Miss Magnifique!!

Monday, 30 April 2012

Don't Judge People, Dont Judge People, ey?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



diorang kata, orang yang pakai tudung tak semestinya baik.
diorang kata lagi, dont judge people.
tapi, cuba baca balik statement first tadi, itu bukan diorang dah judge ke?

aku akui, pakai tudung memang tak melambangkan hati seseorang. lagipun, pakai tudung tak semestinya menutup aurat.

diorang selalu kata, dont judge people, dont judge people...
tapi diorang sendiri yang judge people. -_-'

and, aku terharu, bila poo cakap kat aku,
"i know you never judge people."

and seriously...aku memang tak pernah judge people by their appearance...

sebab aku percaya,
setiap orang ada baik and buruk. 
no matter pakai menutup aurat segala, atau terdedah segala...

thats why juga, aku jarang nak mengagungkan sesiapa kat zaman sekarang ni...
nak mengutuk sesiapa pun aku tak kuasa... sebab aku sedar diri ni bukannya bagus mana...
aku lebih suka bersikap neutral and plain...

aku ada je kenal orang yang tak pakai tudung, tapi, pemalu and sangat macam gadis melayu...
aku ada je kenal orang yang pakai terdedah segala, tapi hati dia, mak aih... baik yang amat sangat...
aku ada je kenal orang yang pakai tudung, tapi mak aih, perangai...... -_-'
aku ada je kenal orang menutup aurat segala, tapi boleh tahan gossiping jugak..
dan aku ada je kenal people, yang memang terzahir dari appearance diorang...
and i'm just cool with everyone...

bagi aku senang je, tak kisahlah diorang pakai apa and macam mana, aku tak ambil tahu and aku tak kisah... as long as diorang tak kacau atau cari pasal dengan aku..

aku relaks je kenal dengan orang sosial tahap gaban...
aku relaks je kenal dengan orang yang mulut..... macam... -_-'

bagi aku satu je, aku tak nak jadi macam diorang, and aku takkan terpengaruh dengan diorang...
so kawanlah dengan sesiapa, i'm cool with it...

aku tak pernah pun rasa jijik nak kawan dengan orang...

mungkin ada orang akan marah aku sebab, aku ni ada sikap 'tak pedulism'...
tapi, bagi aku setiap manusia dikurniakan otak, dan sebenarnya aku yakin semua orang boleh fikir sendiri yang mana baik and buruk...
so, aku tau diorang tau apa yang diorang buat...terpulang pada diri jela nak jadi a better person, or the same person or nak jadi worse...
your life, you choose la kan..

aku tak setuju orang kata aku baik, siapa kata aku baik, sebab diorang tak nampak jahat aku...
aku jenis yang kira kejahatan dari kebaikan... sebab aku takut kang dok kira baik sendiri, rupanya kat timbangan padang mahsyar tu, apa yang kita rasa baik rupanya tak dikira langsung...
kenapa? mungkin sebab kita tak ikhlas la..sebab dok kira baik kita...
jahat sendiri tak nak pula kira kan?

aku banyak je jahat...
contoh jahat aku, aku dah lama tak blogwalking blog korang, padahal korang setia je datang blog aku siap komen lagi walaupun aku rasa macam dah seminggu jugaklah aku tak blogwalking...
mesti korang rasa nak sekeh je kepala aku kan? kan? kan?
contoh jahat aku lagi, aku dok cerita masa silam aku, macamlah orang lain tak ada masa silam kan? kan? kan? macam kisah aku sorang je sedih dalam dunia ni...cet, poyoslah miss m ni...


dah lah..aku dah mula mengarut dah ni...aku pun tak tau apa motif entry aku kali ni... 
siapa yang baca dari mula sampai habis, cubalah buat kesimpulan ke, buat rumusan ke...
aku sendiri celaru dengan point aku untuk entry kali ni... :p

er, dan aku tak blogwalking lagi dan lagi... er... 
terima kasih pada pendatang lama dan follower baru....kan ku jejak kakiku kepadamu, tapi ku taktahu bilakah masanya kan tiba...*er, ayat sastera pulak dah*
kbai.

daaa~
ikhlas,
aku~~

Thursday, 26 April 2012

(Cerpen) Did You Forget?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Did you forget
That I was even alive?
Did you forget
Everything we ever had?
Did you forget?
Did you forget
About me?






Dahulu.      

Memandang handphone yang sepi. Sepi tanpa text message mahupun deringan telefon. Memandang ke luar tingkap. Menghela nafas. Dan memandang sepi langit petang yang ingin melabuhkan tirainya.

Tidak tahu apa salah diri ini. Tidak tahu apa yang telah diri ini buat sehingga dilupakan. Tidak tahu kenapa ditinggalkan tanpa bicara. Tidak tahu kenapa tiba-tiba disisihkan. Tidak tahu mengapa segalanya berubah secara tiba-tiba.

Mencapai buku, menyelak helaian demi helaian.

Buku ini teman yang setia. Teman yang tidak pernah meninggalkan kala gelap. Tidak pernah meninggalkan kala duka. Tidak pernah meninggalkan kala sunyi. Ianya bisu tanpa bicara melalui gegendang telinga. Namun helaian-helaian nya berbicara di hadapan mata. Kadangkala ia berbicara dengan suara yang lembut, kadangkala ia bersuara dengan suara yang sedih, dan kadangkala ia berkata-kata dengan penuh keceriaan dan gelak tawa.

Sedar diri ini perlu menerima hakikat, manusia kan pergi. Manusia tidak akan selamanya disisi. Manusia akan melupakan kita. Manusia tidak mungkin dapat sentiasa di sisi.

Senyum. Hakikat kehidupan ini begini, ya. Kita belajar dari kesakitan. Kita belajar dari kesunyian. Kita belajar dari kelukaan.

Tidak mengapalah, dunia sepi ini sesuai dengan diriku. Dunia sunyi ini melengkapkan aku. Dunia tanpa teman ini menggembirakan aku.

Pada mulanya aku ingat, mungkin aku harus berteman. Mungkin aku harus keluar dari dunia sendiri aku. Bergaul dengan orang. Namun, tidak ya? Kerana, mereka melupai aku. Kerana, mereka menyakiti aku. Kerana, mereka hanya ingin berteman kemudian melupakan aku.

Tidak mengapalah ya, aku baik-baik saja. Aku senang begini. Senang tanpa mereka. Gembira tanpa bicara. Tenang tanpa perlu difikirkan, baju apa yang sesuai untuk menjadi sama taraf dengan mereka.

Kini.

Bila aku sudah beku dan dingin. Bila aku sudah biasa tanpa mereka. Mereka datang kembali. Mereka kata, sunyi tanpa aku. Mereka kata, aku sombong kerana aku tidak menjawab text message atau telefon.

Aku hanya senyum. Ah, sudah lupakah kalian, kalian juga yang mengajarku untuk menjadi begini. Seperti mana kalian sudah lupai aku, begitu juga aku. Hatiku ini, sudah beku lagi dingin. Sudah tidak mahu berteman lagi. hanya ingin hidup baik-baik dan tenang saja di sini. bersama buku-buku ku. Bersama kertas-kertas ku. Bersama pena-pena ku.

Ah, ada juga yang baru ingin merapati diri ini. Namun, pengalaman lalu itu sungguh berguna ya? Aku jadi takut untuk dekat atau rapat sama orang. Kerana, bagi aku, mereka ingin dekat dan rapat untuk menyakiti aku, untuk melupakan aku, untuk biarkan aku sendiri bersedih kerana mereka.

