Miss Magnifique!!

Sunday, 11 March 2012

Tolong Jangan Salah Faham

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


post saya yang ini , saya rasa sis cp dah salah faham mengenai intention saya tulis.

erm nak cerita semua dalam satu post agak panjang.
kalau akak ingat pasal post saya yang pasal never give up tu, maybe akak faham lagi..

kadang2 kan, susah sangat nak cakap kenapa dan bagaimana.
sebab pemikiran kita berbeza.,
jangan risau, setakat ni putus asa tak pernah ada dalam kamus hidup saya.
saya tak putus asa cuma saya lebih suka menggunakan cara lain.

yang mengenai hospital tu, fine, saya memang dah tak nak pergi hospital, sebab i really have bad memories kat hospital.
if korang ada penyakit yang memerlukan specialist, you will know macam mana rasa pesakit yang kena berjumpa dengan pelbagai doktor.
kena berhadap dengan pelbagai ujikaji.
cuma setakat ni, bagi saya doktor telah pun menerangkan dengan sejelasnya pada saya.

dan saya juga telah terangkan sejelasnya pada orang.
doktor kata there's a hope dengan menukar mata.

tapi, saya kata, saya nak menggunakan mata saya, jika mata saya buta sekalipun, biar ia kekal dengan saya.

kalau saya berputus asa, saya takkan cuba untuk usahakan pakai air zam-zam kat mata.
its just, i already knew the answer yang doctor akan bagi..
kalau akak perasan, doktor lah yang dah berputus asa dengan saya.
sebab dia kata satu-satunya cara untuk saya melihat semula, adalah dengan menukar mata.

kak, tukar mata itu bukan ubat. namun menggantikan.

saya nak berubat. bukan nak menggantikan.
hospital and doctors, bagi saya diorang hanya ambil jalan mudah, ouh, ini rosak, tukar ajelah dengan yang baru.

malangnya saya bukan sainstis apatah lagi Tuhan, yang boleh mencipta sesuatu untuk berubat dan memperbaiki keadaan mata saya.
tapi, saya juga mempercayai Allah. sangat-sangat yakin.
kerana itu saya cuba menggunakan air zam-zam.
kenapa?
sebab itu adalah air suci.
air yang terbit di tengah-tengah kekeringan padang pasir.
ianya mencuci hati Nabi Muhammad.

mungkin saja ianya boleh mencuci mata saya. mungkin penglihatan saya tidaklah normal seperti orang lain. tapi atleast, saya boleh melihat. saya boleh membaca dan meneruskan kehidupan tanpa memerlukan bantuan orang lain.

saya berpuas hati dengan keadaan mata saya walaupun ianya tidaklah terang.

tapi, seperti barang lain yang pernah rosak teruk, mata juga begitu, saya mengaku saya overused mata saya. saya banyak berada di depan laptop, juga banyak membaca.
jadi, sudah tentulah ianya akan 'sakit' semula.
dan bila dia 'sakit' semula, saya memerlukan rehat.
namun, biasalah orang tua, diorang panik. diorang risau. jadi, diorang tetap menyuruh saya berjumpa dengan doktor. saya juga perlu memuaskan hati orang tua. perlu mengikut dan saya hanya ingin mereka tenang dan rasa selamat.


di blog ni, saya hanya bercerita dan menceritakan.
kerana saya juga ada perasaan.
saya juga ingin meluahkan perasaan.
sebab di dunia realiti, saya tak ada tempat nak bercerita. saya bukan ingin mengadu. saya hanya ingin bercerita.

saya tak takut dengan kemungkinan untuk buta,
sebab saya dah bersedia untuk itu, since 8 years old.

entahlah bukan senang semuanya nak bercerita di dalam alam maya. 
mungkin sesetengah post saya mengikut emosi. termasuklah post bawah ini..hoho

mungkin ada yang cakap saya putus asa, tapi bagi saya. saya tak pernah putus asa.
sungguh saya sedikit terkilan bila orang cakap saya putus asa.
untuk membina semangat bukan mudah, untuk terus kuat juga bukan mudah.

saya tak faham kenapa orang nak cakap saya berputus asa, sedangkan saya berusaha dengan cara yang lain?

