Miss Magnifique!!

Thursday, 26 January 2012

My Bestie, A.F

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

aku kenal dia sejak tahun 2002. pada bulan 7.
masa tu, aku baru sahaja bertukar dari sekolah cina ke sekolah agama.
(tak pernah dibuat dek orang setahun setengah sebelum upsr and psra terjun masuk sekolah agama, dan tolong ambil tahu, aku memang tak ada basic agama langsung, baca alQuran tunggang langgang, jawi tak pass, bahasa arab zero. tauhid, fiqh, sirah, tajwid dan segala macam subjek agama semua ke laut. bab hafazan lagi lah jangan cakap. aku cuma hafal surah al-fatihah and 3 qul je.haha.)

okay sambung cerita pasal aku dengan best friend aku.
kami menaiki bas sekolah yang sama.
dan di suatu petang semasa balik, kitorang duduk bersebelahan.
aku rasa masa tu bulan 8 kot. kitorang berbual. kebetulan kitorang ni memang satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.ada abang. 
and the story goes on. and masa nilah, bunga2 persahabatan bermula.
aku suka tengok muka a.f ni..sebab dia cantik and comel je. hehe.

sebenarrnya, aku pun memang tak sangka akan menjadi kawan baik a.f ni. sebab aku sememangnya susah nak berkawan baik atau rapat dengan orang.
tapi, a.f ni, dia suka ajak aku pergi rehat sama2 join nasyid sama2...
so, itulah permulaan, macam mana aku boleh ada kawan rapat.

namun kawan rapat itu, sudah bertukar dengan lebih bermakna ertinya.
iaitu, sahabat.
aku tak pernah jumpa sahabat sebaik a.f.

kalau korang kata susah nak mencari sahabat di waktu susah,
aku cakap dengan korang..
aku ada sahabat di waktu susah. setia menemani dan menjaga aku.
aku sememangnya sangat bertuah dikurniakan sahabat yang sangat baik macam a.f.

sewaktu aku darjah enam dan tingkatan satu, waktu nilah, sakit aku tengah teruk.
tapi, aku gagahkan diri ke sekolah juga.
sebab mama cakap, biarlah aku kalau tak pandai pun, mama cuma nak aku berkawan dan menjadi normal.
menjalani kehidupan seperti kanak2 dan remaja lain. 
mama always said, "there's nothing wrong with my daughter. yeah, maybe she is sick. but that's enough for people to know it. let her live her life like a normal people. because she is normal!"

mama sangat marah, bila kawan2 dia, juga guru besar mencadangkan agar aku masuk sekolah pendidikan khas, atau cari alternatif belajar lain daripada masuk sekolah kanak2 biasa.
mama, sentiasa mempertahankan bahawa aku normal. 
(dan mungkin kerana keyakinan mama, membuatkan sekarang juga penyakit di tahap sedang2. Allah memperkenankan doa seorang ibu, kan? :D)

sebenarnya masa tu aku dah redha je, sebab bagi aku betul juga. aku ni sakit, aku hanya akan menyusahkan kawan-kawan aku, guru-guru aku.

but there's a.f...
she never leave me alone.
always pimpin tangan aku. always guide aku.
kitorang ni dah macam belangkas dah. mana2 ada a.f, ada aku. mana2 ada aku, ada a.f...
even ada beberapa orang yang kutuk kami, and suspicious dengan kami..
bagi aku, hanya Allah yang tau niat baik a.f...
dan aku sentiasa berdoa agar a.f dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat...:')

i never knew i could survive in that school, if a.f tak ada.
entah bagi aku...
a.f is like an angel yang menjaga aku.

yeah, susah jadi kawan aku. sebab diorang yang kena jaga aku. bukan aku jaga orang.. -_-'

aku admit la, fizikal aku agak lemah.
kalau keluar dengan a.f kan, dia tak pernah bagi aku bawa barang2 berat..
even barang2 yang berat tu barang aku, dia yang akan bawakan.
even kalau aku nak tolong dia angkat barang, dia tak pernah bagi..
she really took care of me sampailah sekarang...

