Miss Magnifique!!

Thursday, 19 January 2012

Skinfood Aloe BB Cream -review-

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*gambar from mr google*


i love this bbcream.
sekarang memang pakai bbcream ni pun. actually this is my first try for bbcream. (kalau tak include siti punya c5 cream lah hehe)
puas cari review bbcream mana yang elok and okay.
*aku malas nak tangkap gambar jadi korang tengok jelah gambar dari mr google tu okay.

dia ada datang dengan dua warna je. 01 and 02.
aku ambil kaler 02. tapi, masih lagi agak putih untuk kulit aku. kulit aku warna coklat. *aku orang melayu, ada masalah kah?* :p
ya, kulit aku tak putih macam lisa surihani. sekian.

tapi, oleh sebab warna bedak angelfit aku match with my skintone, so, bila pakai bbcream ni, takla nampak putih melepak and macam topeng..huhu..
so, tu pasal korang kena pastikan warna bedak match with your skintone, aku suggestkan korang pakai angelfit sebab tone color dia best, and soft.

-okay aku sebenarnya nak review bbcream skinfood ni, pergi melalut pasal angelfit pulak, nantilah aku buat review pasal angelfit neh.- -_-'

bbcream skinfood aloe ni bagusnya, sebab dia ada uv protector. 
tapi, texture dia agak thick. and susah nak blend if korang tak pakai moisturiser. tapi, aku rasa korang mesti pakai moisturiser kan? so i dont think its a problem, after all.
oleh sebab dia thick, dia agak cover jugaklah segala parut jerawat yang dah nak hilang tu, but, parut jerawat baru tu, korang pandai2 lah pakai concealer ea.

harga dia, RM54.90  (kalau tak silap aku). weight dia, 50g.
aku rasa ni bbcream yang agak murah bagi jenama yang datang dari korea, sebab aku ada jugak survey dari brand lain. mak aih, really expensive lorh~
so yang ni quite affordable.

yang penting, bila korang nak pakai pastikan korang blend betul-betul eh bbcream ni kat muka korang. sebab dia agak thick, so korang kena pastikan dia diratakan dengan betul.
kalau tak, akan nampaklah ketidak profesionalan anda dalam mentranformkan wajah anda and blablabla* aku melalut lagi -_-'

masuk bulan ni, its already been 3 months aku pakai. and dia still banyak lagi.
aku rasa bbcream ni kalau dengan aku, boleh tahan setahun atau setahun setengah kot.
(nampak sangat aku jarang keluar hahaha)
so memang best arh. (kejimatan selalu haha)

aku bagi 3.5 / 5 bintang.

penambahan lagi...yang ni memang sesuai untuk kulit berminyak and berjerawat. sebab ada yang jenis lain itu untuk kulit jenis lain..:)


p/s: makeup, makeup juga, bila nak solat janganlah pula malas nak cuci makeup eh. terutama kalau pergi shopping. kang bila dah masuk waktu, bila makeup tu korang rasa dah cantik kat muka sayang pula nak cuci. terus kata, ala, takyah solatlah. tangguhlah. qada' lah.
hesh.banyak cantik muka korang.
cuci je, lepas tu pakailah balik. apa susah.
tapi aku, lepas cuci makeup memang jarang nak pakai balik. malas.. you know, M stands for Malas. :p
haha. tapi aku pakai cream c5 simplysiti je. (kira bbcream juga neh kan tapi dia tak thick macam skinfood and dia blend dengan kulit so well)

p/s 2: cream c5 simplysiti ni sebenarnya macam bbcream juga. and aku rasa memang bbcream lah. hoho. best pakai dia, walaupun dalam tiub kecil tapi dah 5 bulan pakai tak habis2 lagi..
nanti aku rajin aku buat review eh..hoho.

p/s 3: weyh, aku tak pandai makeup arh. and bukannya makeup sangat, kalau dah datang tahap kemalasan tu, keluar tanpa memakai bedak hatta moisturiser sekalipun..kekeke.

daaa~
xoxo,
Cik M~

27 comments:

Citarasa Rinduan said...

k.ayu mmg tak tau apa2 ttg produk Bb, sah k.ayu tertinggal jauh..

nanti upload pic kulit wajah. (nak tau keberkesanannya)

kalau snap hujung dahi pun okey..

