Miss Magnifique!!

Monday, 9 April 2012

Bila Kitorang Buat Random Stuff...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*masa: 6 april 2012
*tempat: shah alam

hari tu aku pergi lepak rumah kazen aku kat shah alam. aku sampai sana dalam pukul 8 lebih kot (malam).

masa tu lah kitorang buat pillow talk, doing random stuff. nanti aku update lagi topic pillow talk kitorang.
seriously aku dah lama tak lepak dengan kazen-kazen aku. baru aku sedar aku ni dah lama tertinggal banyak cerita, sampai semua cakap aku sombong.hohoho..

tapi, yang paling best malam tu, aku dengan kazen-kazen aku semuanya gila-gila buat random stuff. :p

meh aku cerita sikit tentang 5 orang gadis gila yang buat random stuff ni.

watak utama
1) kak L,
kak l ni sangat terkenal dengan diva. hot, cantik, popular dan sentiasa jadi perhatian lelaki. kalau keluar rumah tak pernah nya tak makeup or selekeh. setiap kali keluar rumah, atau ada apa-apa majlis kat rumah, mesti makeup and pakai cantik-cantik.
senang cerita dia ni memang jaga penampilan and 24/7 hot stuff okay? :p

watak pembantu utama
2) kak tna
dia ni kalau tak ada, memang tak bergerak punyalah kitorang dari rumah tu. sebab dia ni tukang bawa kereta.
kak tna ni pun hot stuff jugak. muka dia ala-ala maya karin.. tapi maya karin lebih cantik lah kan.. :p
dia ni dah setahun lebih juga bertudung. dia jenis yang ada sifat kebudak-budakan sikit..:p

watak-watak yang memeriahkan lagi random stuff,
3)rb
dia ni, yang kitorang suruh turun beli air.. hahaha.
kitorang buli dia. so, kalau dia tak turun beli air, memang tak ada siapa pun nak turun okey..:p

4) azr
walau dia bukan kazen kitorang, tapi sebab dia lepak dengan aku jadi lepak lah sekali dekat rumah kazen aku and terus ikut kitorang buat kerja random stuff.

co pilot (sebab aku duduk sebelah pemandu :p)
5) aku
kehkehkeh..
do you need me to introduce myself?
haha. no rite? korang dah kenal aku kan? :p

*** 
kak tna: adik, akak nak soya bean.

aku dah pandang pelik, celah mana dowh aku nak dapat soya bean kat sini.

kak l: jomlah kita keluar pergi beli air, tna, kau bawa keretalah.

kak tna: aku tak bawa duit, duit tinggal kat rumah. malas nak pergi ambil. kau belanja eh,l?

kak l: yela, yela.. aku belanja. tapi betul lah ni kita keluar. rb turun beli air eh?

kak tna: kita pergi 7 e la..

kak l: ok jugak, aku nak slurpee la kalau macam tu.

kak tna: eh, aku pun nak slurpeelah.

*last-last semua orang bersetuju minum air slurpee.

*selepas semuanya dah sampai persetujuan. kita semua keluar. dan yang buat kitorang gelak nya sebab....

kak l, keluar rumah dengan pakai seluar tidur purple, tshirt baggy hitam dengan.............
hahahaha..
roller rambut tu. 
itu yang paling tak boleh tahan okay! pakai roller rambut untuk buat rambut kepuk kepuk tu. dah lah banyak roller rambut dia..
macam tak percaya je, kak l boleh keluar rumah macam tu, yelah, walaupun tak turun, tapi memang kelakar gila la beb..

kak tna, dengan hanya pakai baju tidur... tapi atleast, dia pakai seluar n tshirt yang okayla)
dengan masing-masing memang muka duduk rumahnya...:p

aku pulak, sebab malas nak berpin-pin tudung, aku cuma pakai shawl je, selepang kat bahu. aku kat rumah kazen aku dah tanggal tudung sebab tak ada orang lelaki pun kat rumah tu. masa keluar tu, aku tak nak pakai tudung bebetul sebab nanti aku yang kena turun..:p
jadi sebelum keluar tu, aku capai je shawl aku. untuk tutup rambut and leher, :p
tak turun dari kereta pun...:)

azr, masih steady and okay sebab dia memang tak bertudung and rb pulak, oleh sebab dia kena turun jadi dia sarung je tudung inner dia..hehehe..

yang buat kitorang gelak tu kak l la, sebab dia la yang paling kelakar, pakai roller rambut tu.. hahaha...
dengan seluar purple tidur dia..
tak dapat nak dibayangkan kalau ada orang yang kenal dia, and then terjumpa dia tengah pakai macam tu..

kak tna: l. kau la pergi turun, tu rb tu tak boleh turun belah situ tu.
*kak tna giat mengusik. er, aku pun lebih kurang sama je ngusik kak l suruh turun*

kak l: hey, memang tak ada maknanya lah kan..
*kak l gelak*

kak l siap post dekat facebook lagi,
"attention, kalau terjumpa 5 orang slurpee girl dalam kereta kelisa oren around shah alam, tolong jangan tegur*

lelebih lagi kitorang siap buat rondaan dekat rumah-rumah hantu yang ada kat shah alam..:p
sesi melawat rumah hantu.. :p siap berhenti lagi park dekat rumah hantu..

macam-macam gaklah jadi, mula-mula kak tna lupa nak buka lampu kereta..
lepas tu, kitorang nak slurpee purple, lepas tu rb dengan azr kata slurpee tak ada, rupanya bukan slurpee tak ada tapi, slurpee warna purple je tak ada. slurpee warna lain ada. kitorang kata, laaa, tak kisahlah asalkan ada slurpee..
tapi, oleh sebab masing-masing dah malu, rb dengan azr malu nak masuk 7 e balik, kak l dah malu sebab kebetulan masa tu abang-abang dekat kedai burger tu asyik pandang kereta kitorang je, jadi kitorang pergi seksyen 9 punya 7e.

lepas tu, bila melawat rumah hantu tu, kitorang ternampak rumah hantu tu lampu terbukalah, (kitorang duduk dalam kereta je, gila nak turun..:p) rupanya lampu kat belakang rumah hantu tu yang terbuka..
bila dah nak balik tu, tiba-tiba aku perasan lampu kereta tak buka,
"eh kak tna, bukalah lampu kereta."

