Miss Magnifique!!

Monday, 16 January 2012

"Kenapa Mama Suka Salahkan Adik?"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

*masa: 2003
*tempat: bilik

aku dan mama berada di atas katil, berbual-bual. hanya kami berdua. entah kenapa aku ingin tanyakan soalan (lihat pada tajuk) itu. sebab sejak dari kecil lagi, aku sering merasakan mama suka salahkan aku.
*dari sudut pandangan dan pemahaman budak-budak.

aku: mama, kenapa mama selalu salahkan adik?

*mama pandang aku blur.

aku: mama selalu salahkan adik walaupun bukan adik yang buat benda tu. lagi-lagi kalau gaduh dengan abangah. mama mesti menangkan abangah. sedangkan bukannya adik yang start gaduh dulu. bukan tu aje, perkara-perkara lain pun macam tu. *aku sebutkan beberapa perkara*

mama: adik salah faham ni. mama mana salahkan adik.

*aku pandang mama. berfikir-fikir sama ada nak lengkapkan pertanyaan atau tak.

aku: mama, mama selalu salahkan adik sebab adik punca perceraian mama dengan papa ke?
*aku menunduk, tak mampu nak pandang wajah mama.

*ya, sejak aku tau tarikh lahir aku adalah tarikh perceraian, aku sering ada perasaan insecure, takut, unprotected, unloved by everybody.. aku sangat struggle untuk mengatasi perasaan-perasaan negatif ini, tapi sukarnya, sebab ianya bagaikan sudah sebati dalam diri.

mama kelihatan sangat terkejut. (aku rasa mama mesti sedih sebab i was effected by perceraian mama n papa, aku rasa mama faham perasaan luka yang aku rasa dalam hati)

mama: ya Allah, adik. mama tak pernah salahkan adik dengan perceraian mama dengan papa. adik tak salah apa-apa. adik tak salah. malah, mama bersyukur adik ni pembawa rahmat untuk mama, sebab lepas mama mengandungkan adik, mama tau apa yang papa dah buat kat mama.

mama cuba tahan sebak.

mama: mama salahkan adik masa gaduh dengan abangah, sebab adik taukan, antara korang tiga beradik, abangah yang paling banyak kena seksa dengan papa. abangah yang paling banyak menderita. mama tak nak abangah fikir dia keseorangan. mama tak nak abangah rasa tak ada siapa sayangkan dia. abangah tu jiwa dia sensitif dan halus, dik. 
dan mama tau, adik punyai hati yang kuat. mama nak adik berkorban. mama nak adik memahami perasaan abang-abang adik. 

*sungguh-sungguh mama meyakinkan aku. dia pandang tepat ke anak mata aku.

mama: kalau dalam perkara-perkara lain tu, kadang-kadang mama terlepas pandang. ingat, sayang, mama tak pernah salahkan adik sebab perceraian mama dengan papa. adik tak ada kena mengena dengan perceraian ni.

*mama peluk aku.

aku: tapi, abangah ada aunty dengan mama. abang ada mak dengan mama. adik cuma ada mama je. bila adik gaduh dengan abangah, aunty mesti marah adik, mama pun macam tu. bila adik gaduh dengan abang, mak mesti marah adik. mama pulak tak ada. kerja.
habis, siapa yang nak menangkan adik? siapa yang nak ada di sisi adik, bila semua orang salahkan adik? bila semua tunding jari dekat adik?

mama: adik sayang, adik tau tak yang perempuan ni mempunyai hati yang lebih kuat dari lelaki? abang-abang memang nampak kuat, fizikal mereka memang kuat. tapi, adik kena faham, emosi diorang lemah.
adik kan perempuan, adik punyai hati yang sangat kuat. mama nak adik belajar memahami. memahami abang-abang adik. diorang tak sama macam adik. bila soal perasaan, mama nak adik mengalah. bolehkan, sayang?

*aku hanya diam.

*** 

*sebenarnya aku faham, yang mama mendidik aku untuk memahami abang-abang. walaupun kadang-kadang aku rasa macam nak hentak kepala diorang.. (hehe)
abang-abang aku tak jahat, tapi keadaan yang buat diorang memilih jalan yang salah.
tapi mama cakap, aku kena nasihatkan diorang lembut-lembut. tak boleh kasar-kasar. apapun biarkan diorang, tapi tarik diorang lembut-lembut.
bila diorang tak nak dengar nasihat, biarkan diorang.
tapi, mama kata, macam mana pasti diorang akan mencari adik semula. adik hanya perlu bersabar dan ikut rentak diorang.

