Miss Magnifique!!

Wednesday, 11 April 2012

"Antara Suka, Sayang Dan Cinta, Awak Pilihlah Sayang...."

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*masa: 10/4/2012
*dalam kereta
*ini hanyalah sebahagian dari perbualan. 

aku: abangngah, kenapa awak bad mood je ni? awak tak okey ke? something happened?

abangngah: tak ada apa la. nanti saya nak keluar sorang je. saya drop awak dekat rumah kak l je.

aku: betul awak tak nak join kitorang pergi tengok wayang? semua ada.

abangngah: tak apalah. entahla saya kalau keluar sorang ni pun saya tak tau nak pergi mana. saya selalu keluar dengan kawan.

aku: saya kan kalau stress and awak tau kan, adakalanya bila saya tak nak cakap langsung dengan sesiapa, bila saya tak nak jumpa dengan orang-orang yang saya kenal, saya keluar sorang, tengok wayang ke, pergi makan and lepak sorang2, tak pun, pergi karaoke sorang2.

*out of no where abangngah cakap,

abangngah: pei pei dah nak bertunang dengan orang taiwan.

*aku diam, aku tau abangngah dah mula nak bercerita apa yang tak kena pada diri dia.

abangngah: orang yang saya betul-betul cinta, semuanya saya tak dapat nak bersama mereka. mula-mula syida, lepas tu, dayah, ni pei pei pulak. kalau al tu memang lagi impossible.

*aku diam, hanya merenung ke depan. 

abangah: dengan kak a dengan kak t pula. hanya untuk main-main. yang betul-betul abangngah cinta abangngah tak dapat nak luahkan perasaan kat diorang. 

aku: tapi, awak ada perasaan suka kan dekat kak a dengan kak t.

abangah: suka tu memanglah.

abangah: saya tak tahulah. orang yang saya cinta semua yang baik-baik. sedangkan mulut cakap suka yang cantik seksi. tapi jatuh cinta dengan yang tak lawa, yang baik hati... ah, abangah nak cari girlfriend. tak nak single macam ni.

aku: awak nak tau tak...

*aku diam sekejap. menyusun ayat yang sesuai untuk cakap.

aku: awak kena bersama dengan orang yang awak sayang. tak lebih tak kurang.

aku: perasaan ni kan ada tiga, antara suka, sayang dan cinta. awak tak boleh nak couple and ada girlfriend hanya kerana awak suka seseorang perempuan. sebab saya tau awak jenis yang bertahan lama dalam sesuatu perhubungan. and then awak jenis bila dah couple awak kenalkan dengan family.

aku: awak akan kecewakan perempuan-perempuan tu. awak akan sakiti mereka. sebab awak hanya suka tapi tak cinta. but they gave their all for you. awak tak dapat nak bertahan sehingga akhir, sebab awak tak nampak future awak dengan diorang.

aku: kalau cinta pulak, awak jenis yang selalu rasa awak tak layak untuk diorang. sebab awak selalu fikir diri awak jahat, sedangkan orang yang awak cinta tu semua yang baik-baik. awak tak berani nak luahkan cinta awak, awak lebih rela mereka bahagia dengan orang lain. daripada bersama dengan awak. awak lepaskan diorang tanpa ucap apa-apa.

aku: pasal tu antara suka, sayang dan cinta. awak pilihlah sayang. sebab dia dekat tengah-tengah. atleast bila awak sayang, awak tetap akan dapat bertahan hingga akhir.

*abangah diam meneruskan driving.

aku: sayang dia tak macam suka. suka, suatu hari nanti dia akan hilang. sayang, dia tak macam cinta. sebab kerana cinta, awak akan korbankan diri awak sendiri sebab orang yang awak cinta.
kalau sayang, ianya akan seiring. kalau sayang, dia tak lebih tapi tak kurang. sayang akan kekal.

*aku pandang abangngah, dan senyum.

abangngah: awak juga yang faham saya.

abangngah: saya pelik dengan awak, awak tak pernah bercinta, tapi kalau pasal macam ni, awak sangat memahami, and you know the right thing to say. its good to talk to you. because you understand.

*aku senyum.


