Miss Magnifique!!

Saturday, 31 March 2012

Aku Tanya, Korang Jawab, Boleh? Please..=)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



nak tanya pendapat korang,
umur aku dah 21 tahun.

korang rasa apa lagi perkara yang patut aku buat, and cuba untuk buat?
benda apa yang patut aku move on?

kerja apa?
nak buat apa?
perkara baru apa yang aku boleh cuba?

yang boleh buat life aku lebih meaningful.

korang tau apa-apa community yang aku boleh join?
kerja-kerja kebajikan ke?

aku sebenarnya blur.
aku nak menulis and teruskan dalam bidang penulisan.
tapi, aku tak banyak pengalaman.
and aku selalu ada mental block.
aku nak kumpul pengalaman.

tapi,
aku pun tak tau apa yang seusai dengan aku.

aku ni dahlah macam ni.
what should i do?

aku rasa sekarang ni aku tak buat apa-apa,
melainkan,
tidur, makan, blogging, rehat, baca buku, menulis, tengok cerita and rancangan korea.

aku pun sebenarnya nak kena dapatkan income.
sebab aku nak cuba cari duit sendiri.
tak sukalah nak mengharapkan orang.
haish.

tapi,
haish.
tapi lagi..
lepuk kang.

aku minat nak travel.
tapi, tu ler.
siapa pulak yang nak teman aku travel.
and macam nenek aku bagi je aku travel. 


korang ada suggestion?

sila bagitau di ruang komen.
huhuhu..
please, yang bernas..:D

apa-apa suggestion,
mana tau lepas ni memudahkan istikharah aku..:DDD

er,
aku ni tak tahu apa-apa.
tak ada pengalaman.
tak ada bakat.
tak tahu apa-apa.
tak ada apa-apa skill.

i am zero.
but i'm willing to learn.
because i wanna be a better person.
and i'm willing to try something new.

sebenarnya ada macam-macam dalam kepala aku.

but, i think maybe i should tanya pendapat orang juga.
tanya pendapat korang and korang and korang.

p/s: aku lepuk orang yang bagi suggestion suruh aku kahwin and jadi surirumah.. 


ikhlas,
me~

ding dong deng~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


dari satu new post ke satu new post.
semua aku tak jadi publish.
bila aku baca balik semua.
semua rasa boring and terlebih panjang.

aku nak cakap pasal tak puas hati.
but then, aku tak nak post.
aku nak post pasal a tomboy becoming a lady,
but then, aku rasa boring, panjang and merapu.

lepas tu baca dari satu blog ke satu blog,
tapi, jadi silent reader je.
dua tiga blog je aku komen.
lepas tu buka blog lain, jadi silent reader.
sebab bila aku nak komen, otak aku blur.

last-last sekarang ni.
otak aku kosong.
memang mood roller coaster.
haish.

adik, apasal ni?
what's wrong?
what's going on in your head ha?
gilakah?

whats wrong?
what happened to your heart?
celarukah?

buka microsoft word,
nak sambung menulis,
mental stuck and block.
great adik great.

what's wrong with you ha?
ha?
ha?
ha?

okey, dah siap satu entry.
sekian.
boleh tak macam ni?


"but, i never told you
what i should have said
no, i never told you
i just held it in."

adik, you're crazy.


ikhlas,
aku~

Friday, 30 March 2012

Mood Roller Coaster

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


rindu kat mama...T_T
kenapa jiwa tak stabil? kenapa perasaan sekarang macam roller coaster? sebab dah masuk alam dewasa ke? sebab umur dah 21 tahun ke? sebab perubahan hormon ke? 

ini entry dalam cerita yang mana satu... tetiba nak kongsi dekat sini. sebab entry yang ni... dekat di hati. menggambarkan hati...

Lagu Anything But Ordinary – Avril Lavigne berkumandang dengan kuat di gegendang telinga yang memakai headphone.
Aku ingat lagi, oleh sebab aku sangat meminati Avril Lavigne, arwah mama dulu pun ikut layan aje lagu Avril Lavigne.
My mom was cool. Sporting. Up-to-date. Berjiwa remaja.
Dia kata, live your life. Rasa apa itu kehidupan. Dia selalu cakap, dia menyebabkan aku matang sebelum usia, menjadi pendengar masalah dia walaupun masalah itu macam tak sesuai je untuk budak-budak macam aku tahu, menjadi pakar kaunseling kepada dia, menjadi seorang penasihat kepada dia,  menjadi seorang yang tak tahu apa itu zaman kanak-kanak dan mungkin menyebabkan keseronokan aku untuk hidup zaman remaja ni tiada langsung. Dan dia rasa bersalah, bila aku ada penyakit pelik ni.
Dulu, sebelum dia meninggal, aku selalu tak faham kenapa dia nak halang aku buat keputusan seperti contohnya pakai tudung labuh dan seriously dia pernah cakap aku extreme dalam beragama. Sampai aku, (yang konon banyak membaca ni) cakap kat dia, ada seorang ulama’ pernah mengatakan tiada apa yang extreme dalam agama selagi ianya mengikut ketetapan yang Allah dan Nabi Muhammad gariskan. (tapi bila nak diingatkan dia ikut je bila aku kata nak masuk sekolah agama, walaupun aku tak pandai baca jawi, dan bacaan al-Quran aku sangatlah tunggang-langgang, dia masukkan juga aku kat sekolah agama dan menghancurkan harapan dia yang nak tengok aku mengikut jejak abang-abang aku yang tamat pengajian sekolah menengah di sekolah cina)
Aku rasa, sebab mama rasa bersalah. Sebab mungkin dia tahu, walaupun aku tak pernah cakap dengan dia, yang sebenarnya aku tak dapat ‘masuk’ dengan sesiapapun melainkan dunia aku sendiri dan dia. Aku seperti seorang yang terpaksa dan akan berasa pelik bila bersama sepupu-sepupu dan saudara-mara aku. Aku juga rasa tak kena bila bersama dengan kawan-kawan aku. sebab pemikiran aku berbeza. Sebab apa yang aku inginkan tak sama dengan orang lain mahukan di baya-baya aku atau hampir-hampir sebaya aku.
Walaupun mama terus-menerus menjadikan aku seorang yang matang dan berfikir, dalam pada masa yang sama message yang dia ingin sampaikan pada aku, dia akan bersama dan turut menjadi kawan aku jika aku ingin mendengar lagu-lagu seperti, Avril Lavigne, Eminem, Linkin Park, Simple Plan...
Aku rasa mama aku cuba memahami aku dengan lagu-lagu yang aku dengar. Sebab dia tahu, walaupun aku adalah pendengar setia kepada masalah dia dan kadangkala aku ni pulak yang macam mama dia bila tentang bagi nasihat, aku jarang sekali spill out problem aku kat dia. Mahupun sesiapa. Aku simpan masalah sendiri. Dia ingin memahami aku, tapi aku tidak bercerita. Jadi dia cuba mengikut rentak aku.
Dia ingin aku hidup. Mungkin pada mata dia, dia melihat aku seolah-olah mati. Tersisih. Tiada tempat aku di dunia ni. Dia cuba buat yang terbaik untuk aku. Aku juga tahu, benda yang paling dia takuti, aku akan terus menderita. Dan dia pernah cakap, “Adik adalah seorang yang paling susah mama nak faham. Mama tak pernah memahami adik.”
Aku tak kisah. Sebab masa tu aku ada dia. Aku tak perlu dia faham aku. Cukup dengan adanya dia. Aku berasa cukup, bila dia cuba sedaya upaya untuk memahami aku, walaupun dia jarang sekali dapat memahami aku. (aku rasa dia tak faham aku sebab dia seorang yang sangat lurus, dan aku pula seorang yang complicated, jadi memang susah nak communicate sebenarnya.)
Hidup tanpa dia… adalah perkara yang sangat menyakitkan.
Hidup tanpa dia… menjadikan hari-hari yang aku lalui menggerunkan.
Hidup tanpa dia… menjadikan langkah yang aku ambil jauh tersasar.
Hidup tanpa dia… adalah seperti hidup tanpa jiwa.
Hidup tanpa dia… aku… sebenarnya mati.
Ini memori aku dan dia. Kemana sahaja aku pergi, aku tak boleh tinggalkan dia. Tak pernah tinggalkan dia. Aku tak peduli kalau korang bosan dengan cerita aku. aku tak peduli kalau korang rasa dimana-mana sahaja pasti ada dia.
Sebab dia istimewa. Sebab dia tiada gantinya.
Sebab dia… mama aku.
Dan lagu pun bertukar. Slipped Away – Avril Lavigne.
I miss you, I miss you so bad
I don’t forget you, Oh it’s so sad
I hope you can hear me, I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it, Won’t be the same

