Miss Magnifique!!

Thursday, 15 March 2012

"Zaman Kanak-Kanak"

Assalaumualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

masa: tahun 1995

rumah sunyi dan kosong.
semua orang tak ada.
aku mengintai nenek aku di biliknya. nenek sedang berehat.

dengan perlahan aku kembali ke bilik mama.
mengambil duit aku yang berada di dalam tabung yang nenek aku buat dari bedak baby johnson.
mengira duit. (jangan jealous aku umur 4 tahun dah pandai kira duit)
nak beli keropok. nak beli gula-gula. nak beli aiskrim. dan yang paling penting nak beli mainan dalam kotak biru. (aku dah lupa apa namanya, er, ding dong? ding dang? ding ding?)

aku nak beli kat kedai aci belakang rumah. dekat je.
keluar pintu belakang. jalan atas rumput. lalu parit, jalan lagi sikit dah sampai.  hanya mengambil masa 20-30 saat je untuk sampai dari pintu belakang rumah aku ke kedai aci.
ya, sangat dekat.

tapi, aku tetap tak boleh bagitau nenek aku. sebab nanti dia tak bagi keluar. nanti dia kata aku asyik beli benda-benda yang tak berfaedah.
nanti dia yang nak temankan aku pergi kedai belakang.

oh ho, aku nakal kecik-kecik. suka keluar tanpa orang lain tau. (masa ni mana tau pasal kena culik-culik ni hoho)
lagipun kat rumah tak ada orang. siapa je yang peduli apa aku buat kat rumah tu. hehe.
abang-abang sekolah. mama kerja. kak e kerja. aunty kz aku tatau kat mana. aunty kn kerja. uncle rz belum duduk sini lagi, dia masih kat brunei. atuk aku kerja.

kat rumah ni banyak sangat pintu. dengan perlahan aku melepaskan diri dari pintu tengah. pintu tengah ni adalah pintu pemisah dapur dengan ruang tamu.
kemudian aku melepasi pintu pertama dapur, pintu ini untuk pintu dapur utama.
kemudian pintu biru yang sangat berat, ini adalah pemisah antara dapur utama dan dapur kayu. (yang dulu-dulu masak guna kayu tu, rumah aku dulu ada weyh, jangan jeles :p)
kemudian pintu last sekali, yang akan menghubungkan aku dengan dunia luar yey!

dengan perlahan aku membuka pintu diperbuat dari kayu dan zink. ini adalah pintu terakhir.
aku keluar.
dengan pantas aku berlari ke kedai aci.
tadaa~
dah sampai.

aku pun dengan buat muka selamba memilih keropok, aiskrim, gula-gula dan kotak dingdong..

aci: nenek mana?

aku: kat rumah.

aci: semua rm2.40

aku bagi rm3.

aci pulangkan duit.
aku kira.

aku: aci, tak cukup seposen. ni ada lima posen je.

aci tersengih.

aci: mana? sini tengok.

aku tunjukkan duit yang aci pulangkan tadi.

aci terkejut.

aci: umur berapa? banyak pandai kira lah.

aci bagi aku lagi seposen.

aku: 4 tahun.

aci: wah, empat tahun sudah pandai kira ah.

aku sengih je. mestilah. kat rumah tu aku dah belajar banyak ooo. lebih-lebih lagi pasal duit.
bab-bab kira duit ni, mama dah ajar. abangah dah ajar. aunty kz dah ajar. nenek aku pun ajar aku.

sebab kadang-kadang nenek aku pernah suruh aku pergi kedai aci ni, beli kelapa, beli kicap, beli megi.
kalau nenek aku suruh nenek aku tak kisah sangat. sebab nenek aku tunggula kat pintu dapur kayu tu, ala, boleh nampak kalau aku pergi kedai aci.
tapi, kalau aku pergi sorang nenek aku tak ada kat dapur memanglah tak boleh.
tapi, biasalah, budak kecik, nakal and tak makan saman. aku rasa adventure je pergi sorang-sorang tak ada orang tau. haha.

lepas tu aku pun menyelinap masuk. kunci pintu.
dan aku duduk kat bilik belakang yang kosong. bilik belakang ni kosong sebelum ada uncle rz.