mungkin orang ingat saya marah pada doktor sebab saya menyalahkan doktor buat saya macam ni.
masalahnya itu bukan sebabnya. dah takdirnya begitu. dah takdirnya saya akan mempelajari hidup dengan cara sebegini. saya akan cuba untuk adapt.
tapi sebenarnya saya marah bila mama saya bersedih sebab saya.

saya tak kisah untuk tanggung semua ni seorang diri, asalkan tak effect mama saya.
tapi, semuanya memang effect mama saya.
bila doktor buat macam tu cakap macam tu, tau tak tiap malam mama nangis?
nenek saya risau dan nangis?
atuk juga pernah nangis sebab keadaan saya? 
abang-abang saya juga mula risau dan stress.

korang tau tak apa perasaan saya?
korang suka ke buat orang2 tua korang susah hati?
tak kan?

kenapa saya tak nak tukar mata?

saya tak tau pemikiran korang macam mana.
tapi ini pemikiran dan apa yang saya rasa selama ini.

mungkin korang akan rasa saya bodoh dan tak appreciate life dengan cara yang mudah.
saya faham perasaan orang2 yang suruh saya tukar mata tapi saya taknak.
sebab dulu, masa mama disuruh untuk memotong kakinya pun mama tak nak, dan saya agak kecewa.

tapi, saya hanya menghargai dan menyayangi.
macam mana saya nak tukar mata, sedangkan Allah amanahkan mata ini untuk saya?

ini adalah mata yang Allah bagi dan telah tentukan perjalanan saya dengan mata ini.

mungkin korang rasa saya gila, tapi saya sayang mata saya.
walaupun dia sakit dan kabur, tapi, dia telah menjalankan a great job for me selama 21 tahun ini.

mata saya tetap terus kekal dan bertahan walaupun pedih dan sakit. 

mungkin korang kata saya tak waras.
saya cuma appreciate mata saya.

bagi saya menukar mata saya sama lah dengan macam, kalau korang ada anak, dan anak korang sakit, so, korang nak tukar dengan anak yang baru, anak yang sakit tu korang nak buang.
kejam tak?

korang faham tak?
saya appreciate mata saya, yang Allah dah amanahkan since lahir.
mata ini bersama-sama saya sejak dahulu lagi.

dia tetap berfungsi, walaupun dia sakit walaupun dia kabur walaupun dia letih.

mungkin korang kata saya punya pemikiran ni gila, 
kenapa perlu menyusahkan diri, sedangkan itu hanyalah mata?
kenapa nak complicated kan hidup yang sekarang ni senang saja untuk memudahkan?

saya mengaku, saya ni complicated orangnya.
saya mengaku, sukar untuk orang faham apa yang ada dalam pemikiran saya juga apa yang sebenarnya saya fikirkan.
ya, saya bodoh kerana mengcomplicatedkan life saya. menyusahkan diri saya.
tapi, saya sayang dan sangat appreciate mata saya. 

mata ini akan menjadi saksi saya di akhirat kelak.,
mungkin saya bukanlah tuan yang baik untuk mata saya, sebab saya selalu overused mata saya, dan biarkan ianya tetap berkerja sehingga penat.
tapi, saya nak bersama dia sehingga akhirat.

ini adalah apa yang saya fikir semasa pertama kali orang membuat usul untuk menukar mata saya pada tahun 2002.

dan saya masih lagi pegang pada prinsip ini sehingga sekarang.
katakanlah apa sahaja, namun untuk menukar mata, saya tak sampai hati.
hanya kerana dia sakit dan kabur, dan mungkin akan rosak, membuatkan saya ingin membuang dia dari hidup saya?
nope, i cant do it.

walaupun dia tiada perasaan, saya tetap tak sampai hati, sebab mata saya hidup.
dia menjalankan tugas dengan baik.
saya akan mempertahankan mata saya.

saya juga terharu, kerana suatu ketika dulu, abang afr pernah ingin menjadi penderma mata untuk saya, jika apa2 terjadi padanya kelak.
saya terharu bila kak ar juga ingin menjadi penderma mata saya, namun telah saya tegaskan. ini mata saya. saya tak nak berpisah.