I didn’t get around to kiss you, Goodbye on the hand
I wish that I could see you again
I know that I can’t
I hope you can hear me, Coz I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it, Won’t be the same

I’ve had my wake up, Won’t you wake up
I keep asking why, I can’t take it
It wasn’t fake, It happened you passed by
Now you’re gone, now you’re gone
There you go,  there you go
Somewhere I can’t bring you back
Now you’re gone.  now you’re gone
There you go,  there you go
Somewhere you’re not coming back

I miss you


ikhlas,
adik~

Teknik Surah Yusuf vs Brida

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

aku baru je lepas habis baca panduan menulis teknik surah yusuf dan brida.



er,
untuk teknik surah yusuf ni, banyak juga bagi pencerahan alam kat minda aku.
tapi, aku nak habis baca buku ni berbulan juga kot..kehkehkeh..

bagi aku best and ada banyak panduan yang boleh diikuti..
tapi, cerita picisan macam aku memang tak ada apa-apa ciri surah yusuf pun.. -__-'

bagi aku surah yusuf memang indah.
aku suka cara puan ainon mohd ni terangkan macam mana nak jadikan surah yusuf ni sebagai guideline..

cuma aku ni manusia biasa, dan tak mungkinlah gaya sastera aku nak sama and tak mungkin akan sama dengan Penulis kehidupan ini.
tak mungkinlah aku dapat menghasilkan bahasa indah juga bahasa tinggi seperti kalam-kalam al-Quran.

dan dalam guideline dia bagi ni, aku terfikir kalau aku ikut semua guideline ni, macam mana aku nak kembangkan cerita?
jadi, bagi aku panduan dan teknik surah yusuf ni memang bagus untuk diikuti, tapi bagi aku, mungkin aku boleh ambil separuh dari apa yang puan ainon mohd ni terangkan.
mungkin sebab aku masih tak layak nak buat gaya sastera bahasa tinggi.
(sejak bila aku jadi penulis sastera neh? -_-')
aku cuma boleh buat cerita picisan..
teehee~

brida by paulo coelho.



aku suka permulaan and gaya bahasa cerita ni. wisdom cerita ni. aku start baca malam tadi and habiskan baca pagi ni juga.. hoho.
yup, cerita ni memang get me moving on and on and tak boleh lepas buku ni dari pembacaan.

somehow rasa connected dengan brida ni..
i mean bukanlah apa yang dia belajar and apa yang dia buat.
but just, erm, how to explain ey?
entah. mungkin perjalanan dia kot. 

tapi bila tang dia buat ritual dia and ceremony dia tu memang buat aku tercengang jugaklah..
-_-'
i mean like, what??
huhu..but i guess ni pun kira macam true story kot, ey, no?

bila baca sampai habis, erm buku ni ada pros and cons.
bagi aku boleh lah ambil dia punya wisdom but kepercayaan tu tak payahlah ye.

but for those who understand,
actually its related sebenarnya, but mereka dengan cara dan kepercayaan mereka..
kita dengan cara dan keyakinan kita..:)

bila aku baca buku ni,
sememangnya aku menambahkan lagi keyakinan aku bahawa Islam is so great!
sebab islam memudahkan penganutnya...

i dont know how to explain..huhu..
but, huhu... 
did i already gone overboard?
er...

okay, apa-apa pun nice books to read..:)

kedua buku ni bagi aku ada pros and cons nya..:)

p/s: erk.. kejap, aku pun tertanya-tanya, apa yang vs nya?
kehkehkeh

xoxo,
Miss M~

Thursday, 29 March 2012

Travel Tips: Pakaian Yang Perlu Dibawa Untuk Pergi Menunaikan Umrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


untuk 15 hari.

1) perkara pertama yang aku nak ingatkan korang, aku tau and faham kita pergi tanah suci nak buat ibadah, tapi, tolonglah tak payah nak cakap, datang sini bukan nak shopping pun. tak payah bawak duit banyak. tak ada niat nak shopping..
ouh please my dears, dont ever said that, sebab orang yang cakap macam tu lah, end up beli sampai tak cukup duit, and kena minta orang malaysia masukkan duit and beli lebih banyak dari orang yang ada cakap nak beli jubah sikit atau orang yang cakap ada rezeki and ada yang berkenan, beli lah kot.
serius ni kisah benar yang jadi masa aku pergi tahun lepas, tapi bukan akulah. sebab aku memang awal-awal ada cakap, aku memang nak buat ibadah, and kalau ada rezeki naklah beli jubah kat sana.. :)

niat kita, tak perlu nak dihebohkan, semua orang datang tanah suci nak buat ibadah..:)

bak kata seorang ustaz tu,
"sambil menyelam minum air."
tak salah, asalkan mampu..:)

2) tak perlu bawa jubah harian banyak. (bawa dalam 3-4 helai)
jubah untuk pakai harian sebenarnya tak payah bawak banyak pun tak apa. sebab kalau korang rajin, korang boleh cuci je dekat sana. 
tapi, aku cakap terus terang aku memang tak mencuci apa-apa baju pun kat sana. sebab aku ni jenis tak reti cuci tangan kalau tak ada baldi, and tak reti nak sidai dalam bilik gantung-gantung kat tingkap or bilik air or almari.. -_-'

lagi satu kalau korang sampai sana, memang korang akan diuji dengan nafsu shopping, kat sana jubah tersangatlah murah...
kalau kat madinah tu, lepas subuh selalunya ada orang menjual baju jubah kat tepi jalan harga dalam 25 riyal. and lepas tu lepas isyak pun ada.
kalau kat mekah, ada yang jual harga 10 riyal, 15 riyal, 20 riyal and 25 riyal. (semua tepi jalan)

jadi tak mungkinlah korang tak membeli dekat sana.. sebab jubah dia murah and lawa-lawa pulak tu. walaupun harga murah.
kalau yang kat kedai-kedai tu harga dia standardlah, korang boleh dapat 40 riyal sampailah 200 riyal..

aku masa pergi haritu memang tak bawak baju banyak, sebab aku beli jubah kat sana and pakai, so beg aku ada banyak space. and aku pulak memang jenis yang malas nak cuci baju, so aku memanglah tak mencuci kat sana..
beli and pakai lagi mudah kot..:)
jadi, kalau korang tak ada niat nak shopping tu bagus, tapi tak payah sebutlah. sebab takut nanti reverse balik kat korang.

