Miss Magnifique!!

Friday, 30 March 2012

Mood Roller Coaster

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


rindu kat mama...T_T
kenapa jiwa tak stabil? kenapa perasaan sekarang macam roller coaster? sebab dah masuk alam dewasa ke? sebab umur dah 21 tahun ke? sebab perubahan hormon ke? 

ini entry dalam cerita yang mana satu... tetiba nak kongsi dekat sini. sebab entry yang ni... dekat di hati. menggambarkan hati...

Lagu Anything But Ordinary – Avril Lavigne berkumandang dengan kuat di gegendang telinga yang memakai headphone.
Aku ingat lagi, oleh sebab aku sangat meminati Avril Lavigne, arwah mama dulu pun ikut layan aje lagu Avril Lavigne.
My mom was cool. Sporting. Up-to-date. Berjiwa remaja.
Dia kata, live your life. Rasa apa itu kehidupan. Dia selalu cakap, dia menyebabkan aku matang sebelum usia, menjadi pendengar masalah dia walaupun masalah itu macam tak sesuai je untuk budak-budak macam aku tahu, menjadi pakar kaunseling kepada dia, menjadi seorang penasihat kepada dia,  menjadi seorang yang tak tahu apa itu zaman kanak-kanak dan mungkin menyebabkan keseronokan aku untuk hidup zaman remaja ni tiada langsung. Dan dia rasa bersalah, bila aku ada penyakit pelik ni.
Dulu, sebelum dia meninggal, aku selalu tak faham kenapa dia nak halang aku buat keputusan seperti contohnya pakai tudung labuh dan seriously dia pernah cakap aku extreme dalam beragama. Sampai aku, (yang konon banyak membaca ni) cakap kat dia, ada seorang ulama’ pernah mengatakan tiada apa yang extreme dalam agama selagi ianya mengikut ketetapan yang Allah dan Nabi Muhammad gariskan. (tapi bila nak diingatkan dia ikut je bila aku kata nak masuk sekolah agama, walaupun aku tak pandai baca jawi, dan bacaan al-Quran aku sangatlah tunggang-langgang, dia masukkan juga aku kat sekolah agama dan menghancurkan harapan dia yang nak tengok aku mengikut jejak abang-abang aku yang tamat pengajian sekolah menengah di sekolah cina)
Aku rasa, sebab mama rasa bersalah. Sebab mungkin dia tahu, walaupun aku tak pernah cakap dengan dia, yang sebenarnya aku tak dapat ‘masuk’ dengan sesiapapun melainkan dunia aku sendiri dan dia. Aku seperti seorang yang terpaksa dan akan berasa pelik bila bersama sepupu-sepupu dan saudara-mara aku. Aku juga rasa tak kena bila bersama dengan kawan-kawan aku. sebab pemikiran aku berbeza. Sebab apa yang aku inginkan tak sama dengan orang lain mahukan di baya-baya aku atau hampir-hampir sebaya aku.
Walaupun mama terus-menerus menjadikan aku seorang yang matang dan berfikir, dalam pada masa yang sama message yang dia ingin sampaikan pada aku, dia akan bersama dan turut menjadi kawan aku jika aku ingin mendengar lagu-lagu seperti, Avril Lavigne, Eminem, Linkin Park, Simple Plan...
Aku rasa mama aku cuba memahami aku dengan lagu-lagu yang aku dengar. Sebab dia tahu, walaupun aku adalah pendengar setia kepada masalah dia dan kadangkala aku ni pulak yang macam mama dia bila tentang bagi nasihat, aku jarang sekali spill out problem aku kat dia. Mahupun sesiapa. Aku simpan masalah sendiri. Dia ingin memahami aku, tapi aku tidak bercerita. Jadi dia cuba mengikut rentak aku.
Dia ingin aku hidup. Mungkin pada mata dia, dia melihat aku seolah-olah mati. Tersisih. Tiada tempat aku di dunia ni. Dia cuba buat yang terbaik untuk aku. Aku juga tahu, benda yang paling dia takuti, aku akan terus menderita. Dan dia pernah cakap, “Adik adalah seorang yang paling susah mama nak faham. Mama tak pernah memahami adik.”
Aku tak kisah. Sebab masa tu aku ada dia. Aku tak perlu dia faham aku. Cukup dengan adanya dia. Aku berasa cukup, bila dia cuba sedaya upaya untuk memahami aku, walaupun dia jarang sekali dapat memahami aku. (aku rasa dia tak faham aku sebab dia seorang yang sangat lurus, dan aku pula seorang yang complicated, jadi memang susah nak communicate sebenarnya.)
Hidup tanpa dia… adalah perkara yang sangat menyakitkan.
Hidup tanpa dia… menjadikan hari-hari yang aku lalui menggerunkan.
Hidup tanpa dia… menjadikan langkah yang aku ambil jauh tersasar.
Hidup tanpa dia… adalah seperti hidup tanpa jiwa.
Hidup tanpa dia… aku… sebenarnya mati.
Ini memori aku dan dia. Kemana sahaja aku pergi, aku tak boleh tinggalkan dia. Tak pernah tinggalkan dia. Aku tak peduli kalau korang bosan dengan cerita aku. aku tak peduli kalau korang rasa dimana-mana sahaja pasti ada dia.
Sebab dia istimewa. Sebab dia tiada gantinya.
Sebab dia… mama aku.
Dan lagu pun bertukar. Slipped Away – Avril Lavigne.
I miss you, I miss you so bad
I don’t forget you, Oh it’s so sad
I hope you can hear me, I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it, Won’t be the same

