Miss Magnifique!!

Tuesday, 31 January 2012

Jujur Dari Hati

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

tadi,
kebetulan aku tengok k-pop star audition.
tak, aku tak berminat pun nak tengok. ianya hanya kebetulan.

tiba-tiba,
ada seorang peserta ni. 
nama dia kim soo hwan.
dia ada masalah mata. penglihatan yang dia kabur dan perlukan bantuan orang.
tapi, dia boleh menari dan menyanyi dengan baik.

rb terus kata,
"kak m, dia ni macam awaklah."

aku memang tersentuh dengan persembahan dia.
dia menyanyi jujur dari hati, walaupun aku tak faham sepatah pun.
aku sebak, sedih and faham sangat-sangat macam mana yang dia rasakan. 
the dreams that people like us dreamed of. even our dreams are different.

bila melihat di kaca tv,
baru aku sedar macam mana pandangan orang terhadap aku.
baru aku tau, kenapa terlalu ramai yang simpati.
terlalu ramai yang mendoakan.

kerana sekarang, aku duduk di bangku penonton.
orang yang melihat kesungguhan seorang manusia untuk berjuang demi cita-cita.
orang yang mempunyai kekurangan yang sama seperti aku.

dulu,
sejujurnya aku sememangnya tidak memahami mata-mata orang yang memandang.
orang selalu kata, berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

tapi kini,
aku sedar dan faham.
kerana kita manusia.
kita punya connection yang kuat, biarpun situasi kesusahan kita berbeza.

seperti mana aku simpati, sedih dan mengharapkan kejayaan untuk kim soo hwan ni,
aku yakin begitu juga orang-orang yang mengenali aku, pembaca blog ini,
yang mahukan yang terbaik untuk aku.

sometimes, aku sedar, 
aku kena duduk di kerusi penonton,
untuk tahu, sebenarnya, orang lain sememangnya tak sanggup melihat orang yang lain menderita.

dulu,
aku sering rasakan, apa yang aku alami ni, 
tak mungkinlah akan memberi kesan kepada orang lain.
kerana aku hanya insan biasa. ramai lagi yang lebih menderita dari aku.
dan aku selalu fikir,
orang lain sendiri ada masalah dan kesusahan sendiri,
kenapa pula mereka nak bersimpati, ataupun susah-susah nak tau kesusahan aku, mendoakan aku.

bagi aku,
aku hanyalah manusia yang tidak memberi impak apa-apa.

dulu setiap kali kak ej kata,
she really inspired by me. aku hanya tersenyum.
sebab aku sememangnya taktau apa yang aku ada untuk orang lain jadikan aku sumber inspirasi.

bila pembaca blog ini mengatakan mereka inspired by me,
aku sering tertanya-tanya, apa lah kelebihan aku?
aku yakin pembaca-pembaca blog ini juga mempunyai kedukaan dan kepayahan tersendiri.

tapi,
semuanya agak terjawab setelah aku tengok kim soo hwan ni.

aku sememangnya rasa sangat kasihan and rasa nak hug dia, sebab berani, sebab tetap teruskan kehidupan yang penuh mencabar, sebab berani mencapai cita-cita tanpa memikirkan apa pandangan orang lain.

ada yang kata,
penulisan aku dalam blog ini sangat deep, and sangat menyentuh hati,
aku mengaku, aku yang merasa, setiap kali menulis entry yang sangat tersimpan di dalam jiwa, ya aku menangis, seperti entry kali ini, aku sebak menaip satu persatu ayat di lembaran blog ini.
tapi,
aku tak pernah tahu, yang benarkah rasanya sememangnya sampai di hati setiap pembaca yang membaca?

bila aku dengar kim soo hwan menyanyi,
aku sedar mengenai satu lagi perkara.

orang seperti kami, mungkin tidak mempelajari segalanya secara formal,
tapi,
kami punyai kejujuran dan keikhlasan.
segala yang kami buat lahir dari hati kami.
hati dan jiwa yang paling dalam.

kami mungkin tidak seperti anda, anda dan anda.
tapi kami punyai semangat,
kami punyai kekuatan,
kami punyai keyakinan,
kami punyai kejujuran yang lahir dari hati.

kami tidak minta disanjungi atau dipuji,
cukuplah jika benarkan kami mempunyai sedikit ruang dan tempat untuk hidup di lautan dunia ini

kami juga membuat sesuatu bukan untuk meminta simpati anda dan anda,
kami hanya ingin mengekspresikan rasa hati kami.
tidak perlu menerima kami, jika merasakan kami tidak layak
cukuplah bagi kami peluang untuk mencuba,
kerana kami sedar, kami mungkin tidak dapat bermimpi seperti orang lain,
bagi kami, cukuplah hanya satu kesempatan dan satu peluang ini.
itu juga mimpi kami.
untuk berasa normal.


ikhlas,
aku~

Random Lagi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sudah ku tahu, sudah ku mengerti. Tiada siapa yang mungkin dapat memahami diriku. Tidak, aku tidak salahkan mereka.

Cuma, percayalah, bila aku kata tiada siapa yang mampu memahami aku. Bermakna, sememangnya tiada siapa yang mampu memahami.

Aku hanya jujur menjadi diri aku. Dan aku malas mahu berfikir, jika ianya melibatkan perasaan yang terlalu dalam.

Adakalanya, aku boleh jadi se-nice yang mungkin. Adakalanya aku boleh menjadi orang yang sangat menjengkelkan. I am unpredictable. I knew that.

Perasaan aku sangat complicated, orang sangat rapat juga tidak mampu memahami. Apatah lagi orang luar. Mereka hanya memahami luaran. Mereka hanya mampu memahami yang tersurat. Namun bukan yang tersirat.

Aku juga tahu, aku adalah seorang gadis yang sangat ego. Seriously, yang mengenali aku, sehingga kini, masih tidak mampu ‘cope’ dengan keegoan aku.

Cuma unique nya aku, kerana ego aku adalah se-nice yang mungkin. Yang kadangkala orang tidak tahu, mahu memarahi aku, menampar aku, memeluk aku, atau hanya mengalah sahaja dengan keegoan aku.

Kerana, aku dididik untuk sentiasa ada pride.

Jika, keputusan sudah tetap di hati aku, tiada apa yang mampu mengubahnya kecuali keajaiban. Aku degil. Aku keras kepala. Aku ego.

Aku tidak meminta orang memahami aku. Aku hanya minta orang respect pendirian aku. Seperti mana aku respect mereka.

Pemahaman aku berbeza. Pemahaman mereka juga berbeza.
Jadi, kenapa mahu samakan yang warna putih dan warna hitam?

Sukarnya menjadi aku, kerana kadangkala kata-kata aku sememangnya tidak berperasaan. Dan ianya membuatkan ramai yang terasa dengan kata-kata tanpa perasaan aku.

