Miss Magnifique!!

Thursday, 10 May 2012

"Adik Yang Asing..."

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


masa: 2008
tempat: rumah


aku rebahkan badan di atas tilam aku yang dah bertahun bersama aku. badan aku tiba-tiba rasa lemah. kepala aku sakit. aku selubung diri aku satu badan. dari hujung kaki sampai hujung kepala. sungguh hati aku rasa lain, kepala aku sakit tapi kosong.

"adik..."
huh?
"adik... tahanlah. dan lawan rasa sakit ni. kuatkan hati."
siapa adik?
kenapa orang panggil aku adik? dan kenapa aku panggil diri aku adik? siapa adik? 

aku rasa perkataan adik itu sangat asing dengan diri aku. sedangkan sebelum ni, perkataan adik dan aku adalah satu. sebab aku selalu membahasakan diri sendiri adik, even dalam hati pun aku tetap membahasakan diri sendiri adik, bila aku bagi semangat pada diri sendiri, aku akan sebut, "adik, be strong." sebab bagi aku, adik itu aku. dan aku adalah adik. aku sangat selesa orang panggil aku adik. dan aku sangat selesa menjadi adik.

tapi petang ni, aku rasa adik itu sangat asing. kepala aku sakit. sangat sakit, memikirkan siapa adik itu? dan kenapa adik? adik itu lelaki atau perempuan? kenapa adik? siapa adik? apa maksud adik? aku rasa takut dengan adik ni. sebab aku tak kenal siapa adik. 

otak aku mula huru hara. kepala aku sakit. hati aku bagai terpenjara.

"adik...adik kena kacau. lawan.. ini perang psychology, ini perang hati. adik, lawan."
siapa adik? jerit hati aku.
siapa adik???

kejap, sepatutnya adik tu, adalah aku. aku adalah adik. 
tak, aku bukan adik. perkataan adik ini sangat asing. a.d.i.k. bunyi nya pelik. 
tapi, aku adik.

kenapa aku rasa asing? kenapa diri aku ni asing? kenapa adik itu asing? adik itu tak seperti sebuah nama. adik itu seperti benda yang jauh. 
tapi...

aku bukan adik!! adik tak wujud!!! ini bukan jasad aku. ini bukan rumah aku. ini bukan diri aku!!!

aku panik. aku sedar apa yang jadi. psychology aku sedang dipermainkan. minda aku sedang cuba dikawal. hati aku ada yang ingin penjara. 

aku panggil nama sendiri.
itu bukan nama aku!! aku tak kenal nama yang disebut tadi.

tak boleh jadi ni. aku mula membaca ayat-ayat suci. dan aku memanggil nama adik.

aku dah kata itu bukan nama aku.

kepala aku makin sakit. badan aku juga mula rasa sakit.
aku jadi takut. ya Allah, bantu aku. aku berdoa dan berdoa. aku tau apa yang jadi, tapi aku tak dapat nak menjerit meminta tolong. aku tak dapat nak minta tolong orang lain. melainkan membantu diri sendiri. melainkan memohon pada Allah.

okey, bertenang. ini bukan kali pertama aku kena kacau. ini bukan pertama kali makhluk halus kacau aku. tarik nafas dalam-dalam. baca ayat kursi.
tapi, ni bukan makhluk halus. sebab aku tak nampak benda yang kacau aku. kalau makhluk halus, aku mesti nampak dan rasa benda tu di mana. ni masalahnya, aku tak nampak dan tak rasa dia dekat dengan aku.

habis kalau tak ada benda kacau, siapa kau?
kau tu aku.
kalau aku ni kau. aku kenal nama sendiri. dan aku memang dipanggil adik!
hahaha.

pergi. jangan kacau aku. pergi jangan kacau aku.
aku pegang kepala. kepala aku sakit. dalam kepala aku huru hara. badan aku sakit. aku rasa seluruh badan aku macam menggigil. aku rasa tangan dan kaki aku sejuk. aku tahu apa maksud ni.
pergiiiiiii...jangan kacau aku lagi.

aku baca ayat-ayat suci. tidak lagi peduli dengan kekeliruan yang cuba diwujudkan. aku tau dan aku kenal yang aku dipanggil adik. dan nama aku....

dan aku membuka mata. 
adik...
ya, ni adik...