3) pakaian 'kecik' (20++ helai)
okay fine, oleh sebab aku tak mencuci kat sana, memang aku bawak pakaian kecik ni banyaklah. aku tak selesa nak mencuci then nak gantung, tak kisahlah walau sesama perempuan sekalipun...
and then aku ni ada sifat, kalau aku mencuci, tempat yang aku sidai tu, biar pakaian aku seorang, aku tak suka campur. (ya, memang buruk perangai)
jadi, itu antara sebab kenapa aku tak cuci apa-apa baju bila kat sana..
untuk yang mencuci, mungkin 7 helai okey kot...

tapi just nak bagitau koranglah, semua jemaah kat sana semua cuci baju termasuklah lelaki...
satu-satunya orang yang tak cuci baju hanyalah aku. sekian.. :p (jatuh standard kat kaum lelaki..booo)

and then, aku tak suka, nanti kang kalau cuci mencuci ni, ada orang ni punya baju dah nak kering, sekali tertindih dengan orang lain punya baju yang masih basah, dah basah balik and mulalah ada yang tak berapa nak puas hati.
oleh sebab aku ambil bilik yang 4 orang sekali duduk, and masing-masing baru kenal kat sana, jadi biasalah stranger with stranger kan..
and then ada kalanya tu, habis 3 orang sekali basuh baju pada hari yang sama then ada masalah dengan tempat nak gantung..

kalau korang memang datang dengan family perempuan, and satu bilik dengan family perempuan, senanglah nak deal, tapi, bila dengan stranger ni dia susah sikit.
well. i'm just saying..:)
(sebab aku ni tak suka nak menyusahkan diri and tak suka nak nyusahkan orang lain wahahaha)

4) telekung (4 helai)
bawa telekung tak payah bawa kain dia sekali ya..
korang tak kan pakai pun kain dia ...huhuhu..
aku bawa 4 helai.. sehelai pakai kat Madinah, lagi 3 helai pakai kat Mekah..
and then haritu aku ada beli sehelai telekung dengan orang indonesia yang jual kat sana, tu dah dua hari sebelum balik, sebab telekung aku semua kotor...(lepas tu pandai sangat tak cuci telekungkan hehe)
jadi, insyaAllah apa yang tak terbawa kat sini, ada kat sana..:)

5) baju putih untuk buat umrah (2 helai)

okay yang ni sebenarnya kalau korang tak pakai baju putih pun tak apa (untuk perempuan), korang boleh je pakai jubah warna hitam ke warna apa-apalah..lagipun korang pakai telekungkan..
kalau nak bawa bolehlah juga..
bawa dua helai cukup kot.. selalunya masa 1st day tu, aku memang akan pakai baju serba putihlah..
tapi, kalau ada orang yang macam aku, jenis yang suka pakai warna putih masa buat umrah, bawaklah lebih sikit.
aku bawak baju putih ni 2 helai jubah putih, and dua helai baju labuh putih and 2 seluar putih..
sebab aku suka pakai warna putih masa buat umrah..:)

so ada 4 helai kan? kalau pergi 15 hari, insyaAllah kalau Allah izin, dapat buat sampai 7 kali umrah.. (Alhamdulillah), jadi lagi 3 hari tu aku pakai jubah hitam je..:)

6) tudung
aku bawak tudung syria banyak. dalam 4-5 helai..
sebab aku kalau pakai telekung, aku akan pakai tudung syria.. 
please take note, telekung kita warna putih and jarang, kalau pun tak jarang, kadang2 still boleh nampak samar-samar rambut and leher kita..
so, aku syorkan korang pakai tudung syria dalam telekung.
jangan ngengada nak cakap panas... aurat tu atleast kat sana, jagalah bebetul..

kalau korang tak nak pakai tudung syria, korang beli telekung yang warna hitam atau coklat tu. tu confirm tak jarang...
aku pun masih tercari-cari mana nak beli telekung warna hitam yang macam tudung labuh tu..

tudung biasa, aku bawak pashmina dua helai.(pakai waktu pergi and lagi sehelai tu pakai masa malam terakhir jalan-jalan kat mekah) sebab kalau kat sana, aku gerak mana-mana pun kebanyakan nya pakai telekung, tu yang telekung cepat kotor tu..:p

7) seluar
aku pun bawak banyak gak seluar atau tights pergi sana. ini untuk pakai dalam jubah.
sebab, kalau korang turun naik bas ke, atau naik bukit ke, manalah tau kalau terselak.. 
so, dalam jubah mesti pakai seluar, melain kan stoking korang memang panjang had lutut.

8) stokin 3-4 helai
3,4 helai ni untuk orang yang rajin membasuh ya..
aku bawak 5 helai..:p
tu pun aku kat sana ada beli lagi stoking..hehehe..
sebab stokin cepat kotor, jangan bawa stokin putih, bawa je stoking hitam.. 
aku bawak stokin putih, cepat kotor, tu yang sampai sana membeli lagi.. (and jangan lupa aku ni malas nak membasuh ;p)

9) kasut and selipar
aku pergi sana pakai kasut, and bawa selipar untuk pergi masjid..
aku bawak selipar yang ada tali tu, tapi sebenarnya pakai selipar yang senang sarung lagi baguslah, sebab kalau yang pakai tali tu nanti, susah jugaklah..
kesian aku kat sana, selipar yang ada tali tu, buat aku lambat nak pakai selipar, and kadang-kadang kena tinggal je..:(
jadi, better pakai selipar yang terus sarung tu..:)
contoh selipar jepun.

10) baju singlet yang ada poket zip kat tengah
walaupun aku ni pergi dengan sepupu aku, tapi sepupu aku kan baru kahwin jadi diorang lainlah bilik dengan aku.
jadi nenek aku risau kalau aku ni bawak duit nanti hilang ke apa ke, dahlah tak ada keluarga yang rapat..
(sepupu aku tu lelaki, cucu sulung dalam keluarga, rapat tu memanglah rapat, tapi takkanlah nak minta tolong bantuan kewangan pulak kalau apa-apa jadikan)
jadi, nenek aku suruh aku beli baju tu and simpan duit elok-elok. jangan letak semua duit dalam purse. jadi, aku simpan duit selebihnya dalam baju tu.

