Miss Magnifique!!

Thursday, 22 March 2012

Episod Demi Episod

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


episod pertama,
diganggu dengan saka yang nenek telah buang. 
kena rasuk, histeria dan pengsan...
saka itu mencari orang yang paling rapat dengan nenek, kebetulan tika itu, si kanak-kanak memang tidur dengan atuk dan neneknya sebab mama sibuk bekerja.

episod kedua,
berkenalan dan berkawan dengan puteri.
saka juga terus hilang semenjak peristiwa 'mati' di tanah suci.

episod ketiga,
nampak benda-benda pelik yang ngeri, yang menakutkan...
juga nampak-nampak perkara-perkara indah yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir..
tika ini juga, nenek kebayan selalu menghantui hidup tika ini..
malah nenek kanak-kanak itu pernah bermimpi nenek kebayan yang selalu mengganggu si kanak-kanak. 
masa ini juga, si kanak-kanak penakut yang amat, almaklumlah tika ini umur baru berusia sebelas tahun.

episod empat, 
dengan self-motivation diri sendiri, Alhamdulillah dapat atasi perasaan takut dengan nenek kebayan, malah dapat 'melawan' nenek kebayan itu. malah dapat 'menepis' juga 'melawan' benda-benda jahat yang lain.

episod lima, 
mula mempunyai instinct yang kuat. dapat merasa perasaan orang lain, sama ada mereka suka, gembira, sedih, marah, benci, dan sebagainya.

episod enam,
sering bercakap secara spontan dengan perkara-perkara yang tak pernah diketahui mahupun dipelajari..
dan masa ini juga, ramai yang ingin menguji diri. walaupun berulang kali si kanak-kanak katakan "saya tak tahu apa-apa"
namun beberapa orang-orang tua mengatakan, "awak istimewa." "awak dikurniakan ilmu la duni"
namun, kanak-kanak itu tetap tak pernah ada self confidence juga tidak pernah mempercayai dirinya istimewa.. dia menganggap semuanya hanyalah kebetulan.

episod tujuh,
dengan secara tidak sengaja kanak-kanak itu mengetahui cara untuk mengunci diri. agar tiada yang dapat menembusi pemikiran mahupun hati nya. ini adalah tujuan keselamatan..hanya orang yang benar-benar mampu, dapat menembusi.

episod lapan,
makin lama, kanak-kanak itu menjadi seorang gadis, dan makin lama, si gadis ini makin diuji dengan pelbagai perkara-perkara ghaib...
cuba melindungi keluarga dari ancaman-ancaman benda-benda ghaib.
entah berapa kali, dia sakit dalaman, kerana diserang, diserang dan diserang bertubi-tubi.. hanya Allah dan dirinya sendiri yang mengetahui... 

episod sembilan,
si gadis hanyalah manusia normal...
dia hanya ingin mencari redha Penciptanya..
walaupun beberapa kali tergelincir, dia masih lagi terus dan terus mengharapkan keampunan...
si gadis ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah..ahli sufi wanita yang cintanya amat mengagumkan..

episod sepuluh,
episod gadis ini belum berakhir..
dia masih lagi mencari arah... kerana tidak pernah mempercayai kelebihan diri.. kerana tidak pernah yakin akan kemampuan diri sendiri yang orang-orang lain dok mewar-warkan itu..
ada yang dia akui, namun ada juga yang dia masih belum dapat menerima...
jadi, dia berehat... namun dia lupa, masa tidak pernah menunggu..
kematian juga makin mendekat, cuma tarikhnya tidak pernah diketahui.. dia makin dewasa, namun dia makin dekat menuju kematian..
dia diselubungi dengan masa lalu...
dia ingin keluar dari masa lalu..
dia ingin menjadi normal...
namun, dia sedar, dia tidak sesuai dengan 'dunia normal' yang disangkakan ordinary itu.
kini, dia cuba meneruskan perjalanannya, kerana dia sedar, dia makin dewasa, dia makin meningkat umur, namun dia juga makin dekat dengan kematian yang tidak dia ketahui bila...

moga si gadis ini dapat menemui jalannya, moga si gadis ini akan terus mendekatkan diri dengan Sang Pencipta..
moga gadis ini dapat mengecapi cinta dan merasai nikmat cinta pada yang Hakiki...
moga gadis ini tidak lagi terleka dengan dunia..
moga gadis ini tidak lagi penuh dengan keraguan..
moga gadis ini sudah cukup rehatnya...
moga gadis ini melupakan 'dunia'..
moga gadis ini temui jalannya...


ini hanyalah kisah dongeng seorang gadis...


ikhlas,
aku

21 comments:

kura said...

episod9 - si gadis adalah manusia biasa. whoa!

Haruno Hana 하나 said...

cam kisah hidup Sis M aje.. kuatkan semangat utk dia! :3

Eera Shera said...

sy tau si gadis akn menemui jalan yg dicarinya selama ni..sbb si gadis seorg yg istimewa dan sgt kuat

aku HaniAsyira said...

gadis ni penuh misteri..

misteri nusantara.. =)

Lea Isnawi said...

macam buku cerita yg selalu dibace zaman sekolah

menarik!

Akue Achik said...

suda bole bt drama ni...mst mltup kalo show kt tv3..hehe

Liselle MonCherie said...

Moga Si Gadis Ini Selamat di Dunia dan di Akhirat.
Moga Si Gadis ini kecapi impiannya :)

reenapple said...

semoga dia tabah mengahdapi liku-like kehidupan.. =)

aiEz said...

aie juga pernah miliki rasa macam tu,tapi datang cuma sesekali..anugerah?hanya Dia yang mengetahui...

missSenget said...

takkan kisah dongeng semata..?



sihat M..? lama x jenguk sini..hihi..

ghost writer said...

hidup selalu dipenuhi dengan episod demi episod. sampai satu saat ianya cuma gambaran slaid yang tidak mampu untuk diingat.

Mr.Clive said...

mm...yg horror stories tu based on real life ke? >_< adoi

jeBateja said...

pehhh....takut tul dgn saka.....tak leh lupa mcm ne arwah nenek melawan saka......berjaya akhirnya....

Hana Soffelia said...

Ahaha ingtkan cite apa tadi. tekun membaca. ^_^

lisa said...

penuh saspen. would love to read more miss M :)

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

apa yg reena boleh kata girl ni tabah...reena suka org yg tabah dn sabar..tak mudah melatah walauapapun yg terjadi..=)

!eDa said...

dpt x reply dri sy??? tkt xdpt..hehehe

syafiqakarim said...

cerita benar dan serius? :(
episod satu je da seram
apa pun yg dtg ujian tuhan.dekatkan diri utk elak segala tidak di ingini.

My Life's Journey said...

Hrmmm cerita nie buatkan umi berfikir sejenak ..seperti ada kaitan dengan dear .. diselubungi oleh misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ..

~SaL IjOu~ said...

ingin jumpa dgn gadis ini~~

kay_are said...

mistik nye hidup si gadis tu dari die kecik sampai die besar.. em.. kalau aku kne camtu.. memang stress betul agaknye nak hadapi dugaan camtu.. em

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...