Miss Magnifique!!

Tuesday, 31 January 2012

Jujur Dari Hati

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

tadi,
kebetulan aku tengok k-pop star audition.
tak, aku tak berminat pun nak tengok. ianya hanya kebetulan.

tiba-tiba,
ada seorang peserta ni. 
nama dia kim soo hwan.
dia ada masalah mata. penglihatan yang dia kabur dan perlukan bantuan orang.
tapi, dia boleh menari dan menyanyi dengan baik.

rb terus kata,
"kak m, dia ni macam awaklah."

aku memang tersentuh dengan persembahan dia.
dia menyanyi jujur dari hati, walaupun aku tak faham sepatah pun.
aku sebak, sedih and faham sangat-sangat macam mana yang dia rasakan. 
the dreams that people like us dreamed of. even our dreams are different.

bila melihat di kaca tv,
baru aku sedar macam mana pandangan orang terhadap aku.
baru aku tau, kenapa terlalu ramai yang simpati.
terlalu ramai yang mendoakan.

kerana sekarang, aku duduk di bangku penonton.
orang yang melihat kesungguhan seorang manusia untuk berjuang demi cita-cita.
orang yang mempunyai kekurangan yang sama seperti aku.

dulu,
sejujurnya aku sememangnya tidak memahami mata-mata orang yang memandang.
orang selalu kata, berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

tapi kini,
aku sedar dan faham.
kerana kita manusia.
kita punya connection yang kuat, biarpun situasi kesusahan kita berbeza.

seperti mana aku simpati, sedih dan mengharapkan kejayaan untuk kim soo hwan ni,
aku yakin begitu juga orang-orang yang mengenali aku, pembaca blog ini,
yang mahukan yang terbaik untuk aku.

sometimes, aku sedar, 
aku kena duduk di kerusi penonton,
untuk tahu, sebenarnya, orang lain sememangnya tak sanggup melihat orang yang lain menderita.

dulu,
aku sering rasakan, apa yang aku alami ni, 
tak mungkinlah akan memberi kesan kepada orang lain.
kerana aku hanya insan biasa. ramai lagi yang lebih menderita dari aku.
dan aku selalu fikir,
orang lain sendiri ada masalah dan kesusahan sendiri,
kenapa pula mereka nak bersimpati, ataupun susah-susah nak tau kesusahan aku, mendoakan aku.

bagi aku,
aku hanyalah manusia yang tidak memberi impak apa-apa.

dulu setiap kali kak ej kata,
she really inspired by me. aku hanya tersenyum.
sebab aku sememangnya taktau apa yang aku ada untuk orang lain jadikan aku sumber inspirasi.

bila pembaca blog ini mengatakan mereka inspired by me,
aku sering tertanya-tanya, apa lah kelebihan aku?
aku yakin pembaca-pembaca blog ini juga mempunyai kedukaan dan kepayahan tersendiri.

tapi,
semuanya agak terjawab setelah aku tengok kim soo hwan ni.

aku sememangnya rasa sangat kasihan and rasa nak hug dia, sebab berani, sebab tetap teruskan kehidupan yang penuh mencabar, sebab berani mencapai cita-cita tanpa memikirkan apa pandangan orang lain.

ada yang kata,
penulisan aku dalam blog ini sangat deep, and sangat menyentuh hati,
aku mengaku, aku yang merasa, setiap kali menulis entry yang sangat tersimpan di dalam jiwa, ya aku menangis, seperti entry kali ini, aku sebak menaip satu persatu ayat di lembaran blog ini.
tapi,
aku tak pernah tahu, yang benarkah rasanya sememangnya sampai di hati setiap pembaca yang membaca?

bila aku dengar kim soo hwan menyanyi,
aku sedar mengenai satu lagi perkara.

orang seperti kami, mungkin tidak mempelajari segalanya secara formal,
tapi,
kami punyai kejujuran dan keikhlasan.
segala yang kami buat lahir dari hati kami.
hati dan jiwa yang paling dalam.

kami mungkin tidak seperti anda, anda dan anda.
tapi kami punyai semangat,
kami punyai kekuatan,
kami punyai keyakinan,
kami punyai kejujuran yang lahir dari hati.

kami tidak minta disanjungi atau dipuji,
cukuplah jika benarkan kami mempunyai sedikit ruang dan tempat untuk hidup di lautan dunia ini

kami juga membuat sesuatu bukan untuk meminta simpati anda dan anda,
kami hanya ingin mengekspresikan rasa hati kami.
tidak perlu menerima kami, jika merasakan kami tidak layak
cukuplah bagi kami peluang untuk mencuba,
kerana kami sedar, kami mungkin tidak dapat bermimpi seperti orang lain,
bagi kami, cukuplah hanya satu kesempatan dan satu peluang ini.
itu juga mimpi kami.
untuk berasa normal.


ikhlas,
aku~

52 comments:

Lady Windsor said...

