Miss Magnifique!!

Saturday, 30 June 2012

Untuk Korang =)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*ini untuk aku, korang punya tolong scroll bawah sikit..:)*

sebenarnya sekarang, aku betul-betul tengah ada masalah. 

tapi, bila aku ada masalah aku susah nak share kat orang. bila aku ada masalah, entah kenapa aku lebih suka pendam. bukan aku tak nak luah, tapi, semuanya tak terluah, walau dengan orang yang paling rapat dengan aku. 

walau dengan blog ni sekalipun...
aku ingat aku nak tulis post ni, nak hamburkan semuanya...

tapi, mungkin sebab aku masih tengah confuse, maybe sebab masalah tu masih ada. aku cuma boleh pendam. 
even aku tak tau ayat yang tepat untuk tulis apa...

even bila aku nak luah dengan Maha Mengetahui, aku rasa malu, tapi, aku tau yang Dia tau semuanya... aku tak tau kenapa dengan diri aku sendiri..

tapi, aku memang dari dulu macam ni.. bila aku mula boleh bercerita mengenai kisah-kisah luka aku, maknanya aku dah let go semuanya.. maknanya dah tak ada apa yang aku nak pendam atau simpan apatah lagi dendam...

macam kisah aku dengan papa, 20 tahun aku pendam, dan bila aku mula boleh bercerita dalam blog ni, aku tau aku dah tak simpan apa-apa perasaan sakit atau luka pada papa...
mungkin luka silam itu ada parut, tapi, at least, ia dah tak berdarah...

aku harap, aku tetap kuat untuk tempuhi apa jua akan datang. dan moga aku terus kuat untuk hadapi segala 'kesakitan' tika ini...

***

to my readers,

terima kasih sebab terus datang dan jenguk sini. terima kasih sebab terus membaca blog ini walau aku dah lama tak blogwalking.

bukan aku tak nak blogwalking,
lepas mata aku sakit bulan 3 haritu, aku memang dah tak boleh nak membaca blog-blog korang sangat.

sebab sebelum sakit,
setiap hari aku baca lebih seratus blog sehari.

lepas aku sakit,
seminggu aku blogwalking 2, 3 kali... dan aku balas semua kunjungan orang ke blog aku yang tukang komen, yang tukang follow, dengan yang tukang blogwalking kat chatbox...

tapi, lepas tu mata aku rasa lain macam balik,
jadi aku kurangkan,
seminggu sekali blogwalking and balas semua kunjungan.

tapi, 
mata aku tetap rasa lain macam...

jadi aku kurangkan,
seminggu, 50 blog...
tapi, memanglah kenkadang aku rasa nak sekeh mata aku.. :(


jadi,
sekarang ni aku mengaku,
aku cuma jenguk 2-3 blog, er, kadang-kadang 2-3 blog sehari, kadang-kadang, 2,3 blog dalam masa tiga hari..dan kadang-kadang 2, 3 blog dalam seminggu.. bukan aku sengaja, tapi sebab masalah kesihatan...  :(
-_-


thank you sangat-sangat sebab masih support aku...
kadang-kadang aku pun tak tau macam nak balas balik korang yang setia membaca di sini... 
thank you sangat korang....

aku buka laptop memang almost everyday, tapi, aku tak membaca sangat dah. aku cuma menulis. kadang-kadang menulis blog. tengok running man. tengok youtube...

sebab seriously, bila aku pergi blog korang, memang aku baca entry korang, and then aku tak kisah pun pasal font korang, sebab korang normal...jadi font pun boleh macam2 rupa...
tapi, aku memanglah boleh baca lagi font korang, tapi, ianya memerlukan tekanan pada mata yang sangat banyak... 
jadi maybe that's why aku tak boleh nak pergi semua blog dalam masa sehari.. 

terima kasih kepada yang memahami...
dan minta maaf sangat-sangat pada orang yang mungkin tertunggu-tunggu aku datang blog dia...:(

tapi, aku memang agak selalu online twitter..sebab twitter dia kat fon aku. and then kat blackberry ni aku boleh besarkan tulisan dia. jadi kat blackberry ni aku boleh kawal font dia...:)

thank you eh, semua...
nak sebut nama sorang-sorang kat sini, aku takut ada yang tertinggal..
tapi, aku percaya, you know who you are kan? =)

thank you
thank you 
thank you



i wish all of you all the happiness in this world and akhirat.
moga korang senbtiasa sihat dan tak sakit...


terima kasih...


ikhlas,
aku.

