Miss Magnifique!!

Thursday, 12 January 2012

Kenangan Darjah Satu Di Sekolah Cina

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

tiba-tiba sekarang mood aku nak cerita zaman sekolah.muehehe. habis semua life aku nak cerita kat sini, kan. mesti korang macam, apahallah budak ni syok sendiri nak cerita pasal diri sendiri, kan?
haha, well... benda usual yang aku selalu cakap ialah, belog aku, suka hati aku okeyh? :p

darjah 1,
korang tau tak aku sebenarnya masuk sekolah jenis kebangsaan cina? *kalau korang tamo tau pun, aku nak bagitau jugak* :p (sindrom apakah ini?)
yeah, kami tiga beradik bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina.
walaupun abang-abang aku dah masuk sekolah cina dulu, diorang mana ada ajar aku apa-apa. *tapi, abangah aku selalu tolong buatkan homework untuk aku. kadang2 homework banyak sangat, aku tak larat nak buat. last2 abangah aku jadi mangsa buatkan kerja sekolah aku*

ha, kadang-kadang aku melopong je, dengar cikgu tu cakap apa kat depan. sebab cikgu cina dia cakap cinalah. dia explain dalam bahasa melayu pun sikit je. yelah, dalam kelas tu pun cuma ada 4 orang budak melayu sorang budak india.
kat sekolah cina ni, hanya subjek bahasa melayu dan english saja gunakan bahasa yang selain daripada cina. oh tak lupa juga bagi pelajar islam, pendidikan islam dalam bahasa melayu..hehe. *kalau pendidikan islam pun dalam bahasa cina, abes aku*

aku ingat lagi, dulu kalau nak pergi tandas cikgu tak bagi cakap dalam bahasa lain selain bahasa cina even nak pergi tandas.
cuba korang bayangkan aku yang belum tau sepatah haram cakap cina tu, apa aku nak buat?
minggu kedua sekolah, aku tahan je kalau nak pergi tandas. sebab bila aku minta kebenaran, aku cakap bahasa english, 
"teacher, may i go to toilet please?"
tapi cikgu jeling aku. lepas tu dia geleng kepala. dia cakap,
"minggu lepas saya dah bagitau kan, kena cakap bahasa cina. Tak Boleh! awak cakap bahasa cina, then i'll let you go." <-- dia cakap bahasa cina sebenarnya. tapi, kawan cina aku yang tolong translatekan. cikgu tu kejam dia tau je cakap melayu and english sebab dia orang malaysia tapi, saja nak dera aku kan.
sebab masa tu, aku tak reti lagi nak cakap, 
"lao shi, wo ke yi qu che shuo ma?" (betul ke pinyin aku ni? dah lama oi tak tulis han yu pinyin ni)
hoi, berbelit lidah aku nak cakap. seminggu aku practice dengan kawan cina sebelah aku. (sila remember, aku baru darjah satu masa ni)
ha, bulan dua aku dah boleh pergi toilet, sebab dah boleh cakap yang kat atas tu.

tapi, aku reti cakap tu jelah. sebab oi, kenalah survive, takkan setiap kali aku nak kencing aku tahan kot.

gila aku struggle kot darjah satu ni. sila remember, bila aku cakap aku genius tu, aku maksudkan umur aku tiga tahun lah, sebab dah pandai membaca..wahaha... sekarang ni... -_-'
bila darjah satu, kena pula cakap bahasa yang aku tak pernah cakap. rasa nak nangis tau tak?

abang: buat apa orang nak ajar adik. dia kenalah belajar sendiri. orang ajar sikit cukuplah, orang dulu lagi seksa tau, tak ada siapa nak ajar. so kenalah fair and square.

kurang asam jawa punya abang. tak nak ajar takpe. aku selalu report kat mama.hahaha.

abangah: apa yang saya boleh ajar, saya ajarlah.

