Miss Magnifique!!

Tuesday, 23 October 2012

Aku + Coffee

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



aku selalu juga terbaca, mengenai writer dan coffee tak boleh dipisahkan. penulis dan caffeine seperti aur dan tebing. wahwahwah...
hehe..

aku bukan peminum kopi. aku tak minat benda bercaffeine... well, tapi aku pernah lah minum kan..hehe..

sebenarnyakan aku suka dengan idea writer with coffee... i mean aku selalu terbayangkan paulo coelho duduk dekat coffee bean, sambil minum coffee and duduk di berdekatan dengan dinding kaca sambil melihat pemandangan luar dengan pen dan buku nota dia untuk menulis cerita yang bakal dia tulis...
like wahh.. macam its really suites him..la..haha
and then aku terbayang, hlovate, nirrosette and penulis-penulis lain (yang aku malas nak taip satu-satu nama, kang entry ni jadi entry penuh dengan nama penulis-penulis yang aku kenal and baca buku dia kehkehkeh). duduk minum coffee and menulis... and like seriously that imagination makes me smile like idiot.
haha...
i mean like can you imagine it? seorang penulis duduk sorang-sorang, dekat meja dia ada secawan coffee yang panas yang dia baru lepas hirup, and then dia termenung sambil melihat langit dari tempat duduk dia dan di tangan dia ada pen yang menanti masa untuk dicoretkan dekat halaman buku nota yang terbuka...
i dont know why, i'm like this..haha.. but i just imagined it..:p

aku selalu gak terbaca yang bukan saja penulis tapi pembaca tegar juga sangat suka minum kopi sambil menghayati buku yang dibacanya.. *double wah*
i mean like aku terbayang, seorang perempuan atau lelaki, duduk dekat coffee bean ke, atau mana-mana cafe yang nampak exclusive (nak jugakkk cakap eksklusif), duduk sambil membaca penuh penghayatan, dan kadangkala menghirup kopinya..
like wahhhh..
macam aman je, duduk sensorang, minum kopi sambil membaca...
i dont know kenapa aku ada imaginasi seperti ini..
macam..wahhhhhhh..
haha~ :p

i know its not something yang macam havoc gila untuk diceritakan di sini. but aku memang nak tulis pasal ni.. hoho..
tapi, i really love the idea.. i mean aku selalu terbayangkan seorang penulis duduk di mana-mana cafe, sambil minum coffee and dengan tenangnya menulis dan mendapat idea.. 
*dreamy face*

i mean tak termasuklah dengan pelajar-pelajar yang bergantung dengan caffeine untuk stay up malam untuk study for exam kan..haha..
oh cerita pasal pelajar yang minum coffee or nescafe untuk stay up malam..
well, aku pernah jadi salah seorang darinya..hewhewhew..

back then in 2008... er, seperti yang korang tahu (atau mungkin ada yang tak tahu), aku kan self study... and aku kan tak pergi sekolah or belajar dengan cikgu..
so aku perlu motivasi yang tinggi untuk stay back dan study for spm.. lelebih lagi aku kena struggle study sekali harung untuk form 4 punya subjek yang aku tak study hape pun... well, masa form 4 tu keadaan tak mengizinkan aku untuk study...

aku ni jenis suka belajar malam... kalau siang aku akan penuhkan aktiviti dengan membaca buku motivasi... oh, masa spm dulu, aku memang banyak baca buku motivasi sebab aku tak nak hilang motivasi untuk meneruskan spm..
yelah, aku kan kena bergantung pada diri sendiri and bagi semangat pada diri sendiri untuk terus belajar...
and then aku suka menari tak kira masa :p... and then bila petang aku akan jogging...
yang jogging ni memang setiap hari aku jogging, tinggal kalau hujan je..
kalau menari pun hampir setiap hari jugak... tapi ni tak kira masa, kadang-kadang malam pun aku menari juga kalau tak ada orang..hehe

jadi untuk malam, aku akan belajar dari pukul 9 sampai pukul 2, 3 pagi.. of course la nak sekali harung belajar tu susah gila.. dan selalu je mengantuk.. well, itulah gunanya caffeine..
aku tahu caffeine tak elok untuk pelajar, tapi, entah macam mana, satu malam tu aku mengantuk, sedangkan baru pukul 11 malam.. jadi, aku pun buat nescafe, minum dan segar balik. dan teruskan belajar.. and sejak dari haritu, untuk stay back malam, pukul 11 je aku akan buat air nescafe untuk hilangkan mengantuk..
nak kata addicted tak jugak, tapi, untuk terus segar and terus belajar aku minum nescafe almost setiap malam.. 

habis je spm, memang aku dah tak sentuh pun nescafe... muehehehe...  minum jugaklah, tapi jarang yang amat sangat...

oh, lagi cerita aku dengan kopi and dengan mama..
masa mama sakit dulu mama suka sangat kopi yang aku buat... hampir setiap pagi mama nak kopi yang aku buat.. mama suka pekat dan manis.. mama suka pahit tapi manis..:)
kalau orang lain buat mama kata tak sedap..and mama boleh tahu kalau katakan ada satu hari tu, aku terbangun lambat dan tak sempat nak buatkan kopi untuk dia, and aunty aku buatkan.. mama cakap, "kopi ni bukan adik buat eh?"
hihi...

