Miss Magnifique!!

Thursday, 16 February 2012

"Hanya Permulaan"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

*masa: awal tahun 2008
*mak adalah nenek.

aku: mak, adik nak ambil peperiksaan tahun ni. adik nak daftar untuk periksa.
*aku duduk kat tepi katil nenek aku.

nenek: tak payahlah. nanti adik sakit lagi. baru je lagi mata awak tu nampak balik. tak payahlah belajar. 

aku: tapi, mak... ni peperiksaan terakhir untuk sekolah..

nenek: adik pun dah setahun tak sekolah. tak payah ambil periksa. tak payah sambung belajar. kesihatan awak tu lagi penting.

*nenek aku terus pejam mata, buat-buat tidur.

***
aku: abang, abangah. saya nak ambil spm tahun ni.

abang: em, ambiklah.

abangah: suka hati awaklah. mak dah tau?

aku: mak tak bagi. tapi, ni kan last exam kat sekolah. saya nak ambil jugak. sayang lah kalau tinggal.

abangah: terpulanglah pada awak kalau itu tak membebankan awak.

aku: boleh tak korang tolong telefon cikgu saya? tolong cakapkan.

abang: ah, malaslah nak cakap dengan cikgu-cikgu ni.

abangah: saya kerja tak menentu. mana ada pejabat buka malam-malam macam ni kan.

abang: habis awak nak sekolah balik lah?

aku: a'ah nak sekolah balik.

abang: siapa pulak nak hantar awak pergi sekolah? ambil awak pergi sekolah? kitorang semua busy.

*aku diam je.

***
dengan lafaz bismillah. aku dial pejabat sekolah and bercakap dengan guru penolong kanan aku.

aku: cikgu, ni saya ni.

gpk: ha, lama tak dengar berita kamu. kamu ni macam mana ni? tahun ni patutnya kamu spm. kamu nak ambil ke tidak? ke kamu nak berhenti terus?

aku: cikgu, saya nak ambil exam spm ni. tapi, nenek saya tak bagi. cikgu, boleh tolong saya tak? cikgu, saya betul-betul nak ambil exam.

gpk: hm, nantilah cikgu tolong macam mana. kamu sepanjang tahun 2007 pun tak datang sekolah. mungkin kamu ni kena ambil calon persendirian. tak boleh ambil calon sekolah. bagi saya bercakap dengan penjaga kamu.

*rasa macam luruh jantung aku bila cikgu nak cakap dengan penjaga. aku nak bagi cakap dengan siapa?

aku: cikgu, nenek saya tak bagi saya ambil exam. abang-abang saya belajar and kerja. aunty and uncle saya kerja. saya tak ada sesiapa nak bagi cikgu cakap dengan. apa-apa mengenai sekolah, cikgu cakap dengan saya je eh?

*aunty dengan uncle aku memang tak nak masuk campur dalam soal sekolah ke periksa ke. 

*gpk aku terdiam lama.

gpk: macam nilah, m. nanti cikgu cuba usahakan. 

***
aku call sepupu aku.

aku: kak ej, macam mana ni? adik kena pergi sekolah. untuk daftar. Alhamdulillah gpk dapat tolong and dah bincang dengan gb untuk adik ambil exam sebagai calon sekolah. tapi, masalahnya mana ada kenderaan nak pergi sana. kak, tolonglah adik....

kak ej: macam ni, dik. kak ej bagi adik nombor kak man, adik call dia. minta tolong dia, tau. dia mesti boleh tolong adik punya. kak ej, nak sangat tolong tapi, kak ej kan kat uitm melaka, macam mana pulak nak bawak adik.

adik: nak ke kak man tolong, kak? adik bukannya rapat sangat dengan kak man. adik seganlah kak.

kak ej: tak ada apa nak segan. dia kan saudara kita jugak. nanti kak ej tolong cakapkan. lepas tu, adik call sendiri, ok? jangan risau. dia mesti boleh tolong adik punya.

*kak ej adalah orang yang paling memahami aku and paling banyak menolong aku lepas arwah mama meninggal. terlalu banyak kata-kata motivasi yang dia bagi kat aku...

***

dengan pertolongan guru penolong kanan juga guru-guru lain, aku berjaya mendaftar untuk spm.

gpk: kamu nak ambil berapa subjek? ambil 6 cukuplah eh? ambil subjek teras and wajib je. pilihan tu tak payah ambil.

aku: cikgu, saya nak ambil 9 subjek. 

gpk: tak payahlah, nanti beban kat mata kamu. susah kamu nak belajar nanti.

