Miss Magnifique!!

Thursday, 29 March 2012

Travel Tips: Pakaian Yang Perlu Dibawa Untuk Pergi Menunaikan Umrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


untuk 15 hari.

1) perkara pertama yang aku nak ingatkan korang, aku tau and faham kita pergi tanah suci nak buat ibadah, tapi, tolonglah tak payah nak cakap, datang sini bukan nak shopping pun. tak payah bawak duit banyak. tak ada niat nak shopping..
ouh please my dears, dont ever said that, sebab orang yang cakap macam tu lah, end up beli sampai tak cukup duit, and kena minta orang malaysia masukkan duit and beli lebih banyak dari orang yang ada cakap nak beli jubah sikit atau orang yang cakap ada rezeki and ada yang berkenan, beli lah kot.
serius ni kisah benar yang jadi masa aku pergi tahun lepas, tapi bukan akulah. sebab aku memang awal-awal ada cakap, aku memang nak buat ibadah, and kalau ada rezeki naklah beli jubah kat sana.. :)

niat kita, tak perlu nak dihebohkan, semua orang datang tanah suci nak buat ibadah..:)

bak kata seorang ustaz tu,
"sambil menyelam minum air."
tak salah, asalkan mampu..:)

2) tak perlu bawa jubah harian banyak. (bawa dalam 3-4 helai)
jubah untuk pakai harian sebenarnya tak payah bawak banyak pun tak apa. sebab kalau korang rajin, korang boleh cuci je dekat sana. 
tapi, aku cakap terus terang aku memang tak mencuci apa-apa baju pun kat sana. sebab aku ni jenis tak reti cuci tangan kalau tak ada baldi, and tak reti nak sidai dalam bilik gantung-gantung kat tingkap or bilik air or almari.. -_-'

lagi satu kalau korang sampai sana, memang korang akan diuji dengan nafsu shopping, kat sana jubah tersangatlah murah...
kalau kat madinah tu, lepas subuh selalunya ada orang menjual baju jubah kat tepi jalan harga dalam 25 riyal. and lepas tu lepas isyak pun ada.
kalau kat mekah, ada yang jual harga 10 riyal, 15 riyal, 20 riyal and 25 riyal. (semua tepi jalan)

jadi tak mungkinlah korang tak membeli dekat sana.. sebab jubah dia murah and lawa-lawa pulak tu. walaupun harga murah.
kalau yang kat kedai-kedai tu harga dia standardlah, korang boleh dapat 40 riyal sampailah 200 riyal..

aku masa pergi haritu memang tak bawak baju banyak, sebab aku beli jubah kat sana and pakai, so beg aku ada banyak space. and aku pulak memang jenis yang malas nak cuci baju, so aku memanglah tak mencuci kat sana..
beli and pakai lagi mudah kot..:)
jadi, kalau korang tak ada niat nak shopping tu bagus, tapi tak payah sebutlah. sebab takut nanti reverse balik kat korang.

3) pakaian 'kecik' (20++ helai)
okay fine, oleh sebab aku tak mencuci kat sana, memang aku bawak pakaian kecik ni banyaklah. aku tak selesa nak mencuci then nak gantung, tak kisahlah walau sesama perempuan sekalipun...
and then aku ni ada sifat, kalau aku mencuci, tempat yang aku sidai tu, biar pakaian aku seorang, aku tak suka campur. (ya, memang buruk perangai)
jadi, itu antara sebab kenapa aku tak cuci apa-apa baju bila kat sana..
untuk yang mencuci, mungkin 7 helai okey kot...

