Miss Magnifique!!

Thursday, 19 January 2012

Istimewa Di Sebalik Nama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hello alls.
ahh haa...
korang ada twitter tak?
aku baru jugaklah buat twitter neh..kekeke..
kalau sudi follow lah aku eh.. *tak malu suruh orang follow, ketuk kepala tu kang baru tau*
tsk..tsk..
(kat bawah fibox tu ada button follow untuk twitter...kekeke)

dahsyat arh korang.
seriusly dahsyat arh korang.
rajin betul nak meneka nama aku..hehehehe..

dengan dukacitanya nama-nama yang korang bagi tu kurang tepat.
tapi, bunyi dah ada..
teror gak korang mencari nama aku ni..hahaha..

bidadari syurga kata, retis ke ni?
whoaaa, sis.. saya bukan retisss ler... -_-' tak layak pon..hoho
abang bro el kata, nur nilam sari lah tu.
hahaha.. klasik nama tu i like.. but my name tak lah klasik sangat. :(

*tak apalah tak dapat nama pun, meh lah aku cerita macam mana aku boleh dapat nama ni.

sebenarnya kan, nama aku ni atuk dengan nenek aku yang bagi.
kalau ikutkan mama, mama nak bagi nama lain.
oleh sebab ni satu-satunya anak perempuan mama, puas mama cari nama yang mama suka untuk aku. 
and sebenarnya dah ada pun nama untuk aku.

tapi, atuk aku teringin benar nak namakan nama aku ni. sebab nama yang dia nak bagi ni dah tersimpan berbelas tahun lamanya.
dari cucu perempua pertama yang dia nak bagi, tapi sebab anak dia menolak. so dia simpan dari cucu perempuan ke cucu perempuan yang seterusnya. semua tolak nama ni. sebab masing2 dah ada pilihan nama masing2.

nama ni, seorang ustaz yang juga sahabat baik atuk aku yang bagi. tertulisnya atas nota. ada dua nama tertera di atas nota itu.

sampai ustaz tu dah meninggal, nama yang diberi masih lagi belum berpunya.
tu yang atuk aku kata kat mama aku, letaklah nama ni, sampai ustaz tu dah tak ada, nama ni tak ada bertuan.

datang pula nenek aku, dia nak namakan aku sempena nama anak sulungnya (aunty aku) yang dah lama meninggal dunia. dia tak nak nama anak sulungnya hilang begitu saja. lebih-lebih kesedihan selama berbelas tahun itu masih mencucuk hati nenek aku, kerana aunty aku tu meninggal macam tu saja. (kiranya tiba2 lah)
juga dua nama.

mama buntu. mama teringin sangat nak namakan anak perempuan dia ni.
puas dia berfikir. dan cuba mencantumkan nama yang dia nak dan nama yang ibu bapa dia nak. tapi kalau dicantumkan semua ada lima nama.
mak aih, panjangnya nama, kalau letak semua. *nasib baik nama pangkal depan tu memang tak letak, kalau tak, maunya aku ada enam nama..-_-'
mama mula memainkan puzzle. letak nama yang dia suka and letak nama yang atuk aku nak bagi. 
tapi, dia sedih pula, sebab kesiankan kat nenek aku, and then, nama anak sulung nenek aku tu, adalah kakak mama yang sangat menyayangi dia dan membesar bersama dia. (kakak mama yang lain moyang and nenek saudara aku jaga)

last-last, mama mengalah. mama kata, 
"biarlah hati mak and ayah bahagia. mama pilih nama mak dengan ayah tu letak kat nama adik."

so, jadilah nama aku. nasib depan dia tu memang cahaya. kalau tak, mesti mama pening nak letak nama aku sampai empat. hahaha..

tapi, nama mama yang mama nak bagi aku ni. aku akan simpan kemas-kemas. nama yang mama nak bagi ni pun ada tiga..:D
kalau katakan abang2 aku kahwin dulu, and ada anak perempuan, aku akan cadangkan nama ni.
*sebab kalau nak tunggu aku kahwin, macam tunggu keajaiban je. haha.

kalau diorang tak nak, aku akan paksa sampai diorang setuju. kalau isteri diorang tak setuju, banyak cantik muka hang lah tamo setuju nama mak mertua korang nak bagi ni..
muehehehe..
*setakat yang aku check, abang2 aku tak ada girlfriend. ntah2 diorang ni pun nak membujang ke apa? hehe*

kenapa aku kata istimewa,
#sebab akulah satu-satunya anak papa yang papa tak ambil peduli nak letak nama apa. :(
*abang2 aku papa yang bagi nama. even abang sulung aku punya nama kedua, nama gabungan papa n mama. 
*kitorang tiga beradik memang ada 3 nama.
even adik aku dua orang (lain mak ea) pun papa yang bagi nama.

