Miss Magnifique!!

Sunday, 26 February 2012

"Sudah Ada Tuan?"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*masa: tahun 2011
*tempat: Madinah

aku berjalan menyelusuri kedai demi kedai di Madinah ini. ada juga bersamaku kakak-kakak satu jemaah.
aku terpandang sebuah kedai kecil yang menjual barang-barang perhiasan wanita.
oh ya, aunty kz pesan untuk beli earring untuk mak (nenek).

owner kedai (ok) itu seorang lelaki. aku rasa umur dia dalam lingkungan awal 30-an. dia hanya duduk di bangku. 
semasa aku melihat dari luar, dia hanya duduk tersenyum sambil berkata,

ok: malaysia?
(dia panggil satu nama kakak ni.azizah. dengan tepat sekali, sampai kakak tu terkejut. mana pula pak arab ni tau nama kakak ni.)

*aku tersenyum sambil mengangguk. orang malaysia memang agak terkenal di tanah arab ni rupanya.

ok: mahathir? abdullah? najib? 1 malaysia!
*sambil tersenyum dia menutur nama-nama perdana menteri.

*mak aih, kenal ea dia ni dengan perdana-perdana menteri malaysia. woaa..
*aku hanya tersenyum lagi, aku mula melangkah masuk ke kedai itu.

ok: p ramlee?

*okey fine. ni aku terkejut gila. p ramlee pun dia kenal?

aku: kenal p ramlee eh?

ok: kenal. kenal. movie dia sangat bagusss! 

*dia buat thumb ups.
*ouh, tengok cerita p ramlee rupanya. bagus bagus.hoho

pk: sila pilih, sila pilih. beli, beli. murah, murah.

*aku pun memilih earring. banyak juga yang cantik-cantik. rambang pula mata aku. owner kedai tu pula hanya membiarkan aku memilih tidak langsung diganggunya aku.
selepas selesai aku memilih, baru aku sedar kakak-kakak satu jemaah dengan aku tak masuk pun kedai tu, mungkin diorang pergi kedai jubah di sebelah.

*aku pun menghulurkan earrings yang telah aku pilih kepada dia. masa tu dia tengah berdiri memang agak jauh pun dari aku.

sambil mengambil earrings itu dari aku, dia tiba-tiba tanya. (ni betul2 out of the blue okay!)

ok: sudah ada tuan?

*aku blurr. aku salah dengar ke? dia tanya tuan ke Tuhan? kalau Tuhan, mestilah ada, Allah tu kan Tuhan aku. biar benar pertanyaan dia ni, kita ni kat bumi madinah kot.

ok: sudah ada tuan?

aku: ek?

*aku mengerutkan dahi cuba untuk dengar and hadam balik perkataan tuan atau Tuhan. aku rasa dia ni tanya tuan kot. tuan? kebenda pulak tuan? sejak bila aku jadi orang gaji ni? (erk, bukan nama blog ni housemaid ke? sejak bila pulak dia jadi stalker blog aku neh. hehehehe)
aku menggeleng sikit.

ok: sudah ada tuan? husband.
*dia tersenyum.

*dan barulah aku tersenyum jugak. ouh, husband. kan senang cakap husband. aku faham sikit.

aku: ouh, belum. belum.
*aku mengggoyangkan tangan aku sambil tersenyum lagi.

*dia mengangguk sambil tersenyum.
ok: kamu bagus. nanti tuan pun bagus. 

*tiba-tiba dia cakap macam tu. aku blur balik. apakah?

ok: kamu bagus. hati kamu bagus. husband kamu sama bagus. insyaAllah.

*macam tau apa yang bermain kat hati aku dia cakap lagi sekali macam tu.errr..
*dia pegang hati dia kemudian dia tunjuk aku, lepas tu dia tersenyum sambil buat thumbs up.

*dia cakap lagi.
ok: nanti kamu kahwin, kamu dan husband. dua-dua bagus. kamu bagus. husband kamu pun bagus. masyaAllah.

*oo--kayy.. aku tak tau nak bagi reaksi apa. dah macam bersungguh pulak, pak arab ni cakap. hehe.

aku: insyaAllah. amin.
*aku amin kan je lah. sambil gelak-gelak sebab masa tu aku rasa macam kelakar je owner kedai ni. dahlah pandai cakap melayu walaupun pelat. tiba-tiba cakap aku bagus lepas tu dapat husband bagus.

ok: betul. betul. hati kamu bagus. husband kamu bagus. dua-dua hati sangat baik. percayalah. 
*dia bersungguh and serius. sikit pun tak gelak. tapi dalam masa yang sama cara dia cakap lembut je.

