Miss Magnifique!!

Monday, 13 February 2012

"Guru Pengawas Bagaikan Malaikat Yang Dihantar Allah Untuk Aku"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

*upsr tahun 2003*
*guru-guru pengawas semuanya baik, jadi bila aku maksudkan guru pengawas di sini ianya adalah lebih dari seorang. guru pengawas: gp*

ramai yang terkejut bila melihat aku yang hadir ke sekolah sewaktu upsr. 
masa tu keadaan mata aku sangat teruk. penglihatan samar-samar. tapi, aku gagahkan diri juga kerana aku tak mahu ketinggalan menduduki upsr.
sejak mata aku kabur, dan aku masih berkeras untuk menduduki upsr, mama dah pun pergi ke ppd juga kementerian untuk memaklumkan keadaan aku.
dan mereka telah menyediakan kertas bersaiz A3 untuk aku.

*peperiksaan pun dimulakan. (sorry aku tak berapa ingat karangan dulu atau soalan yang kena hitamkan jawapan dulu. so aku cerita je)

gp: m, awak boleh baca tak tulisan di atas kertas ni?

aku: maaf cikgu. saya tak dapat nak baca. saya hanya nampak kertas soalan ini kosong. 

*aku memang susah hati sangat sebab sungguh aku tak nampak apa-apa pun di atas kertas tu. yang aku nampak adalah kertas warna putih tanpa apa-apa tulisan mahupun gambar. dan kertas yang untuk hitamkan jawapan pun memang aku tak nampak.

gp: mari kita ke belakang kelas. saya bacakan soalan-soalan ni untuk awak.

m: terima kasih cikgu.

*dan guru pengawas itu membacakan satu persatu solan bahasa melayu tu untuk aku. dan dengan sabar dia tunjukkan aku di mana tempat yang patut aku hitamkan.
sebab dia kata, diorang tak boleh nak tolong hitamkan. so diorang guide aku kat mana harus aku hitamkan. dan diorang akan betulkan jika apa yang aku hitamkan tu tersasar atau terlebih atau comot.

*tamat masa dan tamat menjawab soalan.

aku: terima kasih banyak-banyak cikgu.

gp: sama-sama. tak apa. 
*dan dia bertanya serba sedikit mengenai aku.

*bila soalan esei. oleh sebab yang ni diorang tak boleh nak tolong apa-apa. diorang bacakan soalan dan tinggalkan aku untuk buat sendiri.

*sebenarnya, masa aku tulis esei bahasa melayu tu, aku memang tak nampak langsung tulisan aku. aku tak nampak langsung garisan. aku hanya tawakal. dan masa esei tu, mata aku dah pedih, mungkin sebab terlalu banyak menggunakan mata. 
aku ingat lagi. macam mana, aku tutup mata dan biarkan jemari aku terus menulis di lembaran kertas. aku mengagak untuk menjarakkan satu perkataan kepada satu perkataan yang lain. untuk melangkaui baris, supaya perkataan-perkataan itu tidak bertindih.
sebab dengan menutup mata, aku lebih fokus untuk menulis dengan baik. 
sebab, bila aku buka mata, untuk menulis, aku rasa stress, sebab aku tak nampak apa-apa walau muka aku dengan kertas tu macam dah tak ada jarak.

*** 
*hari kedua dan seterusnya.

math, science...

sebenarnya, guru pengawas banyak tolong aku. seriously banyak.

masa math, korang tau kan untuk kertas pertama, soalan abc. 
jadi untuk aku kira manual, sangat lambat.
aku rasa setengah daripada kertas math pertama tu, guru pengawas yang tolong kira untuk aku. tapi, dia taklah bagi jawapan mudah. dia akan tetap suruh aku kira dalam otak.
sebab masa tu, bila, diorang baca soalan aku cuma boleh kira pakai otak. kalau aku kira kat kertas pun, aku tak nampak berapa jawapan dia. so aku kira pakai otak.

aku rasa banyak juga yang guru pengawas tolong aku dalam semua subjek. 
seriously, aku bersyukur, aku berterima kasih yang tak terhingga.

***
selepas selesai peperiksaan, aku duduk lepak dengan kawan-kawan sekolah aku.
*mereka merujuk kepada 2, 3 orang kawan yang tak berapa rapat dengan aku*

mereka: eh m, awak boleh ke jawab soalan-soalan exam tu semua?

*mereka sedia maklum keadaan aku. lebih-lebih lagi, sejak 3 bulan sebelum upsr aku memang tak jejak pun kaki kat sekolah.

aku: ALhamdulillah. tak adalah boleh jawab sangat. biasa-biasa je lah. Alhamdulillah guru pengawas pun banyak tolong..