abangah ni boleh pakai sikit, bila aku minta tolong. tapi, banyak juga dia mengelat. tapi bila aku report kat mama, dia terpaksa tolong juga. hahaha. 
*kejam dowh aku gelak. kadang2 best kot jadi anak bongsu dan satu2 nya perempuan ni, kerjanya membuli abang2 dan membuat report..:p*

dulukan masa darjah 1 ni,
ada seorang budak cina ni selalu buli aku tau. selalu minta duit and ambil makanan aku and kacau aku buat kerja sekolah. 
tapi, dia silap buli oranglah. dia tak tau aku ada abangngah yang samseng sekolah.
habis budak tu dowh abangngah aku kerjakan. padahal budak tu darjah satu je. abangah aku darjah 5.
since kejadian, tak ada siapa pun berani nak kacau aku. buli aku, atau cari pasal dengan aku.
tak pasal2 aku terkenal sebab aku adik samseng sekolah..huhuhu..
aku kan sakit, aku selalu juga kena ejek bila tak datang sekolah ke atau sakit masa sekolah, tapi, sejak budak tu kena pukul, semua budak cina tak berani nak ejek and diorang cakap belakang je. tapi aku taulah, sebab ramai yang bocorkan rahsia..huhu.
tapi, aku buat derk je, malas nak fikir. *aku pendiam masa sekolah cina ni, mungkin sebab masalah bahasa kot*

yang paling tak best sekolah cina ni,
ialah,
banyak gila kerja sekolah.
patutlah budak2 cina pandai and berdisplin.
disiplin sangat ketat dan kuat.

korang bayangkan,
kalau tak buat kerja sekolah tu, sah-sahlah, kena rotan kan?
tapi, kalau salah buat pun kena rotan jugak.

sebabnya,
cikgu expect, bila cikgu dah ajar. kerja sekolah mesti perfect.
even, aku selalu kena rotan sebab bahasa cina aku banyak yang salah.
padahal kerja sekolah aku, semuanya aku buat.

dekat sekolah cina, 
tak boleh ada kesalahan langsung.
everything must be perfect.
satu salah, satu rotan.
kalau tak buat kerja sekolah,korang tau-tau jelah denda macam mana,. sangat berat,

pasal tu,
sampai sekarang aku takut sangat nak buat salah dalam pelajaran.
and aku takut bertanya.
sebab kalau budak melayu tanya,
cikgu tak pernah jawab.
tapi, kalau budak cina tanya,
cikgu tu bagi penjelasan panjang lebar.

diskriminasi berlaku sehingga aku darjah lima. *sebab pertengahan darjah lima aku cabut masuk sekolah lain haha*

ikhlas,
aku~

42 comments:

CekbOlat-bOlat said...

bolat nye skolah pmpuan mix chinese..
diorg ok.. tpi mslahnye.. bile hdpan dgn ckgu melyu.. diorg ckup kurang ajr.. =.="
rase nk sepakkk je.. soh diorg blik ke negara China! hate them so much >_< hurghhh

~SaL IjOu~ said...

@akak bakal ajar skola cina nnt~ tp at least akak penah keje ngn cina beberapa tahun, harap membantu.deorang agak perfect kalo soal kerja..~

@akak pun penah kene buli darjah satu..tp tu la..silap org la, akak pun ada abg kat skolah sama..bila abg dpt tau..kecut perut budak tu dibuatnya..masih berani kaco? haha!

@mmg sgt terasa diskriminasi bila berada dlm kalangan deorang~ (--")

::WafaIrdina:: said...

wahhh..mesti pandai kecek ciner kan..hehehe

Aishah Jahirah said...

mmg diskriminasi cam2....bestnya abg2 adik yg buatkan homework...erm semua tu kenangan yg walaupun ada yg xbest tp bila terkenang tersenyum jugak...;)

ShahzCudin said...

best baca..
mencabar btol..
ni mesti rajin orgnya..

kim heeruul said...

standard sekolah cina memey bnyk keje sekolah..
kita cuti,dorang still sekolah.

ZORA said...

cina mmg mcm tu...nak2 ag kerja math..belambak gler kot home work diorang..

MaryaYusof said...

