Miss Magnifique!!

Sunday, 5 February 2012

Aku Ingin Terbang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


melihat dinding-dinding batu ini. melihat kipas yang merodakan putaran.
melihat pintu-pintu yang tertutup. merasakan dinginnya penyaman udara.
aku di mana?

aku cuba untuk terbang
aku cuba untuk berlari
aku cuba untuk merangkak
aku cuba sehabis daya aku untuk keluar dari sangkar emas ini.
mampukah aku?

aku terkurung terjerat di dalam alam dimensi ciptaan manusia.
di sini aku cukup segalanya yang aku inginkan.
tapi bukan segalanya yang aku perlukan.

segala kudrat telah aku curahkan
segala kemampuan aku telah aku gunakan untuk melepaskan diri.

perang psikologi apakah ini?
aku tak bisa melawan kata-kata orang tua.
itu kelemahan aku.

kerana dididik menjadi orang yang mendengar kata, juga takut akan tulah yang akan melanda diri.
aku sedar aku bukan berdarah kuning.
darah ku merah seperti manusia-manusia lain.

jika aku terlepas dari sangkar emas ini,
kemana pula akan ku mulakan langkah aku?
aku buntu aku keliru aku takut.

aku masih anak manja yang tak kenal erti susah.
tak kenal erti lapar.
tak kenal erti peritnya kehidupan manusia.

tapi, aku ingin melihat dunia.
aku tidak ingin merosakkan diri aku.
namun, aku ingin berdikari.
aku ingin melihat alam ini.

aku ingin lihat indahnya ciptaan Tuhan.
aku ingin berlari bebas
terbang tanpa sekatan

ya Allah,
perasaan apakah yang ada dalam hati ku ini?
aku ingin terus berjalan juga berjuang.

aku tak mahu terikat selamanya disini.
aku tak ingin terkurung selamanya di sangkar emas ini.
aku tak mahu selamanya berada di penjara batu ini.

ya Allah,
sesungguh Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.
aku hanya mampu memohon padaMu,
aku ingin belajar, mengejar cita-cita juga mendekatkan diri padaMu
mengenal dan melihat alam ciptaanMu yang terbentang luas.

namun, jika itu bukan yang terbaik buatku,
aku ingin lenyap dari muka bumi ini.
izinkan aku mendekatiMu.
izinkan aku lepas dari keseksaan hati ini.

kerana aku hanya hambaMu yang lemah.



ikhlas,
aku~~

38 comments:

Cikgu Ma said...

terbang ketemu Dia dalam alunan zikir pengampunan..salam maulidurrasul...

O CIKTEDDY said...

wonderful saying..insyaAllah impianmu trcapai kak =)

Liselle MonCherie said...

The Maiden In the Golden Cage
Deserves to fly to follow her dreams
:')

YaYaNsMuM said...

Hidup ini satu pejuangan dear..
terbanglah sejauh dan setinggi mana, tapi jgn lupa pulang ke sangkar taw.. :)

ilishaheera said...

Laaa... slow-slow okay.
Go with the flow. Insya-Allah semuanya baik-baik saja...

.........cP~ said...

Living in a comfort zone is stressful. Wish you will fly one day.

Aqiim said...

bersabarlah..
satu hari nanti pasti pintu sangkar emas akan terbuka juga..
mungkin waktu itu, awak tak terbang seorang..
awak akan terbang bersama seseorang..
yang dipanggil 'abang'..
ewahhhh~

hohohohoho :P

CikAnyss' :O said...

very good ayat cik m , siyes .. macam ahli sasterawan lak . huhu

akuamir said...

kite merancang ALLAH menentukan kerane ALLAH perancang terbaik.. :)

akuamir said...

kite follow sini ya.. :)

El-Janna said...

dlm hidup kita kena byk lakukan pengorbanan dan hdup seperti perjuangan^^

deno said...

dengan izinNya, kita pasti dapat mencapai impian kita... insyaallah

::WafaIrdina:: said...

aku jua ingin terbang...
flying to the sky..
flying to my dream....
:D

Lady Emilya said...

salam maulidur rasul =)

fa said...

tetiba terimbau saat "terkurung" di asrama dulu.. hehe ^^

هانيم إرشاد said...

insyaAllah semua impian itu akan tercapai :)

Anonymous said...

keluar dari kepompong hidup mu dear,mgkn ada kebaikan yang bisa awk perolehi..

^.^

sitihanisahali said...

istikharah.insyaAllah jumpa apa yg terbaik untuk awk :)
btw,kite mmg kne try hidup berdikari.

EZAD AMIR said...

tanggungjawab di dunia msh blom sempurna lagi..usahlah kau terbang lenyap dari muka dunia..setelah segalanya sudah sempurna,maka terbanglah wahai anak Adam menghadapNya..huhu

NuruAshiA ♥ said...

sentiasa la pandang ke hadapan.. dan berdoa agar ape yg di pohon akan dimakbulkanNya :)
salam maulidur rasul :)

khairul said...

salam maulidur rasul dear

EL MARIACHI said...

andai aku ini mampu memberimu kebebasan yang kau inginkan itu...menjagamu dan bukan mengambilmu..ecehhh...

CaDLyNN said...

M, salam maulidur rasul...

semoga tercapai semua impian M

CaDLyNN said...

M, salam maulidur rasul...

semoga tercapai semua impian M

Lia Irdelia said...

InsyaAllah,
segalanya akan jadi lebih baik selepas ini..

:)

Queenie said...

indahnya susunan kata-kata...
terpesona...memberi makna...
hidup ini adalah fana
maka usirlah segala was yang terbina...

Nong Andy said...

salam maulidur rasul..

jom berterbangan di alam maya ini.. :)

CekbOlat-bOlat said...

=)

terbang kearahNYA..

jeBateja said...

Ishhh...buat apa nak terbang2...kita relax je lah....kita jalan jerk...hadapi semuanya....

onie said...

pelengkapkan diri dahulu sebelum nak terbang

chemay said...

kekadang.
kita tak boleh buad apa yang kita nak,
sebab hidup ni bukanlah semua nya revolves arond us.
redha dear.
maybe something good will come to you after this.
:)

Rtp Farra Arisha said...

manusia slalu aja cepat berputus asa, tapi tidak kmu bukan? teruskan mengejar impian baru boleh terbang ke mana saja! salam maulid :)

Iffah Afeefah said...

jgn terbanggg

belum masenye

satu hari pasti kite akn dapat terbang juga

percayalah dek

hara said...

Allah tahu apa yang terbaik utk kita. sampai masanya nnti, pasti ada rzeki utk trbang :)
chill!

Azham Vosovic said...

Satu hari nanti kamu akan terbang...

jangan putus menyimpan impian okay?

Saya sentiasa doakannya huhu

faizfakhirin said...

Salam maulidur rasul...indahnya ciptaannya

Nur Aischa said...

aisyah doakan, semoga cik m tak sedih lagi dan mengecapi bahagia yg cik m inginkan selama ni.. amin...

Juliet_iRa~" said...

berdoa sungguh2..semoga semuanya dipermudahkan..:)

salam maulidur rasul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...