Lantas, aku tidak benarkan mereka rapat sama aku. Dan kadangkala, ada juga teman yang buat aku selesa, tapi aku takut, lantas aku jauhi mereka. Kerana, aku perlu protect hati aku. Hati aku ini rapuh. Hati aku ini sudah banyak parutnya. Lantas, aku dibenci oleh mereka.

Namun, tidak mengapalah ya. Kerana aku senang begini. Rapat sama manusia, buatkan aku sakit dan terluka. Jadi aku rasa, aku baik-baik begini. Tidak perlu risau disakiti. Dan tidak perlu risau menyakiti.

Maafkan aku ya, teman. Jika aku menyakiti kamu. Aku tidak bermaksud. Namun aku ini, orangnya, belajar dari pengalaman masa lalu.

Maafkan aku ya, teman. Aku sudah tidak bisa seperti dahulu. Yang selalunya keluar sama kamu. Yang selalunya berkongsi suka duka bersama kamu. Kerana, kamu juga yang mengajar aku untuk menjadi begini.

Dingin dan beku.

Oh maafkan aku lagi ya, teman. Aku ini bagaikan menyalahkan kamu pula. Maaf, kamu tidak salah apa-apa. Aku yang bersalah. Kerna aku ini berkecil hati dan terluka orangnya. Aku ini barangkali teman yang membosankan, jadi kerna itu kalian meninggalkan aku. Maafkan aku ya, teman. Kerana tidak dapat menjadi seperti teman yang kamu ingini.

Aku kan pergi, jauh dari kamu. Izinkan aku bersendiri ya, teman? Kerna aku, tidak layak di sini bersama kamu. Tidak layak bertemankan kamu. Kerna, aku ini manusia yang luka.


*** 
p/s: ini adalah bahasa baku ala-ala bahasa dulu-dulu. slangnya pun slang orang dulu-dulu.
sekian.


p/s: nanti aku blogwalking tempat korang. sekarang ni, idea tengah mencurah.
sekian.
IU

Monday, 23 April 2012

#BilaOrangTanya dan #BilaAkuJawab

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



#bilaorangtanya pandai masak tak?
= tak pandai.

#bilaorangtanya siapa pakwe sekarang?
= jung yong hwa. kenal?

#bilaorangtanya sekarang study ke?
= tak.

#bilaorangtanya jadi kerja la?
= pun tak.

#bilaorangtanya habis buat apa je?
= duduk rumah goyang kaki.

#bilaorangtanya biar betul?
= betullah. tak buat apa pun kat rumah.

#bilaorangtanya buat apa je kat rumah?
= eh, tak faham jawapan kat atas ek?

#bilaorangtanya bila nak kahwin?
= tak ada dalam senarai to do list.

#bilaorangtanya pandai buat kerja-kerja rumah tak?
= tak.

#bilaorangtanya habis cita-cita nak jadi apa?
= entah.

#bilaorangtanya tak mahu kerja ke?
= sekarang tak nak kerja.

#bilaorangtanya habis tak buat apa-apa, nak jadi apa?
= *senyum je*


*** 
kadang-kadang aku sangat sick dengan semua pertanyaan di atas. dont ask me anything. jawapan tulah yang aku selalu bagi kat orang. muehehe..
bagi aku, apa yang aku buat, selagi tak menampakkan hasilnya, memang taklah aku nak bagitau orang apa yang aku tengah buat.
sometimes, act stupid and dumb is much more better than dari menjawab panjang lebar. coz some people diorang tanya not because they cared, but they wanted to be busybody, ya'know?

jadi bila orang tanya soalan-soalan macam tu,
aku pun jawablah, jawapan yang tak ada arah tuju dalam hidup...kehkehkeh...

i know myself better, no need to tell them. i choose what i should have said. and i choose who i wanna tell..



lalala~



xoxo,
me~

Saturday, 21 April 2012

BE Nuffnang! Thank You Inche Nuff~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


yeayy..
walaupun sekarang ni dah jarang update..
and pengunjung makin susut..

tapi, tetiba dapat be dari nuffnang..hehehe..
thanks to iklan petronas and digi..hoho..:p

tak reti nak buat screenshot..
so tak dapat nak bagi bukti..
kehkehkeh..

apa-apapun, thank you nuffnang, petronas and digi..:)

Alhamdulillah..:)


p/s: er, nak buat iklan churp churp boleh tak? kalau sudi, klik iklan ni okay? hehe..kalau malas tak apa, no hal la beb..:D


xoxo,
miss m~

Kerana Kita Sentiasa Berada Di Situ...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




these past few days, i kept thinking and thinking and thinking. 

kenapa aku tak pernah dapat lupakan my past. kenapa i cant let go of my past. kenapa the past is always haunting me eventhough i always try my best to forget about it. to think positive. to be positive. 

and suddenly,aku bertemu dengan jawapan.

sebab masa lalu itu sentiasa berada di situ. sebab kita sentiasa berada di situ. 
perkataan "move on" sebenarnya tak wujud. kita memang live in present, yang kita katakan masa ini telah membuat kita fikir yang kita dah pun tamat dalam melalui masa lalu. ianya takkan berulang. ianya sudah lepas. ianya adalah "masa lalu" ataupun "past".

tapi,
suddenly aku terfikir. kenapa gambar dan video wujud? macam mana sebuah kamera boleh capture gambar? macam mana sebuah video camera boleh capture video?
macam mana gambar kita boleh stay? macam mana video tu boleh terus keep on playing the same scene? sedangkan kita dah 'move on'. sedangkan kita tiada lagi di situ?

ianya buat aku terfikir sesuatu, 
sebab kita sebenarnya sentiasa ada disitu, kita akan melaluinya berkali-kali sebab ianya seperti video yang boleh sentiasa replay the same thing and scene.
kita memang ada di present. tapi, kita masih melalui masa lalu. masa lalu yang kita kata, let it go, biarkan past is past.

but i believe hampir semua orang rasa, its hard to forget the past, right? because it is part of us.
and oleh sebab semua orang nak live in the present and future, so they wanna forget and move on from the past.

but when the thoughts came, you cant deny it. 
sebab masa lalu itu adalah kita. sebab masa lalu itu sebenarnya tak pernah berlalu. sebab masa lalu itu stay. sebab masa lalu itu takkan berubah. it keep on replaying. cuma, kita saja sudah berada di present. 

do you get what i mean?
its like a picture. it stays, no matter how long kita tinggalkan tempat memori itu.
its like a video, it keeps replaying, no matter how long kita tinggalkan scene itu.

jadi, aku tau kenapa aku tak boleh nak lupakan masa lalu, sebab the pain is still the same. the pain wont gone, sebab the past keep replaying. the past stays. 
i cant let go, sebab i always feel the pain, melainkan aku dapat amnesia. 

after i get this kind of answer, then aku tanya diri sendiri, so, if the past stays, we would never can move on, and the past keep replaying.
what should i do?

and what i get is, the present pun stay, and the present pun keep replaying. so do the future. it might stop after we are dead. but kita kena lalui and tengok balik, masa kat padang mahsyar nanti.

so, yeah, i might be remembering my past, i might get all kind of negative feeling, because it always  be there. it wont change. 

i might not have the solution yet...
but for me, now, i understand myself better, i understand the universe better... 
aku faham the reason, kenapa diri aku still living in the past eventhough i am now in this present. 
my past always will affect my present and future. 

