Miss Magnifique!!

Tuesday, 17 July 2012

[18.07.2012] Surat Untuk Mama

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


andai kata surat ini mampu diposkan ke atas sana, andai kata surat ini mampu dibaca mama.. andai kata untuk kesempatan kali ini untuk mama baca...

mama,
selamat hari lahir! happy birthday!! shen ri kuai le!!! saengril chukahae!! sanah helwah!!

mama,
kalau mama ada lagi 18 julai ni umur mama dah 52... cepatnya masa berlalu, kan? tak sangka dah enam tahun kita tak sambut bersama-sama dengan jasad mama di sini. dah enam tahun... lamanya hidup adik tanpa mama kat sini...:')

mama,
enam tahun ni, adik hidup baik-baik saja. mama jangan risau, ya? mama, untuk enam tahun ni, adik cuba untuk mengurangkan dosa adik, supaya mama tak tanggung apa-apa sakit kat sana. tapi, adik rasa, adik ni dipenuhi dosa...dan adik pun rasa adik ni macam menambah-nambahkan lagi dosa... maafkan adik ya mama kerana tak dapat jadi insan tanpa dosa... adik harap mama takkan disakiti kerana kekhilafan adik kat sini...:(

mama,
sebenarnya... adik tak berapa okey.. i mean, hidup adik baik-baik saja...tapi, entahlah.. adik kadang-kadang rasa tak okey.. sifat positif adik agak menurun sekarang ni..
adik selalu berharap adik sentiasa ada sikap positif adik. tapi, kadangkala ianya menurun juga...:(

mama nak tau tak?
masa mama mula-mula pergi dulu...
adik kata dengan diri adik sendiri, adik akan okey. adik akan okey. adik positif yang adik akan lalui semuanya dengan baik-baik saja. adik positif yang ini adalah yang terbaik... 
tapikan ma... sakit rindu ni, sangat sakit ya, ma? adik rindu sangat dengan mama, sampai sakit dia adik tak tahu nak gambarkan macam mana...
adik rindu sangat dengan mama...

dulu kan ma, adik selalu rasa its okay, mama tak ada.. adik akan hadapi semuanya dengan okay juga. sebab Nabi Muhammad lagi kasihan, dia hilang ummi dia sejak umur 6 tahun... 
atleast, adik ada mama untuk 15 tahun...
tapikan mama.. adik tak sekuat nabi... 

rindu adik pada mama, kadang-kadang adik rasa nak cepat-cepat menyusul mama kat sana. tapi, adik lupa, dosa adik banyak sangat...entah-entah nanti, mama kat syurga, adik dekat neraka, lagi harukan ma?
adik naklah mati dalam iman and then jadi ahli syurga...

sikap positif adik menurun, sebab lebih lama adik hidup, adik sangat-sangat memerlukan mama di sisi adik.. baru adik tahu, walau orang lain yang juga yatim piatu tu, memang betul susah hidup tak ada mak ayah... baru adik tahu, adik sebenarnya memang sukar untuk hidup tanpa mama... 

mama,
adik kat sini masih lagi boleh tersenyum dan tertawa macam biasa.. adik tak selalu nangis dah.. mungkin air mata adik dah kering kot.
mama, cuma adik rasa adik ni memang hati batu, keras kepala, and tak ada hati pun ya jugak..entahlah.. 

mama,
mama hidup baik-baik je kan kat sana? :)

mama,
adik tak taulah hidup adik sekarang ni boleh dibanggakan atau tidak.. kalau ikut piawaian adik, hidup adik ni tak ada apa yang boleh dibanggakan.. atau boleh buat mama lega... 
adik tak reti cari duit macam mama, adik tak dapat tunaikan untuk beli rumah sendiri untuk mak dengan ayah, adik tak boleh jaga diri sendiri, adik tak dapat buat tu tak dapat buat ni...
adik ni macam useless je lah ma... :(

mama,
tapikan mama... adik masih boleh handle masalah adik sendiri macam selalu. Alhamdulillah, Allah sentiasa tolong adik untuk selesaikan masalah adik sendiri.. 
and bila diorang-diorang ada masalah, diorang-diorang masih cari adik... atleast, adik tau, adik boleh membantu diorang, kalau tak dapat bantu apa pun, atleast, adik boleh tolong dengar masalah-masalah diorang-diorang supaya mereka lega, kan ma?

mama,
adik nak dengar suara mama.. adik nak peluk mama.. :(

mama,
terima kasih sebab jadi ibu yang terbaik untuk adik.. adik minta maaf sebab tak dapat jadi anak yang terbaik untuk mama...

