Miss Magnifique!!

Tuesday, 3 January 2012

Time Machine

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

kadang-kadang aku nak jadi doraemon,
untuk ada pintu suka hati.
buka pintu je jumpa mama.

dan aku memang nak jadi doraemon,
sebab dia ada time machine.
yang boleh kembali kepada masa silam.
aku nak kembali pada masa aku bersama mama.

aku nak ada jam pusingan masa semula,
at least, untuk sampai saat terakhir dengan mama.

tapi,
aku tak boleh jadi semua tu.
sebab aku manusia biasa.
Allah dah tentukan segalanya.

aku kena terima.
untuk melaluinya, memang pahit.

aku tau ada orang yang nasibnya lagi teruk daripada aku,
aku tau ada juga orang yang mengalami sama nasib dengan aku.
tapi,
its all different.

mungkin sebab aku tak matang.
dan aku tak mahu jadi matang.
aku cuma nak mama aku.

dan aku lupa,
aku lupa bahawa aku pun sementara je di dunia ni.
aku juga akan kembali kepadaNya.

aku lupa hidup aku bukan untuk bersedih.
hidup aku untuk Allah.

sukarnya.
sukarnya.
mungkin aku tak dapat nak control mind aku.
mungkin aku tak dapat nak control hati aku.

mungkin aku tak dapat nak bagitau subconcious mind,
sudahlah tu.
enough is enough.
tak perlu, nak lebih2 sedih.
satu hari nanti,
aku tetap dalam kubur jugak.

sakitnya,
sakitnya,
nak terima kenyataan.
nak terima realiti.

ah,
apa itu realiti?
sedangkan dunia ini juga hanya mimpi.

bukankah sudah dikatakan,
saat kita benar-benar jaga itu adalah hari kita dibangkitkan semula.
aku sedar dalam mimpi dunia aku 
bahawa aku akan dibangkitkan dan dibangunkan dengan sebenar-benarnya jaga di padang masyar kelak.

kenapa oh kenapa,
hati ni berdegil,
berdegil untuk terus jadi tak matang.

sudahlahtu,
sudahlahtu.
i'm tired of myself.
kenapa nak rindu pada orang yang sudah tiada.
you should be more heartless.

Allah kan ada.
cukuplah Allah bagiku.
tapi, kenapa tak cukup ni?
kenapa tak bersyukur ni?

di akhirat kelak pasti akan berjumpa.
tapi, pada masa itu juga,
kita bukannya ada apa2 relation.

kenapa mengada-ngada sangat ni?
roh diciptakan hanya satu.
di akhirat kelak, ibu kita juga akan sama umur dengan kita.
kehidupan dunia mimpi ini akan hilang.
dan semua orang akan macam,
"oh awak pernah jadi anak saya?"
"oh, dulu dalam dunia mimpi, saya adalah anak awak?"

sudahlahtu,
sudahlahtu.
aku memahami hakikat itu.
aku memahami hakikat kejadian.

aku memahami tujuan terciptanya aku di dunia.

kenapa degil sangat tak nak terima ni?
sudahlahtu 
sudahlahtu.

if you need time machine,
the reason you needs time machine
is because 
nak buat amalan lebih banyak.

bukan menangis.
bukan bersedih atas kematian seorang manusia.

sudahlahtu
sudahlahtu.
pulanglah
pulanglah
ketempat asalmu.

sudahlatu, sudahlahtu,
tiada time machine.
yang ada hanyalah takdir dan usaha kita untuk jadi lebih baik.

lupakan semua.
hapuskan semua jejak.

jangan bersedih lagi.
be emotionless.
that's the solution for now.

tapi,


mama,
adik masih rindu mama.
*lagu tak ada kena mengena dengan entry*

sincerely,
me~

6 comments:

Woofer Storm said...

ermmm entry sedih lagi..

#tak mo sedih2 sis,kita yang hidup pun pastikan kembali..ermm rindu ngan mama juga..

MulutPayau said...

assalamualaikum dik...
Adik...bnyakkan bersabar...terima kenyataan ini walaupun pahit..Suatu masa nnti kita akan kembali ke sana juga...
jangan sedih2 tau...jommmm ke blog akak, akak dah jawab soalan adik...

Aqiim said...

cik M, jgn bersedih ye..
yg dah pergi tu, biarkan dia pergi..
doraemon pun kdang2 sedih jugak tau..
sbab nobita takde..

ok sy saje mrepek sbab nk buat awk snyum..
baik awk snyum cpat! grrrrr~

hehehe :P

smilenajah93 said...

janganlah bersedih mengingati dia . yang penting doakan kesejahteraan dia di sana . insyaAllah aminn ~~

Bo the Nerd said...

Jangan bersedih pada arwah. Insya'Allah arwah bersama hamba2-Nya yang beriman. Mama awak pun mesti tak nak awak sedih. Sedekah al-Fatihah dari anak yang soleh. Amin.

aimie amalina said...

sayu je bace :(
meh ni ade bahu meh :)

x pe syg..
itu benda normal utk diingati, untuk diingati..
manjadi x normal bila kita langsung x ingat pada org yg dah pergi kan..
insyaAllah, Allah itu menggantikan sesuatu yg membahagiakan kamu nnti ye :)

keep praying ;))
Tuhan itu maha mndengar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...