walau aku belum jumpa solution, buat masa ni, aku faham yang past, present and future are always related. yang penting sekarang, aku akan cuba untuk hidup sebaik yang mungkin. sebab kalau tidak, it will affect my future. 

thank you Allah, thank you.... :')



sincerely,
me~

Wednesday, 18 April 2012

It's Not Because Of The Talents That I Have...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


this is something personal. something that i just want to rant about. please just read my p/s, ok? sebab korang akan bosan pun baca entry personal and panjang and tak ada kena mengena dengan sesiapa. kbai.


some people said that i have born with talents.

but i guess, it's not because of the talents that i have.
truthfully, i never think that i have any talent.

macam some of you yang cakap, i have talent in writing, but when i look at myself. i read back all the sampah pieces that i'd wrote. this is not called talent, this is just because of the destiny.

aku menulis kerana aku ada pengalaman, aku menulis bukan kerana aku ada bakat, tapi sebab aku ada pengalaman. sebab aku ada kisah. sebab aku ada cerita. cerita masa lalu.

kalau korang rasa penulisan aku best, thank you so much dekat Allah, sebab Dia telah menulis jalan cerita aku. sebab Dia bagi aku cerita. 
thanks to my papa because he made me wanna write all those feeling that i feel and felt.
thanks to my mama, because of her, i have all the spirits and strengths.

sebab bila aku cuba menulis bukan dari kisah aku, aku tak pernah berpuas hati walau satu ayat pun. sebab itu bukan kisah aku. itu kisah imaginasi aku. i never can interpret my imagination very well eventho in writing. kalau in drawing, lagilah hampeh.

macam some of my cousins said that i have skills and talents in baking and cooking. padahal aku sebenarnya bukan nya ada talent in cooking or baking. its because of my grandma and my aunts, that really have a very great talents in cooking and baking.

my cousins always said, ah m, you dont have to worried, you have talents in cooking and baking that we dont have.
but masalahnya, memang lah i can cook and bake, but i'm not great in cooking and baking. its just because of the kebiasaan aku menolong diorang. itupun aku menolong diorang cooked and baked masa hari raya or any function or any orders.

i dont have talents in cooking and baking, but, my cousins and azr always said that i have talents in cooking and baking... 

i am still my mom's daughter, do you know that my mama didnt know how to cook and bake? my mama only know how to cooked nasi goreng. and hanya pandai buat lengkong buah. that were only thing that my mama knew.. and i think i dont know how to cook, i only know how to cook and bake a few meals, and aku cuma belajar masak and bake benda yang aku suka makan je.

some of them said, i'm a good listener, but to be a listener is easy, its not that you must have talent to listen to someone's problem. some of them said i'm good with words to comfort and give opinion.
but, opinion and word tu sangat jarang aku dapat bagi pun. sebab selalunya aku tak tau ayat apa yang sesuai. kadang-kadang aku takut nak cakap sebab aku takut akan melukakan hati diorang, dan kadang-kadang aku takut nak cakap sebab takut apa yang aku cakap bukan apa yang mereka mahu dengar.

and some of them pernah cakap, adik, you should jadi tok bomoh. you have talent to be tok bomoh.
seriously, this was the most funny thing that i have ever heard. ha. ha. 
tak pernah ada dalam list. aku bukan pandai jampi serapah. aku bukan ada jin nak suruh tolong aku. cet.. tak berasas sungguh. buat kena laknat je dengan Allah, nauzubillah min zalik.


aku tak tau kenapa dari dulu sampai sekarang, i have low self-confidence. yang bestnya, everyone around me, believe in me in some ways. believe that i am a good writer, believe that i am a good cooker and baker. 

maybe because, i am perfectionist. maybe because aku nak semua nampak perfect. 
maybe sebab aku tak suka tiru orang. maybe sebab aku tak suka nak terpengaruh dengan orang-orang sekeliling. 
maybe sebab aku ada strong feeling to be independent.
maybe sebab aku ada strong feeling to be me, myself and i.
maybe sebab aku tak nak karya aku ada pengaruh dari penulis lain. padahal untuk penulis newbie macam aku, its normal untuk terpengaruh. tapi, aku tak suka.
maybe sebab aku nak jadi lain dari yang lain, and because of it, i will destroy myself.

motif aku tulis entry ni, sebab aku tak puas hati dengan novel butterfly aku, actually aku dah tulis sampai bab 40 something, tapi aku tak dapat nak publish kat blog sebab aku nak jadikan dia full novel untuk dipublish. 
aku tak puas hati dengan semua cerita yang aku tulis kat blog tanpanamaputeri tu, sebab bukan tu yang aku nak tulis. 
sebab tu aku baru realised that i didnt have talent in writing, its just because i have some stories in my past. 
and when i want to interpret my imagination to be a story, it turns out to be so bad.
and butterfly story, is not a true story, mungkin the true feeling was there, mungkin a part of me was there, but, i never satisfied with the flow of the story. and it make me sick like hell. lelebih lagi penggunaan terhad laptop untuk diri aku. well, i need to take care of my eyes, i cant overused my eyes. tak boleh nak selalu mengadap microsoft word, make me more stress..

i wonder how penulis lain boleh tulis novel dalam masa 2, 3 months? even they are busy with their personal life. aku tak adalah sangat nak kata busy with my personal life.

aku tak puas hati dengan diri sendiri, sebab i try to put my own story in this blank paper, but i just cant. sebab aku tak berani. sebab aku terlalu fikir apa yang orang akan fikir if aku berani untuk meluahkan semuanya dekat dalam blank paper ni?
ini pun blog yang aku cuba sembunyi dari semua orang yang aku kenal personally. tapi, haritu ada orang stalk aku sampai jumpa blog aku. 
and i'm worried like hell.
because, all the emotions that i've tried to conceal was here. 
malah, aku pernah terfikir untuk delete all my story bout my past here.

sebab i just realised something, aku tak berani nak show my true emotion. aku tak nak orang tau apa yang berlaku disebalik senyuman aku. aku tak nak orang tau apa yang ada dalam hati aku disebalik diam aku. aku tak nak orang tau disebalik tawa aku, aku masih lagi hidup dalam masa lalu.
aku tak nak orang yang aku kenal personally tau what is going inside my heart.

ah, aku memang suka mengcomplicatedkan diri sendiri.

sorry, peeps, this is my personal online diary. and i want to rant something. sorry for making you reading this.


p/s: aku tak dapat nak blogwalking this few days. but i'm sure will blogwalking later. thank you for all your visits and thank you for those who followed me..i'll visit later and follow later ok? thank you and sorry.


i

Tuesday, 17 April 2012

...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.
yang tak terhingga untuk korang semua...
:')



now,


i'm picking up the pieces. and try to put it back in place.
this is memory lane.
the memories that i've been through.
and one day, i wish i could smile looking at those broken pieces, and said,
"Alhamdulillah, masa lalu itu, menjadikan diri ini 'seseorang' di masa ini. everything happened for a reason."
and i wish, i could let go all my past, dan terima dengan sepenuh hati, my past is part of me. without  past, i'm not going to have present. and without present i'm not going to have future...

may Allah bless all of you..=')

thanks for everyone yang sudi sharing with me, your 'life'....

