and then bila petang aku akan jogging...
yang jogging ni memang setiap hari aku jogging, tinggal kalau hujan je..
kalau menari pun hampir setiap hari jugak... tapi ni tak kira masa, kadang-kadang malam pun aku menari juga kalau tak ada orang..hehe

jadi untuk malam, aku akan belajar dari pukul 9 sampai pukul 2, 3 pagi.. of course la nak sekali harung belajar tu susah gila.. dan selalu je mengantuk.. well, itulah gunanya caffeine..
aku tahu caffeine tak elok untuk pelajar, tapi, entah macam mana, satu malam tu aku mengantuk, sedangkan baru pukul 11 malam.. jadi, aku pun buat nescafe, minum dan segar balik. dan teruskan belajar.. and sejak dari haritu, untuk stay back malam, pukul 11 je aku akan buat air nescafe untuk hilangkan mengantuk..
nak kata addicted tak jugak, tapi, untuk terus segar and terus belajar aku minum nescafe almost setiap malam.. 

habis je spm, memang aku dah tak sentuh pun nescafe... muehehehe...  minum jugaklah, tapi jarang yang amat sangat...

oh, lagi cerita aku dengan kopi and dengan mama..
masa mama sakit dulu mama suka sangat kopi yang aku buat... hampir setiap pagi mama nak kopi yang aku buat.. mama suka pekat dan manis.. mama suka pahit tapi manis..:)
kalau orang lain buat mama kata tak sedap..and mama boleh tahu kalau katakan ada satu hari tu, aku terbangun lambat dan tak sempat nak buatkan kopi untuk dia, and aunty aku buatkan.. mama cakap, "kopi ni bukan adik buat eh?"
hihi...

and tetiba sekarang ni aku teringin sangat nak minum kopi..
nak minum yang pahit tapi manis.. tapi, er..aku mestilah letak susu kan..
sekarang ni aku tengah minum kopi sambil tulis blog..hahaha..
saja nak try 'the feeling'..
kehkehkeh..
weh, nak berangan je pun..:P

tapi, sebab aku ni tak boleh nak handle rasa pahit sangat korang tau tak apa yang aku campur dalam kopi aku? well..
aku letak satu sudu kecik kopi (bagi aku ini sangat banyak okey! sebab dulu kalau buat nescafe aku letak sikit je nescafe..ni lagi kopi satu sudu kecik pulak tu!! hewhew), lepas tu aku letak gula, lepas tu aku letak 3 sudu kecik susu, aku letak air panas setengah mug (aku guna mug :p)..
lepas tu oleh sebab aku ni kreatif, aku letak air soya lagi setengah mug...
kahkahkah.. so jadilah satu mug.. :p
tapi rasa dia sedap jugak..
ada rasa pahit, manis, dan rasa soya..
kehkehkeh..

dan terciptalah entry ini.. kehkehkeh..

korang boleh try kopi letak soya... terutama yang suka kopi dan sukakan variasi dalam air kopi anda.. 
kalau korang dah rasa kopi yang dicampurkan dengan vanilla, caramel and macam-macam lagi.. yang hanya boleh didapati di kedai...
ce try letak kopi kat rumah tu and then air soya.. ni senang..tak yah pergi kedai.. buat kat rumah pun jalan beb..:p
haha..

aku teringin nak minum air vanilla latte, caramel latte dengan hazelnut latte..
aku teringin nak minum sebab nama dia macam WOW! haha..
oh aku teringin nak minum vanilla latte dekat chatime sebab aku pernah terbaca nama latte dia, fairy vanilla latte. 
okey aku teringin nak minum sebab nama dia macam sedap je..kahkahkah..:p
tapi aku belum cuba lagi, sebab tekak sebelum hari ni, memang tak terasa macam nak minum air latte-latte ni..:p



well..
sampai disini entry aku yang comel lagi comel dan lagi comel tahap gaban...
(aku tau korang nak muntah, sila muntah, sebab aku tak comel ponnnnn~ sobs)


daaa~
xoxo,
Miss M~

(terasa entry ini seperti aku tulis entry di awal-awal blogging. ha.ha.)