I didn’t get around to kiss you, Goodbye on the hand
I wish that I could see you again
I know that I can’t
I hope you can hear me, Coz I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it, Won’t be the same

I’ve had my wake up, Won’t you wake up
I keep asking why, I can’t take it
It wasn’t fake, It happened you passed by
Now you’re gone, now you’re gone
There you go,  there you go
Somewhere I can’t bring you back
Now you’re gone.  now you’re gone
There you go,  there you go
Somewhere you’re not coming back

I miss you


ikhlas,
adik~

24 comments:

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

mak!!tak boleh baca..sedih gila...hati terus sebak..

Aishah Jahirah said...

baca entry ni...mood missing someone...sama2 kita sedekahkan al-Fatihah utk mereka yg telah pergi....

ZORA said...

tak dapat nak hbiskan..pnjang sgt..heheheh...

xila riston said...

sedihnya....sedekahkan alfataihah utk mak awak ye...

yong said...

Be strong. Itu je yg dapat aku isi kat ruangan komen ni.

lisa said...

memang berhak awak rindu dan tak boleh lupakan mama awak.because she's your mom :) lisa pun complicated,kdg2 diri sendiri pun tak faham apa yg lisa nk,kdg2 mama lisa x pernah faham apa minat lisa and all.tp abah faham lisa and Im grateful for that.:) my advices, jadi diri cik m sendiri. walaupun org lain suruh berubah ke apa, jadi diri sendiri. dan lisa tgk M masih dgn pendirian M. that's very very very good sebab M ada pendirian yg tetap. look at where you now, a strong teenager :)

Woofer Storm said...

sbb dia mama kita,penyebab dia dgn kita tidak kemana..kemana pun berada,pasti hati berbisik katakan rindu..

rindu mama juga~

kay_are said...

memang agak sedih bile bace tapi its ok.. hmm.. takde nye nak bosan bace kisah realiti ni.. kalau ade yang rase bosan, maybe mereka tak pernah rase erti kesusahan so bile bace pasal kesusahan orang lain, memang ape feel pun takde.. camtu kot

yad'z said...

tak salah rindu, tu tanda kita ingat.. kita sayang.. =)

mom always want da best for her child.. ^^

Mr.Clive said...

i cannot possibly find enough words of comfort for you,my dear,....but my prayers are directed for you that you'll be fine and well...

Lea Isnawi said...

part yg last rasa nak nnanges lak..sabar ye dik

al fatihah utk ibu kamu

Miss D said...

alahai...dok bayangkan kalau sy kehilangan ibu..? ahh...tak sanggup nak bayangkan...

al-fatihah tuk mama kamu....

H.S said...

anak menjadi pendengar masalah untuk anak.turut bersama mendengar lagu-lagu seperti linkin park and eminem.

your mum was so cool. ;)


it's never wrong to miss someone.It's normal but never let it affect your life in a negative way.instead ,let it affect you in a positive way,my dear friend.

no one can ever replace a mum,right?

do feel free to talk about her anytime.if it's make you feel better,feel free to do so.we will always be here :)

O CIKTEDDY said...

sebak buat kesekian kalinya..

kadng2 cik pon rase mcm u..mcm xde sape faham cik,ape yg cik nak n cik rase nak lari dr semuanya..ye,borak dgn seorng ibu sngt mnyenangkan,bahagia sngt tp dlm mase yg same ibu x faham ape yg kita mahu..entah knp memahami itu susah wlaupun syg itu menebal =,=

Miss Butterfly said...

bagi yang still ada ibu , hargailah mereka kan ?



alfatihah buat mama . be strong sayang :")

deno said...

sedih pulak rasa bc entry nie... sabar ya dik..

Miss Purple Ungu said...

sedihnya baca entry adik
la tahzan :)

Liselle MonCherie said...

She must be happy seeing you can stand on your own,although she's not around.Allah loves her :)

She's alive in your heart and she's always with you all the time.

Your story makes me appreciate my mom....I admit I'm a rebellious and a problem child huhu...

chemay said...

tetiba rasa homesick bila baca entry ni/
nak balik jumpa mak
:'(

ShahzCudin said...

bila baca entri dlm ni selalu buatkan aku terpikir sendiri tentang kehidupan aku...

eita said...

terasa kehilangan kan....
baca en3 ni akak teringat kat arwah mak jugak...
tanpa diorang berdua...
rasa hidup ni sunyi sangat..

teha said...

selalu rase cam nak nangis jee bile bace entry sis :'(

Nong Andy said...

Suka dengar lagu avril :)

*Kamu spesel.. Hati kamu penuh dgn kasih sayang sebenarnya. Kamu tentu baik-baik saja. Akak dengar suara hati kamu dari lagu2 yg kamu pilih.. dari huruf2 yg kamu gabungkan untuk mengambarkan warna hati kamu.. akak seolah-olah boleh memahami hati kamu bila membacanya :)

Juliet_iRa~" said...

jgn sedih ea..

doakan arwah mama baik2 di sana..

come hug me..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...