sincerely,
me~

Sunday, 15 April 2012

BEN ASHAARI TANYA 5 BLOG BEST PILIHAN SAYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



tetiba aku gedik nak join segmen abang ben..lalalala~ :p

ini semua blog yang aku rasa best, and aku suka baca. :D
  1. Liselle Moncherie : hari-hari mesti masuk blog ni. sebab suka semua cerita-cerita dia. sangat santai and fun. blog dia 99.9% in english..=D and 0.1 % in malay.. hehehe. blog ni sangat unique dari segi penceritaan, and its a personal blog. i love this blog the most! *wink-wink*
  2. Maria Elena : well, need i to introduce her? no, rite? haha~ semua kenal dia. suka blog dia sebab santai and kelakar, terutama all her vlogs. and sekarang bertambah suka sebab blog ni mula banyak pasal agama. =)
  3. cucuratap : aku tak taulah korang kenal ke tak blogger ni. tapi, aku kenal blog ni pun lepas aku jumpa tuan empunya blogger tu masa bengkel penulisan jemari seni. aku tak pernah jemu baca cerita-cerita yang ada dalam blog ni. kalau dia publish buku, aku confirm akan beli semua buku dia..sebab memang best!! 
  4. kay_are : dia ni suka kamen rider. kekekeke... aku suka blog ni sebab dia santai. dia punya entry, bagi aku pendek je, tapi padat. jadi ianya sangat mesra pembaca. xD
  5. Teenager Housemaid : aku boleh dikatakan hari-hari baca blog ni. pagi petang siang malam aku tengok blog ni. buka je lappy mesti tengok blog ni dulu. lepas tu, satu entry tu, aku baca berkali-kali.. eh, jap *gosok mata jap* eh, ni blog aku kan? kahkahkah. sorry ler, aku memang suka baca blog sendiri. and aku rasa blog aku best. kahkahkah. *masuk bakul angkat sendiri* sorry yea, jangan maraaa haa~ xp

p/s: baru aku sedar, rupanya aku suka blog yang santai and fun... kecuali blog aku... blog aku tu over je lebih..sebab dia berat emosi..gedik letak nama blog sendiri..kahkahkah

p/s2: yang tak ada dalam senarai..sorry yep..bukan aku tak suka baca blog korang.. aku suka, tapi, abang ben suruh letak lima je... :D korang tetap di hatiku..*ayat bunga wa kasi* :p


daaa~
xoxo,
Teenager Housemaid~

Saturday, 14 April 2012

Paulo Coelho

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


akhirnya aku dah dapat buku the alchemist by paulo coelho...

ya ya ya,
aku beli sendiri.
tak ada siapa sudi nak hadiahkan aku buku, sekian... -_-'

aku dah baca dari brida, aleph, and nanti nak baca the alchemist.
aku beli buku the alchemist ni kat mph tanpa apa-apa discount.
ok fine. who cares?

aku tak tahu kenapa aku rasa attached dengan buku-buku yang aku dah baca by paulo coelho ni.

ok fine, baru dua.
tapi, walaupun baru dua, dia buat aku addicted dengan buku dia.

ohmai!
what should i do?

i love paulo coelho writing.
he inspired me a lot in writing.

setiap buku dia dan setiap patah perkataan yang dia tulis, dia buat aku berfikir and 'rasa'.
this is what i'm searching for.

buku yang ada 'rasa'.
setiap cerita dia buat aku 'rasa'.

ok, berapa banyak kali aku nak cakap rasa ni...-_-'

entah, aku suka buku dia.

habislah, lepas ni rak buku aku penuhlah dengan buku-buku dia.
habislah, lepas ni duit aku semua terbang kat dia.
habislah, lepas ni dia dah setanding dengan hlovate dalam hati aku.


sincerely
me~

"Bila Nak Berdua?" "Adik Dah Kurus." and "ForeverAlone."

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


tadi pergi jalan-jalan, cari idea nak tulis, and then nak makan big apple and minum air chatime.

terserempak dengan cousin and his wife.


kak nz: adik! sorang je ke?

*kitorang salam and cium pipi

aku: a'ah, sorang je. 

*kak nz sengih.
kak nz: bila nak berdua?

aku: ha? entah. 
*aku gelak-gelak

kak nz: ke dah ada ni? jalan berdua dengan siapa?

aku: ek? kan adik sorang je ni. bila pula berdua.
*aku sengih.

kak nz: bila nak berdua? dah boleh berdua dah ni.

*alamak, alasan apa aku nak bagi der? aku terus cucuk straw kat air pearl milk tea yang aku beli tadi, sebab ingat nak makan kat big apple jap lagi, tapi, dah orang tanya pasal soalan kias-kias macam ni, terus rasa haus. hahaha

aku: adik tunggu kak nz la kenalkan adik dengan mana-mana calon.
*aku sedut air sambil senyum. jawapan selamat and tipikal lah aku bagi kan...:p

kak nz: nanti kang, akak kenalkan, adik pulak yang tak berkenan.

*aku gelak lagi. memang pun. kahkahkah. buat masa ni, memang tak berminat nak berkenalan dengan sesiapa lagi.. tunggu la nanti...bila? tak tau.

kak nz: adik, dah kuruslah...
*kak nz membelek badan aku.

aku: ha? yeke? 
*baru semalam rb cakap aku gemuk. T_T
*aku pandang diri sendiri.

kak nz: a'ah, haritu tembam and berisi, ni dah kurus akak tengok. diet eh?

*haritu, memang kak nz tegur aku, masa aku tengah berisi, dia cakap adik, dah sangat tembam. 
*and now, yeyyyy! dia cakap aku dah kurus. tak sia-sia, aku dah berminggu-minggu tak makan malam..:p

aku: er, takla diet. cuma jarang makan malam.
teehee~

and then cousin aku offer nak hantar aku balik, tapi aku cakap tak apalah, aku nak pergi makan big apple dulu, then aku boleh tumpang aunty kz balik. 

***

lepas dah beli big apple and minum air chatime, sambil-sambil duduk melepak kat big apple tu. tengok gelagat orang.
and kat telinga pula, aku tengah dengar lagu-lagu eminem.

hurm, semua orang ada kawan and teman and family.
aku sorang je sorang-sorang...

baru aku tau, aku ni nampak macam pathetic and foreveralone gila-gila..
haha~

tapi, buat masa ni, aku selesa macam ni...
sebab sendiri dan sunyi itu dah sebati dengan aku...
aku tak tahu masa depan..

tapi, buat masa ni,
i'm okay and i'm fine with myself.. tak kisahlah walaupun dipanggil
"lone ranger" or "forever alone"


sincerely,
me~

Friday, 13 April 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



berkali-kali aku buka microsoft word.
berkali-kali aku renung bait-bait kata kat microsoft word yang tak bersambung-sambung lagi.

aku tak taula apa nak jadi dengan aku ni...

okay maybe aku kena guna cara lama balik.

tulis kat notebook..

but lama aku renung notebook, last-last hanya lah sampah yang mampu aku tulis.

adik, what's wrong with you?

mama, adik tak tau kenapa sejak akhir-akhir ni, adik rasa serba tak kena.
mama, adik rindu mama. mama, adik rindu dia. dan mama, adik rindu 'dia'

mama, i wanna get out from this place.


adik~

Tak Ada Tajuk Nak Letak, Sekian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


er, ada beberapa orang tanya, boleh tak kalau nak minta pandangan and opinion aku.

aku boleh je.
 tara hal la..
tapi, kalau nak aku bagi opinion memang kena cerita detail la eh..
sebab aku kalau orang tak cerita detail, aku tak dapat nak masuk ke dunia orang tu.
hehehehe.

aku jenis yang suka rasa apa yang orang rasa.
when i can feel it, then atleast, i will try my best to understand.
mungkin taklah memahami sangat. tapi, atleast aku akan cuba.


