Miss Magnifique!!

Wednesday, 17 October 2012

Tips Untuk Pertanyaan: Macam Mana Nak Kurangkan Jerawat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



aku memang ada masalah jerawat sejak zaman awal remaja. 
dan pelbagai produk aku cuba. tapi, hasilnya sangat menghampakan T_T

tapi, Alhamdulillah sejak akhir tahun lepas, kulit aku dah mula menunjukkan perubahan positif. 
like seriously, korang takkan dapat bayangkan betapa teruk kulit aku, sampai ada seorang nyonya cina kata, aku low self esteem..(padahal aku relaks je, sebab aku boleh terima keadaan diri aku..:p)

tapi, sebab nyonya cina tu jugaklah, aku berazam untuk lebih rajin menjaga muka. tapi dengan cara sendiri. aku google internet untuk produk and juga cara natural, jadi akhirnya aku buat rutin penjagaan sendiri dan guna produk yang sesuai dengan aku..:)

well, sekarang ni pun tak adalah muka aku licin dan gebu. tapi like seriously, at least aku boleh tarik nafas lega muka aku tak seteruk dulu. 
so korang tak payah ingat muka aku licin, tapi, at least for someone yang pernah mengharungi saat-saat acne dan parut penuh kat muka, sekarang ni i really feel better...:) jerawat hanya tumbuh once in awhile, and parut memang ada lagi, but at least tak penuh kat muka. (dah lah pores punya masalah susah nak settlekan T_T)

haritu, i mean aku tak ingat post yang mana, tapi kak iffah afeefah , pernah tanya macam mana nak kurang kan jerawat.
so meh aku kongsikan sikit tips...

and sebelum memulakan entry, aku dengan suka hatinya nak mengingatkan lagi sekali, ini untuk mengurangkan jerawat bukan untuk menghapuskan terus segala jerawat yang ada, sebab aku pun masih mencari formula untuk menghapuskan segala jerawat dan parut jerawat supaya diorang tak tumbuh balik walaupun satu.. T_T *kulit aku adalah kulit yang lambat pembaikan pulih parut* T_T

tapi, meh aku bagi contoh paling recent iaitu masa balik bandung haritu, muka aku yang dah clear dari jerawat (tapi tinggal parut sikit2) tiba-tiba penuh balik dengan jerawat. jerawat yang besar2 dan sakit okey!!! OHMAIIII!!!

jadi, aku get back semula dengan routine penjagaan untuk jerawat...
aku tak guna apa-apa pencuci muka sepanjang muka penuh jerawat tu sebab kulit aku jadi lebih kering and mengelupas and sakit bila guna pencuci muka.

so apa yang aku buat ialah...

1. oatmeal
seperti yang korang tau dalam entry post oatmeal face scrub ni (di mana aku menggunakan oat as my scrub), jadi masa kulit aku penuh jerawat ni, aku guna kan oatmeal sebagai pencuci muka siang dan malam. (yang penting oat ni tak mengeringkan atau mengelupaskan kulit muka kita)
so aku cuci muka pakai oat dua kali sehari. 
masa ni aku pakai oat instant cook yang package warna biru.
*ada perbezaan teknik untuk mencuci muka pakai packaging warna merah dan biru. oleh sebab entry oatmeal face scrub tu pakai packaging warna biru, so lebih baik korang beli warna biru, atau nanti aku terangkan teknik untuk cuci pakai oat warna merah, tapi bagi aku dua-dua senang dan punya effect yang best..:)*




2. toner hada labo atau clinelle sahaja!
okey kenapa aku tekankan toner hada labo atau clinelle sahaja sebab kedua-dua toner ni korang boleh pakai tanpa menggunakan kapas. sebab masa kulit korang banyak jerawat dan sensitif, even kapas pun is not good for your skin. 
tapi, untuk apply toner ni kat muka, tangan korang kena bersih okey!
pakai toner lepas cuci muka, dua kali sehari juga. 
and lagi satu kenapa aku suka pakai toner hada labo dengan clinelle, sebab diorang bagi effect moisturiser. 
kedua-dua toner ini melembabkan kulit. (aku tak guna apa-apa moisturiser sepanjang kulit bermasalah jadi memakai toner yang boleh melembapkan kulit adalah satu kemestian) 

hada labo arbutin lotion 
(kalau tak silap harga dia rm45.9, agak mahal tapi berbaloi)
gambar dari mr google
kat jepun, lotion tu maksud dia toner...so kalau korang pergi cari toner ni kat kedai, jangan pula korang cari perkataan toner. sila cari perkataan lotion. aku pakai packaging yang warna biru. 

and sebelum pakai hada labo aku pakai clinelle purifying toner~ (kalau tak silap harga dia rm33.90 kot)
gambar kidnap dari pakcik google