11) sarung tangan (4 helai)
walaupun baju aku memang semua lengan panjang, and then memang pakai telekung, aku tetap suka pakai sarung tangan, sebab bukanlah apa, tak adalah susah hati sangat nak sorok tangan 24 jam dalam telekung ataupun nak mengehadkan pergerakan tangan sebab kalau pakai baju yang tak ada butang kat pergelangan tangan tu kan, selalunya dia akan dengan mudahnya terselak.
so, better pakai sarung tangan, lagipun atleast dekat tanah suci, kita cuba menjaga aurat kita dengan betulkan..:)

12) ihram untuk lelaki
kalau korang bawak 2,3 helai pun cukup. and kalau korang malas nak cuci macam aku. korang beli je dekat sana.. kalau tak silap aku, haritu ada salah seorang abang jemaah tu cakap, kualiti kat sana lagi bagus and tebal dari kualiti dari malaysia.
(er, tapi, better korang tanya orang lelaki lah, aku tak sure sangat.)

er, okey ni jelah yang serba sedikit aku boleh kongsikan..
(serba sedikit, tapi explaination dia kemain panjang lagi) -_-'

nanti kalau ada lagi yang aku nak kongsikan, aku buat entry baru ya..:D

P/s: boleh check juga beg untuk bawa pergi umrah kat sini, beg bawa pergi umrah


ikhlas,
Cik M~

Tuesday, 27 March 2012

Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa. Sekian.

Assalamualaikum Wasrahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


korang pernah jenguk belog kay are ni?
huhuhu..



dulu, masa aku mula bertatih dalam dunia belog ni, dia rajin datang belog aku and komen, masa tu, follower and reader aku tak ramai pun.. boleh kira dengan jari.. ada dalam 3, 4 orang..
tapi dia ni quite rajin datang baca and komen..
*dulu follower aku terlalu sikit, sampai aku segan sangat bila orang yang ramai follower and readers datang blog aku and baca and komen! serius!*

sedangkan dulu aku jarang jugak update belog, tapi kalau aku update dia datang...

lepas tu, entah kenapa sejak aku start fully blogging balik, dia pulak lama dah menyepi.. berbulan jugak kot aku rasa..

then, bila dia kembali blogging balik, dia ada cerita pasal something and then dia ada gak selitkan belog aku sebagai contoh..entry ini <--
tetiba aku terharu..aku dari haritu nak cerita pasal belog dia, tapi aku asyiklah dok merapu cerita pasal lain...
so untuk entry terbaru dia yang how lucky they are tu, tetiba buat aku nak cerita pasal dia, sebab dia ni kira pembaca setia belog aku dari zaman aku bertatih sampai aku boleh berjalan *bajet baby ler aku ni* hehehe

and then aku pegi google jap, tengok entry lama dia, kelakar pulak ada satu komen tu, aku komen kat belog dia, aku kenal lah super junior dengan snsd tapi tapi tak minat pun..
hahaha..lawak pulak komen aku dulu..

cet, sekarang hamik aku..aku lah peminat snsd..-_-'
tu semua gara-gara tengok yongseo couple lah..huishh..tsk tsk..

masa dia bagi aku sebagai contoh,
*tetiba aku rasa macam jadi blogger contoh je* -_-'
(cet, bajet retis lettew) *muntah*
sebab dia kata aku tak putus asa dalam berblogging..:)

sebenarnya aku pun tatau kenapa aku nak blogging dulu.. eh silap.. macam mana aku bley serius blogging...(statement tipu, sejak bila pulak aku serius blogging? kadang2 hapdet, kadang2 tak, kadang2 blogwalking, kadang2 lepas hapdet terus off lappy) ngehehehe..
dah lah aku dok merapu je dalam belog ni..

lepas tu antara sebab kenapa aku nak cerita pasal kay are ni, haritu dia ada tag aku untuk join segmen, er, aku memang nak join..tapi, biasalah kan..M stands for malas...
er, itu lah sebab paling munasabah kenapa aku tak join segmen ke contest..teehee~

lepas tu kan, dia ni memang rajin jugaklah baca semua entry yang lepas-lepas.. macam liselle and kak ira ...kiranya dalam satu page aku ni ada 5 entry kan, so dia akan baca mana yang dia belum baca and komen...
susah okey blogger lelaki nak baca and komen untuk entry lepas..hoho..

lepas tu, dia kata dalam post terbaru dia, blogger sekarang selalu terlebih gembira bila blogger popular follow belog dia..
kehkehkeh..
err, aku cakap dengan dia buat masa ni tak ada blogger femes follow blog aku..
tapi masa lyssa and abang ben follow twitter aku, happy kemain lagi..wahaha..:p

tapi bila aku check balik tadi,
ada dua blogger femes follow blog aku..aku happy..kehkehkeh...
lyssa dengan eqbalzack follow aku..hehehehe..
:ppp

apa-apa pun, betullah cakap kay are, yang penting kita hargai semua pembaca setia belog kita, that is why aku letak widget top commentor tu..:) ce tengok kat sidebar, (mereka-mereka pemberi semangat)
korang boleh tengok top 25 yang rajin baca and komen belog aku.>:)
thank you guyss..:DDD
so hanya dengan cara itu aku mampu dan cuba untuk menghargai semua pendatang, pembaca, dan pengkomen belog..:)
*bajet artis lagi hahaha*

choki cakap aku memang artist dalam dunia blogging..
*pengsan*
hahaha~
tsk tsk..habislah, makin kembang lah hidung aku kalau macam ni gayanya -_-' follower pun tak sampai seribu, nak bajet je kerjanya..*sigh* -_-'

but no, jangan risau.. i'm just a girl.. eh lady ah sekarang..:p
i'm just a lady.. i have nothing that i can be proud to..stories yang ada dalam blog ni, dahlah panjang, and then aku tau sometimes pasti boleh memendungkan mood korang, and then, boleh buat korang meluat and menyampah..huhuhu


yang penting aku blogging sebab aku nak menulis and meluahkan something...
sebab macam korang semua tau, blog aku ni memang terlalu personal.. banyak hantu masa lalu, dan kisah-kisah yang aku tak mampu nak ceritakan kalau aku face to face dengan orang..
dan banyak juga cerita gedik-gedik..-_-'

terima kasih kepada yang sudi follow and terus membaca..walau aku sekarang dah lambat nak blogwalking.. terima kasih sebab masih membaca entry ini walau panjang and aku rasa macam dah lari dari tujuan asal aku nak post entry ni pun ada..wahahah...

okay, sila lawati blogger-blogger yang aku sertakan link kat sini, eh? :DD

and then, boleh pergi kat sidebar, untuk tengok top commentors also my pemberi kata-kata semangat..:)

and siapa rajin lagi boleh klik sini ..hahaha.. *sempat buat iklan :p*


p/s: sungguh bajet betul entry aku kali ini..maafkan kegedikan ku.. T_T

xoxo,
Miss M~


Monday, 26 March 2012

Boycott??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


aku akui aku membesar dengan barang-barang dan produk-produk israel...
susahnya nak boycott bila kita dah hidup dengan barang-barang tu sejak kecil...