kalau nak aku jadi pendengar,
boleh je. aku sudi dengar.
yang penting koranglah call aku.
kehkehkeh.
tapi, kalau jadi pendengar, boleh jadi aku diam je.
sebab macam yang aku bagitau sebelum-sebelum ni,
aku memang tak reti nak cakap sugary things. sweet words.
er, motivational words pun tak reti sangat.

er,
yang pasal entry aku dengan abangngah,
aku bagi opinion macam tu, sebab bagi aku, tu yang paling sesuai untuk dia.
=)

aku kan nak jadi psychologist,
er, cita-cita nak jadi kaunselor juga.
apa kata korang make my dream come true?
kekeke.
korang cerita masalah,
aku dengar.

kalau aku rasa aku ada opinion yang sesuai,
aku cakap.
kalau aku rasa aku tak ada opinion yang sesuai,
aku bagi *big hug* je, okay tak?
:p

boleh hubungi aku,
kat facebook, twitter juga emel.
nak no telefon?
kekeke,
4 digit terakhir tu, no birthday aku, selebihnya yang kat depan tu cari sendiri.
kehkehkeh.

p/s: er, nak buat iklan lagi boleh tak??
 kalau sudi klik la sini , kalau tak sudi, tara hal la beb! kita kan kawan..=)

happy barakah friday, semua!

ikhlas,
aku~

Wednesday, 11 April 2012

"Antara Suka, Sayang Dan Cinta, Awak Pilihlah Sayang...."

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*masa: 10/4/2012
*dalam kereta
*ini hanyalah sebahagian dari perbualan. 

aku: abangngah, kenapa awak bad mood je ni? awak tak okey ke? something happened?

abangngah: tak ada apa la. nanti saya nak keluar sorang je. saya drop awak dekat rumah kak l je.

aku: betul awak tak nak join kitorang pergi tengok wayang? semua ada.

abangngah: tak apalah. entahla saya kalau keluar sorang ni pun saya tak tau nak pergi mana. saya selalu keluar dengan kawan.

aku: saya kan kalau stress and awak tau kan, adakalanya bila saya tak nak cakap langsung dengan sesiapa, bila saya tak nak jumpa dengan orang-orang yang saya kenal, saya keluar sorang, tengok wayang ke, pergi makan and lepak sorang2, tak pun, pergi karaoke sorang2.

*out of no where abangngah cakap,

abangngah: pei pei dah nak bertunang dengan orang taiwan.

*aku diam, aku tau abangngah dah mula nak bercerita apa yang tak kena pada diri dia.

abangngah: orang yang saya betul-betul cinta, semuanya saya tak dapat nak bersama mereka. mula-mula syida, lepas tu, dayah, ni pei pei pulak. kalau al tu memang lagi impossible.

*aku diam, hanya merenung ke depan. 

abangah: dengan kak a dengan kak t pula. hanya untuk main-main. yang betul-betul abangngah cinta abangngah tak dapat nak luahkan perasaan kat diorang. 

aku: tapi, awak ada perasaan suka kan dekat kak a dengan kak t.

abangah: suka tu memanglah.

abangah: saya tak tahulah. orang yang saya cinta semua yang baik-baik. sedangkan mulut cakap suka yang cantik seksi. tapi jatuh cinta dengan yang tak lawa, yang baik hati... ah, abangah nak cari girlfriend. tak nak single macam ni.

aku: awak nak tau tak...

*aku diam sekejap. menyusun ayat yang sesuai untuk cakap.

aku: awak kena bersama dengan orang yang awak sayang. tak lebih tak kurang.

aku: perasaan ni kan ada tiga, antara suka, sayang dan cinta. awak tak boleh nak couple and ada girlfriend hanya kerana awak suka seseorang perempuan. sebab saya tau awak jenis yang bertahan lama dalam sesuatu perhubungan. and then awak jenis bila dah couple awak kenalkan dengan family.

aku: awak akan kecewakan perempuan-perempuan tu. awak akan sakiti mereka. sebab awak hanya suka tapi tak cinta. but they gave their all for you. awak tak dapat nak bertahan sehingga akhir, sebab awak tak nampak future awak dengan diorang.

aku: kalau cinta pulak, awak jenis yang selalu rasa awak tak layak untuk diorang. sebab awak selalu fikir diri awak jahat, sedangkan orang yang awak cinta tu semua yang baik-baik. awak tak berani nak luahkan cinta awak, awak lebih rela mereka bahagia dengan orang lain. daripada bersama dengan awak. awak lepaskan diorang tanpa ucap apa-apa.

aku: pasal tu antara suka, sayang dan cinta. awak pilihlah sayang. sebab dia dekat tengah-tengah. atleast bila awak sayang, awak tetap akan dapat bertahan hingga akhir.

*abangah diam meneruskan driving.

aku: sayang dia tak macam suka. suka, suatu hari nanti dia akan hilang. sayang, dia tak macam cinta. sebab kerana cinta, awak akan korbankan diri awak sendiri sebab orang yang awak cinta.
kalau sayang, ianya akan seiring. kalau sayang, dia tak lebih tapi tak kurang. sayang akan kekal.

*aku pandang abangngah, dan senyum.

abangngah: awak juga yang faham saya.

abangngah: saya pelik dengan awak, awak tak pernah bercinta, tapi kalau pasal macam ni, awak sangat memahami, and you know the right thing to say. its good to talk to you. because you understand.

*aku senyum.


***

bila seseorang bercerita dengan aku mengenai masalah mereka, aku selalu letak diri aku sebagai mereka, aku ingin masuk ke dalam dunia mereka, aku ingin rasa apa yang mereka rasakan...

sebab aku bukan jenis yang suka cakap,
"sabarlah."
"ada jodoh nanti adalah."
"relaxlah"
"chillah."

sebab semua orang boleh cakap macam tu, tapi, korang tau tak, orang yang bercerita dengan korang tu akan rasa yang korang tak dengar pun apa yang dia cuba sampaikan.
bila seseorang memilih kita untuk meluahkan perasaan, they want us to know, feel, understand them.

pasal tu, kalau aku tak ada words yang sesuai untuk comfort seseorang, aku hanya akan diam and peluk diorang. ataupun pegang tangan diorang. sebab aku cuma nak diorang tau, aku faham dan aku rasa.
but there's no words yang boleh aku ucapkan.

dan bila aku rasa aku boleh tolong seseorang dengan opinion aku, aku akan letakkan perkataan yang tak menyakiti mereka. sebab aku nak mereka tau yang aku rasa apa yang mereka rasa...

aku mungkin tak ada pengalaman dalam bercinta, tapi, entahlah, mungkin Allah jadikan aku seseorang yang sentiasa cuba untuk memahami dan rasa apa yang orang lain rasa...

mungkin opinion aku salah, tapi untuk abangngah aku, bagi aku, itu yang terbaik untuk dia.
sebab aku kenal dia. aku tau dia macam mana.

suka, perempuan tu akan kecewa. cinta, abangah yang akan kecewa.
jadikan bagus kalau pilih sayang? its fair and square...


antara suka, sayang dan cinta, aku harap dia pilih sayang.
sayang akan kekal.
suka akan hilang, cinta dia akan berkorban.