Adik...selamanya akak terkesan...cuma kita tidak berpeluang untuk lebih mengenali, lebih mengesankan...insyaallah one fine day ya...

♥e'in♥ said...

adik org yg sgt2 kuat.. sebab tu akak inspired.. :)

Nong Andy said...

Dan hatiku merasakan sesuatu lagi..

هانيم إرشاد said...

:) anda juga hebat

Sharif said...

Benar

MaryaYusof said...

Syahdunya akak baca ni... When you write with your heart, you will touch other heart too :)

Liselle MonCherie said...

The expressions from Special people are like no other,
There's an aura of you makes me feel
deeply connected to you through your stories of hardship.
Whenever I read your posts there's
always every little pieces of you
that I take as a reminder,a spirit,
and also as motivation.
You are truly Magnificent :)
Miss Magnifique!

CekbOlat-bOlat said...

cerita yg di luahkan dgn jujur dan ikhlas. akn ada di hati setiap pmbcanya.. ^^

eLLa n aLia said...

"kekuatan sebenar terletak pada hati" kata2 dri guru ella :)

MulutPayau said...

Assalamualaikum dik...
Semangat adik dan kekuatan adik hadpi segala ujian mnjadi pengajaran dan inspirasi buat akak....
Hanya Allah yg maha mngetahui segalanya......

hunny bunny said...

teenager..

klu teen. ikhlas, i.allah org akn dpat merasai keikhlasan teen..; )

~ dont know yr real name..ani called u as teenager lar yer.. mge trus kekal mnjadi seorang teen. yg happening..^_^

cik Kartun said...

ermm ayt tacing.. :(

Aqiim said...

rasa simpati tu bukan kami yang paksa ia datang..


sebaliknya, macam yg awak cakap tu, bila kita berada kat tempat penonton, dan kita menonton orang yg sedang dalam kesusahan, ataupun dalam kesedihan, maka rasa simpati tu akan muncul secara sendirinya..


apa2 pun, awek korea kat entry bawah nie, memang comel..


sekian, terima kasih..
hikhikhik :P

aQimie Ceplos said...

sebab.. u menulis dgn iklas.
jauh dari lubuk hati u.
too natural :D

p/s bayak dah i tertinggal kat sini. hehe :)

Aqilah Kamarudin said...

sobsobsob :'(

missSenget said...

=) kekuatan itu..

tak semua orang ada..

selalu je rasa sebak baca tulisan M..

Anonymous said...

jujur dari hati,sy mula sayang kamu..

iklas.
anon

Nisa Greennnpanda said...

it's true.. what u write truly does inspire people, including myself.. ^_^

p/s - hihi~..thanks dearie.. I'm actually trying to be as strong as u are.. ^_^ *hugs back* but still not strong enough to write about my prob in my blog.. ">_<

qamarguyz said...

salam ziarah..
sememangya luahan & penyampaian di laman ini jujur datang dr Hati, sebab itu ianya mudah diterima oleh para Hati..indahnya ukhwah andai dijalinkan sendiri oleh Allah

::WafaIrdina:: said...

org yg benar2 ikhlas sahaja pt kita rasai keihlasan dan ketulusan at mereka..
berjuang tuk hidup wlpn ada bnyk kekurgan diri..
soo
jgn jdikan alalasan tuk terus rebah..
jadikan ia peluang tuk lebih berjaya
kekuatan mesti dicari k..
:D

Lia Irdelia said...

menulis dari hati sememangnya terkesan pada jiwa yang memahami,,

Bilik Hijau said...

susunan kata-kata saudari menjadikan aku lebih terkesan membacanya ... lebih memahami (atau cuba memahami) ...

Saddila said...

setiap entry yang akak rasa sebak bila taip tu, setiap entry tu jugaklah dila sebak kak. i'm touched kak :(

nuyui a.k.a miss YUI said...

menulis scr ikhlas mmpu wat org tersentuh..

Queenie said...

adik mungkin tak sedar bahawa adik ada sesuatu yang mungkin orang lain tak ada...

aunty tau itu.

CaDLyNN said...

m...setiap org ade kekuatan dan kelemahan masing2...bersyukur dengan ape yg ade..dan jom kite polish lg mane2 bakat terpendam kite..hehe

Aien Not Alien said...

bila kita jujur bercerita, maka jujurlah rasa yang meresap dihati semua...


kuatkan semangat dear....berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

ZORA said...

semngt mesti kene kuat....