***

bila seseorang bercerita dengan aku mengenai masalah mereka, aku selalu letak diri aku sebagai mereka, aku ingin masuk ke dalam dunia mereka, aku ingin rasa apa yang mereka rasakan...

sebab aku bukan jenis yang suka cakap,
"sabarlah."
"ada jodoh nanti adalah."
"relaxlah"
"chillah."

sebab semua orang boleh cakap macam tu, tapi, korang tau tak, orang yang bercerita dengan korang tu akan rasa yang korang tak dengar pun apa yang dia cuba sampaikan.
bila seseorang memilih kita untuk meluahkan perasaan, they want us to know, feel, understand them.

pasal tu, kalau aku tak ada words yang sesuai untuk comfort seseorang, aku hanya akan diam and peluk diorang. ataupun pegang tangan diorang. sebab aku cuma nak diorang tau, aku faham dan aku rasa.
but there's no words yang boleh aku ucapkan.

dan bila aku rasa aku boleh tolong seseorang dengan opinion aku, aku akan letakkan perkataan yang tak menyakiti mereka. sebab aku nak mereka tau yang aku rasa apa yang mereka rasa...

aku mungkin tak ada pengalaman dalam bercinta, tapi, entahlah, mungkin Allah jadikan aku seseorang yang sentiasa cuba untuk memahami dan rasa apa yang orang lain rasa...

mungkin opinion aku salah, tapi untuk abangngah aku, bagi aku, itu yang terbaik untuk dia.
sebab aku kenal dia. aku tau dia macam mana.

suka, perempuan tu akan kecewa. cinta, abangah yang akan kecewa.
jadikan bagus kalau pilih sayang? its fair and square...


antara suka, sayang dan cinta, aku harap dia pilih sayang.
sayang akan kekal.
suka akan hilang, cinta dia akan berkorban.


"abangah,
saya sebagai adik hanya nak terbaik untuk awak.
antara suka, sayang dan cinta, awak pilihlah sayang. insyaAllah semua akan baik-baik saja."


ikhlas,
adik~

49 comments:

si kiut lavender said...

speechless..yeah.really..

atleast sya dah dapat beza serba sdikit tentang 3 benda tuh..thanks..:)

Aqim said...

ouh baru saya faham..
maknanya selama ni saya cintakan 'dia'.. :(

Liselle MonCherie said...

Huuhuu I feel connected to this,
I think this will help me and your Abangngah^^

Thx a lot darling for the wise advices you gave me :D.
I love you Miss M <3

ghost writer said...

kita bila dilanda rusuh, kadang gagal nak bedakan semua tuh. dah betul-betul kecewa ke tempat lain juga yang kita pilih untuk tenangkan hati.

Liyaa Mf said...

Serius, sebelum ni tak pernah terfikir teori ni sebagai jawapan. Sebelum ni cuma guna konsep, pilihlah orang yang sayang kita, bukan orang yang kita sayang.

Tapi Miss M punya teori ni rasanya lebih tepat. Apa yang Miss M cerita, rasanya akak dah tau sume tu tapi tak tersimpul jadik teori yang camni.

Pasni blehlah akak guna teori ni untuk nasehat kawan2 yang still keliru.

Cehh, cam teori apa je la kan? Hehe.

Akue Achik said...

org tak pnh jmpa sy when it comes to love..

dorg pon tau, sy mmg vongok dlm hal ni.

Domu-kon said...

to be honest.. those words made me realized more on cinta,sayang and suka.. thanks teenage mermaid..

and you're beautiful with your words.. :)

Nana said...

serius saya suka baca ni..betul cakap akak.kalau saya pun,saya akan letak diri sy ditempat org tu.baru kita boleh rasa apa yg dia rasa..

Ayie Abas said...

kalau pilih dan gabungankan ketiga2 sekali...suka+cinta+sayang...boleh kan teenager?

tahap2 dlm perhubungan...mula2 suka...lepas tu jatih cinta pandang pertama...lepas tu bila dah lama..sayang pula memainkan peranan agar x jemu... :D

♪ cik katak ♪ said...

speechless dah sedang hadam ayat kamu :)

Miss Purple said...

betul jgk ckp awak, pilihlah syg sebab syg itu duduk tengah2 antara suka dan cinta, sayang itu takkan terluka, wahh...hebat!

sayang itu lebih ikhlas kan?

Nong Andy said...

bercakap hati ke hato dgn bro mcm tu? wow!!!!!!!!!!!!

*Itu mustahil akan berlaku pada aku.

Leeya Hezlin said...

Nice entry..suka baca..
Baru tau perbezaan suka,sayang dan cinta..
Saya rasa awak ni memang seorang yg boleh bantu orang jika mereka ada masalah..
Kata2 pun xmenyakitkan..lebih kepada memberi perangsang dan motivasi.. :)

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

its true..pilih lah sayang..sebab sayang beri kita kebahagiaan..kedukaan..kecekalan dan...mcm 2 lagi..

Telor Power said...

nerguna juga tips ni TH. baru ku tahu.....

aiEz said...

bila ada rasa sayang tapi tak terucap pada yg kasih memang sakit rasanya kehilangan..*pernah rasa..