mama,
bestnya kalau mama ada kat sini... bestnya kalau adik ada mama lagi..
tapi, ini yang terbaik kan ma?
mama pergi dulu, pasti ada hikmah kan ma?
adik rasa adik tau dah hikmah dia....:)

mama,
adik kat sini baik-baik saja.. sebenarnya tak ada apa yang mama perlu risau.. adik saja nak manja lebih tulis surat ngada-ngada macam ni nak suruh mama bagi attention kat adik...
kalau mama dapat bagi attention kat adik...

mama jangan risau ya? adik masih lagi the super adik yang boleh settlekan masalah sendiri. yang selalu boleh berdiri di atas kaki sendiri walau dugaan datang bertimpa-timpa.. adik kan kuat? :)
jadi, mama kena hidup tenang-tenang dan baik-baik disana, ya? adik akan selalu doakan yang terbaik untuk mama..:)

mama,
malam ni nak mimpi mama boleh?
:)


lots of love,
adik ~

21 comments:

KhaiRin : anies said...

happy birthday to ur mom!
may Allah bless her...

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

YM faham sangat apa yang TH rasa sebab YM pun baru kehilangan Abah YM last year... :(

Lia Irdelia said...

kuatkan hati kamu,,,
doakan saja dia disana tenang,,
kita hampir serupa walau tak sama..

:)

Ayiesha Sani said...

ye..doa adalah hadiah yang paling baik untuk mama..sy pun sentiasa doakan mama sis ditempatkan bersama-sama orang yg beriman..kuat la demi mama k..:-)

reenapple said...

aku jamin... mama kamu akan senyum sahaja seandainya dia mampu baca ini.

berdoa sahaja dia ditempatkan bersama-sama orang yang mukmin dan soleh.

Nurlyla said...

berdoalah.. ia pnghubung antara yg mati dan yg hidup.. sedih baca entri ni.. :(

Jiwa Perempuan Gila said...

Al-fatihah .

Choki said...

Nk nangis baca ni :-) I don't see a person yg dh x de emotions sbb air mata dh kering or someone yg useless. Saya nmpk a daughter keeping in touch with her mother over 'There'. The bond of a child and his/her parent can be an unbreakable bond kn Kak M? I'm sure she was an extraordinary lady. I'm more sure she'd be proud of you if she was here ;-) Stay strong Kak M!

P.S : Happy belated b'day to your mama.May she placed among those of the pious and solihin.AMIIIN..Insya-Allah :-)

kay_are said...

selamat hari lahir kat arwah mama.. tak sangka mama tu kongsi bulan lahir same dengan aku. Kalau mama tu leh bace ape ko taip ni, aku yakin die mesti akan terharu dan bangga anak die still leh hidup berdikari lagi walaupun die takde. semoga arwah tenang di sana.. amin =)

Haruno Hana 하나 said...

sabar sis M.. doakan arwah mama sis M bahagia d sana.. insya-Allah, tempat sis M ialah d sisi mama sis M di jannah Allah kelak.. amin :)

shedameor said...

sebaknya. Al-Fatihah.

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

Allah.. Allah.. kak is pun dah lama xsambut hari lahir arwah ayah... since 2009 dulu... dia pergi 2 bulan sebelum menyambut hari lahir yang ke 69... hmmmm

perbanyakkan doa.. insyaALLAH...

moga mereka tenang di bawah jagaanNYA di SANA... amin

Eyda Syahida said...

banyak2kan sedekah al-fatihah ye.. :)

Alieza Dayasari said...

al-fatihah.. saya doakan mama saya dan mama awk.. ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman...

O CIKTEDDY said...

doa buat mama..mesti mama trsenyum disana ^^

MulutPayau said...

Al-Fatihah...
Semoga arwah mama adik tenang di sana...

Marya Yusof said...

As salam Adik M,

Dear... Happy Ramadhan Al Mubarak! May this Ramdahan bring joy & peace in your heart... May ALLAH shower you with His bless..insya'ALLAH...

Happy birthday to ur late mother... Doa banyak2 dibulan yang mulia ini nanti dan sedekahkan segala amal buatnya... insya'ALLAH pasti akan sampai pd mamamu dik :)

missSenget said...

doakan mama banyak2..


mama mesti bangga ada anak sekuat M.. =)

Leeya Hezlin said...

sayunya baca..
semoga anda tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan hidup..
al-fatihah untuk mama anda..

Leeyana Amzar said...

sedih bah bca surat ni..penah rasa sakit rindu ni wktu kehilangan dn teringat mak sy juga..sukar di ungkapkan

tio said...

sedihnya =( .. smoga arwah mama sis dtmpatkan diklang org yg briman.. aminn
bykkan brsbar.. smua ini ad hikmah nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...