Miss Magnifique!!

Tuesday, 28 February 2012

Wordless Words

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


i want to run away for awhile.

thank you for dropping by.
i will blogwalking later.
thank you for following me.
i will follow you guys back later.

thank you.
terima kasih.
xie xie.
syukran.
syukriya.
kamsahamnida.
arigato.
merci.

i need my rest.
i have headache and my eyes dah start pedih balik.
T_T

will blogging back later.
:D

nanti ada appoinment dengan eyes professor.
my grandma suruh pergi jugak.


please dont forget me..:'(

daaa~
semua.
Miss M~


mama,
adik takut.

"I am SO going to win the Body Shop Products Contest"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




okay, tetiba aku gedik nak join contest ini.. ohmyyy!
hehehe~
sesapa yang berminat nak join contest ini, boleh pergi ke blog Mr Clive ni okay?
hadiah grand winner dia best gila okay! produk body shop!
kalau tak dapat jadi grand winner pun, mr clive ni ada bagi hadiah untuk sub-winner every 2 weeks before the final winner diumumkan.
tarikh penyertaan dari 15th february - 30th march

siapa yang tak minat produk bodyshop, and lebih nak dapat buku boleh klik sini , bagi yang bertuah korang akan dapat buku free..:DDD
jom support contest and program mari membaca daripada mr clive ini. 
program mari membaca ni juga adalah salah satu tanggungjawab sosial mr clive, err, kan?

1st Of All 

nak wish your birthday yang ke-24 dulu!!! hahaha~ bila tu? tak apa-tak apa. i just wish.

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to clive einstein
happy birthday to you!

selamat hari lahir~
selamat hari jadi~
(malay)
happy birthday~
(english)
saengril chukahae~
(korea)
shen ri kuai le~
(mandarin)
sanah helwah~
(arabic)
tanjoubi omedetou~
(japan)
maligayang bati~
(filipino)
joyeux anniversaire~
(french)
feliz cumpleanos~
(spanish)

erkk..okay fine tu je bahasa yang tau pun..hahaha

may God bless you and sentiasa dimurahkan rezeki..:DDD


why i need this product?

every month i have my own budget to buy things.
jadi, setiap bulan akan kira budget, akan ada wishlist untuk beli barang.
dah lama usha body shop, tapi, kalau beli produk body shop i have to cut another budget.
i always choose the thing i need most, thing i want most and barulah yang lainlain.
so bodyshop ni dah termasuk yang lain-lain. and kadang-kadang sampai terlupa yang pernah ada wish untuk beli barang-barang bodyshop ni.
hehehe..
but still on my list..lah..ahahaha..

why you should pick me as the winner? 

errr,
no reason sebenarnya..hoho.


okay tu saja, sekian~ (^_^)v

p/s: saja je nak join contest ni, tak menang pun tak apa. korang-korang yang lain, joinlah contest ni, mana tau korang bertuah dan korang menang. kan ke best tu! sharing is caring, right? so aku share kat korang ni pasal contest yang hadiah dia menarik ni..hohoho~

p/s 2: Liselle sweetie, you are awesome and great!!! :DDDD keep on writing, and thank you so muchoooooooooo~ ly too :)

p/s 3: untuk Liselle lagi (hehe), please tulis story lagi! i'm sure always be one of your fans and will read all your stories..:DDD


daaa~
xoxo,
Miss M~

Monday, 27 February 2012

Success One Day At A Time - John C Maxwell

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hari ni nak bercakap mengenai buku.

aku antara orang yang suka membaca buku genre self-help ataupun motivation.

dari dulu lagi, aku ni sebenarnya tak tau macam mana nak meluahkan perasaan and tak tau nak pergi kepada siapa untuk menaikkan semangat motivasi.
ini adalah antara sebab aku suka membaca buku motivasi.

aku rasa dengan membaca buku motivasi, aku lebih mudah untuk menaikkan semula semangat aku, untuk memberi aku inspirasi.
malah, buku-buku motivasi banyak yang memberi guide untuk aku untuk merancang, membuat, mencatat dan macam-macam lagi.

korang tau kan, 
yang aku ni sebenarnya sangat bercita-cita tinggi.
aku ingin menggapai impian,
walau ianya sesukar mana.
walau ianya setinggi mana.
aku tetap ingin mencapainya.
biarpun susah biarpun payah.
aku tidak mahu mengenal erti putus asa.
:)

okay, sudah-sudah dengan mukadimah yang dah panjang lebar. =D

ni aku nak kongsikan satu buku motivasi dari john c maxwell,
aku beli buku ni december 2011, lepas beli terus baca haritu jugak sampai habis.hehe.
buku ni sangat best and sangat easy untuk terus hadam..:D

aku harap penggemar buku, dan readers di sini, ingin mencari kapsul semangat, belilah buku ni and baca.


harga: RM29.90

aku sangat suka buku ni.
sebab dia ringkas dan padat.
tapi penuh dengan ilmu berguna.
:)

***
behind me is infinite power.
before me is endless possibility.
around me is boundless opportunity.
why should i fear?
-stella stuart

cherish your visions
and your dreams as they are the children of your soul;
the blueprints of your ultimate achievement.
-napoleon hill

love what your doing.
believe in your product.
select good people.
-debbi fields

it's easier to settle for average than strive for achievement.
it's easier to be skeptical than successful.
it's easier to question than conquer.

he who is afraid doing too much always does too little.
-german proverb

a year from now you may wish you had started today.
-karen lamb

success is not perfection;
success is above average.

everybody can be great...
because anybody can serve.
you dont have to have a college degree to serve.
you dont have to make your subject and verb agree to serve.
you only need a heart full of grace.
a soul generated by love.
-martin luther king jr
***

aku tak nak jadi average.
aku nak jadi extraordinary.
:)

p/s: thank you so much Mr Clive

sincerely,
me~

aku rasa entry ni tak ada motif and bosan. tak payah bacalah. melalut je lebih. tengoklah tajuk pun panjang gila. hahaha~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


atuk: adik, kamu tak ada boyfriend, dik?