aku menangis dan menangis.
aku rasa ngeri. aku takut aku mungkin hilang ingatan. aku ingat aku dah gila bila aku tak tau siapa aku. bila aku rasa bukan hanya nama sahaja yang asing. tapi diri aku asing. dan aku rasa macam aku berada di rumah asing.
ya Allah, terima kasih, kerana masih mewaraskan aku. kerana aku rasa aku hampir gila tadi. hampir gila.
aku tak tau berapa masa yang berlalu. aku tak tau berapa lama. tapi yang pasti untuk diri aku sendiri, aku rasa waktunya cukup lama.

aku duduk. air mata masih mengalir. aku takut, kerana sungguh aku seperti orang hilang akal yang tidak tahu namanya sendiri dan tidak tahu diri sendiri dipanggil adik.

handphone aku berbunyi.
aku melihat nama yang tertera. 'papa'
tiba-tiba aku tertawa. tertawa dalam tangisan.

papa, have you never had enough? you and me know, what happened between us. you play smart. and i play dumb. aint i your daughter? tak cukup tengok anak sendiri menderita? papa, i have had enough with your games. please, i'm begging you. stop all these. adik dah tak larat nak play games. adik dah tak larat nak main psychology wars. you win. you win, papa. i never fight back, because i dont know how to fight. but, i will never stop protecting myself. cause, the only thing i knew, is protecting me. i'm not going to let you 'conquer' me in this dirty games. in this psychology wars. yes, when we face to face, i'm afraid, and you always win. but, in this psychology wars, you win, but i'm not going to lose. got it?

dan, aku angkat fon. lap air mata. dan bersuara seperti biasa. agar 'sakit' aku tak diketahui. agar tangisan aku tidak dikesani. agar aku tidak memberi kepuasan pada orang yang ingin lihat aku derita.
aku bersuara seperti biasa. dan bercakap seperti biasa.
dan aku tersenyum puas, kerana di hujung talian, aku kesan ada yang kecewa.

i win.

play smart all you want, but i always play dumb. that's my specialty. y'know?

*** 

hanya cerita rekaan.
tiada kena mengena dengan sesiapa. yang hidup mahupun mati. 
maaf kepada siapa yang tak faham, sebab aku pun tak faham motif cerita ni. sekian.

ikhlas,
adik~

57 comments:

shedameor said...

yes, tak bape nak paham. hehe

zera eira said...

adik ade konflik dgn papa dia kan?

Choki said...

Ada motif tersembunyi maybe..Kak M je x tau :-)

kura said...

sy faham sikit sikit! :0

lisa said...

Tak tahu siapa, yang pasti watak adik dalam cerita ni seorang yang kuat.
s/he really wanna protect him/herself :)

Telor Power said...

cis....terkena aku. cerita rekaan rupanya. tahniah buat aku membacanya dgn khusyuk.(mati2 ingat cerita betui)

keli menari said...

hehe.cerita santapan ku di awal pagi :)

Miss Purple Ungu said...

kena mengucap byk klu terkena situasi mcm tu huhu

Haruno Hana 하나 said...

nak lawan psikologi kita mmg susah kalo x reti nk kawal.. :)

aku HaniAsyira said...

adik jgn xigt diri sndiri taw... xmo2...

motif citer?? meringankan otak dgn menulis.. kan..kan..kan.. =)

CaDLyNN said...

jgn biarkan n lyn sgt perasaan tu tau adik :)

syafiqakarim said...

terbayang kan sesuatu.
hmm

Badrina Ibtisam said...

Hehehe rekaan.. Nice story! (Y)

Liselle MonCherie said...

sometimes it's better for us to act like we lose something or act like we know nothing. :)

NOOR FATIN said...

rasanya awak kena sambung lagi cerita niii. haha baru pahammm :P :P

Azee Hana said...

la,,rekaan ke...huhuhu

Mizz ErMa said...

lorr..cite rekaan je ke? sy kemaen lg konfius, apa yg papa buat smpai adik leh jadi mcm tu? hehe

Uchi kay-f @hmad said...

penulis dlm pembikinan........

Ninaaa said...

