Miss Magnifique!!

Wednesday, 4 January 2012

"Mama, Tolong Jangan Tinggalkan Adik."

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

*masa: 5 januari 2007. jumaat, tengahari
*tempat: rumah & hospital

mama: adik, mama sakit kepala. mama nak balik semula ke hospital. mama sakit sangat dik

*aku panik. sebelum ni, mama memang tak suka hospital. sakit macam mana pun, dia tak nak pergi hospital. bila mama dapat balik semula ke rumah. mama happy sangat.

aku: kejap, ma. adik call ambulance. mama sabar ye.

*aku call ambulance. tapi, diorang kata tak boleh nak ambil sekarang. sebab semua lelaki solat jumaat.

mama: adik, cepat dik. mama nak pergi hospital. *suara mama dah mula hilang and tak ada*

aku: mama, ambulance boleh datang pukul 2 nanti. sekarang diorang solat jumaat. mama sabar ye.

*aku mula mengemas dan membuka ruang untuk pihak ambulance senang nak bawa mama keluar. dan bersiap2 nak pergi hospital.
*aku call abang2. diorang kata, nantilah diorang datang. 

tepat pukul 2, pihak ambulance datang.
hanya aku dan orang gaji yang mengikut mama pergi hospital. 

orang2 lain: adik dengan kak su, pergi dulu. teman mama. nanti apa2 jadi, baru call kitorang.

*ye, aku memang sentap gile dengar orang cakap macam tu. 
*dan aku lagi sentap, bila abang2 aku kata, biarlah dulu, petang nanti baru diorang datang. dan abangah aku sedang main ps3 kat rumah (dia tak duduk satu rumah dengan aku dia duduk dengan nenek saudara). dan abang aku pula tengah lunch dengan kawan(abang aku pun tak duduk satu rumah, dia duduk dengan kawan).

sampai kat hospital, mama terus dibawa ke ccu. satu jam aku menunggu.
doktor nak jumpa keluarga. masuk dalam bilik ccu. dia suruh aku duduk.
senyum je doktor tu.

doktor cina: awak, anak dia?

aku: ye, saya anak dia.

doktor cina: papa awak mana?

aku: parents saya dah bercerai.
* doktor tu mengangguk sambil menunduk

doktor cina: umur awak berapa?

aku: 15. tapi, tahun ni 16.

doktor: mudanya lagi. awak anak sulung?

aku: tak, saya anak bongsu. saya ada dua abang.

doktor: ok, abang2 awak mana. boleh saya bercakap dengan diorang sekali.

aku: diorang tak ada. saya dah call. tapi...
*aku tak habiskan ayat aku.

*doktor cina tu cara dia pandang aku, macam pandang yang simpati. dia mengangguk lagi. then, dia pandang tepat ke mata aku. berat je dia nak cakap dengan aku. dan aku kenal renungan itu, renungan simpati.

doktor cina: awak tau penyakit mama awak?

*aku hanya mengangguk. lemah dah nak bersuara.
*berat doktor tu nak sampaikan pada aku.

doktor: awak tau kan, mama awak ada cancer. sekarang, kuman tu dah merebak sampai ke kepala. kami dah tak boleh buat apa-apa lagi. 

*aku diam. cuba tahan air mata yang nak mengalir. 
*doktor tu menepuk2 perlahan bahu aku.

doktor cina; bawa banyak2 bersabar.

*aku call, keluarga. aku call abang2 aku. cakap yang mama dah tenat. tolonglah datang. tolonglah tengok mama.

*aku bangun dan pergi kat mama. mulut mama bertutup dengan oxygen. mama masih sedar.
bila realiti hit me, aku sedar aku akan kehilangan mama.

aku: mama, mama takkan tinggalkan adik, kan? mama dah janji dengan adik, mama takkan tinggalkan adik kan? 

*mama mengangguk sambil pegang tangan aku. aku genggam tangan mama kuat2.

aku: mama, tolong jangan tinggalkan adik. adik dah tak ada sesiapa kalau mama tinggalkan adik. mama janji nak tengok adik ambil spm, kan? mama janji, nak tengok adik masuk universiti, kan? mama janji, nak tengok adik kahwin,kan? mama janji nak tengok cucu-cucu mama, nantikan?

*ye itu adalah janji2 mama pada aku, masa dia tengah sakit. bila dia tengok aku sangat risau dengan keadaan dia. dia janji yang dia akan hidup sampai kami masing2 tua. dia janji untuk tengok cucu2 dia.

