Miss Magnifique!!

Sunday, 29 July 2012

Alamak! Tu Metafora Je~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


er..aku rasa dalam entry ni, macam telah menimbulkan kesalahfahaman dalam metafora yang aku bagi..
kehkehkeh..
erm..aku kan tulis kalau aku nak bagi metafora gempak sikit... so timbullah suis syaitan.

er...
suis syaitan tu bukan black magic tau. 
seriously.

aku ni kan manja, kalau dah kena buli, and orang buat aku sampai nangis teresak-esak...
hurm.. memang sah lah aku bagitau abangngah aku... aku rasa, orang yang ada abang ni boleh faham kot. atau orang yang ada seorang je adik perempuan.
so the brother will protect her gila-gila..

suis syaitan ni, bila aku bagitau abangngah aku.. and orang tu memang dah tak selamat lagi. like, seriously...

thats why, aku tak suka cari gaduh dengan orang. atau selagi aku boleh sabar aku akan sabar. sebab kalau aku dicuit walau sikit, and abangngah aku tau, memang kenalah orang tu.
and kalau dah sampai aku nangis gila-gila macam bebudak... mungkin orang tu k.o.. err.. taklah sampai abangngah aku bunuh orang.. tapi.. boleh sampai masuk icu jugaklah..

thats why, kalau ada orang buli aku ke, or buat aku ke..selagi aku boleh tahan.. aku akan tahan je lah. tapi, kalau aku dah tak boleh tahan, memang aku cakap je kat abangngah aku. 
so abangngah akan settlekan orang tu untuk aku.

tapi, akibat lepas bagitau abangngah aku tu, yang aku takkan ada rasa simpati or menyesal... i mean, like orang tu cari pasal sampai over limit, and if you tak ada kaki or tangan or you lumpuh satu badan, i will not ever rasa simpati or menyesal...

thats what i mean by my metafora untuk entry tadi..muehehe..

i hope you guys tak salah faham sampai ingat i pakai benda bukan-bukan...
thats why aku tulis memang tadi, kalau nak bagi metafora gempak...wahaha..

err..tapi, i guess benda ni boleh difahami right, untuk orang yang ada abang..or untuk abang yang ada adik perempuan... 

and then metafora malaikat dengan syaitan tu actually, it is an inside joke between me and my brothers. sebab abangngah always joking, yang dia macam syaitan and aku macam malaikat. i a bit like mama, and he a lot like papa.
so.. thats why, when something bad happened to me, aku akan berfikir sepuluh kali untuk bagitau abangngah. lebih-lebih lagi kalau melibatkan orang lain. kalau abangngah mengamuk. dinding yang berpuluh tingkat pun boleh bergegar satu bangunan dengan satu tumbukan dia. 

so, peace, yo! :)

jadi, motif cerita aku untuk entry tadi dengan yang ini, ialah sila jangan buli aku..=P
got it?
haha.

p/s: seminggu yang penuh cerita... esok uncle rz akan menjalani pembedahan... i hope everything will be fine... :'(

xoxo,
Miss M~

Sunday, 22 July 2012

How's Your Ramadhan?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


sebelum nak cakap pasal ramadhan, nak update pasal duniawi jap..ops..hihi..:)
esok, insyaAllah aku akan berada di shah alam... untuk seminggu ni akan berada di shah alam dulu sebelum masuk ke rumah sewa...huhu..

Alhamdulillah, zine aku setakat ni dapat komen yang positif dari beberapa orang... huhu..thank you! :)

ada sesiapa yang nak ambil by hand zine kat shah alam? :)
and through pos pun boleh...:)

boleh dm twitter or pm facebook.
tapi lagi mudah kalau email aku terus kat iuthemagnifique@gmail.com
:)

esok insyaAllah akan menghantar penghantaran ketiga...:) insyaAllah kalau tak ada aral..:)


how's your first and second ramadhan?
ada buat check list?

oleh sebab aku tak ada printer, aku tak dapat nak print out je ramadhan check list yang dah memang ada kat internet ni.
nak buat sendiri and tulis, aku tak berkesempatan, sebab agak busy...:) huhu..

