Miss Magnifique!!

Saturday, 11 February 2012

...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


-entry personal yang hanya buat korang muntah. sila jangan baca-

aku tidak menyalahkan mereka yang menyalahkan aku dalam hal sebegini.
kerana mereka bukan aku.
mereka tidak mengerti hati aku.

aku mungkin punyai semangat yang kuat.
aku mungkin adalah gadis yang angkuh dan tidak pernah mempeduli.

namun,
aku punya hati yang rapuh.
hati yang sangat mudah retak juga hancur.

kerana itu,
aku harus menjaganya sebaik mungkin.
tidak boleh membiarkan sebarangan orang menyentuhnya apatah lagi mencurinya dari aku.
kerana itu
aku tidak pernah membenarkan sesiapa pun membina tapak di dalamnya.

tapi, mereka-mereka tidak memahami itu.
mereka-mereka mahu mengambilnya dan disimpannya.
mahu mencurinya mahu memilikinya.

mereka-mereka tidak mengerti,
jika mereka mengambil dan memilikinya, aku akan musnah.
dan mungkin juga tidak akan dapat mencari jalan pulang.

aku bukan seperti wanita-wanita lain,
walaupun berkali-kali terluka, menangis, patah hati, diseksa dengan kejam,
namun mereka tetap mampu berdiri kembali dan meneruskan hidup dengan harapan yang baru.

kerana,
semenjak dari kecil hingga saat ini,
aku melihat wanita-wanita di sekeliling aku menangis, terluka, hancur perasaanya kerana lelaki-lelaki yang berjanji dan mengucapkan kata-kata cinta mereka.
namun, memang wanita-wanita ini, dapat berdiri semula,
namun aku tak yakin yang aku juga seperti mereka.

kerana aku punyai perasaan takut.
fobia aku tak pernah hilang.
ianya kekal di ingatan juga minda.
hati aku rapuh.
hati aku sangat mudah disakiti.

mungkin kerana itu Allah masih menjaga diri aku dari terjebak dengan rasa cinta.
kerana aku yakin,
Dia tahu, hambaNya ini, tidak mampu melalui ujian 'cinta' ini.

lagipun, aku masih muda. 
dan masih banyak yang belum aku lakukan dalam hidup ini.

tapi, aku tahu mereka-mereka tidak memahami itu.
dan mereka selalu menganggap aku menolak mereka kerana material.
ah, material lagi.
sampai bila persoalan material ini akan berakhir?
satu saja yang mampu aku katakan,
kalau benar aku mencari material, pasti sahaja aku hanya akan berkawan dengan orang yang mempunyai aset dan material yang menyenangkan aku.
mengapa perlu susah-susah aku bersahabat dengan orang yang mendakwa dirinya tidak punya apa?

biarlah mereka dengan anggapan mereka.
aku malas hendak mempeduli.
dan sememangnya mereka mahu menyalahkan aku, sedangkan mereka sendiri pengecut.
senang bukan mahu menyalahkan orang lain?

aku tak marah. cuma aku bingung.
aku dihukum tanpa perbicaraan.
macam-macam kerenah.

teringat kata-kata seseorang,
abang bro el,
dia kata, hati aku ni memerlukan seseorang untuk menjaganya, bukan mengambilnya...

teringat juga kata-kata abang afr,
dia kata, hati aku ada rose garden.

indah saja bait-bait kedua abang ini.
tapi, mungkin itu kebenarannya.
mungkin aku perlu orang untuk menjaga hati aku.
kerana hati aku adalah taman terlarang. 
sesiapa yang mahukannya, pasti akan terluka kerana tercucuk duri.



p/s: apa aku melalut jiwang karat ni???
hahahahhahaha.. aku dah kata jangan baca, yang korang pergi baca buat apa? kan dah rasa nak muntah..kehkehkeh.
aku baca pun aku rasa nak muntah and terasa meremang bulu roma, bukan setakat tu aje, rasa loya tekak pun ada.
cet, apa punya karangan lah ini malam.  melalut je tak habis-habis.
weyh, aku blogwalking blog korang lambat sikit tau.
jangan marah tau.
mata aku berdenyut-denyut sikitlah sebenarnya.
so aku sempat update entry je lah. nanti aku blogwalking ea...:p


ikhlas,
aku~


33 comments:

faizfakhirin said...

anda begitu romantik..ibarat lela Majenung yg sentiasa termenung memikirkan lela...