"abangah,
saya sebagai adik hanya nak terbaik untuk awak.
antara suka, sayang dan cinta, awak pilihlah sayang. insyaAllah semua akan baik-baik saja."


ikhlas,
adik~

Tuesday, 10 April 2012

Girls Pillow Talk: DKNY vs Armani.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



poo: you, tak cerita dengan i pun you dapat hadiah apa haritu.

aku: er, haha. nak kena cerita ke?

poo: ooo, macam ni lah, dapat hadiah terus lupa kita ahh..

kak l: dia bagitau je kat i dia dapat apa. i dah tau okay m dapat apa.

aku: er, a'ah, haritu cerita dengan kak l, sebab kak l bbm i tanya hadiah apa i dapat.. haha.

poo: ceritalah dapat hadiah apa.

er, aku tunjukkan cincin, sebab tu antara hadiah yang aku dapat and aku pakai.

aku: ni cincin aunt kz dengan uncle p bagi. white gold.

poo, kak l, kak tna dah pandang semacam.

diorang: yeke, aunty kz dengan uncle p bagi. ke ni cincin merisik ni. lepas tu kelentong cakap orang bagi.

aku: kalau cincin merisik, orang pakai kat jari manis la. ni jari hantu, dowh..

diorang: yang kat jari kelingking tu pulak? ha, baik cakap.

aku: ya Allah. yang kat jari kelingking ni orang beli sendiri kat dragon silver la. adoii..

diorang: yela, yela...

poo: abang bagi apa?

aku: abang bagi purse dkny.

kak l: serious, dkny? nak tengok.

err, aku macam, er, nak tunjukkan purse kat orang ke? hahaha.. aku ambil purse and then bagi kat diorang.

aku: abang kata nak bagi armani mula-mula, sekali dia bagi dkny.

kak l: hey you, dkny lebih mahal dari armani tau tak. armani tu lebih kurang macam guess je. dkny ni, donna karan new york tau. mahal ni tau.

poo mengangguk.
poo: yup, armani brand dia biasa je. dkny is much more expensive and branded.

aku dah blur, er yeke? asal aku tatau pun.. errr.. memang aku tak pernah ambil tau kot pasal barang branded ni -_-'

aku: oo, baru i tau.

poo: yelah, meh bagi i tengok you punya purse, i boleh agak ni harga dia dalam berapa.

kak l: i pun ada satu purse and bag dkny. tapi tak berapa cantik. you punya ni cantiklah. harga your purse ni mau dalam rm900 tau.

aku: ha? rm900??? biar betul???

poo: dkny memang mahal la you. kalau tak rm900 pun, rm600-rm700 your purse ni tau.

aku dah tercengang kat situ. i was like, seriously? er, i never knew and never care about the price.

poo: i nak tengok kat dalam boleh?
*poo nak buka zip purse aku.

aku: er, boleh, tapi, seganlah. dalam tu, ada rm5 je kot..hahaha
*seriously masa tu memang dalam purse aku ada rm5 je. aku tengah pokai sekarang sebenarnya. hahaha.. dan diorang nak tengok kat dalam, ouh mai!!

poo: ala, tak kisahlah.. yang penting you punya purse ni harga rm900 tau.

kak l: kalau m pergi shopping, kalau keluar kan purse, i ada 900 dan lima ringgit okay.

poo: then, kalau orang tu tengok, aik, nampak rm5 je kat dalam purse tu, you cakaplah, hello, i pakai purse dkny harga rm900 okay..

kak l: campur dengan lima ringgit ni, jadilah 900 dan lima ringgit.

lepas tu diorang gelak..

aku dah macam blur-blur..hahahaha..

***
seriously,

1st, aku memang ingat armani lebih mahal dari dkny...
(tu pasal sedih tak dapat armani) kehkehkeh..:p

2nd, aku tak expect dapat hadiah harga lebih rm500... even if the purse punya price around, rm600. bagi aku tu dah mahal okay! dan aku memang rasa macam tak nak pakai purse ni lagi dah, nanti orang kata aku kaya..
naya dowh aku!!!
woii, dalam purse aku sekarang ni rm5 pun tak ada, sebab aku dah belanja beli slurpee dengan sneakers...
-_-'

3rd, omagattt, kaya gila abang aku beli kan aku purse harga mahal-mahal macam ni!! dia kerja apa weyh??
tetiba aku dah confuse abang aku kerja apa.. -_-'


nampak sangat aku ni sememangnya tak tau apa-apa mengenai barang branded. wahaha..
yang aku tau, orang bagi, aku pakai.. :p

anyway terima kasih abang, sebab bagi adik purse dkny, suka suka suka...hahahaha~
:p
cantik..and warna favorite, putih..
tapi, er, putih cepat kotor..er, adik akan cuba jaga sebaik mungkin!
i love my purse..=)


er, nak buat iklan lagi boleh? teehee~
kalau sudi, tolong klik sini , kalau tak sudi, tak apa =D

xoxo,
adik~

Monday, 9 April 2012

Bila Kitorang Buat Random Stuff...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*masa: 6 april 2012
*tempat: shah alam

hari tu aku pergi lepak rumah kazen aku kat shah alam. aku sampai sana dalam pukul 8 lebih kot (malam).

masa tu lah kitorang buat pillow talk, doing random stuff. nanti aku update lagi topic pillow talk kitorang.
seriously aku dah lama tak lepak dengan kazen-kazen aku. baru aku sedar aku ni dah lama tertinggal banyak cerita, sampai semua cakap aku sombong.hohoho..

tapi, yang paling best malam tu, aku dengan kazen-kazen aku semuanya gila-gila buat random stuff. :p

meh aku cerita sikit tentang 5 orang gadis gila yang buat random stuff ni.

watak utama
1) kak L,
kak l ni sangat terkenal dengan diva. hot, cantik, popular dan sentiasa jadi perhatian lelaki. kalau keluar rumah tak pernah nya tak makeup or selekeh. setiap kali keluar rumah, atau ada apa-apa majlis kat rumah, mesti makeup and pakai cantik-cantik.
senang cerita dia ni memang jaga penampilan and 24/7 hot stuff okay? :p

watak pembantu utama
2) kak tna
dia ni kalau tak ada, memang tak bergerak punyalah kitorang dari rumah tu. sebab dia ni tukang bawa kereta.
kak tna ni pun hot stuff jugak. muka dia ala-ala maya karin.. tapi maya karin lebih cantik lah kan.. :p
dia ni dah setahun lebih juga bertudung. dia jenis yang ada sifat kebudak-budakan sikit..:p

watak-watak yang memeriahkan lagi random stuff,
3)rb
dia ni, yang kitorang suruh turun beli air.. hahaha.
kitorang buli dia. so, kalau dia tak turun beli air, memang tak ada siapa pun nak turun okey..:p

4) azr
walau dia bukan kazen kitorang, tapi sebab dia lepak dengan aku jadi lepak lah sekali dekat rumah kazen aku and terus ikut kitorang buat kerja random stuff.

co pilot (sebab aku duduk sebelah pemandu :p)
5) aku
kehkehkeh..
do you need me to introduce myself?
haha. no rite? korang dah kenal aku kan? :p

*** 
kak tna: adik, akak nak soya bean.

aku dah pandang pelik, celah mana dowh aku nak dapat soya bean kat sini.

kak l: jomlah kita keluar pergi beli air, tna, kau bawa keretalah.

kak tna: aku tak bawa duit, duit tinggal kat rumah. malas nak pergi ambil. kau belanja eh,l?

kak l: yela, yela.. aku belanja. tapi betul lah ni kita keluar. rb turun beli air eh?

kak tna: kita pergi 7 e la..

kak l: ok jugak, aku nak slurpee la kalau macam tu.

kak tna: eh, aku pun nak slurpeelah.

*last-last semua orang bersetuju minum air slurpee.