Friday, 19 October 2012

Random Me To Babbling About World Most Important Basic.... 'LOVE'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



when i'm being so cold, when i'm being so out of love...
when i push love away...

people will said i dont believe in love.
people said, i hate the world most important basic, which is love..
people said, i have no heart..

no, bebeh..
no...

aku tak pernah membenci cinta.
and i'm not someone who dont believe in love... the miracle of love...

aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mama.
i was someone who received lots of love from mama...

and i know as well, i grow up with Allah's love..
Allah guide me.. Allah shows me the light...
and I know, Allah shows me the love...

i'm not so blind to not noticed that... 

i know, there are loves surround me...
and i really appreciate it...

and i know, Rasulullah love his ummah..
maybe aku bukan umat yang baik... tapi aku masih umat Rasulullah...
and i can feel Rasulullah loves, even lebih 1400 tahun memisahkan aku dan Rasulullah...

i know love exist in this world.

tapi...
manusia juga telah merosakkannya...

i know this is lame...
but...
cinta, sayang dan kasih itu boleh dirasai dari hati...

and for me love is not only a word.
it is a feeling that we can feel it in our heart...

when i'm being cold...when i push love away...
its not that i hate love..

there are so many things happened in my life...
and love hurts...

when my mama passed away, i broke down and still do sometimes... i feel that i'm not myself anymore... eventhough i try so hard to live my life...

i was a kid, who wanted her father so bad.. who waited for her 'good father'...
i was a kid, who broke into pieces, when someone said something mean and hurtful and that someone who doesnt has any heart or love to think before they said anything to me...

i was a person, who had been abandon by her father...
i was a person, who knows some people that always promised to stay, but then they left...

i know i'm greedy... i have Allah's love, Rasulullah's love, mama's love..
but i always wanted more...

then when everyone else hurt me... i started to build a wall.. a thick and high wall..
so no one will break my heart again and again...

i know i'm not a good friend...
because i always kept my distance...
even, i love them very much...

a lot of things happened..
i think my heart became so fragile...
it breaks whenever the closest person poke it...

i wish i have a strong heart...
i wish i can be so generous with love..
to be someone yang boleh bagi all of her, tanpa takut akan terluka atau sakit dikhianati...

there are reasons why i couldn't love someone else like they love me...
there are reasons why, i dont want to go deeper in any relationship...

aku selalu rasa bersalah...kerana tak bagi sepertimana yang orang lain bagi kat aku...
kadang-kadang aku rasa, aku sangat selfish...
i ran far away, whenever people showed me their loves...

sometimes i really wanted to be a part of them... a part of their family...
but... i am so scared.. that, i always turned down any offer from them...
when sometimes i think i brave enough to accept, and when they started to give me so much.. i freak out and once again i ran away... 
yeah, i freaked out. and ran and hiding in my cave.

i just can say thank you for all of their love..
but maybe it is so weird for me to be a part of them... a part of their happy family.
its like i can't break my own wall... its like i cant go out..

when i started to learn about world can be so harsh, then i started to put limits to everyone...
i hate myself for not being generous..
i hate myself for not being able to give without freaking out...
i hate myself for being so careful and then i hurt not only me, but the good people who wants to accept me...

maybe because i'm still young..and still have lots to learn...





well..apa dah aku merapu ni...
er..ada kena mengena ke dengan tajuk?
haha.

at least, i know, love is the most important to build a world, kan? 
love is the basic thing that everyone should have.. right?




xoxo,
mmmmmmmm

Wednesday, 17 October 2012

Tips Untuk Pertanyaan: Macam Mana Nak Kurangkan Jerawat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



aku memang ada masalah jerawat sejak zaman awal remaja. 
dan pelbagai produk aku cuba. tapi, hasilnya sangat menghampakan T_T

tapi, Alhamdulillah sejak akhir tahun lepas, kulit aku dah mula menunjukkan perubahan positif. 
like seriously, korang takkan dapat bayangkan betapa teruk kulit aku, sampai ada seorang nyonya cina kata, aku low self esteem..(padahal aku relaks je, sebab aku boleh terima keadaan diri aku..:p)

tapi, sebab nyonya cina tu jugaklah, aku berazam untuk lebih rajin menjaga muka. tapi dengan cara sendiri. aku google internet untuk produk and juga cara natural, jadi akhirnya aku buat rutin penjagaan sendiri dan guna produk yang sesuai dengan aku..:)

well, sekarang ni pun tak adalah muka aku licin dan gebu. tapi like seriously, at least aku boleh tarik nafas lega muka aku tak seteruk dulu. 
so korang tak payah ingat muka aku licin, tapi, at least for someone yang pernah mengharungi saat-saat acne dan parut penuh kat muka, sekarang ni i really feel better...:) jerawat hanya tumbuh once in awhile, and parut memang ada lagi, but at least tak penuh kat muka. (dah lah pores punya masalah susah nak settlekan T_T)

haritu, i mean aku tak ingat post yang mana, tapi kak iffah afeefah , pernah tanya macam mana nak kurang kan jerawat.
so meh aku kongsikan sikit tips...