andai kata saya tetap terpaksa berpisah dengan mata saya, itu bukanlah di atas kerelaan saya.

memang dalam islam, tidak pernah menyusahkan umatnya.
namun ini hanyalah saya.
saya yang ingin kekal bersama mata saya.
mungkin korang akan rasa saya kebudakan dengan cara ini.

tapi saya treat mata saya bagaikan ianya hidup, dan saya kalau boleh tak nak apa-apa anggota badan saya berpisah.
walaupun saya tidak lah menjaga tubuh badan saya dengan baik, namun ini adalah sebahagian dari saya.
telah Allah tentukan roh saya memakai jasad yang sebegini. dan saya tetap akan cuba menjaga amanah ini.

seriously, i mean it. every word.


p/s: err, dah macam tulis karangan pulak..

p/s2 : kak cp. hope kak cp faham..:) jangan risau n sedih, saya tak pernah putus asa cuma pemikiran saya ini complicated dan saya orangnya sangat complicated. huhu

ikhlas, 
me~

49 comments:

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

biasalh,dear.pemahaman org berbeza-beza.tp,tu juga bermaksud,they really abt u,:-)

O CIKTEDDY said...

xtau nk komen ape..just bace luahan kak M.hehe ‎(♥♥,)

Nong Andy said...

tak saya tak salah faham. Saya doakan yang terbaik utk kamu :)

take care dear. pilihan kamu. hak kamu. akak doakan kamu bertabah dgn apa jua pilihan yg kamu buat dan isyallah kamu akan melihat dgn lebih baik kelak. lihat dgn mata hati.. ia akan lebih cerah :)

Anyyss Shuhaimi said...

konklusinya, anda sayang hak milik anda. walaupun mata anda bukan milik kekal anda, namun anda sayang mata anda. saya faham.

Liselle MonCherie said...

Mungkin ada hikmahnya Miss M
tetap berpegang pada prinsip Miss M.
Everything is God's will,setiap perkara yang kita rasa relevan pasti ada byk kebaikan suatu hari nanti!
I believe in miracles! :)

millerJ said...

Hai dear ^_^
hopefully u'r in a good condition rite now... just want to let u know that i pray the best for you. every decision u make, it's your choice and you got to believe in yourself. He will always be with u, no mtter what. Stay strong and go on with this life. rmmber that your loved one will always be by your side, so don't worry with all that u've decided so far. kita hanya mampu merancang, Dia akan menentukan :)

have a good day onwards dear. smile and live this gift of life :)

penaberkala said...

setiap ujian pasti ada penyelesaian
dan setiap penyelesaian pastinya ada jalan
cuma setiap jalan akan ada banyak pilihan
terletak pada kita nak pilih yg mana satu
semoga dapat membuat pilihan yg tepat

get well soon
be strong

Haruno Hana 하나 said...

akak kena kuat! Hana kagum ngan determination akak! kdg2 Hana sendiri takut jd camtu, power untuk spek Hana makin tinggi.. hampir cecah seribu! kwn Hana pun sama.. cuma dia dh lebih dr seribu!

masalah akak ni xleh guna Lasik treatment ke? sbb Lasik x perlukan tukar mata, cuma mengubati.. just asking :)

Haruno Hana 하나 said...

akak kena kuat! Hana kagum ngan determination akak! kdg2 Hana sendiri takut jd camtu, power untuk spek Hana makin tinggi.. hampir cecah seribu! kwn Hana pun sama.. cuma dia dh lebih dr seribu!

masalah akak ni xleh guna Lasik treatment ke? sbb Lasik x perlukan tukar mata, cuma mengubati.. just asking :)

❤~Emma Abduh~❤ said...

huhuk..why dear???what happen to ur eyes???

aku HaniAsyira said...

I know u are so strong dear.. nyah kan apa org kata.. hohoho..

Aqiim said...

kalau mata awak ada perasaan,
mesti dia bangga ada tuan macam awak :D

Cikgu Ma said...

setuju..biarlah mata kekal pada tempatnya..

**nawaitu seharusnya tak dapat ditilik oleh pemilik hati yang lain

HeNRieTTa JoSe said...

adik take care yea...

Badrina Ibtisam said...