*suka jawapan yg diberikan pada abgngah...agak kalau aie nak ty pendapat boleh?

eita said...

bila kita letak kan diri kita dalam situasi tu...baru kita faham macamana dan cara nak atasi nye,...
baru leh jadi kaunselor yang baik...

HeNRieTTa JoSe said...

please pray for us here....i dun wanna a part from my famly...we r in penang island rite now, and amaran tsunami dah dikuarkan....thanks adik....

zera eira said...

saya suka dengan ape yg saya baca nih. :) baru terfikir.

ain farahin said...

itu lar untung jika kita ada tmpt share problem...tuk memberi semangat dan sokongan~__sayang.

MulutPayau said...

betul tu dik...akak pun setuju sangat ngan adik...pilihlah sayang..semoga kebahagiaan berkekalan....
****Ntry yang sangat menarik****

aku HaniAsyira said...

dah beberapa hari tak jenguk blog ramai pulak yang buat entri pasal sayang2 ni.. =)

awk kan boleh jadi psychologist.. baguslah mcm tu...

sayang, cinta, suka kadang2 kita tak boleh bezakan perasaan tu.. =)

aswadz said...

best la adk mcm awak.

Cik Yatt said...

hebat lah dalam berkomunikasi..kasi skit tips

lisa said...

baru tahu apa makna suka,sayang,cinta. what a nnice advice awak bg kat abangah awak :)

acheeqa farhana said...

kalau sblm ni antra 3,sy plih cinta..but after bce entry ni,sy pilih sayang,,hmmm..

nice entry dear :)

shafiq said...

wau , speechless utk 2-3 saat , best ar entri nih ,

cinta , sayang , suka , 3 perasaan yang berbeza tapi susah utk dibezakan ,

jeBateja said...

saya pastikan....wanita itu sayang saya...dan dia pandai masak....agar air tangan dia nanti mengikat kasih saya kepadanya....seperti mana ibu saya mengikat kasih sayangnya dengan kasih sayang dan air tangan dari masakannya....IsyaALLAH

emy zulaiha said...

pandainye miss M comfortkan abg awk..memahami dan sngt memahami dan sangat memahami. untung abg ngah ade adik mcm miss M :)

syafiqakarim said...

awak dengan saya sama.
dan saya angah.
mungkin bole jd kakngah?
heww.

takpe,nanti akan dtg seseorang.
ok? *hug.

Prettywrite said...

brilliant ideas..k.yana pun tak ada idea sampai macam ni..nak sangat comfortkan orang yang mengadu2 masalah pada kita dengan kata2 yang boleh buat dia tenang n tak sedih lagi..tapi hakikatnya tak pandai..tahu kata 'sabar' jer lah jugak..huhuh..kena belajar dengan M ni nampaknya..:)

ShahzCudin said...

awak ni bagus la..sy x jumpe lagi org sekeliling sy yg mcm awak utk sy citer ape2 masalah...so, simpan sndiri la semua...

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

kak is nak semuanya suka, sayang,cinta (^___^) orang tamak selalu rugi.. hohoho

teha said...

pilih laa syg.. so sweet.. hehehe :)

najmi^^ said...

so sweet xD

Faza said...

kamoo berskill kaunselor rupe nyer ngehh!

ok.saya tanpa segan silu akan meminta pendapat cik jika menghadapi masalah gangguan perasaan.. hehe :P

say to easy=) said...

entry paling bermakna buat diri saya.thanks awak!:)

Miss Xyz said...

woahh, bole jdi kaunselor ni.. ahaha XD

adan said...

aku rasa kalau abang angah baca entri boleh nangis airmata.. =="

NOOR FATIN said...

yup ada beza. :) jgn terlalu mencintai nanti bila ditinggalkan rasa sakit ya amat, ckuplah sekadar sayang.. insyallah :)

aiNa yaZiD said...

sayang~! hehehe.. nice beb. :)

Woofer Storm said...

ermm tak tahu apa2 pasal cinta..vongok kn??ermm

Mr.Clive said...

hoho...now that's an enlightenment...kehekhekhe XD

reenapple said...

yeah.. aku setuju.. hehehe.

Tabuan Comot said...

yup!atc stuju ngn pendpt tuan blogger!

ZORA said...

syg lah seseorng itu....yeahhhhh

SYIRA RAHIM said...

betul lah. betul sangat kata-kata tu.

sy pun taktau nak response apa bila org luahkan masalah kat saya. kadang-kadang just diam je.

Picoz Shupalula. said...

hmmmm. kemain gumbira. huhuk

kay_are said...

jawapan yang menarik.. ok camtu aku pun nak cari orang yang aku betul2 sayang r.. taknak suke ngan cinta g =) ko keje peluk orang je.. aku ko taknak peluk?? opps.. sori out of topic =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...