3. aloe vera 
ini sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat penting!!!!!
kalau boleh korang cari yang de bella punya brand. sebab de bella aloe vera gel ni memang amazing! :)
sangat amazing dia punya kesan dan tindak balas...hehe.
korang kena rajin pakai. aku suka pakai satu muka and untuk jerawat tu aku akan letak setompok :p. aloe vera de bella ni memang sejuk je bila letak kat muka. and aku akan pakai sebanyak mana yang aku sanggup nak letak kat muka..hehe. 
pakai aloe vera lain pun boleh je, tapi aku pernah try dua brand aloe vera... tapi kesan yang cepat dan paling bagus aku rasa brand de bella ni ha.. like seriously..
even kalau korang ada luka, korang sapu aloe vera ni luka tu cepat kering, and cepat hilang parut.
tapi kalau korang nak super amazing, korang pakailah aloe vera asli yang betul2 dari lidah buaya tu... tu sekejap je aku rasa..tapi aku malas nak tanam pokok dia and then nak buka lagi and everything. so pakai yang dalam botol je..hihi.

lagi satu maksud aku rajin ni, bila lepas cuci muka and lepas pakai toner, pakai aloe vera. lepas setiap kali solat pun pakai lagi, tapi lepas solat ni pakai sikit jela, masa tidur baru pakai banyak-banyak...
aloe vera ni dia mengeringkan jerawat dan mengurangkan warna parut. and it soften our skin, and also mengelakkan kulit dari kering dan mengelupas. walaupun dia akan mengeringkan jerawat tapi dia takkan mengeringkan kulit...and kulit rasa lebih pejal dan best...:p
kiranya aloe vera ni macam kita punya holy grail la.. ceh wah.. tetiba nak pakai ayat holy grail kan.. ingat ni cerita da vincci code ke hape..:p

and lagi satu, aloe vera ni sila pakai setiap masa, even kalau korang makeup pun, pakai sebelum korang apply apa-apa makeup. okey. maknanya, jangan tinggalkan aloe vera anda!!!

harga de bella aloe vera gel rm38 (kalau penjual tu baik hati dia bagi rm35) :p ini korang kena cari kat stall-stall yang jual jamu la, atau penjagaan diri tradisional tu. haha. kalau korang cari kat guardian ke watson ke caring ke, memang tak jumpala..:p

ambil dari mr google jugak

4. skinfood papaya yogurt mask
ini juga memang termasuk dalam routine untuk mengurangkan jerawat.
aku tak tau mask lain, tapi skinfood papaya yogurt mask ni memang untuk acne and pimples.
aku ada buat review untuk mask ni di entry review skinfood mask ni...

okey actually, pakai mask ni seminggu sekali atau dua kali je kan.
tapi, masa ada jerawat ni, aku pakai dua hari sekali.  i need to! sebab mask ni akan mempercepatkan lagi pembaikan pulih jerawat dan menyahkan jerawat itu semua..:p
aku akan pakai mask ni lepas cuci muka, tak kisah pagi atau malam, pilih waktu yang korang ada banyak masa. (dua kali sehari, saja nak ingatkan lagi :p)
pakai selama 20 minit. (15 minit pun dah cukup, tapi aku suka pakai 20 minit atau kadang2 lebih)
lepas cuci, mask ni, baru pakai toner dengan aloe vera..:)

so yeah bebeh. this is one of the holy grail jugak bila jerawat bermaharajalela kat muka..:P

harga skinfood papaya yogurt mask ni rm28.
bau dia sangat nyummy~ :D


untuk hilangkan jerawat dan guna semua benda ni, ambil masa sebulan juga untuk kulit jadi normal balik. well, parut memang ada tinggal, tapi itu kenalah setia dengan aloe vera..
actually, bila jaga semua ni untuk sebulan, jerawat memang tak ada. yang tinggal cuma parut je. like seriously, i tell you..:)
bila dah tak ada jerawat, aku pun biasalah, dah malas balik jaga muka..hihi... aku guna pencuci muka macam biasa, and dah kurangkan pakai mask, and aloe vera tu aku cuma pakai dua kali sehari je. atau kadang-kadang sekali sehari atau kadang-kadang tak pakai langsung, sebab aku sibuk nak pakai produk lain...
(bila susah di carinya aloe vera, bila dah senang gedik nak cari lain..tsk..tsk..tsk)
and satu yang realized mengenai kulit aku, parut memang lambat nak hilang. hm.. tapi, nak pakai aloe vera 24 jam pun, aku bukanlah rajin sangat.
well, you know, m stands for malas..:p

yang paling penting korang kena tau apa yang sesuai dengan muka korang.
contoh rutin yang aku buat ni pun, aku buat bila aku tau produk ni semua sesuai dengan aku dan bagi kesan yang baik untuk aku..:)
korang boleh cuba... lagipun rasanya tak susah sangat kot rutin aku ni. and tak complicated..dan paling penting tak banyak mana pun barang yang aku guna. sebab ada yang nak hilangkan jerawat habis semua produk dari kedai dia tempek kat muka. 
untuk membaik pulihkan sesuatu, ianya memerlukan kualiti, bukan kuantiti...
:)