Cik Yatt said...

hmmm..touching..

Choki said...

As Salam.For you it might not be anything..What you write here.For other people such as myself,it's always SOMETHING..The tongue can be sharper than the tip of a sword (hadis yg saya prnh dgr) So your words,in a good way,affects people.Keep it up Kak M ;-)

hanaahmad said...

Adik, kau harus kuat dan berani untuk mencuba segala apa yang kau mahukan. Setiap kejayaan bermula dengan percubaan. InsyaAllah pasti ada jalannya.

Meh sini nak peluk. ;)

O CIKTEDDY said...

mnusia dlahirkan dgn prasaan simpati..even kiteorng x dpt nk tlong tp kiteorng yakin yg kata2 smangat blh kurangkan sdikit pnderitaan org lain.. =)

Lea Isnawi said...

jujur itu harus untuk buat orang percayakan kita :)

eeiyss said...

hmmmm~

Mya said...

stay strong n pray hard =) nice entry tau

Lady Emilya said...

seriously, setiap kali saya baca entri akak,saya akan nangis... :(

Nur Aischa said...

mmg aisyah sebak dan sedih sgt tiap kali baca entri awak hmm T_T tabah ya, kami semua memahaminya..

TwIstiEs*meSti Mau* said...

hmm.,yg sebenaryerr...m,sakit per???

EZAD AMIR said...

tersentuh baca...
mnsia sme je dik sbnr nya..
kurang di sini,lebih di situ..
lebih di sini,kurang di situ..

eva said...

sbb awak ikhlas dlm berblogging.. tersentuh setiap kali awak buat entri.. dats y adore awak :)

sy pun tgk semalam kpop tu.. mmg rasa simpati dan dia menyanyi mmg terasa sgt..

ghost writer said...

tapi kami punyai semangat,
kami punyai kekuatan,
kami punyai keyakinan,
kami punyai kejujuran yang lahir dari hati.

(ini saja sudah tunjukkan yg kau kuat)

Cikgu Ma said...

jujur, memang tacing...

setuju dengan kata ghost writer...

anda mampu menulis kata hati...
tapi saya, hati hanya mampu bermonolog tanpa mampu diterjemah dengan aksara..

El-Janna said...

kami semua meraskannya.. kadang walaupun ia secebid hard copy namun ia terasa soft bila baca

Diyana Norman said...

awk...awk strong sebb tu rmai y adore..inspired by u.. u have to be proud of that.. be strong olways keyh. Ingat Allah sentiasa ada..

ILA HonEyBuNNy said...

ya..tak semua setabah ne tau..

menulis mngikot kata hati kita...sgt berkesan..;)

Ain Dzaya said...

penyampaian yg jujur..
setiap manusia punyai kelemahan dan kelebihan dan setiap ciptaan Allah itu ada kelebihan mereka tersendiri..jg pernah anggap org yg ada kekurang itu selamanya dia akan terus kekurangan..dan jgn judge org yg dapat kelebihan tu selamanya milik dia..hidup nie adil kan?


dengan gagahnya ain bersengkang mata buat entry nie =)

http://aindzaya.blogspot.com/2012/01/rindu-perasaan-sakit-yang-indah.html

semutsengal said...

ambil yang jernih buang yang keruh.

Bidadari Syurga said...

allah beri mcm2 cara sayang untuk tunjukkn kasih sayang sebelum semua rasa syg tu ditnm dlm hati oleh dri sndri n hilang...

ps: sesekali jdi pemerhati byk faedahnya

Prettywrite said...

setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 M..jangan rasa rendah diri tak semstinya mereka yang sempurna fizikal sempurna di sisi Allah..setiap orang berhak atas kehidupan mereka..:)

M..nanti emel details kat emel kak yana ya..ada gift sikit..

http://prettywrite.blogspot.com/2012/02/keputusan-lucky-draw-prettywrite-7.html

CikAnyss' :O said...

sedihnya :( btw ketabahan u yang buat orang inspired ... happy go lucky ya .:)

zafiqa said...

syg adik akk...sy menyayangi kamu sblm tau apa2...sy tetap syg kamu wlupon tau semuanya...saya akan sentiasa sayang kamu sampai bila2...

kami sentiasa doakan kebahagian kamu...disini dan disana nnti...

Juliet_iRa~" said...

adik mmg menulis dr dlm hati..
sbb tu rmai suka bc n banyak pengajaran, nilai moral y akk blh ambil dr penulisan adik..

teruskan mnulis..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...