Miss Magnifique!!

Monday, 27 February 2012

aku rasa entry ni tak ada motif and bosan. tak payah bacalah. melalut je lebih. tengoklah tajuk pun panjang gila. hahaha~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


atuk: adik, kamu tak ada boyfriend, dik?

*nak tersedak aku, atuk aku tanya macam tu.

aku: mana ada, yah.

atuk: carilah boyfriend. tapi, cari yang ada kereta. pandai bawak kereta. senang nak bawak mak dengan ayah jalan-jalan.

*kesian atuk nenek aku ni, diorang ni nak berjalan tapi, tak ada siapa yang nak bawak. setiap bulan aku bawak diorang jalan2 kat shopping complex ni, kitorang bertiga. aunty y hantar, aku bawaklah atuk and nenek aku ni berjalan. kadang2 balik, naik teksi. walaupun dekat je. sebab aunty y sibuk dengan anak-anak dia sekolah. aunty kn tak pandai bawak kereta and suka duduk rumah, tak suka nak ikut kitorang jalan. aunty kz kerja. 

*nenek aku, aku tolak pakai wheelchair. atuk aku jalan pakai tongkat. tapi, atuk aku manalah kuat jalan sangat. umur dah 79, tahun ni. kalau ada kakak angkat aku tu, dia bolehlah bawak atuk aku naik wheelchair lagi satu. tapi, kakak angkat aku kan tengah belajar. rb pulak sekolah.
so selalunya memang kitorang bertigalah.

*lepas tu diorang ni tak suka nak duduk rumah. diorang suka jalan2. paling tidak pun duduk jelah kat shopping complex tu, tengok orang-orang lalu lalang. aku tak kisah sangat nak bawak diorang jalan. kecuali sabtu ahad tu memang aku tak berapa nak sanggup sebab terlalu ramai orang. sesak. aku tak suka jalan sesak2. lagipun aku kena sorong wheelchair, then kena jaga atuk aku lagi. so tak berapa nak menang tangan kalau sesak2 ni. kalau hari biasa, lenggang je, best. so,bila jalan slow pun tak ada sesak. yelah, dengan wheelchair nenek aku and atuk aku lagi, mestilah slow je. bila tengah beli barang pun, kalau aku nak belikan diorang macam tak nak, sebab dah alang-alang keluar diorang naklah tengok sendiri. nak puas hati.
so, aku tak kisah sebenarnya. cuma tu lah, hari biasa, memang relaks.:D

*bagi aku, ni adalah antara tanggungjawab aku jugak, nak gembirakan hati atuk and nenek. mama dah tak ada, aku menumpang kasih dengan diorang. kalau 'anak-anak diorang' macam malas and tak nak bawak, aku okay je nak bawak. tapi, aku tak boleh drive, kena harapkan orang hantar and ambil. tapi, kalau tak ada orang nak hantar and ambil, aku telefon teksi jelah.

nenek: adik, kalau cari boyfriend ke, suami ke. biarlah orang yang senang sikit.

*erk..nak tercekik aku nenek aku cakap cenggitu. -_-' apakah?

nenek: bukan apa, adik ni kerja tak boleh. lepas tu kerja-kerja rumah tak pandai buat. sakit pulak. sekarang semuanya makin mahal. semua pakai duit. adik tu bukannya bekerja, macam mana nak tolong suami kalau tak ada duit ke. adik tu bukannya biasa hidup susah. kalau lelaki tu tak nak, tak payah terima. sudah. 

*lagi sekali aku rasa nak tercekik. 

aku: ish mak ni, tak ada nya orang nak kat adik ni. mak jangan risaulah. adik tak kahwin pun tak apa.

*macam mana aku nak kahwin? bila aku dengar nenek aku cakap macam tu, aku rasa aku hanya bakal menyusahkan orang je. baik susah sendiri. and menyusahkan ahli keluarga sendiri. hehehe. sebab atleast, aku tau, ahli keluarga aku tetap akan terima aku jugak.
lagipun tengok dari gaya nenek aku ni, macam susah je nak dapat approval dari dia. 

nasib baik jugaklah aku ni memang tak ada hati nak kahwin ke, nak ada boyfriend ke. kalau ada, naya dowh...hahaha

tapi, aku kesiankan atuk dengan nenek aku.
ada sesiapa yang sudi bawak atuk and nenek aku jalan-jalan? *2 minggu sekali atau seminggu sekali ke* hehehe~
dan sila belanja makan sekali. *demand lebih lagi ni* hahaha~


ok fine aku melalut.
aku taktau apa motif entry kali ni.
cuma, aku kesiankan atuk and nenek aku.

and, aku tau nenek aku takkan percaya yang ada orang lain boleh jaga aku. teehee~
(ni sebab merujuk kepadaa entry bawah la, sebab ramai pulak yang meng-aminkan doa. bahaya ni..) hoho.

