Miss Magnifique!!

Friday, 14 December 2012

~1/2/34~ (saja nak poyos dengan tarikh ini, sekian)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



tak, saya tak rasa diri saya ni sangat matang
bila saya buat keputusan untuk unpublish balik cerita-cerita lama.
cerita-cerita yang mengaibkan.
yang pada masa itu, saya hanya fikir
untuk meluahkan.
hanya untuk meluahkan....
sebab dah bertahun tahun pendam...
tak pernah bercerita dengan orang...

saya buat keputusan untuk unpublish balik semua kisah trauma yang saya alami tu,
sebab saya rasa...
saya dah boleh terima semuanya.
saya redha...

saya tahu setiap apa yang terjadi dalam hidup saya, 
saya belajar perkara yang sangat berharga.
dan tanpa saya sedar, saya harus berterima kasih kepada orang yang buat saya alami trauma itu.
dulu saya terlalu rabak, untuk mengakui yang semua ni adalah satu pelajaran berharga buat saya.
sebab pada masa itu,
saya hanya ingin menyalahkan semua orang yang buat saya rasa lost. yang buat saya rasa pedih. yang buat saya rasa seperti sampah. yang buat saya rasa kosong kerana ketidaklengkapan ini.

jadi, kerana saya tak boleh memberontak dan harus menjadi seorang yang baik.
saya hanya boleh memberontak di alam maya.
menceritakan ketidak adilan yang saya alami. meceritakan kepahitan yang saya lalui. menceritakan segala benda yang buat saya rabak.
pada masa itu, saya hanya ingin mencari medium untuk melepaskan rasa.
tapi dalam pada masa yang sama, saya tidak ingin orang mengenali saya.
kerana jika orang yang mengenali saya membaca kisah-kisah itu, mereka juga akan terluka.
dan saya tidak mahu melukakan hati sesiapa.
saya hanya ingin melepaskan amarah yang saya pendam.
hanya ingin meluahkan sesak yang menghimpit dada.

tapi, sekarang saya sudah boleh berfikir dengan clear.
saya tahu bila saya menceritakan itu semua, ianya akan backfire dekat saya semula.
dan saya tidak akan tenang, kerana orang itu adalah orang telah Allah pilih untuk menyebabkan saya lahir ke dunia.

saya cuma ingin hidup dengan tenang.
sebab walau macam mana pun, saya terpaksa mengakui yang saya sayang papa saya.
buruk mana pun dia, apa saja yang dia pernah buat pada kami, dia telah mengajar kami pengalaman berharga.
yang tidak mungkin saya dapat belajar dari orang lain.
mungkin rasa sayang itu kurang, tapi saya perlu juga akui yang dia papa saya.
yang dia adalah sebahagian dari hidup saya.
yang saya tak boleh lari dari bayang-bayang dia.

yang tentang dolphin tu pula,
saya dah buat keputusan untuk lepaskan pergi.
sebab itukan hanya mimpi.
entah sampai bilalah saya nak hidup dengan mimpi.
saya kan di sini, yang dikatakan realiti.
jadi, selepas 3 tahun 3 bulan, saya lepaskan pergi.

tapi, kisah-kisah saya dengan mama.
saya masih lagi publish. cuma yang ada kaitan dengan papa saja yang saya unpublish.
dan semua kisah-kisah yang saya rasa tidak lagi saya ingin orang baca, saya unpublish saja..
hehe.



skema nya saya apabila bersaya-saya dengan korang...
kehkehkeh...

hello~
no matter what...
aku masih Miss M, okeh?
yang malas, yang misteri, yang monalisa, yang maid...
kehkehkeh...

er...
tak payah terlopong sangat membaca entry ini..
apa-apa pun..
hidup mesti ceria..
kehkehkeh...

nampak tak aku ni ceria?
nampak tak?
nampak tak?
aku sekeh sapa yang kata tak nampak tuh.
lalala~

macam-macam cerita oo aku nak cerita..
nantilah kalau aku rajin aku cerita...hihi...



daaa~
Miss M~

23 comments:

missSenget said...

siapa dolphin..?

eh..kenapa xpenah baca..? hahaha..

rugi lagi sekali..!

aku HaniAsyira said...

igtkan tukar penulisan ke saya dah tadi.. unpublish sekali dlam ur mind yea.