Ya, kerana aku dah biasa dengan dunia 'loner'. Dan dalam hidup aku, semua orang datang dan pergi. Jika merka mahu pergi, aku tidak akan sekali-kali menghalang. Kerana, sungguh aku tidak kisah. Untuk merayu agar mereka stay, adalah satu perkara yang mustahil, 

Bukankah, people come and go? Bukankah, segala janji, hanya manis di mulut? Bukankah, janji selalunya hanya tinggal janji? Bukankah, sifat manusia itu berubah? Bukankah, harini mereka kata begini, esok mereka kata begitu?

Aku sudah penat dengan manusia. Jika, kamu dan kamu dan kamu mahu memahami aku. Terima kasih. Aku sangat appreciate. Tapi, percayalah, kamu dan kamu dan kamu hanya akan letih. Kerana, yang penat, yang kecewa, yang terasa, hanya kamu.

Aku? Pengalaman yang aku lalui menyebabkan aku tidak punya perasaan. Ya, aku simpati. Namun, aku telah lama membina dinding-dinding perisai di dalam hati.

Take it or leave it.

Enough is enough, you know?

p/s: bila aku buat entry ni, jangan buat andaian yang entry ini untuk korang pulak. sila jangan perasan. sekian. :p



"hey you, you and you"
"i can be emotionless"
"i can be rude"
"i can be playful"
"no matter what, run away from me"


ikhlas,
aku~

wordless words again

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

di sini bagaikan perang bunga api
bunga api yang berwarna-warni

10 pm: 
basuh baju

11.50 pm: 
sidai baju ditemani lagu2 snsd 
juga ditemani bunga-bunga api yang berwarna-warni
nenek selalu cakap,
tak takut ke sidai baju tengah2 malam, sorang2...

setelah apa yang aku alami 
hampir 10 tahun
takut bukan lagi isunya
hati ini dah tak kenal erti takut

lagipun,
aku suka basuh baju malam-malam
sebab keesokannya cepat kering
sidai baju malam-malam
sebab tak ada orang nak kacau
rasa tenang buat segalanya seorang diri

00.07 am:
aku masuk bilik atuk dan nenek aku
mereka sudah tidur
aku tutup tv yang masih terbuka

kasihan atuk dan nenek aku.
pilu hati aku kenang nasib mereka


mama,
adik masih tak dapat nak tunaikan impian mama
untuk mak dan ayah.
adik tak berdaya dan tak mampu

mama,
sungguh, cara apa yang perlu adik lakukan
untuk membahagiakan mereka?

mama,
adik betul-betul kesiankan mak dan ayah
entah macam mana adik nak menghiburkan mereka
dengan kudrat adik yang tak seberapa

mama,
i'm so sorry
sebab adik terasa lagi haritu.

entah tiba-tiba adik sedih,
masa birthday party mak dengan aunty.

aunty tangkap gambar dengan abangah,
dia suruh adik ambilkan.
dia peluk abangah.
dia cakap,
inilah, anak kesayangan dia.

mak pun tangkap gambar dengan abang,
dia suruh adik ambilkan,
beriya-iya dia suruh,
mereka tersenyum bahagia.

tapi,
kenapa adik yang menangis?
adik cuba tahan.
lepastu adik terus naik atas,
alasan adik, makan banyak sangat sampai muntah.

tapi, 
sebenarnya adik menangis.

walaupun mama dah tak ada,
diorang masih lagi ada ibu lain.

adik tak nak ibu lain,
adik cuma nak mama.

mama,
maafkan adik sebab rasa cemburu dengan mereka.
maafkan adik sebab tak menjaga hati dengan baik.

mama,
kadang-kadang adik betul-betul rasa terasing disini
sangat terasing

mereka sangat beuntung kerana masih ada yang menganggap mereka seperti anak sendiri.

adik hanya hidup dalam memori
dan kenangan dengan mama.

mengutip segala pieces yang berterabur.

adik tak mencari bahagia,
sebab adik benar-benar rasa
diri adik di sini,
bukan untuk kecapi kebahagiaan.

mama,
adik sangat takut diri adik terluka.
tapi, ianya memang luka
dan tidak pernah sembuh.

mama,
hati adik gundah 
hati adik pedih.

kenapa,
adik masih lagi inginkan kasih sayang?
bukankah sekarang ni,
cukuplah memori adik bersama mama?

what did i wish for mama?

kenapa kadangkala,
adik sendiri tak faham hati adik?

mama,
i miss you.

walaupun,
mata adik masih lagi nampak.
tapi,
dunia terasa kelam without you, ma.



ikhlas,
adik~

Monday, 30 January 2012

She Is A SuperLady!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


sebak, sedih, bermacam-macam perasaan aku ada
bila aku baca blog seorang blogger ni.
dia ada penyakit SLE

she is so strong.

penyakit dia lebih teruk dari aku.
but she survive till this day.

she is so strong!

sis deno,
walaupun perkenalan kita baru sehari,
tapi bila baca entry2 lama sis,
sis lebih kuat dari saya.

sis,
i believe sis akan bahagia di akhirat kelak.
biarkan dunia ini.
mungkin,
tempat kita bukan di dunia.

Allah knows better, right?

you inspired me alot, sis.
may Allah bless you dunia and akhirat.

glad to know you,
glad to read your blog.

you are amazing lady.
stay strong.
(^_^)


p/s: life ain't easy, but the strongest people stay till the end. even they are bleeding and hurting so much.


sincerely,
me~

Liselle Moncherie

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

apakah???
siapakah???

she is a blogger.
yeah, a malay blogger.

aku suka gila dengan nama dia.
oddnique. (odd and unique)
*pinjam ayat dia kejap. haha

korang trylah masuk blog dia.
sememangnya awesome!
amazing!!

blog dia is 99% in english.
and full of knowledge, but dia tulis dengan cara yang amat fun and awesome!

aku suka cara penulisan dia.
tak tiru siapa-siapa.
she is so original!
sangat-sangat stylo and tersendiri.
santai and fun.

and she's really good in english macam Choki juga. (both of them punya blogs are in english, cuma sekarang choki pakai bahasa rojak. teehee~)
aku je yang selalu ada grammar error. *padahal aku pun dari kecil dibesarkan dengan buku-buku english, and mama aku pun selalu speaking english dengan aku. T_T*

aku suka bacground lagu dia.
background lagu barbie(i asked her bout the background music), sebab bunyi dia macam gabungan-gabungan cute + suspence + thriller+ fairytale and many-many more..
teehee~

she has a a very cutie face. :D
(baru ingat nak copy gambar dia letak kat sini, tapi, blog dia ada amaran keras, tak boleh main copy2. teehee~ kantoi nak buat kerja jahat lagi..haha)

try la masuk blog Liselle Moncherie ni,
and cuba baca macam mana sejarah dia dapat nama oddnique blog dia.

and dia sangat bagus dalam membuat acronym.
contoh acronym dia (aku siap hafal acronym yang dia buat tau) :
BLOG
B - Brilliant
L - Letters
O - Of
G - Geniuses

awesome kan?

