Miss Magnifique!!

Monday, 18 June 2012

"Bila Aku Berbintikan Nama Sendiri"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


nama aku ada tiga. sebenarnya ketiga-tiga nama aku ni adalah nama biasa yang korang boleh jumpa di mana-mana. cuma bila nama kedua aku digabungkan dengan nama ketiga aku. hm, setakat ni yang aku tahu, gabungan nama aku hanya aku yang memilikinya...
huahuahua...

nama aku tak unik. nama aku nama biasa. cuma, gabungannya menjadikan hanya aku sahaja yang ada dan memilikinya..kehkehkeh.
tapikan, nama aku yang ketiga ni, sebenarnya bunyi dia taklah feminin sangat. nama ketiga aku ni lelaki ada pakai, perempuan pun ada pakai. salah seorangnya akulah. hoho. tapi yang aku pelik, memang ramai jugaklah lelaki dan perempuan yang guna nama ketiga aku ni, cuma mungkin ejaan dia lain sikit lah. tapi bunyi nya lebih kurang je. so penggunaan nama ketiga ni antara lelaki dan perempuan mungkin macam seimbanglah bagi aku..hehe.

aku nak cerita pasal zaman sekolah ni...:)

masa aku sekolah cina dulu. aku ada nama cina sendiri. nama cina sendiri tu memang betul-betul nama kedua aku je. and bila nama melayu aku dicinakan, dia terbentuk kepada tiga perkataan. jadi, walau pun nama melayu aku ianya adalah satu perkataan yang terdiri dari 6 huruf. tapi bila dicinakan, ianya menjadi 3 perkataan dan 3 huruf. 

jadi bila di sekolah cina, memang aku tak pernah lah pulak letak binti ke. letak nama papa aku ke. even kalau dalam kelas bahasa melayu, bahasa inggeris atau pendidikan islam. aku hanya tulis nama penuh aku without nama papa aku. sebab nama aku ni dikira panjanglah jugak, (walau tak panjang mana pun.) 

lagipun di sekolah cina menulis nama sendiri tak payah nak binti segala bagai. sebab kalau orang cina kan nama cina diorang yang nama surname tu kat depan sekali kan. so diorang memang tak pernahlah suruh anak murid dia tulis nama bapa sekali macam, ahseng anak lelaki ahsiong. joyah binti gamat. nandini anak perempuan gopal.

jadi selama beberapa tahun di sekolah cina, aku memang tak pernah tulis nama papa aku. even, kalau ada suruh tulis nama parents atau penjaga dalam sesetengah hal, aku letak nama mama akulah kan.. dah aku duduk dengan mama. hehe.

and then bila aku tukar sekolah private islam, aku pun mengamalkan lah juga sikap ini. iaitu sikap tak pernah tulis nama bapa. aku tulis je ketiga-tiga nama aku. sebab masa ni pemahaman aku adalah, nama penuh itu hanyalah nama penuh aku tanpa nama bapa. sebab kalau dia nak suruh letak nama bapa, mesti dia tulis kat situ, nama penuh dan nama bapa sekali, kan? :p

dan nak tau tak, kat sekolah private tu, aku rasa aku je yang ada tiga nama. kebanyakan kawan-kawan yang aku kenal semua ada dua nama je.

jadi, kekeliruan telah timbul.

ramai cikgu, ustaz, ustazah ingat aku ini berbintikan nama ketiga aku. hahahaha..
sampai ada satu sijil penghargaan aku itu, aku berbintikan nama sendiri. macam kelakar gila kan?

jadi barulah diorang tahu, yang nama ketiga itu bukan nama bapa aku. lagipun kalau kat sekolah tu memang selalu kalau panggil nama seseorang, mesti kena panggil nama bapa sekali sebab ada beberapa orang yang bernama sama. 
tapi, aku diorang panggil nama kedua dan nama ketiga aku. ngehngehngeh. (tapi yang bestnya diorang ingat nama ketiga tu nama bapa aku hahaha)

nama aku nama biasa, tapi gabungannya agak unik.. hahaha..:P

dan aku pun baru tahu, bila kena tulis nama penuh tu maksudnya kena tulis nama bapa sekali.
manalah aku tau kan, masa kat sekolah cina, nama penuh tu nama sendiri je. haha. sekali masuk sekolah melayu ni, kena tulis nama bapa sekali pulak dah.

tapi, aku jarang je tulis nama bapa aku. nama aku dah panjang, kalau campur nama papa aku, lagi panjang okey. nama aku ada tiga campur nama papa aku ada dua, kalau gabung, orang kena sebut lima nama. jadi, tak yah lah. panggil je nama kedua and nama ketiga aku. ekekeke.