Queenie said...

Alhamdulillah...

akhirnya...
tak kiralah bagaimana pun dia....
tanpa dia tanpa kita, kan?

Choki said...

Miss M is back!! Like the rising phoenix from the ashes. Elegant and awesome. Chewah. Hehe.. ;-)

But seriously, welcome back, Kak M!!

kay_are said...

kire nye nak membuka lembaran hidup ang baru r ni? waah.. bagus2.. aku sokong tindakan ko tu.. tapi.. sape dolphin??

farra fajima said...

kita sama je, beb
dulu-dulu kat blog lama aku kerap rebel dalam blog
pastu aku delete blog tu atas permintaan keluarga dan kawan2

sekarang ni walaupun boleh je nak rebel
tapi tah, macam tak sedap pulak.
simpan sendiri je lah.
:D

Liyaa Mf said...

Kagumnyaaaa dah boleh fikir macam tu. Syukur Alhamdulillah M dah boleh terima ngan redha nampaknya. Cukup2 lah yang pahit tu yaa. Rasanya ngan unpublish entry2 tu menunjukkan yang M dah matang. Nampak betul2 dah boleh terima sume tu as pengajaran & ujian. Nampak entry ni positif sgt. Congrats sbb menjadi lebih positif. Heheh! Take care! :D

LelakiSemalam said...

aku sebenarnya sudah lama baca story2 kau....dalam diam!




aku faham....




dan akhirnya kini kau bebas!




syukur!

Dunia Wilma said...

Lupakan kisah sedih dan cipta kisah yang mengembirakan k ^_^

akoo said...

alaaa..dah lame tak bace sini..tatau cite ape yg kamu mksudkan..hmm


papehal senyum slalu =]

Telor Power said...

yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti...

hidup kena selalu ceria sis, jangan biarkan kisah duka silam menghantui kita.


* nak tunggu 2034 mmg tak pasti la bernyawa lagi ke tidak yg pasti tahun depan nombor yg cantik adalah 11.12.13

chemay said...

kadang2. dekat belgo je kita boleh luahkan semua.
sebab tak semua kawan realiti kita boleh faham apa yang kita nak cerita.
:')

eitt. search je nurul chemay.
kompem jumpe fb chemay tuu.
ngeee
:D

Aishah Jahirah said...

yuhuuu..lama xnyinggah sini.m masih ttp m...xpe tarik je balik entry yg rasa ptt diprivatekan tu.ye la kdg2 kita tulis sekadar nak meluah rasa pastu rasa mcm tak ptt pulakkan...

Kakzakie said...

Keep in the draft sebagai tatapan sendiri. Ujian Allah ada kalanya menjadikan kita lebih ingat padanya..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

teruskan menulis.. sorry kalau lama tak singgah sini.

Chic Na said...

lakukan ape saja, yg penting boleh buatkan awak happy ok. ;)

say to easy=) said...

saya sudah lama x singgah di sini M..ape - apepun setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah dan segala yang pahit anggaplah itu sebagai liku2 hidup kita

Hanna Nabiella said...

nice one !

btw, first contest! jom join ^^ http://www.farhanabiella.my/2012/12/photo-contest-be-yourself-by.html

Mizz ErMa said...

alhamdulillah..sbb bak kata patah2, pengalaman lah yang banyak mengajar kita mengenai erti kehidupan yang sebenar..tol x? hihi

syafiqakarim said...

takpe lah.
kite cuba je jadi terbaik utk
semua.utk kita.

Päk Läng said...

manusia melakukan kesilapan, belajar dan berubah. cuma yang bodoh tetap pegun tanpa ada rasa penyesalan terhadap kesilapan.

Lyaa Suriany said...

Alhamdulillah
dlm hdp ni. kdg kdg kite xsdr apa yg kita dah buat
tp kalau kita sdr
bgs lah
pengalaman tu dewasa kan kite

outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...