Miss Magnifique!!

Friday, 23 March 2012

Barakah Friday - Kenangan Dipeluk Di Tanah Suci

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*masa: 2002
*tempat: Madinah & Mekah

pertama kali menjejakkan kaki ke Madinah dan Mekah, sukar untuk aku jelaskan perasaan aku. aku hanya boleh merasakan ianya namun untuk terjemahkan melalui kata-kata ianya amat sukar sekali...

hari pertama,
seusai aku, mama, nenek dan nenek saudara beribadah, kami pun ingin melangkah pulang. aku terpandang seorang perempuan arab, dan aku senyum padanya, dia juga tersenyum padaku, dan tiba-tiba dia memeluk aku.

aku terkejut. mama dan nenek juga nenek saudara juga terkejut. 
namun mungkin dalam pemikiran kami, perempuan arab tu hanya menjadi peramah. dia ada cakap sesuatu, tapi kitorang tak faham pun...huhu..

hari kedua dan terakhir di Madinah,
kalau pada mulanya aku akan merasakan perempuan arab yang aku jumpa pada hari pertama itu peramah. kini, adakah sememangnya semua perempuan arab peramah?
kerana, selepas sahaja usai solat ataupun aku baru masuk ke masjid di hampir setiap waktu, pantang saja aku terpandang perempuan arab baik tua mahupun baya-baya mama aku, akan memeluk aku.
dan tersenyum, dan cium pipi, dan berkata-kata dalam bahasa arab dan juga seolah-olah mendoakan aku.
dan ada juga yang memeluk mama.

hari-hari di Makkah,
aku ingat ianya hanya akan berakhir di Madinah, dan aku menyangkakan perempuan-perempuan arab di dalam masjid Nabawi itu sangat peramah.
namun ianya berlanjutan di Mekah..

aku mengikut mama dari belakang, nenek dan nenek saudara aku hanya solat di dalam bilik,
aku terpandang seorang perempuan arab yang sudah agak tua, dia tersenyum padaku, dan kerana rasa hormat aku juga memberi senyuman padanya, dan dengan tidak semenanya dia menarik aku dan memeluk aku dan mula bercakap bahasa Arab. 
mama mula hilang dari penglihatan, aku panik, kemudian aku ternampak mama yang mencari aku, dan mama punya muka memang dah risau dan cuak.mama hanya tersenyum pada perempuan arab itu,  sebab tiba-tiba mama rasa perkara tu dah macam perkara biasa, sebab dari Madinah sampai ke Mekah, orang peluk aku..

dan ianya berlanjutan kepada waktu-waktu seterusnya, sampai mama genggam erat tangan aku ataupun memeluk bahu untuk juga bersilang tangan dengan supaya aku tak hilang kena tarik atau kena peluk..tapi, walaupun macam tu, ada juga yang menarik mama sekali dan memeluk kitorang berdua..

-_-' sangat pelik... namun, mereka semua tersnyum dan muka mereka bercahaya..:)

aku pernah terjumpa dua orang perempuan arab mereka ni kembar, tiba-tiba dia menarik telekung aku, dan memeluk aku.
pernah juga terjumpa seorang nenek arab, dia mencium kedua-dua belah pipi aku..

okay, adakah kerana aku ni comel sangat sampai semua prempuan-perempuan arab itu memeluk dan mencium pipi aku? *wahaha*
*fine aku perasan*

nasib baik masa transit dekat jeddah tak ada kena peluk..hehehehe.

namun itu adalah antara kenangan yang aku tak boleh lupakan..sebab ada dua tiga kali aku hampir terpisah dengan mama kerana peristiwa ditarik dan dipeluk oleh perempuan-perempuan arab...

misterikah ini?
misteri yang aku sendiri tak terungkap...

ataupun solution aku untuk kena tarik and kena peluk and kena cium pipi ni mungkin sebab aku comel dan masa tu kan umur aku baru 11 tahun, so kecomelan kanak-kanak aku sangat terserlah..hahahaha.. :ppp

nasib baik tahun 2003 dan 2011 tak ada dah jadi kes macam tu..hehehe..mungkin sebab aku dah tak comel lagi? T_T
teehee~~

ikhlas,
aku~~

33 comments:

aiEz said...

tersenyum membacanya...rasa bahagia jika ada yg kasih pada kita...:)

are_lin@yu said...

mungkin maksudnya bla kta bertemu saudara seagama kot..;-)..macam sifat semut..setiap kali bertembung pasti betemu..;-)

aku HaniAsyira said...

meh sy peluk2 lah.. heee~~

Liselle MonCherie said...

