Miss Magnifique!!

Tuesday, 7 February 2012

"Hikmah Itu Sangat Amazing."

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*masa: tahun 2004
*tempat: bilik 

aku dan mama berborak di atas katil. ya, sejak mama mula banyak menghabiskan masa dengan aku, kami banyak berkongsi cerita suka dan duka.
bercerita mengenai masa lalu.

aku: mama, mama nak tau, haritu ustaz h dengan ustaz a tanya adik. pasal keluarga adik and *yada yada*

mama: kenapa dia tanya?

aku: sebab masa tu diorang tanya parents kerja apa. mula-mula adik jawab, mama saya business woman. adik tak cakap apa-apa pun pasal papa.

*tapi, oleh sebab persoalan-persoalan ustaz-ustaz aku dah melarat, jadi aku adalah juga cerita serba sedikit pasal keluarga aku. dan, mama rasa sebak dengar jawapan yang aku berikan.

mama: kesian anak mama ni. macam-macam dugaan adik kena hadapi. mama and papa bercerai. adik selalu rasa macam dibenci papa sendiri. mama sentiasa busy. sakit sejak kecik. sekarang ni, tak nampak pulak. kalaulah mama boleh ambil semua keperitan adik...adik sangat kuat, sayang.

*seriously, bila mama cakap macam tu, baru aku realized, yang mama sangat caring, and tahu and sangat menderita dengan segala kesusahan aku. 
sebab, mama selalu kerja siang malam, kadang-kadang aku tak tau mama ni kisah ke tidak dengan aku. (aku tak faham sebab aku masih belum matang dalam berfikir, aku tak tau, mama siang malam cari duit, nak bagi anak-anak dia kesenangan, siang malam kerah tulang empat kerat, nak biayai duit hospital aku. dulu, aku tak faham segala kesusahan mama.)

tapi,
bila mama faham dan tau apa yang anak dia alami, and comfort aku. bila simpati mama tu terhadap aku, entah kenapa aku rasa sebak and sedih sangat. 
sebab sungguh sebelum ni aku tak tau yang mama tau keperitan aku.

aku: mama, maafkan adik eh? sebab dulu, adik selalu salahkan mama. adik selalu cakap mama tak pernah peduli pasal adik. tak pernah kisah makan minum adik. tak pernah tanya adik sedih ke atau gembira ke. yang mama tau, cuma mama kena bagi kesenangan untuk adik. belikan adik baju mahal-mahal. belikan segala yang adik nak. bawak adik pergi hospital.

*ya, dulu, sebelum aku dikatakan 'mati' kat Mekah tu, mama memang kerja bagai nak gila untuk kami tiga beradik. siang malam kerja.
tapi, hikmahnya, lepas kejadian tu, mama lebih banyak menghabiskan masa dengan aku since tahun 2002 tu sampailah ke akhir hayat mama.

hikmah Allah tu, sungguh besar. Allah bagi aku peluang kedua untuk hidup. untuk aku dapat segala perhatian mama, untuk aku faham kenapa, mama kerja siang dan malam. untuk bagi aku dan mama kesempatan untuk meleraikan segala kekeliruan aku. untuk bagi aku sebuah kefahaman dalam kehidupan.

Allah benar-benar penyayang. Allah benar-benar sangat tahu dengan segala ketentuanNya.

sebab mama cakap dia baru sedar, memang bagi kesenangan dekat anak-anak itu adalah penting, tapi, masa juga perlu dihabis untuk anak-anak dia. dan untuk aku tau, yang mama memang sayang aku.
selepas pengalaman kat Mekah tu, mama sebenarnya sangat takut kehilangan aku.

dulu, walau mama tak ada, abang ada mak (nenek aku).
abangah ada aunty. (nenek saudara aku).

korang faham tak perasaan lonely aku?
faham tak, yang aku selalu habiskan masa sorang-sorang. jaga diri sendiri. nak makan sendiri. main sendiri. faham tak, bila aku tak tau nak bermanja dengan siapa?
faham tak, bila aku rasa takut, tapi, tak ada orang disisi aku? faham tak bila, aku sedih tapi, tak ada siapa peluk aku?
faham tak, bila aku rasa macam tak ada siapa pedulikan aku?
faham tak, bila orang tak percayakan aku, bila aku cakap benda-benda pelik?