1st time masuk blog dia,
aku terus fell in love dengan entry-entry post dia.
sangat stylo lah 
wa cakap sama lu!

bila aku masuk blog dia,
i do felt like someone in another world, dengan cara penulisan and background lagu dia. 
and satu lagi pemikiran unique yang dapat aku explore.

ouh peeps,
words just so hard to describe her blog.

so,

do please visit Liselle Moncherie <---

sure you all takkan menyesal punya..
arha~

p/s: aku buat entry ini dengan kerelaan hati aku sendiri, sebab aku nak korang tau, masih ada blog dan penulisan yang sangat awesome. tiada paksaan untuk membuat entry ini.
tapi, dipengaruhi dengan diri sendiri yang suka membaca blog dia. (i think its already two weeks? three weeks? aku kenal dia. err. ke a week? aku tak ingatla. sekian.)hehehe.

xoxo,
Miss M~

Snow Princess

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

don't fall for me
i am a mess
i have no feeling

truthfully
my heart is cold and the ice can't be break

mungkin awak keliru, wahai kawan.
saya memang terkedu
saya tak tau nak react macam mana
bila awak kata sayang berkali-kali

tapi
hati saya sememangnya beku
sebeku-bekunya

hati saya mungkin punyai pintu
dulu, saya ingat kuncinya hilang
tapi, saya sedar sebenarnya
kuncinya tak pernah wujud
pintu hati ini sememangnya tidak dapat dan tidak pernah terbuka
mungkin ianya dicipta untuk terkunci selamanya

boleh ke awak terus menyayangi
orang yang tidak punyai perasaan?
saya tak mahu
awak yang akan terluka

tapi,
kalau awak masih lagi mahu menunggu
kalau awak rasa saya ni memang surihati awak
saya nak awak baca
Surat Untuk My Future Husband
yang telah saya tulis sebelum kita kenal lagi

tapi,
apa-apa pun
kita tetap kawan.
^_^

kata adik: tiba-tiba berangan nak jadi snow princess. teehee~

p/s: tak nak jadi snow queen, sebab tak kahwin lagi.hahaha


sincerely,
me~

Saturday, 28 January 2012

My Dreams

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

when i was young
i dreamed to have a happy family
but when reality hit me
the dream crushed

then i dreamed to have a complete family portrait
but when my mama's passed away
i knew the dream would never come true

when i was in primary school
even i was not study properly at school
but i've been known as a clever girl
i dreamed that i would be a very successful person in academic

when i was in high school
i took SPM without going to school
i studied by myself
and i had a good result
and my school awarded me "Anugerah Khas Pelajar Cemerlang"
i am so touched

for me
academics make me a better person
because people knew me as a bright girl
they always said, i will be a success in academics and my careers

but
Allah knows better

even i'm good in study
i'm good in academic
but
i guess that's not my destiny

my dreams are always to be a psychologist and lawyer
i love helping people
i want this world to be a better place

but
Allah knows better
maybe He wants me to help people in other ways

so 
now
i dream to be a writer, an author
i love to write inspirational stories
i love to write true stories
i love to write my own experiences
i love to write every changes that we had in our lives

because i believe
a true story
can touch people's hearts
better than imagination story

i love inspirational stories
i want people to know
there's always hope
there's always opportunity
you just have to find it
feel it in your soul
insyaAllah

i don't know where i will end up
but i just pray and trying my best
to live this life with my dreams

because i really believe in Allah
=)

p/s: sorry if i have 'grammar errors" haha.

sincerely,
me~

"I Never Give Up."

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

*masa: 2003

aku: i'm not going to the hospitals or take medicines anymore, ma. i'm sick of all these. doctor ni cakap macam ni, doctor tu cakap macam tu. lepas tu, tak habis-habis dengan uji kaji. enough is enough, mama.

mama: adik, please, don't give up. jangan macam ni. kita pergi hospital lain. and even if semua hospital kat malaysia ni tak ada, we go to london. german. australia. tak kisahlah, kita jumpa doctor yang terbaik.

aku: no, mama. no! mama tak faham ke apa yang semua doctor keep telling us? they said, there are no medicines for me. and diorang cakap adik akan fully blind umur 19. tapi, sekarang ni pun adik dah half blind in both eyes. i'm not giving up, mama. lets try another alternative. but not this hospital thing or this doctor-ujikaji ni. i'm sick of it. i'm tired, ma.

*aku tarik nafas. serious, dengar mama nangis macam ni. dengan soalah-olah masa depan aku bakal menjadi gelap. no, i'm not giving up. ini dugaan dari Allah. i accept it.

mama: doctor said, we should do the transplant. kalau tak boleh, guna mata palsu and apa-apa saja. mama tak kisah. asalkan anak mama nampak semula.

*aku geleng 

aku: how many times i told you, that i'm not gonna change my eyes! ini mata adik, mama. i'm not gonna change with entah siapa punya mata! mata adik, amanah Allah untuk adik. biar adik buta sekalipun, let me live and die with these eyes. 

mama: alternatif apa yang ada?

aku: kita guna air zam-zam? air zam-zam is our holy water, mama. kita cuba.

mama: how?

aku: kita cuba titiskan air zam-zam dalam mata adik. sama macam kita selalu guna ubat mata yang entah bermacam-macam jenis tu. i'm not gonna titiskan ubat mata doctor or makan ubat pil doctor tu. let us totally berserah pada Allah, mama. please, understand me. i'm scared too. but adik redha dengan ketentuan Allah, ma. if memang takdir adik untuk buta, i accept it. tapi, adik memang tak nak tukar mata. kita cuba air zam-zam eh, ma?

*jangan tanya aku, macam mana aku yang berumur 12 tahun, boleh tergerak nak pakai air zam-zam dekat mata. hanya Allah yang benar-benar mengetahuinya.

aku: mama, i'm not giving up. kita dah pergi amcam-macam hospital. dah jumpa macam-macam doctor. adik penat dengar doctor keep telling us about the same thing, mama. doctor bukan tuhan. doctor bukan peramal. doctor bukan boleh mnyembuhkan. hanya Allah, sajakan, ma? apa salahnya kita cuba guna air zam-zam, ma. buat masa ni, this is the only ikhtiar yang adik boleh fikir. lagipun, kita baru balik dari umrah. air zam-zam ada lagi. kita guna je untuk mata adik.

mama: if that's what you want, dik. okay. we try it.

