Miss Magnifique!!

Friday, 27 January 2012

Penyakit.(Amaran, Entry Ini Panjang)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

i've been thinking alot about this. so much.
should i write about my sickness? should i not? i dont know kenapa aku decided untuk buat entry ni.
but i really hope, this story akan ada kesedaran buat kita. *and seriusly its not easy to tell and write about it*

ya, ada yang guess it right bout my penyakit. 
penyakit mata.
hurm. how do i start this story?

*bilateral recurrent painful red eyes
*chronic blepharitis in both eyes
*severe vascuralised corneal scars in both eyes

aku disahkan ada penyakit mata since i was 5 years old.
oleh sebab dalam keluarga aku tiada siapa yang punya penyakit mata seperti ini.
sebab penyakit ini, sama ada keturunan ataupun infection.

so, doktor buat rumusan, bahawa kemungkinan penyebab kepada penyakit aku ini,
adalah sebab masa umur aku tiga tahun, aku jatuh dari basikal masa ni main kat dapur and kepala aku terkena bucu tajam perabot almari yang lama. and its bleeding so damn much.
so, doktor kata maybe make sense sebab kepala(dekat dengan dahi) adalah antara yang paling rapat dengan mata.

since i was 5 years old, mata aku selalu merah dan tumbuh ketumbit. tapi, yang peliknya, mata aku yang merah ni, tak pernah berjangkit dengan orang lain. (sebab penyakit mata merah ni kan, diorang kata boleh berjangkit)
mula2 pergi klinik biasa. tapi, tetap tak baik. then, pergi klinik pakar mata.
dari situ, doktor kata, memang ada kuman and blablabla.
dekat klinik ni juga, aku ada buat satu operation kecil, di mana meninggalkan parut di kedua belah mata aku.tapi tak nampak sangat sebab aku selalu tutup dengan celak. teehee~

dan since that, doktor kata, aku tak boleh kena panas, tak boleh tengok cahaya, tak boleh mata masuk habuk. sebab mata aku sangat sensitif.
tapi, penyakit ni come and go. 
yang buat aku selalu ponteng sekolah sebab, dalam sebulan atleast 2 weeks or 3 weeks penyakit aku menyerang. dan hiduplah aku dalam kegelapan. sebab bilik aku memang dipasang langsir yang berwarna gelap. 
sebab kalau kena cahaya, pedihnya azab, ya ampun.

but oleh sebab pergi klinik pakar mata ni, tak membantu aku apa-apa, mama decided bawa aku pergi hospital.
dan sejak itu perjalanan aku sebagai pesakit bermula.
aku pergi dari satu ke satu hospital yang kononnya akan memberi rawatan terbaik dan pakar terbaik. juga sampailah aku pergi ke singapore.

doctor, from singapore ni, yang mengesahkan bahawa cornea aku rosak.
ya, cornea rosak.
and bila cornea rosak, dah memang tak ada ubat..melainkan menukar mata. 
yang operation dua kali tu, sememangnya adalah uji kaji yang dia nak buat dan ingin mengetahui tindak balas.
so, the doctor from singapore ni kata, (aku tak ingat sangat, aku kecik kot masa ni hoho) benda ni macam kumanlah, yang merebak sedikit demi sedikit.
ada kena mengena dengan saluran darah and urat and mata, entah aku pun tak faham sebenarnya.

and yeah, doctor ni jugala predict yang aku akan buta pada usia 19 tahun. dari kajian yang dia buat mengenai mata aku.
tapi, yang bilateral recurrent painful red eyes ni, yang aku kena bergantung dengan ubat.
oleh sebab aku memang ada surat dari doktor, so memang senang2 je lah aku ponteng sekolah. haha.

but then, lepas aku buat umrah pada tahun 2003, masa ni umur aku 12 tahun.
ingat tak aku cakap penyakit aku makin teruk?
tanpa disangka, aku mengalami separa buta untuk kedua belah mata. 
hurm.
thats why my bestie, always pimpin tangan aku. sebab aku hanya nampak samar2.
thats why, orang suruh aku masuk sekolah pendidikan khas, sebab aku kalau tengok buku teks tu, aku hanya nampak kosong. tak nampak tulisan. aku cuma nampak bentuk buku tanpa apa2 tulisan.
dari umur 12 sampai 14 tahun.