*tiba-tiba aku dah rasa lain macam. meremang bulu roma aku. keseriusan dia terserlah sangat walaupun dia cakap lembut je. 

ok: umur kamu berapa? 

*lidah aku macam kelu gila nak jawab. takut pun ya jugak.

ok: 18? 20? umur kamu 20 kan?

*okay, serius masa ni aku nak nangis, siapa pulak pak arab kat depan aku ni. macam mana lah pulak dia boleh teka umur aku dengan tepat and confident.

*dan tanda-tanda pelik mula datang balik. macam tiba-tiba tangan aku macam sejuk, jantung dah mula berdegup dengan laju. 

ok: umur kamu 20, kan?

*aku hanya mengangguk sikit. sebelum ni mana pernah orang teka umur aku dengan tepat. mood gelak tadi terus mati bila dia cakap serius.
*dia tersenyum.

ok: nanti suami kamu pun, sama-sama 20 macam kamu. hatinya bagus. good. kamu bagus, dia bagus. percayalah.

*tiba-tiba aku renung anak mata dia. jernih. coklat jernih. dan cara dia cakap, tak macam pak-pak arab yang gatal. cara dia cakap, ikhlas. and air muka dia sangat tenang dan sangat ikhlas. dan damai.

*kalau aku dah rasa lain macam, aku memang akan tenung anak mata orang tu. cuba menembusi mata hati orang itu. sikit pun dia tak larikan pandangan mata dia kat aku. seolah dia tau aku tengah cari kejujuran and kesungguhan kat situ, dia hanya senyum.

*tiba-tiba juga aku mengangguk. aku senyum. 

aku: amin. insyaAllah. terima kasih.

*dia senyum lagi dan angguk sikit. seolah memberi satu kepastian. dia hulurkan plastik, dan aku hulurkan duit.

*** 
itu adalah salah satu kejadian yang bagi aku agak pelik.
sebab even aku ada lalu kedai dia, sebab aku dengan kakak-kakak satu jemaah tu suka pergi kedai jubah yang agak murah yang letak kat sebelah kedai dia.

selalu juga terserempak, tapi, 'dia' dah tak ada. maksud aku, orang yang sama. tapi, 'dia' yang tiba2 cakap out of the blue tu tak ada. 

aku tak tau macam mana nak explain. 
owner kedai tu macam tak kenal aku pun ya jugak (ok fine, ramai je kot jemaah kan, takkan lah dia boleh perasan aku).
even cara duduk dia pun lain, and cara dia cakap lain. tak sama macam 1st time aku jumpa dia.

1st time aku jumpa, dia duduk kat atas bangku, relaks dan tenang, macam menunggu seseorang. even cara dia tegur, macam dia dah expected aku akan masuk kedai tu.

entah, aku tak reti nak explain.
tapi, lepas yang kali pertama tu, memang bila terserempak dengan dia, memang dah tak rasa jernih atau tenang yang damai tu. dah rasa biasa.

ada yang kata, 
mungkin yang kali pertama tu, adalah 'orang lain'.
lebih-lebih kat tanah madinah ni, macam-macam boleh jadi.

aku hanya tersenyum.
aku pun rasa macam tu.
apa-apa pun, aku bersyukur pada Allah.
sungguh Allah Maha Mengetahui...=)

ikhlas,
aku~

42 comments:

yong said...

insyaAllah...amin. :D

deno said...

beruntung M dapat pergi sana.. satu perkataan baru dapat belajar dari lelaki tu.."tuan".. yang mempunyai maksud lain :)

a.s.m.a said...

menariknya~

teringin sgt nak ke sana suatu hari nanti..

doakan huhu

hassy chan said...

alhamdulillah.. bestnye kalo dpt suami baik.. impian semua wanita hehe

aku HaniAsyira said...

alhamdulillah dapat jumpa sesuatu yang bagus dan menarik kat sana.. doakan sy supaya dpt g ramadhan ni yea.. =)

bdw,, tak sempat nak jelajah blog muntah hijau aku... heee~~

Haruno Hana 하나 said...

insya-Allah.. apa yg pak arab tu doakan akn betul2 terjadi.. harap2 dpt suami yg bagus sperti mana yg dia beritahu ^_^

.........cP~ said...

Amiin...

Tak kiralah siapa dia, semoga kamu mendapat suami yang bagus macam dia cakap..hee..

reenapple said...

waahhh.. at least kau dah tahu serba sedikit mengenai masa depan.. =)

aku kagum dengan kebolehan OK itu..

R Machomil said...

Bagus bagus kamu akan kawen dengan orang bagus. kamu akan jumpe teenager Workmaid. kamu jangan risau, bagus, bagus.