*mama peluk aku. mama menangis. 

mama: i'm sorry for not being strong like you, adik. i'm scared. dalam banyak-banyak perkara, kenapa anak mama yang kena lalui semua ni?

*lirih suara mama.

aku: i'm scared too, mama. lebih-lebih lagi, when i can't see your face clearly. but i have Allah. and i have you. i believe in Allah, mama. i really believe in Allah. 

*mama, entah berapa banyak kali adik buat mama menangis. entah berapa kali, mama selalu berasa derita dengan keadaan adik. mama, i'm sorry. *

*** 
believe me, i never give up, i accept my fate, and i always try to make it better.

and after two years, using air zam-zam. Alhamdulillah, my eyes dah okay. but agak kabur. but, whatever it is. kekuasaan Allah itu memang tak ada siapa yang boleh menjangka. its a miracle.

 they said that i will be totally blind. they said that there are no medicines in this world for me.
but they forgot, Allah is the Almighty. He knows better.
yang penting, kita yakin dengan Dia. yakin sejujurnya.

atleast, i still can see this world. even in my blurry eyes. i can read books. i can online internet. even dengan jarak yang agak dekat.

walaupun, aku masih lagi dikategori sakit. but i still survive till this day. aku hanya ada keyakinan. dan sungguh aku tak pernah merasa beban dengan penyakit ni. sebab aku yakin, penyakit ni, menjadikan aku lebih kuat dan makin rapat dengan Allah. 

aku datang dari keluarga yang pecah-belah, just imagine, kalau aku tak sakit...
mungkin aku akan jadi seorang remaja yang teruk. mungkin aku akan jadi remaja yang mencari kepuasan hidup dengan aktiviti-aktiviti tak sihat. mungkin aku akan terpengaruh dengan segala benda yang tak baik.

seriously, aku bersyukur dengan penyakit aku. i really believe Allah love me to the max, even Dia uji aku dengan masalah keluarga, even Dia uji aku dengan penyakit, tapi, He keep me closer to Him.

aku memang tak layak. aku memang masih lagi punya banyak kekurangan. aku memang terlalu banyak dosa.
sampai aku terfikir, Allah terlalu baik dengan aku.
kenapa aku masih lagi tak menjadi seorang muslimah yang lebih baik dari sekarang?

kenapa, dengan segala dosa yang aku buat, Allah masih lagi guide aku Allah masih lagi nak aku dekat dengan Dia. Allah jaga aku dari segala masalah sosial dan aktiviti tak sihat. (Alhamdulillah, ini adalah perkara yang sangat aku syukuri) *sebab mata aku, juga sebab aku selalu pengsan, sememangnya menghalang aku untuk buat hal yang bukan-bukan*
sedangkan aku hidup di dalam suasana yang boleh menjadikan aku bila-bila masa seperti mereka-mereka yang terjebak dengan masalah sosial.

Allah really love me, itu yang aku yakin.
entah bila, aku akan balas cinta Allah yang terlalu banyak dan tidak dapat diukur mahupun dihitung ini.
i pray, i will be much more better than who i am now.

ikhlas, 
adik~

Friday, 27 January 2012

Penyakit.(Amaran, Entry Ini Panjang)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

i've been thinking alot about this. so much.
should i write about my sickness? should i not? i dont know kenapa aku decided untuk buat entry ni.
but i really hope, this story akan ada kesedaran buat kita. *and seriusly its not easy to tell and write about it*

ya, ada yang guess it right bout my penyakit. 
penyakit mata.
hurm. how do i start this story?

*bilateral recurrent painful red eyes
*chronic blepharitis in both eyes
*severe vascuralised corneal scars in both eyes

aku disahkan ada penyakit mata since i was 5 years old.
oleh sebab dalam keluarga aku tiada siapa yang punya penyakit mata seperti ini.
sebab penyakit ini, sama ada keturunan ataupun infection.

so, doktor buat rumusan, bahawa kemungkinan penyebab kepada penyakit aku ini,
adalah sebab masa umur aku tiga tahun, aku jatuh dari basikal masa ni main kat dapur and kepala aku terkena bucu tajam perabot almari yang lama. and its bleeding so damn much.
so, doktor kata maybe make sense sebab kepala(dekat dengan dahi) adalah antara yang paling rapat dengan mata.

since i was 5 years old, mata aku selalu merah dan tumbuh ketumbit. tapi, yang peliknya, mata aku yang merah ni, tak pernah berjangkit dengan orang lain. (sebab penyakit mata merah ni kan, diorang kata boleh berjangkit)
mula2 pergi klinik biasa. tapi, tetap tak baik. then, pergi klinik pakar mata.
dari situ, doktor kata, memang ada kuman and blablabla.
dekat klinik ni juga, aku ada buat satu operation kecil, di mana meninggalkan parut di kedua belah mata aku.tapi tak nampak sangat sebab aku selalu tutup dengan celak. teehee~

dan since that, doktor kata, aku tak boleh kena panas, tak boleh tengok cahaya, tak boleh mata masuk habuk. sebab mata aku sangat sensitif.
tapi, penyakit ni come and go. 
yang buat aku selalu ponteng sekolah sebab, dalam sebulan atleast 2 weeks or 3 weeks penyakit aku menyerang. dan hiduplah aku dalam kegelapan. sebab bilik aku memang dipasang langsir yang berwarna gelap. 
sebab kalau kena cahaya, pedihnya azab, ya ampun.

but oleh sebab pergi klinik pakar mata ni, tak membantu aku apa-apa, mama decided bawa aku pergi hospital.
dan sejak itu perjalanan aku sebagai pesakit bermula.
aku pergi dari satu ke satu hospital yang kononnya akan memberi rawatan terbaik dan pakar terbaik. juga sampailah aku pergi ke singapore.

doctor, from singapore ni, yang mengesahkan bahawa cornea aku rosak.
ya, cornea rosak.
and bila cornea rosak, dah memang tak ada ubat..melainkan menukar mata. 
yang operation dua kali tu, sememangnya adalah uji kaji yang dia nak buat dan ingin mengetahui tindak balas.
so, the doctor from singapore ni kata, (aku tak ingat sangat, aku kecik kot masa ni hoho) benda ni macam kumanlah, yang merebak sedikit demi sedikit.
ada kena mengena dengan saluran darah and urat and mata, entah aku pun tak faham sebenarnya.

and yeah, doctor ni jugala predict yang aku akan buta pada usia 19 tahun. dari kajian yang dia buat mengenai mata aku.
tapi, yang bilateral recurrent painful red eyes ni, yang aku kena bergantung dengan ubat.
oleh sebab aku memang ada surat dari doktor, so memang senang2 je lah aku ponteng sekolah. haha.