*ok, masa ni mana aku tau yang kita sebenarnya tak boleh cakap dengan sesiapa yang guru pengawas tolong kita.  

mereka: eh? mana boleh guru pengawas tolong. tak adil lah bagi kitorang. kitorang yang belajar separuh mati. awak senang-senang dapat jawapan.

*seriusly masa ni aku agak sentap arh. 

af: biarlah, korang bukannya sakit. m kan sakit. jadi apa salahnya guru-guru pengawas tu tolong dia pun.

*terima kasih af, yang sentiasa back-up aku. aku tak kata apa-apa pun. aku cuma senyum. 

***
apa yang aku nak terangkan kat sini,
ya, memang tak adil untuk orang-orang yang belajar separuh mati untuk exam.
tapi kita masih ada persamaan.

mereka, belajar separuh mati.
aku, menanggung sakit, pedih, dan cuba untuk separuh mati menyesuaikan diri dengan keadaan aku.
bukan mudah untuk menyesuaikan diri, bila aku dilahirkan sebagai seseorang yang pernah melihat dan kemudiannya menjadi orang yang kabur penglihatannya.

mereka, punya cita-cita untuk berjaya.
aku, juga ada cita-cita untuk berjaya. 
walau aku tau aku menyusahkan ramai orang demi kepentingan aku sendiri.

ya, aku mengaku aku pentingkan diri. sebab cita-cita. sebab tak mahu ketinggalan. aku bukan sahaja memaksa diri aku sendiri untuk terus bangkit, tapi, aku menyusahkan orang-orang sekeliling aku. menyusahkan orang-orang yang tak mengenali aku.

besar hutang aku dengan af, besar hutang aku dengan guru-guru pengawas. besar hutang aku dengan guru-guru sekolah aku.
hutang yang sampai mati pun tak mampu aku bayar.
hanya Allah yang mampu untuk balas segala jasa baik diorang yang pernah menolong aku sepanjang aku sakit dan menyusahkan mereka.

bagi aku, 
masa exam,
guru-guru pengawas tu bagaikan malaikat yang Allah kirimkan untuk aku.
sebab mungkin, Allah kasihankan aku.
Allah tahu apa yang ada dalam hati aku.

aku tak belajar, walaupun aku masih boleh berfikiran logik. dan masih berfikir manggunakan akal yang Allah bagi.
tapi, tanpa Allah menggerakkan hati-hati guru pengawas itu untuk memudahkan soalannya untuk aku, untuk memberi hint dalam soalan yang diajukan.
dan, untuk mengajar aku semula bagaimana untuk menjawab soalan.

ya, mereka hanya memudahkan aku untuk menjawab soalan.
tapi, mereka tidak memberi jawapan direct untuk aku. mereka masih mahu aku berfikir. kerana mereka ingin mendidik.

aku sangat berterima kasih untuk itu. sangat-sangat berterima kasih.

bagi aku, Allah memahami hamba-hambaNya, dan Allah memberi kemudahan untuk aku sebab Dia tahu betapa aku bersusah payah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan diri, untuk tetap kuat, untuk tidak mengalah, walaupun masa tu, harapan untuk aku bagai tiada.

dan Allah bagaikan menghantar malaikat bersama aku ketika peperiksaan itu.

sebenarnya, aku sedar kawan blogger aku ramai guru, 
satu je aku minta tolong korang, andai kata satu hari nanti korang menjadi guru pengawas yang bertugas, dan korang kena menjaga 'budak special case', (itu adalah gelaran aku masa sekolah),
bantulah memudahkan perjalanan mereka. 
sungguh kami sangat-sangat menghargai jika guru-guru dapat memudahkan untuk kami menjawab peperiksaan, kami bukan meminta jawapan, cukuplah untuk memahamkan kami, apa kehendak soalan,

kalau orang lain kata mereka belajar bagai nak mati untuk peperiksaan,
habis aku?
kalau aku masa tu boleh melihat macam sekarang, aku juga akan belajar bagai nak mati.
tapi, sebab itu bukan takdir aku.
aku terima.

sungguh aku berterima kasih dengan semua guru-guru pengawas yang pernah menjaga aku masa upsr, pmr dan spm.
mereka bagaikan malaikat yang diutus Allah untuk aku.
thank u so much.
hanya Allah yang mampu balas segala jasa diorang.
dan terima kasih sebab tetap sudi memberi kata-kata semangat pada aku, walau aku menyusahkan diorang.