tapi just nak bagitau koranglah, semua jemaah kat sana semua cuci baju termasuklah lelaki...
satu-satunya orang yang tak cuci baju hanyalah aku. sekian.. :p (jatuh standard kat kaum lelaki..booo)

and then, aku tak suka, nanti kang kalau cuci mencuci ni, ada orang ni punya baju dah nak kering, sekali tertindih dengan orang lain punya baju yang masih basah, dah basah balik and mulalah ada yang tak berapa nak puas hati.
oleh sebab aku ambil bilik yang 4 orang sekali duduk, and masing-masing baru kenal kat sana, jadi biasalah stranger with stranger kan..
and then ada kalanya tu, habis 3 orang sekali basuh baju pada hari yang sama then ada masalah dengan tempat nak gantung..

kalau korang memang datang dengan family perempuan, and satu bilik dengan family perempuan, senanglah nak deal, tapi, bila dengan stranger ni dia susah sikit.
well. i'm just saying..:)
(sebab aku ni tak suka nak menyusahkan diri and tak suka nak nyusahkan orang lain wahahaha)

4) telekung (4 helai)
bawa telekung tak payah bawa kain dia sekali ya..
korang tak kan pakai pun kain dia ...huhuhu..
aku bawa 4 helai.. sehelai pakai kat Madinah, lagi 3 helai pakai kat Mekah..
and then haritu aku ada beli sehelai telekung dengan orang indonesia yang jual kat sana, tu dah dua hari sebelum balik, sebab telekung aku semua kotor...(lepas tu pandai sangat tak cuci telekungkan hehe)
jadi, insyaAllah apa yang tak terbawa kat sini, ada kat sana..:)

5) baju putih untuk buat umrah (2 helai)

okay yang ni sebenarnya kalau korang tak pakai baju putih pun tak apa (untuk perempuan), korang boleh je pakai jubah warna hitam ke warna apa-apalah..lagipun korang pakai telekungkan..
kalau nak bawa bolehlah juga..
bawa dua helai cukup kot.. selalunya masa 1st day tu, aku memang akan pakai baju serba putihlah..
tapi, kalau ada orang yang macam aku, jenis yang suka pakai warna putih masa buat umrah, bawaklah lebih sikit.
aku bawak baju putih ni 2 helai jubah putih, and dua helai baju labuh putih and 2 seluar putih..
sebab aku suka pakai warna putih masa buat umrah..:)

so ada 4 helai kan? kalau pergi 15 hari, insyaAllah kalau Allah izin, dapat buat sampai 7 kali umrah.. (Alhamdulillah), jadi lagi 3 hari tu aku pakai jubah hitam je..:)

6) tudung
aku bawak tudung syria banyak. dalam 4-5 helai..
sebab aku kalau pakai telekung, aku akan pakai tudung syria.. 
please take note, telekung kita warna putih and jarang, kalau pun tak jarang, kadang2 still boleh nampak samar-samar rambut and leher kita..
so, aku syorkan korang pakai tudung syria dalam telekung.
jangan ngengada nak cakap panas... aurat tu atleast kat sana, jagalah bebetul..

kalau korang tak nak pakai tudung syria, korang beli telekung yang warna hitam atau coklat tu. tu confirm tak jarang...
aku pun masih tercari-cari mana nak beli telekung warna hitam yang macam tudung labuh tu..

tudung biasa, aku bawak pashmina dua helai.(pakai waktu pergi and lagi sehelai tu pakai masa malam terakhir jalan-jalan kat mekah) sebab kalau kat sana, aku gerak mana-mana pun kebanyakan nya pakai telekung, tu yang telekung cepat kotor tu..:p

7) seluar
aku pun bawak banyak gak seluar atau tights pergi sana. ini untuk pakai dalam jubah.
sebab, kalau korang turun naik bas ke, atau naik bukit ke, manalah tau kalau terselak.. 
so, dalam jubah mesti pakai seluar, melain kan stoking korang memang panjang had lutut.

