Miss Magnifique!!

Friday, 3 February 2012

"Peluang Kedua"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


*Tahun 2002
-adik-

“Mama, ampunkan segala dosa adik. Ya, ma?” aku memohon keampunan sebelum kami melangkah masuk ke Masjidil Haram.

Mama memandangku pelik. “Adik, adik tak ada dosa dengan mama. Mama dah ampunkan segala dosa adik.”

Aku tersenyum. Kami sama-sama melangkah masuk ke Masjidil Haram.

“Mama, walau apa pun jadi dengan adik. Jangan bawa adik keluar dari sini, ya ma?” Aku sebak memandang Kaabah sejurus saja masuk.
Mama hanya diam.

Sejurus selesai mengerjakan solat Maghrib. Mama mula membaca al-Quran. Aku baring di pangku mama.
“Adik, adik sakit ke?” Mama memandang wajahku.

Aku geleng. “Tak, adik tak sakit. Cuma, kaki dan tangan adik sejuk sangat.” Aku separa berbisik.

Mama menggenggam tanganku. “Adik, sejuknya! Macam ais.” Mama cuba memanaskan tanganku dengan tangannya. “Adik, nak balik hotel?”

Aku geleng lagi. “Mama, adik nak tidur sekejap. Kejap lagi masuk waktu Isyak, mama kejutkan adik, eh?”

Azan Isyak berkumandang. Mama mengejutkan aku. “Adik bangun sayang. Dah masuk waktu Isyak.”

Aku menggagahkan diri untuk solat Isyak. Mungkin ini adalah solat terakhir aku.
Setiap pergerakan aku mula lemah.
Ya Allah, sesungguhnya, sujudku, matiku, hidupku hanya untukMu. Jika ini yang terakhir, ku mohon terimalah amalan ku ini. Air mata mula bergenang.

Dan, selepas sujud yang terakhir, aku tak bangun lagi.

***
-mama-

Selepas usai salam, mama terus menerpa ke arah anaknya yang masih sujud, dan tidak bangun. Segera dia membaringkan anaknya yang kini tidak sedarkan diri.
“Adik, adik anak mama. Bangun, sayang. Jangan buat mama takut macam ni.” Mama berbisik. Takut. Takut, setakut-takutnya.

Orang ramai mula mengerumuni anaknya itu. Ada yang mengazankan. Ada yang memeriksa nadi. Ada yang mula membaca yaasin. Ada yang memanggil ambulans.

“Mam, we should bring your daughter to the hospital. I already called the ambulance.” Salah seorang jemaah menyentuh bahu mama.

Mama menggeleng sambil memangku kepala anaknya. “No, she said don’t take her out of here. She’s okay. She will be alright.”

“Kak, degupan nadi anak akak ni dah lemah sangat, kak. Kena bawa ke hospital ni, kak.” Jemaah dari Malaysia memujuk.

Mama masih menggeleng. Dicapainya al-Quran. Mula mengaji.

“Mam! Your daughter….. She’s not breathing and her heartbeat stops!” Kata seorang jemaah separuh menjerit setelah, memeriksa sekali lagi nadi dan nafas anaknya itu.

Lagi kuat mama memeluk anaknya sambil berdoa.

“Anak, jangan macam ni. Kalau masa budak ni dah sampai, redhakan dia pergi di tempat suci. Di dalam sujud. Di hadapan Kaabah.” kata seorang Mak Cik yang satu jemaah dan kumpulan dengan Mama.
Keadaan agak huru-hara.

Mama menangis. Tidak putus-putus berdoa. Mama tidak percaya bahawa anaknya akan meninggalkannya dahulu. Tidak. Adik tak tinggalkan mama, kan? Adik takkan tinggalkan. Mama. Ya Allah, tolonglah, ya Allah. Aku tak sanggup kehilangan anak aku ni. aku sanggup lakukan apa sahaja untuk anak aku ini hidup semula.

Doa tulus seorang ibu sememangnya punyai kuasa yang menakjubkan.
Datang 3 orang wanita memakai purdah dan berpakaian serba putih. Memegang kepala, badan dan kaki anaknya. Mengangkat dan membacakan doa.

***
Aku tersedar. Di pangkuan 3 orang wanita.
Ya Allah, aku hidup lagi?
“Mama…”

***
Aku sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada diriku.

Masa tu, aku nampak jasadku sendiri di pelukan mama. Dikerumuni orang ramai.
Roh aku memandang Kaabah. Indahnya jika aku benar-benar meninggal di sini. Di hadapan Kaabah.

The stories went on.
And the rest is history.

***
*Tahun 2012.

Ya, aku bagaikan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Siapa sangka, selepas kejadian itu. Arwah mama yang pergi dahulu sebelum aku.
Rahsia Allah tak siapa yang tahu.
Aku hanya pasrah dan redha.


ikhlas,
adik~

47 comments:

zuk zuhaiza said...

is it a true story?

deno said...

T_T

sis sedih baca nie... u make me cry dear.. adik.. sis pernah rasa apa adik rasa, sgt bersyukur diberi peluang bernafas sehingga hari ini..

like me, jantung sis pernah berhenti berdegup 3 minit, tapi allah masih sayangkan sis dan memberi peluang sis bernafas... syukur... :)

Liselle MonCherie said...