p/s: keputusan upsr aku, 2A, 2B 1C.

p/s 2: sampai sekarang aku masih tertanya, bagaimana guru yang memeriksa kertas esei bahasa melayu juga bahasa inggeris aku memberi markah pada aku? sebab esei bm aku dapat A, and untuk bi aku dapat B.
terima kasih sebab sudi membaca karangan saya, walaupun saya yakin tulisan saya masa tu lebih teruk dari cakar ayam. terima kasih sebab bagi markah yang baik untuk saya, masa upsr pmr n spm...

p/s3: aku sayang semua guru-guru. sebab diorang berhati mulia.=')

ikhlas,
aku~

42 comments:

Liselle MonCherie said...

Sesungguhnya Allah itu maha adil lagi penyayang :D. Miss M ni special mendapat bantuan yg really special :D <3.Speciality is always a priority^^

Lady Emilya said...

eh okey laa tu kak dalam keadaan macam tu result tu amat memberansangkan :) baiknya gp tu :)

.fariizza. said...

guru memang orang orang yg baik kan.

.........cP~ said...

Masa baca entry macam ni la rasa nak nangis je. You are awesome, dear.

Nong Andy said...

Ingatkan salah masuk blog tadi.. heeeeee!

* M for Maria? hehehe...

Mr.Clive said...

heee~ byk pngalaman kene mrh guru pngawas dulu...keh3

Istighfarin.com said...

mbaaaaaak :D
Ah gemes denger ceritanya.... biasalah masa kecil. Kalau sekarang mbak malah tampak sebagai perempuan yang pandai. kalau saja dulu aku yang jadi gurunya, pasti ku tolong juga, aku suruh mbak pulang saja, aku yang selesaikan soalnya :D
Tak tega liat anak kecil kebingungan :D

xila riston said...

tgok header mcm dh suweettt dh, tp font dlm entry mcm kureng la....


jujur x? jgn mareee

fadh leyanie said...

Tuhan balas usaha kamu,.sayang guru-guru jugak :P

Juliet_iRa~" said...

insyaAllah dear..

akk mmg ajar anak-anak istimewa a.k.a murid2 berkeperluan khas-OKU..:)

O CIKTEDDY said...

oh,cik trsentuh -_-
mncabar betul hdup sbg seorng yg cik pnggl kak M..

CekbOlat-bOlat said...

ya Allah.. baiknye cikgu (^_^)

kak M.. beruntung.. tersentuh baca.. wuuu.. ayaq mata cekk ngehh lagiii

Anonymous said...

sayang..knp background hitam? mata akk pun tak elok..#maaf kalo tegur..background dulu cantik.. allah sentiasa tolong kita....tak kira apa keadaan..( kak nasha) ^^

mai said...

:').kak, tapi cikgu sekarang menakutkan. guru kelas adik saya suka menyumpah anak muridnya 'b***h'. mungkin budak tu bermasalah, tapi patut ke dia menyumpah.huhu

ZORA said...

betul2...tidak salah guru pengawas membantu kita yg sedng dihadapi masalah...

chemay said...

Allah selalu ada untuk tolong hamba-Nya yang memerlukan.
:)

mimi mimo mimo said...

owwwww..ttba touching kt sini..tp sgt suka smngat dan words yang awk bgi~ thniah sbb brjaya tbah~ :))
nway upsr kte sma la!
*amboi nk promote gk*

so skrang mta dh ok ke?

Pembunuh Tanpa Bayang said...

kamu mengalami masalah rabun yang teruk? maaf bertanya kerana dulu aku pernah menjaga peperiksaan untuk pelajar yang punya masalah begini,di universiti dulu.

masa tu aku rasa sangat bersyukur kerana mata aku masih sempurna untuk melihat.sedangkan mereka payah.tak dapat bayangkan bagaimana mahu melalui hari hari dengan keadaan begitu.

syukurlah atas nikmat yang di beri Tuhan...

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpe2..bukan sgja camtu..

mereke xphm..abaikan ..

Choki said...

All teachers are awesome!! XD You're special in many ways Kak M..Special treatment for a special person ;-)

CaDLyNN said...

ye..guru pengawas mmg baik..akak penah ttdo dlm exam..die tlg kejut ty dah siap ke...keh3..tak senonoh :p

HeNRieTTa JoSe said...

ALLAH itu MAHA MENGETAHUI, MAHA ADIL....

