Miss Magnifique!!

Wednesday, 11 January 2012

Zaman Kanak-Kanak Dan Tadika

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

umur 3 tahun
percaya tak yang aku boleh membaca sejak umur 3 tahun?
sila percaya sebab ini sememangnya benar dan fakta. dibuktikan oleh ahli keluarga aku sendiri. hoho.

umur 4 tahun;
masa ni aku dah pandai menulis dan melukis. 

umur 5 tahun;
mama masukkan tadika, tapi seriusly aku boring gila kat tadika. sebab semua yang cikgu ajar semua aku dah belajar kat rumah and dah tau. *i was home school since i was 3 years old*
cikgu suruh, nyanyi lagu kanak-kanak, aku dah pandai nyanyi hampir kesemua lagu.
cikgu suruh, mengeja, bukan setakat mengeja, membaca pun dah lancar masa ni.
cikgu suruh buat math, alamak kacang gila lah math kat tadika ni. *ha, tapi bila dah besar, math aku failed!* \
-_-'
jadi, aku sebenarnya tak banyak belajar apa2 yang baru dekat tadika. 
tapi, masa kat tadika ni, aku selalu compete dengan seorang budak lelaki ni.
kalau cikgu selalu puji aku budak pandai, dia ni lebih lagi cikgu puji. pandai dan rajin.

sebab, kalau cikgu suruh lukis 6 buah objek, dia lukis 8.
ye aku cuma lukis 6 lah, aku ni jenis mengikut arahan, tau tak?
then, kalau cikgu suruh buat satu mukasurat kerja sekolah, dia buat 2 mukasurat.
aku bengang tau tak dengan dia? sebab aku rasa dia je nak lebih.
ish!!
dalam kelas, kitorang ni top 2. 
tapikan, bila masa rehat dia selalu main-main dengan aku and kawan-kawan aku. and sejujurnya, sepanjang aku kenal dia and main-main dengan dia, dia tak pernah bercakap dengan aku atau kawan2 yang lain. dia cuma cakap bila cikgu tanya je. sangat pendiam...
kitorang bukan musuh. budak-budak mana pandai nak musuh-musuh atau gaduh-gaduh. walaupun selalu compete with each other, tapi bila rehat main juga sama-sama.
sangat zaman kanak-kanak kan?

umur 6 tahun,
mama dah berhentikan aku dari tadika. masa ni sebab aku pun dah start sakit.
and lagipun, mama tau yang aku boring kat tadika sebab apa yang cikgu ajar semua aku dah belajar.
and sebab dia tau anak dia ni genius (sangat perasan okay?), so macam pointless hantar anak pergi tadika tapi tak belajar benda baru.
tapi, yang tak bestnya, bila start home school balik, 
aku bangun je, aku kena mengadap buku. sebelum tidur pun aku kena belajar, tau tak? 
stresssss....hehe.. boleh dikatakan masa aku memang banyak dihabiskan dengan belajar.
sampai aku pernah cakap. "kalau 24 jam kena belajar, baik adik masuk sekolah balik. belajar sekejap je. lepas tu boleh main."
ouh yea, sejak aku umur 6 tahun ni juga, aku sudah dilarang untuk main-main dengan kawan. tak boleh keluar rumah.
perintah berkurung dalam sangkar emas ni, start masa ni. tapi, tak ketat sangat.
sebab masa ni, kat rumah selalunya tak ada orang. so, aku memang selalu curi-curi keluar.curi-curi masuk dalam rumah balik.
masa tu, aku konon-konon berangan lah nak jadi macam spy. haha.. 

tapi, bila abangah aku tau aku curi-curi keluar, dia terus marah kawan-kawan aku. abangah tak marah aku, tapi dia marah kawan aku. sampai diorang dah tak nak kawan dengan aku.
mula-mula aku tak tau, aku tertanya-tanya and tertunggu-tunggu diorang datang kat halaman rumah aku, tapi diorang tak datang. so last-last aku mainlah sorang2. *aku dapat tahu yang abangah halau and marah kawan2 aku, masa aku form 2, sadiskan?*

dipendekkan cerita,
masa kanak-kanak aku adalah kawan tapi tak ramai.
and then, aku lebih banyak main-main dengan cousin-cousin aku. tupun kalau diorang datang rumah.
kalau tak aku duduklah rumah ni sorang-sorang. haha.
lagipun aku susah nak berkawan, sebab abangah aku, dia tak suka aku berkawan.
kalau budak-budak yang duduk satu kawasan ni, memang semua dia reject. aku cuma boleh berkawan dengan orang yang dia suka je. huhu.