dulu, doktor dah kata suruh tukar mata kalau buta, tapi aku tak nak. lagipun celah mana aku nak dapat penderma?
biarlah aku buta pun. aku tetap hidup dengan mata asal aku.

macam mana aku boleh nampak semula?
aku guna air zam-zam.
seriously.
Subhanallah.
sungguh rahsia Allah itu hanya Allah yang tau.
aku refused untuk jumpa doktor. sebab aku rasa macam kena tipu.
aku tak check doctor lagi since i was 13.

aku cakap dengan mama, 
"Ma, kita cuba guna air zam-zam jelah. air zam-zam tu kan suci."
mana aku dapat tau pasal air zam-zam? hanya Allah saja yang tau macam mana Dia gerakkan hati aku.

thats why aku kata, umur 15 memang aku dah nampak balik, tapi kabur. even sampai sekarang mata aku sebenarnya kabur. 
kalau korang tengok macam mana dekatnya aku tengah merenung laptop sekarang, and kenapa nenek aku selalu bising kalau aku tengok tv, main laptop, baca buku, belajar dan apa2 lah yang menggunakan mata, dia akan marah2. huhu.
sebab dia risau aku akan tak nampak balik.
pada aku, aku hanya berserah pada Allah.
Allah pinjamkan aku nikmat mata. Allah juga menarik balik nikmat penglihatan. dan dia bagi semula walau kabur. tapi, aku masih lagi boleh nampak. boleh membaca.

oleh sebab kornea aku rosak, cermin mata atau contact lens memang takkan membantu aku apa-apa.
even machine cek mata kat kedai cermin mata pun tak boleh detect mata and power aku. haha.

dari upsr, ke pmr, ke spm, kat dalam slip result aku, memang ada tulis calon rabun,
aku pakai kertas yang besar tu. and aku memang diasingkan dalam bilik yang lain masa peperiksaan.
masa aku darjah enam, ada dua orang yang jaga aku. aku tulis karangan bm n bi pejam mata, sebab masa ni memang aku tak nampak garis-garis notepad tu. even masa ambil upsr ni, sebenarnya aku memang tak nampak tulisan mahupun soalan. semua pengawas yang bacakan. aku main jawab je walau tak nampak.
(even cikgu2 aku suruh aku tangguh upsr, tapi, aku taknak. sebab aku tak nak ketinggalan)

tapi, masa pmr and spm aku nampak. cuma buat persediaan, sebab satu yang pelik mengenai mata aku ni. aku tak boleh stress. kalau stress mata aku kabur tahap giga balik.
sebab lepas arwah mama meninggal, mata aku tak nampak balik.
then akhir tahun 2007 tu baru nampak. 
even masa aku sambung kat segi, aku berhenti sebab mata aku tak nampak balik. pastu lepas setahun berehat, mata aku okay balik.

jangan tanya aku. aku sendiri tak tau nak explain mengenai mata aku ni. pasal tu sebenarnya aku malas nak tulis penyakit apa.
sebab aku sendiri tak faham. sekejap nampak sekejap tidak.

tapi, mata aku kalau okay pun macam ni jelah. kabur. 
baca buku dekat. tengok laptop dekat. kalau jauh memang tak nampak.
thats why jugak, kalau orang tegur aku dari jauh, memang jangan haraplah aku kenal or nampak. 

and Alhamdulillah sejak aku pakai air zam-zam, and since umur aku 15 tahun masa jaga mama tu, bilateral recurrent painful red eyes dah tak menyerang lagi sampai sekarang.
thats why, sekarang aku boleh tengok cahaya macam biasa. boleh kena panas.
dulu aku kena kurung, sebab penyakit ni lah.huhu.

keluarga aku selalu cakap, jagalah mata. takut nanti tak nampak balik.
tapi pemikiran aku lain, sementara nampak ni lah aku nak buat macam2 yang menggunakan mata. (sebab aku dah pernah ada pengalaman tak nampak)
nanti kalau lah memang takdir aku untuk buta (aku memang dah bersedia dengan kemungkinan ini), atleast aku dah sempat buat apa yang aku nak.
atleast, aku dah baca buku. aku suka baca buku sebab, macam aku masuk ke dunia yang lain.
aku just nak menggunakan kesempatan yang ada.