Zaza Fakharuldin said...

x sanggup nak baca takut jiwang sgt :P

Akue Achik said...

muda lg kan..sigle2 la dulu.. :)

.........cP~ said...

It is well understood. Memang belum sampai masa. Kalau dah sampai masa, trauma , fobia sekalipun hati tu akan terbukak jugak.
p/s: teringat seorang kenalan alam maya, saya membangkit isu material, tak pasal2 persahabatan terputus. menyesal tak sudah. :(

cik Kartun said...

tetibe berjiwang2 nie.. ade org merisik ke dik? :)

Miss Purple Ungu said...

Allah swt sentiasa bersama adik
so, jgn sedih2 ye :)

Panglima Muda said...

hello.......

keeya mustafa said...

aaaaaaaaaa...muntah hijau..

hehehe..tak la..okay what jiwang..
for soulmate..stress free...

mesti masa berjiwang ni tersengih2 kan?

Liselle MonCherie said...

hehe :3 Dlm Hati ada Playground+rose garden+water theme park heee :3
Allah akan memberikan jodoh yg terbaik kat Miss M,jgn risau InsyaAllah :D

hanah said...

xmuntah pun..hehe..sy suka ayat ni. ''hati aku adalah taman terlarang'' :)

Lea Isnawi said...

rose garden
cmne tu
hehehe

Lia Irdelia said...

cinta itu wujud dalam pelbagai cara..

:)

ILA HonEyBuNNy said...

ila suka entry jiwang2 neh.ehheh

lau hati ada taman bunga rose..kena jaga btoi2 neh...lembut hatinya..;)

teha said...

ape slh nyee kalu nak berjiwang sekali sekale kan.. hehehhe :)

Natasya Naslin said...

hye gorgeous =)
0ppss... td mnum nesvita sambil BW, tersinggah .. terbaca.. hahaha =p

chill, biarkn mereka2 berkata kerna bkn mereka yg merasa.
maybe de best for just stay & waiting for ur 'imam' to come & visit @ ur rose garden =) hati perlu dijaga bkn diambil dicuri sesuka hati...

oh nooo.. cha pon da start melalut... haha

poohrist said...

insyaallah one day dia akan pertemukan cik M dengan mereka yang betul-betul memahami & boleh menjaga rose garden itu..
amin...

eeiyss said...

upsss... dah terbaca lak~

CekbOlat-bOlat said...

akak ^^

ye hati akak ade taman terlarang,,dan bukan senang untuk dijaga krana ia sgt sensetif dan teliti.. teheee~

akak ! makan obatt.. obatt

lisa said...

dah baca..best la cik m! bukan senang nak buat ayat2 bermadah mcmtu :)

EL MARIACHI said...

yes...semoga ada hati dari taman lain yang memandangmu sebagai amanah dariNya...

ZORA said...

wahhhh..romantis sungguh...

Aqiim said...

phewwwiiittttt!~
haha :P


ok sy nak muntah..
kehkehkeh :P

Anonymous said...

hehe..suka entry nie..buat akak semangat balik..^_^

Azham Vosovic said...

sabar yea awak...

anggaplah susah utk org letakkan diri mereka dlm situasi kita hehe

Dinas Aldi said...

Apa salahnya mencurahkan perasaan. Mungkin adik belum benar2 bersedia & belum jumpa jodoh yg telah ditakdirkan untukmu. Insyaallah satu hari nanti akan terbuka hati itu & kami semua boleh makan kenduri, hehe :)

khairul said...

ada org dtg sunting ker

El-Janna said...

hahhah ayat bunga bunga^^

Mizz ErMa said...

tuan belog berkata begitu sbb prince charming tuan belog belum muncul~~ hehehe

suzie rahman said...

wah dlm ati ade tmn

Rtp Farra Arisha said...

yap, inilah yang dikatakan puisi yang sangat puitis dan romantis...whatever happens, persons always have many love to many people. it's hard to love someone, but it's easy to be loved :)

Prettywrite said...

berbakat betul M..indah bahasanya..tak apa..insyaallah nanti cinta slepas kawin..:)..cinta sekarang ibarat bermain dengan api ler..:)

Nisa Greennnpanda said...

entri pjg2 pun sy sggup bc gak dear, hihi~.. ^_^

alamak, tibe2 trase, yg psl ati t'luke tue, huhu~.. T_T well, pasnie nk lock gak aa my heart nie.. xnk feel anymore pain, huhu~...

ur heart is a precious garden my dear.. ^_^

Nisa Greennnpanda said...

p/s - kdang2 jd single je pun best gak, hoho.. XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...