tapi, Alhamdulillah, tahun ni dapat terawih di masjid, dapat baca al-Quran, dapat dengar ceramah ilmu, dapat buat solat sunat, dapat puasa, dapat zikir...:)
korang macam mana pula?

lagi senang buat checklist, sebab kita boleh compare kan ramadhan tahun ni dengan ramadhan tahun lepas...moga amalan tahun ni lebih baik dari tahun lepas...

insyaAllah, aku akan segera untuk buat ramadhan checklist sendiri..:)

selamat beramal, ya kawan-kawan..:)

bulan ramadhan yang mulia ni, Allah dah bukakan banyak pintu pahala untuk kita..jadi kita patut ambil kesempatan ini untuk bersihkan hati dan diri...untuk perbaiki diri kita dan jangan lupa kalau ada free time dan kesempatan, kita perlu pergi majlis ilmu.. ilmu dapat, nama kita juga kan terus sampai ke langit..:)
lagipun semalam ada seorang ustaz tu cakap dalam ceramah dia, bulan ramadhan ni, amalan kita terus sampai ke Allah..jadi kita patut bersyukur, kerana Allah memberi kita peluang untuk dekat dengan Dia di bulan ramadhan..

kita patut meraikan ramadhan ni dengan sebaiknya, bukan sebab tunggu and excited nak raya, ya adik-adik..hihi..:)


peace, yo!

pesanan ini bukan untuk korang je, tapi untuk diri aku sendiri yang sering lalai ini..
jadi mari kita bersama-sama, together menjadikan ramadhan ni sebagai bulan untuk kita berlumba mendekatkan diri dengan Allah.. mana tau kita kan berjumpa di pertengahan jalan nanti..:)



ikhlas,
aku.

Friday, 20 July 2012

Hidup Dalam Keadaan Fast Pace

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


aku rasa beberapa minggu ni hidup aku berjalan dengan sangat pantas. rasa macam sekejap je masa berlalu, dan esok ramadhan telah pun menjengah...

Alhamdulillah, tadi aku baru saja buat penghantaran kedua untuk zine-zine aku..:)

dan lebih menggemparkan, bila aku rasa hidup aku ni berjalan gila cepat..








sehari sebelum ramadhan, Allah tunaikan dua-dua permintaan aku.. Alhamdulillah...
seriusly aku rasa hidup aku macam fast pace and unexpected langsung...

but like i always said,
Allah knows best, kan? :)
Allah dah aturkan semuanya mengikut kehendakNya dan kebaikan untuk aku..:)


okey untuk yang nak order zine, masih boleh order lagi...
no hal..
penghantaran aku akan confirmkan dengan korang later on, memandangkan aku dah start class next week, tapi, insyaAllah aku akan cari aku punya free time untuk hantar zine yang telah diorder, untuk setakat hari ni, semua zine yang dah diorder aku dah hantar..:)
thank you!

untuk pengomen nombor satu blog ini... dia tanya, possible tak kalau dia nak ambil by hand je..
hm..
sebenarnya sebelum dia tanya aku ni.. aku ada terfikir juga nak bagi by hand untuk sesiapa yang terdekat..
huhu..

okey macam ni..
its possible untuk sesiapa yang nak ambil by hand dengan aku, hanya di tempat-tempat tertentu yang aku senang nak pergi memandangkan aku tak reti bawak kereta... (melainkan lepas tu korang sudi nak hantar aku balik..hahaha)
and then, hostel aku nanti berdekatan dengan summit kat subang..
so, its possible untuk sesiapa yang boleh datang summit untuk beli zine by hand dengan aku..
and, maybe its possible juga sekitar shah alam but only in certain areas, tapi yang ni aku tak sure, sebab aku rasa dah start study ni, macam jarang je aku nak pergi shah alam, melainkan aku ikut kazen aku balik rumah and tidur rumah dia...
and its possible juga di klang, tapi hanya di aeon (jusco) bukit tinggi..
hanya tiga tempat itu saja yang mungkin possible..
tapi, ianya possible jika aku free sahaja..hoho...
apa-apa pun, boleh contact aku dekat facebook and twitter.. (sila rujuk side bar sebelah untuk fb and twitter)
and please, lebih senang contact dengan email sebenarnya... huhu
iuthemagnifique@gmail.com