*sebenarnya juga, memang perceraian mama dan papa bagi kesan dekat aku. kesan dia mendalam sangat bila aku tau tarikh dia tarikh lahir aku.
seriusly, aku memang sering rasa insecure, tak confident, tak disayangi.. 
aku sangat struggle dengan perasaan-perasaan negatif ni. aku tau semua orang sayang aku.
tapi kadangkala, apa yang terjadi telah mendidik psycology aku sejak kecil lagi.
kadangkala, i just cant help myself when i'm feeling like these.
but of course, i struggle to overcome all those feeling. aku tahu, ni semua dugaan. 
aku tau atleast, Allah sayang aku.

seriously, i really wish, tak ada orang akan rasa macam ni. 
aku tak salahkan mama aku sebab bagitahu tarikh sebenar. aku hanya mampu berdoa agar aku diberikan lebih kekuatan untuk menghadapi perang emosi dalam diri.


ikhlas,
adik~

47 comments:

Citarasa Rinduan said...

adik...

kamu mmg seorang yang tabah walau kamu sering menyalahkan diri..
ketahuilah dik, naluri ibu lebih kuat dari naluri seorang lelaki

dik. masa k.ayu kecil2 kak ayu sering kena rotan kalau tak mengaji, solat..
bila dh besar dan berumah tangga, k.ayu baru tau.. kenapa hanya k.ayu seorang dipukul..
adik beradik lain tak kena..
rupanya, k.ayu mengharungi dugaan dan menjaga zuriat y bukan dari benih ini...

ada hikmahnya bukan??

Queenie said...

tsk!...come here dear..*hugs*

CekbOlat-bOlat said...

hebatkan jadi perempuan.. ade hati yg sngat tabah.. =)
sedih bace.. hurm.. sbar la ye akak

telor power said...

:) sabar yer

fierul said...

tabahnye hati awk .
sy rasa sy pon blom dpt utk tabah macam tuh .

Aishah Jahirah said...

itu hal org dewasa...hanya mereka yg tahu apa sebenarnya berlaku...dalam kes adik, akak rasa adik kena positif thinking.jgn salahkan diri atas apa yg kita tak tahu hujung pangkal.yup perempuan ni pemikir....nampak lembut dan lemah tapi sebenarnya ada kekuatan dalam diri ketika masa2 tertentu...:)

Original CikTeddy said...

trkdang susah tuk memahami tp kite blg mncuba kan..and yes,brperang dgn diri sndiri lbh payah dr perang sbnr =)

say to easy=) said...

be strong..dalam kehidupan berkeluarga kita mesti banyak mengalah satu sama lain :)

Liselle MonCherie said...

Oh,You're a very strong girl to overcome these!
You've been a good sister to your brothers.
May Allah bless you darl :)

LelakiSemalam said...

memang tiada siapa akan faham akan perasaan kamu ,cuma kamu sahaja yang faham ,seperti juga aku cuma aku yang faham...luahan2 ini sedikit sebanyak membantu kita untuk lebih kuat dan tenang...

Juliet_iRa~" said...

kecik2 lagi dah mcm2 bnda ye rs..awk mmg sgt tabah dik..:)

ppuan mmg hati dia, emosi dia lebih tabah dr lelaki..hee..xdpt dinafikan..sbb tu ppuan blh teruskan hidup tanpa lelaki bergelar suami utk spnjg hayat dia..(kebanyakan) tapi lelaki xblh hidup kalo xda ppuan dlm hidup dia (kebanyakan...

Nur Sakura said...

betul kekuatan hati/perasaan perempuan dengan lelaki berbeza...... heheh..

Dinas Aldi said...

Hanya kerana tarikhnya sama, tak bermakna itu salah adik. Mama adik pun dah cakap bukan tu, kan :)

Lady Emilya said...

kak, be strong =)
sedih sy baca entri akak ni :(

HeNRieTTa JoSe said...

Banyakanlah bersabar adik....ALLAH sentiasa bersama kita....memang dalam hukum Islam, ibu yang hamil jika di ceraikan, hanya akan jatuh talaknya apabila dia bersalin...sabar yea adik.....

keeya mustafa said...

jgn slh kan takdir sis,,
kuat kan semangat,,
buang yg keruh ambil yg jernih,,
fikir positif dan sntiasa doa kn ibu bapa sis walau macammana pun keadaannya,,
sedekah semua amaln yg kita lakukan untuk mereka,,ia tidak akan mengurangkan pahala amalan kita,,bahkan ia kan bertambah,,
semoga Allah memberkati kalian sekeluarga :)

Aqiim said...

semoga awak diberi kekuatan utk mnghadapi segala kekalutan emosi yang ada dlam hidup awak.. :)

poohrist said...

hanya satu je kita harus fikir dan ingat..setiap dugaan dan cabaran dalam hidup kita hanya kerana dia(allah) ingat dan sayang kita..
insyaallah..

Aqilah Kamarudin said...

samalah asyik kena marah. tapi orang kat luar sana ingat anak bongsu ni manja, tak pernah kena marah, dapat benda apa yang dia nak. itu semua dusta! anak bongsu lah yang paling banyak kena marah, berbanding abang2 and kakak2nya. sobsobsob. hehe

DianaAzis said...