benda yang aku boleh tahan boycott, starbucks... aku boycott since 2009... tapi haritu bila ada orang belanja aku kantoi pi minum jugak.. T_T

aku susah nak boycott mc dee, sebab makanan kat situ murah. and sedap.. tapi awal tahun ni aku slow down dengan mcdee, jarang sangat makan mc dee.. at least i make an effort to stop eating mc dee right?

aku bersyukur aku bukan peminum tegar coke. aku tak berapa suka air bergas.. aku lebih prefer air yang tak bergas..

kalau barang-barang nestle ni selalunya family aku je yang beli..aku tak beli pun barang nestle ni. sebab aku tak minum nescafe atau nestea.. dulu aku akui aku selalu makan maggi, tapi sekarang aku dah jarang makan maggi..

aku sedih sebab aku suka makan kitkat, tapi aku bersyukur sebab aku memang jarang beli kitkat, selalu yang beli aunty aku, aku tukang makan je..

aku bersyukur aku tak minat makan smarties.. tapi bila aku tengok iq and ki makan, selalunya aku minta sikit.. T_T

nasib baik aku tak pakai motorola..
tapi lappy aku pakai dell.. kat sini ada sticker intel, jadi camne? so, aku teruskan jelah pakai dell ni dulu...

dulu aku memang pakai kotex, tapi akhir tahun lepas, tanpa di sengajakan aku dah pun bertukar dengan brand lain.. 
dulu aku pakai sabun johnson & johnson, sekarang aku pakai sabun lux..

aku sedih sebab aku masih memiliki foundation revlon yang aku dah beli selama setahun, nasib baik lepas ni aku memang takkan beli foundation lagi dah sebab aku guna bb cream..
tapi aku guna bedak angelfit maybelline..aku guna concealer maybelline.. aku sedih  T_T

abang aku baru je hadiah kan aku purse dkny, (sedih tak dapat armani hehe, tapi aku bersyukur je hadiah yang abang aku bagi), and keluarga angkat dia bagi aku perfume dkny..
ni aku check list boycott, dkny pun termasuk dalam list boycott.. donna karan.. tiba-tiba aku sedih balik..

abangah aku kata nak bagi hadiah jam, dia dah book jam coach untuk aku.. aku doa dia bagi aku jam  brand lain..sebab aku tengok kat sini coach pun masuk dalam list boycott..T_T
(aku masih belum dapat hadiah jam lagi)

aku sedih sebab aku memang suka pakai victoria's secret punya body spray.. aku ada dua victoria's secret body spray. aku ada 3 perfume victoria's secret.. and aku ada dua lotion victoris's secret...

nasib baik calvin klein kena boycott dia punya underwear je, sebab aku ada calvin klein punya bag..
haritu aku ada terniat nak beli bagpack nike untuk pergi bandung nanti, aku bersyukur sebab aku tak beli lagi, sebab nike pun masuk dalam list boycott..

aku bersyukur sebab aku dah tak main toys lagi...
aku bersyukur aku tak guna goodskin labs, sebab dulu aku memang pernah terniat nak try.. nasib baik aku tak meneruskan niat aku nak try..
nasib baik aku guna skinfood..:)



aku bersyukur kerana kebanyakan barang and makanan yang aku selalu makan and guna secara naturally aku dah tak guna...
walaupun masa aku tukar barang tu bukan sebab boycott, aku bersyukur sebab sejak aku sedar mc dee and maggi tak baik untuk kesihatan aku slowly cuba untuk kurangkan makan.. walaupun aku masih lagi makan tapi jarang dan tak selalu, at least aku slow down...

aku harap lepas ni aku dapat berusaha untuk jihad ekonomi.. secara aku sedar ataupun tidak..
moga aku lebih ada sense of humanity and ingat kat orang-orang islam di sana..
aku tak dapat nak tolong apa-apa...tapi atleast aku nak tolong walaupun sikit...walaupun tak nampak, walaupun tak bagi kesan...
at least aku cuba..

aku bersyukur, sebab secara tak langsung, Allah stop kan aku guna and makan barang yang memang dari produk israel.. 
aku harap aku takkan guna barang-barang diorang lagi..
aku orang islam, entah macam mana perasaan bila tak ada orang islam yang atleast make an effort untuk membantu aku.. mesti sedih kan? T_T

mungkin aku bukanlah boleh jihad ekonomi sangat..mungkin aku akan suam-suam kuku..
tapi, aku akan cuba berusaha..aku tak berani nak cakap lebih-lebih.. tapi, aku akan try sedaya mampu, memang susah nak buang benda-benda yang memang dah terbiasa sejak kecil, but atleast i have to make an effort and make a first move right?



p/s: korang yang sangat awesome yang baik hati yang baca post ni yang still datang blog aku walaupun aku dah 3, 4 hari tak blogwalking.. terima kasih sebab memahami.. aku akan cuba blogwalking secepat mungkin... thank you so much for all of your supports..:D
aku akui aku akan lambat blogwalking, tapi believe me, aku akan jejak juga blog korang but disebabkan masalah mata, aku tak dapat nak selalu jenguk blog korang, blog sendiri ni pun, mata dah mengecik je..huhuhu..:)

i will try my best for all of you :D *bajet artis dowh aku neh kehkehkeh)

ikhlas,
aku~

Saturday, 24 March 2012

The Last Day~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


last day menjadi si gadis 20 tahun..
tomorrow dah masuk 21 tahun...

21 years old..
meaning aku dah pun jejak alam dewasa..

sepanjang menjadi si gadis 20 tahun, Alhamdulillah, i have been experienced alot..
and insyaAllah i always learn from mistakes...

aku tak tau apa yang akan mendatang..aku tak tau apa yang akan terjadi di masa depan.. namun moga saja aku boleh hidup dan terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan..

aku seorang yang over thinking for everything..
aku selalu fikir yang baik dan buruk dalam sesuatu perkara.. walaupun aku selalu berdalih cakap aku tak fikir apa-apa, aku tak tau apa-apa.. but i always over thinking about everything..

fikiran aku sentiasa bergerak, sampai aku sakit kepala memikirkan sesuatu, that is when i know i am complicated...
orang selalu kata take it easy, but i always said no, i am serious with my life..
then bila orang tak boleh terima cara aku, then, aku jadi easy going and flexible to everyone..

but then orang cakap aku ni macam tak fikir apa-apa..tak fikir masa depan..
sedangkan semuanya aku dah planned and calculate awal-awal lagi..

sebab aku sedar and tau, hidup ni bukan untuk main-main...bukan untuk suka-suka..
hidup ni lebih dari itu..
waktu muda nilah sepatutnya kena buat macam-macam bukan tunggu dah dewasa lagi sikit.. waktu muda nilah kena kumpul ilmu..

orang-orang boleh kata apa sahaja, tapi aku lebih mengenali diri aku.. 
they can judge me sesuka hati mereka.. but i know what i'm doing..
i know what i want in my life..
i know what is my goal...