sesiapa yang tak tahu maksud zine boleh pergi link ini, maksud zine ...
harga sebuah zine rm5 and then tambah rm1 untuk penghantaran melalui pos. aku akan bagitau details lain after korang order..:)

p/s: korang, doakan aku sihat selalu ya? aku excited nak sambung belajar ni..hihi..:)


selamat menyambut ramadhan almubarak...
moga ramadhan kali ini lebih bermakna dan dipenuhi amal soleh..:)
jangan lupa buat ramadhan check list, okey?
sebab aku juga akan buat ramadhan check list..:)

xoxo,
me.


Tuesday, 17 July 2012

[18.07.2012] Surat Untuk Mama

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


andai kata surat ini mampu diposkan ke atas sana, andai kata surat ini mampu dibaca mama.. andai kata untuk kesempatan kali ini untuk mama baca...

mama,
selamat hari lahir! happy birthday!! shen ri kuai le!!! saengril chukahae!! sanah helwah!!

mama,
kalau mama ada lagi 18 julai ni umur mama dah 52... cepatnya masa berlalu, kan? tak sangka dah enam tahun kita tak sambut bersama-sama dengan jasad mama di sini. dah enam tahun... lamanya hidup adik tanpa mama kat sini...:')

mama,
enam tahun ni, adik hidup baik-baik saja. mama jangan risau, ya? mama, untuk enam tahun ni, adik cuba untuk mengurangkan dosa adik, supaya mama tak tanggung apa-apa sakit kat sana. tapi, adik rasa, adik ni dipenuhi dosa...dan adik pun rasa adik ni macam menambah-nambahkan lagi dosa... maafkan adik ya mama kerana tak dapat jadi insan tanpa dosa... adik harap mama takkan disakiti kerana kekhilafan adik kat sini...:(

mama,
sebenarnya... adik tak berapa okey.. i mean, hidup adik baik-baik saja...tapi, entahlah.. adik kadang-kadang rasa tak okey.. sifat positif adik agak menurun sekarang ni..
adik selalu berharap adik sentiasa ada sikap positif adik. tapi, kadangkala ianya menurun juga...:(

mama nak tau tak?
masa mama mula-mula pergi dulu...
adik kata dengan diri adik sendiri, adik akan okey. adik akan okey. adik positif yang adik akan lalui semuanya dengan baik-baik saja. adik positif yang ini adalah yang terbaik... 
tapikan ma... sakit rindu ni, sangat sakit ya, ma? adik rindu sangat dengan mama, sampai sakit dia adik tak tahu nak gambarkan macam mana...
adik rindu sangat dengan mama...

dulu kan ma, adik selalu rasa its okay, mama tak ada.. adik akan hadapi semuanya dengan okay juga. sebab Nabi Muhammad lagi kasihan, dia hilang ummi dia sejak umur 6 tahun... 
atleast, adik ada mama untuk 15 tahun...
tapikan mama.. adik tak sekuat nabi... 

rindu adik pada mama, kadang-kadang adik rasa nak cepat-cepat menyusul mama kat sana. tapi, adik lupa, dosa adik banyak sangat...entah-entah nanti, mama kat syurga, adik dekat neraka, lagi harukan ma?
adik naklah mati dalam iman and then jadi ahli syurga...

sikap positif adik menurun, sebab lebih lama adik hidup, adik sangat-sangat memerlukan mama di sisi adik.. baru adik tahu, walau orang lain yang juga yatim piatu tu, memang betul susah hidup tak ada mak ayah... baru adik tahu, adik sebenarnya memang sukar untuk hidup tanpa mama... 