and sebelum memulakan entry, aku dengan suka hatinya nak mengingatkan lagi sekali, ini untuk mengurangkan jerawat bukan untuk menghapuskan terus segala jerawat yang ada, sebab aku pun masih mencari formula untuk menghapuskan segala jerawat dan parut jerawat supaya diorang tak tumbuh balik walaupun satu.. T_T *kulit aku adalah kulit yang lambat pembaikan pulih parut* T_T

tapi, meh aku bagi contoh paling recent iaitu masa balik bandung haritu, muka aku yang dah clear dari jerawat (tapi tinggal parut sikit2) tiba-tiba penuh balik dengan jerawat. jerawat yang besar2 dan sakit okey!!! OHMAIIII!!!

jadi, aku get back semula dengan routine penjagaan untuk jerawat...
aku tak guna apa-apa pencuci muka sepanjang muka penuh jerawat tu sebab kulit aku jadi lebih kering and mengelupas and sakit bila guna pencuci muka.

so apa yang aku buat ialah...

1. oatmeal
seperti yang korang tau dalam entry post oatmeal face scrub ni (di mana aku menggunakan oat as my scrub), jadi masa kulit aku penuh jerawat ni, aku guna kan oatmeal sebagai pencuci muka siang dan malam. (yang penting oat ni tak mengeringkan atau mengelupaskan kulit muka kita)
so aku cuci muka pakai oat dua kali sehari. 
masa ni aku pakai oat instant cook yang package warna biru.
*ada perbezaan teknik untuk mencuci muka pakai packaging warna merah dan biru. oleh sebab entry oatmeal face scrub tu pakai packaging warna biru, so lebih baik korang beli warna biru, atau nanti aku terangkan teknik untuk cuci pakai oat warna merah, tapi bagi aku dua-dua senang dan punya effect yang best..:)*




2. toner hada labo atau clinelle sahaja!
okey kenapa aku tekankan toner hada labo atau clinelle sahaja sebab kedua-dua toner ni korang boleh pakai tanpa menggunakan kapas. sebab masa kulit korang banyak jerawat dan sensitif, even kapas pun is not good for your skin. 
tapi, untuk apply toner ni kat muka, tangan korang kena bersih okey!
pakai toner lepas cuci muka, dua kali sehari juga. 
and lagi satu kenapa aku suka pakai toner hada labo dengan clinelle, sebab diorang bagi effect moisturiser. 
kedua-dua toner ini melembabkan kulit. (aku tak guna apa-apa moisturiser sepanjang kulit bermasalah jadi memakai toner yang boleh melembapkan kulit adalah satu kemestian) 

hada labo arbutin lotion 
(kalau tak silap harga dia rm45.9, agak mahal tapi berbaloi)
gambar dari mr google
kat jepun, lotion tu maksud dia toner...so kalau korang pergi cari toner ni kat kedai, jangan pula korang cari perkataan toner. sila cari perkataan lotion. aku pakai packaging yang warna biru. 

and sebelum pakai hada labo aku pakai clinelle purifying toner~ (kalau tak silap harga dia rm33.90 kot)
gambar kidnap dari pakcik google

3. aloe vera 
ini sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat penting!!!!!
kalau boleh korang cari yang de bella punya brand. sebab de bella aloe vera gel ni memang amazing! :)
sangat amazing dia punya kesan dan tindak balas...hehe.
korang kena rajin pakai. aku suka pakai satu muka and untuk jerawat tu aku akan letak setompok :p. aloe vera de bella ni memang sejuk je bila letak kat muka. and aku akan pakai sebanyak mana yang aku sanggup nak letak kat muka..hehe. 
pakai aloe vera lain pun boleh je, tapi aku pernah try dua brand aloe vera... tapi kesan yang cepat dan paling bagus aku rasa brand de bella ni ha.. like seriously..
even kalau korang ada luka, korang sapu aloe vera ni luka tu cepat kering, and cepat hilang parut.
tapi kalau korang nak super amazing, korang pakailah aloe vera asli yang betul2 dari lidah buaya tu... tu sekejap je aku rasa..tapi aku malas nak tanam pokok dia and then nak buka lagi and everything. so pakai yang dalam botol je..hihi.

