Miss Magnifique!!

Monday, 15 October 2012

This Was A Tale of 14 Years Old Girl~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




*end of year 2005

"adik, tolong uncle az."
gadis itu memandang pakciknya. sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuat. dia bukan doktor.

"uncle az yakin dengan adik. doktor nak buat operation dari tengkuk ni sampai ke pinggang. dan ianya berisiko. uncle az taknak. it will be worse kalau doktor buat pembedahan sebesar itu hanya untuk keluarkan darah kotor dengan nanah ni. uncle az yakin adik boleh tolong uncle az. adik boleh ubatkan uncle az."

gadis yang berusia 14 tahun tu membesarkan mata bila uncle nya kata doktor akan buat pembedahan yang sangat besar dan berisiko.

"tapi... adik tak tahu nak buat apa. adik tak yakin yang adik boleh tolong uncle az."

"adik, uncle az betul-betul yakin dengan adik. cuma adik je boleh tolong uncle az.buat je apa yang adik rasa betul. dan uncle az pasti itu yang terbaik."

gadis itu dalam dilema. ini adalah permintaan pakcik yang disayangi. sungguh dia tidak tahu untuk buat apa dengan uncle nya yang menghidap penyakit kencing manis dan sekarang ni penyakit itu mula tumbuh bisul dan bernanah.
dan dia juga tidak mampu untuk menghampakan unclenya. 

"insyaAllah adik cuba minta penunjuk."

selepas maghrib, gadis itu memberi keputusan. ini adalah sangat berat. kerana pakciknya mungkin saja boleh mati dengan pertolongan dia yang tidak bertauliah mahupun tahu apa yang perlu dibuat. dia hanya berserah pada Allah. kerana sesungguhnya sembuh itu milik Allah.

"kita buat dengan air zam-zam. kita cuci. keluarkan darah dan nanah tu setiap kali lepas solat subuh dengan maghrib. adik tak yakin dengan diri adik. tapi kalau betul uncle az nak adik tolong. i'll try my best."

bermula subuh keesokannya. bermulalah hidup gadis berusia 14 tahun itu sebagai seorang doktor tidak bertauliah.

dia menanggalkan kapas dan gauze yang tertampal di tengkuk uncle nya. 
lubang yang berada di tengkuk uncle nya sangat besar dan dalam kerana telah dimakan oleh nanah itu sendiri.
gadis ini bersyukur kerana dia tidak pernah takut dengan darah ataupun freak out dengan keadaan yang agak ngeri. dan dia juga mampu bertahan dengan bau nanah tersebut.

dengan pertolongan isteri uncle az, mereka bersama-sama cuba enyelamatkan uncle az.

uncle az kehilangan banyak darah. 
gadis it cuba mengeluarkan semua darah kotor dan nanah tersebut. kerana doktor kata nanah sudah berada sampai ke pinggang uncle az.

dan gadis itu bersama isteri uncle az bermandi darah kotor dan nanah juga daging yang telah tak elok.

mereka memulakan tugas dari lepas subuh. dan kemudian akan membuatnya lagi sekali selepas maghrib.

setiap kali selepas mengeluarkan darah kotor dan nanah, mereka akan masukkan air zam-zam ke dalam tengkuk uncle az untuk mencucinya. dan kemudian baru ditutup dengan kapas gauze dan plaster.

cuba juga dialinkan telur kepada badan uncle az. mana tau kalau-kalau nanah tu boleh masuk ke dalam telur tersebut. tapi sangat jarang menggunakan telur.

hanya mmemicit badan uncle az untuk mengeluarkan darah dan nanah, dan kemudian mencucinya dengan air zam-zam.

dan selalu diakhiri dengan doa,
"ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah segala dosa uncle az. kurniakanlah kesihatan kepada uncle az. ya Allah, sesungguhnya aku tiada kuasa apa-apa. aku bukan boleh menyembuhkan manusia. ya Allah, sesungguhnya kesembuhan itu milikMu, sungguh aku pinta kesembuhan untuk uncle Az... ya Allah ampubilah dosa kami. ya Allah, sungguh aku pinta kesembuhan dariMu. sungguh aku bukan sesiapa dan apa-apa. sungguh hanya padaMu kami berserah dan bertawakal."

ya, sebenarnya gadis itu sangat takut.
takut kalau dia buat silap. takut kalau uncle az akan lebih teruk kerana kehilangan darah dan tiada ganti untuk darah yang hilang. kerana uncle az memang tidak mahu jumpa doktor atau pergi hospital selepas gadis itu bersetuju untuk menolong.
takut kalau hanya uncle az yang yakin padanya seorang. sedangkan dia tidak tahu mahu membuat apa-apa.

berminggu-minggu masa berlalu, mungkin juga mencecah dua bulan dan lebih.
dan sungguh Allah itu Maha Berkuasa. 
segala penat lelah telah pun dibalas dengan kesembuhan.
daging-daging yang elok mula tumbuh dan memerah.
darah kotor dan nanah makin kurang.
dan lubang yang dalam tu makin kurang dalamnya. dan mula tumbuh.

ajaib sungguh kuasa Allah. dan air zam-zam ni memang air yang berkat.

gadis itu menarik nafas lega.
sememangnya dia takut apa yang akan terjadi. dia takut sesuatu yang buruk akan terjadi pada unclenya.
tapi, sungguh Allah itu Maha Mengetahui. dan memberi hikmah yang sangat berharga.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

setiap saat penuh ngeri. pabila setiap kali mencuci sarung tangan dan kain yang dipakai untuk mengelap penuh dengan darah dan nanah. 
dan buat pula di dalam bilik yang tertutup.
ianya menguji tahap keyakinan. bila pada mulanya tidak menunjukkan apa-apa hasil. dan uncle az makin lemah dengan darah yang berkurang.
gadis itu tahu, uncle az terdedah pada kuman, gadis itu dan isteri uncle az sedaya upaya untuk memastikan tangan bersih, kain bersih, dan sarung tangan yang bertukar setiap kali memulakan sesi pencucian.
walaupun gadis itu punyai keyakinan yang kosong pada dirinya, tapi dengan keyakinan uncle az padanya, dia meneruskan apa yang dibuatnya.

dan semua orang menarik nafas lega bila lubang ditengkuk uncle tertutup dan mula tumbuh kulit, tapi, tidaklah menjadi tengkuk yang normal, kerana tetap ada kesan yang tengkuk itu pernah berlubang yang sangat dalam.
tapi yang penting tiada lagi darah kotor dan nanah.
dan kulit mula tumbuh semula.


ah, ini kisah gadis berusia 14 tahun. yang cuba untuk menolong walau tiada keyakinan untuk dirinya sendiri. tapi, yang pasti keyakinan untuk Allah itu utuh. gadis itu yakin Allah yang memberi kesembuhan. tidak kisahlah siapa yang menolong uncle az, jika Allah kata sembuh, maka sembuhlah penyakit apa pun.


this was just a tale. 

moral cerita ini, yakinlah dengan Allah. dan yakinlah dengan air zam-zam yang diberkati...:)




ikhlas,
saya.

3 comments:

CekbOlat-bOlat said...

erghh . ngerii la pulak . terasa mcm kt tengkuk sndiri

kay_are said...

waah.. terkesima aku bace cite ni, keyakinan pakcik kat anak sedara dia dan keyakinan anak sedare tu kat Tuhan yang boleh kan keajabiban camni berlaku kan? =)

aku HaniAsyira said...

keykinan kepada Allah itu penting kan.. tp keyakinan pakcik yg percaya kepada anak sedara dia amat mengagumkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...