*nak tersedak aku, atuk aku tanya macam tu.

aku: mana ada, yah.

atuk: carilah boyfriend. tapi, cari yang ada kereta. pandai bawak kereta. senang nak bawak mak dengan ayah jalan-jalan.

*kesian atuk nenek aku ni, diorang ni nak berjalan tapi, tak ada siapa yang nak bawak. setiap bulan aku bawak diorang jalan2 kat shopping complex ni, kitorang bertiga. aunty y hantar, aku bawaklah atuk and nenek aku ni berjalan. kadang2 balik, naik teksi. walaupun dekat je. sebab aunty y sibuk dengan anak-anak dia sekolah. aunty kn tak pandai bawak kereta and suka duduk rumah, tak suka nak ikut kitorang jalan. aunty kz kerja. 

*nenek aku, aku tolak pakai wheelchair. atuk aku jalan pakai tongkat. tapi, atuk aku manalah kuat jalan sangat. umur dah 79, tahun ni. kalau ada kakak angkat aku tu, dia bolehlah bawak atuk aku naik wheelchair lagi satu. tapi, kakak angkat aku kan tengah belajar. rb pulak sekolah.
so selalunya memang kitorang bertigalah.

*lepas tu diorang ni tak suka nak duduk rumah. diorang suka jalan2. paling tidak pun duduk jelah kat shopping complex tu, tengok orang-orang lalu lalang. aku tak kisah sangat nak bawak diorang jalan. kecuali sabtu ahad tu memang aku tak berapa nak sanggup sebab terlalu ramai orang. sesak. aku tak suka jalan sesak2. lagipun aku kena sorong wheelchair, then kena jaga atuk aku lagi. so tak berapa nak menang tangan kalau sesak2 ni. kalau hari biasa, lenggang je, best. so,bila jalan slow pun tak ada sesak. yelah, dengan wheelchair nenek aku and atuk aku lagi, mestilah slow je. bila tengah beli barang pun, kalau aku nak belikan diorang macam tak nak, sebab dah alang-alang keluar diorang naklah tengok sendiri. nak puas hati.
so, aku tak kisah sebenarnya. cuma tu lah, hari biasa, memang relaks.:D

*bagi aku, ni adalah antara tanggungjawab aku jugak, nak gembirakan hati atuk and nenek. mama dah tak ada, aku menumpang kasih dengan diorang. kalau 'anak-anak diorang' macam malas and tak nak bawak, aku okay je nak bawak. tapi, aku tak boleh drive, kena harapkan orang hantar and ambil. tapi, kalau tak ada orang nak hantar and ambil, aku telefon teksi jelah.

nenek: adik, kalau cari boyfriend ke, suami ke. biarlah orang yang senang sikit.

*erk..nak tercekik aku nenek aku cakap cenggitu. -_-' apakah?

nenek: bukan apa, adik ni kerja tak boleh. lepas tu kerja-kerja rumah tak pandai buat. sakit pulak. sekarang semuanya makin mahal. semua pakai duit. adik tu bukannya bekerja, macam mana nak tolong suami kalau tak ada duit ke. adik tu bukannya biasa hidup susah. kalau lelaki tu tak nak, tak payah terima. sudah. 

*lagi sekali aku rasa nak tercekik. 

aku: ish mak ni, tak ada nya orang nak kat adik ni. mak jangan risaulah. adik tak kahwin pun tak apa.

*macam mana aku nak kahwin? bila aku dengar nenek aku cakap macam tu, aku rasa aku hanya bakal menyusahkan orang je. baik susah sendiri. and menyusahkan ahli keluarga sendiri. hehehe. sebab atleast, aku tau, ahli keluarga aku tetap akan terima aku jugak.
lagipun tengok dari gaya nenek aku ni, macam susah je nak dapat approval dari dia. 

nasib baik jugaklah aku ni memang tak ada hati nak kahwin ke, nak ada boyfriend ke. kalau ada, naya dowh...hahaha

tapi, aku kesiankan atuk dengan nenek aku.
ada sesiapa yang sudi bawak atuk and nenek aku jalan-jalan? *2 minggu sekali atau seminggu sekali ke* hehehe~
dan sila belanja makan sekali. *demand lebih lagi ni* hahaha~


ok fine aku melalut.
aku taktau apa motif entry kali ni.
cuma, aku kesiankan atuk and nenek aku.

and, aku tau nenek aku takkan percaya yang ada orang lain boleh jaga aku. teehee~
(ni sebab merujuk kepadaa entry bawah la, sebab ramai pulak yang meng-aminkan doa. bahaya ni..) hoho.

moga aku terus bersikap begini, dan tidak mula nak menggatal mencari boipren ke suami ke. tak kisahlah, waktu muda ni ke, atau waktu dah lebih matured lagi.huhuhu.

p/s: apa aku gedik cerita pasal kahwin ni? euwwwwwwwwwwwwwwwww~ *ketuk kepala sendiri*

ikhlas,
aku~

Sunday, 26 February 2012

"Sudah Ada Tuan?"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*masa: tahun 2011
*tempat: Madinah

aku berjalan menyelusuri kedai demi kedai di Madinah ini. ada juga bersamaku kakak-kakak satu jemaah.
aku terpandang sebuah kedai kecil yang menjual barang-barang perhiasan wanita.
oh ya, aunty kz pesan untuk beli earring untuk mak (nenek).

owner kedai (ok) itu seorang lelaki. aku rasa umur dia dalam lingkungan awal 30-an. dia hanya duduk di bangku. 
semasa aku melihat dari luar, dia hanya duduk tersenyum sambil berkata,

ok: malaysia?
(dia panggil satu nama kakak ni.azizah. dengan tepat sekali, sampai kakak tu terkejut. mana pula pak arab ni tau nama kakak ni.)

*aku tersenyum sambil mengangguk. orang malaysia memang agak terkenal di tanah arab ni rupanya.

ok: mahathir? abdullah? najib? 1 malaysia!
*sambil tersenyum dia menutur nama-nama perdana menteri.