lagi satu maksud aku rajin ni, bila lepas cuci muka and lepas pakai toner, pakai aloe vera. lepas setiap kali solat pun pakai lagi, tapi lepas solat ni pakai sikit jela, masa tidur baru pakai banyak-banyak...
aloe vera ni dia mengeringkan jerawat dan mengurangkan warna parut. and it soften our skin, and also mengelakkan kulit dari kering dan mengelupas. walaupun dia akan mengeringkan jerawat tapi dia takkan mengeringkan kulit...and kulit rasa lebih pejal dan best...:p
kiranya aloe vera ni macam kita punya holy grail la.. ceh wah.. tetiba nak pakai ayat holy grail kan.. ingat ni cerita da vincci code ke hape..:p

and lagi satu, aloe vera ni sila pakai setiap masa, even kalau korang makeup pun, pakai sebelum korang apply apa-apa makeup. okey. maknanya, jangan tinggalkan aloe vera anda!!!

harga de bella aloe vera gel rm38 (kalau penjual tu baik hati dia bagi rm35) :p ini korang kena cari kat stall-stall yang jual jamu la, atau penjagaan diri tradisional tu. haha. kalau korang cari kat guardian ke watson ke caring ke, memang tak jumpala..:p

ambil dari mr google jugak

4. skinfood papaya yogurt mask
ini juga memang termasuk dalam routine untuk mengurangkan jerawat.
aku tak tau mask lain, tapi skinfood papaya yogurt mask ni memang untuk acne and pimples.
aku ada buat review untuk mask ni di entry review skinfood mask ni...

okey actually, pakai mask ni seminggu sekali atau dua kali je kan.
tapi, masa ada jerawat ni, aku pakai dua hari sekali.  i need to! sebab mask ni akan mempercepatkan lagi pembaikan pulih jerawat dan menyahkan jerawat itu semua..:p
aku akan pakai mask ni lepas cuci muka, tak kisah pagi atau malam, pilih waktu yang korang ada banyak masa. (dua kali sehari, saja nak ingatkan lagi :p)
pakai selama 20 minit. (15 minit pun dah cukup, tapi aku suka pakai 20 minit atau kadang2 lebih)
lepas cuci, mask ni, baru pakai toner dengan aloe vera..:)

so yeah bebeh. this is one of the holy grail jugak bila jerawat bermaharajalela kat muka..:P

harga skinfood papaya yogurt mask ni rm28.
bau dia sangat nyummy~ :D


untuk hilangkan jerawat dan guna semua benda ni, ambil masa sebulan juga untuk kulit jadi normal balik. well, parut memang ada tinggal, tapi itu kenalah setia dengan aloe vera..
actually, bila jaga semua ni untuk sebulan, jerawat memang tak ada. yang tinggal cuma parut je. like seriously, i tell you..:)
bila dah tak ada jerawat, aku pun biasalah, dah malas balik jaga muka..hihi... aku guna pencuci muka macam biasa, and dah kurangkan pakai mask, and aloe vera tu aku cuma pakai dua kali sehari je. atau kadang-kadang sekali sehari atau kadang-kadang tak pakai langsung, sebab aku sibuk nak pakai produk lain...
(bila susah di carinya aloe vera, bila dah senang gedik nak cari lain..tsk..tsk..tsk)
and satu yang realized mengenai kulit aku, parut memang lambat nak hilang. hm.. tapi, nak pakai aloe vera 24 jam pun, aku bukanlah rajin sangat.
well, you know, m stands for malas..:p

yang paling penting korang kena tau apa yang sesuai dengan muka korang.
contoh rutin yang aku buat ni pun, aku buat bila aku tau produk ni semua sesuai dengan aku dan bagi kesan yang baik untuk aku..:)
korang boleh cuba... lagipun rasanya tak susah sangat kot rutin aku ni. and tak complicated..dan paling penting tak banyak mana pun barang yang aku guna. sebab ada yang nak hilangkan jerawat habis semua produk dari kedai dia tempek kat muka. 
untuk membaik pulihkan sesuatu, ianya memerlukan kualiti, bukan kuantiti...
:)