Org Cina ni sbnrnye tak pandai pun tp sb dorang sgt RAJIN... lihat sahaja dimana ceruk dunia, pasti ade bangsa dorang ni... Kamu beruntung dpt sekolah cina walaupun dorang ni kedekut ilmu sikit ...wekkk...menyampah..:p

ummi_khalish said...

assalamualaikum dik..how r u today?semoga ceria milikmu selalu..
adik sekolah cina kejap ajelh kn?tapi mesti boleh ckp sikit2 kan?k.dil adik beradik dulu semua sekolh cina.mula2 mmg ada beza sikit..lma2 bila dh msuk drjh 2 k.dil dh seiring dgn mereka..dn k.dil suka sklh cina...adik k.dil sampai ting 6....k.dil hnye sampai form 3 sbb pastu masuk mrsm..tpi ttp ambik bhs cina dlm spm..alhamdulillah...berkt prgaulan dgn diorg k.dil blh fhm byk bhsa..dgn cina ni kna kna berani brsaing dn pndai hrmt dia..insya Allah..kwn2 k.dil dn uncle n auntie k.dil org cina...:-)

cik Kartun said...

prctcle di c0mpany cina p0n wat CK naik blurr sepnjang masa ngn dorang huhuhu

jeBateja said...

Aiyaaa...AMOI....lu musti kiut kan...ahakz...kasi ajar bahsa cina satu.....ahakz

Maii said...

wahh..dpt abang taiko best lahh..

Queenie said...

setuju cakap Marya - rajin!

belakangparang kalau diasah lagikan tajam, org Melayu pandai tp Mim... dah tu nak main senang jer...senang jadi alibaba, senang jadi cina buta..

adik bongsu akak sekolah cina, anak2 buah ramai sekolah cina, muka pun memasing macam cina, sepet2 belaka (akak jer tak)...bila berkumpul, kalau tak pandang isi rumah, memang org ingat itu rumah orang cina, sakan cing cong cing cong..

dari kecik berkawan ngan cina, sampai ke-tua bila dgr lagu raya dia boleh diimbau rindu...rindu pada suasana kecik2 dulu..nyanyi pun lagu cina....minat ramai penyanyi cina...sama2 tonton opera cina...dan nyaris kawin pun ngan orang cina (anak kawan ayah) muahahaa....psst..sekrg dia tu towkey besar tau!

dulu boleh dikatakan semua lagu Teresa Teng akak hafal, siap tiru dia berfesyen - fesyen pakaian, rmabut, masa dia meninggal, nangis bengkak2 mata... gitu juga masa satu lagi penyanyi lelaki dia meninggal...

hadoi...best lah entri ni...penuh nostalgia...thank you...

EZAD AMIR said...

wahhhh...sekolah cina rupanya dia..untung la..
sy sekolah melayu..
nk pegi tndas kena ckp BM..
mne la sy reti..tpkse la sy kencing je dlm poket seluar kwn sy...
wakakakakak

khairul said...

abg dlm delima samada nk hantar anak abg sek cina @ kebangsaan thndepan ..takot dia ssh nk fhm..skunk ni mmg dia tadika cina..tp kurang fasih skit

fierul said...

tringin nak sekolah cina .. tpi dulu tak dpt sebb tadika sy tadika biasa .. :')

ciK LyndaWawa said...

wah....jum speaking mandarin!.hehehe...saye lupa dah....dulu de belajar time sekolah...huhu

Liyaa Mf said...

Advantagenya, maybe dpd kecik kita dah diajar untuk jgn jadi lemah especially bila berdepan dengan org yg diskriminasi & org yg kejam tanpa perasaan. Nak nak bila da masuk era kerja. So that kita macam da tough sket laa nak berdepan sbb dpd kecik da dilalikan.

Err.. Akak dpd tadika da kena buli. Tak tahan terus quit tadika. Masuk 7tahun baru sambung skolah darjah 1. Hehe

CaDLyNN said...

ouh..ade abg taiko okla...kaklin ade adik yg bg akak pulak glam..kah3...sebab die suke tido dlm kelas...so akak yg kene pgl ngadap cikgu.sangat tak adilkan? haha

MLSC by Rina Isa said...

Ladies semua yg cintakan FASHIONS, jom join contest ni! Menarik hadiahnya! Jom lawati utk keterangan lanjut:

Official fanpage: http://www.facebook.com/MrsLadysStylo
Official website: http://mrsladysstylo.blogspot.com/

missSenget said...

penah ngajar jap budak cina..

demm je rasa...

sbb kene buli dgn diorg..

aizamia3 said...

wah.. amoi.. akak manyak rindu sama amoi.. akak ingat mau jumpa lu lah amoi.. itu barang masih tersimpan kejap di rumah akak.. hikhikhik..