ada juga yang kata, aku ni ada penyakit mata, takut boleh bawa menjadi kanser, lebih2 lagi mama and papa meninggal sebab kanser, aku antara yang berkemungkinan akan dapat, sebab badan aku lemah and aku ada sejarah penyakit.
aku berserah saja.

aku malas nak tulis juga pasal penyakit aku ni, sebab nanti mesti korang dah tak bagi aku blogging kan. huhu.
thats why aku bila blogwalking and baca blog orang memang lama. haha. sebab mata aku yang kabur ni menghalang aku untuk membaca dengan agak cepat lebih2 lagi kalau font korang kecik atau warna yang tidak terang. memang makin mengecikla mata aku untuk membaca dan berkerutlah dahi aku.

and aku selalu sakit kepala juga sebab mata. entah. aku selalu pengsan pun sebab mata, sebab bila mata dah overused, and kepala mula sakit and aku pun blackoutlah jatuh ke bumi..
teeheehee~

sekarang, penyakit aku sedang-sedang saja. di pertengahan. dan aku tetap bersyukur..:D

apa-apa pun, aku redha dengan penyakit yang Allah bagi ni.
sebab, aku banyak dosa. dan aku rasa Allah sayang sangat dengan aku sebab penyakit kan penghapus dosa?
hehe, jangan jeles eh..:ppp


ikhlas,
adik~

58 comments:

Diyana Norman said...

ur strong gurl ! =)real strong... keep it up.

moga kisah u jd teladan..!

cik Kartun said...

CK bace smpai abis jugak akhir nya huhuhu

slow2 bace yew pasnie.. tapi tak pew ke mgdp lppy tu lelame?

shaberry1437 said...

chayok2!

fierul said...

wahhh pyakit ap tuh .. ?

tak pnah tau ada pyakit apa . tpi slalu gak dpt skit ..

Telor Power said...

TH: wa tinggalkan jejak dulu. ngantuk esok sambung balik ok.

CekbOlat-bOlat said...

^___^ mata..
bahayanye.. hm,syukurlah =)
strong girl betul.. akak insprasi bolat.. yeayyy

Woofer Storm said...

nak ngis boleh?ermmm

semutsengal said...

Err,

kurang kan online sampai pagi yaa.

Sharif said...

Be strong!

Bilik Hijau said...

bercakap tentang mata aku bulan lepas aku gi klinik ...emergency abis sebab ada benda masuk lam mata, pedih bukan main, nak gi sorang der transport tepaksa la tunggu kawan antar tu pun 4 jam kemudian ... mcm mana doktor tu korek cuci mata aku xyah ceta la ...apapun be strong ... setiap penyakit kan ada ubatnya insya allah akan sembuh seperti sedia kala ...Amiin.

KizZ said...

Wah panjangnya story pasal mata...huuu sedih but terharu la baca entri ni..


Kalau berani jom join contest kedai Kiz, hadiah kompem gempak!
The OH!SEM tagline contest

maya amir said...

keep that spirit sis..hanya Allah yg mengetahui kenapa adik diuji begini..hanya org2 yg terpilih dpt merasai sume dugaan tp percayalah, ada hikmah yg tersembunyi..insya Allah...be strong dear!

nasha sanza said...

salam dik..sabar ye sayang..akak pun ada penyakit jugak macam adik tap keturunan punya,tapi penyakit kulit..thanks banyak2 sebab sudi jadi kawan blog akak..k,lepas nie akak nak stop berblogterus..so kalo nak msg dekat tweet pun boleh..love you,sis nasha..=)..maaf kalo ada wat salah..k,bai!=)

CaDLyNN said...

M! Adoi..jage diri ye..jgn ngadap lappy lame2... :)

Iffah Afeefah said...

cm bhye je pnyakit ni

erm sian betul

mcm2 dgaan

mmg kuat

kite kene jd kuat

sbb y tanggung tu kite

memahami*

HeNRieTTa JoSe said...

ooo...sama la ngan pcik ngn kazen rietta....doktor kata sebab keturunan....kazen pown bru je detect a few weeks ago...sedangkan tanda-tanda dia sejak kecil lagi...mata dia asyik berair....kesian dia,doktor dah xksi men bola, coz cahaya n coz habuk....so adik hati-hati guna mata, jgn overuse erk....