***
dulu rumah aku besar. 
dulu dalam kawasan rumah aku ada dua padang besar yang budak-budak selalu main bola.
dulu aku duduk kat tempat ala-ala kampung.
selain ada dua padang besar. kat rumah aku ada padang kecik yang dulu moyang aku tanam macam-macam jenis bunga.
dulu rumah aku depan trafik light je.
dulu rumah aku ada pokok jambu and pokok rambutan.
dulu rumah aku menyeramkan sebab besar sangat.
dulu aku duduk rumah tanah pusaka moyang aku.

tapi, sekarang tak ada lagi.
sebab rumah kitorang tergadai.
lepas tu, sedara jugak yang beli.
lepas tu, lepas atuk aku ada duit balik, atuk aku nak beli balik, sebab dulu perjanjian macam tu, bila atuk aku ada duit, atuk aku nak beli balik rumah tu.
tapi, sedara kitorang tak nak jual balik.
sebab tanah tu luas dia 1 ekar.. er ke lebih? (er, jap, apa beza ekar dengan hektar? haha aku tatau)
tapi, dia beli dengan harga rm400 ribu, sebab masa tu tergadai kat bank so dia bayar kat bank.
tapi, bila atuk aku nak beli balik dia tak kasi, and halau kitorang dari rumah dan tanah tu.
dia bagi short notice je.
padahal dia adalah antara sedara kitorang yang rapat.

tapi, pasal harta dan duit, semua boleh jadi gaduh kan?

semua orang ingat kitorang jual tanah tu, and hidup senang dan kaya raya.
tapi ada juga orang-orang kampung yang tau cerita sebenar.
tapi, kitorang tak dapat satu sen pun dari tanah yang tergadai tu.

sekarang kitorang duduk bandar. sebenarnya, rumah dulu dengan rumah sekarang ni 15 minit je pun perjalanannya.
sebab tempat dulu nama je kampung tapi dalam kawasan bandar juga.
err bukan kampung baru yep.

tapi, sekarang kitorang duduk menyewa.
kitorang pindah dari situ sejak tahun 2005.

aku rindu rumah dan tanah tu.
rumah tu dah pun dirobohkan.
dan dengar cerita sedara kitorang dah pun jual tanah tu kat orang lain.
sebab tu kan tanah pusaka.
dia buat tak baik pada kakak saudara dia sendiri. abang saudara dia sendiri.
mestilah tak berkat.
dengar ceritanya, lepas dia beli dulu, dia nak buka restoran, nak buka pam minyak, nak bagi anak sulung dia. last-last dia jual kat cina.

orang kata, kemungkinan dia jual tanah tu, mahu 3 juta.
sebab tanah tu sangat luas.

bayangkan rumah aku dah besar.
ada dua padang yang boleh main bola.
ada padang kecik yang penuh bunga.
ada pokok rambutan di kiri tanah rumah.
ada pokok jambu di kanan tanah rumah.
tapi dekat tanah kiri dan kanan ni, masih lagi boleh kalau nak pasang khemah.
hehehe.

so, conclusionnya tanah pusaka tu sangat besar.

aku kesiankan atuk aku.
sebab aku tau, dia rasa menyesal yang teramat sangat.
sampai sekarang atuk aku dah tak pernah percaya pada orang yang ajak dia buat bisnes.

sebab bisnes, dia dah tergadai tanah pusaka.
dan sekarang ni, atuk dan nenek aku selalu rasa macam kita ni hidup merempat.

kadang-kadang orang tak faham,
ada nama, tak semestinya ada harta ataupun duit.
ada nama, namun hanya ada adat dan usaha keras...

motif cerita ni,
aku rindu rumah lama.
aku rindu zaman kanak-kanak.
aku kesiankan atuk nenek aku.

p/s: aku tak larat nak blogwalking..sorry eh? nanti aku blogwalking blog korang, eh? eh? eh?
jangan sentap n marah, eh? eh? eh?

ikhlas,
aku~

32 comments:

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

kak is singgah sini sat, xdan nak baca da whole story, akan datang sini lagi untuk read thru... muah! (^___^)

Haruno Hana 하나 said...

sabar ye kak? kdg2 pasal harta pun keluarga sndiri boleh bergaduh.. insya-Allah, ada yg lebih baik menanti..

Telor Power said...

1 umur 4 tahun dah pandai mengira, curi2 masuk ala spy

2. pasal harta mmg sedara boleh putus

aku HaniAsyira said...

wahhh,, besarnya tanah tu.. mcm best jer..biasalah sebab harta semua gelap hati..

rindu zaman kecik jugak..

Miss Purple said...

sy pun rindu gila zaman kanak-kanak, bila terbaca pasal awak curi-curi keluar ikut pintu belakang, series teringat zaman kanak-kanak dulu, suka buat macam tu jugak...

wahh..umur 4 tahun dah pandai mengira...genius!! hehe

lisa said...

kesian atuk cik m. hm xpe lah. benda dah jadi. :) eh memang hardcore sangat cik m pergi kedai sorang2 masa umur 4 tahun. kecik sangat okay. haha lisa pun x berani nak keluar masa umur 4 tahun :/

Aqiim said...

kerana harta, manusia berpecah belah..
ish3

CekbOlat-bOlat said...

huyoo,sgt luas! *dpt byg* umah bolat xde la luas sgt, tpi ckup2 je ade pkok rmbutan,durin,mggis, smua2 la.. redup jer XD hihi

itulah, bkn semua boleh dpercayai (^^,)

محمد شهريل القنيطري said...

hehe..mcm-mcm kisah dia yer,kdg-kdg rindu jgk mcm nk jer blik zaman bdk-bdk..hihi..

