Miss Magnifique!!

Thursday, 26 April 2012

(Cerpen) Did You Forget?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Did you forget
That I was even alive?
Did you forget
Everything we ever had?
Did you forget?
Did you forget
About me?






Dahulu.      

Memandang handphone yang sepi. Sepi tanpa text message mahupun deringan telefon. Memandang ke luar tingkap. Menghela nafas. Dan memandang sepi langit petang yang ingin melabuhkan tirainya.

Tidak tahu apa salah diri ini. Tidak tahu apa yang telah diri ini buat sehingga dilupakan. Tidak tahu kenapa ditinggalkan tanpa bicara. Tidak tahu kenapa tiba-tiba disisihkan. Tidak tahu mengapa segalanya berubah secara tiba-tiba.

Mencapai buku, menyelak helaian demi helaian.

Buku ini teman yang setia. Teman yang tidak pernah meninggalkan kala gelap. Tidak pernah meninggalkan kala duka. Tidak pernah meninggalkan kala sunyi. Ianya bisu tanpa bicara melalui gegendang telinga. Namun helaian-helaian nya berbicara di hadapan mata. Kadangkala ia berbicara dengan suara yang lembut, kadangkala ia bersuara dengan suara yang sedih, dan kadangkala ia berkata-kata dengan penuh keceriaan dan gelak tawa.

Sedar diri ini perlu menerima hakikat, manusia kan pergi. Manusia tidak akan selamanya disisi. Manusia akan melupakan kita. Manusia tidak mungkin dapat sentiasa di sisi.

Senyum. Hakikat kehidupan ini begini, ya. Kita belajar dari kesakitan. Kita belajar dari kesunyian. Kita belajar dari kelukaan.

Tidak mengapalah, dunia sepi ini sesuai dengan diriku. Dunia sunyi ini melengkapkan aku. Dunia tanpa teman ini menggembirakan aku.

Pada mulanya aku ingat, mungkin aku harus berteman. Mungkin aku harus keluar dari dunia sendiri aku. Bergaul dengan orang. Namun, tidak ya? Kerana, mereka melupai aku. Kerana, mereka menyakiti aku. Kerana, mereka hanya ingin berteman kemudian melupakan aku.

Tidak mengapalah ya, aku baik-baik saja. Aku senang begini. Senang tanpa mereka. Gembira tanpa bicara. Tenang tanpa perlu difikirkan, baju apa yang sesuai untuk menjadi sama taraf dengan mereka.

Kini.

Bila aku sudah beku dan dingin. Bila aku sudah biasa tanpa mereka. Mereka datang kembali. Mereka kata, sunyi tanpa aku. Mereka kata, aku sombong kerana aku tidak menjawab text message atau telefon.

Aku hanya senyum. Ah, sudah lupakah kalian, kalian juga yang mengajarku untuk menjadi begini. Seperti mana kalian sudah lupai aku, begitu juga aku. Hatiku ini, sudah beku lagi dingin. Sudah tidak mahu berteman lagi. hanya ingin hidup baik-baik dan tenang saja di sini. bersama buku-buku ku. Bersama kertas-kertas ku. Bersama pena-pena ku.

Ah, ada juga yang baru ingin merapati diri ini. Namun, pengalaman lalu itu sungguh berguna ya? Aku jadi takut untuk dekat atau rapat sama orang. Kerana, bagi aku, mereka ingin dekat dan rapat untuk menyakiti aku, untuk melupakan aku, untuk biarkan aku sendiri bersedih kerana mereka.

Lantas, aku tidak benarkan mereka rapat sama aku. Dan kadangkala, ada juga teman yang buat aku selesa, tapi aku takut, lantas aku jauhi mereka. Kerana, aku perlu protect hati aku. Hati aku ini rapuh. Hati aku ini sudah banyak parutnya. Lantas, aku dibenci oleh mereka.

Namun, tidak mengapalah ya. Kerana aku senang begini. Rapat sama manusia, buatkan aku sakit dan terluka. Jadi aku rasa, aku baik-baik begini. Tidak perlu risau disakiti. Dan tidak perlu risau menyakiti.

Maafkan aku ya, teman. Jika aku menyakiti kamu. Aku tidak bermaksud. Namun aku ini, orangnya, belajar dari pengalaman masa lalu.

Maafkan aku ya, teman. Aku sudah tidak bisa seperti dahulu. Yang selalunya keluar sama kamu. Yang selalunya berkongsi suka duka bersama kamu. Kerana, kamu juga yang mengajar aku untuk menjadi begini.

Dingin dan beku.

Oh maafkan aku lagi ya, teman. Aku ini bagaikan menyalahkan kamu pula. Maaf, kamu tidak salah apa-apa. Aku yang bersalah. Kerna aku ini berkecil hati dan terluka orangnya. Aku ini barangkali teman yang membosankan, jadi kerna itu kalian meninggalkan aku. Maafkan aku ya, teman. Kerana tidak dapat menjadi seperti teman yang kamu ingini.