*mak aih, kenal ea dia ni dengan perdana-perdana menteri malaysia. woaa..
*aku hanya tersenyum lagi, aku mula melangkah masuk ke kedai itu.

ok: p ramlee?

*okey fine. ni aku terkejut gila. p ramlee pun dia kenal?

aku: kenal p ramlee eh?

ok: kenal. kenal. movie dia sangat bagusss! 

*dia buat thumb ups.
*ouh, tengok cerita p ramlee rupanya. bagus bagus.hoho

pk: sila pilih, sila pilih. beli, beli. murah, murah.

*aku pun memilih earring. banyak juga yang cantik-cantik. rambang pula mata aku. owner kedai tu pula hanya membiarkan aku memilih tidak langsung diganggunya aku.
selepas selesai aku memilih, baru aku sedar kakak-kakak satu jemaah dengan aku tak masuk pun kedai tu, mungkin diorang pergi kedai jubah di sebelah.

*aku pun menghulurkan earrings yang telah aku pilih kepada dia. masa tu dia tengah berdiri memang agak jauh pun dari aku.

sambil mengambil earrings itu dari aku, dia tiba-tiba tanya. (ni betul2 out of the blue okay!)

ok: sudah ada tuan?

*aku blurr. aku salah dengar ke? dia tanya tuan ke Tuhan? kalau Tuhan, mestilah ada, Allah tu kan Tuhan aku. biar benar pertanyaan dia ni, kita ni kat bumi madinah kot.

ok: sudah ada tuan?

aku: ek?

*aku mengerutkan dahi cuba untuk dengar and hadam balik perkataan tuan atau Tuhan. aku rasa dia ni tanya tuan kot. tuan? kebenda pulak tuan? sejak bila aku jadi orang gaji ni? (erk, bukan nama blog ni housemaid ke? sejak bila pulak dia jadi stalker blog aku neh. hehehehe)
aku menggeleng sikit.

ok: sudah ada tuan? husband.
*dia tersenyum.

*dan barulah aku tersenyum jugak. ouh, husband. kan senang cakap husband. aku faham sikit.

aku: ouh, belum. belum.
*aku mengggoyangkan tangan aku sambil tersenyum lagi.

*dia mengangguk sambil tersenyum.
ok: kamu bagus. nanti tuan pun bagus. 

*tiba-tiba dia cakap macam tu. aku blur balik. apakah?

ok: kamu bagus. hati kamu bagus. husband kamu sama bagus. insyaAllah.

*macam tau apa yang bermain kat hati aku dia cakap lagi sekali macam tu.errr..
*dia pegang hati dia kemudian dia tunjuk aku, lepas tu dia tersenyum sambil buat thumbs up.

*dia cakap lagi.
ok: nanti kamu kahwin, kamu dan husband. dua-dua bagus. kamu bagus. husband kamu pun bagus. masyaAllah.

*oo--kayy.. aku tak tau nak bagi reaksi apa. dah macam bersungguh pulak, pak arab ni cakap. hehe.

aku: insyaAllah. amin.
*aku amin kan je lah. sambil gelak-gelak sebab masa tu aku rasa macam kelakar je owner kedai ni. dahlah pandai cakap melayu walaupun pelat. tiba-tiba cakap aku bagus lepas tu dapat husband bagus.

ok: betul. betul. hati kamu bagus. husband kamu bagus. dua-dua hati sangat baik. percayalah. 
*dia bersungguh and serius. sikit pun tak gelak. tapi dalam masa yang sama cara dia cakap lembut je.

*tiba-tiba aku dah rasa lain macam. meremang bulu roma aku. keseriusan dia terserlah sangat walaupun dia cakap lembut je. 

ok: umur kamu berapa? 

*lidah aku macam kelu gila nak jawab. takut pun ya jugak.

ok: 18? 20? umur kamu 20 kan?

*okay, serius masa ni aku nak nangis, siapa pulak pak arab kat depan aku ni. macam mana lah pulak dia boleh teka umur aku dengan tepat and confident.

*dan tanda-tanda pelik mula datang balik. macam tiba-tiba tangan aku macam sejuk, jantung dah mula berdegup dengan laju. 

ok: umur kamu 20, kan?

*aku hanya mengangguk sikit. sebelum ni mana pernah orang teka umur aku dengan tepat. mood gelak tadi terus mati bila dia cakap serius.
*dia tersenyum.

ok: nanti suami kamu pun, sama-sama 20 macam kamu. hatinya bagus. good. kamu bagus, dia bagus. percayalah.

*tiba-tiba aku renung anak mata dia. jernih. coklat jernih. dan cara dia cakap, tak macam pak-pak arab yang gatal. cara dia cakap, ikhlas. and air muka dia sangat tenang dan sangat ikhlas. dan damai.

*kalau aku dah rasa lain macam, aku memang akan tenung anak mata orang tu. cuba menembusi mata hati orang itu. sikit pun dia tak larikan pandangan mata dia kat aku. seolah dia tau aku tengah cari kejujuran and kesungguhan kat situ, dia hanya senyum.

*tiba-tiba juga aku mengangguk. aku senyum. 

aku: amin. insyaAllah. terima kasih.

*dia senyum lagi dan angguk sikit. seolah memberi satu kepastian. dia hulurkan plastik, dan aku hulurkan duit.

*** 
itu adalah salah satu kejadian yang bagi aku agak pelik.
sebab even aku ada lalu kedai dia, sebab aku dengan kakak-kakak satu jemaah tu suka pergi kedai jubah yang agak murah yang letak kat sebelah kedai dia.

selalu juga terserempak, tapi, 'dia' dah tak ada. maksud aku, orang yang sama. tapi, 'dia' yang tiba2 cakap out of the blue tu tak ada. 

aku tak tau macam mana nak explain. 
owner kedai tu macam tak kenal aku pun ya jugak (ok fine, ramai je kot jemaah kan, takkan lah dia boleh perasan aku).
even cara duduk dia pun lain, and cara dia cakap lain. tak sama macam 1st time aku jumpa dia.