oat tu, lagi senang, korang beli yang kecik harga baru rm2.80..
mungkin toner tu mahal lah. tapi at least it helps.
aloe vera tu pulak tahan lama okey!!! aku beli bulan mei hari tu, sampai sekarang ada lagi. padahal aku bila guna aloe vera bukannya reti nak jimat...:p
yang yogurt mask tu pun tahan lama, aku rasa dekat setahun juga la mask tu tahan.:)


hope this entry will help for those yang cari solusi untuk mengurangkan jerawat.
it helps to reduce your acne and make your skin much more better..:)











xoxo,
Miss M~

21 comments:

Yui Bieyna said...

wah ! akhirnya ada jugak tips kurgkn jrwat !!! Muka Yui pulak terookkk giler !!! btw, Yui follow blog nie ! ! !

http://yuyuibieyna.blogspot.com/2012/10/wordless-wednesday-3.html

Zul De Alexis said...

wah menarik tips nie...nnt kalau ada jerawat leh try..hehe..

CekbOlat-bOlat said...

oat tu bolat salu buat mask je . kehkeh

aku HaniAsyira said...

hmmm,, kalau ada jerawat nanti boleh lah cuba.. tp sy punya muka ada masalah lain.. yg jarang org lain kene.. huuuu

Aesya Zealous said...

susah jugak nk hilangkan jerawat. mcm2 cara kene buat. tp nk buat cemana kan. certain org dikurniakan dgn kulit yg cantik.

huu. btw, congratz dh berjaya hilangkan. nice tips :)

Aishah Jahirah said...

bagus perkongsiaan....akak pun ada probs kulit muka sensitif,senang je jerawat naik...

Anyyss Shuhaimi said...

lecturer kami ada bangunkan produk stevia,pengganti gula. bukan sahaja baik untuk jaga paras gula dalam darah, baik untuk kecutkan jerawat..semalaman je jerawat dah kecut bila sapu stevia kat jerawat..parut pun takde.

Fendy said...

bagus tips ni...terima kasih...

Iffah Afeefah said...

mekasih

panjang lebor

erk oat jdi pencuci? eeerr tak geli ke

btw

nk try aloe vera je ley tak?

mlsnye nk pakai sume mende alh tu

khairul said...

muka abg elok lg hehe

kay_are said...

aku tak rase aku rajin untuk follow sume step di atas.. huu..

Isma Emilia said...

thanks for shared..:)
btw plez click here, tq
http://incomepart.com/ref.php?page=act/ref&invcod=116667

Ina Nadia said...

hai. it's me, ina. i created a new blog. saja nak drop komen. huhu.. untuk jerawat, my senior bagi satu petua since muka ina pun teruk macam dia dulu. dia suruh ina pakai bedak sejuk yang campur dengan serbuk kayu manis. kalau malas sangat, beli serbuk yang dah siap tapi make sure serbuk kayu manis tu tak campur dengan gula tau! :P
lama try petua tu. now baru nampak kesan. semua orang cakap kulit ina makin licin. tapi peritnya masa pakai bedak sejuk yang campur kayu manis tu Allah je yang tahu. kalau nak try, jangan pakai hari-hari. selang 2 hari ke okay kot. tengok kulit la. :D

YANA said...

nak tanya klau pkai yg oat tu jer bley x???? XD...

YANA said...

KLAU NAK PKAI YG OAT TU JER BLEY X??? XD....

Anonymous said...

KLAU PKAI YG OAT TU JER BLEY X??? XD....

Miss Wella said...

alah..cara untuk cuci guna oat mcm mane??xtunjuk step pon

Anonymous said...

Sy pnh try kulit kayu mnis+bdak sejuk..1st tym try ok. Tp ble pkai lg kulit jd xthn..muka jd merah n ada jerawat2 kcik yg byk.sobs~

MG schmidt said...

ok !
dah terjawab dah persoklan MG yg apa toner tak payah guna kapas .
huhu
thans!
folow sni
rerajin la lawt blik komen pasal MLM :)
tq!

marish sha said...

Nak cuba semua !

Anonymous said...

I GUNA ALOE VERA 92% BEST SSANGT MEH LA GUNA UTK MOITURE, PARUT N MCM2 LAGI LA X DIRAGUI KLU GUNA NATURAL PUNYA BARANG ...I BELI NGN KWN MURAH KOT SKLI NGN POSTAGE RM30 JER ..CEPAT DAN SENANG X YAH NK G KEDAI .. JAP KLU SSAPA NK I BG NO DYE WS JER TNYE 01152897268 jenama natural republic terbaikk la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...