pss....operate tnpa bius tuh mata erk? u r so strong adik....way so strong....

keeya mustafa said...

setiap penyakit yang Allah berikan adalh ujian daripadaNya,,penyakit adalah penghapus dosa..redha kita terhadap ujian merupakan rahmat dalam hidup kita,,bersyukurlah kerana diberi peluang dan nikmat.. :))

eva said...

masyaAllah.. sedih sy bc entri dear.. kesian sgt.. huhuhu.. simpati kat awak.. awak mmg semangat yang kuat.. trus berjuang k..;)

littledolphin said...

air zam-zam? i'm inspired!

you are so strong,kawan.i wish i could be as strong as you. :)

shera haifa said...

adik kuat. adik tabah.. chayok3x..

ghost writer said...

kau dah dapat tulis entry panjang macam nih dah kira ok lar tuh.maknanya kau masih mampu bertahan.

memang sakit mata nih leh sebabkan sakit kepala yg teruk.

Si qusowt said...

errr....sedihnye.keep pray to ALLAH.insyaallah..

minx tolong komen entry ni klo ade mase ye
http://siqusowtamer.blogspot.com/2012/01/entertain-u-gadisku.html#comments

Dinas Aldi said...

Subhanallah, sungguh besar kuasaNya..

Tak dapat akak bayangkan dik..Semoga dik M tabah menghadapi dugaan ini.

hassy chan said...

pergh.. ak y bru silau sikit nih pun da x tahan.. sbb ssh nk nmpk..
alhamdulillah mta ko da ok sikit..

Liselle MonCherie said...

Whoa!
No medicine can replace the Power
of Zam Zam!
Miss M,is very extraordinary,
I am inspired by u :D
Miss Strong

.fariizza. said...

panjang tak panjang tetap nak baca. :) kalau satu hari Allah nak sembuhkan terus pon bole kan. insyaAllah. aminn.

ILA HonEyBuNNy said...

penyakit ujian dr Allah...

samaada kita kuat atau tidak..;)

Aien Not Alien said...

khasiat air zam-zam...rahsia Allah..


penyakit awak...ujian dari Allah...



sentiasa tabah menghadapinya...kami mungkin hanya boleh cakap itu cakap ini, yang hadapi awak...so..kuatkan semangat, jaga kesihatan mata baik2.. :)

emy zulaiha said...

cik M...untung awak kan di uji mcm nie. syukur lah awk gadis kuat. kagum sngt dgn cik m nie..semoga terus tabah mengharungi hidup oke dear..


psstt....jgn terlalu kerap force mate tue eh.. :)
chayok2!

Saddila said...

err cornea rosak -_-
akak kena tutup mata selalu baru okay. jgn dok online sampai 5 pagi je kak. tampaq sat g baru tahu -_-

qlah said...

skait itu hanya kita yang DIA yang tahu kan :)

Mina_Azman said...

besar ujian akak. saya harap akak tabah menghadapinya. :) jangan sedi-sedih dan selalulah brfikiran positif. :)

EZAD AMIR said...

ala...kesian nya..
tp alhamdulillah la sbb wpun kabur tp still boleh mlihat..kan..
smoga kamu tabah ye..mgkin kamu kekurangan dari segi itu,& orang lain pulak Allah uji dgn cara lain..mgkin bkn penyakit,mgkin kewangan,mslh keluarga,atau ape2 je..
tabah kan diri okay!

MulutPayau said...

Adik....
Setelah dijelaskan dgn pnjng lebar, barulah akak faham.Jngn ngadap lappy lama2 ya sayang....Apapun, akak yakin, adik akan terus kuat hadapi segala ujian...

Semut Senyum said...

Subhanallah... Kuasa Allah yang Maha Hebat itu siapa yang tahu kan...

Dia yang menjadikan sesuatu pasti ada hikmahnya..