inilah cerita zaman kanak-kanak and tadika aku. 

masa umur aku 12,
ada seorang doktor tu pernah cakap dengan mama,
"you should let her be a kid. its not good for her psychology and mind. she is stress and depress. but she's pretending to be cheerful."

fuh, memang hebat arh~ doktor tu tau apa dalam pemikiran aku. doktor tu cakap macam tu selepas tanya aku pasal life aku dari kecik sampai lah umur 12. macam polis pulak, lepastu sukahati dia je bagitau perkara sebenar kat mama aku. ish! dah, mama rasa bersalah, tau tak?????

conclusionnya,
aku budak pandai.
(sila jangan muntah pink disini. habis laptop korang rosak nanti. aku tak bertanggungjawab walaupun aku tau statemement conclusion aku macam statement minta penampar...:p)

ikhlas,
aku~

44 comments:

Pok Amai-Amai said...

Alhamdulillah!

=D

Prettywrite said...

zaman hingus tengah meleleh lagi ni..ehehe..
alamak..susahnya abang tak bagi kawan kan..tapi takper sekarang dah ramai kawan dekat blog ni..:)

Syuti Moimoi said...

i was so bad in maths when i was in primary school.maybe i hate the sir kot.haha but lucky im, coz now i realised how important maths to my life :)

Choki said...

Hahaha..AWESOOOOOME XD

Nisa Greennnpanda said...

wah...home schooled eh.. bestnye.. ^_^ kire pndi la Cik M nie..

CekbOlat-bOlat said...

=D mama nak kan yg terbaik buat anak2.. even bnda skecil zarah skalipun.. right?

mai said...

haha. pandailah akak ni. kita tadika waktu umur 6 tahun. yang best, dapat no tercorot. last tu..haha.

cik Kartun said...

wlup0n kenangan cik M mcm sadis cikit..
but entry nie wat CK enjoy bila bace..
btw.. suke bace entry org yg kuat smngt cm cik M :)

CaDLyNN said...

m mmg budak pandai pon :)

LelakiSemalam said...

hebat kamu ni...superbaby...:)

Papa PUSS said...

salam
err xtahu nak komen ape..
nak muntah xkasi hehe..:p

zida said...

HAHA

terbaik~

zida pun dah start tadika masa 3 tahun, tapi taktau la masa tu dah pandai tulis/baca ke belum. tak ingat pape pun~~

Cikgu Ma said...

jujur sangat...hehe

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/selamat-ulangtahun-jom-wish-ramai2.html

Original CikTeddy said...

bertuah kak M ni,bijak..see?ade klebihan n kekurangan..Allah itu Maha Adil :D

Aishah Jahirah said...

best ada abg yg jaga adkkn...akak krg merasa kasih sayang abg...pergaulan akak semua mak akak jaga,mmg xlepas gak berkwn.one part mmg kurang semething tp one part lg ada hikmahnya...

fierul said...

sejujurnya . sy dh lupa macam mana sy yang dlu .. :)

smilenajah93 said...

wow ! sangat berkebolehan :)

Istighfarin said...

hmmm,,, tapi kan masih bisa main sama abangnya waktu kecil? :D
enak ya punya abang yang bisa jagain kita,, arin mah gak punya abang :(

Miss Nadya said...

setuju dengan kim..:)

p/s :: itu sugar glider dear..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

bertuah gtu..alhmdulillah..akal yg bijak.

Mya said...

such a sweet entri =)

hassy chan said...

hi genius hahaha

MulutPayau said...

Seronokkan dik, bila mngenang kembali zaman kanak2 dulu....