1st time aku jumpa, dia duduk kat atas bangku, relaks dan tenang, macam menunggu seseorang. even cara dia tegur, macam dia dah expected aku akan masuk kedai tu.

entah, aku tak reti nak explain.
tapi, lepas yang kali pertama tu, memang bila terserempak dengan dia, memang dah tak rasa jernih atau tenang yang damai tu. dah rasa biasa.

ada yang kata, 
mungkin yang kali pertama tu, adalah 'orang lain'.
lebih-lebih kat tanah madinah ni, macam-macam boleh jadi.

aku hanya tersenyum.
aku pun rasa macam tu.
apa-apa pun, aku bersyukur pada Allah.
sungguh Allah Maha Mengetahui...=)

ikhlas,
aku~

Saturday, 25 February 2012

Announcement!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


ehem.
errr...

aku nak buat announcement ni..
kekeke

tetiba hari ini,
aku terbuka hati nak kongsi blog aku yang lagi satu dengan korang.
hahahaha...

dah lama dah blog ni wujud.
lebih lama dari blog teenager housemaid ni.


erm.
erm.
erm.

alamak malu arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!


erm.
dalam blog tu,
aku ada letak karya aku yang tak seberapa.
*sila muntah*

erm..

kalau sudi,
sila-sila merajinkan diri baca eh.
kalau malas,
stay je kat blog ni eh.

hehehe..

tadaa~

>>sini<<


p/s: korang, sorry sangat sebab lambat balas kunjungan blog. okay, malam dan pagi ni kan ku redah semua blog korang.
tapi berhenti rehat kul 10 sebab nak tengok yusry and lisa.
kekeke...


xoxo,
Miss M~~

Friday, 24 February 2012

SNSD - The Boys

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

aku rasa lagu ni quite motivational.
aku suka yang maksud lirik korea. 
quite deep.
ah~
again, i'm lost.

saya suka snsd aka girls generation aka sonyuhshidae aka generasi perempuan 
hehe.
saya suka seohyun!
(ok aku merapu lagi)

ini antara video yang aku suka tengok diorang menari live..:)


If you haven't even started yet because you're scared
Then stop complaining!
If you hesistate, opportunities will pass by you
So open your heart and come out!

Bring the boys out x 3

Living by reason - has it grown on you?
Are you alright? (Get up)
Is the dark world making you lose strength?
(That's funny) Are you alright?

I can't just stand here and watch
Even if it clashes and breaks numerous times, get up
Show me your wild side that is sharp and cool, my boy
Bring the boys out

* Girls' generation make you feel the heat! 
The entire world is focusing on you
(Bring the boys out)
You are majestic and strong
You were always cool
You know the girls?
(Bring the boys out)

Don't be shaken and just protect your place
We are all humans living a war-like life


Why you? (Yes fly high) Why already? (You fly high)
Just give up (oh) you're not ready


Show me your tenacity, shake the earth
So that everyone can see you
History will be written anew
The main character is you - you!
Bring the boys out

*repeat


Girls bring the boys out!


I wanna dance right now! 
I will lead you - come out
The boys of the world, I am Athena, the one who gives the number one wisdom. Check this out! 


Enjoy the excitement of the challenge - you already have everything in this world
Just keep going like that - keep up
Girls' Generation, we don't stop
(Bring the boys out)

The once clogged up future, the once imperceptible future is spreading before your eyes
I think I'm falling more and more for you, who is becoming more and more perfect (My heart)

If you haven't even started yet because you're scared
Then stop complaining!
If you hesistate, opportunities will pass by you
So open your heart and come out!

'Cause the girls bring the boys out
Girls bring the boys out Girls bring the boys out Girls bring the boys out

Girls' generation make'em feel the heat! 
The whole world is focusing on us
(Bring the boys out)


All the boys who will lead the world, all the awesome girls, gather here
You know the girls?
(Bring the boys out)

***

jangan nose bleed okay, guys!
haha~
ok aku melalut.
-_-'

xoxo,
Miss M~

Sarah Jessica Parker - NYC (Perfume)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


oleh sebab i dont have any idea to update any entry walaupun dah duduk tercongok depan lappy dari semalam. so i guess i just make a review. er can i call it as review? err, i think more like the story how i got my perfume,ey? hahaha~

okay, i really love this smell. 
memang suka sangat dengan sarah jessica parker, NYC ni. 

at first, early 2011, around january i guess, i windowed shopping with my cousins at the garden.
round sana round sini.
then, tengok bahagian perfumes.
sekali i ternampak sarah jessica parker punya perfume,
the packaging is so beautiful and fun. so, aku mintalah kertas untuk bau perfume tu right.
and i just loves the smell!
arha~

then, i think, if i buy for myself, ofcoz my family will marah i, sebab i already had a lot of perfumes, banyak lagi yang tak habis pakai. 
but, but and but...
but i just love this NYC's smell okay!

bau dia sangat fruity and sweet. 
its not floral. 
more to fruity. and i love fruity smells. rasa macam awesome je! xD
*yeah, aku lebih suka perfume yang berbau fruity. and sweet...*

***
*then masa end of february 2011, i bbm my big bro.

me: abang, minyak wangi sarah jessica parker, NYC sangat awesome and best. bau dia sangat sedap! *big smile*

abang: hahaha. so, kenapa?

me: hahaha~ well, i'm just telling you. *big smile lagi*

abang: hahaha *again*

***
on my birthday, -25 march 2011-
tadaaa~





so sweet kan?
hahaha~~

perfume and body lotion..:)
actually dia bagi dalam kotak, and ada lagi 4 sample dari sarah jessica parker, tapi, oleh sebab its already been 11 months, so kotak dia mestilah dah tak ada kan. huahuahua..

thank you, abang. kekeke~
this year punya birthday, i'm looking forward for my armani purse. *evil grin*

xoxo,
adik~

Thursday, 23 February 2012

Random

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hurm.
do you guys think i should publish my writing stories here?
in this blog?
or make another link?
or...
just keep it private?
hurm.
ntah.