*selepas semuanya dah sampai persetujuan. kita semua keluar. dan yang buat kitorang gelak nya sebab....

kak l, keluar rumah dengan pakai seluar tidur purple, tshirt baggy hitam dengan.............
hahahaha..
roller rambut tu. 
itu yang paling tak boleh tahan okay! pakai roller rambut untuk buat rambut kepuk kepuk tu. dah lah banyak roller rambut dia..
macam tak percaya je, kak l boleh keluar rumah macam tu, yelah, walaupun tak turun, tapi memang kelakar gila la beb..

kak tna, dengan hanya pakai baju tidur... tapi atleast, dia pakai seluar n tshirt yang okayla)
dengan masing-masing memang muka duduk rumahnya...:p

aku pulak, sebab malas nak berpin-pin tudung, aku cuma pakai shawl je, selepang kat bahu. aku kat rumah kazen aku dah tanggal tudung sebab tak ada orang lelaki pun kat rumah tu. masa keluar tu, aku tak nak pakai tudung bebetul sebab nanti aku yang kena turun..:p
jadi sebelum keluar tu, aku capai je shawl aku. untuk tutup rambut and leher, :p
tak turun dari kereta pun...:)

azr, masih steady and okay sebab dia memang tak bertudung and rb pulak, oleh sebab dia kena turun jadi dia sarung je tudung inner dia..hehehe..

yang buat kitorang gelak tu kak l la, sebab dia la yang paling kelakar, pakai roller rambut tu.. hahaha...
dengan seluar purple tidur dia..
tak dapat nak dibayangkan kalau ada orang yang kenal dia, and then terjumpa dia tengah pakai macam tu..

kak tna: l. kau la pergi turun, tu rb tu tak boleh turun belah situ tu.
*kak tna giat mengusik. er, aku pun lebih kurang sama je ngusik kak l suruh turun*

kak l: hey, memang tak ada maknanya lah kan..
*kak l gelak*

kak l siap post dekat facebook lagi,
"attention, kalau terjumpa 5 orang slurpee girl dalam kereta kelisa oren around shah alam, tolong jangan tegur*

lelebih lagi kitorang siap buat rondaan dekat rumah-rumah hantu yang ada kat shah alam..:p
sesi melawat rumah hantu.. :p siap berhenti lagi park dekat rumah hantu..

macam-macam gaklah jadi, mula-mula kak tna lupa nak buka lampu kereta..
lepas tu, kitorang nak slurpee purple, lepas tu rb dengan azr kata slurpee tak ada, rupanya bukan slurpee tak ada tapi, slurpee warna purple je tak ada. slurpee warna lain ada. kitorang kata, laaa, tak kisahlah asalkan ada slurpee..
tapi, oleh sebab masing-masing dah malu, rb dengan azr malu nak masuk 7 e balik, kak l dah malu sebab kebetulan masa tu abang-abang dekat kedai burger tu asyik pandang kereta kitorang je, jadi kitorang pergi seksyen 9 punya 7e.

lepas tu, bila melawat rumah hantu tu, kitorang ternampak rumah hantu tu lampu terbukalah, (kitorang duduk dalam kereta je, gila nak turun..:p) rupanya lampu kat belakang rumah hantu tu yang terbuka..
bila dah nak balik tu, tiba-tiba aku perasan lampu kereta tak buka,
"eh kak tna, bukalah lampu kereta."

"eh, bila masa akak tutup lampu kereta? yang terlupa tadi tu, akak dah bukakan?" kak tna terkejut.

"eh, kau biar betul. tulah kita ni, buat kerja random lagi sampai pergi rumah hantu." kak l cakap.

nasib baik kereta tak rosak kat tepi jalan ke apa tau, kalau tak apa kes beb... ahhahaha

bila ingat balik, kelakar dowh kitorang ni, buat kerja random..
yang paling kelakar tetap kak l, dia dahla diva, sekali bila buat kerja random, pakai seluar tidur purple dengan rambut yang penuh dengan roll roll rambut tu..hahahaha..
diorang panggil rambut kepuk-kepuk..:ppp

aaa~
i miss all my cousins..
i miss to do random things...
i miss to be one of the gossip girls...
i miss our pillow talk...
i miss our gathering...
i miss us..

bila buat balik kerja-kerja random and have our pillow talk, memang bestlah..
:p

tapi, aku tau, bila aku mula mendiamkan diri before, is for my own sake and good..tak nak salahkan sesiapa dengan apa yang terjadi..past is past..
sekali sekala bolehlah macam ni kan..but kalau selalu macam dulu, tak kot. sebab makin kita rapat, makin rasa terluka bila something not nice happen..
and, its good for me, sebab aku dapat terus mencari dan mengenali diri aku sendiri.. tanpa orang-orang sekeliling yang membentuk aku...
:)

semalam birthday party anak kak l, nanti aku kalau aku rajin aku update story kitorang main game pulak..haha..:P

and bila dah buat kerja random tu, semua dok guna tagline,
"we are young, we run free"
haha

xoxo,
me~~~

Saturday, 7 April 2012

(Cerpen) "Family Portrait"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


It ain't easy growin up in World War III
Never knowin what love could be, you'll see
I don't want love to destroy me like it has done my family

Can we work it out? Can we be a family?
I promise I'll be better, Mommy I'll do anything
Can we work it out? Can we be a family?
I promise I'll be better, Daddy please don't leave

Lagu ini berkali-kali bermain di radio. Lagu ini berkali-kali memainkan rentaknya sendiri. Lagu ini lagu hati yang luka.
“Mama, boleh tak, adik nak complete family picture?” aku memandang mama.
“Mestilah boleh. Nanti kita tangkap gambar dengan mak, ayah, uncles, aunts and semua cousins adik, okay? Lepas tu kita tangkap gambar kita empat beranak.” Mama senyum sambil mengusap kepalaku.
“Tapi, ma…”
“Kak Mie, telefon.” Aunty Mila memanggil mama.
“Kejap, mama jawab telefon, ya sayang.”
Aku memandang mama keluar dari bilik.
Tapi ma, adik nak complete family picture.
Bukan gambar keluarga kita yang besar ni. Adik nak complete family picture. Gambar kita berlima. Adik nak ada mama, papa, abang, abangngah dengan adik sama-sama sekali dalam satu gambar.
Satu pun cukuplah. Adik nak ada memori. Dan aku tertidur dengan harapan itu.
***
Momma please stop cryin, I can't stand the sound
Your pain is painful and its tearin' me down
I hear glasses breakin as I sit up in my bed
 You fight about money, bout me and my brother
And this I come home to, this is my shelter

Aku nampak mama dengan papa bergaduh. Aku nampak papa pukul mama. Aku nampak mama menangis. Aku dapat rasakan kesakitan itu. Aku dapat rasakan tangisan itu penuh dengan jiwa luka yang berdarah.
Aku dengar suara jeritan yang menakutkan. Aku dengar suara yang membuatkan rumah ini tidak aman. Aku dengar bunyi kaca yang pecah. Aku degar bunyi barang jatuh. Aku dengar bunyi yang membuat jiwa aku tidak tenang.