Afiq Yassin said...

bahaya tu keluar sorang-2 nnti kena tangkap polis baru tahu.. ha3.. x der kena mengena

millerJ said...

besarnya rumah tu..i can imagine it...hehehe ^___^

ya, everyone had something to be missed during their childhood..
i miss those times where i don't need to do work and all i do is playing..all the time.hihih

hv a good day ya! :)

kay_are said...

melalui cite.. memang luas betul umah tu.. memang orang yang senang r dulu.. mesti sedih kan bile tanah pusaka last2 jadi camtu.. sabar je r.. perbuatan sedare tu mesti ade balasan nye nanti..

Aku Achik said...

bestnyyy...huhuu

tba2 rndu kmpg, ada tnh sdiri gak...ayh rncang nk bt rumah kt situ lpas pncen nnt..

tp, sy yg nak jual tnh tu..nk bwak dorg tggl ngan sy..


skg, fkir blik 2 kali..huhu

miss daya said...

orang kata tanah pusaka jgn jual tak elok.. kalau jual, hidup akan ditimpa susah.. wallahualam la.. tapi mmg ramai org tua ckp camtu.. sabar ye.. dah bukan rezeki kita la tu..

CikFi said...

sampai ati kan dorg wat gitu...xpelah mungkin sume tu ade kebaikan disebalik kjadian..

tapi mmg seronok duduk kampong nih..nyaman jerk..tak perlu nak sebuk ngn kesesakan kat bandar yg mcm2 karenah manusia..

udara plak segar bugar kat kampong nih, lagi pulak kalo pepagi..wah berat lagi mata nak bukak hehe..

Mr.Clive said...

haha ni dah boleh jadi short story dah ni...kehkehkeh :P
how r u? doing good?
hope you are! :)

.........cP~ said...

Salam.

Tak pelah Tak berkat pun hidup makan harta orang. Arwah abah selalu cerita pasal kisah dia dulu2 jugak. Harta banyak, tapi, sejak jadi yatim piatu (masa dia kecik lagi) sedara mara makan harta yang tinggal. Akhirnya mereka hidup susah jugak. Biarlah walau tanah sekangkang kera, jangan kita ambik hak orang.

chemay said...

chemay tak engat langsung memori before umur 6tahun tauu.
hehe
:)

H.S said...

kecik-kecik dah pandai mengira,bagus tu!

saya bab kira-kira ni susah sikit. T.T

even sekarang pun..

hmm..sebab harta,keluarga pun kekadang tak pandang dahh.sedih betul keadaan dunia ni.

Fahmi Setiawan said...

owh akakk ni orang malaysia.
ibuku waktu itu jadi tkw di malaysia.

reenapple said...

manusia tidak pernah berasa puas. Sebab tu ada pepatah harapkan pagar , pagar makan padi.. =(

si robot comel said...

kalau sebut pasal harta je,sedara-mara boleh pecah belah. macam-macam.

Aishah Jahirah said...

dua padang bola..ada taman...ada rumah,pokok2 luas tu tanah.jual smula sampai 3juta....sayang tp benda dah nak jadi M...hidup kena teruskan jugakkan walaupun bukan kat rumah tu.insyaallah M kumpul la harta sendiri nanti...puas ati...
terer la akak kecik2 dulu 4 thn tu ntah tataw la pandai buat apa je...hehee

yad'z said...

urm.. samalah kita.. dulu rumah atuk besar, nak men bola pun puas. tapi dah dirobohkan oleh adik beradik ayah yang takde otak.. = ="

Adika said...

biasa lah tuh .. kdg2 orang yang pling kte pcaya la yang akhirnya jadi gunting dalam lipatan .. duri dalm daging ..

cik Kartun said...

kechik2 da pandai berkira.. sep0sen p0n mintak hehehe

khairul said...

klu jadi doremon kan best

Nong Andy said...

wah... so clever!!!

baru 4 tahun dah pandai gi beli keropok :) comelnya!!

harta dunia ni memang boleh buat manusia lupa diri...

O CIKTEDDY said...

ahh..citer kak M mcm same ngn citer titew la..tngok,kite dh sedih.huhu

Mizz ErMa said...

macam2 manusian nih kan, dengan sedara mara pon boleh buat jahat..sabar jela kan, maybe ada hikmah d sebalik sume tu..

Juliet_iRa~" said...

humm.even sedara tp kalau dah tak fikirkan tntg nilai persaudaraan gtu la jadinya..

xpe la dik..biar rumah tergadai janji cucu2 atuk n anak2 atuk awk sentiasa ada bsm2...tu plg penting..

Liselle MonCherie said...

Kerana harta....manusia sanggup mengenepikan saudara.

Terer Miss M nie,kecik2 dah pandai kira duit.Sy tahu beli santan je mase umur 4 thun,duit2 pun mama bg cukup2 untuk beli santan shj. XDD hoho.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...