and tetiba sekarang ni aku teringin sangat nak minum kopi..
nak minum yang pahit tapi manis.. tapi, er..aku mestilah letak susu kan..
sekarang ni aku tengah minum kopi sambil tulis blog..hahaha..
saja nak try 'the feeling'..
kehkehkeh..
weh, nak berangan je pun..:P

tapi, sebab aku ni tak boleh nak handle rasa pahit sangat korang tau tak apa yang aku campur dalam kopi aku? well..
aku letak satu sudu kecik kopi (bagi aku ini sangat banyak okey! sebab dulu kalau buat nescafe aku letak sikit je nescafe..ni lagi kopi satu sudu kecik pulak tu!! hewhew), lepas tu aku letak gula, lepas tu aku letak 3 sudu kecik susu, aku letak air panas setengah mug (aku guna mug :p)..
lepas tu oleh sebab aku ni kreatif, aku letak air soya lagi setengah mug...
kahkahkah.. so jadilah satu mug.. :p
tapi rasa dia sedap jugak..
ada rasa pahit, manis, dan rasa soya..
kehkehkeh..

dan terciptalah entry ini.. kehkehkeh..

korang boleh try kopi letak soya... terutama yang suka kopi dan sukakan variasi dalam air kopi anda.. 
kalau korang dah rasa kopi yang dicampurkan dengan vanilla, caramel and macam-macam lagi.. yang hanya boleh didapati di kedai...
ce try letak kopi kat rumah tu and then air soya.. ni senang..tak yah pergi kedai.. buat kat rumah pun jalan beb..:p
haha..

aku teringin nak minum air vanilla latte, caramel latte dengan hazelnut latte..
aku teringin nak minum sebab nama dia macam WOW! haha..
oh aku teringin nak minum vanilla latte dekat chatime sebab aku pernah terbaca nama latte dia, fairy vanilla latte. 
okey aku teringin nak minum sebab nama dia macam sedap je..kahkahkah..:p
tapi aku belum cuba lagi, sebab tekak sebelum hari ni, memang tak terasa macam nak minum air latte-latte ni..:p



well..
sampai disini entry aku yang comel lagi comel dan lagi comel tahap gaban...
(aku tau korang nak muntah, sila muntah, sebab aku tak comel ponnnnn~ sobs)


daaa~
xoxo,
Miss M~

(terasa entry ini seperti aku tulis entry di awal-awal blogging. ha.ha.)

16 comments:

zera eira said...

miss m, zera tak boleh langsung bau dia. pelik yedak? -..-

chemay said...

*membaca sambil hirup coffee
heee
:P

kura said...

wahhh. anak mak, rajin buat kopi utk mak :3

CekbOlat-bOlat said...

wahh siap berfeeling . ehm bolat suka minum kopi jgak . cicah dgn roti mayat . hewhew

kay_are said...

rase nye tak pernah aku membace cite sambil minum kopi.. tak pernah terpikir nak wat camtu lagi.. bese wat membace sambil makan cikedis je.. memang sedap.. huu

faraherda.razalan said...

Tips....jgn minum kopi di waktu pagi. Nanti mulut berbau.....eeeuwwwww!

CaDLyNN said...

kopi buat akak pening kepala!

shedameor said...

sheda pencinta coffee :)

aku HaniAsyira said...

sy memilih kopi sy minum..

dpt feel x??

reenapple said...

kopi... mmmm.. dah lama tak minum. Haha. Tak nak ajar diri aku ketagih. Sem lepas, memang 2 3 gelas kopi aku bantai. Hehehe.

Dan serius, aku dapat bayangkan apa yang kau bayangkan tu... huhuh. Tapi aku, bila membca buku yg not really academic stuff, aku prefer coklat lagi.. ehehe. =)

Nong Andy said...

aku suka minum kopi.. tapi aku tak boleh minum kopi?

kenapa? sebab kalau aku minum kopi.. aku akan berjaga smpai pagi.. esok pagi nak kerja macam mana pula? nak tongkat dengan lidi cik mata tu? hehehe... jadi kalau nak minum kopi aku pastikan hanya pada waktu pagi smpai tengah hari. sebelah petang? haram!! sebab ia akan buat aku tak tidur malam hehehe...

the malay male said...

Writer tu minum kopi je? Isap rokok tak?

khairul said...

pekena kopi dan cucur pisang ...sempoi

Liselle MonCherie said...

Coffee and me is like a coffee bean splits into two sides!<---bagai biji kpoi terbelah dua. Mwehehe for abnormal people like me it is a must to drink coffee everytime~ :3

Izan Ishak said...

k.izan pun bukan penggemar kopi. tapi kalau nak minum tu bolehlah. cum aterfikir camna org boleh minum kopi tanpa letak gula or dgn gula yg sgt sikit. sure pahir giler kan. tak sangguplah...

hmmm.. nak try jugalah kopi letak soya.. cam best je bayangkan rasanya.

Unknown said...

Hi blog author. Saya Nirrosette. Dan saya selalu duduk kat Coffee Bean sorang-sorang minum Pure Caramel Frappe.

Itu saja. Hahahaha. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...