Saya dah baca kisah awak, and yr entry yg sbelum ni. Sabar eh. Saya tahu awk kuat :') May Allah bless you,dear. <3

lisa said...

Rasa terharu baca post ni :') M kekalkan lah apa yang M nak cause you have every right on it :) Pendapat lisa lah, lisa tak pernah nampak M putus asa. Kak cp nampak mcm ambil berat kat M, hehe. Kuat tau M :)

fierul said...

hoho yunk pjgnye entry ...

sabar lah .. apa yang berlaku pasti ada hikmahnya ..

yakin allah sentiasa ada dengan kita ..

sy doakan awk sihat sentiasa .. bykkan rehat .. membaca memang bagus utk diri tapi jdi tak bgus kalau sampai memudaratkan diri .. :)

take care ..

.fariizza. said...

terus kuat sis M :)

yad'z said...

people always judge without know the truth.. =)

proud of you, seriously, but whatever it is, take care and rehat bila perlu ya.. =)

Woofer Storm said...

semoga adik baik2 saja hendaknya..amin3

#mengadu kepada tuhan,meluah kepada rakan jika sudi..jgn stress,sy nak nasihat sy pun sndiri terumbang ambing..main dgn perasaan sndiri,sampai blog pun sy dah abaikan..apapun ingat jika kita jatuh sekali pun,tuhan tetap ada disisi..sy doakan adik baik2 sja..amin3

محمد شهريل القنيطري said...

wow..memang karangn.hee

CaDLyNN said...

m, takde yg kaklin nk ckp...just take care ye! :)

Fahmi Setiawan said...

Very true, Akak.
Di blog lah tempat kita mengungkapkan isi hati.

Visit back ya Akak.

are_lin@yu said...

sabar ya...setiap ujian Allah tu ada hikmahnya..Allah takkan turun ujian itu pada hambaNya jika hambaNya tak mapu tanggung...sesungguhnya tersembunyi sesuatu yg indah disebalik ujian itu...bahu yg memikul lebih berat dr mata yg memandang..

.........cP~ said...

Salam.

Fuh, pamjang lebar penerangan dia. Maybe I just don't understand . I will never do, kecuali ia berlaku kat saya. :) Okay.

Apa pun yang jadi, semoga Allah sentiasa merahmati hidup M. You are strong the way you are, I guess.

Sigh* Emosi sangat kot saya. Huhu.

.........cP~ said...

Oh, and maybe because M mengingatkan saya pada arwah kawan saya. She undergo a heart transplant 2 years ago..She lived with the new heart for 2 years.

Tapi, M bukan dia. Hm..

syafiqakarim said...

tak pe yangg..kite sbg manusia cuba
yg terbaik..usaha selagi boleh. insyaAllah dengan usaha dan doa,tuhan akan permudah segalanya..
operation atau segala apa,adalah jln terakhirrrr sekali.selagi bole ikhtiar,terus kan :)

kay_are said...

kadang2 orang takleh faham ape yang kita fikirkan. Ape yang kita ingin kan. So, ape lite leh wat.. just pegang je ngan ape yang kita percaya tu.. kan?

++ kalau betul mata tu sakit, sile rest cukup2 dulu ye.. =)

emy zulaiha said...

emy paham ape awk rase..sbrlah ye :) awk mmg org yg paling tabah yang emy kenal..pendirian yg awk pegang tue..jrg org boleh mcm tue kan :)

cik Kartun said...

setiap org berpandangan berbeza-beza dik..
bagi CK, betul..kita tak leh nak ubah ciptaan tuhan pada anggota badan kita.. tu pendapat CK.

btw, CK review blog Miss M
http://nurais-luahanhati.blogspot.com/2012/03/jom-review-geng-9.html

teha said...

be strong sis :)

amy syahiera said...

terharu bace entries nie n entries sebelum nie ,
kagum dgn kesungguhan sys utk guna mate sys ,
sabar ye sys ,
insyaALLAH mate sys akan kembali ke aslnye ,
ALLAH sentiase bersame sys :D

Mizz ErMa said...

kalau tuan belog terasa lapang dada dengan bercerita, teruskan lah sebab pendam perasaan hanya menyesakkan dada kita..=)

reenapple said...

sometimes... what we feel the others don't understand too much.. =0

be strong okeh... =) aku ada di sini di saat kamu memerlukan seorang pendengar.. =)

eita said...

sedihnya baca..
yelah orang tak rasa apa yang kita rasa..memang orang akan bercerita apa saja...
bersabar lah ye...