but then, lepas aku buat umrah pada tahun 2003, masa ni umur aku 12 tahun.
ingat tak aku cakap penyakit aku makin teruk?
tanpa disangka, aku mengalami separa buta untuk kedua belah mata. 
hurm.
thats why my bestie, always pimpin tangan aku. sebab aku hanya nampak samar2.
thats why, orang suruh aku masuk sekolah pendidikan khas, sebab aku kalau tengok buku teks tu, aku hanya nampak kosong. tak nampak tulisan. aku cuma nampak bentuk buku tanpa apa2 tulisan.
dari umur 12 sampai 14 tahun.

dulu, doktor dah kata suruh tukar mata kalau buta, tapi aku tak nak. lagipun celah mana aku nak dapat penderma?
biarlah aku buta pun. aku tetap hidup dengan mata asal aku.

macam mana aku boleh nampak semula?
aku guna air zam-zam.
seriously.
Subhanallah.
sungguh rahsia Allah itu hanya Allah yang tau.
aku refused untuk jumpa doktor. sebab aku rasa macam kena tipu.
aku tak check doctor lagi since i was 13.

aku cakap dengan mama, 
"Ma, kita cuba guna air zam-zam jelah. air zam-zam tu kan suci."
mana aku dapat tau pasal air zam-zam? hanya Allah saja yang tau macam mana Dia gerakkan hati aku.

thats why aku kata, umur 15 memang aku dah nampak balik, tapi kabur. even sampai sekarang mata aku sebenarnya kabur. 
kalau korang tengok macam mana dekatnya aku tengah merenung laptop sekarang, and kenapa nenek aku selalu bising kalau aku tengok tv, main laptop, baca buku, belajar dan apa2 lah yang menggunakan mata, dia akan marah2. huhu.
sebab dia risau aku akan tak nampak balik.
pada aku, aku hanya berserah pada Allah.
Allah pinjamkan aku nikmat mata. Allah juga menarik balik nikmat penglihatan. dan dia bagi semula walau kabur. tapi, aku masih lagi boleh nampak. boleh membaca.

oleh sebab kornea aku rosak, cermin mata atau contact lens memang takkan membantu aku apa-apa.
even machine cek mata kat kedai cermin mata pun tak boleh detect mata and power aku. haha.

dari upsr, ke pmr, ke spm, kat dalam slip result aku, memang ada tulis calon rabun,
aku pakai kertas yang besar tu. and aku memang diasingkan dalam bilik yang lain masa peperiksaan.
masa aku darjah enam, ada dua orang yang jaga aku. aku tulis karangan bm n bi pejam mata, sebab masa ni memang aku tak nampak garis-garis notepad tu. even masa ambil upsr ni, sebenarnya aku memang tak nampak tulisan mahupun soalan. semua pengawas yang bacakan. aku main jawab je walau tak nampak.
(even cikgu2 aku suruh aku tangguh upsr, tapi, aku taknak. sebab aku tak nak ketinggalan)

tapi, masa pmr and spm aku nampak. cuma buat persediaan, sebab satu yang pelik mengenai mata aku ni. aku tak boleh stress. kalau stress mata aku kabur tahap giga balik.
sebab lepas arwah mama meninggal, mata aku tak nampak balik.
then akhir tahun 2007 tu baru nampak. 
even masa aku sambung kat segi, aku berhenti sebab mata aku tak nampak balik. pastu lepas setahun berehat, mata aku okay balik.

jangan tanya aku. aku sendiri tak tau nak explain mengenai mata aku ni. pasal tu sebenarnya aku malas nak tulis penyakit apa.
sebab aku sendiri tak faham. sekejap nampak sekejap tidak.

tapi, mata aku kalau okay pun macam ni jelah. kabur. 
baca buku dekat. tengok laptop dekat. kalau jauh memang tak nampak.
thats why jugak, kalau orang tegur aku dari jauh, memang jangan haraplah aku kenal or nampak. 

and Alhamdulillah sejak aku pakai air zam-zam, and since umur aku 15 tahun masa jaga mama tu, bilateral recurrent painful red eyes dah tak menyerang lagi sampai sekarang.
thats why, sekarang aku boleh tengok cahaya macam biasa. boleh kena panas.
dulu aku kena kurung, sebab penyakit ni lah.huhu.

keluarga aku selalu cakap, jagalah mata. takut nanti tak nampak balik.
tapi pemikiran aku lain, sementara nampak ni lah aku nak buat macam2 yang menggunakan mata. (sebab aku dah pernah ada pengalaman tak nampak)
nanti kalau lah memang takdir aku untuk buta (aku memang dah bersedia dengan kemungkinan ini), atleast aku dah sempat buat apa yang aku nak.
atleast, aku dah baca buku. aku suka baca buku sebab, macam aku masuk ke dunia yang lain.
aku just nak menggunakan kesempatan yang ada.

ada juga yang kata, aku ni ada penyakit mata, takut boleh bawa menjadi kanser, lebih2 lagi mama and papa meninggal sebab kanser, aku antara yang berkemungkinan akan dapat, sebab badan aku lemah and aku ada sejarah penyakit.
aku berserah saja.

aku malas nak tulis juga pasal penyakit aku ni, sebab nanti mesti korang dah tak bagi aku blogging kan. huhu.
thats why aku bila blogwalking and baca blog orang memang lama. haha. sebab mata aku yang kabur ni menghalang aku untuk membaca dengan agak cepat lebih2 lagi kalau font korang kecik atau warna yang tidak terang. memang makin mengecikla mata aku untuk membaca dan berkerutlah dahi aku.

and aku selalu sakit kepala juga sebab mata. entah. aku selalu pengsan pun sebab mata, sebab bila mata dah overused, and kepala mula sakit and aku pun blackoutlah jatuh ke bumi..
teeheehee~

sekarang, penyakit aku sedang-sedang saja. di pertengahan. dan aku tetap bersyukur..:D

apa-apa pun, aku redha dengan penyakit yang Allah bagi ni.
sebab, aku banyak dosa. dan aku rasa Allah sayang sangat dengan aku sebab penyakit kan penghapus dosa?
hehe, jangan jeles eh..:ppp


ikhlas,
adik~

Thursday, 26 January 2012

My Bestie, A.F

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

aku kenal dia sejak tahun 2002. pada bulan 7.
masa tu, aku baru sahaja bertukar dari sekolah cina ke sekolah agama.
(tak pernah dibuat dek orang setahun setengah sebelum upsr and psra terjun masuk sekolah agama, dan tolong ambil tahu, aku memang tak ada basic agama langsung, baca alQuran tunggang langgang, jawi tak pass, bahasa arab zero. tauhid, fiqh, sirah, tajwid dan segala macam subjek agama semua ke laut. bab hafazan lagi lah jangan cakap. aku cuma hafal surah al-fatihah and 3 qul je.haha.)