faham tak, bila abang aku ada mainan baru mak belikan. faham tak bila abangah ada macam-macam komik aunty belikan.
faham tak bila nenek aku masakkan makanan istimewa untuk abang aku?
faham tak bila nenek saudara aku masakkan makanan kegemaran abangah aku?
faham tak...bila aku kena tunggu mama.
tunggu dan tunggu dan tunggu...

tunggu sampai aku rasa sinar cahaya tu dah takkan muncul lagi.
tunggu sampai aku rasa harapan hanya tinggal harapan.

ya, sebenarnya, masa kat Mekah tu,aku memang doa agar Allah tarik nyawa aku. sebab aku dah tak sanggup. 
aku tak setabah yang korang sangkakan.
sebab aku tak sanggup nak tanggung semua lagi.

memang masa tu aku budak-budak,
tapi, tekanan demi tekanan, aku rasa aku benar-benar tak mampu lagi nak teruskan.
aku tak mampu nak menangis sorang-sorang lagi. aku tak mampu nak menipu diri sendiri, yang aku tak kisah. yang segala harapan dan doa aku takkan jadi kenyataan. yang aku cuma minta, agar Allah kasihankan aku, sebab hanya Allah yang tau perasaan dan segala yang aku tanggung.

dan bila Allah bagi aku peluang kedua untuk hidup,
aku benar-benar bersyukur.
sebab Allah terlalu penyayang dan sangat penyayang.
sebab dengan peluang kedua, aku mula memiliki dan merasai kasih sayang dan perhatian dari mama sepenuhnya.
walaupun tak sampai lima tahun nikmat tu, tapi, aku tetap bersyukur.
berpeluang mengenali mama. berpeluang rapat dengan mama.
berpeluang meluangkan masa dengan mama. itu semua hikmah.
dan doa aku semenjak aku berusia 6 tahun termakbul.

penantian itu satu penyeksaan buat aku. walaupun aku kanak-kanak, tapi, Allah kurniakan aku kematangan.
dan bila penantian itu berakhir, Allah bagi aku rasa kemanisannya. 

dan aku ingat lagi mama cakap,

mama: betullah apa orang cakap, apa yang kita buat masa mengandung ni, memang effect kat anak. masa mama mengandungkan adik dulu, mama terlalu banyak menangis. banyak bersedih. masa tu, macam-macam dugaan jadi, pasal papa, pasal keluarga, pasal duit. mama selalu keseorangan.
agaknya, pasal tu lah, adik dari kecik, sampai sekarang, penyedih je orangnya. tak ceria. keseorangan.

*baru aku tau, yang mama tau semua yang aku alami.

naluri seorang ibu, sangat amazing kan?
dan pemahaman dari seorang ibu, adalah keajaiban untuk hati yang rapuh dan broken seorang anak ini.

mama,
adik sayang mama.
terima kasih, kerana menghadiahkan adik dengan hadiah yang tak ternilai.
banyak yang adik belajar dari mama.
adik minta maaf, sebab banyak sangat menyakitkan hati mama. 
terima kasih sebab bagi adik kasih sayang, kesenangan hidup...
terima kasih, sebab sebelum mama pergi, dan hampir lima tahun kita menghabiskan segala masa bersama, mama menjelaskan segala kekeliruan adik, kekusutan adik, dan bagi adik memahami keperitan, kedukaan dan kesusahan mama.
untuk mengetahui kisah-kisah duka dan suka mama, adalah hadiah yang tak ternilai. untuk memahamkan adik dengan segala salah faham adik.
mama,
terima kasih.
you were the best mother in the world for me!!!

untuk sis iffah afeefah , kak, saya tak setabah mana. kerana saya pernah minta Allah tarik nyawa saya. betapa tak bersyukurnya saya dengan kehidupan yang Allah beri 10 tahun yang lalu. 
kak, saya tak tabah, sebab saya sentiasa hidup dalam kesedihan.
sampai sekarang, saya masih berdoa, agar Allah tetap terus bagi saya kekuatan. sebab saya sangat lemah.
terima kasih yang teramat sangat untuk entry ini , saya terharu,
tapi, saya tak pernah rasa saya layak dikatakan wanita tabah....:')

p/s: pejam celik pejam celik, rupa-rupanya, dah hampir 21 tahun Allah bagi aku peluang untuk terus melalui liku-liku dunia ini...banyak perbezaan dulu dan sekarang.. tapi, aku bersyukur kerana aku berpeluang mengenali 'hidup' semenjak kecil lagi. thank you Allah.. :)

hikmah itu sangat amazing. :')

ikhlas,
adik~

42 comments:

Liselle MonCherie said...