cita-cita aku bukan hanya ingin berakhir di dunia, tapi aku nak berakhir dengan cemerlang di akhirat..
sebab hidup kat dunia ni singkat..
terlalu singkat, kita kena manfaatkan sebaik yang mungkin.. sebab tu aku kena serious dengan kehidupan kat dunia ni..
dah cukup dah aku rehat and main-main je..

dulu, aku memang planned macam-macam.. tapi, Allah lebih Mengetahui apa yang Dia tentukan untuk aku,..
sekarang, aku akan cuba ikut flow, but still in planning... 

alam dewasa menanti aku esok...
alam remaja akan meninggalkan aku sepenuhnya hari ni...

tapi, kematian bila-bila sahaja boleh memanggil.. :)

ikhlas,
Aku~

Friday, 23 March 2012

Barakah Friday - Kenangan Dipeluk Di Tanah Suci

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*masa: 2002
*tempat: Madinah & Mekah

pertama kali menjejakkan kaki ke Madinah dan Mekah, sukar untuk aku jelaskan perasaan aku. aku hanya boleh merasakan ianya namun untuk terjemahkan melalui kata-kata ianya amat sukar sekali...

hari pertama,
seusai aku, mama, nenek dan nenek saudara beribadah, kami pun ingin melangkah pulang. aku terpandang seorang perempuan arab, dan aku senyum padanya, dia juga tersenyum padaku, dan tiba-tiba dia memeluk aku.

aku terkejut. mama dan nenek juga nenek saudara juga terkejut. 
namun mungkin dalam pemikiran kami, perempuan arab tu hanya menjadi peramah. dia ada cakap sesuatu, tapi kitorang tak faham pun...huhu..

hari kedua dan terakhir di Madinah,
kalau pada mulanya aku akan merasakan perempuan arab yang aku jumpa pada hari pertama itu peramah. kini, adakah sememangnya semua perempuan arab peramah?
kerana, selepas sahaja usai solat ataupun aku baru masuk ke masjid di hampir setiap waktu, pantang saja aku terpandang perempuan arab baik tua mahupun baya-baya mama aku, akan memeluk aku.
dan tersenyum, dan cium pipi, dan berkata-kata dalam bahasa arab dan juga seolah-olah mendoakan aku.
dan ada juga yang memeluk mama.

hari-hari di Makkah,
aku ingat ianya hanya akan berakhir di Madinah, dan aku menyangkakan perempuan-perempuan arab di dalam masjid Nabawi itu sangat peramah.
namun ianya berlanjutan di Mekah..

aku mengikut mama dari belakang, nenek dan nenek saudara aku hanya solat di dalam bilik,
aku terpandang seorang perempuan arab yang sudah agak tua, dia tersenyum padaku, dan kerana rasa hormat aku juga memberi senyuman padanya, dan dengan tidak semenanya dia menarik aku dan memeluk aku dan mula bercakap bahasa Arab. 
mama mula hilang dari penglihatan, aku panik, kemudian aku ternampak mama yang mencari aku, dan mama punya muka memang dah risau dan cuak.mama hanya tersenyum pada perempuan arab itu,  sebab tiba-tiba mama rasa perkara tu dah macam perkara biasa, sebab dari Madinah sampai ke Mekah, orang peluk aku..

dan ianya berlanjutan kepada waktu-waktu seterusnya, sampai mama genggam erat tangan aku ataupun memeluk bahu untuk juga bersilang tangan dengan supaya aku tak hilang kena tarik atau kena peluk..tapi, walaupun macam tu, ada juga yang menarik mama sekali dan memeluk kitorang berdua..

-_-' sangat pelik... namun, mereka semua tersnyum dan muka mereka bercahaya..:)

aku pernah terjumpa dua orang perempuan arab mereka ni kembar, tiba-tiba dia menarik telekung aku, dan memeluk aku.
pernah juga terjumpa seorang nenek arab, dia mencium kedua-dua belah pipi aku..

okay, adakah kerana aku ni comel sangat sampai semua prempuan-perempuan arab itu memeluk dan mencium pipi aku? *wahaha*
*fine aku perasan*

nasib baik masa transit dekat jeddah tak ada kena peluk..hehehehe.

namun itu adalah antara kenangan yang aku tak boleh lupakan..sebab ada dua tiga kali aku hampir terpisah dengan mama kerana peristiwa ditarik dan dipeluk oleh perempuan-perempuan arab...

misterikah ini?
misteri yang aku sendiri tak terungkap...

ataupun solution aku untuk kena tarik and kena peluk and kena cium pipi ni mungkin sebab aku comel dan masa tu kan umur aku baru 11 tahun, so kecomelan kanak-kanak aku sangat terserlah..hahahaha.. :ppp

nasib baik tahun 2003 dan 2011 tak ada dah jadi kes macam tu..hehehe..mungkin sebab aku dah tak comel lagi? T_T
teehee~~

ikhlas,
aku~~

Thursday, 22 March 2012

Episod Demi Episod

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


episod pertama,
diganggu dengan saka yang nenek telah buang. 
kena rasuk, histeria dan pengsan...
saka itu mencari orang yang paling rapat dengan nenek, kebetulan tika itu, si kanak-kanak memang tidur dengan atuk dan neneknya sebab mama sibuk bekerja.

episod kedua,
berkenalan dan berkawan dengan puteri.
saka juga terus hilang semenjak peristiwa 'mati' di tanah suci.

episod ketiga,
nampak benda-benda pelik yang ngeri, yang menakutkan...
juga nampak-nampak perkara-perkara indah yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir..
tika ini juga, nenek kebayan selalu menghantui hidup tika ini..
malah nenek kanak-kanak itu pernah bermimpi nenek kebayan yang selalu mengganggu si kanak-kanak. 
masa ini juga, si kanak-kanak penakut yang amat, almaklumlah tika ini umur baru berusia sebelas tahun.

episod empat, 
dengan self-motivation diri sendiri, Alhamdulillah dapat atasi perasaan takut dengan nenek kebayan, malah dapat 'melawan' nenek kebayan itu. malah dapat 'menepis' juga 'melawan' benda-benda jahat yang lain.

episod lima, 
mula mempunyai instinct yang kuat. dapat merasa perasaan orang lain, sama ada mereka suka, gembira, sedih, marah, benci, dan sebagainya.

episod enam,
sering bercakap secara spontan dengan perkara-perkara yang tak pernah diketahui mahupun dipelajari..
dan masa ini juga, ramai yang ingin menguji diri. walaupun berulang kali si kanak-kanak katakan "saya tak tahu apa-apa"
namun beberapa orang-orang tua mengatakan, "awak istimewa." "awak dikurniakan ilmu la duni"
namun, kanak-kanak itu tetap tak pernah ada self confidence juga tidak pernah mempercayai dirinya istimewa.. dia menganggap semuanya hanyalah kebetulan.

episod tujuh,
dengan secara tidak sengaja kanak-kanak itu mengetahui cara untuk mengunci diri. agar tiada yang dapat menembusi pemikiran mahupun hati nya. ini adalah tujuan keselamatan..hanya orang yang benar-benar mampu, dapat menembusi.

