Miss Magnifique!!

Saturday, 4 February 2012

Dia.... Muhammad.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Aku memeluk buku ini rapat-rapat. Perasaan aku masih terkesan.

Ianya sudah lama. Masa yang sangat panjang telah memisahkan aku dan dia. Tapi, kenapa dan mengapa dia masih memberi impak yang sangat besar untuk aku?

Ya, aku merindui dia.

Dia adalah lelaki pertama yang membuat hati aku rawan dan rindu. Hanya dia. Hanya dia yang mampu memecah dingin hati aku. Aku tersangat ingin mengenali dia. Menjadi sebahagian dari hidup dia.

Si dia, insan yang paling mulia yang pernah tercipta di muka bumi ini.

Ya Rasul Allah, Ya Nabi Muhammad.
Dirimu mengingati semua umat mu, walau keakhir nafas mu. Besarnya pengorbanan mu untuk kami-kami, yang tidak pernah melihat dirimu.

Siapalah aku, yang jika dibandingkan denganmu.

Apalah erti cinta aku, untuk dibandingkan cintamu terhadap umatmu? Aku umatmu. Aku mengaku aku mencintai mu, tapi, mengapa, sehingga sekarang aku tidak dapat membuktikan cintaku seperti mana dirimu mengakui cintamu terhadap umatmu?

Aku umatmu.

Umat yang dirimu sebut sebelum nafas terakhir mu terhenti, “Ummati, ummati, ummati….”

Ya Muhammad yang mulia. Ya Muhammad, rasulullah.
Walau masa telah memisahkan seribu empat ratus tahun lamanya. Walau kau hidup seribu empat ratus tahun sebelum diriku. Tapi, ikatan yang terbina sekian lama, tidak mungkin akan terlerai.

Ikatan yang tersimpul mati walau tiada yang dapat melihatnya.

Hanya dirimu, ya Muhammad Rasul Allah. Yang dapat membuat aku merasakan kasih sayang seorang nabi, seorang bapa, seorang lelaki, seorang yang mengambil berat walau hanya dengan pembacaan ku melalui cerita-cerita mu. Hadith-hadithmu. Betapa kuatnya cintamu terhadap umatmu, ianya tetap terkesan walaupun lebih seribu tahun lamanya masa memisahkan kita.

Cintamu, kasih sayangmu yang tulus ikhlas meresap ke sanubariku. Walau aku tidak pernah berjumpa denganmu, walau aku tidak pernah mengenalimu secara peribadi.. walau cintamu hanya dapatku tahu melalui cerita-cerita, melalui buku-buku. Hakikkat bahawa, kau cinta aku....

Tapi, ianya dekat. Ianya terkesan. Ianya menusuk ke jiwa. Ianya adalah sesuatu yang tak tergambar melalui kata.

Aku malu dengan dirimu. Terlalu malu ingin mengakui cintaku. Kerana diriku, tidak semulia dirimu. Kerana diriku, tidak mengikuti sunnahmu. Kerana diriku masih penuh noda.

Ya Nabi ku, ya Nabi Muhammad.
Aku bersyukur kerana menjadi umatmu. Ini adalah hadiah yang terbaik dan nikmat yang tak terbalas, yang Allah kurniakan padaku.

Moga aku tidak akan mensia-siakan cintamu, juga nikmat yang telah Allah kurniakan padaku.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Walau sejuta kali aku ucapkan terima kasih, tak mungkin aku dapat balas segala kebaikanmu, yang akan sudi untuk memberi syafaat, yang sudi memohon keampunan kepada Allah bagi pihak ku..

Betapa kerdilnya diriku. Betapa jahatnya diriku.

Ya Nabi Muhammad, hanya selawat ke atas mu yang mampu ku ucapkan.
Ya Rasulullah, sungguh aku menyintaimu. Sejujur hatiku. Sepenuh hatiku. Mungkin cintaku tidak sedalam dan seluas dirimu, namun, akan ku cuba perbaiki diriku. Untuk menjadikan cinta ini lebih bermakna.


ikhlas,
umatmu~

35 comments:

Cik Yatt said...

srius suke lgu maher zain nie

HeNRieTTa JoSe said...

Salam Maulidur Rasul....

