Miss Magnifique!!

Wednesday, 26 December 2012

Aku Hanyalah Aku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



aku suka duduk sendiri
kerana tika itu aku boleh kosongkan diri
kadangkala aku hanya ingin pergi
kerana semua ini menyeksa diri

kau tak akan faham
kerana kau bukan aku
dan kau pasti tergamam
jika kau berada di tempat aku

tika kau belajar erti gembira dan tawa
aku belajar erti tangisan dan duka
tika kau boleh jawab pertanyaan bodoh
aku disini bertemu persoalan dalam jawapan

tika kau berdiri megah dan gagah
aku menunduk tanpa keyakinan diri
kerana kau rasa kau benar tanpa salah
manakala aku tidak pernah mengerti

aku bukan melihat satu dunia
tapi aku melihat dua
aku bukan hanya memahami satu rasa
namun aku merasai keduanya 

aku melalui pelbagai fasa
dan masih melalui fasa-fasa baru
kadang terkurung dalam fasa sama yang keliru
kadang berlari bebas mengejar angin

dan,
aku hanyalah aku.
bukan kamu.
bukan kamu.
bukan kamu.

aku hanyalah aku.
dan akan terus menjadi aku.






IU

17 comments:

Anum said...

like :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Bersendiri adakala lbh tenang. Adakala mmg kita perlu bersedirian... Utk memikirkan sesuatu yg lbh baik utk kita.

kay_are said...

kita adalah kita.. mereka adalah mereka.. so tak same kat situ.. kita tak boleh jadi mereka, mereka tak boleh jadi kita, so biar mereka dengan diri mereka, kita dengan diri kita..

CekbOlat-bOlat said...

itulah MISS M tanpa kepala . hahaha

Iffah Afeefah said...

kadang aku selalu berubah mengikut kata mereka

mereka arah aku begini begitu

sdng aku tetap aku

muhammad naim Abdullah said...

Karangan sendiri ek.. Boleh mantapkan lagi tambah ayat puitis sama..

:)

jom singgah:
http://ceramahttbc.blogspot.com/2012/12/ustaz-muhammad-kazim-doa.html

al_hakim said...

orang sastera ni.hukhuk

Shawn Razaleigh said...

tenang datang kita sendiri. sendiri punca gelisah diri. :)

the malay male said...

yeahh,,, be yourself

Aishah Jahirah said...

m sihat ke?kita jadi diri sendiri, takkan jadi org lain...

Cikgu Ma said...

aku juga aku...hehe

lama x singgah sini ^_^

CaDLyNN said...

setiap orang ada cerita sendiri.. tabahla adikku..:)

zila manaf said...

all the best sis hiii

Saiful Anuar Safian said...

the main aim will go on with the truth that we belive..be strong

∆LΣΣY∆ M∆IS∆Я∆ said...

jadi diri sendiri lebih baik kan ..

dya bunga said...

be your self..:)

aku HaniAsyira said...

dirimu tetap dirimu kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...