Dlu sy slalu rase yg betapa teruknya
hidup sy...tp ade lagi yg lebih susah,T.T I always wanted to live in an another world

nuruashia said...

ikhlas tu yg paling susah org nk buat dik ::)

mira maisara said...

tak apelah teenager housemaid
(TH) , dengan penglaman yg awk lalui nie mmbuatkan awak matang untk brfikir..matang untutk mlksanakan ssuatu kptusan yg musthil untuk org lain wat.. sebab bnyk brgntung pd org lain..ye dak?

*1st time tulis komen sepanjang ini lah

Mr.Clive said...

dan kita semakin matang dan berpengalaman untuk menghadapi fasa hidup yang seterusnya... :)

EZAD AMIR said...

tiap kali sy baca entri kt blog kamu,
sy tringat kt sorg blogger pompuan..
sme cm kamu..
huhu..sabar ye..u are not alone..
kami blogger2 malaya sentiasa di sisi kamu..huhu

Lia Irdelia said...

Ya Tuhan..
Betapa tersentuhnya hati ini..

semoga rahmat tuhan sentiasa mengiringimu syg...

yad'z said...

every single word dalam entry buat saye touched tahu?

jalani hidup ini dengan ikhlas, sabar dan redha.. InsyaAllah.. =)

jeBateja said...

Den kan...sangat susah hati kalau hang mula bukak citer2 sedih ni....ishhh....den rasa kan....hang ni sure selalu sedih....tapi harap ia perasaan den jer lah....dan den harap hang selalu happy....err...makan maggi jom....ahakz

akuamir said...

sedih nye.. :'( bersyukur sangat ngan life saye skunk,,

follow sini keyh,.. :')

akuamir said...

maksudku,, dah follow pon

::WafaIrdina:: said...

perancangan allah memang terbaik
memang dia da plan semua ny tuk kita
setiap ujian yang ALlah bg kat kita mesti ada sebab dan munasabab ny
kan
so...
be strong dy...
jgn mengalah yaa sis...
:d

~SaL IjOu~ said...

sgt berat ujian itu..akak doakan satu hari nnt sinar itu akan menerangi hidup kamu~

.........cP~ said...

Kita selalu rasa, the grass is greaner on the other side. Saya selalu fikir macam tu dulu. Tapi, bila semakin dewasa, barulah mata saya terbuka. Lebih ramai orang susah rupanya.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

sebak baca kisah ni =(

cik Kartun said...

naluri seorg ibu memang kuat dik..
ape yg kita rase, die dpt rase kn jugak

gadis kepastian said...

hargai masa yang ada itu la yang terbagus untuk dilakukan..hidup bagaikan esok masih ada beramal bagaikan esok sudah tiada....=)

♥e'in♥ said...

adik rindu kat mama ea.. sabar ye..

Lady Windsor said...

Peluang kedua yang sangat bernilai kan...:)

keeya mustafa said...

setiap ujian ada hikmahnya,,akan rasa redha dan tenang bila kita bersangka baik dgn setiap ujian Allah,,jgn mengeluh sesekali..

Lea Isnawi said...

dulu mungkin kamu tak kuat
tp skrg saya rasa kamu dh kuat
teruskan bersabar dan membahgiakan ibu kamu

:)

Choki said...

As Salam..Mmm.I always had that feeling..Yg sume org ada org lain but I had nobody.But I still have my parents.So I shldnt hv been thinking like that.Even though she's gone, her spirit still lives on with you..Always remember that ya? :-)

miss daya said...

tu sebab orang selalu kata setiap yg terjadi ada hikmahnye kan :)

CaDLyNN said...