oat tu, lagi senang, korang beli yang kecik harga baru rm2.80..
mungkin toner tu mahal lah. tapi at least it helps.
aloe vera tu pulak tahan lama okey!!! aku beli bulan mei hari tu, sampai sekarang ada lagi. padahal aku bila guna aloe vera bukannya reti nak jimat...:p
yang yogurt mask tu pun tahan lama, aku rasa dekat setahun juga la mask tu tahan.:)


hope this entry will help for those yang cari solusi untuk mengurangkan jerawat.
it helps to reduce your acne and make your skin much more better..:)











xoxo,
Miss M~

Tuesday, 16 October 2012

Biar Gambar Berbicara~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


gambar telah di delete
*hi!*
*ini kepala saya tapi sekerat je :p*

gambar telah di delete
*ini mata bajet comel*
*sila muntah*
*nampak parut kat mata tu ha..waaaa~*

gambar telah di delete
*cak!*
*konon nak bajet buat mata inesen*



one of my favourite sweater..:)
from f.o.s :)
er, aku rasa aku antara orang yang paling suka pakai sweater.
sebab sweater besar dan selesa dan casual dan boyish..:p






xoxo,
Miss M~

Monday, 15 October 2012

This Was A Tale of 14 Years Old Girl~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




*end of year 2005

"adik, tolong uncle az."
gadis itu memandang pakciknya. sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuat. dia bukan doktor.

"uncle az yakin dengan adik. doktor nak buat operation dari tengkuk ni sampai ke pinggang. dan ianya berisiko. uncle az taknak. it will be worse kalau doktor buat pembedahan sebesar itu hanya untuk keluarkan darah kotor dengan nanah ni. uncle az yakin adik boleh tolong uncle az. adik boleh ubatkan uncle az."

gadis yang berusia 14 tahun tu membesarkan mata bila uncle nya kata doktor akan buat pembedahan yang sangat besar dan berisiko.

"tapi... adik tak tahu nak buat apa. adik tak yakin yang adik boleh tolong uncle az."

"adik, uncle az betul-betul yakin dengan adik. cuma adik je boleh tolong uncle az.buat je apa yang adik rasa betul. dan uncle az pasti itu yang terbaik."

gadis itu dalam dilema. ini adalah permintaan pakcik yang disayangi. sungguh dia tidak tahu untuk buat apa dengan uncle nya yang menghidap penyakit kencing manis dan sekarang ni penyakit itu mula tumbuh bisul dan bernanah.
dan dia juga tidak mampu untuk menghampakan unclenya. 

"insyaAllah adik cuba minta penunjuk."

selepas maghrib, gadis itu memberi keputusan. ini adalah sangat berat. kerana pakciknya mungkin saja boleh mati dengan pertolongan dia yang tidak bertauliah mahupun tahu apa yang perlu dibuat. dia hanya berserah pada Allah. kerana sesungguhnya sembuh itu milik Allah.

"kita buat dengan air zam-zam. kita cuci. keluarkan darah dan nanah tu setiap kali lepas solat subuh dengan maghrib. adik tak yakin dengan diri adik. tapi kalau betul uncle az nak adik tolong. i'll try my best."

bermula subuh keesokannya. bermulalah hidup gadis berusia 14 tahun itu sebagai seorang doktor tidak bertauliah.

dia menanggalkan kapas dan gauze yang tertampal di tengkuk uncle nya. 
lubang yang berada di tengkuk uncle nya sangat besar dan dalam kerana telah dimakan oleh nanah itu sendiri.
gadis ini bersyukur kerana dia tidak pernah takut dengan darah ataupun freak out dengan keadaan yang agak ngeri. dan dia juga mampu bertahan dengan bau nanah tersebut.

dengan pertolongan isteri uncle az, mereka bersama-sama cuba enyelamatkan uncle az.

uncle az kehilangan banyak darah. 
gadis it cuba mengeluarkan semua darah kotor dan nanah tersebut. kerana doktor kata nanah sudah berada sampai ke pinggang uncle az.

