Miss Magnifique!!

Monday, 23 January 2012

Mama Sangat Cantik

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hurm.
hurm.
hurm.

tadi kan, aku pergi majlis kenduri cukur jambul cousin aku punya anak.

so, aku jumpalah jugak saudara-mara yang dah lama tak jumpa.

"eh, ini anak arwah ya? sama mukanya macam arwah."

aku senyum.
tapi, dalam hati sebenarnya terharu gila.
rasa nak nangis pun ada.

sebenarnya, ada jugalah orang yang cakap muka aku macam arwah mama sebelum ni.
and orang selalu cakap, badan aku tinggi aku macam mama. 

tapi,
sebenarnya, muka aku tak ada macam arwah mama.

arwah mama sangat cantik.
semua orang cakap mama cantik.
kulit mama putih.
mama ada lesung pipit yang sangat dalam di kedua-dua belah pipi.. kalau mama senyum ke cakap ke ketawa ke memang terserlah lagi kecantikan mama.
mata mama walaupun sepet sikit tapi tajam.
bibir mama just nice and lawa. =)
muka mama macam cina. tapi sangat cantik.

and aku?
semua orang cakap aku tak cantik. (aku ni kira macam ugly ducklinglah)
kulit aku warna coklat.
aku cuma ada lesung pipit kat pipi kanan tapi itu pun tak nampak sangat. 
kalau aku tak pakai tudung, and berambut pendek, ada juga yang kata muka aku macam cina tapi kulit gelap,haha.
bibir aku kecik je.
mata aku tak sepet and tak tajam.
ada juga yang cakap muka aku ni nak kata melayu tidak, nak kata cina tidak, nak kata india tidak.

mungkin inilah hasil campuran banyak sangat. 
melayu bugis, cina, pakistan, arab, pattani dan entah ler..malas aku nak pergi kaji lagi. cukuplah tau setakat tu aje aku tau.hoho.

orang kata kalau banyak campuran ni lawa.
aku tak lawa pun.
tu yang malu nak tunjuk muka kat sini. hehe.

tapi, 
yang aku nak cakap sebenarnya kat sini.
muka aku tak macam mama.

ada seorang sepupu aku ni, aku panggil kak yong.
mama dia yang juga aunty aku. (ha, yang nama aku sempena nama aunty ni)

*raya tahun 2008

"Adik, kita ni dua-dua mak dah tak ada. tapi, kita ni, tak ada langsung muka mama kitakan?"

aku angguk.
"tula, kak yong. sedih kan. bila muka kita tak macam arwah mama kita."

"kak yong ni tak pernah kenal mama kak yong. (arwah mama kak yong meninggal masa kak yong umur setahun, sedihkan?) ni mama adik, aunty yang paling rapat and kak yong dah anggap macam mak sendiri pun dah pergi tinggalkan kita."

sebak kitorang berdua dalam kereta masa tu. masa tu kitorang lepas menziarah kubur arwah mama-mama kitorang.

*** 
sebenarnya kan dari dulu lagi aku selalu persoalkan, (tapi sekarang dah terima kenyataan dan bersyukur dengan wajah kurniaan Allah ni..:D)

aku: "mama, kenapa muka adik tak macam mama? mama lawa. adik tak lawa. kenapa kulit adik gelap? adik ni anak angkat ke? abangah selalu ejek cakap adik anak angkat aci belakang rumah tu. mama ada lesung pipit. atleast bagilah adik lesung pipit mama yang lawa tu."

aku dah muncung. *geram dengan abangah.mentanglah2 dia putih. (tapi kan, sekarang kan abangah lagi gelap dari aku. tula, kecik2 ejek aku lagi..hehehe)

mama: "adik, ikut kulit tok aki. tok aki kan orang kacuk pakistan. (tok aki ni ayah papa aku). tak lawalah ada lesung pipit ni. tau tak yang sebenarnya lesung pipit ni, kecacatan di muka? jangan dilayan abangah tu. saja nak mengusik. siapa yang berani cakap anak mama tak cantik ni?"

mama, mama sangat cantik macam bidadari..:)


p/s: mesti lepas ni korang nak komen., semua ciptaan Allah itu cantikkan? ya, aku tau semua ciptaan Allah itu cantik dan unik. (aku tau aku unique, haha, dah nak start perasan dah ni)
cuma kat dunia ni kecantikan itu subjektif. dan fizikal aku tak cantik dari sudut pandangan manusia.
dan dalam keluarga aku ni, siapa yang tak kulit putih, memang tak cantik. bagi diorang, hanya orang yang berkulit putih cantik.
huhuhu.
sedih. T.T

p/s 2: A ucapkan thanks kat semua orang yang bagi semangat di entry ini <----


ikhlas, 
aku~

31 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Adik pown cantik....cantik cam arwah mama juga....

Liselle MonCherie said...

Beauty is only skin deep!
You're beautiful in the inside and that matters!.