TH, Allah menguji hambaNya yang mampu sahaja.. sebenarnya bila kita selalu diuji, Allah sebenarnya ingat pada kita.. teruskan tabah dan kuat.. you can do it dear.. :)

zida said...

errr you've got three moms instead?

Allah. Semua dugaan ni mesti buat akak kuat punya. Seriously! kalo akak rasa keseorangan, takpe, kitorang semua ada untuk akak.

And sentiasa jangan lupakan arwah mama akak tu ye. InsyaALLAH doa anak soleh peneman di alam sana :)

Woofer Storm said...

adik,jangan rasa diri tu punca segala.tak baik tau..takpe,abang ngah suka gaduh ngan adik dulu,abg achie datang sini nak tolong..senyum la skit..

#kata achie :Adik,nama plzzzzz^^ selamat mlm..jgn fikir banyak sangat..

ZORA said...

mngkin ade yg tersirat dan bersebab....

Maii said...

Insyaallah akak mampu berperang dengan emosi ini ;DD

missSenget said...

perempuan ni mmg kuat kan..?


untung mama da didik awal2..

rasanya bro achie nk da lama mintak nama M...xdpt2 ke..? hihihi..

EZAD AMIR said...

sabar ye dik..
^_^
hidup x selalu nya indah..
tp kalo kita asyik melihat kegelapan,
kita xkan nmpk kecerahan...
erkk..merapu apa aq ni??

Ayie Abas said...

ermmm...membesar dgn perasaan yg berbagai2 di jiwa....ayie dapat memahaminya.

::WafaIrdina:: said...

kita perempuan mmg kuat..wlpn nampak je lemah..tapi kita bersemangat kental...kan...pe pun moge sis tabah yaa..l'll be there 4 u olwez.dear...DIA jugak...^^

Un Phat Lee said...

kakak gua pun paling byk kene marah ngan mak gua.gua rase kesian kat die kadang2

CaDLyNN said...

M..perempuan mmg selalu kene mengalah...be strong k! :)

semutsengal said...

Err,


cik upset, mungkin anda terlalu memikirkan hal hal yang ada tak perlu utk pikir dgn sedalam-dalam nya.

cik Kartun said...

jodoh pertemuan..perpishn tu di tgn allah syg.. tak perlu nak salah kn sesiapa

khairul said...

sabaq yer dek..abg Khairul ada sini

MulutPayau said...

adik...
jgn terlalu bnyak beri tekanan pada diri sndiri.....
Kuatkan semngat hadapi segalanya...sayang kamu..!!!!

Nisa Greennnpanda said...

mmg ati pmpuan lg kuat dr laki..
cam sy & Cik M, hihi~.. (tibe2 je..)

stay strong ye dear..

dUnIa fAnTasY kU.. said...

Sabar ye.. saya doakn y terbaik untk awakk.. ;) insyaAllah ^_^

Mizz ErMa said...

betul3, may be ade hikmah di sebalik sume nih..=)

smilenajah93 said...

awak mmg hebat ! sangat solute ! sabarlah yee ~

Miss Purple Ungu said...

adik mmg seorg yg tabah
walau bermacam dugaan yg dtg, miss purple harap adik tetap bersabar ok :)

fadh leyanie said...

rasa sedih baca kisah ni,apa2 pun teruskan kekuatan semangat tu .:)

Picoz Shupalula. said...

Huk Huk Hukk. Sedih nye. Bawak bersabar eh 'ADIK' =p

Woofer Storm said...

asal diam je adik mlm ni??ermm sihat dak ni??kalau tak sihat,banyak berehat ye.ermmmmm

#kata Achie :nama achie dah tahu,nama adik apa..janji tetap janji^^

MaryaYusof said...

Salam,
Dik... akak tak tau nak ckp ape dah...semua pun dah ckp kat atas tu... klaulah kamu dekat... come here dear... I give u hugs and shoulder for u to cry on :))

MaryaYusof said...

Salam,
Dik... akak tak tau nak ckp ape dah...semua pun dah ckp kat atas tu... klaulah kamu dekat... come here dear... I give u hugs and shoulder for u to cry on :))

Choki said...

As Salam..Kak M.Again saya rase amazed every time saya baca blog post Kak M.If I was the one going through all those things,ntah la pe jd kat saya..Allah ada..Btol tu..He loves his servants no matter wat ;-)

mira maisara said...

wah dear..sedih pulak rase..hidup kena kuatkn semagat..sebab perjalan hidup kita memang berbeza...

aQimie Ceplos said...

kalau la i ade waktu dulu2...
blh i ajak u kuar main masak2.. HEHE!
just kiding :)
ur story remind me masa i kecik2 duluu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...