Adik kuat dan tabah

Nong Andy said...

cerita rekaan yang di tambah perencah yg asli :)

Selendang Merah said...

best cerita nie..ada konflik dengan diri sendiri dimana dia cuba lawan dengan apa yang bermain di minda..tadi sm ingat ini cerita betul..nice story..5 star i give u..

akuamir said...

giler laa,, seram kot bace niehhh

Cik Yatt said...

hmmm

hazfee said...

cis! ingatkan citer betul dan seram tadi. rupanya rekaan =="

eLLa n aLia said...

actually, saya lebih suka cerita yang gembira.. xmo nangis2, walaupun hakikatnya orang lain xtahu.. sebab dengan cerita yang gembira, kita boleh gembirakan orang lain.. lalu terus menjadi kegembiraan diri kita.. keep it up..

bagus.. jadikan novel, n hantar p pihak yang mahu membeli.. boleh untung punya..

Woofer Storm said...

adik,sedarlah diri adik,yang adik itu adalah adik..adik tak kenal siapa adik??adik tu tetap adik..

#pening pula baca komen sndiri..

miss daya said...

i think u try to make ur point here kan.. yg berkenaan baca ni akan faham yg kitorg2 ni baca jd clueless.. haha.. watever it is stay strong.. act dumb if u have to.. strike back if u must.. nice story though.. :-P

eyqa amin said...

adik must be strong...but who is he/she exactly huh?
ha3

semutsengal said...

lama tak singgah =0

aniswany said...

ive read to the last word :)

org yg slalu follow belog ni mesti paham cerita ni ^_^

jaga diri adik <3

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

mendalam betul ayat dalam cerita ni..well done kak teenage..not everyone boleh buat macam ni..u re the best for me..=)

adan said...

kurang ngerti.. >,<

Ayie Abas said...

ayie faham...tak semua org alami situasi sebegitu sbb tu org lain susah nak faham....

cik mun said...

sabar ye adik..huhuhu

teha said...

kurang paham sikit.. heheheh

teha said...

kurang paham sikit.. hehehe

ABU said...

aku pun macam kurang faham.. tapi yang aku tahu macam ada imaginary friend aje.. menakutkan sungguh hahahaha

si kiut lavender said...

M...

skl xpernah lalui situasi tuh tapi bila baca macam something yg terserap di saraf dan terus ke hati

ntah..sukar untk tafsirkan apa perasaan nih.

Mr.Clive said...

congratulations kerana berjaya membuat i terpaku...hehehe...awesome!

kay_are said...

monolog dalaman tinggi sangat.. aku pun blur.. tapi nampak yang baik menang ok r tu.. em.. kakak aku pun panggil aku adik.. sampai sekarang walaupun aku ade lagi 3 adik bawah aku.. =)

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

kak is datang lompat2 ke sini.. aish... sibuk je memanjang kak is ni... hehehe

budak penjara said...

hati ko di penjara ke adik??haha ni dia budak penjara dtg utk bebaskan ko dari penjara..hehe

c'axoera ヅ said...

sedang cuba utk faham.....sebab monday slow sikit hehe

O CIKTEDDY said...

hmm agak rumit bila diri mula bicara sendiri..

Mario said...

byk berangan adik ni...hehe

Cik Kartun ( CK ) said...

err panjang nyew -_-

a.samad jaafar said...

cukup menarik..saya suka!
gaya monolog yg mengagumkan..tahniah..
saya jeles dgn org yg pandai bercerita..

EruzuLiyana said...

adikkkkk adikkkkk. rindu adik aku :')

kiera'sakura said...

saya faham rasanya... sebab bab suspens tue smpi dekat hati saya...

gud job adik ;)

Black Jeepsu said...

AKU mencari-cari apa motif yang tersembunyi... jelas.. tak perlu faham isi karakter sepenuhnya..

Cukup kuat! dengan

I WIN! :aku terkesan.

Akue Achik said...

fhm tapi xdpt nak huraikan..

Aishah Jahirah said...

owh xde kena mengena ye...rekaan minda semta2 eh..

Mr.She said...

err. speechless :O

Eera Shera said...

phm kot. adik berjuang dgn dirinya sendiri. berjuang dr apa yg papa dia cuba buat dkt dia. adik org yg tabah ;)

chemay said...

schizophrenic?

Hanih Borhan said...

psycho-ed.me.haha...

nursyaza said...

faham sikit2 tak faham bnyak2.. tapi syaza harap kak tabah hdapi smua niee.. u so strong kak..jngan pnah mngalahh.. kuatkan smngat.. love youu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...