Azie Azman said...

oh..ada diskriminasi eh? gile tak baik cikgu tu..huhu

salah pun kene rotan? patut la diorang pandai.. -.-

My Life's Journey said...

salam pekenalan ..umi dulu teringin nak sekolah cina tapi ayah tak bagi huhuhuhuhu


hrmmm sedih jugak baca entri ni ..jahat diorang ni ..kejam la nak rotan orang selalu sangat ..jahat

zida said...

eh sebenanrnya apa kebaikan masuk sekolah cina ni ek? tengok macam ramai je sebenarnya budak melayu masuk skola cina ni~

heeee :DD

Original CikTeddy said...

ouh..skola cine ye..kak M,ni ai wo ma?wink3..hehe

Miss Nadya said...

best dapat sekolah cina..;)

hye..ni hou ma??

p/s :: nanti datang taw 30hb february tu??hehe..:p

smilenajah93 said...

wahhh ~~ kim xdop punn :P

Picoz Shupalula. said...

HAHAHAAH komplikated nya hidup. picoz punye kakak sambung belajar, dia pilih bahasa cina. hari2 dengar dia praktis bahasa cina. huhu. lao shi lao shi tuh tauu la. yang len kureng. kehkeh

betol laa. sekolah cina peraturan ketat & sgt berdisiplin. thats why orang2 cina maju. kan?

=D

P/s : entry besh!

aQimie Ceplos said...

HAHAA!! aku xpat byg kan mcm mane kau survive dlu cik M..
tapi mcm ngela je kau smpai darjah5 kau lari. haahaa!

istighfarin said...

waduh,,, kalau skolah di indonesia, guru yg mukul muritnya pakek rotan itu bisa di laporkan ke polisi. Biar di hukum. tak boleh lah kekerasan macam tu cik M

Maher said...

bagusnya...gembira dpt baca kisah benar mcm ni...thumbs up for this post!

littledolphin said...

dulu saya tadika cina je,tak masuk sekolah cina.

alhamdulillah dulu saya sekolah campur-campur kaum pun tak da masalah diskriminasi. ^^

kalau saya pulak,masa kelas agama dulu,kena cakap bahasa arab.tapi tak reti langsung nak sebut.sebab start masuk kelas agama masa darjah lima je.itu pun setahun je.tahun lain-lain tu cuma pergi kelas mengaji je.

best la ada abang tolong protect dari jadi mangsa buli.haha.tapi jangan over protective sudah.hehe

Woofer Storm said...

gila kentang,kecil2 dah struggle..hehee

#ajarlah sy bahasa cina sis..hehee nama sis siapa?lalaa~ tanya lagi ni..haaaahaa

hanaahmad said...

nanti kalau aku punya anak, aku mahu hantarkan mereka ke sekolah cina. teringin. ;)

Juliet_iRa~" said...

skrg pndai ckp cina lagi x?heee..

bdk cina mmg byk homework kan..tau gak y tu..ptt pon diorang pndai..:)

MulutPayau said...

Wahhhh...!!!! adik akak ni amoi rupanya..kawan2 akak pun ramai yg hntar anak ke sekolah cina......

reen afny said...

heh, dekat sekolah pun ada masalah rasist ke.. ingat dekat tempat kerja je. huhu

Nisa Greennnpanda said...

wah.. Cik M pndi bhasa cina..leh laa ajar sy..kn kn? ^_^

merapu said...

wah seram tul sek cina ni
ru ingat best sbb dapat belajar bhs cina
huhu

Miss Purple Ungu said...

bestnya sklh cina sbb blh blaja bahasa dorang
tp mcm x best sbb byk keje skolah hehe
miss purple pun slalu kena buli time sklh dulu, sabo aje la...

aimie amalina said...

huwaaa
banyak baguss wo masuk sekolah cina walau azab juga nak belajo ye
hehehe


taw ckp cina x lagi skrg?
hehehe :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...