mama,
adik kat sini masih lagi boleh tersenyum dan tertawa macam biasa.. adik tak selalu nangis dah.. mungkin air mata adik dah kering kot.
mama, cuma adik rasa adik ni memang hati batu, keras kepala, and tak ada hati pun ya jugak..entahlah.. 

mama,
mama hidup baik-baik je kan kat sana? :)

mama,
adik tak taulah hidup adik sekarang ni boleh dibanggakan atau tidak.. kalau ikut piawaian adik, hidup adik ni tak ada apa yang boleh dibanggakan.. atau boleh buat mama lega... 
adik tak reti cari duit macam mama, adik tak dapat tunaikan untuk beli rumah sendiri untuk mak dengan ayah, adik tak boleh jaga diri sendiri, adik tak dapat buat tu tak dapat buat ni...
adik ni macam useless je lah ma... :(

mama,
tapikan mama... adik masih boleh handle masalah adik sendiri macam selalu. Alhamdulillah, Allah sentiasa tolong adik untuk selesaikan masalah adik sendiri.. 
and bila diorang-diorang ada masalah, diorang-diorang masih cari adik... atleast, adik tau, adik boleh membantu diorang, kalau tak dapat bantu apa pun, atleast, adik boleh tolong dengar masalah-masalah diorang-diorang supaya mereka lega, kan ma?

mama,
adik nak dengar suara mama.. adik nak peluk mama.. :(

mama,
terima kasih sebab jadi ibu yang terbaik untuk adik.. adik minta maaf sebab tak dapat jadi anak yang terbaik untuk mama...

mama,
bestnya kalau mama ada kat sini... bestnya kalau adik ada mama lagi..
tapi, ini yang terbaik kan ma?
mama pergi dulu, pasti ada hikmah kan ma?
adik rasa adik tau dah hikmah dia....:)

mama,
adik kat sini baik-baik saja.. sebenarnya tak ada apa yang mama perlu risau.. adik saja nak manja lebih tulis surat ngada-ngada macam ni nak suruh mama bagi attention kat adik...
kalau mama dapat bagi attention kat adik...

mama jangan risau ya? adik masih lagi the super adik yang boleh settlekan masalah sendiri. yang selalu boleh berdiri di atas kaki sendiri walau dugaan datang bertimpa-timpa.. adik kan kuat? :)
jadi, mama kena hidup tenang-tenang dan baik-baik disana, ya? adik akan selalu doakan yang terbaik untuk mama..:)

mama,
malam ni nak mimpi mama boleh?
:)


lots of love,
adik ~

Monday, 16 July 2012

Quote #1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Peenyayang












p/s: penghantaran zine, insyaAllah akan dibuat esok...:)


xoxo,
Miss M

Thursday, 12 July 2012

Maybe It Is Something Personal...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


kak liya tanya apa kah ada dalam kandungan zine life aint a fairytale itu...

soalan yang bagus..:) teehee~

tapi, sebelum aku jawab soalan tu, meh aku cerita macam mana aku boleh tetiba terus keluarkan zine je. suka-suka-berani-gila buat zine, padahal aku tak tau pun siapa yang akan beli atau adakah yang ingin membaca karya picisan aku tu...

sebenarnya kan, first sekali, masa aku buat zine, memang sangat random. aku siapkan pun cepat je.
sebenarnya aku memang ada rancang nak buat zine lama dah, tapi aku tak yakin sebab sorang... sebenarnya aku nak ajak sesapa join aku menulis. tapi last2 aku tak tau nak ajak siapa. and then niat nak buat zine tu terpendam je.

tapi, sebenarnya sebulan lebih ni, hidup aku sangat hectic. sangat penat. sangat penuh dugaan. sampai otak aku jadi blurr. blank. dan stress yang amat.

untuk mengalihkan rasa stress dan sakit aku, aku menulis, menulis dan menulis. sampai aku sendiri tak tau apa yang aku tulis. 
dari puisi, dari luahan, dari kispen, dari kisah ke kisah....

jadi tuptup, aku tengok dah  80++ tulisan, alang-alang gitu, moh ler aku buat zine aje. suka suki. 
aku nekad dah buat zine. walau aku tak confident.