okay sambung cerita pasal aku dengan best friend aku.
kami menaiki bas sekolah yang sama.
dan di suatu petang semasa balik, kitorang duduk bersebelahan.
aku rasa masa tu bulan 8 kot. kitorang berbual. kebetulan kitorang ni memang satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.ada abang. 
and the story goes on. and masa nilah, bunga2 persahabatan bermula.
aku suka tengok muka a.f ni..sebab dia cantik and comel je. hehe.

sebenarrnya, aku pun memang tak sangka akan menjadi kawan baik a.f ni. sebab aku sememangnya susah nak berkawan baik atau rapat dengan orang.
tapi, a.f ni, dia suka ajak aku pergi rehat sama2 join nasyid sama2...
so, itulah permulaan, macam mana aku boleh ada kawan rapat.

namun kawan rapat itu, sudah bertukar dengan lebih bermakna ertinya.
iaitu, sahabat.
aku tak pernah jumpa sahabat sebaik a.f.

kalau korang kata susah nak mencari sahabat di waktu susah,
aku cakap dengan korang..
aku ada sahabat di waktu susah. setia menemani dan menjaga aku.
aku sememangnya sangat bertuah dikurniakan sahabat yang sangat baik macam a.f.

sewaktu aku darjah enam dan tingkatan satu, waktu nilah, sakit aku tengah teruk.
tapi, aku gagahkan diri ke sekolah juga.
sebab mama cakap, biarlah aku kalau tak pandai pun, mama cuma nak aku berkawan dan menjadi normal.
menjalani kehidupan seperti kanak2 dan remaja lain. 
mama always said, "there's nothing wrong with my daughter. yeah, maybe she is sick. but that's enough for people to know it. let her live her life like a normal people. because she is normal!"

mama sangat marah, bila kawan2 dia, juga guru besar mencadangkan agar aku masuk sekolah pendidikan khas, atau cari alternatif belajar lain daripada masuk sekolah kanak2 biasa.
mama, sentiasa mempertahankan bahawa aku normal. 
(dan mungkin kerana keyakinan mama, membuatkan sekarang juga penyakit di tahap sedang2. Allah memperkenankan doa seorang ibu, kan? :D)

sebenarnya masa tu aku dah redha je, sebab bagi aku betul juga. aku ni sakit, aku hanya akan menyusahkan kawan-kawan aku, guru-guru aku.

but there's a.f...
she never leave me alone.
always pimpin tangan aku. always guide aku.
kitorang ni dah macam belangkas dah. mana2 ada a.f, ada aku. mana2 ada aku, ada a.f...
even ada beberapa orang yang kutuk kami, and suspicious dengan kami..
bagi aku, hanya Allah yang tau niat baik a.f...
dan aku sentiasa berdoa agar a.f dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat...:')

i never knew i could survive in that school, if a.f tak ada.
entah bagi aku...
a.f is like an angel yang menjaga aku.

yeah, susah jadi kawan aku. sebab diorang yang kena jaga aku. bukan aku jaga orang.. -_-'

aku admit la, fizikal aku agak lemah.
kalau keluar dengan a.f kan, dia tak pernah bagi aku bawa barang2 berat..
even barang2 yang berat tu barang aku, dia yang akan bawakan.
even kalau aku nak tolong dia angkat barang, dia tak pernah bagi..
she really took care of me sampailah sekarang...

seriusly, aku terharu ouh..
seriusly aku cakap, tak mungkin aku akan jumpa sahabat sebaik dia.. sahabat yang menjaga aku. sahabat yang berada di sisi aku waktu susah dan senang.

aku pindah sekolah tu masa form 2, kenapa? nantilah aku cerita. 
even kalau nak diikutkan masa persahabatan aku dengan a.f namapak macam sekejap and ringkas.
tapi, Alhamdulillah persahabatan kami kekal hingga kini.

mungkin kami bukanlah, bestfriend macam orang lain. yang selalu jumpa atau segala-galanya diluahkan.
entah aku pun taktau macam mana nak describe hubungan kitorang ni.
she knew me, i knew her.

kitorang memang jarang jumpa, selalu contact on fon or text and fb je. 
but selalu tu taklah means everyday or everyweek.. 
aku rasa dia sangat memahami aku. sebab aku ni kan kadang2 lost in my own world.
and even we are best friend, and ikatan itu sememangnya kuat, tapi, aku masih lagi tidak dapat bercerita mengenai masa silam aku sepenuhnya dengan dia. maybe i am really a private person. and if she did read my blog, she would know my past through this blog, and not because i'm telling her.huhu.

tapi, mungkin sebab kitorang bermula, dengan bond yang sangat kuat dan tersimpul mati.
that's why, even we dont really know each other life,  tapi, rapat dan sayang itu telah ada.

and i love her family too.
aku suka tengok a.f dan keluarga dia. 
harmoni, bahagia dan lengkap.
mak and ayah a.f bercakap sangat lemah lembut. a.f sangat manja dengan family dia.
a.f ada 4 orang adik beradik, ada seorang abang and dua orang adik lelaki.
a.f anak kedua.

aku sangat gembira untuk dia, sebab punya family yang bahagia.
even ada masalah pun, they are always together. 
a complete family picture.
aku suka stalk family picture a.f...
haha, sebab memang nampak bahagia sangat. teehee

kehidupan a.f, sangat sederhana, tapi bahagia.

aku pernah cakap dengan abangah,
"kan best kalau ada family macam a.f... even kehidupan sederhana tapi bahagia dengan mak and ayah. adik beradik. even tak mewah pun its okay."

dan yang paling sedih, ialah, sebab aku tak dapat nak bagi apa2 yang terbaik untuk a.f...
she gave me alot in this meaningful friendship..hanya penghargaan dalam lubuk hati yang paling dalam sahaja yang mampu aku beri...

a.f,
thank you so much for everything.
seriously, my thanks, memang tak boleh nak balas semua budi awak terhadap kita.
bagi kita, hanya Allah saja yang boleh balas budi baik, kasih sayang, and persahabatan ikhlas ini..:)
you are truly an awesome and great friend of mine.
kita bersyukur sangat-sangat Allah memperkenalkan kita dengan awak.
terima kasih, sebab sentiasa cuba untuk memahami kita yang selalu mendiamkan diri.
i want you to know,
you are really truly special. there are a space in my heart just for you. :)
nobody will be as special as yours in the term of friendship..:)
i'm sorry for everything. i know i had hurt you alot... menyusahkan awak selalu.
but, you are still here with me...:')
i love you, my bestie.
may Allah always bless you.
dan kita doakan awak sentiasa mendapat yang terbaik dalam hidup di dunia juga akhirat..
:')


ikhlas,
i~

Another Boring Talk

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

-entry ini hanya akan membosankan anda. dan entry ini tiada motif. entry ini hanya luahan. entry ini adalah entry perasan. sekian.-