Friday, 29 June 2012

---

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





kadangkala, aku tidak ingin jadi istimewa. aku tidak mahu tanggungjawab ini. aku tidak ingin peranan ini.

ten years.
and i'm still feeling the pain. the nervousness. feel quite unsafe in this rounded world.

i should be used to it. i should be feeling nothing now.
but, i dont know why i'm still feeling this way...

this is so not cool..


but Allah knows better.
hanya pada Dia, aku boleh minta perlindungan, kan? sebab ini semua jalan takdirNya. Dia Maha Mengetahui, kan?

to my lovely readers, please pray for me...

and to that person, jangan psyco sangat, boleh tak? terima hakikat, boleh tak?


and to my lovely cousin cum sister, please be strong too... 






aku.

Saturday, 23 June 2012

My 1st Video

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



haha 
tetiba aku nak buat video kan..
:p

but sorry..
video ni sangat bergegar dan tak clear sebab guna handphone punya videocam je.
hihi..

but so sorry,
contents dalam video ni sangat tak best.
aku tengok sendiri pun pening kepala.
-_-'

er video ini adalah atas permintaan kak senget hihi.
kak, saya punya tak lawa la kak.
and then art journal tu baru buat 4 pages je.
yang lain lebih kepada junk, smash and random je.
hoho..

and i'm so nervous masa bercakap sorang2 dalam video ni.. >,<

and thank you kepada semua yang pernah bagi kad, surat, lukisan kartun kepada saya.
so, saya baru letak sikit je dalam buku.
and buku ni pun belum buat habis lagi.

so, please bersedia untuk sakit mata and pening kepala..
-_-'

and video ni panjang dia 7 minit, sebab aku banyak bercakap. (sangat talkative -_-')
jadi siapa yang internet slow, atau internet dah nak habis.
tak yah ler tengok ye..hanya akan membuang saki baki internet anda.
hoho.






xoxo, 
Miss M~

Thursday, 21 June 2012

i just wanna talk about my mama...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


the feeling is coming again...
maybe because now, there's less than a month before my mom's birthday...
dulu feeling macam ni datang lagi, a month before her tarikh pemergian...

i hate this feeling so much... because i miss her too much, that i feel like emotionally sick. i feel like dying. and i really want her so badly here, with me...

entah.
entah.
entah.




"if i could take  your pain away, adik..." 
- mama

"adik, you are much more stronger than me..."
- mama

"adik, i know you can do it.."
- mama

"adik, don't ever judge a person by its look."
- mama

"adik, kenapa tak makan ubat ni?"
- mama

"adik tak kesiankan mama ke kalau adik buat perangai macam ni?'
- mama

"you don't know how much i love you..."
- mama

"kalau mama tak boleh tidur malam-malam, atau kalau mama terjaga malam-malam. adik pulak dah tidur, mama selalu belai rambut adik, cium tangan adik, sapu losyen kat tangan dengan kaki adik."
- mama

"kopi yang adik buat sedap. adik tau mama suka kopi yang macam mana."
- mama

"warna ni cantiklah untuk adik."
- mama

"kenapa semua ni jadi dekat adik? this is all my fault. mama yang patut tanggung semua sakit adik."
- mama

"maafkan mama. mama tak sanggup tengok anak mama sakit. mama betul-betul tak sanggup..."
- mama

"mama nak adik dapat semua yang mama tak pernah dapat dulu."
- mama

"mama nak tengok adik berjaya. mama nak tengok adik kahwin and ada anak-anak. mama nak tengok cucu-cucu mama..."
- mama




mama, i love you so much. i'm so sorry for all the things i did wrong. thank you for always believed in me. thank you for always proud of me. thank you.