Daddy please stop yellin, I can't stand the sound
Make mama stop cryin, cuz I need you around
My mama she loves you, no matter what she says
its true
I know that she hurts you, but remember I love
you, too
I ran away today, ran from the noise, ran away
Don't wanna go back to that place, but don't have
no choice, no way 

Tapi itu hanya lirik lagu. Aku tidak tahu apa itu sayang dan cinta. Kerana mama tidak pernah membicarakan perasaannya pada papa. Tidak walau pun sekali. Mama tidak pernah cakap dia sayang, mama juga tidak pernah cakap dia benci. Mama hanya diam.
***
Aku terjaga dari tidur. Ya, aku masih lagi belum dapat melupakan sejarah lama. Hantu masa lalu itu sering mengganggu aku. Dan aku sedar, sememangnya complete family picture itu sangat susah untuk aku dapatkan.
Lagipun beberapa tahun lepas;
“Adik, adik tau yang adik dah adik baru?”
“Huh?”
“Papa adik dah kahwin lain. Papa adik ada anak baru.” Mama pandang muka aku. Wajah mama tak dapat aku nak tafsirkan.
Aku hanya mampu diam. Aku juga tidak tahu mahu memberi reaksi apa.
Kini aku ada dua orang adik. Tapi, lain mak.

I don't wanna have to split the holidays
I don't want two addresses
I don't want a step-brother anyways
And I don't want my mom to have to change her
last name 
***
Lagu family portrait nyanyian Pink makin mendapat tempat dalam hati. Rentaknya, iramanya, liriknya, tangisannya, lukanya, keinginannya, lullaby nya….

In our family portrait we look pretty happy
(Can we work it out? Can we be a family?)
We look pretty normal, let's go back to that
(I promise I'll be better, Mommy I'll do
anything)
In our family portrait we look pretty happy
(Can we work it out? Can we be a family?)
Let's play pretend act and like it comes so
naturally
(I promise I'll be better, Daddy please don't
leave)
In our family portrait we look pretty happy
(Can we work it out? Can we be a family?)
We look pretty normal, let's go back to that
(I promise I'll be better, Daddy please don't
leave) 

Tapi, aku tak ada walau satu family portrait. Aku tak ada walau satu kenangan manis satu keluarga. Aku tak pernah beraya sama-sama satu family. Aku tak pernah ingat aku pernah makan sama-sama satu family.
At least, kalau aku ada satu gambar complete family picture, atleast kenangan itu aku akan simpan kemas-kemas. Tapi, keluarga aku tak pernah normal. Aku tiada masa lalu yang boleh mengembalikan family aku lengkap semula.
Kami tidak dapat untuk pretend yang kami adalah normal. Kami tidak dapat nak pretend yang kami pernah bahagia. Kerana bahagia itu, tak pernah kami alami.

Tapi, sejujurnya aku masih berharap. Berharap pelangi itu akan muncul. Berharap sinar itu menyala dengan terang.
Daddy don't leave
Daddy don't leave
Daddy don't leave
Turn around please
Remember that the night you left you took my
shining star?
Daddy don't leave
Daddy don't leave
Daddy don't leave
Don't leave us here alone

I'll be so much better, I'll tell my brother
Oh, I won't spill the milk at dinner
I'll be so much better, I'll do everything right
I'll be your little girl forever
I'll go to sleep at night

Papa, adik sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk papa. Adik dengar kata-kata papa. Adik tak pernah lawan cakap papa. Adik tak pernah sentiasa cuba menjadi yang terbaik. Adik berubah untuk kebaikan. Adik nak jadi yang solehah.
Tapi, kenapa semua tu papa hanya pandang sepi? Kenapa papa tak pernah hargai? Kenapa papa tetap pergi? Kenapa?
Adik cuba buat apa sahaja, asalkan adik ada satu peluang dan adik tak pernah berhenti berharap.
***
Tapi, bila mama pergi tinggalkan aku selamanya. Aku tahu harapan hanya tinggal harapan. Ianya takkan menjadi kenyataan.
Bila, papa tak pernah berubah dan juga pergi buat selamanya. Aku tahu aku kena lepaskan harapan dan doa itu.
Mungkin juga kerana dari kecil aku sangat ego. Aku tak pernah mengaku depan orang lain yang aku mahukan seorang papa. Aku tak pernah mengaku yang aku teringin nak family aku terasa lengkap. Mungkin Allah ajar aku supaya jangan jadi ego depan orang lain.
Mungkin dengan cara ini, mungkin sebab aku tak pernah minta dan berterus-terang dengan sesiapa yang aku inginkan sebuah gambar lengkap dengan papa sekali. Mungkin kerana ini, Allah menghukum aku dan aku tidak mungkin akan ada gambar family yang lengkap buat selamanya.
Tapi, aku masih ego sampai sekarang. Sukar untuk meluahkan apa yang benar-benar diinginkan. Aku hanya meminta kepada perkara-perkara yang mudah agar aku tidak kecewa dan agar ianya mudah ditunaikan.
Kerana sejujur dalam hati aku, aku tidak tahu yang mana yang lebih baik.
Meminta sebuah gambar keluarga yang lengkap dan nampak gembira, maknanya aku akan hidup dalam fantasi, kerana keluarga aku tidak pernah begitu.
Ataupun terus hidup dengan realiti ini, tiada gambar keluarga yang gembira ataupun at least spent the day together atau raya sama-sama, sebab ianya tak pernah terjadi dan tak mungkinlah akan ada gambar mahupun memori yang merakamnya.
***
Lagu ni, lagu yang menusuk dalam jiwa aku.


***



Momma please stop cryin, I can't stand the sound
Your pain is painful and its tearin' me down
I hear glasses breakin as I sit up in my bed
I told dad you didn't mean those nasty things you
said

You fight about money, bout me and my brother
And this I come home to, this is my shelter
It ain't easy growin up in World War III
Never knowin what love could be, you'll see
I don't want love to destroy me like it has done
my family

Can we work it out? Can we be a family?
I promise I'll be better, Mommy I'll do anything
Can we work it out? Can we be a family?
I promise I'll be better, Daddy please don't
leave

Daddy please stop yellin, I can't stand the sound

Make mama stop cryin, cuz I need you around
My mama she loves you, no matter what she says
its true
I know that she hurts you, but remember I love
you, too

I ran away today, ran from the noise, ran away
Don't wanna go back to that place, but don't have
no choice, no way
It ain't easy growin up in World War III
Never knowin what love could be, well I've seen
I don't want love to destroy me like it did my
family

Can we work it out? Can we be a family?
I promise I'll be better, Mommy I'll do anything
Can we work it out? Can we be a family?
I promise I'll be better, Daddy please don't
leave

In our family portrait, we look pretty happy
Let's play pretend, let's act like it comes
naturally
I don't wanna have to split the holidays
I don't want two addresses
I don't want a step-brother anyways
And I don't want my mom to have to change her
last name

In our family portrait we look pretty happy
We look pretty normal, let's go back to that
In our family portrait we look pretty happy
Let's play pretend, act like it goes naturally

In our family portrait we look pretty happy
(Can we work it out? Can we be a family?)
We look pretty normal, let's go back to that
(I promise I'll be better, Mommy I'll do
anything)
In our family portrait we look pretty happy
(Can we work it out? Can we be a family?)
Let's play pretend act and like it comes so
naturally
(I promise I'll be better, Daddy please don't
leave)
In our family portrait we look pretty happy
(Can we work it out? Can we be a family?)
We look pretty normal, let's go back to that
(I promise I'll be better, Daddy please don't
leave)

Daddy don't leave
Daddy don't leave
Daddy don't leave
Turn around please
Remember that the night you left you took my
shining star?
Daddy don't leave
Daddy don't leave
Daddy don't leave
Don't leave us here alone

Mom will be nicer
I'll be so much better, I'll tell my brother
Oh, I won't spill the milk at dinner
I'll be so much better, I'll do everything right
I'll be your little girl forever
I'll go to sleep at night





IU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...