moga aku terus bersikap begini, dan tidak mula nak menggatal mencari boipren ke suami ke. tak kisahlah, waktu muda ni ke, atau waktu dah lebih matured lagi.huhuhu.

p/s: apa aku gedik cerita pasal kahwin ni? euwwwwwwwwwwwwwwwww~ *ketuk kepala sendiri*

ikhlas,
aku~

26 comments:

lisa said...

baiknya bawak atuk nenek pergi jalan :) hm bawak la dorg jln2 kt taman ke, tenang sikit kan. cik M belajar lah kereta ? :)

Teenager Housemaid said...

susah nak bawak pergi taman, sebab atuk and nenek tak kuat berjalan.
then diorang ni suka window shopping huhuhu..

saya tak boleh amik lesen, sebab mata..huhuhu

Akue Achik said...

xpe2..single dulu.. :))

teksi pun tksi la..

yg pting xsshkn org..kan..^^

Aqiim said...

semoga cepat bertemu jodoh dan seterusnya dapat berjalan2 bersama-sama suami dan atuk dan nenek~
weeeee~ :D

.........cP~ said...

Takpe ke menolak perkahwinan? Hmm.. Cuba cek balik. Saya pun tak pasti.

Tapi, saya nak juga doakan semoga ada seorang insan yang berjaya mengubat hati M dan M akan bahagia sampai syurga.

Jangan marah ye..

I'm JUNKS said...

Bagusnya cucu atok dengan nenek..
Susah nak cari orang macam tu sekarang. Bukannya nak duduk dekat dengan orang tua. Awak sakit apa?

Curious la pulak. :p

reenapple said...

takpe...satu hari tu ada la penyelesaiannya.. =)

sila tabah ya.. =)

sitihanisahali said...

harapan atok nenek tu.hehe

nuruashia said...

walaweiii spotingnyee atuk awk..ehhehe..xpelaa mgkin bkn msenyee lagi awk ade bf:)

Mizz ErMa said...

tuan belog nih umo berapa yer? kalo da 25 dan keatas, da boleh la slow2 cari calon..bak kata nenek tadi, terima yg senang2, idop kita pon senang..tol x? =)

Liselle MonCherie said...

Suatu hari nanti pasti ada seorang
lelaki untuk Miss M,jgn risau! :D
Cucu Mithali Miss M ni!
Allah akan membalas kebaikan Miss
M ni Amin~ :D

missSenget said...

nak gak tolong ketukkan kepala..

bole..?

kehkehkeh...

best kan kalo kite ada kemudahn nk gembirakan orang..

Miss Konspirasi said...

inilah dia cucu contoh abad ini hehe and atuk u memang atuk terbaek punya siap suh carik bf..klu atuk i dia slalu pesan takyah cintan2 kuikui

Lia Irdelia said...

bahagiakn bila kita dapat membahagiakan org yg kita syg,, :)

✿ e e i y s s ✿ said...

tertarik dengan tajuk entri kamu yang panjang tu... hehe

CaDLyNN said...

M,
entry ni buat kaklin teringat arwah atuk kaklin..atuk pon suke sgt jalan..selalu suh kaklin bawak die jalan..rindunye dengan atuk :(

Eera Shera said...

ala nak tawin la tu huhu

emy zulaiha said...

wah baek nye cucu atuk nenek nie :) hehe

doa bnyk2 ye miss m..insyaAllah Allah dah susun perjalanan hidup kite kan :)

O CIKTEDDY said...

hee..kawen pstu bwak atuk n nenek jln2 same2 ngan suami.. =D

aku HaniAsyira said...

kat mana umah?? sy leh tolong bawakkan jalan2 nak?

CekbOlat-bOlat said...

kahkahkah.. kelakar la tajuk akak.. huuu..

err,ketuk kepala? oo kak,mne ade kepala =="

jodoh itu msteriii..

Liyaa Mf said...

Orang yang salu kata tak mau kawen tu salunya kawen awal taw. Yok yok! Hehe.

deno said...

wah... rapatnya M ngan atuk nenek..:) boleh jadik cucu mithali nieh.. hehe...

Juliet_iRa~" said...

insya-Allah anak y baik akan berjumpa jodoh y baik..

lagi2 atuk n nenek doakan y baik2..heee

kay_are said...

tak kesah r tajuk entri panjang ke ape tapi bace jugak.. em.. pasal kawin.. nak komen ape ni? semoga cepat2 kawin ^__^ ingat pesan atuk nenek, cari yang ade kete ngan senang, + baik ati

iedchan said...

hehhe kelakar la nenet awak...tape sy rasa org baik mcm awak ni mesti dapat org yg baik jgk...juduh kan ada..nanti2 datang la tu..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...