sometimes i think i wanna share it.
sometimes i think i just wanna save it.
sometimes i think i just dont want to do anything.
hahaha.

whatcha thinking, peeps?

xoxo,
Cik M~

Perempuan Bergaya Kerana Lelaki?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


aku paling tak boleh nak terima statement kat tajuk di atas. (hehe)
aku tak tau kenapa lelaki suka perasan, perempuan bergaya and nak nampak cantik sebab lelaki. euwww~
mungkin adalah perempuan yang macam tu.
tapi bagi aku tak ramai mana pun.

aku lebih rasa perempuan nak bergaya and nak cantik sebab perempuan.
no no no.
bukan sebab diorang lessssbian.

korang tau kan, yang perempuan ni suka benda-benda yang cantik.
jadi bila diorang nampak perempuan lain cantik, mestilah diorang pun nak cantik and bergaya.

kalau perempuan nampak lelaki, dan tetiba perempuan tu nak cantik, adakah dia nak cantik macam lelaki tu?

*meh jadi macho macam i, girlsss* 

ouh ouh no no no..
mestilah perempuan nak cantik macam perempuan yang dalam magazine, dalam tv, macam retis and blablabla...

contoh macam perempuan suka make-up,
kemonlah,
aku tau majoriti lelaki Tak Suka perempuan pakai make-up.
aku ada dua orang abang, *campur lagi dengan bestfren abang-abang aku, kazen2 lelaki aku*
kebanyakan semua tak berapa nak berkenan dengan perempuan make-up tebal. atau even make-up nipis.



seriously, diorang memang tak suka perempuan pakai make-up.
tapi, perempuan masih lagi pakai make-up!
kenapa?
kerana perempuan make-up bukan sebab lelaki!!
betulkan, wahai ladies semua?

kalau nak ikut taste lelaki, maknanya perempuan semua tak payah pakai make-up! just natural beauty.
tapi, perempuan masih make-up, sebab media telah mencuci otak perempuan-perempuan bahawa perempuan kelihatan cantik memakai make-up

contoh lagi high heels, lelaki ingat perempuan pakai heels sebab nak tarik perhatian diorang. sanggup sakit kaki hanya nak tarik perhatian diorang.
oh gosh!
puh-lisss la...

menangis lelaki tengok perempuan pakai heels tinggi macam ni kot.hehehe


ni kita cerita dalam malaysia je eh, 
majoriti lelaki dalam malaysia ni, ketinggian diorang sedang-sedang je. and ada gak yang memang err tak berapa nak tinggi.
sangat sikit lelaki yang mempunyai ketinggian 175cm and above.

dan walaupun setengah dari perempuan malaysia ni adalah err, comel-comel je ketinggian mereka.
ada lagi setengah perempuan malaysia, yang boleh dikategorikan sebagai tinggi (tapi kalau kat barat tetap pendek hehehe)
so, kenapa perempuan yang dah memang tinggi tu nak pakai heels yang tinggi-tinggi tu sebab lelaki?
sedangkan kalau perempuan pakai heels, confirm lelaki tu sama ada sama tinggi dengan perempuan atau kadang-kadang perempuan tu lebih tinggi dari lelaki.
*melainkan lelaki tu tinggi macam abang aku, 180cm*

dan kebanyakan lelaki yang tak berapa nak tinggi ni, tak suka perempuan pakai heels sebab tak nak nampak ketidakberapatinggian nya diorang ni.
tapi, perempuan tetap pakai, sebab apa?
sebab media telah mewar-warkan bahawasanya perempuan sangat cantik pakai heels.

kenapa perempuan suka bergaya?
sedangkan kalau nak diikutkan lelaki lebih suka perempuan pakai baju kurung je sudah. cantik, tutup aurat. penuh ciri ketimuran. pakai tudung bawal je pun dah manis.

tapi, perempuan nak juga bergaya, dengan pakai skirt kembang labuh, dengan tudung shawl berbelit-belit, dengan blaus pelbagai rupa.
dengan mencari pelbagai jenis jubah modern, dress labuh. 

dan bagi yang tak bertudung pulak, suka something yang nampak girlish and cantik and agak seksi. macam mini dress, skinny jeans, baby-t, skirt pendek, shorts and many more.



kalau nak dikatakan perempuan ni bergaya untuk lelaki, baiklah jadi yang manis, and sejuk mata lelaki memandang. lagi senang nak suruh lelaki jatuh chenta.

tapi, perempuan tetap memilih untuk pakai mini dress, skirt labuh, dress labuh, skirt pendek and entah pelbagai jenis baju kat pasaran.
yang pakai tudung belit-belit, yang rambut blonde. cakap je lah.

sebab apa?
sebab media kata, ouh, perempuan lagi seksi lagi cantik. perempuan rambut perang lagi cantik.
media kata lagi, takpe2, bertudung? no hal. pakai je skirt labuh, baju blaus ni cantik2, shawl ni boleh berbelit-belit.
cardigan ada walaupun pakai baju ketat.
and just so many more.

adakah lelaki masih lagi ingat perempuan nak nampak cantik sebab diorang?
oh puh-lisss...

perempuan nak nampak cantik bila tengok retisss tu cantik,
contoh,

cantiknya seohyun lawanya dia. nak cantik cam ni lah!