Salam Barakah Jumaat :D
Hehe Miss M kanak2 masa tu,
Dyorg kagum Miss M kecik2 dah pergi buat umrah hehehehe
Miss M Comel smpai skrg,jgn risau :D

nabilah_2908 said...

tak cuba cari ke maksud perkataan arab yg mereka katakan..? ;)

Miss D said...

kalau dah ramai yg peluk, comfirm kamu comel sesangt! (^_^)

Badrina Ibtisam said...

Ya Allah.. Bestnya!! Mungkin tu mmg dah adat dorg kot. Baguslah. :D (Y)

Akue Achik said...

fuh....dah brp kali pgri Mekah ni?

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

sangat bahagia membaca entri ini... tersenyum akak dibuatnya... itulah indahnya ukhwah... mereka berbangga dengan usia yang muda diberi peluang mengunjungi baitullah... Subhanallah (^___^)

Lea Isnawi said...

wahhh untunglah dh dpt jejakkan kaki ke sana

My Life's Journey said...

Hahaha dear ni buat suspen je la ..rupanya umur time tu 11 tahun ..

tapi bila baca entri ni rasa seronok je perjalanan dear ke mekah n madinah ..seronoknya umi rasa ..


baiknya perempuan arab kat sana .. peluk orang tanpa mengira waktu .. kerana ikhlas ..bagusnya ..sukanya umi tengok budaya peramah mereka ni :)

c'axoera ヅ said...

masih dalam impian, moga satu hari nanti jadi kenyataan :)

cik Kartun said...

alolo.. meyh2 CK bagi peluk cium nGee~
:D

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

sayang betul tu..sampai peluk-peluk..umur plak br 11 thn...=)

hanaahmad said...

mungkin itu salah satu cara mereka bersalam (salam orang Arab memang peluk dan cium pipi kan kalau tak silap?).

beruntungnya kamu muda-muda sudah ke sana. :)

si robot comel said...

bestnya dapat pergi sana dah,wah

cinta siswi said...

untungnya da smpai mekah.. nk pegi jugak! heee..

#comel kot time tuh...hihi

aimaniman said...

salam kenal dan dofollow sini

syukur berpeluang ke sana masa muda, akak dah tua2 ni pun x mampu2 lagi.. mungkin ada hikmah dan kelebihan adik, menjadi pilihan orang arab kot...

ainurramuirnbeathadan said...

bhagia bile org yg x dikenali memandang kite seindah itu....bhagianyer~~^^

lisa said...

bertuahnya umur 11 tahun dah pergi mekah & madinah :') mungkin itu cara wanita2 arab di sana tegur orang atau sambut pengunjung baru. mungkin? :)

jeBateja said...

uikk...2 3 kali pi Mekah...dasatnya hang......cek bari gi sekali...org sponsor...

eLLa n aLia said...

Ya Allah.. pengalaman yang sangat menterujakan.. teringin juga :)

ghost writer said...

beruntung kau sudah menjejakkan kaki ke tanah suci.

Mr.Clive said...

patutlhhh thousemaid seorang yang tabah dan awesome...now we know... :)

~SaL IjOu~ said...

rasa nak peluk kamu juge~ ;)

khairul said...

bila la ab nk kesana ?

♪ cik katak ♪ said...

syukur :) untunglah :)

bila lah org berkesempatan eh..~
semoga ada rezki ke sana

Mizz ErMa said...

haa..sy pon rasa macam tu..myb sebab bdk2 kat sana tak secomel tuan belog kot? ehehe

Juliet_iRa~" said...

alhamdulillah..m dah sampai ke sn..

akk ni bila la agaknya..harapnya dapat ke sana nanti..amin..:)

MaryaYusof said...

Dear,

Sbnrnye aritu akak ade mimpi kamu tau...hehehe tak tahulah knp akak boleh mimpi kamu... xpernah jumpa, xpernah tgk muka... Tp dlm mimpi tu mmg kamu sgt comel! Pipi gebu chubby, nampak muka shj...hehehe ;)

kay_are said...

mungkin sebab mase tu umur 11, comel lagi tu ramai peluk tu.. betul r tu.. boleh time alasan tu..

Lia Irdelia said...

alhamdulillah..
telah menjejakkan kaki ke tanah haram..
Untunglah.. :)

syira rahim said...

ya Allah, teringin nak jejakkan kaki ke sana.

satu hari nanti insyaAllah :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...