seriusly, aku terharu ouh..
seriusly aku cakap, tak mungkin aku akan jumpa sahabat sebaik dia.. sahabat yang menjaga aku. sahabat yang berada di sisi aku waktu susah dan senang.

aku pindah sekolah tu masa form 2, kenapa? nantilah aku cerita. 
even kalau nak diikutkan masa persahabatan aku dengan a.f namapak macam sekejap and ringkas.
tapi, Alhamdulillah persahabatan kami kekal hingga kini.

mungkin kami bukanlah, bestfriend macam orang lain. yang selalu jumpa atau segala-galanya diluahkan.
entah aku pun taktau macam mana nak describe hubungan kitorang ni.
she knew me, i knew her.

kitorang memang jarang jumpa, selalu contact on fon or text and fb je. 
but selalu tu taklah means everyday or everyweek.. 
aku rasa dia sangat memahami aku. sebab aku ni kan kadang2 lost in my own world.
and even we are best friend, and ikatan itu sememangnya kuat, tapi, aku masih lagi tidak dapat bercerita mengenai masa silam aku sepenuhnya dengan dia. maybe i am really a private person. and if she did read my blog, she would know my past through this blog, and not because i'm telling her.huhu.

tapi, mungkin sebab kitorang bermula, dengan bond yang sangat kuat dan tersimpul mati.
that's why, even we dont really know each other life,  tapi, rapat dan sayang itu telah ada.

and i love her family too.
aku suka tengok a.f dan keluarga dia. 
harmoni, bahagia dan lengkap.
mak and ayah a.f bercakap sangat lemah lembut. a.f sangat manja dengan family dia.
a.f ada 4 orang adik beradik, ada seorang abang and dua orang adik lelaki.
a.f anak kedua.

aku sangat gembira untuk dia, sebab punya family yang bahagia.
even ada masalah pun, they are always together. 
a complete family picture.
aku suka stalk family picture a.f...
haha, sebab memang nampak bahagia sangat. teehee

kehidupan a.f, sangat sederhana, tapi bahagia.

aku pernah cakap dengan abangah,
"kan best kalau ada family macam a.f... even kehidupan sederhana tapi bahagia dengan mak and ayah. adik beradik. even tak mewah pun its okay."

dan yang paling sedih, ialah, sebab aku tak dapat nak bagi apa2 yang terbaik untuk a.f...
she gave me alot in this meaningful friendship..hanya penghargaan dalam lubuk hati yang paling dalam sahaja yang mampu aku beri...

a.f,
thank you so much for everything.
seriously, my thanks, memang tak boleh nak balas semua budi awak terhadap kita.
bagi kita, hanya Allah saja yang boleh balas budi baik, kasih sayang, and persahabatan ikhlas ini..:)
you are truly an awesome and great friend of mine.
kita bersyukur sangat-sangat Allah memperkenalkan kita dengan awak.
terima kasih, sebab sentiasa cuba untuk memahami kita yang selalu mendiamkan diri.
i want you to know,
you are really truly special. there are a space in my heart just for you. :)
nobody will be as special as yours in the term of friendship..:)
i'm sorry for everything. i know i had hurt you alot... menyusahkan awak selalu.
but, you are still here with me...:')
i love you, my bestie.
may Allah always bless you.
dan kita doakan awak sentiasa mendapat yang terbaik dalam hidup di dunia juga akhirat..
:')


ikhlas,
i~

36 comments:

yana-feehily said...

so sweet..beruntungnya ada a.f dapat sahabat yang sgt menghargai macam awak ^__^

RinsyaRyc said...

la ya ke pernah sakit ... untung la ada kawan mcm a.f... insyaAllah, persahabatan tu berkekalan smpai bila-2 ..


ehehehe..

eh, ai bakal guru pendidikan khas tau ~ 2 taun lagik .. he he .. * onthewaypraktikal&latihan*

khairul said...

sapa af tu ?

Aien Not Alien said...

tersentuh hati saya dengan kisah persahabatan antara awak dengan a.f... ^_^"

Liselle MonCherie said...