Bidadari Syurga said...

wah satu cara menjimatkan cool... sharing satu product....

ps: dah biasa guna loreal. kekadang simplysiti... erkkk... BB cream yeaj? nanti esok akak usha tengok... adik reviw cam best aja ni....

Liselle MonCherie said...

Same lah Liselle pn tak reti pun nk make up2 nie,setakat BB cream dgn compact powder ada sudah cukup XD
Miss M kalau tak make up pun mesti cantik punya lah.:DDD

missSenget said...

rajinnye pakai BBcream + mosturiser..


skrg keluar jln2, mmg xpakai ape2..

big M.. hahahaha..

cuma cuci muka je..

kesian kadang2 kt muka ni..

♥e'in♥ said...

e'in pakai bb cream maybelline.. :)

khairul said...

betul tu ..jgn malas nk cuci bila nk solat

EL MARIACHI said...

abang bro pakai nightcream de' putih yang jual kat Tesco je...

CekbOlat-bOlat said...

bbcream boleh mix dgn foundation.. klau nk bgi same wrna dgn skin =)

fierul said...

hehehe .. jrang sgt nk makeup .. tpi bedak ,maskara, n lip balm ta pnah lupa .. :)

Saddila said...

bbcream . hari tu mak dila nak try . lepastu tak jadi . tak yakin dia elok atau tak . so guna NV je . heeee dila pun :))

Lea Isnawi said...

taknah pakai bb cream pun

pakai pencuci muka je

hehe

teringin gak nak beli,tapi takde pitis lagi

Cik tikah said...

untk kulit berminyak, ok x?

kim heeruul said...

try la guna face shop punya. hik hik hik.

Ayie Abas said...

org lelaki pun boleh pakai kan?

HeNRieTTa JoSe said...

Ooo bb cream nieh thick erk...rietta blom try lgik...

محمد شهريل القنيطري said...

ni untuk lelaki blh x??hihi

Woofer Storm said...

lagi cantik kalau adik tak make up,.sy suka wajah yang natural^^

XOXO
Achie^^

si ngokngek said...

bbcream ka apa,mmg tak pernah sentuh..bedak sejuk pernah lar..HAHA

Telor Power said...

kehkehkeh nie khas wanita saja kan....ok lagi pun aku xperlu benda2 begini.

Syira Rara said...

produk baru ke??sy baru follow blog awak..kalau x kisah singgah la blog saya dan kalau sudi, follow..hehe blh share cerita (^_^)

EZAD AMIR said...

erkkkkk..sumpah xpernah sentuh bnda2 cmni..
=.=

Nisa Greennnpanda said...

wah.. make up.. hehe..

sy mmg xpki.. juz pki celak & lipbalm je, tue pun kalo rjin.. >_<

Original CikTeddy said...

bb cream ni mmg x brminyak eh?cik kalo kuar pkai bedak biase je kot..tu pon tempek2 cmtu je..haha

littledolphin said...

Saya blur kalau cakap pasal produk-produk kecantikan ni.hihi

bedak pun tak pakai kalau keluar.haha

but my mum says bbcream maybelline pun bagus jugak. :)

maybe one day saya akan pakai benda-benda macam ni.tapi entahlah bila.haha

Eera Shera said...

ok..boleh try nanti ;)

eLLa n aLia said...

ella pun pkai bb cream gak.. malaslah nak pkai bedak tebal2.. x natural kata orang.. huhu2

Juliet_iRa~" said...

akk pkai bedak je..ngeee ;p

lagi M dr adik..ahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...