*ous yeah, let's follow me. i;m the captain!*

ouh! smokey eyes avril lavigne sangat dramatik and mystery!
ohmai! lisa surihani sangat comel!
nak sweet and cute macam selena gomez ! 
nak stylo macam yuna!
so, you got what i mean?

perempuan nak kelihatan cantik tu bukan sebab lelaki, mungkin ada tapi bagi aku ianya minoriti.

perempuan nak nampak cantik sebab perempuan.
sebab media yang memainkan peranan utama.
sebab perempuan rasa insecure, kalau diorang tak bergaya and stylo macam tu.

bagi aku, normallah perempuan suka benda yang cantik, and nak kelihatan cantik. cuma-cuma, at the end, tepuk dada tanya selera. sama ada rajin atau malas. sama ada nak nampak stylo atau kesederhanaan.

but, sangat tak boleh nak terima kalau sebab lelaki..hoho...

what say you?

p/s: err..aku tak kutuk sesiapa, sebab aku pun kadang2 termasuk dalam golongan yang termakan dengan kata-kata media..sekian. :p cuma aku tak puas hati nape lelaki selalu rasa perempuan dress-up atau make-up atau nak nampak cantik sebab diorang. tsk!! cuba tanya perempuan-perempuan kat sini confirm diorang menafikan.
percayalah, perempuan nak nampak cantik sebab diri sendiri dan juga bila diorang tengok perempuan lain yang cantik, sweet and cute! :D

p/s2: i loveee fashion and beauty, but never be stylo and pretty. because i am me. and i'm comfortable with myself. 

xoxo,
Miss M~

Sunday, 19 February 2012

Again

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



You never said "I'm leaving"
You never said "Goodbye"
You were gone before I knew it,
And only Allah knew why.

A million times I needed you, 
A million times I cried
If Love alone could have saved you, 
You never would have died.

In Life I loved you dearly
In death I love you still
In my heart you hold a place, 
That no one could ever fill.

It breaks my heart to lose you, 
But you didn't go alone
For part of me went with you, 
The day Allah took you 'home'...

******

They say memories are golden
well maybe that is true.
I never wanted memories,
I only wanted you.

If tears could build a stairway
and heartache make a lane,
I'd walk the path to heaven
and bring you back again.


******




mama,
i miss you again and again.
and again.


sincerely,
adik~

Historical Romance And Ethique

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

mama suka baca buku.
mama punya favorite genre ialah historical romance.
mama punya favorite author ialah johanna lindsey.
mama punya favorite book ialah once a princess - johanna lindsey.

arha~
macam bina ayat je. tapi bina ayat bahasa rojak. muehehe.

masa mama sakitkan, mata aku kan dah okay. okay means nampaklah baca buku walaupun jarak agak dekat.

mama suruh aku baca buku historical romance dia.
aku pun dengan kepatuhan bacalah buku mama tu, walaupun aku tengok cover dia macam pelik je.
*harap maklum, masa tu aku baru 15 tahun.*

(and masa ni walaupun mama dah start sakit, tapi, mama tak nak pergi check up kat hospital. so, masa ni aku jaga mama kat rumah.)

baca punya baca punya baca. (dengan ditemani kamus kehkehkeh)

aku: mama!!!

*mama yang juga sedang membaca buku. pandang aku. agaknya dalam pemikiran mama, asal lah anak dia ni menjerit, padahal mama kat sebelah je. teehee~

aku: i don't think i can read this book la, mama.

*aku dah pandang mama sambil mengerutkan dahi.
mama pula masih diam pandang aku.

aku: this book is so....

*aku terdiam.

aku: erm... adult.

*i think, mama faham apa yang aku cuba nak sampaikan. sebab ofcoz i cant say inappropriate words. tapi lama jugak mama diam. macam tengah cari ayat nak sampaikan sesuatu kat aku.

then, dengan lembut tapi tegas mama cakap,

mama: i want you to read this book, and take everything that you read, as a knowledge for yourself. niat itu penting, jadi betulkan niat. and i dont want you to learn or know all these thing from other people. i cant discuss this matter with you openly, but i want you to know these kind of thing. sebab mama memang tak nak adik tahu atau belajar dengan entah siapa.

*mama tekan kan ayat tu.

mama: and after you know, just keep it to yourself. and dont you ever dare to try it. curiosity kills the cat. before you curious, and wanna know about this, and cari another person to talk to. i better tell you and educate you. but, me too, cant let myself discuss it openly. so, take everything that you read as your own knowledge. and, again, adik. i dont want you to discuss or never ever try it with anybody! understand? lagipun, bahasa english adik makin teruk, kena banyak baca buku english and buka kamus.

*everything that i knew, was under my mom's supervision. apa yang aku tau, itulah yang mama tau sebab we read the same books. so, she knew what i've learned.

thanks mama, because of that, i dont need to know from others. and tak ter-influence dengan orang lain. :D

***
that's my mama.
bagi aku mama adalah seorang yang sangat open minded but at the same time she was conservative.
i love her! she was so unique. :D

we can talked freely about everything.
but everything ada limits.

aku belajar dari mama, mengenai limits ni. bukan limit yang negative.
tapi yang positive.

macam,
you can talk freely, tapi bahasa kena jaga.
you boleh keluar dengan cousin sebaya atau kawan sebaya, but mesti kena ada orang tua temankan eventho my friend and cousin perempuan.
you can read everything, but take it as knowledge.
you can listen to rock music or whatever you wants, tapi jangan pasang volume kuat-kuat.
you boleh keluar malam, but only with families and relatives.asalkan aku tak ikut diorang pergi tempat bukan-bukan.huhu.
you can be angry, but mind your words. jangan sesekali cakap benda yang tak baik.

*percaya tak dulu, kalau aku rasa marah pun aku cuma boleh cakap perkataan bengong. gila, ngekngok and kadang-kadang stupid(tapi, tak boleh cakap b*doh sebab kasar sangat walaupun maksud dia sama je. hehe) tapi, selalunya tiga perkataan tu lah.

dan lepas aku umur 19 tahun, aku baru belajar cakap b*doh, what the h*ll, what the h*ck, h*ll la, b*ngang la, b*ngok la, poyo..<-- hanya perkataan ini. perkataan lain yang lebih extreme, memang aku tak boleh nak cakap.

and kalau nak buang air kecil or ehem, aku akan cakap, "nak pergi tandas japlah." "nak pergi toilet jap la" but never said the words hahaha.
sampai cousin lelaki aku gelakkan aku, "adik ni bahasa skema gila. cakap je lah, nak k*nc*ng, nak b*r*k. family je kot kat sini."
family tak family, aku dah terbiasa dengan bahasa macam tu. ops, cousin lelaki tu bukan tinggal satu rumah dengan aku. dia dok umah lain, jadi dia tak tau macam mana aku kena brainwash kat rumah ni.hehehe.