ini adalah kenangan yang agak kelakar lah bagi aku.
sebab aku ingat lagi macam mana aku terkulat-kulat baca dalam sijil penghargaan tu  nama pertama dan kedua berbintikan nama ketiga.. 
aku macam, ehhh?
*dahlah announcement kat perhimpunan, mula-mula aku macam ragu-ragu jugak, tapi oleh sebab kelas tu memang aku je bernama sebegitu, aku gagahkan diri juga mengambil sijil itu, dan membaca sijil penghargaan tu berkali-kali.*
jadi, maknanya aku ni, anak kepada diri sendiri? apakah?? (masa ni aku budak umur 12 je tau, jadi pemikiran pun blur je)
haha.


yang terkenang zaman dulu,
aku~

27 comments:

aku HaniAsyira said...

hahaha.. oklah tuh nama panjang kan.. tapi bila berbintikan nama sendiri mcm pelik dah.. tengah membayangkan ni..

Iffah Afeefah said...

nak agak nama kau boleh

aku rase nama kedua n ketiga je

nur firdaus.

maizatul nur firdaus?

ce gtau nme kau. kan sng haha

Telor Power said...

apa nama cina tu

.........cP~ said...

Salam.
Hehe. Macam tu lah kalau nama panjang. Pulak tu nama uniersal. laki perempuan boleh guna. Nama saya panjang tapi tak mengelirukan.

shera haifa said...

haha.. berbintikan diri sndiri.. sbbkan nama ke3 tu lelaki sbb tu ckgu kata tu nama papa awk.. sbb mmg jarang org nak tulis nama dye bla bla binti/bin bla bla. main tulis strght je

Akue Achik said...

huhuu..
nma sy tak pjg, tp kdgrn mcm nma llaki..so org salu igt nma blkg sy tu nma bpa sy..

missha said...

kawan missha pun ada yang nama pnjang macam ni :)

Eyda Syahida said...

hahaha macam kawan eyda.. tp gabungan nama parents dye je ah..

name eyda cmpur name abah ade 3 je.. ni awat sampai 5 nih? haihhh susah org nk akad nikah nanti :p *kidding*

Nong Andy said...

akak gelak aja baca dari awal smpai akhir.. lucu gak citer pasal nama ni eh..

* agak2 nama ketiga tu "Noor' tak? kan org selalu guna nama tu// lelaki pung guna gak hehehe..

Anonymous said...

hai dik! lama tak singgah sini..huhu..rindu kamu..akk sgt busy..so tak de masa..huhu..take care and hope berjaya selalu..=) kak nasha..

zera eira said...

btw, siapa nama nyaa? Hehe

kay_are said...

name aku tiga gak.. tapi dah tak rahsia kan.. =P tapi name second paling susah sebut.. aku r.. em.. ko cite pasal name pun leh jadi entri panjang camni kan.. kagum2..

mrs puex said...

salam kenal n singgah sini..

done folo u..feel free to visit me back ye :D

regards,
mrspuex

syafiqakarim said...

ni mesti nama panjang ni
kalau pendek je cm kite.
acane? ;p

ஜ miss klanika ஜ said...

cegu dulu tak sporting. asal tak tulis nama bapak dicop anak hantu =.="

shedameor said...

ape kata bagitahu je nama tu ? hehe

Aishah Jahirah said...

hehee....ada anak t jgn letak nama panjang2 ye...abeh tu sijil tu tak betulkan ke?

EruzuLiyana said...

nama kita pendek je. hehe

Kopi Adrenalin said...

name aku pon panjang gak...3 jugak...tapi selamat nme bapak aku ade 1 je..hehee

weyh.ni.follow blog ini..follow back ya

chemay said...

nama chemay pendek je.
senanggg~\hihi

Black Jeepsu said...

nama aku pon!!!!!! urgh!

Ayiesha Sani said...

anda di tag
http://ayieshasani.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html

NASZ said...

salam kenal. dah follow awak.

panjang betul entry berkisarkan ttg nama je. Tapi saya baca sampai habis. hehehe.

Jemput ke blog saya.

http://www.mohdnaser.com

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

Elysa Sofia said...

boleh bayang cmne peliknya nama berbintikan nama sendiri :D

miss daya said...

cite psl nama.. dr kecik i ada nickname sndri.. xde kna mngena lngsung la dgn full name i.. kat skola cikgu pnggil nama i slalu buat dek je.. luper hihi

Liselle MonCherie said...

Hahahah! Lawaklah 3 nama hehe,sy un cikgu selalu complain nama susah la panjang la.padahal 1 nama je hehe XD

si kiut lavender said...

tudia...

dpat bygkan situasi M yg blurr bila dpat sjil penghargaan tuh..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...