Miss Magnifique!!

Tuesday, 7 February 2012

Hypoglycemia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


korang tau apa itu hypoglycemia?
hypoglycemia tu adalah low blood sugar.

pasal tu, aku macam mana pun kena makan. makan dan makan. teehee~
tadi, aku keluar tergesa-gesa lepas tu tak sempat nak makan. 
then dalam kereta, aku dah rasa lain macam.

symptom yang aku selalu dapat,
rasa panas dan hangat
peluh dingin mula keluar walau dalam kereta beraircond.
rasa nak muntah.
rasa macam nak pitam.
otak jadi numb.
pernafasan tak berapa stabil.
sakit kepala.
suara mula segan nak keluar..(haha)

nak pergi rumah nenek saudara aku tadi. aku pulak memang tak breakfast. and then terus keluar, lunch pun tidak. even tadi seteguk air pun aku tak minum.
bila aku dah rasa peluh dingin dah keluar and tiba-tiba rasa panas, rasa nak muntah, aku tau kalau lambat sikit jap lagi aku mesti terpengsan.
mula-mula, aku tak naklah bagitau aunty aku, sebab macam dah dalam perjalanan takkan nak berhenti pulak. lagipun rumah nenek saudara aku tu, dalam setengah jam je perjalanan. 
dalam hati, tak apalah, nanti kat rumah nenek saudara aku, aku minta izin untuk makanlah. (cet, muka tak malu hehehe)

aku cari gula-gula atau coklat dalam beg aku atau atleast air 100+, tapi tak ada. aku baru teringat aku memang dah lama tak simpan stok dalam beg, sebab aku dah jarang kena sebab aku makan sekarang, boleh tahan banyak. (kehkehkeh) 
aku sempat lagi update twitter. (teehee~) sebab nak tahan muntah and control cun. (konon)

bila aku dah mula rasa otak aku dah numb,

aku: aunty kz, singgah kedai kejap. nak beli makanan. 
*suara aku pun segan nak keluar.

aunty kz: alamak, lupa, adik tak makan lagi tadi. kejap eh, aunty kz pun memang nak pergi 99. nah makan dulu biskut ni. 

lor, ada biskut ke dalam kereta ni? itulah aku ni, lain kali tanyala dalam kereta ada makanan ke tidak. haih.
aku capai biskut and try makan, ohmaigod. aku tak boleh nak telan. sebab rasa nak muntah tu membuatkan biskut tu tak tertelan. peluh lagi.
aku kemam je biskut tu.

aku control cun lagi bila aunty aku suruh aku turun dulu kat depan 99. sebenarnya, aku nak je suruh diorang tolong belikan, tapi, please lah cik m, jangan nak mengada-ngada sangat boleh? jangan nak menyusahkan orang lebih-lebih. kang diorang pulak panic. 
mesti kena tenang je.

masuk je 99, aku terus ambil air. mula-mula nak ambil air ribena, sekali aku teringat haritu aku tengok video ustaz azhar idrus kata haram. (masih boleh ingat perkara ni, kira taklah numb sangat otak aku eh? kehkehkeh) aku ambil ice lemon tea, sneakers and roti coklat.

aunty aku kat dalam masih membeli barang. aku rasa cashier 99 tu pun macam pelik, dah lah lambat dia scan, habis je aku bayar, aku terus minum dulu kat depan budak cashier tu.

tangan aku dah menggigil masa buka sneakers bar tu, aku dah agak panic, aku kena makan cepat.
sebab bila dah menggigil, itu memang tidak elok. 
buka je, aku terus gigit and makan.
whoaa..sedapnya.
dah lama tak makan sneakers. (buat iklan kejap)
teehee~

aunty aku dah beli barang. dia tunggu aku habiskan sneakers tu, sebab kalau nak suruh aku jalan sekarang aku memang tak boleh sebab aku kena pastikan gula dalam badan aku stabil balik.
habis je sneakers, aku dah boleh tersenyum minta penampar.
kehkehkeh.

okay, sudah kembali normal. cuma, aku letih sikitlah and rasa mengantuk. sebab selalunya lepas symptoms itu datang, even lepas aku makan, aku akan rasa letih and mengantuk.
kat rumah nenek saudara aku, aku sempat tidur jap.
dalam kereta pun sempat tidur kejap,
and yeah now i'm fine. teehee~ :ppp

***
cerita menyayat hati tahun 2008 (tipu je) :ppp

dulu kan, masa aku tengah buat trial spm dekat sekolah, masa ni bulan puasa, aku terpengsan.
aku tersedar, bila ada nurse lelaki bagi aku hidu ubat yang untuk sedarkan orang tu. aku tatau pun apa nama dia. 
ouh, cikgu aku panggil ambulance rupanya.
tapi, masa tu aku memang tengah lemah. nak cakap pun suara tak keluar.

lepas tu selamba je nurse lelaki tu cakap dengan cikgu aku,
"ha, dia dah sedar ni. tak ada apalah budak ni. diorang tengah exam ya? biasalah budak-budak, bila nak exam je, pengsan. mengada-ngada."

sentap aku weyh!!!!!!!!!!!!!!
tatau apa penyakit orang, senyap sudah. tapi, diorang bawak jugak aku pergi hosptial. oleh sebab cikgu aku kata budak ni special case.

sampai je kat emergency room, diorang pun cek lah aku. masukkan air dalam badan.

nurse lelaki yang sama.
"eh, dik. awak ni ada penyakit apa? gula dalam badan awak, 3 je. bahaya ni kalau lambat sikit. kena minum and makan dulu. kejap lagi doktor datang."