*aku degil jugak. aku tetap daftar 9 subjek. cuma geografi tu aku tukar dengan tasawwur islam, sebab peta geografi kan kecik-kecik, malas nak menjulingkan mata baca peta.

gpk: nanti kamu belajar kat rumah. ni ambil nombor telefon cikgu-cikgu ni. kalau tak faham kamu telefon tanya diorang. memandangkan kamu nak sekolah pun susah.

***
aku daftar semua senyap-senyap dengan pertolongan kak ej, kak man and guru-guru sekolah aku.
sikitpun aku tak berbunyi bagitau orang lain.
even uruskan surat doktor, kak man yang tolong.
pergi ppd untuk daftar sebagai calon rabun, guru-guru aku yang bawa aku pergi sana, siap ambil aku kat rumah, and cakap elok-elok dengan nenek aku.
nenek aku, last-last mengangguk jugak. bagi keizinan. tapi dengan syarat, aku tak payah ke sekolah.

ini baru hanya permulaan tahun 2008. 
tahun 2008 adalah antara tahun yang paling mengerikan untuk aku ingat balik.
tahun 2008 adalah antara tahun yang buat aku rebah and tersungkur, dan yea, aku memang pernah terfikir nak bunuh diri pada tahun 2008 ni.
too much bad memories. too much tears. too much psychology wars. 
but Alhamdulillah, i survived to this date.
thank you Allah.

ikhlas, 
aku~

47 comments:

Mr.Clive said...

speechless...serious speechless...salute giler giler semangat yang ditunjukkan.... ;)

CekbOlat-bOlat said...

kak M buat semua sendiri? wahh *kagum* :) kak M mmg superb.. tabikkkk

.fariizza. said...

bila macam macam jadi rasa nak pergi 'jauuuh' ja kan.
tapi Allah tahu apa yang terbaik :')

CaDLyNN said...

tahniah sbb berjaya harungi ujian tu..
kami yg sihat amek ringan je benda2 cmni..kdg2 ponteng skolah.. :(

M..kaklin harap sgt m dpt capai ape yg M impikan... :)

missSenget said...

setiap kali baca entry M,

rasa mudah je air mata ni nk mngalir..

kuat sungguh semngat kan..

CikAnyss' :O said...

nasib baik tabah smpai sekarang , leh bca entry cik m lagi , heheh ..anyway , benda dah lepas , harap 2012 adalah tahun yang menggembirakan buat cik m ! <3

.........cP~ said...

Alhamdulillah, kamu survive. I am living my second chance in life, heh.

O CIKTEDDY said...

thanks Allah for giving kak M such awesome strength ~

keeya mustafa said...

awak sgt kuat! :))

Ros said...

Salam ziarah....

yana-feehily said...

terharu dgn kesungguhan awak..org lain dapat peluang pegi sekolah tp ponteng sekolah plk..

semoga awak terus tabah. ^^

aku HaniAsyira said...

anyway.. sampai sekarang jadi kuat itulah yg kita nak.. sy belum tentu boleh jd kuat macam kamu..

Mr.Clive said...

hi hi
boleh jer tolong wat header tu.
like i said,free of charge...haha..
anyway,i need these things:

gambar ape yang awak nak kat header tu.ataupun nak saya pikirkan sendiri.

mesej apa yang awak nak letak kat header tu...

so tu jer lah.
emel it to me, ok?
clive88einstein@gmail.com

thanks!

teha said...

wow ! sis mmg tabah.. kalu kite , xtau dh nak buat mcm mn..

Nisa Greennnpanda said...

1st of all, sori ye Miss M for having not been visiting your blog lately... huhu~.. >_< been a bit busy.. sori ye..

2ndly, wah, blog Miss M dh ade new appearance.. and I like ur blog's tagline, hihi~.. nice..

3rdly, u're such a strong girl, sgt tabah & determined! sy sgt kagum ngan Miss coz sgt determine utk amik SPM ngan effort sndri..

Iffah Afeefah said...

kalo tak sbb smngt

takkan awk dpt cpai ke tahap ni

Allah takkan uji manusia melebihi kemampuan

ingt tak sume org mampu tanggung pe y kamu tanggung

bagus

suke bace

Iffah Afeefah said...

kalo tak sbb smngt

takkan awk dpt cpai ke tahap ni

Allah takkan uji manusia melebihi kemampuan

ingt tak sume org mampu tanggung pe y kamu tanggung

bagus

suke bace

HeNRieTTa JoSe said...

MEMANG CHANTEK MASA BERBUNGA, MASA LURUH, BLEH LURUH JANTUNG NAK MENYAPU...HEHEHE...

eita said...

semoga tabah menghadapi hari2 yang akan datang...
kalau saya lah memang down hidup..