Yang pasti adik adalah salah satu kurnia Allah yang sungguh kuat dan hebat. Subhanallah. =)

kim heeruul said...

tabah.. ini adalah ujian..=)

Queenie said...

adik ni hebat sungguh!
dulu auntie pun pernah disuruh tangguh amik SPM pasal sakit, tp auntie amik jugak pasal taknak ketinggalan, tak suka tangguh2, so auntie faham perasaan adik...

adik, raih saja kesempatan yg diberi kerana hari esok tetap ditanganNya... namun haruslah hati2 ya...mmuah *hugs*

L said...

urm. subhanallah... air zamzam eh.. waaa.. sian dier. semoga cepat pulih.=)

cik bulan said...

insyaallah ada ubat..:)..cuma mana taw kita xjmpa lagi ke kan..yg pnting bnyakkan berdoa..mcm bnyak gak kes org dekat2 bulan ni..doktor predict mati dalam 2 bulan, ur klo mcm ur case buta..tapi..depa ni xpnah putus berdoa n alhamdulillah ada yg hidup dah bertahun2..

p/s:t aku grad kalo ada jodoh aku tolong buat ubat ea..^^''..

..tu pon klo aku ada umo pnjg nk sambung master lah..haha..~.~

mcm pnjg lagi aku tulis..tp kang..haha..kesian kau plak nk mmbaca ni..:>

ZORA said...

tabahkan hati,,cekalkan jiwa..

Selendang Merah said...

kuatkan semangat naa. InsyaAllah semua yng belaku pasti ada hikmahnya..pasal penyakit tu..mesti ada ubtnya...insyaAllah..kurangkan duk depan tv or laptop yew..untuk mengelakan kesan makin teruk..^^

Cikgu Ma said...

saya pun ada masalah jugak...nak kata penyakit tak tahu la...tapi segan sgt2 dgn org keliling..

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/misteri-darah-wanita.html

Original CikTeddy said...

ya Allah..susahnya hidup kak M..tp cik kagum sbb kak mmg kuat..kalo cik,blom tntu dpt tempuh ni sume..benarlah janji Allah,Dia xkan mnguji seseorg lbih dr kmampuan..mknanya kak m mmg seorng yg kuat..insyaAllah,akn ade ganjaran yg besar buat org2 yg sbar..amin =)

Juliet_iRa~" said...

bahaya n betapa sabarnya awk hadapi smua ni..even akk cikgu pend khas..y sll tgk mcm2 jenis penyakit kanak2 ni dpn mata..tp akk sndri xleh bygkan camne la akk kalo jd mcm awk..awk mmg tabah!

jg mata k..jgn bw lama2 sgt..hee :)

mai said...

akak..macam member kita..mata and kulit sangat sensitif, tak boleh kena cahaya..so, dia memang tak boleh keluar..time hujan je boleh..sian...

Woofer Storm said...

selamat malam adik..ermmm

qamarguyz said...

salam ziarah..
hmM, baca pasal mata nie tiba2 risau melanda..mata ni macam dah makin rabun jew, mengadap lappy selalu kot..tapi malas nak pi check =(

Maher said...

respect kat ko. serius.
dan lawak bila baca ayat ini..
"aku malas nak tulis juga pasal penyakit aku ni, sebab nanti mesti korang dah tak bagi aku blogging kan. huhu."

all da best.

eeiyss said...

yes... redho dengan penyakit... tinggi ganjarannya...

Mizz ErMa said...

mungkin ada hikmah di sebalik sume nih..p yg pasti, tuan belog kena la kg mata lebih sikit..xboleh berblogging sgt..=)

aizamia3 said...

oh.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. moga adik tabah dalam menerima ujianNYA ini..

nifi2408 said...

Be strong ! :)

deno said...

i'm adore u my dear... sama2 kita terus kuat melawan penyakit kita... sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa..

Izan Ishak said...

cik M mmg kuat! kuasa Allah tu mengatasi segala2nya kan...

Aishah Jahirah said...

dik...Allah syg kita sebab tu dia uji kita dengan sakit...:) even doc cant predict apa yg akan berlaku in future..

missSenget said...

baru nk tuka layout blog kaler oren trang tang tang..

kalo tuka mesti M xmo masuk da kan blog tu.??

sakit mata.. huhuhu..

Nisa Greennnpanda said...

huhu~.. I feel like crying.. T_T

Allah really does love you...

btw, have u tried going to Dato Haron Din, for your eyes, I mean...?

kay_are said...

panjang pun aku bace gak.. so tu r sebabnye ye.. start pas accident time kecik and kesan die hingga sekarang.. waahh.. cukup lame tu.. tapi tetap tabah.. aku kagum.. Ape pun thanx for the link. g satu, sori entri aku nye font kecik2 je.. takleh nak watpe.. hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...