*6 january 2007

fikiran aku kosong, sekosong-kosongnya. selepas aunty rn selesai mengucapkan khabar, yang mama sudah tiada.

kosong. sekosong-kosongnya.
seolah berita itu tidak dapat aku hadamkan di dalam pemikiran. tidak dapat aku rasakan di dalam hati.

aunty rn, sudah mula teresak. 
reality hit me, bila aku dengar suara tangisan mak(nenek aku).

aku meraung, aku terduduk di atas lantai. mula menangis.

dengan suara yang sangat garang, ayah (atuk aku) jerit daripada bawah.
"hey, apa menangis ni! tak baik menangis untuk orang yang dah meninggal!"

aku tersenyap. hanya air mata yang mengalir. 
aku tau, aku tidak boleh menunjukkan perasaan aku.

di sini, di rumah ini, di dalam keluarga aku, perasaan adalah untuk simpanan sendiri.
tidak boleh ditunjukkan. 

whatever it is, you have to smile and blablabla.

aku gagahkan diri berdiri, untuk bersiap ke hospital.
sepanjang perjalanan ke hospital. air mataku sudah berhenti.

ya, aku sememangnya cuba sedaya upaya, untuk jadi heartless.
aku sememangnya sedaya upaya untuk tidak menunjukkan kesedihan aku.

sampai di sisi mama, air mata aku mengalir dengan sendirinya.

bagaimana?
bagaimana harus aku tahan perasaan sedih ini? aku tak mampu untuk sentiasa tabah dan tersenyum.
aku tak mampu untuk sentiasa dilihat sebagai kuat dan berhati kering.

tolonglah fahami, aku juga manusia. 

walaupun air mata mengalir. aku tetap cuba menahan esakan aku. 

mama, adik tak nak mama sakit. kalau adik menangis and tak redha, mama akan lebih sakitkan?
adik akan cuba sentiasa untuk jadi kuat. adik akan cuba untuk menahan perasaan ini sedaya yang mungkin.

aku peluk mama. aku pegang setiap inci wajah mama.aku tatap setiap inci fizikal mama. untuk disimpan dalam memori aku kemas-kemas.
air mata aku juga terhenti. beberapa kali aku menarik nafas hanya untuk berhenti menangis.

bila abangah dan abang sampai, aku biarkan mereka bersama mama. aku berdiri di luar koridor. cuba mencari ketenangan cuba mencari kekuatan.

dinding hospital bergegar. aku terkejut.

uncle ry: adik, tolong tengokkan abangah.

abangah menumbuk dinding hospital rupa-rupanya. kazen kitorang yang cuba menenangkan abangah juga keihatan back off daripada abangah kerana takut.
antara kami bertiga, abangah sememangnya agak sukar untuk mengawal perasaan. pasal tu, mama selalu risau pasal abangah.
dan abangah sangat menakutkan bila marah ataupun emosi nya tak terkawal.

saat itu, aku pergi dekat dengan abangah dan memeluk abangah. aku tak boleh takut. kerana aku memahami perasaan itu. lagipun aku adik dia, dia takkan mencederakan aku.
aku tau aku hanya perlu comfort dia. cuma aku tak reti untuk berkata-kata.
hanya pelukan aku yang mampu berkata, bertenanglah dan bersabarlah.
abangah menangis. 
saat ini, i really felt like burst into tears too. tapi , aku tahan. kalau semua sedih, siapa yang tetap teguh?

abang juga cuba untuk kelihatan tenang, tapi, aku juga memahami, hati abang pasti bagai dilanda ombak besar. cuma dia kena lebih kuat, kerana dia seorang abang.

sampai di surau, untuk memandikan jenazah. aku masih lagi tenang. walaupun kadangkala, air mata ini bagaikan curi-curi keluar.

aku cuba memandikan mama selembut yang mungkin. ini adalah kali pertama aku memandikan jenazah. aku tiada pengalaman. namun, aku cuba untuk membuat yang terbaik.

selepas jenazah dimandikan,
kak ej (sepupu aku yang sangat rapat, memahami, dan banyak memberi motivasi pada aku), 
dia nampak aku dan terus memeluk aku erat.

kali ni, memang aku tak dapat nak tahan air mata. aku menangis agak lama di bahunya.
kerana sejak saat  khabar berita yang mama meninggal sehinggalah saat lepas aku mandikan arwah mama.
i acted too strong. no one hugged me, even i needed it. and, i'm the one who comforted others, even i am the one who needed it the most.
kak ej memang terbaik. she really knew how i felt.
how i really needed a hug. needed to cry. how actually i am weak even i acted like nothing was wrong.
she knew, that i am a human too.

after that hug and cry, i still acted nothing's wrong.

but then, a few of my cousins hugged me.

and, untuk cium dahi mama kali terakhir juga, adalah sesuatu yang amat sukar. after i kissed her for the last time, i cried. cried. and cried. and stopped.
because, i knew, i have to be strong.

*** 
aku rasa, semua orang mungkin terkejut, macam mana petang selepas pengebumian mama tu, aku boleh tersenyum sedikit dan cuba untuk ketawa dengan lawak-lawak sesetengah mereka.

entah.

maybe, they trained me to be like this.

maybe, life has taught me to be like this.

maybe, Allah wants me to be like this.

maybe, mama always said, no matter what, smile and acts like nothings wrong, so thats why i acted like this.

maybe, this is just me. who cant show her sad and weak emotions infront of people. (but tiba2 boleh luahkan kat blog, sometimes aku juga sangat terkejut aku boleh luahkan kat sini)

and, the fact is, i really dont want people to worried about me. if i am sad, my grandparents would be much more sadder, right?
and my brothers, if i am weak, they probably can't stay strong either.
so i guess, we have to give and take.
and actually it is much more better, perasaan itu, disimpan sendiri.

but, i am human. i have heart. sometimes, i need to cry and needs someone to comfort me.
but, i guess, i am the best actress. always pretending that i am okay eventhough i am not.
and mungkin sekarang ni, kerana terlalu biasa memendam dan menyendiri, i am better to mend my own wound.

and mungkin juga takdir aku, untuk crying alone. haha.
atleast, i know, that Allah always by my side. :)

life has taught me, the tough way to survive.
and i guess, i am truly a survivor. (perasan)

Alhamdulillah, thanks Allah.

yang suka merapu dan banyak grammar error,
adik~


Wednesday, 25 January 2012

teehee~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





hari ni nak keluar dengan my best friend, af (bukan akademi fantasia ea)



will update anything later okay.
(sebenarnya tak ada idea pun nak update apa haha)



erm..

and will baca you all punya blogs later, okay?

teehee~

sekian...






kata adik: ek? adik tak marah sesiapapun. teehee~



p/s: harap maklum, gambar-gambar ini sememangnya tak ada kena mengena dengan entry.
dan tak ingat gambar ni dari sumber mana hehe.