adik tau kalau mama masih hidup, mama pasti akan baca blog ni.. macam mama selalu baca blog adik dulu... you were so proud of me, because i was young, and i could made a blog. you told all your friends..
and yeah, dulu sebab zaman orang tak mampu ada komputer and internet.. tapi kita dah ada komputer and internet... even mata adik agak kabur, but i still made a blog. 
and ingat tak, masa umur adik 9 tahun, adik dah pandai guna laptop mama. masa tu adik suka main dengan slide show. adik suka buat slide show and menulis dekat microsoft words...
and i was nine, and you were the one who really thrilled macam mana i can be so good in computer...

ma, kat sekolah cina kan adik belajar computer... adik mestilah tau sikit-sikit.
but she was thrilled again, bila i can use internet well. i was nine, and i made my own email. i chat at mirc.
haha.
kelakar.

and then, when i made a blog, she was super duper thrilled... 
mama, you were so lurus and innocent.. but i love you the way you were..

you made my days and nights with your stories..
yeah, you had a tough stories. sad stories. happy moments. 
and you selalu cerita kat i and abangngah. and abang too..

i still remembered, you kena terkejar sana sini.. you ada meeting, but at the same time you had to brought me untuk jumpa doktor.
adik masih ingat, lepas kita pergi hospital, kita akan pergi meeting. dan semua orang dalam meeting tu adalah orang dewasa. and i was the only kid. 

i still remembered, bila mama meeting kat restoran mewah or hotel, mama akan duduk kan adik dekat satu meja. and suruh adik order whatever i wanted. and you will continued your meeting at another table..

and adik masih ingat, semua kawan-kawan business mama love me, and maybe pity on me. i was sick, i had no father..
and ada je ramai yang offer nak jadi my father. haha.

adik masih ingat, mama buat business with this one nice uncle, but he had a very jealous wife, his wife called our home, i picked the phone called, i really hate her, sebab she said you were janda.
tak boleh ke nak cakap you ni ibu tunggal? you had to suffered a lot sacrificed a lot just for us, for your family, and this jealous wife nak marah and mengata you dengan sinis. 
nak je i cakap, dia ingat suami dia tu siapa? hello, tak layak pun untuk my mom. uncle yang nice tu yang banyak bergantung pada mama untuk buat business and bagi isteri anak dia makan. lagi this jealous wife nak bising-bising. hello, kalau my mom tak tolong this nice uncle, kau susah tak ingat. nak je i cakap tak sedar diri punya perempuan. 

but of course i didnt say such things. sebab mama selalu suruh adik jaga kelakuan. mama kata, kita kena jaga nama baik keluarga ni, and kena jaga nama baik mama. kalau adik cakap bukan-bukan, nanti orang akan salahkan mama. orang kata mama tak didik anak mama. "you know right, macam mana susahnya jadi single mother?"

yeah, sejak dari hari adik angkat telefon tu, adik tau... sangat tau...
adik kena jaga nama baik mama, sebab adik tau mama suffered a lot. kalau adik tak ingat pesanan mama yang mama brainwashed adik since young, mungkin adik dah kata macam-macam kat the jealous wife tu.

mama ingat tak, adik sangat suka bercuti di pantai... adik suka tempat yang tenang. yang when kita bercuti we will have that peace of mind.

mama ingat tak, the really first time i started writing stories, masa tu umur adik 11 tahun, and you were amazed that i could write such stories. but of course my story memang banyak pasal true story. and maybe ada some of that yang imagination.

mama ingat tak, i bought my first mickey mouse diary when i was 8, i wrote a lot of my sadness in there.
and ada satu hari tu mama baca, and mama terkejut. you didnt know, 8 years old girl had so many sadness. and you didnt know what to say. and you just looked at me, sebab masa you baca tu you baca curi-curi, and tiba-tiba i masuk, and you just looked at me.
i dont know apa yang ada in your mind that day. because you just looked at me. and i guess since then you know, that you dont know me, but you know that i understand the world. i understand what happened between you and papa. and since then, you trust me. you shared all your pains.

ma, there's alot of memories, there's alot of things that adik nak cerita.. but my mind sekarang blank. 
but banyak mana pun memories, it's only 15 years punya memories. i'm so greedy, ma... i want more memories....

mama, i miss you...

ikhlas,
adik.

