Miss Magnifique!!

Friday, 10 February 2012

Barakah Friday: Ad-Dhuha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

aku suka surah ad-dhuha.
ianya terasa dekat sangat dengan aku.
aku benar-benar rasa yang sepertinya Allah sedang berbicara dengan aku.
yang sepertinya, surat cinta ini sememangnya untuk aku.

***

1. Demi waktu Dhuha.

2. Demi malam apabila sunyi sepi.

3. Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

4. Sesungguhnya kesudahan keadaanmu (akhirat) adalah lebih baik bagimu daripada pemulaannya (dunia).

5. Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?

7. Dan Dia mendapati engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah (dengan wahyu al-Quran).

8. Dan Dia mendapati engkau kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.

9. Adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.

10. Dan kepada orang yang meminta maka janganlah engkau mengherdiknya.

11. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur kepadaNya).

***

membaca kalamNya, terasa jiwa ini dekat padaNya.

Dia, memahami dan mengerti, malah aku yakin, Dia telah menyediakan segala hikmah kepada semua yang terjadi.
yang penting, aku terus menetapkan hatiku padaNya, bermohon kepadaNya, belajar mencintai Dia sepenuh hati aku.

ya Allah,
ku mohon, ikhlaskan hati ini pada Mu.
ku mohon, agar rasa cintaku pada Mu sentiasa bercambah dan tidak berkurangan.

ikhlas,
aku~

34 comments:

Lady Windsor said...

Assalamualaikum adik, akak aminkan sama doa itu...semoga Allah sentiasa bersama kita Dan mendengar kata hati kita...

Izan Ishak said...

amin... moga kita sentiasa dengan denganNya ye cik M...

Akue Achik said...

Amin ya Allah..

smoga kita sntiasa berada dalam redhaNya..

be strong sis.. :)

~SaL IjOu~ said...

dekat dgnNya memberi kita kekuatan luarbiasa,kan~ =)

solat sunat Dhuha juga digalakkan utk amal, murah rezeki, InsyaAllah~ =)

Liselle MonCherie said...

Sesungguhnya Dialah yg Maha Agung,dan Penyayang.Semoga Allah merahmati kita,Amin~ :)

HeNRieTTa JoSe said...

Selamat Hari Jumaat...Nak Amin juga....Demam belum pulih lgi nieh....

♪ cik katak ♪ said...

amin..
berharap hati juga semakin dekat denganNYA :)

lisa said...

kalau selalu solat dhuha, rezeki InsyaAllah bertambah :)

CaDLyNN said...

M, mmg elok kite paham bacaan alquran, baru kite boleh menghayati maksud2nye kan..

semoga kite sentiasa dalam lindungan Allah..

MulutPayau said...

Adik....
Salam Jumaat, semoga adik sntiasa sihat dan ceria.....

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita nanti..

SAYANG ADIK.....

Mr.Clive said...

selamat pagi!
:)
indah mesej yang dikongsi... :)

akuamir said...

waalaikumussalam.. :)
bagus lah.. hafal pula surah as-syam..
then hafal doa dhuha,, cari kat youtube dari UNIC,, senang hafal,, then boleh buat solat dhuha hari-hari insyaALLAH.. :)
bagus masih teenager

Kakzakie said...

Gandingkan ia dgn surah as-syams utk solat dhuha mesti indah perjalanan hari yg dialui...

Princess Nusy said...

thanx for sharing.. =)

syamy said...

AMINN ! moge2 kite semua cinta ALLAH sepenuh hati .
#(thanx for sharing)

syafiqakarim said...

lect aku selalu pesa.buat solat dhuha.utk rezeki.tp aku kdg je amal
kan...err.err..
hr ni topik pasal surah dhuha kan.

tengs share.

faizfakhirin said...

dramatisnya ayat kamu...mendalam maksudnya...adakah itu penulisan kamu?

aizadalias said...

aminnn.. slamat hari jumaat =)

LAici KAng Ais said...

Amin..smoga kita lebih dekat denganNYA. dah lama xsolat dhuha :(

Wawa Tasliman said...

good sharing.. TQ.. :)

Telor Power said...

Amin...

❤~Emma Abduh~❤ said...

amin..=')
tacing ckit...

Diyana Norman said...

Amin... =)

indah kan kalau kite tahu maksud setiap ayat Al-Quran itu sendiri...

O CIKTEDDY said...

berbicara dgnNya lebih tenang =)

ghost writer said...

Tuhan tau apa yang terbaik untuk kita kannn...

yad'z said...

salam jumaat.. barakahAllah.. =)

Lia Irdelia said...

Amin..
InsyaAllah..

:)

Mr.Clive said...

dan ketenangan menyusul... :)

dill said...

semoga semua yang baik-baik milik kamu. insyaallah

Allah ma'ak

dill.

Aien Not Alien said...

amin...salam jumaat M :)

Juliet_iRa~" said...

amin...mudah2 an..:)

CekbOlat-bOlat said...

Aamiin.. Aamiin.. =)
mlembutkan hati ^^

Eera Shera said...

baca alquran mmg terasa macam Dia tgh bercakap dgn kita. rasa tenang, rasa berteman, rasa terpujuk dan terasa rahmatNya sentiasa ada

Nisa Greennnpanda said...

amin~...
surah dhuha mmg bgus dibaca, hehe.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...