#sebab nama aku ni atuk aku simpan berbelas tahun tau, barulah sampai kepada aku. aku rasa memang aku dah ditakdirkan bernama ni kot..hehe. and yeah, its quite special. :p

aiyak, nak cerita pasal nama pun panjang berjela entry ni.
kesian korang yang kena membacanya.hoho.

p/s: tak kisahlah korang nak panggil apa. cik m ke, adik ke, teenager ke, m ke, th ke, kak m ke, monalisa ke, lisa surihani ke, angelina joile ke, selena gomez ke, maya karin ke, seohyun ke..hahaha boleh saja..
hehe... wa tara kesah punya maa.. :D

kata adik: achie, terima kasih sebab tak marah..:D

yang benar,
aku~

28 comments:

Picoz Shupalula. said...

hoho memang berjela pun entry :D

missSenget said...

tentang nama..

mcm2 ceritanya kan...

hehehe..

berani bro achie nk marah M..

kitorg sekeh die ramai2 nnt..

nuyui a.k.a miss YUI said...

yg pntg nama maknanya yg baik kan..

wah,yui pon xde twitter..hikhik.

Liselle MonCherie said...

Wahahah! Mysterious Miss M continues!
Memang special nama Miss M sebab,nama betul Miss M mesti unik dan special :D

hassy chan said...

hehe..
pnjg sgguh sejarah psl nma ko..
ap mksud nma ko eh??

HeNRieTTa JoSe said...

hehehe....pjgnye citer adik....nice name....xpeklu papa xksi pown...kan adik dah jd cucu kesayangan atok....sian org tuh, adik xmo ksi dia taw nama adik kew?

Original CikTeddy said...

misteri sngt haih..kak cahaya la ek.haha

CaDLyNN said...

m.. jom twit twitt :p

kite punye name pon bukan ayah yg bg...yg lain sume ayah yg bg name..uhuk2 :(

EL MARIACHI said...

nama abang bro pun tak ada makna...cuma capital city of Turkey...

Pok Amai-Amai said...

Konklusinya, apakah nama kamu?

ZORA said...

salah satu tanggungjawab mak dan ayah kepada anaknya adalah memberikan nama yang baik kepada anak semasa dilahirkan..:P

Un Phat Lee said...

gua ade twitter gak.hihi

Izan Ishak said...

cik M... panjang berjela pun kak izan tetap baca sampai tamat tau.

mestilah nama yg unik kan.. dah yg memilihnya pun tunggu berbelas tahun baru jumpa pemiliknya...

L said...

kekasih hatikuh??

hhuhu

wahida said...

nak panggil zila bakarin...okeh tak...ekekekek...

Nisa Greennnpanda said...

hehe...name Cik M tue mmg special, ade sej yg t'sndri..

xpe la, sy ttap pgl CIk M gak la..coz cam dh biase.. ^_^

btw, Cik M, thanks for ur concern eh.. xpe la, blogging nie dh dpt ceriakn kesedihan ati sy.. >_<

RinsyaRyc said...

@rinsyaryc *promote twitter sndirik.. ha ha

CekbOlat-bOlat said...

KAKAK TANPA KEPALA ! heheh
wahh.. bestla atok yg bagi nama =)

mira maisara said...

tak pela..jnji de nme..hihi

fierul said...

hehe pgil kak m je la . lgi sng :)

TwIstiEs*meSti Mau* said...

cucu kesayangan atuk laa kira niii....haha...kim salam kat atuk erk..:)

Woofer Storm said...

panjang meleret,nama tu tak kuar pun.ermmmm

#tak pernah terfikir meninggalkan,namun pelik bila diri ditinggalkan..

#kata achie :tak marah,janji dimasa datang,gtau ye^^ <--masih mengharap tau^^

nasha sanza said...

hehe..masih mesteri my adik nie...bagaimanakah rupamu..akak tertanya-tanya...:P

shera haifa said...

berapa umur adik ehh?
hehe

xtahu nama dapat tahu umur boleh gak..:)

zida said...

nama yang akak cakap takde makna tu nama yang siapa bagi? hehe

cuba bagitau nama kot ada makna ke sebenarnya. haha ps. bagitau kat twitter. lalala~

:P

Iffah Afeefah said...

baik gne nme y ade makne

org sbt pon mndoakan kite kan?

semutsengal said...

hai cik upset. .

littledolphin said...

istimewa sejarah nama kamu ni ye. :)

masih tak tahu nama sebenar kamu.haha.

tapi tak apa,biarkan ia misteri lebih baik hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...