episod lapan,
makin lama, kanak-kanak itu menjadi seorang gadis, dan makin lama, si gadis ini makin diuji dengan pelbagai perkara-perkara ghaib...
cuba melindungi keluarga dari ancaman-ancaman benda-benda ghaib.
entah berapa kali, dia sakit dalaman, kerana diserang, diserang dan diserang bertubi-tubi.. hanya Allah dan dirinya sendiri yang mengetahui... 

episod sembilan,
si gadis hanyalah manusia normal...
dia hanya ingin mencari redha Penciptanya..
walaupun beberapa kali tergelincir, dia masih lagi terus dan terus mengharapkan keampunan...
si gadis ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah..ahli sufi wanita yang cintanya amat mengagumkan..

episod sepuluh,
episod gadis ini belum berakhir..
dia masih lagi mencari arah... kerana tidak pernah mempercayai kelebihan diri.. kerana tidak pernah yakin akan kemampuan diri sendiri yang orang-orang lain dok mewar-warkan itu..
ada yang dia akui, namun ada juga yang dia masih belum dapat menerima...
jadi, dia berehat... namun dia lupa, masa tidak pernah menunggu..
kematian juga makin mendekat, cuma tarikhnya tidak pernah diketahui.. dia makin dewasa, namun dia makin dekat menuju kematian..
dia diselubungi dengan masa lalu...
dia ingin keluar dari masa lalu..
dia ingin menjadi normal...
namun, dia sedar, dia tidak sesuai dengan 'dunia normal' yang disangkakan ordinary itu.
kini, dia cuba meneruskan perjalanannya, kerana dia sedar, dia makin dewasa, dia makin meningkat umur, namun dia juga makin dekat dengan kematian yang tidak dia ketahui bila...

moga si gadis ini dapat menemui jalannya, moga si gadis ini akan terus mendekatkan diri dengan Sang Pencipta..
moga gadis ini dapat mengecapi cinta dan merasai nikmat cinta pada yang Hakiki...
moga gadis ini tidak lagi terleka dengan dunia..
moga gadis ini tidak lagi penuh dengan keraguan..
moga gadis ini sudah cukup rehatnya...
moga gadis ini melupakan 'dunia'..
moga gadis ini temui jalannya...


ini hanyalah kisah dongeng seorang gadis...


ikhlas,
aku

Wednesday, 21 March 2012

"Debaran Mengambil Result: SPM Batch 2008"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


budak-budak spm batch 2011 mesti dah amik result kan?
congratulation to all of you! =D

whatever your result is, spm is just a stepping stone er, ataupun dalam bahasa melayunya, batu loncatan untuk mara ke hadapan..=)

spm is just a first step to all of you to explore more in this world..=)
so, good luck in your life, and achieve and catch your dream :)

***
*masa: 11 March 2009

aku gelisah..esok nak amik result.. beberapa orang yang rapat memberi mesej goodluck..
esok lepas ambil result, then petangnya tu, aku dah nak bertolak ke Brunei, coz my cousin kahwin..

untuk tidak terlalu memikirkan, aku menyibukkan diri, tengoktengok segala barang, mana tau masih ada yang terlupa nak packing..

aku hanya mampu berdoa..
harapan aku, walaupun aku tahu aku tak layak untuk cemerlang dalam pelajaran dan dapat apa-apa A untuk apa-apa subjek... 
memandangkan aku bukanlah pergi sekolah and aku ada stop belajar sekejap start dari bulan 7 sampailah 10 hari sebelum spm baru aku start belajar balik...

tapi, entah kenapa aku masih tak putus-putus doa..sebab entah kenapa aku masih lagi, nak penuhkan impian arwah mama, yang nak aku dapat 4A masa pmr dulu...

entah kenapa, aku langsung tak malu dengan Allah, meminta A untuk 4 subjek... 
sedangkan aku hampir sahaja tewas dalam mengharungi dugaan-dugaan sepanjang tahun 2008 tu..

***
*masa: 12 March 2009
*tempat: sekolah

abang hantar aku ke skolah.

abang: awak pergilah, saya balik dulu. nanti dah sudah, call saya.

aku: okey.

sebelum turun, aku salam and cium tangan abang aku.

aku menunggu di tempat pelajar-pelajar lain tunggu..
sungguh aku lost.. sebab aku tak kenal sesiapa pun dekat situ..
aku masuk sekolah ni masa form 4, lepas arwah mama meninggal, lepas seminggu sekolah, mata aku tak nampak, then nenek aku tak bagi sekolah..
so, memang aku tak kenal mana-mana pelajar pun..
kecuali yang satu kelas dengan aku, tapi tu pun aku dah ingat-ingat lupa muka diorang..
(kenal 5 hari je kot, nak ingat kebenda kan? haha)

result terlambat sampai..
aku hanya mampu melirik kepada beberapa cikgu yang aku kenal yang sedang membawa keputusan masuk kedalam.

menunggu lagi...

beberapa cikgu mula keluar..

cikgu 1 nampak aku, 
cikgu 1: i, tahniah..tahniah.. keputusan awak bagus. saya tak sangka..
cikgu 1 peluk aku.

aku: apa keputusan saya cikgu? semua okey ke?

cikgu 1: okey, keputusan awak okey sangat bagi saya. cuma math je.. tak apa, nanti awak ambil keputusan lepas pagar tu buka ya..

cikgu 1 meninggalkan aku..

aku dah berdebar-debar..bagus? apa yang bagusnya? ni yang tak sabar nak tengok keputusan sendiri ni..
tapi, aku memang dah agak math aku failed, sebab masa math tu, aku pengsan. ya, betul, aku pengsan masa math paper 2..wahaha..

yang lain tu lulus ke? kalau lulus pun aku dah syukur dah..

cikgu 2 lalu,

cikgu 2: eh i, kamu tak apa ke berdiri kat sini? tahniah ya..

okey, fine.. diorang ni cakap tahniah untuk apa? aku taktau lagi result aku okey! ni yang buat aku nak meraung gilerrr...

pintu pagar dibuka..
 semua pelajar dah mula masuk untuk ambil result..
aku jalan perlahan-perlahan.. hati dah berdebar bagai nak pecah...

okey fine, aku tak tau kelas aku yang mana. aku cuba cari cikgu kelas aku..er, aku agak ragu-ragu sebab aku tak ingat muka cikgu kelas aku -_-' (tula poteng lagi selama 2 tahun)

sekali cikgu kelas aku panggil.

cikgu kelas: i, i, kat sini...

mungkin cikgu kelas aku ni tau aku tak berapa kenal dia and tau aku tak nampak sangat and tau aku sememangnya lost nak pergi meja yang mana..wahaha..

aku pun tunggu dan beratur, sebab ada budak kelas aku yang lain yang dah sampai dulu..
sampai turn aku..
aku hanya mampu ucapkan Bismillah..

cikgu kelas mencari-cari nama aku... 

cikgu kelas: ha, ni dia.
dia mula melihat result aku..

cikgu kelas: kamu ada 4 A, 3B, 1C, 1F... bagus ni result kamu..tahniah ya..

aku macam dah tak percaya, akhirnya keputusan bertukar tangan...
selepas mengucapkan terima kasih.. aku keluar dari dewan tu..

aku mula duduk di kerusi yang berada di luar bilik guru..aku rasa nak nangis...tak percaya...
aku taktau nak telefon siapa dulu..kalau dulu mama adalah orang pertama yang aku akan call..
sekarang ni? aku tak tau nak call siapa...
papa? ouh no no no.. tak pernah walau sekali aku nak telefon dia dulu...

bunyi deringan telefon daripada abang, membuat aku tak perlu bersusah-payah nak fikir call siapa..

abang: adik dah ke?

aku: dah.

abang: macam mana result awak?

aku: abang! saya dapat 4A 3B 1 C...and math saya, saya gagal.

abang: ha??? awak dapat 4A? 3B? 1C? kiranya awak ni lulus hampir kesemua subjek la ni? 

and the stories goes on...