A.F. is truly 1 in a million friend!
Wow,you're so lucky to have her,
Friendship lasts forever!
A.f. is really a nice person taking
care of Miss M :D

Aishah Jahirah said...

kawan sebaik a.f memang susah nak dapat dik..bukan semua org blh terima kita seadanya...itulah baru dipanggil sahabat sejati.

Anyyss Shuhaimi said...

terharu~~~

Ungu Violet said...

penghargaan utk seorang sahabat...
mesti a.f terharu baca nih..:)

Original CikTeddy said...

cik tlong aminkan ye..amin =)

CekbOlat-bOlat said...

=)

hmm.. bolat takde kwn sebaik ituu..

fierul said...

wahhh .. rasanye tak pnah lagi ad shabat yang mcm nie . dan tringin nk ada sekurg2nye satu .

yg ad cme sorg kekasih yang setia je :)

fierul said...

segmen 'aku dan zodiak' tu takde tarikh luput la dear :)

Aqiim said...

semoga persahabatan antara awak dengan a.f akan berkekalan untuk selama-lamanya.. :)


errrr..
nnti sampaikan salam sy kat dia ye?
hohohohoho :P

Cik Lia Lomi said...

Lia teringin mempunyai sahabat seperti a.f.....

eeiyss said...

wah...
sahabat sejati sukar dicari...
bila dah jumpe... kene hargai~ ;)

Cikgu Ma said...

ada besfren gak..lelaki..tp dia dah kawen...alhamdulillah, kawan sampai sekarang..

spontan K

shera haifa said...

alhamdullilah.. Allah S.W.T telah mengurniakan seorang sahabat yg memahami kepada adik..
jaga lah persahabatan yang terbina elok2

syafiqakarim said...

dulu ada kwn mcm a.f.kwn 7 thn.
rapatttt.tp sebab 1 sebab,dah tak kwn.hmm.

ok.moga kekal yaww!

Telor Power said...

untung la sis TH,ada kawan yg baek sebegitu.

semutsengal said...

AF = AniF.


kankankan ?

.fariizza. said...

bestnya ada kawan yang baik macam tu .
teringin. :')

syhadahashm said...

betuah ! :)

Iffah Afeefah said...

snok kan ade y cmtu

hurm bile nk dpt someone y cmtu

Iffah Afeefah said...

snok kan ade y cmtu

hurm bile nk dpt someone y cmtu

HeNRieTTa JoSe said...

So sweet..untung adik ada kwn cm a.f...jg persahatan tu dengan baek....

nasha sanza said...

terharu..sobs..sobs...lepas nie akak nak jadi kakak pada adikteenager dan dikbolat.hehe..'tamak gila'..untungbada sahabat macam tu..=)..akak pun ada seorang juga namanya SK...baik macam af...semoga korang still sahabat tau! 'big hug' you too!^^

hassy chan said...

alhamdulillah ko dpt kwn y bek hehe..
bkn sng nk jmp woooo

jeBateja said...

Ooo...kita pun nak jadi mcm AF...tapi kita AZ....ahakz....ahakz....errr.....jom pi makan.....

محمد شهريل القنيطري said...

untunglah..ssh dpt sahabat mcm tu

::WafaIrdina:: said...

lw A.f 2 ain..
mesti terharu bacer ni...
sahabat sejati memang sukar dicari ganti kan..:D

TwIstiEs*meSti Mau* said...

tak per2..twisties kan ada??
haha...
hmm....hanya doa jer yang mampu kita bagi...:)

emy zulaiha said...

wah untungnya awak dpt sahabat sebaik af kan..mesti af manis je orgnye kan :)

Woofer Storm said...

boleh sy menjadi sahabat adik?

kbai.mlm..

kim heeruul said...

a.f tu lelaki or girl ?

Juliet_iRa~" said...

hopefully a.f wil read this..:)

kamu bdua sgt beruntung ada each other..

Nisa Greennnpanda said...

whoa~... u're really lucky to have such a super duper nice fren.. hse's such a true fren.. hope u & A.F will be frens 4 eva.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...