It's a miracle from Allah!
Alhamdulillah,you're still alive.
Semoga Arwah mama Miss M ditempatkan
bersama orang2 yg beriman
Amin ya Rabbal Alamin

keeya mustafa said...

dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil :)

Izan Ishak said...

subhanallah! Allah masih sangat sayangkan cik M...dan sampai saat ni masih diberi kesempatan utk terus beribadah kepadanya...

al-Fatihah to mama cik M...

CaDLyNN said...

hargai peluang kedua tu ye.. :)

AzwanRamli said...

Peluang kedua...idealistik atau realiti.Ok,tiada kena mengena.

eeiyss said...

sabor ye~ alFatihah

semutsengal said...

setiap yang berlaku kan ada hikmah, kalau tak esok mungkin bila bila kita daptlah tau apa hikmahnya.


ERrrr

zulhilmi tempoyak said...

hmmmm... byk yg xternilai...

mohon lg peluang..

lisa said...

ajaibnya kuasa Allah :")

Akue Achik said...

SubhanaAllah.....betapa besarny kuasa Dia..


Seriously, i am speechless..

Cikgu Ma said...

akak...

::WafaIrdina:: said...

subhanaAllah...
hebatnya kuaasa Allah
speechless bacer entry ni
jgn disia2kan peluang yang diberikan oleh Allah
Allah tahu pe yg terbaek utk kita
tapi kite kena usahkan utk itu..
moga Allah permudah dan kasih .
sekian.

ZORA said...

moga dapat menggunakan peluang yg kedua sebaik mngkin,,

akoo pae said...

ehh..citer btol ke????

Dinas Aldi said...

Sungguh besar kuasaNya, subhanallah.

O CIKTEDDY said...

Subhanallah,kuasa Nya x dpt diduga..

Telor Power said...

TH : gunakan peluang kedua dgn sebaik2nya

miss daya said...

true story ke yang? your experience ke?

LyNdA Aziz said...

ya allah . sedih cerita nie .

Nong Andy said...

berdiri bulu roma baca kisah ni. Bukan sebab seram.. tetapi terlalu teruja.. malah mataku terasa berair. agaknya hormon adrelin keluar mendadak! melihat tubuh sendiri di peluk oleh org lain.. tentulah roh sudah keluar dari tubuh.. maha besar Allah. Allahuakbar!

yad'z said...

kuasa Allah, tak siapa menduga kan... peluang yang diberi, guna kan sebaiknya.. jangan di siakan... mama pergi dulu, untuk biar adik yang hidup berbakti , gantikan tempat dia.. insyaAllah.. =)

onie said...

yessss, semua itu rahsia Allah...

Azham Vosovic said...

huhuhu.......segalanya tertulis sudah lama...even before when we were born....takdir itulah yang membuat kita lemah atau kuat.... Be strong yeah!

EL MARIACHI said...

true...rahsia Allah..tak sangka kita sama diberi peluang ke 2...

DianaAzis said...

bila TH citer sal mama TH je,akak selalu sedih..tapi selaluy berdoa agar adik akak seorang ni akan selalu kuat :)

Mizz ErMa said...

Inilah dia yang dipanggil kekuasaan Allah s.w.t..=)

Juliet_iRa~" said...

adik...mcm miracle kan??alhamdulillah...bersyukur akak even akk xrasa tp akk still rs mcm tu..

manfaat kan peluang ni sebaiknya dear...:)

pss : rindu adik juga...heee

.........cP~ said...

The tears is about to come out. Dunno why. But, Allah juga beri saya peluang kedua dalam hidup, walaupun bukan melalui cara tu. Tapi, selepas peristiwa tersebut, saya rasa seperti mati dan hidup semula.

Aqiim said...

bersyukurlah awak masih diberi peluang untuk hidup dan beribadah kepada Allah.. :)

kim heeruul said...

ajal allah sahaja yang tahu.
kita perlu bersedia..jgn sia2 kan peluang yg ada.

El-Janna said...

syukur alhamdulillah~~

EZAD AMIR said...

Allah Maha Berkuasa..hargai peluang kedua ni..

chemay said...

doa ibu paling cepat Allah perkenankan.
moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
amin.
:)

ghost writer said...

hidup itu satu nikmat paling besar..

cik Kartun said...

allah tu kn maha berkuasa.. hidup mati hanya allah je yg tahu

Miss Butterfly said...

syukur alhamdulillah.. hargai peluang kedua ni.. jaga diri oke? :)

♥e'in♥ said...

T_T take care of urself ye adik.. alhmdulillah diberi kesempatan yg kedua..

Anonymous said...

alhamdulilah..tidak akk tak kenal la adik..^_^..sabar ye..allah lebih sayangkan mak adik..=) (kak nasha sanza)

khairul said...

maha suci Allah

Istighfarin.com said...

ah, suasana yg kau ceritakan sangatlah sempurna, aku sangat percaya ini sangat nyata,,, jujur, aku sangat terharu

Anyyss Shuhaimi said...

Subhanallah.
Ajal maut di tangan Tuhan kan?

Lady Emilya said...

subhanallah, kuasa Allah siapa tahu..

gadis kepastian said...

subhanaallah......airmata q xdapat menahan sebak lg....

CekbOlat-bOlat said...

subahanallah.. kuasa Tuhan T_T

im crying. uwuwuwuwuu.. siyes kak M.. i can feel it.. T___T

Eera Shera said...

MasyaAllah..kuasa Allah yg mematikan, dan menghidupkan semula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...