My mom looks like chinese too^^
I look like my dad XD a lot.Huhu

zeeck said...

huhu kene yakin lah cakap diri sendir cantik...xkan nak suh orang cakap kan :P z hensem pe...agagagaga



#xharap orang nak puji...biar kite puji diri sendiri...hehehe

CekbOlat-bOlat said...

cantik dirupa biarlah cantik di dalam jua =)

Nong Andy said...

Sebenarnya akak pun dah takde mak. kisah akak macam ni:
http://lovingustory.blogspot.com/2009/02/suatu-hari-di-bulan-ramadhan.html

Bila balik kampung pun slalu kena cakap...

" Muka sebijik macam muka arwah"

dari kecik smpai sekarang aku biasa dengar ayat tu. Aku tgk.. entah la.. ada juga kot muka arwah kat muka aku.. Tapi dlm kami beradik akulah yg paling selalu kena ckp mcm muka arwah-bangga wo.. hehehe..

* Akak pun hitam jugak! selalu rendah diri sebab kulit hitam. Smpai my dotter main buai di luar rumah akak cepat larang kalau cuaca panas. Takut dia jadi hitam mcm akak hehehe... alamak pjg!

LelakiSemalam said...

pasti ada yang nampak cantik dimata dia...

Lady Emilya said...

sis, i know how do you feel..
because I also pon tk brape nk cantik, but Allah know what the best for us ^_^

Iffah Afeefah said...

weh ape wat aku sebak ni

tak suke la cmni

mencik2

rindu arwah eh?

hurmm tak sama takpe jnji drh mngalir tu sme

fierul said...

ramai kata muka saya ikt muka mama :)

khairul said...

ish jgn ckp camtu..setiap manusia yg Allah cipta ada kecantikan masing2

Aqiim said...

sy berkulit gelap..
dan saya ada lesung pipit..
dan saya rasa saya sangat comel..
dah lah comel, sweet pulak tu..
so what?
hahahaha :P

eeiyss said...

setiap kejadian di muka bumi ni ada kelebihan masing... itulah rahsia ciptaan Allah yang terhebat...

eeiyss said...

sooo...kene senyum sentiasa... b positif tentu kita adalah insan paling bahagia...insyaALLAH...hoho

shera haifa said...

cantik tu dalam dan luar.. cantik dalam cantik laa luar..kalau cantik luar xcantik dalam xjd gak..

EL MARIACHI said...

saya pun suka kat yang ala Latinas sikit...telenovela gitu...they're demm hot!!

sebab abang bro rasa yang kulit cerah cerah putih sangat ni cepat nampak tua...haha...cool!

Telor Power said...

aku tak cantik tapi aku macho...boleh tak statement begitu.kuikuikui....

Citarasa Rinduan said...

sama mcm kamu hadapi..
kes kita serupa..
tapi bila semakin dewasa..baru k.ayu sedar..
muka k,.ayu walau gelap..
sebiji mcm ibu...
semakin dewasa kulit kak semakin cerah

kak rasa.. kulit kamu semakin mewarisi arwah mama..
sebab tu ada yang kata.. sungguh...
kak yakin kamu mmg cantik zahir dan batin

smilenajah93 said...

mane x tumpahnya uah kalau x ke nasi :)

Alieza Dayasari said...

al-fatihah utk arwah mama awk.
apa2pun.. moga mama awk ditempat dlm kalangan org yg beriman.

nini said...

beauty is in the eye of the beholder

=D

Totie@Tomy said...

moga arwah mama awk tenang disana..al-fatihah..

A said...

adik cantik di mata saya selamanya :)

Saddila said...

bersyukur dengan apa yang kita ada. kan kak kan ?? :)

keeya mustafa said...

cantik luar cantik juga di dlm,,kalau cantik sgt pun susah,,takot org nak dekat..dah cop banyak fans,,so..biasa2 sudah.. :))

Woofer Storm said...

adik cantik ikut mama,mesti mama bngga ada anak baik mcm adik..meh kwin meh,nak meminang dah ni..lalaa~

slmt malam adik..

xoxo.
achie

Choki said...

As Salam..Hehe..Tau2 je Kak M ;-) True. Everybody's unique in their own way. Allah is our Creator.And His creations are nothing but perfect :-)

Nisa Greennnpanda said...

beauty is certainly very subjective... but then again, successful women are not mostly beauties.. it's the inside that's precious~.. ^_^

dont' worry Cik M..
Sy pun mix gak..
tp xlawa..
chubby..
short..
specky.. ">_<

Miss Purple Ungu said...

teringat arwah mama akak bila bc entry ni...
rupa akak pun lebih kurang mcm arwah mama akak taw

nasha sanza said...

saya sayang mak saya!eh?tiba2 pulak yek! muka akak pun tak sama macam mak akak! akak pun gelap,mak akak putih macam susu..haha..rindu akak tak?:P

aQimie Ceplos said...

:')
be strong ye kawan :)

aizamia3 said...

betul..

"semua ciptaan Allah itu cantikkan? ya, aku tau semua ciptaan Allah itu cantik dan unik"

tapi tetap bersyukur kita cukup sempurna sifatnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...