P/S: Cube cakap pelat arab ni. XD

acheeqa farhana said...

pengalaman yang sgt pelik tpi menarik..

smoga ap yang dia cakap tu mjadi knyataan..moga dapat suami yang baik stu hari nti ye :)

fierul said...

ermm rasanya orang lain tuh ..
dan dia cuba nak sampaikan sesuatu kat awak ..

dan percayalah akan ada sinar bahagia juga untuk awk nnti .. :)

Anyyss Shuhaimi said...

dah jumpa calon suami? heee

kay_are said...

Tanah Suci kan.. tak hairan pun kalau berlaku something yang dikatakan aneh.. mungkin ye kot.. mule2 tu orang lain.. nak sampaikan pesanan.. sape tau kan? waalahualam..

Liselle MonCherie said...

WAAAAH Bertuahnya!
Rezeki Miss M! heee :3
"Orang Lain" la tu.
When there's lemon,there's lime :D
Heeee :3
Jarang orang dpt experience mcm ni
Lucky Miss M :D


Yg 200,000 tu tersilap,Liselle tak perasan terlebih kosong XDD.
patutnya 20,000.huhu
InsyaAllah klu berjaya jadi writer
ade Deluxe Edition.Klu x berjaya,yg edited edition punye sy email kt Miss M.hehehe :D

nuruashia said...

mcm ade petanda baik jee..wawhhh..

Azham Vosovic said...

seronoknya...mcm macam kelebihan org dpt kt Tanah Suci Mekah dan Madinah kan?

Diyana Norman said...

awak dah pergi sana???? besnyeee... Ya Allah. untung awak. sy teringin sangat nak pergi.
mungkin dia 'orang lain' hanya Allah yg tahu dan mngkin apa yg dikata itu betol? Wallahualam,

cinta siswi said...

tertarik!! untung.. Alhamdulillah.. petanda ke?? :)

lisa said...

its a great experience miss M :') lisa baca banyak kali. hm nak percaya 100% pun x boleh jugak. tak percaya pun x boleh jugak. leave it to Allah :)

Akue Achik said...

smoga dpt jodoh yg hatiny baik..Amin.. :))

MulutPayau said...

pengalaman yg menarik...
Hanya Allah Yang Maha Mngetahui segalanya....

Aqiim said...

menarik :D
ouhh so maknanya dia cakap tu, suami awk nnti sebaya dgan awk lah ye?
hehehe

emy zulaiha said...

menariknye...mcm tande je pon ade kan. takpe lah amin, semoge ape yg owner tue ckp betulkan :) tp kalau emy cmtue, mcm agak cuak je :)

Mr.Clive said...

mcm ni la contoh yg baik untuk posting. :)

selamat hari isnin awak!

Mr.Clive said...

by the way,this week akan settlekan buku yang awak menang tu.so sabar eh.akan dipostkan dalam masa terdekat.

chemay said...

isnyaAllah betul apa yang dia cakap tuh.
semoga dapat suami yang baik jugak.
:)

ehem2.
suami sebaya nampaknya..

cik m tua setahun dari chemay rupanya.
engatkan lagi muda dari chemay,
hehe
:P

ZORA said...

keajaiban....

LyNdA Aziz said...

alhamdulillah . kebesaran allah .

cik Kartun said...

seronok bace mngenai tanah suci mekah..
mmbuat kn CK brtambah2 la teruja

CaDLyNN said...

Untung M dpt ke tanah suci..

Mr.Clive said...

moga bahagia berada dalam diari awak in the future nanti! :)

KizZ said...

InsyaALLAH..Kiz pun turut sama-sama doakan...

CikFi said...

Untung nyer awak...dah dapat sampai ke tanah suci...Alhamdulillah..

Aishah Jahirah said...

pengalaman kat sana macam2 n pelik2...bertuahnya M dah sampai ke sana....insyaallah betul apa yg dia cakap kat M tukan....memang menarik pengalaman M dapat kat sana....:)

Miss Purple said...

wah..bertuahnya dapat pergi sana...=D

menariknya cerita pasal pak arab tu, mungkin ini petunjuk dari Allah s.w.t kan...

HeNRieTTa JoSe said...

Amin....hehehe....sweet plak dia tnya adik macam tu....

O CIKTEDDY said...

wah..pnglaman mnarik!
insyaAllah la..hehe

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.
::WafaIrdina:: said...

inshaAllah dikurniakan pemilik cinta yg terbaek
doa yg berkat dr tanah suci madinah
mgkin ad hikmah di sebaliknya
tp semua 2 rahsia Allah kan
nak2 soal jodoh
:D

Cikgu Ma said...

sekali kena tilik daaa...=)

Miss Konspirasi said...

smoga menjadi kenyataan hehe..

CekbOlat-bOlat said...

Aaamiin.. (^^,)

someone akn take care akak nnt..syg akak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...