*mama genggam tangan aku dengan lebih erat sambil mengangguk. mama pejam mata mencari kekuatan dan memberi kekuatan kepada aku.

nurse: dik, bacalah yasin. itu yang terbaik sekarang.

aku ambil yasin yang dihulurkan nurse tu. aku mula membaca dengan suara tersekat. entah tajwid pergi tah kemana.
abangah sampai.

abangah: yang awak baca yasin ni kenapa? mama belum nak mati lagilah. tak payah baca yasin. mama masih hidup.

aku diam. hanya menangis. abangah tak boleh stress, sebab kalau dia stress dia jenis yang susah nak control perasaan. aku biarkan dia dengan mama. aku keluar sekejap.
abang pula sampai.

gilir2 kitorang tengok mama. oleh sebab kitorang buat hospital tu macam hospital kitorang. kitorang tak keluar pun dari bilik ccu tu. hanya berdiri di tepi.

mungkin sebab terlalu stress. mungkin sebab penyakit aku datang balik. mungkin sebab aku tak makan satu hari.
aku pengsan.

sedar2, aku baring di atas katil ccu, sebelah mama. dengan pelbagai wayar ada di tangan aku.

abang: adik awak baliklah dulu. awak sakit.

abangah: baliklah dulu, sayang. kitorang temankan mama kat sini.

uncle ra: adik, jom uncle ra hantar adik balik dulu. adik dah sakit ni. lagipun abang2 ada kat sini. ni pun dah malam. adik balik dulu ye.

aku menggeleng. aku tak nak. aku takut mama tinggalkan aku.
dan aku pun rasa mama takut kalau aku tinggalkan dia.

uncle ra: nanti mama tengok adik sakit, dia lagi susah hati. adik tak nak mama susah hati kan?

aku diam.
tapi, setelah dipaksa dan dipujuk. aku hanya menurut sahaja.

aku: mama, adik kena balik. nanti esok adik datang lagi ye mama. mama maafkan semua dosa adik pada mama ye.
*entah kenapa, lama aku peluk mama. rasa itu macam akan terjadi kali terakhir. lama juga aku cium pipi dan dahi mama.

mama mengangguk sambil cuba hadiahkan aku sebuah senyuman. erat pegangan dia pada tangan aku.
tapi, cara mama pandang itu lain. 
macam itu adalah kali terakhir.

dan memang itu adalah yang terakhir.

terakhir buat aku.

aku tak sempat jumpa mama. 
dan lebih menyedihkan, masa mama pergi 6hb tu, tak ada siapa di sisi dia.

entah kenapa aku rasa nak marah2 abang2 yang tak tunggu dia.
dan aku sangat marah pada diri sendiri, time2 macam tu lah, penyakit aku mula nak datang balik.
time2 macam tulah, nak pengsan. 
sakit. stress.

mama,
kenapa mama tak tunggu adik?

mama, maafkan adik, sebab saat mama menghembuskan nafas terakhir, adik tak ada di sisi mama.

ikhlas, 
adik~

40 comments:

::WafaIrdina:: said...

ajal maut d tgn Allah...terimalah ketentuan dan ketetapanNYA dengan redha...ada hikmah di sebalik semua 2...ia mbuatkan anda n kita lebih sabar.. sabar n sabar...^^

stay strong k....^^

CaDLyNN said...

m... kaklin pon same..masa arwah mak kaklin pergi..kitorg takde disisi die..ayah je yg ade sbb mase tu diorg otw to HKL naik ambulans..smpi2 kt hkl..knowing yg mak akak dah takde...taktau nk ckp ape :(

sabar ye dik..hidup kene teruskan..dan buktikan kt semua org...kite boleh berjaya :)

Aqiim said...

sedih.. :(


awk jgn stress2 , jgn sedih2 sgt..
awk kn sakit..
jaga kesihatan awk ye.. :)

poohrist said...

setiap yang terjadi ada hikmahnya..
ada sebab kenapa ianya tersurat macam tue..
insyaallah.

cik Kartun said...

yew.. smua yg brlaku ade hikmah.
kuat kn smngt syg..

Aien Not Alien said...

menanti dan menemani mama yang sedang sakit pada saat diizinkan Allah S.W.T


redha dengan pemergiannya...ajal dan maut ketentuan Allah S.W.T

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedih bcanya..al-fatihah untuk arwah..

saffiya_aleesya @ echa said...

apa pun sabar banyak2..anggap jaa cik M dah buat yang terbaik semasa arwah mama cik M masih hidup.

CekbOlat-bOlat said...

menanges bolat bace.. kkak jaga ksihatan taw =)

SABRINA said...