dan gadis itu bersama isteri uncle az bermandi darah kotor dan nanah juga daging yang telah tak elok.

mereka memulakan tugas dari lepas subuh. dan kemudian akan membuatnya lagi sekali selepas maghrib.

setiap kali selepas mengeluarkan darah kotor dan nanah, mereka akan masukkan air zam-zam ke dalam tengkuk uncle az untuk mencucinya. dan kemudian baru ditutup dengan kapas gauze dan plaster.

cuba juga dialinkan telur kepada badan uncle az. mana tau kalau-kalau nanah tu boleh masuk ke dalam telur tersebut. tapi sangat jarang menggunakan telur.

hanya mmemicit badan uncle az untuk mengeluarkan darah dan nanah, dan kemudian mencucinya dengan air zam-zam.

dan selalu diakhiri dengan doa,
"ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah segala dosa uncle az. kurniakanlah kesihatan kepada uncle az. ya Allah, sesungguhnya aku tiada kuasa apa-apa. aku bukan boleh menyembuhkan manusia. ya Allah, sesungguhnya kesembuhan itu milikMu, sungguh aku pinta kesembuhan untuk uncle Az... ya Allah ampubilah dosa kami. ya Allah, sungguh aku pinta kesembuhan dariMu. sungguh aku bukan sesiapa dan apa-apa. sungguh hanya padaMu kami berserah dan bertawakal."

ya, sebenarnya gadis itu sangat takut.
takut kalau dia buat silap. takut kalau uncle az akan lebih teruk kerana kehilangan darah dan tiada ganti untuk darah yang hilang. kerana uncle az memang tidak mahu jumpa doktor atau pergi hospital selepas gadis itu bersetuju untuk menolong.
takut kalau hanya uncle az yang yakin padanya seorang. sedangkan dia tidak tahu mahu membuat apa-apa.

berminggu-minggu masa berlalu, mungkin juga mencecah dua bulan dan lebih.
dan sungguh Allah itu Maha Berkuasa. 
segala penat lelah telah pun dibalas dengan kesembuhan.
daging-daging yang elok mula tumbuh dan memerah.
darah kotor dan nanah makin kurang.
dan lubang yang dalam tu makin kurang dalamnya. dan mula tumbuh.

ajaib sungguh kuasa Allah. dan air zam-zam ni memang air yang berkat.

gadis itu menarik nafas lega.
sememangnya dia takut apa yang akan terjadi. dia takut sesuatu yang buruk akan terjadi pada unclenya.
tapi, sungguh Allah itu Maha Mengetahui. dan memberi hikmah yang sangat berharga.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

setiap saat penuh ngeri. pabila setiap kali mencuci sarung tangan dan kain yang dipakai untuk mengelap penuh dengan darah dan nanah. 
dan buat pula di dalam bilik yang tertutup.
ianya menguji tahap keyakinan. bila pada mulanya tidak menunjukkan apa-apa hasil. dan uncle az makin lemah dengan darah yang berkurang.
gadis itu tahu, uncle az terdedah pada kuman, gadis itu dan isteri uncle az sedaya upaya untuk memastikan tangan bersih, kain bersih, dan sarung tangan yang bertukar setiap kali memulakan sesi pencucian.
walaupun gadis itu punyai keyakinan yang kosong pada dirinya, tapi dengan keyakinan uncle az padanya, dia meneruskan apa yang dibuatnya.

dan semua orang menarik nafas lega bila lubang ditengkuk uncle tertutup dan mula tumbuh kulit, tapi, tidaklah menjadi tengkuk yang normal, kerana tetap ada kesan yang tengkuk itu pernah berlubang yang sangat dalam.
tapi yang penting tiada lagi darah kotor dan nanah.
dan kulit mula tumbuh semula.


ah, ini kisah gadis berusia 14 tahun. yang cuba untuk menolong walau tiada keyakinan untuk dirinya sendiri. tapi, yang pasti keyakinan untuk Allah itu utuh. gadis itu yakin Allah yang memberi kesembuhan. tidak kisahlah siapa yang menolong uncle az, jika Allah kata sembuh, maka sembuhlah penyakit apa pun.


this was just a tale. 

moral cerita ini, yakinlah dengan Allah. dan yakinlah dengan air zam-zam yang diberkati...:)




ikhlas,
saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...