Aqiim said...

ish awak nie cerita tak habis lah..
grrrr haha :P

Liselle MonCherie said...

Amazed by your strength and effort!!
Alhamdulillah you failed to suicide.
Allah knows best for you :')

CintaZulaikha said...

nak dptkan ilmu nih mmg payah..kena salu berusaha dan terus berusaha walaupon di atas kaki sdri..

Nong Andy said...

TH,

semangat n kesungguhan kamu buat akak kagum lah Adik :)

Akue Achik said...

awk kuat....Alhamdulillah..Dia beri kamu kkuatan..

seriously, sy xtaw nk komen apa..mcm xsngka ada crita yg mcm ni...

Princess Feyqa said...

wah =)

Ayie Abas said...

skrg mata teenager mcm mana?

ermmm...abg ayie tabik laa kesungguhan teenager utk berjaya dlm apa jua yg di inginkn walau dlm kepayahan.

Diyana Norman said...

kuat semangat awk kan... InsyaAllah naty awk jd org yg brjaya...

chemay said...

tahniah sebab mmpu survive,
m kuat sangat.
:)

Ina Nadia said...

ina speechless.ina yang pergi sekolah ni pun tak belajar bersungguh-sungguh.main-main je.M pulak berusaha untuk ambil SPM.M memang sangat kuat untuk hadapi semuanya. :)

Citarasa Rinduan said...

sentiasa suka dnegan sikap kamu.. kamu mmg tabah sayang..
bukan mudah nak uruskan sendiri..
kerana semnagat kamu, kamu berjaya..
tahniah

dik boleh syer.. 2008 apa y berlaku?

EL MARIACHI said...

the true strenght is strenght at heart...semoga Allah melindungimu adik sayang...

amy syahiera said...

terharu bace entries nie .
bangge dgn kesungguhan sys =]

Lady Windsor said...

TH, you are really special...

Ungu Violet said...

berat mata memandang...berat lg bahu yg memikul...

sangat kagum dengan semangatmu dear..:)

kay_are said...

lame tak jenguk sini.. bile bace2.. touching pun ade.. semangat betul nak blaja.. bagus r sume dapat diatasi.. part mata tu tak faham sangat tapi ape pun u r so tough!

Ca Cik Duyung said...

kuat betol smgt kamu..kagum2....

cik Kartun said...

allha mmberi dugaan utk org2 yg die syg..
CK p0n pernh hdpi dugaan bljr.. alhmdullah smua dpt di atasi dn mmbuat CK mkin matang :)

aiEz said...

Assalamualaikum teenager@M...terima kasih singgah blog aie ye...aie kagum dengan usaha yang M tunjukkan..tak mudah mengalah dan jauh sekali untuk menyerah...baru nak mengenali blog M,M kurang daya pengelihatan ke?maaf aie bertanya...aie memang sangat kagum dengan M..moga segala urusan dan kehidupan harian M dipermudahkan,insyaAllah...

lisa said...

respect cik m sbb ade semangat nak belajar yg tinggi. lisa yg mata elok ni pun kdg2 give-up dgn exam. Kuasa Allah :')

Dinas Aldi said...

Semoga dik M terus tabah menghadapi hidup ni. Jangan mengalah, dik :)

shera haifa said...

bnyk btl dugaan yg adik kene hadapi.. kagum rasanya dgn adik. awl2 lg dh memang usaha sndiri.. good job dik

Telor Power said...

bagus Th ada niat tuk ambil periksa SPM tu. semangat kental tu.

tapi niat nak bunuh diri tu sila jangan ada niat lagi sebegitu... cuba cari apa hukumnya ada niat nak bunuh diri.

naiemah_ramli said...

emm..rupanya dugaan awk lebih besar dr saya.. :(

semangat awk yg tinggi ^_^..tak pernah putus asa..saya kagum dgn awk :)


*salam perkenalan :)

A retarded kitty said...

kau memang kuat *tabik spring

Aishah Jahirah said...

M berjaya mengharungi 2008 dgn sebaiknya walau dugaan tersangat berat...:)

Juliet_iRa~" said...

awk mmg kuat n tabah...tu je y akk blh ckp..even nenek xbg..kamu ttp berusaha kan..

issskk lain kali jgn terfikir nak bunuh diri..Allah takkan terima amalan kamu, Nabi Muhammad tak mengaku kamu ni umatnya..jgn pernah terfikir camtu lagi k?

dill said...

Alhamdulillah :)

teruskan perjuangan

dill.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...