8) stokin 3-4 helai
3,4 helai ni untuk orang yang rajin membasuh ya..
aku bawak 5 helai..:p
tu pun aku kat sana ada beli lagi stoking..hehehe..
sebab stokin cepat kotor, jangan bawa stokin putih, bawa je stoking hitam.. 
aku bawak stokin putih, cepat kotor, tu yang sampai sana membeli lagi.. (and jangan lupa aku ni malas nak membasuh ;p)

9) kasut and selipar
aku pergi sana pakai kasut, and bawa selipar untuk pergi masjid..
aku bawak selipar yang ada tali tu, tapi sebenarnya pakai selipar yang senang sarung lagi baguslah, sebab kalau yang pakai tali tu nanti, susah jugaklah..
kesian aku kat sana, selipar yang ada tali tu, buat aku lambat nak pakai selipar, and kadang-kadang kena tinggal je..:(
jadi, better pakai selipar yang terus sarung tu..:)
contoh selipar jepun.

10) baju singlet yang ada poket zip kat tengah
walaupun aku ni pergi dengan sepupu aku, tapi sepupu aku kan baru kahwin jadi diorang lainlah bilik dengan aku.
jadi nenek aku risau kalau aku ni bawak duit nanti hilang ke apa ke, dahlah tak ada keluarga yang rapat..
(sepupu aku tu lelaki, cucu sulung dalam keluarga, rapat tu memanglah rapat, tapi takkanlah nak minta tolong bantuan kewangan pulak kalau apa-apa jadikan)
jadi, nenek aku suruh aku beli baju tu and simpan duit elok-elok. jangan letak semua duit dalam purse. jadi, aku simpan duit selebihnya dalam baju tu.

11) sarung tangan (4 helai)
walaupun baju aku memang semua lengan panjang, and then memang pakai telekung, aku tetap suka pakai sarung tangan, sebab bukanlah apa, tak adalah susah hati sangat nak sorok tangan 24 jam dalam telekung ataupun nak mengehadkan pergerakan tangan sebab kalau pakai baju yang tak ada butang kat pergelangan tangan tu kan, selalunya dia akan dengan mudahnya terselak.
so, better pakai sarung tangan, lagipun atleast dekat tanah suci, kita cuba menjaga aurat kita dengan betulkan..:)

12) ihram untuk lelaki
kalau korang bawak 2,3 helai pun cukup. and kalau korang malas nak cuci macam aku. korang beli je dekat sana.. kalau tak silap aku, haritu ada salah seorang abang jemaah tu cakap, kualiti kat sana lagi bagus and tebal dari kualiti dari malaysia.
(er, tapi, better korang tanya orang lelaki lah, aku tak sure sangat.)

er, okey ni jelah yang serba sedikit aku boleh kongsikan..
(serba sedikit, tapi explaination dia kemain panjang lagi) -_-'

nanti kalau ada lagi yang aku nak kongsikan, aku buat entry baru ya..:D

P/s: boleh check juga beg untuk bawa pergi umrah kat sini, beg bawa pergi umrah


ikhlas,
Cik M~

35 comments:

eLLa n aLia said...

keep it up.. entri ni akan berguna untuk yang memerlukan info.. :0

Haruno Hana 하나 said...

waaa... tips yg bagus.. teringin nk mengerjakan umrah.. ur so lucky sis! :D alhamdulillah

a.s.m.a said...

teringin sgt nak g sana suatu masa nanti !! ^^

miss daya said...

huhu insyaallah januari thn dpn akan smpai sana.. tq tq tq for sharing d info... noted with thanks :-)

syafiqakarim said...

bagus entry ni beb
tah bila la ni nak pegi

Liyaa Mf said...

Very informative Miss M. Yelahh. untuk orang yang first tyme nak pergi, mesty taktau bebenda ni sume kan? Thanks sharing! :D

c'axoera ヅ said...

mudahan satu hari nanti sampai kesana :)

aku HaniAsyira said...

pergi dgn spupu je ke miss M?? patutlah duduk dgn org lain..

mak kalau pergi mesti buat poket kt baju kecik dia takpun kat siglet... hehe..

doakan sy dpt pergi ei ramadhan ni.. =)

Mizz ErMa said...

cik m..letak laah gambar masa kat sana..bape bajet cik m masa kat sana? nnt boleh la slow2 simpan duet untuk p umrah..asyik simpan duet p jenjalan aje..hehe

kura said...

amboi. bukan main nk dia je cuci pakaian kecik sorang2 sidai sorang2. amboii. hahah

Juliet_iRa~" said...

good info..

nt kalau akak ada rezeki nak ke sn..akk lebih refer entri M ni..:)

thankss dear..