M..mcm biasala ye..kaklin cume leh ckp bersabarlah.. :)

littledolphin said...

kehidupan mematangkan kita. :)

syukurlah kamu dah faham sekarang,semuanya yang terjadi pasti ada hikmah kan?

ingatlah kenangan kamu dan mama bersama,she will always live with you through all the memories.

hassy chan said...

dlu pena gak rs nk cepat je mati..
alhmdulillah kamu msih hidup..
Allah sygkn kamu.. hehe

eva said...

hmmmm... Allah takkan sia2kan hidup kita.. setiap perjalanan hidup ada hikmah.. ;)

hara said...

faham.. dik, semua org diberi ujian yg brbeza-beza.. n pengalamn mnjadikan seorg yg tabah and in the future insyaAllah kta msti bleh hndle ssatu prblem dgn lbih baik. bykkan brdoa smoga Allah ringankan beban, and dont think too much oke :))

Miss Purple Ungu said...

siannya adik
harap adik terus tabah menempuh dugaan dlm hidup ni :)

Nur Aischa said...

aisyah pun slalu rasa mcm tu, tak tahu nak gambarkan mc mana.. T.T sedihla baca post akak kali ni.. hmm

Diyana Norman said...

eh same lah.. mak bapak sy pon bercerai.. sjak kecik lagi...umo 2 taun kot. so sy fhm..=)hikmah kan

teha said...

alahai... terharu nyee bace.. tp sis mmg tabah laa.. btw , kite pon tahu kan Allah sentiasa menguji hamba yg disayangiNya :)

Juliet_iRa~" said...

btol..hikmah tu sgt hebat..

ajaib..tiba2 blh jd mcm ni dengan izinNYA..:)

Allah masih sygkan kamu dear..nak kamu berbakti pd mama sbln mama meninggalkan kamu..

even akk xpnh rs mcm apa kamu rs tp akk blh rasa sedikit psaan lonely, kesedihan tu..

be strong!sentiasa dekatkan diri pada Allah..insya-Allah Allah akan beri kekuatan kpd kamu dear

:)

xila riston said...

cinta itu indah *tetibe ><"

Princess Nusy said...

bersyukurlah dgn ape yg ada skrg..mum is the amazing people in the world..=)

Nong Andy said...

pernah baca kisah peluang kedua. dan wow.. menakjubkan sungguh kuasa yang Esa.

Senyum selalu TH, kamu tentu sangat cantik dengan senyuman. Dan mama tentu gembira melihat senyuman kamu dan dengan itu dia akan tersenyum indah di sana...

chemay said...

be strong k dear?
mesti mama awak pon nak awak jadi kuat.
if anything bad happen to you.
mengadu pada Allah.
IA Dia akan tolong.
:)

O CIKTEDDY said...

terasa keamazingan itu bila mmbaca coretan kak M =)

CekbOlat-bOlat said...

naluri si ibu T__T
hurm.. cane eh nk ckp? even fmly bolat happy sbb babah pelwak,tpi bolat tak rapat dgn babah,mama dan adik dlm soal perasaan.. byk bnde yg dipendam.. skrg dh ok skit sbb kes dua thun lpas since bolat form 4..
lpas kjadian tuh,babah dh xmrah2,maki2 mcm dlu.. kkdg dsbalik ribut dan petir ade pelangi mncul slpas tu =)

siyesly.. i love u kak *hug*

Azham Vosovic said...

Hurm...syukur sbb Allah bagi peluang utk Teenager Housemaid hidup dlam dunia lagi....menulis untuk kami semua....think about it, kalau awak dah takda...sapa nak tolong tuliskan peringatan ni kt kami semua kan?

lisa said...

pengalaman hidup awk sgt different..kuatkan semangat, semua kesusahan akn dpt diredahi,insyaAllah =)

deno said...

kita memang bertuah kerana sentiasa diberi peluang oleh NYa.. bukan peluang kedua, malah deno diberi peluang ketiga... allah itu maha besar... sesungguhNya Dia maha menyayangi hamba2Nya.

Eera Shera said...

slalu juga ada dlm keadaan mau dipeluk, mau disapukan air mata, mau ada tgn yg menghulur, mau menumpang bahu..penah juga rasa x disayangi, rasa terhina, terbuang..penah juga rasa sunyi sampai sanggup tuduh takdir ni tak adil..sampai ari ni akak still mencari kekuatan diri..hanya kita dan Allah yg tau apa yg kita lalui..solution? trust Him! remember Him! He luv u!

Big hug for u dear..u r a strong girl!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...