Lady Windsor said...

akak pernah cuba membayangkan mengenai betapa keistimewaan Nabi Junjungan kita ini, tapi tidak sampai akal utk menemui jawapan dan Subhanallah..itulah keistimewaan dan kesempurnaanya, tidak terjangkau akal dan faham kita..

Selamat Menyambut Maulidurrasul dear..

HeNRieTTa JoSe said...

Wah, bestnye kampung....huhuhu...datang utara erk? Singgah penang x?

CikAnyss' :O said...

lagu maher zain mmg best , n menginsafkan .. :)

AzwanRamli said...

Salam maulidur Rasul.Best cite Al-ikhlas tv3..

Saddila said...

teringin sgt nak jumpa nabi muhammad. tapi sedar diri ini tak layak walau dlm mimpi :(

slm maulidurrasul, kak. jom selawat sama2 :)

Liselle MonCherie said...

Ukhwah yang terbina akan kekal bersamanya,Al Amin

As-Siddiq
Amanah
Fathonah
Tabligh

Ya Rasulullah SAW :)

Akue Achik said...

tiap kali dgr lagu yg bkaitan dgn Raulullah rasa mcm untungny saya kalo dpt hdup pd zmn Baginda...

Aqiim said...

Salam Maulidurrasul :)

hassy chan said...

salam maulidur rasul hehe..
lagu maher zain y tuh sedap..

Rokiah Wandah said...

slam maulidur rasul :)

Telor Power said...

aku berharap suatu hari nanti aku dapat merasa kembali bagaimana aku menitiskan airmata aku secara tiba2 di khalayak org ramai ketika ustaz menceritakan keperibadian rasulullah saw dizaman sekolah ku dahulu.

CekbOlat-bOlat said...

best lagu nih ! salam maulidur =)

akak karang sendiri ye? syahdu je bace ^^

yad'z said...

salam maulidur rasul..

moga kita raikan kelahiran baginda dengan rasa keinsafan..

di saat terakhir hayat baginda, kita umatnya tetap diingati.. besar kemuliaan baginda.. :')

ZORA said...

selamat meyambut maulidur rasul....

eva said...

suka sgt lagu tu the chosen one.. salam maulidur rasul ;)

semutsengal said...

waaaa..salam maulidurrasul yaa.

shera haifa said...

salam maulidul rasul..
meh laa kita perbanyakkan selawat.. jangan hanya selawat hari nie tapi hari2..

ghost writer said...

Prelude (Choir):
Allahuma shali ala Muhammad
Ya Rabbi shali alaihi wasalim
Allahuma shali ala Muhammad
Ya Rabbi baalighul wasila

Cannon and Contrapunct :
Allahuma shali wassallim ala
Sayidina wa Maulana Muhammad
Adadama bi'iImillahi shalatan
Da'imatan bidawami mulkilahi

::WafaIrdina:: said...

salam maulidur rasul dear
*suke tw sume lagu2 maher zain...xpuah lgsg dengar :D

L said...

semoga kerinduan kita ni kekal berpanjangan..

jom baca sebentar jep..
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

Lia Irdelia said...

tersentuh tatkala membacanya... :_:

LyNdA Aziz said...

menitis air mata tatkala membaca nie .

keeya mustafa said...

sama2 lah kita mendapatkan cinta Rasulullah saw:)

kim heeruul said...

salam maulidur rasul..

Si qusowt said...

salam maulidur rasul..semoge dapat terus mengamalkan sunnahnye sebagai tanda cinta insyaallah

xila riston said...

kita pon rindu...syahdu~~

Selendang Merah said...

slam maulidur rasul

Semoga kerinduan kita kekal selamanya pada rasullulah...Amin

Ain Dzaya said...

salam maulud!

Ain Dzaya said...

salam maulud =)


Dihimpit lelaki lelaki. Dilema!

Lea Isnawi said...

suka bace ayat2 kamu

turut sedih :(

salam maulidur rasul gak

Lea Isnawi said...

suka bace ayat2 kamu

turut sedih :(

salam maulidur rasul gak

Anonymous said...

salam maulidur rasul..entry awk cukup indah,sy suka..


^.^

Maii said...

salam maulidur rasul kak m :D love u, love rasulullah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...