~SaL IjOu~ said...

teruskan pendirian kamu jika kamu rasakan itu yg terbaik..walau apapun yg terjadi..Allah tetap bersama kamu wahai si gadis tabah~

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

xdan nak baca entri yang di'link'kan lagi... soon datang melawat lagik (^___^)

deno said...

M... M tak mahu tukar mata itu mmg hak M.. sis sgt menghormati prinsip M..

bagi diri sis pula, bila sis ada penyakit sle, kidney sis rosak apabila sle attack kidney... mmg manusia kalau kidney rosak ia perlu diganti.. tiada cara lain, itu sahaja caranya..

bagi patient utk prob kidney biasa, mereka boleh menukar kidney mereka dgn kidney lain. tp bagi patient sle mcm sis, mmg tak boleh tukar... sampai bila2 pun... sis bergantung buat dialsis sepanjang hayat.. mmg sis sedih, sis berharap satu hari sle hilang dari bdn sis walaupun itu cuma satu mimpi.. sle belum ada penawarnya di dunia ini M..

bila sis tahu mata M boleh diganti untuk merawatnya, sis rasa M bertuah... sekurang-kurangnya masih ada cara untuk mengubatinya... sis ? sampai bila sis perlu dialisis... adakalanya sis sedih nasib sis... mujurlah dgn adanya M, sis tahu sis sebenarnya beruntung walaupun sis sakit, sis mempunyai ma abah di sisi sis...

my dear M... sis kagum dgn kekuatan M... M tabah.. semoga allah swt memberi kesembuhan kepada M.. amin...

p/s: fighting!!!! :)

Azham Vosovic said...

Cuci mata dgn air zam-zam?

Syukurlah ada perubahan kan?

Tak sia-sia kamu cari ikhtiar lain...

H.S said...

it's your decision not to change your eyes and we shall support it. :)

dont worry kawan.

anything, just remember we will always be with you =)

Afiq Yassin said...

continue baca k..
panjang sgt

Juliet_iRa~" said...

wahh panjangnya..:)

mgkin ada y tslh tafsir kan..biasalah m..manusia ni lain2 pemikiran...xpee..akk tau m tak give up..tp m dah xnk menyusahkan atuk nenek m..makcik m smua kan..

sbr yea dear...

akk xpnh rs so akk xbp nk fhm

tp akk sokong m..:)

Wawa Tasliman said...

no komen.. wish what u dream will come true.. :)

Aishah Jahirah said...

yup sgt faham perasaan bila jumpa specialist tu....kdg2 buat kita lagi sakit.one more thing, ubat yang kita amek tu kemungkinan besar ada kesan sampingan yg lain pula. nak sembuhkan sakit ni, sakit lain pulak yg dapt.stlh fikir baik n buruk, time tu akak stop consult doc sbb jumpa n xjmpa masih sama kesannya.bukan berputus asa,tp rasa itu yg terbaik utk diri.mungkin M rasa mcm tu gak kot...

nursyaza said...

kakak.. i love you.. kak kuat sangat hdapi dugaan yg allah bg kat kak... =)

miss daya said...

yang.. i respect pndirian u.. u know wat best for u.. i doakan yg terbaik utk u.. u sgt tabah dan kuat .. smoga u bahagia.. amin!

chemay said...

panjangnyaa!
and chemay baca sampai habisss.
:)

urm setiap orang ada cara untuk have a better life kan.
insyaAllah usaha M akan ada hasilnya nanti.
doa pada Allah k dear?
:)

Anonymous said...

akk tak tahu nak kata apa..tapi hidup kita biarlah kita yg tentukan dan ada pendirian..akk wish good luck dalam hidup adik..jaga kesihatan mata ye...love u always..=)->kak nasha yg sentiasa sokong adik...

CekbOlat-bOlat said...

dan mata itu telah bersama akak selama 21 thun XD

awsemm okay!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...