Al-fatihah..
sabar ye.. jangan putus asa.. :)

Nelly The Strange said...

huwaaa !!
nangis nelly baca ..
T_______T

Ayie Abas said...

alaa...sedihnya kisah hidup keluarga teenager ni...ermmm...

smilenajah93 said...

sedih sangat . sabar ye syg ~~ ade hikmahnya . kuatkan diri yee ... kim sntiasa disisi ye syg :)ape2 cari kim ye :)

Mizz ErMa said...

kisah benar ke nie?

LelakiSemalam said...

segala adalah rencana yang maha kuasa...

jeBateja said...

Ukkk....ko ni..meremang bulu roma dennn......err...nak kata apa erk....err...everything happen has a good reason.....kan...kan...pandai tak den ckp omputih.......ahakz

PutryAin said...

AJAL MAUT SEMUA DI TANGAN ALLAH :)
PUTRY DNE FOLOW SINI..

khairul said...

sabar yerr

Alieza Dayasari said...

sabar.. saya pernah lalui...
saat saya tamat exam final saya...
mama juga telah pergi selamanya.
kini.. lalui hidup dgn lbh tabah..
mama tiada.. papa pula sudah berkahwin lain...
sentiasa mendoakan yg terbaik...
amin.

محمد رازيق said...

ajal maut ketentuan Allah. kita tidak tahu. yang penting kita dokan org yang kita sayang yang telah perdi dulu. inshaallah, doa nak yang baik.. jagn sedih, sabar dan tabah yer. free2, jmput singgah blog, jmput bc entri DAHULU ITU :)

storyfromme said...

setiap yang belaku ada hikmahnya.jangan sedih.banyakkan sedekah al-fatihah.

Original CikTeddy said...

pape pon,Allah xkan mnguji hamba2Nya lbih dr kmampuan mreka..krn Allah tau awk kuat..mungkin ade sesuatu yg istimewa buat mreka yg brsbar..insyaAllah :)

Fauzzan Helmy Anuar said...

Cik M...
Mie sedih baca cerita Cik M. Cik M...sebagai anak, nasihat Mie jangan pernah berhenti menyedekahkan Fatihah buat bonda. Hanya itu penghubung kasih Cik M dengan Bonda. Mie percaya, Bonda Cik M lebih bahagia di sisiNYA lebih2 lagi bila Cik M selalu dekat dengan dia.Ingat pesan Mie...

Alfatihah.

Nama Bonda Cik M?

seha said...

sob,sob,,:(

mai said...

i know it's hard..but, you are strong..and i'm impreesed..:')

Juliet_iRa~" said...

sedihnya dik..

akk xleh byg kalo akk kat tempat adik..

be strong dear..akk tau adik kuat!:)

hanaahmad said...

semoga kau terus kuat, Allah sayang mama kau dan itu adalah yang terbaik. teruskan hidup, walaupun mama awak sudah tiada, buat sesuatu yang membanggakan. insyaAllah mama awak pasti gembira. takziah dan alfatihah.

kim heeruul said...

kenapa abang2 dn kakak sgt penting kan diri sendiri. ergghh!!!

Woofer Storm said...

tak mampu nak kata apa da..ermmm

umur awk berapa ea??

Eera Shera said...

org yg kita syg bukan betul2 tinggalkan kita..dia ada sebenarnya..dlm hati kita

T__T

Prettywrite said...

K.Yna baca kisah cik M teringat dalam drama pun ada cerita macam ni kan..rupanya realiti pun ada..sedih sangat baca..

Nisa Greennnpanda said...

sdih + nngis sy bc post awk nie cik M.. awk sgt tabah, moge awk akn jd lbh tabah ye dear.. sy pun nk jd tabah like u.. T_T u're my inspiration..

Choki said...

Kak M, I'm really sorry for your lost. Nk nangis say kat tgh2 library ni (On9 kat library UTM) I know Kak M x larat dgr ni, tp hidup mati di tgn Allah S.W.T Sooner or later kita pun kena pergi. Al-Fatihah buat arwah mak Kak M. Stay string ye kak? :'-)

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

hanya kita yg tahu kat mana kekuatan kita dik...mmg sedih kalau org yg sepatutnya bertanggungjawab seperti xbertanggungjawab....;(

missSenget said...

tabahnye anda..

pasti kuat orang nye ni..

its written here said...

Alfatihah dik, keep strong.remember, everything happens for a reason.dan adik antara yg bertuah dpt melalui dugaan yg kdg2 certain peoples could not even face it.and again, keep strong!

lily amani said...

mama adik sayang mama :)
ilove you cik m

ShahzCudin said...

...............................................................................................................

al-fatihah..

MaryaYusof said...

Dik... I was crying & crying when reading ur story.. sabarlah...

aimie amalina said...

the true is..

kamu mmg sgt kuat!
kuat la!
mama mesti sedih bile tgk sedih2 gini kan

kuat taw!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...