Prettywrite said...

meremang bulu roma akak baca..semoga cikgu2 tu semua diberkati kehidupan mereka..2a 2b 1c..terror tu M..sepatutnya kawan tu tak cakap macam tu kan..kena jaga juga hati kawan..bab sihat sakit ni kita tak tahu bila masa Allah nak tarik n bagi sekelip mata jer..

syafiqakarim said...

new look woi.haha


untung hang,mmg tuhan nak tolong.
kesian kt hg dulu.nasib GP baik dan
benar2 nak tolong kan.

Izan Ishak said...

besar sungguh jasa guru pengawas yg jaga cik M masa tu ye. Allah dah tentukan yg terbaik buat cik M ketika tu kan.

Ayie Abas said...

abg ayie x hairan teenager dpt A dlm esei....abg tgok teenager mmg pandai mengarang.

Mya said...

guru ibarat pelita =)

Aishah Jahirah said...

guru pengawas cuma menjadi org tgh....xslh diaorg bantu setakat yg boleh, bukan bagi jawapan direct pun.itu kelebihan M disebalik kekurangan,semangat M kental.akak dapat rasa kamu ni genius.

akuamir said...

pengalaman nie,, penagalamna,, waahaaa.. :D

yad'z said...

alaaa.. kamu buat saye nangis tahu? saye sayang cekgu jugakkk.. sobs sobbs.

A retarded kitty said...

selalunya orang macam hang ni ramai orang sayang

ngee

khairul said...

sporting cikgu pengawas tu

Aqiim said...

besarkan pengorbanan guru? :D
awak sentiasa lah doakan supaya mereka sentiasa berada dlam keadaan sihat sejahtera.. :)



ok tulisan blog awak kenapa besar sangat?
haha :P

Diyana Norman said...

awak... cayalah... huhu...
Allah sentiasa ade untuk tlg hamba dia yg memerlukan... sbb tu lah ade gp..

semutsengal said...

tak semua manusia jahat kan =)

Mizz ErMa said...

semangat inilah yg kita perlukan..tak macam sesetengah orang, mudah berputus asa..=)

lisa said...

rasa terharu pula bila baca entri ni. hmm tingginya tahap kesabaran guru pengawas tu tp its their own duty kan. tak sangka juga masalah mata awk smpai begitu sekali, tp ada hikmahnya :') yg lisa pernah lalui,kwn lisa dtg jwb exam UPKK(sek agama) dgn tiub di hidung dan di tangan. semua ustazah tolong dia :') mmg mulia pkrjaan guru <333333

Anyyss Shuhaimi said...

tersentuh sangat.. :(
mulia sungguh hati guru tersebut. harap2 ramai yang berhati mulia seperti beliau.

shera haifa said...

itulah antara orang yang ada sifat kemanusian dalam diri. Bila dia tahu orang itu susah dan dia tolong, alhamdullilah ada kesedaran dalam dirinya.

tahniah adik kerana dapat result sebegitu walaupun adik cuti 3bulan sblum upsr tu..

deno said...

bila M cerita kenangan upsr M, sis teringat masa sis ambil upsr... ramai cikgu yg membantu sis seperti cikgu2 yg membantu M..

masa nak buat exam tu, mmg takut sbb masa sis darjah6, dua bulan je pegi sekolah sbb sle aktif sgt masa tu.. masa tu jugak sis start buat dialisis.. stay kat hosp berbulan-bulan.. kena operate.. sis terpaksa decide utk buat dialisis sbb kalau tak buat mmg tak boleh ambil upsr.. kena stay kat hosp lebih lama.

memang time tu sedih sbb takut gagal.. tak blajar sgt.. ingat2 mcm tu je.. nasib baik my mum cikgu, bleh ajar mana yang sis tak belajar.. alhamdulillah.. allah itu maha besar.. DIA tolong sis dan sis dapat 5A dlm upsr tu.. ajaib kan?

p/s : tahniah untuk M for ur result in upsr!!!! org biasa pun tak dpt result sebaik M. sis gembira untuk M walaupun kenangan itu dah berlalu.. entry M membuatkan sis terkenang kembali kenangan sis mengambil upsr dengan keadaan sakit.... sebenarnya sakit itu indah... :)

kay_are said...

sesungguhnya Allah itu maha adil.. tapi satu bende yang paling curious kat sini, what happen to your eyes actually? and what happen to it now? is it ok now? If good it is the good news for us =)

Nisa Greennnpanda said...

Miss M, u're such a strong girl~!!
result UPSR awk tue good, well done... coz u have tried so hard, even though Miss M xdpt nk nmpk sgt time tue.. sy rs kagum!! >_<

ignore je ape yg kwn2 Miss M tue ckp, they were still young at that time..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...