"eh, bila masa akak tutup lampu kereta? yang terlupa tadi tu, akak dah bukakan?" kak tna terkejut.

"eh, kau biar betul. tulah kita ni, buat kerja random lagi sampai pergi rumah hantu." kak l cakap.

nasib baik kereta tak rosak kat tepi jalan ke apa tau, kalau tak apa kes beb... ahhahaha

bila ingat balik, kelakar dowh kitorang ni, buat kerja random..
yang paling kelakar tetap kak l, dia dahla diva, sekali bila buat kerja random, pakai seluar tidur purple dengan rambut yang penuh dengan roll roll rambut tu..hahahaha..
diorang panggil rambut kepuk-kepuk..:ppp

aaa~
i miss all my cousins..
i miss to do random things...
i miss to be one of the gossip girls...
i miss our pillow talk...
i miss our gathering...
i miss us..

bila buat balik kerja-kerja random and have our pillow talk, memang bestlah..
:p

tapi, aku tau, bila aku mula mendiamkan diri before, is for my own sake and good..tak nak salahkan sesiapa dengan apa yang terjadi..past is past..
sekali sekala bolehlah macam ni kan..but kalau selalu macam dulu, tak kot. sebab makin kita rapat, makin rasa terluka bila something not nice happen..
and, its good for me, sebab aku dapat terus mencari dan mengenali diri aku sendiri.. tanpa orang-orang sekeliling yang membentuk aku...
:)

semalam birthday party anak kak l, nanti aku kalau aku rajin aku update story kitorang main game pulak..haha..:P

and bila dah buat kerja random tu, semua dok guna tagline,
"we are young, we run free"
haha

xoxo,
me~~~

25 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

i can imagine all the happiness is there....

Choki said...

Haha..Best nyeee.Btw,lain kali ckp la nk singgah Shah Alam :-P Hehe..

Faza said...

suker tagline tuh! "we r young we r free"..ohw im asked myself? i still young? >.<

si kiut lavender said...

hahah....bezkan dpat spend time ngan kazen smua...

bila baca entry nih bru terasa yg kita ni pun dah lama tak melepak ngan sepupu sepapat....huhuhu

elgibran said...

nice posting...
salam hangat Dari sahabat
BAndung Indonesia
terimakasih apresiasi nya

Leeya Hezlin said...

Seronoknya dapat berkumpul ramai2 dengan cousin2..
Rindu nak berkumpul macam tu..
2 bulan lagi..kena sabar ni..
Hehehe

Liselle MonCherie said...

Seronok baca Happy Random time Miss M bersama cousin2 yg tercinta hehehe
Hohoho sleepover with cousins! :D
Blood is thicker than water :)

Mak Wardah said...

Salam Kenal. We enjoyed life...

Akue Achik said...

rapat ngan kazen..gud.. :))

sy tak rapat ngan kazen sdiri..knal pon tak kot..huhu

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

aiseyh..buat lagi kerja-kerja random..nasib tak ada apa yg jadi..

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

fuhh..nasib tak jadi apa-apa...

O CIKTEDDY said...

wah..mesti best tahap x tertahap dh.haha

Woofer Storm said...

be happy..lain kali selalu jumpa czen ye.jadi tak la dorang kata smbong lagi..ehehee

۞ s.m.i.l.e ۞ said...

datang follow sini ye dear... salam manis dari [smile]

Miss Butterfly said...

alaahhh . bestnyaaa >.<



rindu ngan rumettt >.<

El-Janna said...

ok ni mmg kerja gila^^

Anonymous said...

wah! bestnya..have fun..akk pun tak pernah mcm tu..teringin nak rasa..kehkeh..->kak nasha yg jeles..huhu

lisa said...

lisa pun rapat dgn sepupu dulu tp sekarang dah agak tak rapat sebab dia di johor.,

kenapa tak sorang je beli slurpee tu? ;p

CaDLyNN said...

dah lame tak kumpul dgn kazen2...masing2 bz skrg including me..huhu

Juliet_iRa~" said...

heee bestnyaa...:)

pillow talk always the best sbb mcm2 leh cte kan..hee

akk sll wat ngan cousin wktu raya..ngee..

miss u!lama xdtg sini..akk bz..uhukkk

kay_are said...

aku kat shah alam gak.. seksyen 7 <-- tetibe datang shah alam bukan nak bagitau <-- tetibe.. tapi, nape tak terjumpe langsung ye? <-- lagi tetibe.. owh 6 april 2012, aku turun bangi time tu.. patut r tak jumpe.. =P

CekbOlat-bOlat said...

wahh.. best tuhhh..

mama cekbolat dlu pkai kain btik nk pegi amek babah kt office.. last2 kete osakk @_@ trauma smpai hri ni,kluar ke kedai pun liplapliplap

kim heeruul said...

bergosip itu topic utama bila dah lama tak jumpa. hihih.. ^^

Nong Andy said...

satu jer nak cakap

JELES!!

۞ s.m.i.l.e ۞ said...

datang lagi ke sini, terima kasih sebab sudi folo~komen dulu baru nak mula membaca entri-entri di sini..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...