and percaya tak, kalau in reality, aku lebih selesa guna perkataan, saya-awak, kita-awak, i-you.
jarang sangat guna kau-aku. ada juga guna, tapi, kalau orang tu cakap dulu lah. even kadang2 aku masih bersaya awak..hoho
kat blog ni je aku bebas beraku--aku.hehehe.

sebab dulu, masa kecik-kecik, bila aku dengan abang-abang aku, beraku-kau.
gila aku kena marah dengan mama. and mama memang suka pakai ayat touching,
"mama ni dahlah single mother.nanti orang kata mama ni tak pandai nak didik anak-anak mama."
that's why, aku dengan abang-abang aku, bersaya-awak, adik-abang, adik abangah..
and kedua abang aku kalau cakap dengan each other pun, bersaya-awak, atau abang-abangah.
skema tak abang-abang aku? haha.

oleh sebab aunty-aunty aku yang satu rumah ni dah macam kawan-kawan, so aku dengan aunty-aunty aku, bersaya-awak lah. okaylah kan. mana ada kasar kan.
haritu atuk aku dengar. free je aku kena marah..

atuk: adik! yang adik pergi bersaya-awak dengan aunty kn, aunty kz tu kenapa? tak sopan dengan orang tua bersaya-awak. kenalah bahasakan diri adik-aunty. bukan saya-awak. nanti dari bersaya-awak, tukar jadi aku-kau pulak.
*and yada yada*

ya, memang free aku kena lecture dengan atuk aku. lama pulak tu. aku lah kena marah bukan aunty aku, sebab aku yang muda. teehee~
tapi, sebab dah terbiasa. and sebelum ni tak kena caught dengan atuk aku. so, relax jelah. tapi sekali tu pulak, atuk aku terdengar. -_-'

nasib baik atuk aku tak reti main internet and baca blog.
mau dia terkejut tengok cucu kesayangan dia *ohmai! perasannya* bermaharajalela menggunakan perkataan aku.
kehkehkeh. <-- tengok siap ketawa macam ni lagi. pengsan agaknya atuk aku kalau baca blog aku. hahaha.

conclusionnya,
its not easy to be a single mother.
for me, oleh sebab mama aku dah put up a lot of efforts to did the best dalam mendidik aku, memberi kesenangan untuk aku. sacrificed banyak benda untuk aku.
that's why aku still nak menjadi yang terbaik and cuba yang terbaik.
aku tak nak apa yang mama buat semuanya menjadi sia-sia.

and, duduklah dengan atuk aku, korang akan diajar cara untuk bercakap dengan berbudi bahasa. hoho-

moral of the stories,
please baca banyak buku. and tak kisahlah buku apa yang anda baca, please take it as a knowledge and find the knowledge dalam buku tu, eventho its only novel.
budi bahasa budaya kita, jagalah bahasa anda. you are what you do and say.
love your mother.
be open minded but still kekalkan ciri-ciri ketimuran. (eceh wah)

p/s: aku ni poyosss je lebih. sekian. padahal, aku tak ada pun ciri-ciri ketimuran. bangun pun lambat weyh...sekian.

ikhlas,
adik~

Saturday, 18 February 2012

Oatmeal Face Scrub (DIY + Review)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


atas permintaan beberapa blogger di entry >ini< .
okay, now, aku cuba buat diy and review sebaik mungkin walaupun tak tunjuk muka, okay?
teehee~
this diy, untuk lelaki pun boleh. (untuk lelaki yang malas nak beli pencuci muka dan tatau nak guna apa, as produk untuk kulit muka mereka, juga yang nak kelihatan kacak bergaya tapi tak suka keluar duit untuk produk2 yang mahal atau malu nak beli produk muka sebab takut dikatakan hilang kemachoan hahahaha)
and, untuk LADIES! confirm korang suka! no, you will love it, like me! xD

sangat mudah, senang and korang tak payah nak susah-susah cari bahan atau susah-susah keluar duit banyak-banyak. yang korang perlu hanya lah oatmeal! tak kisahlah brand apa.
asalkan korang ada oatmeal sahaja. ouh tak payah air panas dan susu. itu untuk korang makan okay.hehehe.
so, kalau pencuci muka habis, atau rasa pakai macam2 produk dah tak jalan. cuba lah try buat ni.. :)

Do It Yourself:
so the thing you need is oatmeal.

aku beli oatmeal ni, kalau tak silap aku, RM2.90 je. hoho. murah and tahan lama. :p
ni yang quickcook, dia dah add in flavour lain, kalau dapat yang original oatmeal lagi bagus. 
aku letak oatmeal tu kat dalam drinking water saver ni.hehehe. sebab senang nak curah kat tapak tangan. senang simpan.  harga botol ni RM5 je beli kat daiso. 