***
papa: adik dapat berapa A dalam spm?

aku: adik dapat 4A papa!

papa: 4 A je? kenapa 4 A je? anak bos papa ni dapat 10A tau tak. nanti dia telefon adik sebab papa cakap anak papa pun ambil spm. adik cakap dengan dia, adik dapat 8 A, faham?

aku: faham papa.

papa letak telefon.

and the rest is history.

after that phone call from papa, truthfully aku terus tak bangga dah dengan result aku.. 
aku tau aku tak pandai.. 
thanks to him la sebab buat hidup aku like hell sepanjang tahun 2008.. Alhamdulillah tahun 2009 ni dia dah slow down, sebab mungkin aku rasa masa ni dia dah start sakit..

but, anyway, lupa nak bagitau, papa aku tak tau pun yang aku tak pergi sekolah dah dua tahun..
kenapa?
because he never cared..

***

walaupun aku hanya bagitau family aku and my bestfriend also the closest to me...
Alhamdulillah semua orang memang terkejut dengan keputusan aku..

yang mana pandang rendah terus terdiam..

abang-abang aku, lebih lebih terkejut, sebab result aku sememangnya jauh berkali ganda lebih baik dari diorang (haha, tetiba nak berlagak dengan abang-abang sendiri -_-')
but they were very happy for me, and they granted all my wished..hahahaha.. :p

nenek aku yang tak bagi aku sekolah, lagi-lagi lah terkejut...tak sangka cucu dia ni boleh belajar juga rupanya..sebab biasalah pemikiran orang tua, you tak pergi sekolah, maknanya you bodoh..
same goes the mentality here la, you tak pergi sekolah, you bodoh..
sekian.

but, atleast, i can change their perseptive on me right?
i tak pergi sekolah, yep, i tak pandai, but i pun tak bodoh..
i am just in between..:)

uncles and aunts aku sangat sangat sangat sangat terkejut.. can u imagine berapa banyak sangat aku letak? (that's mean diorang pun tak pernah yakin dengan aku kan?)
but, atleast diorang tak macam papa aku..
atleast diorang bangga dengan aku.. atleast diorang yang terlebih happy yang teramat sangat untuk aku..
sampai habis diorang bagitau semua saudara-mara and kawan-kawan diorang.. habis semua orang yang diorang kenal diorang bagitau..
sampai tak pasal-pasal aku jadi popular kejap, sebab habislah semua kisah aku diceritakan kembali...
abang-abang aku pun macam tu. habis semua kawan-kawan dia bagitau..
kak ej, lebih-lebih lagilah... 

sampai aku dapat banyak mesej and call dari orang yang aku tak kenal...semua ucapkan tahniah..
***

A1 : Bahasa Melayu 
A2: Pendidikan Islam, Sejarah, Perdagangan
B3: Bahasa Inggeris, Tasawwur Islam
B4: Sains
C5: Ekonomi Asas
E9: Matematik

dan dengan keputusan ni, tanpa disangkakan pihak sekolah aku telah menganugerahkan aku 
Anugerah Khas Pelajar Cemerlang

that was so unexpected..
and i've been given a chance to gave my speech..:')

ini hanyalah kenangan lama,...
now, i'm still nowhere to go..

kata-kata papa itu betul..

i'm stupid..

mama,
i miss you..

bila kita tak putus berdoa, Allah tetap akan perkenankan doa kita...=)
sebab Allah sayang kita...=)

ikhlas,
adik~

Monday, 19 March 2012

'perasan to be STYLOSTA'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


hari ni, tetiba i nak perasan jadi blogger yang ala-ala stylost euw euw okay?
bukan stylist okay?

but stylosta..kehkehkeh...
awesome kan?

*pengsan*

sekarang i akan tunjukkan gambar-gambar yang konon bajet macam blogger-blogger stylist yang terkenal..
oleh sebab ai tak terkenal and style ai tak awesome macam diorang, so i akan maintain jadi stylosta..wahaha..








maxi dress: poplook
blouse/shirt: cotton on
kasut: flat boot vincci
bag: calvin klein
seluar tight polka dots: ladylike
pashmina: stall kat dalam shopping complex

ohmaigod!
sangat bajet model okay i ni!
-_-'
ampunkan kegedikanku ini..
-_-'
inilah stylosta terbaru..wahahaha



*okay inilah maxi dress yang aku beli di poplook warna hitam yang senteng sikit tu.
tengok kalau tersilap gaya boleh nampak seluar polka dots aku. huhuhu..
tapi dah nampak macam skirt sebab aku pakai blouse kat luar huhu..*

ouh jangan risau, baju cotton on ni kalau kat belakang tu, actually dia tutup belakang eh, tapi sebenarnya maxi dress ni memang selesa and longgar..huhu..

and please, tudung pakai tutup apa yang patut okay? :D
teehee~



*ni gambar lama*

baju: brotherhoodarts 
seluar: scarlet
kasut: running shoes bata
bag: bonita
tudung bawal: hadiah dari kak a (bidang 60)

*kredit gambar kartun tu oleh cik bolat*

*gambar terlebih lama*

maxi dress: nichii
cardigan: tak hengat (ini bukan nama brand)
bag: calvin klein
kasut: rubber pump shoes hush puppies
pashmina: sudaa lupaa (ini pun bukan nama brand)


wanna join me to be stylosta?

sila buat entry suka hati dan meletakkan gaya anda..
tapi, syaratnya pakaian mestilah sopan..err..
nak letak gambar kepala sendiri pun no hal la..
tapi ai takde kepala, sekian.
:p

tapi, ini segmen sesuka hati je.
tak ada hadiah.
segmen rela diri.
siapa nak join jadi stylosta??

kehkehkeh..
then nanti, i akan letak link blog you all semua didalam post, and i akan pilih pemenang.
tapi tak ada hadiah.
so dipendekkan cerita,
segmen ini membosankan.
hahahaha..
peserta: terbuka kepada lelaki dan perempuan.
expired date: entah. takde kot.. haha :p

p/s: gambar ku tetap takde kepala.. lalala~

p/s 2: cet, macam ada je orang nak join segmen stylosta ni..ekekeke... takpe-takpe, ni just for fun, takde orang join pun, i menjoinkan diri i sendiri..kehkehkeh..

ilmu untuk hari ini,
pakailah pakaian yang menutup aurat..
err..hehe..:)

daaa~
xoxo,
Miss M~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...