Monday, 18 June 2012

"Bila Aku Berbintikan Nama Sendiri"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


nama aku ada tiga. sebenarnya ketiga-tiga nama aku ni adalah nama biasa yang korang boleh jumpa di mana-mana. cuma bila nama kedua aku digabungkan dengan nama ketiga aku. hm, setakat ni yang aku tahu, gabungan nama aku hanya aku yang memilikinya...
huahuahua...

nama aku tak unik. nama aku nama biasa. cuma, gabungannya menjadikan hanya aku sahaja yang ada dan memilikinya..kehkehkeh.
tapikan, nama aku yang ketiga ni, sebenarnya bunyi dia taklah feminin sangat. nama ketiga aku ni lelaki ada pakai, perempuan pun ada pakai. salah seorangnya akulah. hoho. tapi yang aku pelik, memang ramai jugaklah lelaki dan perempuan yang guna nama ketiga aku ni, cuma mungkin ejaan dia lain sikit lah. tapi bunyi nya lebih kurang je. so penggunaan nama ketiga ni antara lelaki dan perempuan mungkin macam seimbanglah bagi aku..hehe.

aku nak cerita pasal zaman sekolah ni...:)

masa aku sekolah cina dulu. aku ada nama cina sendiri. nama cina sendiri tu memang betul-betul nama kedua aku je. and bila nama melayu aku dicinakan, dia terbentuk kepada tiga perkataan. jadi, walau pun nama melayu aku ianya adalah satu perkataan yang terdiri dari 6 huruf. tapi bila dicinakan, ianya menjadi 3 perkataan dan 3 huruf. 

jadi bila di sekolah cina, memang aku tak pernah lah pulak letak binti ke. letak nama papa aku ke. even kalau dalam kelas bahasa melayu, bahasa inggeris atau pendidikan islam. aku hanya tulis nama penuh aku without nama papa aku. sebab nama aku ni dikira panjanglah jugak, (walau tak panjang mana pun.) 

lagipun di sekolah cina menulis nama sendiri tak payah nak binti segala bagai. sebab kalau orang cina kan nama cina diorang yang nama surname tu kat depan sekali kan. so diorang memang tak pernahlah suruh anak murid dia tulis nama bapa sekali macam, ahseng anak lelaki ahsiong. joyah binti gamat. nandini anak perempuan gopal.

jadi selama beberapa tahun di sekolah cina, aku memang tak pernah tulis nama papa aku. even, kalau ada suruh tulis nama parents atau penjaga dalam sesetengah hal, aku letak nama mama akulah kan.. dah aku duduk dengan mama. hehe.

and then bila aku tukar sekolah private islam, aku pun mengamalkan lah juga sikap ini. iaitu sikap tak pernah tulis nama bapa. aku tulis je ketiga-tiga nama aku. sebab masa ni pemahaman aku adalah, nama penuh itu hanyalah nama penuh aku tanpa nama bapa. sebab kalau dia nak suruh letak nama bapa, mesti dia tulis kat situ, nama penuh dan nama bapa sekali, kan? :p

dan nak tau tak, kat sekolah private tu, aku rasa aku je yang ada tiga nama. kebanyakan kawan-kawan yang aku kenal semua ada dua nama je.

jadi, kekeliruan telah timbul.

ramai cikgu, ustaz, ustazah ingat aku ini berbintikan nama ketiga aku. hahahaha..
sampai ada satu sijil penghargaan aku itu, aku berbintikan nama sendiri. macam kelakar gila kan?