p/s 2: harap maklum juga, gambar-gambar ini bukan bermakna muka aku bajet macam seohyun. jauh panggang dari api.

sekian.
:p


ok gambar mana yang paling terbaik antara semua?
hahaha.


xoxo,
Cik M~

Monday, 23 January 2012

Pentas Tradisi Perkahwinan Melayu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




ini adalah lakonan dari murid-murid sekolah SKBT pada tahun 2011 pada hari kanak-kanak.

okay, kenapa tiba-tiba aku berminat nak share kat sini.

sebab aku rasa untuk lakonan kanak-kanak,
video ini sangat menarik perhatian aku.
kelakar, and sememangnya penuh dengan adat walaupun diselangi dengan lawak-lawak yang comel.

dan yang paling penting,
i am so proud with my cousin, iq!
sebab dia adalah salah seorang pemain kompang dalam video ini.
tak sangka iq boleh main kompang.
arhahaha.

and seriusly video ni memang comel.
terutama pengantinnya.
pengantin lelaki tu budak darjah satu,
comel!
pengantin perempuan pun darjah satu.
tapi..
hahaha.
korang tengoklah sendiri.

banyak kali aku tanya iq,
biar betul pengantin perempuan tu darjah satu?
banyak kali juga si iq terpaksa menjawab soalan aku berkali-kali.
haha.

and kalau korang rajin nak tengok video selama setengah jam ni,
cuba teka mana satu iq?
haha.



ofcoz la cousin aku yang paling smart, comel and handsome, and kemas!
arhahahaha.


mati aku kalau iq tau aku post video ni kat blog aku..

iq,
kakak minta maaf yeah.
akak tak dapat menahan diri,
kerana kecomelan kamu-kamu semua.

and seriusly aku puji cikgu-cikgu SKBT
yang telah menyediakan peralatan yang complete
juga jalan cerita yang bagus.

and pelajar-pelajar yang sangat komited dengan lakonan, tarian, serta yang main muzik.,
(haha mestilah aku nak puji kazen aku!)


xoxo,
Cik M~

Mama Sangat Cantik

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hurm.
hurm.
hurm.

tadi kan, aku pergi majlis kenduri cukur jambul cousin aku punya anak.

so, aku jumpalah jugak saudara-mara yang dah lama tak jumpa.

"eh, ini anak arwah ya? sama mukanya macam arwah."

aku senyum.
tapi, dalam hati sebenarnya terharu gila.
rasa nak nangis pun ada.

sebenarnya, ada jugalah orang yang cakap muka aku macam arwah mama sebelum ni.
and orang selalu cakap, badan aku tinggi aku macam mama. 

tapi,
sebenarnya, muka aku tak ada macam arwah mama.

arwah mama sangat cantik.
semua orang cakap mama cantik.
kulit mama putih.
mama ada lesung pipit yang sangat dalam di kedua-dua belah pipi.. kalau mama senyum ke cakap ke ketawa ke memang terserlah lagi kecantikan mama.
mata mama walaupun sepet sikit tapi tajam.
bibir mama just nice and lawa. =)
muka mama macam cina. tapi sangat cantik.

and aku?
semua orang cakap aku tak cantik. (aku ni kira macam ugly ducklinglah)
kulit aku warna coklat.
aku cuma ada lesung pipit kat pipi kanan tapi itu pun tak nampak sangat. 
kalau aku tak pakai tudung, and berambut pendek, ada juga yang kata muka aku macam cina tapi kulit gelap,haha.
bibir aku kecik je.
mata aku tak sepet and tak tajam.
ada juga yang cakap muka aku ni nak kata melayu tidak, nak kata cina tidak, nak kata india tidak.

mungkin inilah hasil campuran banyak sangat. 
melayu bugis, cina, pakistan, arab, pattani dan entah ler..malas aku nak pergi kaji lagi. cukuplah tau setakat tu aje aku tau.hoho.

orang kata kalau banyak campuran ni lawa.
aku tak lawa pun.
tu yang malu nak tunjuk muka kat sini. hehe.

tapi, 
yang aku nak cakap sebenarnya kat sini.
muka aku tak macam mama.

ada seorang sepupu aku ni, aku panggil kak yong.
mama dia yang juga aunty aku. (ha, yang nama aku sempena nama aunty ni)

*raya tahun 2008

"Adik, kita ni dua-dua mak dah tak ada. tapi, kita ni, tak ada langsung muka mama kitakan?"

aku angguk.
"tula, kak yong. sedih kan. bila muka kita tak macam arwah mama kita."

"kak yong ni tak pernah kenal mama kak yong. (arwah mama kak yong meninggal masa kak yong umur setahun, sedihkan?) ni mama adik, aunty yang paling rapat and kak yong dah anggap macam mak sendiri pun dah pergi tinggalkan kita."

sebak kitorang berdua dalam kereta masa tu. masa tu kitorang lepas menziarah kubur arwah mama-mama kitorang.

*** 
sebenarnya kan dari dulu lagi aku selalu persoalkan, (tapi sekarang dah terima kenyataan dan bersyukur dengan wajah kurniaan Allah ni..:D)

aku: "mama, kenapa muka adik tak macam mama? mama lawa. adik tak lawa. kenapa kulit adik gelap? adik ni anak angkat ke? abangah selalu ejek cakap adik anak angkat aci belakang rumah tu. mama ada lesung pipit. atleast bagilah adik lesung pipit mama yang lawa tu."

aku dah muncung. *geram dengan abangah.mentanglah2 dia putih. (tapi kan, sekarang kan abangah lagi gelap dari aku. tula, kecik2 ejek aku lagi..hehehe)

mama: "adik, ikut kulit tok aki. tok aki kan orang kacuk pakistan. (tok aki ni ayah papa aku). tak lawalah ada lesung pipit ni. tau tak yang sebenarnya lesung pipit ni, kecacatan di muka? jangan dilayan abangah tu. saja nak mengusik. siapa yang berani cakap anak mama tak cantik ni?"

mama, mama sangat cantik macam bidadari..:)


p/s: mesti lepas ni korang nak komen., semua ciptaan Allah itu cantikkan? ya, aku tau semua ciptaan Allah itu cantik dan unik. (aku tau aku unique, haha, dah nak start perasan dah ni)
cuma kat dunia ni kecantikan itu subjektif. dan fizikal aku tak cantik dari sudut pandangan manusia.
dan dalam keluarga aku ni, siapa yang tak kulit putih, memang tak cantik. bagi diorang, hanya orang yang berkulit putih cantik.
huhuhu.
sedih. T.T

p/s 2: A ucapkan thanks kat semua orang yang bagi semangat di entry ini <----


ikhlas, 
aku~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...