mula-mula aku tak nak, sebab konon puasa. tapi er, sebab dah terpengsan, puasa dah batalkan? hehehe.

dalam hati aku, nak je cakap. 
"tulah, tadi awak cakap saya mengada-ngada, terpengsan sebab exam. lain kali cek dulu, baru buat conclusion. ish!"
tapi, oleh sebab aku masih lemah, aku minum jelah air milo yang cikgu aku belikan..
teehee~

and the rest is history.

ya, aku tau. tak menyayat hati pun. kehkehkeh.

moral of the story, 
lain kali kaji selidik dulu, sebelum cakap orang lain mengada-ngada nak pengsan. 
weyh, ingat aku suka ke kena angkut dengan ambulance, masuk wad emergency tu?
adeih~
dah lah hospital tu, hospital kat mana arwah mama meninggal. lagi aku rasa sedih nak nangis tau.
lagi aku teringat arwah mama pernah masuk wad emergency tu dulu. katil mama bersetentang dengan katil yang aku tengah baring tu.
sedih tau.
sekian.

p/s: korang semua, jangan abaikan makan ea walaupun nak diet.
aku memang tak dapat nak diet, aku kena makan. kehkehkeh. tapi, aku kena pastikan yang aku excercise. jogging or skipping. tapi sekarang semua malas nak buat. teehee~

p/s 2: untungnya ada penyakit ni, sebab aku boleh makan benda manis sesuka hati. kehkehkeh. :p

yang benar,
aku~

22 comments:

semutsengal said...

err,

aku pun pening ni, ada gula gula tak ?

Liselle MonCherie said...

Oh,my mom kdg2 pun mcm ni low blood sugar,ade saje Daim hehehe :D
Orang suke ckp mcm2 kt kite walaupun
dye x taw perkara sebenar pergh panas hati XD

ijA said...

lain kali jangan x makan..ahahaa..

keeya mustafa said...

baik lah DR.m..teehee~ like dis word..

kita pun xnk diet,, :)
semua mknn sedap2 tak kan nk thn..

lbh baik puasa kalau gitu..

mira maisara said...

mira de maslah hypo nie.. rase tetibe cam nak pengsan jek bila diserang. doc cakap kena banyakkan makan sayourr.. :D

lisa said...

lisa x pernah diet, hehe ;D Cik M kena makan banyak2, nanti sakit kesian badan :)

Aqiim said...

saya taktau nak rasa kesian atau nak rasa kelakar.. hahaha :P


apa2 pun, selamat makan tanpa berdiet~
bestnyeee boleh makan coklat bnyak2!
hehe :P

Lady Windsor said...

TH..please make sure dalam handbag sentiasa ada sweet atau cookies ya..i hv it too...makan kena kontrol sebab akak ada diabetes tapi gula mesti cukup, kalau tak gigil dan sweat...so sebelum pengsan..kena standby..pls tc!

gadis kepastian said...

btol 2..kekadang dorg x rasa mcm na kita rasa..jadi sesenang jew mulut dorg nak judge mengada la apa la...

nuruashia said...

uishhh xmkn kalo nk diet tu adlaah cara yg slah taw :)

Anonymous said...

hehe..kesihatan tu penting dik..jangan abiakan yek..hehehe..tp adik better drpd kena hyperglasemia..lg dasyat...(nasihat dr kak nurse nasha sanza)

Cik Sibuk said...

ohh..siannye..camne kalau bulan puasa?

berapa lama leh tahan kalo tak makan?

CekbOlat-bOlat said...

cehhh.. akak ni degil !hahhaa.. untunglah boleh mkn mnis2..

kire akak tak boleh main lupa2,n tangguh2.. bhya..
hmm..mnyayat hti bile ktil stentang tuh T___T

syafiqakarim said...

selalu breakfast org ramai skip.
breakfast benda wajib kot.sgt wajib.
makan pagi wpun sikit :)
sedia kan gula2 dlm poket/beg.klo
rasa nak pitam,cepat2 makan gula2 kalau emergency.klo sempat jln2,beli
je air plg manissss.hahaha

ok.tp hypo still ok.dr hyper..byk nak jaga.sobsobs.apa apa pun,jaga diri lah!!!!grrr.haha

El-Janna said...

bhya la.. ada keturunan ea. bila gula dah tinggi kena seimbangkan plak bg jagn hyperglycemia^^

nurse lelaki? ermm mungkin encik MA (medical asistance)^^

ghost writer said...

aku tau pasal penyakit nih masa aku baca buku Hlovate,Rooftop Rant.

Diyana Norman said...

haha sesuke hati je ckp org mengada

Miss Purple Ungu said...

adik jgn skip mkn taw
mkn kena ikut jadual...

Juliet_iRa~" said...

ohh br akk tau ada ada pyakit ni juga..

jaga makan tu..jgn skip lagi, jgn diet..bahaya utk kesihatan..:)

take care dear!

psss : pndai bodek!heee

Nong Andy said...

Amboi.. siap ckp untung ada penyakit sebab boleh makan makanan manis byk2 yer!

Jangan degil- sila sediakan stok coklat byk2 dlm beg ke mana saja berada! take care dear :)

* Akak suka makanan sweet :)

chemay said...

makan makanan manis.
tak gemuk ke dear?
chemay terpkse kurangkan makan tau.
sebab badan cepat naikk berat.
T___T

deno said...

ohhh sis pernah masuk hosp sebab ini... nasib baik cepat ke hsop hari tu... kalau tak sis pun tak tahu mcm mana dgn sis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...