1st step,
korang basahkan muka korang macam biasa, lepas tu...
tuangkan oatmeal kat tapak tangan. lebih kurang banyak dia macam kat tapak tangan aku tu. oleh sebab aku pakai botol so aku curahkan ke tapak tangan. tapi, kalau korang pakai yang untuk kat rumah punya, korang pandai-pandailah ambil sudu. rasanya satu sudu besar cukup kot. atau maybe dua sudu? entah pandai koranglah agak eh.
2nd step,
genggam tapak tangan dan curahkan air kat tangan. guna paip boleh, guna cebok boleh, guna shower pun boleh. atau kalau korang tak nak bazir air, korang rendam tangan korang kat dalam cebok yang ada air pun boleh. suka hati ey.
pastikan air tu tetap masuk kat tangan walaupun digenggam. kena genggam sebab tak nak oatmeal tu jatuh and terkeluar,  and then tak nak bagi dia cair sangat, bagi dia lembap-lembap.
3rd step,
okay lepas dah curah air tu, korang buka tapak tangan then, er, guna tangan tekan or lumatkan dia. (betulkah bahasa melayu ku ini?) or macam cubit-cubit dia. (haha, apakah bahasa melayu ku ini?)
tapi, selalunya tang macam ni, oatmeal dia belum lembut lagi. biar oatmeal dia lembut tapi bukan cair tau.
note: kalau oatmeal baru, lambat sikit nak jadi lembap, kalau oatmeal lama, senang sikit sebab dia dah memang hancur sikit.
4th step,
okay bagi aku yang macam aku punya kat atas tu tak berapa nak lembap and lembut sangat.
so,
curahkan lagi air.
5th step,
ni dah sah memang okay dah. kalau korang rasa macam tak lembap and tak nampak macam kat tangan aku ni, korang just tekan or gaulkan or kacaukan (perkataan apakah yang aku gunakan ini?) -_-' atau ambil sedikit air letakkan sikit kat tapak tangan untuk bagi dia lembap and rupa dia macam kat tangan aku ni.
tadaa~ mesti jadi macam ni tau..hehehe
note: pastikan kepingan oatmeal tu jadi lembut, sebab aku pernah pakai masa kepingan oatmeal tu tak lembut, dia agak kasar. dan tak best bila scrub kat muka. so kena pastikan dia lembut (tapi bukan cair tau) untuk kesihatan kulit. hehehe.

6th step, 
bila dia dah lembap, dia akan ada air oatmeal macam gambar ni. so gambar yang kat atas tu, korang genggam and biarkan air putih tu keluar ke tangan korang yang lagi satu ni. 
so yang ni korang sapu kat muka. sebab air oatmeal warna putih ni juga bagus untuk wajah kekal lembap dan lembut dan brighten your skin. lepas lumurkan air putih ni, jangan bilas muka dulu. lumurkan oatmeal pula kat muka lepas air putih ni.
7th step,
then lebihan oatmeal yang lembap kat tangan korang lagi satu tu, korang sapu kat muka. buat macam scrub. macam gambar ni. and kalau korang rasa oatmeal tu kering sangat lepas keluarkan air putih tu, korang letak sikit je air. jangan letak banyak sebab dia akan jadi cair.
sorry no face, ngehehe. tak ada kepala macam mana nak tunjuk kan? so kalau kat muka pun dia lebih kurang macam ni lah, masa korang lumurkan ke seluruh muka. just guna macam scrub biasa.
seriously masa tahap ni, aku ada jugak terasa macam nak makan oatmeal ni. bau dia sangat nyaman bau oatmeal! nyummy~

8th step,
kalau korang rasa oatmeal tu macam banyak lagi kat muka, korang boleh terus scrub sekali kat leher korang. aku pun yang ada lebih2 tu, aku scrub sekali leher.hoho
then, bilas muka. hehe.
tapi ni tangan. teehee~~
ya, aku memang gelap, tak payah kutuk. okay. >,<
and ya, aku tau tangan aku ni tangan tak pernah buat kerja. so, tak payah kutuk jugak. >,<

Review:
bagi aku yang dah dua bulan juga amalkan pakai oatmeal ni as scrub. selalunya aku suka pakai malam. aku pakai sekali sehari. (kalau rajin) kalau malas, aku pakai selang sehari.
sebab texture dia lembut, dia boleh jadi pencuci muka juga.
so, insyaAllah muka korang tak rosak kalau pakai hari-hari..:D
tapi, aku tak berani lagi pakai sehari dua kali.hehehe. once a day is enough i guess.

lepas pakai and keringkan muka semua, cuba korang rasa muka korang sendiri.
muka rasa macam naturally clean and moist je.hehe.
rasa soft, clear and bright. :D

even, dah dua bulan pakai ni, parut jerawat lebih senang nak hilang guna ni.
skintone pun aku rasa sejak kebelakangan ni makin fair and even.. :D
(er, ke sebab aku memang rajin pakai mask jugak?)
aku tak taulah, sebab lepas pakai ni, aku suka pakai mask, kalau aku pakai malam, aku akan terus pakai sleeping mask. then, tidur. :D
arha~
lepas pakai ni, kalau pakai toner pun dah cukup kalau tak nak pakai moisturizer. sebab muka anda memang soft and moisture gila..
percayalah. kalau tak percaya, cuba try buat. :p teehee~
aku pernah juga lepas guna oatmeal ni, tak pakai toner, moisturizer ke, mask ke. biar je macam tu. tetap okay.(atau lebih tepat lagi sebenarnya aku malas haha)
 tak kering and tak berminyak. kulit rasa soft je. 
*lebih akan jadi cantik lagi, kalau korang selalu ambil wudhuk, mesti macam ada nur je muka korang.*
hehehehe...

conclusion,
muka jadi lebih bright, soft, moist, and clear. (serious! pakai continuously la) xD
even kalau korang pakai sekalipun, korang dah rasa macam best gila and kulit muka jadi soft..:D
and tak mahal langsung. 
aku beli yang kecik je kot. harga RM2.90. lagi masa beli tu ada extra 50g.
ngehehehehe.
so, cuba try, and bagi komen eh..:D

p/s: er, korang faham ke apa yang aku cuba terang and bagi steps ni? aku tak reti nak buat video. hoho. and sorry kalau gambar tak clear. aku pakai bb punya camera je -_-'.
kalau tak faham, tanya la eh. kalau faham, try buat la eh. hehehe.
then, bagitau aku, okay?

p/s 2: sekarang ni aku tengah baru-baru nak mencuba guna oatmeal and honey as a mask. kalau aku dapat good result for my skin, i will give a review & diy lagi. (^_^)v

p/s 3: special thanks to my cousin, rb. yang sudi tolong aku snap pictures. kalau dia tak tolong snap pictures memang alamatnya tak siaplah diy and review ni harini jugak. hehe.

p/s 3: kebaikan oatmeal untuk face and skin ni, korang boleh google benefit oatmeal for face and skin.


xoxo,
Miss M~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...