cover tu pun, aku buat beberapa.. masa buat cover tu, and terutama yang cover secara rasmi menjadi zine aku, aku macam entah, memang meluahkan rasa..

kandungan dalam zine, 
seperti biasa.
it always personal..
entah.
mungkin orang akan kata aku ni ngada-ngada, cerita pasal personal.
entah. 
dah tu pengalaman yang aku ada.
entah.
rasa sakitnya ada sampai sekarang.
entah.
masa aku menulis tu, aku lebih banyak luah dan tulis. luah dan tulis. luah dan tulis.

even, masa aku membusykan diri tulis dan tulis dan tulis, atleast aku mengalihkan sedikit rasa 'sakit' dan stress aku.
no one understand. no one knows.
but i need to survive. i just need to 'run away'...

ya, zine ini adalah mengenai seorang gadis...
seorang gadis yang...entah lah...
aku pun tak tau nak describe macam mana... :)




p/s: kepada beberapa orang yang telah transfer dan bank in, thank you so much... aku akan hantar pada hari selasa minggu hadapan..:) sekarang ni aku tengah kumpul order.. and aku dah pun mula masukkan pesanan ke dalam sampul surat..:)

p/s: nak order? emelkan ke iuthemagnifique@gmail.com
siapa yang malas nak emel, boleh pm dekat fb dan juga dm dekat twitter, okey? :)


thank you so much, yea? sebab sentiasa menyokong aku...:')
may Allah bless..:)


ikhlas,
aku.

Tuesday, 10 July 2012

My 1st Zine Dah Siap!!!! =D

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


yeay!
my first ever zine dah siap..:)

segala proses agak sukar bila aku buat sorang-sorang. 
terima kasih pada abangngah and poo yang temankan pergi printing.:)

cover tu aku buat sendiri. sebenarnya ada beberapa cover yang aku buat, and aku juga pernah bercadang nak guna doodle yang kak cp bagi ni atas cadangan ghost writer , then tadi aku pergi dan aku ada 4 cadangan untuk cover.
and the majority won, sebab diorang pilih cover sekarang ni. 
untuk cover ni, aku still guna kaedah art journaling tapi aku memang guna hitam putih je. :)

and poo telah menjadi my 1st customer untuk beli zine ni..
haha.
thank you babe, for supporting me. 
(even you never know i wrote about what, or what's my writing style haha)
:)

sebenarnya, aku cuma ada nekad nak buat tapi aku tak ada confidence in my writing skills.

aku rasa terlalu banyak kekurangan penulisan dalam zine ni. mungkin ini adalah first time aku buat. and then sorang pulak tu. sebenarnya, aku blur.
even lepas siap tadi, aku rasa macam tak nak jual je. sebab entah. aku betul-betul tak confident.
tapi, abangngah cakap,
just go with it.
jangan fikir negatif.

thank you kak hana yang banyak menolong dan bagi info pasal pencetakan zine ini.

i dont know what to expect.
but i guess i just need to try this.
i mean if i never try, aku dah memang fail sebab tak berani mencuba kan?
so, aku cuba buat zine.
cuba share penulisan aku dalam medium zine.

seriously my mind is blank now.


if you all berminat untuk membeli zine ini, do emel me, yea?









sebelum beli,
sila baca warning ini dulu.
=)





harga sebuah zine ini adalah rm5

then untuk penghantaran pulak,
harga pos biasa kena tambah rm1


untuk buat order you can email me at

iuthemagnifique@gmail.com

nanti aku bagi details lain.


tapi, penghantaran cuma akan start dihantar pada minggu hadapan. dan penghantaran hanya akan dibuat pada hari selasa/khamis sahaja...:)

thank you!

p/s: untuk mengetahui maksud zine, sila klik sini :)


xoxo,
Miss M =)

Monday, 9 July 2012

Maksud Zine

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


oleh sebab ramai yang tanya aku maksud zine.
aku taklah tau sangat maksud zine ni, jadi aku bagi jawapan dari segi pemahaman aku, ok?