Miss Purple Ungu said...

cerdiknya dia...
umur 3 thn dah pandai membaca ;)

littledolphin said...

haha kelakar!

mak saya pulak asyik push saya pergi berkawan.dia takut sebab saya pemalu sangat.haha

saya pun dulu umur 3 dah boleh baca dah.tapi math tak berapa.memang lemah math sejak zaman mengenal nombor lagi.haha

btw cool gila doktor tu!

nice story!

Eera Shera said...

pandainye dia..awak sakit dr kecik ek? sakit ape?

ciK LyndaWawa said...

mesti budak pandai ni...saya sendiri pun lambat..=]

Mizz ErMa said...

wah, bia betul..genius la kalo macam tu kan? hihi

Juliet_iRa~" said...

heee..genius!:)

manfaatkan k..;p

::WafaIrdina:: said...

wahh..kecik2 da panda dah..besar2 ni lagi lar kan..heee

*zaman kanak2 zaman paling bess kan..^^

Queenie said...

eheh! betullah..

akak pernah terfikir, watper ajar anak2 baca dr kecik? nanti cikgu dia takder kerja...

Ini berlaku masa my17 masuk sekolah...umur 5 tahun, dia dah boleh baca umur 3 1/2 thn, tulis umur 4 tahun, abang2 dia pun camtu kecuali my26 & 24 (umur 6 thn )..

pastu masuk sekolah sebulan, dia dah merengek taknak sekolah, boring kata dia...tengok buku pun nyampah...gitu gini ngan cikgu dia, masa umur 6 tahun masuk junior 1, tp subjek dia mcm sekolah k'jaan darjah 3...punyalah syoknya dia...

sayangnya masa tu ekonomi drop, yuran sekolah tu mahal..lg pun ikut sylibus S'pore..tukar masuk sekolah k'jaan masa umur 11 tahun.. 6 bulan dia tak bercakap kat sekolah,kemurungan...according to his teacher la..tambah dia sedih sepatutnya dia boleh amik UPSR masa tu tp dpt halangan...

tp dulu dia langsung tak stress tau! hehe...sebaliknya teachers yg stress sbb tiap2 minggu semua hadiah pergi kat dia dua beradik hehe...jadik maslaahnya sampai mati idea nak bagi apa! hehe..

akak tak muntah pun sebaliknya tersangatlah percayanya...sbb dah alami sendiri..

Redhzuan Indera said...

alhamdulillah . kau ada apa yang org lain selain kau cari . = ) letak Tuhan dalam hati . dan kau akan selesa sampai mati .

salam perkenalan
http://coretpujangga.blogspot.com

Miss Xyz said...

pndainyerr anak mak nih.. haha XD sye 6 thun bru reti mmbce.. sblm umur tu, main aje kerjanyaa.. muahahaa

qlah said...

owh.. sungguh rindu zaman kanak2 , huhu :')

Si qusowt said...

sy mase umur 3 tahun dah mengajar kat sekolah.boley lawan?hehhe

saffiya_aleesya @ echa said...

wah bagus laa umur 3 tahun dah pandai baca..tapi kan abangah awak tu garang lorr tak bagi awak berkawan ekk..kesian kena perintah berkurung

Picoz Shupalula. said...

memang sadis bile orang larang kite berkawan. huhu

Cik Sara said...

Nice story.. Thanks to the doctor!.. Heee..

shera haifa said...

owhh cm terkongkongnye hidup masa umur 6 tahu tu..
:)

Woofer Storm said...

pandai dia ni,segan pula..math kita pun failed tau,malu nak kata ni..hehe

#sy duk kat puchong skg ni..nama apa ea??takkan nak panggil cik M je sis?ehheee

Maii said...

waaa hebakk.. egt lagi masa exam 5tahun tiru membe sebelah hehee

aizamia3 said...

sedih bila kita dilarang buat sesuatu.. bukannya sesuatu yang tidak baik..

reen afny said...

untunglah budak pandai.. hikhik

aimie amalina said...

hehehheeheh
gud2

alhamdulillah, anugerah tuhan ni..heheee

keep to be pandai okeh? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...