Aku kan pergi, jauh dari kamu. Izinkan aku bersendiri ya, teman? Kerna aku, tidak layak di sini bersama kamu. Tidak layak bertemankan kamu. Kerna, aku ini manusia yang luka.


*** 
p/s: ini adalah bahasa baku ala-ala bahasa dulu-dulu. slangnya pun slang orang dulu-dulu.
sekian.


p/s: nanti aku blogwalking tempat korang. sekarang ni, idea tengah mencurah.
sekian.
IU

25 comments:

Choki said...

A short story that tells a long history of heartbreak.Maybe Kak M x percaya ni,tapi saya pun slalu jd cm ni.Kdg2 tu family saya sndiri pun susah nk percaya.Kena survive on my own.Maybe you're the same way Kak.Insya-Allah you have a bright future.Allah S.W.T x bebankan Hamba-Nya dengan beban2 yg mereka x mampu handle ;-)

reenapple said...

Aku merasakan aku sedang membaca luahan hati aku sendiri.. itulah yang aku alami.. hidup dalam dunia sendiri.. takut untuk rapat dengan seseorang, risau jika ia akan melukakan aku lagi. Pengalaman yg kejam itu mngajar aku banyak perkara tentang kehidupan. Terlalu...=)

CikAnyss' :O said...

wahhh , cik m berbakat llaa .. jeles , hihi

millerJ said...

waah! ni part of your cerpen ka? hehehe. lama tak mnulis crita2 cmni.pling last msa skola mngah dlu >__<

shedameor said...

Sedar diri ini perlu menerima hakikat, manusia kan pergi. Manusia tidak akan selamanya disisi. Manusia akan melupakan kita. Manusia tidak mungkin dapat sentiasa di sisi.


suke yang atas, terbaik and setuju sangat2 :)

CaDLyNN said...

keep on writing girl! :)

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

memang bahasa baku punya..kalau yang baca tu tak faham memang tak akan faham...mendalam betul cerpen ni kak teenage..=)

Akue Achik said...

jgn...jgn bgitu..maafkn sj dan biar smua kmbali sprti duluny..

HeNRieTTa JoSe said...

yey...exam dah abis...blh la BW...

O CIKTEDDY said...

kdng rase diri ni pelik + aneh dr org lain..cuba mengelak..cuba menjauh.tp mnusia jugak tak boleh mengelak drpd mnerima org lain dlm hidup..rasa janggal + tersisih itu normal..tp perlu sedar yg kita hidup di dunia utk eratkan silaturahim..ehh cik dh melalut dah..hehe k tata =D

khairul said...

nak p mana ni ?

Badrina Ibtisam said...

Suka post ni!!! (Y)

si kiut lavender said...

skl pun macam tuh jugak.
suka hidup tanpa ada teman
tiada gangguan

tapi,kekadang terfikir
diri nih tak mampu nak hidup sendiri
hanya dalam dunia sendiri

cinta siswi said...

jenis mcm nie la yg buat siswi hangin stu badan..hikhik..

#suk bce penulisan dear.. buat novel..hee

Nong Andy said...

kenapa rasa mcm ni cerita si penulis ye? :D

Liselle MonCherie said...

Huhuhu I feel this cerpen~
It's reality!!! Kadang2 org org yg kita betul2 percaya adalah diri kita sendiri.We have to rely on ourselves to become what we always want to be.
Sometimes when we think we're alone.Allah is always there for us :)

*Bearhug!*I miss you so much!

jeBateja said...

beri alh mereka peluang.....semua org ada salah silapnya....ahakz....mekdi satu./.....

Nana said...

selalu jugak jadi macam ni..bila Nana reject lelaki tu,mereka hilang begitu shja,carik awek baru..bila clash,carik nana balik..alasannya sebab x dpt lupakan nana..huh

Miss Purple Ungu said...

jgn sedih2 ye sis
biar miss purple jd teman ;)

Si Matatajam said...

Lps ni bleh publish novel sdri ye dik.

ABU said...

manusia bagaikan kacang lupakan kulit *tetiba :P

syafiqakarim said...

seperti apa yg sedang di alami.

Telor Power said...

kisah hidup atau kisah rekaan ni TH?

kay_are said...

cerpen yang ni lebih kepada monolog diri sendiri je.. mungkin sebab takde situasi and watak just mintak maap kat sume orang kot.. aku rase camtu..

aiEz said...

kadang bila diperlakukan sedemikan,seakan terkecil hati rasanya bila diperlakukan semacam tu...bila makin lama,hati jadi makin kental seakan tabah dengan permainan sebuah kehidupan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...