jadi barulah diorang tahu, yang nama ketiga itu bukan nama bapa aku. lagipun kalau kat sekolah tu memang selalu kalau panggil nama seseorang, mesti kena panggil nama bapa sekali sebab ada beberapa orang yang bernama sama. 
tapi, aku diorang panggil nama kedua dan nama ketiga aku. ngehngehngeh. (tapi yang bestnya diorang ingat nama ketiga tu nama bapa aku hahaha)

nama aku nama biasa, tapi gabungannya agak unik.. hahaha..:P

dan aku pun baru tahu, bila kena tulis nama penuh tu maksudnya kena tulis nama bapa sekali.
manalah aku tau kan, masa kat sekolah cina, nama penuh tu nama sendiri je. haha. sekali masuk sekolah melayu ni, kena tulis nama bapa sekali pulak dah.

tapi, aku jarang je tulis nama bapa aku. nama aku dah panjang, kalau campur nama papa aku, lagi panjang okey. nama aku ada tiga campur nama papa aku ada dua, kalau gabung, orang kena sebut lima nama. jadi, tak yah lah. panggil je nama kedua and nama ketiga aku. ekekeke.

ini adalah kenangan yang agak kelakar lah bagi aku.
sebab aku ingat lagi macam mana aku terkulat-kulat baca dalam sijil penghargaan tu  nama pertama dan kedua berbintikan nama ketiga.. 
aku macam, ehhh?
*dahlah announcement kat perhimpunan, mula-mula aku macam ragu-ragu jugak, tapi oleh sebab kelas tu memang aku je bernama sebegitu, aku gagahkan diri juga mengambil sijil itu, dan membaca sijil penghargaan tu berkali-kali.*
jadi, maknanya aku ni, anak kepada diri sendiri? apakah?? (masa ni aku budak umur 12 je tau, jadi pemikiran pun blur je)
haha.


yang terkenang zaman dulu,
aku~

Sunday, 17 June 2012

Seohyun (SNSD) Airport Styles

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


oleh sebab aku tak ada idea nak update blog. tapi, tangan ni gatal-gatal nak update. jadi, aku update entry2 tak ada motif. haha..
enjoy the picture that i got from facebook, yongseo fans pages. :)

































































haha,
so many photos right?

i'm sorry, but i really like seohyun from girls generation..
teehee~~ 


p/s: untuk yang bertanya tentang aku ni dah berpunya ke belum dalam entry pantun 4 kerat , jawapannya belum, aku tak berpunya dan aku belum gedik lagi nak berdua..okey? ngehehee..
entry itu hanyalah.... tettt...
sekian..
:p
haha...


xoxo,
Miss M~

Thursday, 14 June 2012

Jalan-Jalan Cari Pasal~

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


mari kita jalan-jalan cari pasal~



*sampai di kedai, tangkap gambar dulu*

*aku nampak sehelai kemeja baggy yang sangat simple and menarik, jadi aku sangat terpikat..:)*
*masuk fitting room pun bergambar dulu :p*


*okay gambar sisi pulak, asyik gambar depan je*
*nampak tak baju tepi yang tergantung tu?, mari kita pakai!*
xD





*tadaaa~*
*bergaya dengan baju yang di try hehe*


*okay another snap*
*tapikan, oleh sebab aku pakai baju warna putih, and then memang style ala-ala baggy, jadi bila pakai kemeja warna very the light pink ni, yang juga baggy ni. tak memberi apa-apa impact pun pada penampilan.*



so...


memang tak lah aku nak beli..
kehkehkeh.
actually baju tu memang simple and nice, tapi, mungkin sebab aku pakai baju warna cream putih, then aku just sarungkan je baju kemeja tu kat luar, so macam tak ada beza, tapi serius baju kemeja tu sangat nice and simple..:)

jadi, nampaknya,
aku setakat menggayakan sahaja di fitting room..
hehehehe..
jangan marah ye, kedai nichii..
:p

saya keluar berlenggang tanpa membeli..
:p
kekeke..


erk, agak-agak kan, kalau owner kedai nichii tu tahu,
 er, dia marah tak?
ke dia nak amik aku jadi model tak rasmi?
ke dia nak saman aku?


oh no!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


p/s: 1st time buat kerja tangkap gambar dengan baju tak beli di fitiing room -_-;
maafkan saya...
maaf
dan maaf..

erkk..
hehe..:)

xoxo (yang dah takut),
Miss M~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...