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

info ni memang bagus..panduan macam ni lah yg org nak sangat..u re so lucky dapt buat umrah dlm wak2 yg masih muda..=)

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

doakan kak is ke sana jugak... moga info ni berguna kelak... insyaALLAH... sangat teringin nak ke sana (^___^)

Saddila said...

bagi mak dila baca entry akak ni. selasa ni dia nak pergi umrah :)
masyeh kakak!

Puan Besar Shag Yahaya said...

Nice ! Boleh lah simpan ni jadi rujukan if one day nanti dapat peluang p umrah. InsyaAllah ;)

ZORA said...

bile la dapat pg ke sana...

eita said...

bagus jugak ni..
leh prepare..
kalau ada rezeki dapat gi sana..

Akue Achik said...

mmg byk pakaian kna bawa...mcm nak tggl kt situ trus pon ada..byk sgt..huhu

Liselle MonCherie said...

Ohoho,bgus ni
Nanti bila ade rezeki
nak pergi umrah boleh refer Miss M
hehehe,bertuah Miss M dpt pergi
sana byk kali :D

Telor Power said...

bilalah turn aku nak jejak kesana pula....nice info TH

Bidadari Syurga said...

info yg bagus sekali untuk sharing...,.

Azham Vosovic said...

hehe...tips yg menarik....da lama sy tunggu post yg mcm ni ...

Anonymous said...

bestnya dapat gi umrah..insyallah akk akan guna tips nie utk kesana nanti suatu hr nanti...->kak nasha

amy syahiera said...

teringin nak g sane ,
tp xbrkesempatan ag ,
nice entries , thanx 4 sharing :D

My Life's Journey said...

Bestnya dapat gi kat sana ..kalau umi mesti seronok :)


kalau ada rezeki .. dan kalau dapat ke sana umi akan dengar info yang dear berikan :)

khairul said...

bila la abg nk p

Aishah Jahirah said...

perkongsiaan yg baik ni M...untuk panduan bersama....:)

kay_are said...

owh faham2.. tapi jap.. tips ni untuk pompuan eh? rase num 12 je yang laki punye.. -_- tak tau nilai rate duit arab ngan rm so taktau nak cakap harga jubah tu mahal ke murah.. huu

deno said...

oh! thanks for the info! nak salin bleh? sis pun teringin nak mengerjakan umrah, bila la ada rezki.. nak pergi pun susah nak kena bawak mesin lagi.. macam2 nak kena settle... doakan sis agar satu hari sis dapat menjejakkan kaki di sana.. insyaallah... :)

Zara Sofea said...

Wah sgt best info nya. Thanks a lot. Telekung travel murah n cantik ada kat facebook telekung travel sharzlin. Senang kita nk bwk ke mana shj. Cuba sis tgk. Smoga bguna n bmanfaat utk sis.

PAKEJ UMRAH said...

Semoga diberkati kerana info yang berguna ini

Zaitun Latiff said...

Tq adik,,,info yg sgt membantu akak untuk membuat persiapan mnunikan haji tahun ni..tq

Zaitun Latiff said...

Tq atas info ni...sgt berguna kepada yg sedang mencari 2 keperlun ini..

TAWARAN UMRAH said...

Saya ada senarai lengkap kelengkapan umrah yang perlu di bawa dalam web. Mungkin dapat membantu.

http://tanahsuci.webzone.my/kelengkapan-umrah.html

KELENGKAPAN UMRAH said...

Dalam web saya ada senarai penuh kelengkapan umrah. Mungkin boleh membantu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...