zine kalau tak silap aku dia ambil dari perkataan fanzine dan juga magazine.
dan majoriti pengeluaran zine ini adalah self-publish. maknanya kita publish sendiri zine yang telah kita buat. senang cerita zine ni adalah sesuatu karya indie la. underground.
macam kita ada muzik indie kan? band-band juga penyanyi-penyanyi indie kan?
so, zine ni adalah seperti karya buku indie, oleh penulis-penulis indie.

apa kandungan dalam zine?
okey, yang pasti, novel bukan kandungan dalam zine sebab kalau novel tu dia dah jadi buku dan berat.
zine ni dia lebih ringan, macam magazine, tapi dia lebih ringan and simple dari magazine. tapi, boleh jadi juga emosi dia berat sebab selalunya zine ni something personal. boleh jadi juga zine sesuatu yang sinikal sebab ianya adalah pandangan peribadi seseorang penulis.

zine ni boleh dimuatkan, puisi, kispen, cerpen, komik, gambar atau apa sahaja yang kita sendiri buat.
boleh ditulis tangan, boleh komputer printing atau taip dengan mesin taip yang dulu-dulu tu.



er, aku harap pengetahuan aku yang tidak banyak mana ni dapat membantu korang memahami maksud zine.


xoxo,
aku.

Saturday, 7 July 2012

Cover Zine - Aku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



sebenarnya aku tengah try nak buat satu zine. malam tadi aku baru je lepas buat cover dia. 

sebenarnya isi dalam dia dah 80% siap.
cuma aku nak buat editing and mungkin nak tambah lagi atau tukar lagi 2, 3 isi.
tajuk zine ni aku bagi nama, Aku.

dan oleh sebab ini adalah zine, dan aku boleh sesuka hati nak buat apa dengan isi dalam dia. so, aku bercadang untuk tulis beberapa zine pakai tangan, supaya ianya lebih 'aku' dalam zine ni. jadi, orang boleh tahu betapa buruknya tulisan aku, budak tadika punya tulisan lagi cantik (ini serius). 

dan untuk cover dia aku menggunakan teknik art journal. jadi ya, cover dia aku buat sendiri pakai tangan, tak ada unsur-unsur photoshop, jadi sebab itu cover dia buruk je sebenarnya.
oleh sebab kalau nak buat cover berwarna-warni akan mempunyai kos yang tinggi dalam pencetakan mahupun photostat, jadi cover dia pun aku try buat hitam putih, tapi end up jadi warna kelabu..  
-_-'



~~tadaaa~~





korang, aku serius nak jual ni. er, korang ada rasa nak beli ke? (berangan nak jual, padahal tak siap lagi pun -_-')
hihi. >,<

xoxo,
Miss M.

Wednesday, 4 July 2012

One Day

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



One day a mother died.
And on that clear, cold morning,
in the warmth of her bedroom,
the daughter was struck with
the pain of learning that sometimes
there isn’t any more.
No more hugs, no more lucky moments to celebrate together,
no more phone calls just to chat, no more “just one minute.”
Sometimes, what we care about the most goes away,
never to return before we can say good-bye, say “I Love You.”
So while we have it … it’s best we love it .
And care for it and fix it when it’s broken
and take good care of it when it’s sick.

- author unknown

anda, anda, dan anda yang masih punyai ibu... hargai mereka dan gembirakan hati mereka...
anda, anda, dan anda yang tidak punyai ibu... jika buat apa-apa amalan, jangan lupa niatkan untuk ibu anda sekali...:)





xoxo,
me.


Tuesday, 3 July 2012

Art Journal Page (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


trying my best to improve my art journal page...


so this is the new art journal page that i've made...

not really good, but so far, this is quite simple and nicer than before... 

gambar perempuan tu aku ambil dari kalender seventeen tahun 2011...
yang ni background dia, aku tulis journal, then i gesso it.
lepas gesso, aku guna acrylic paint. acrylic paint yang warna biru tu.
yang butterfly tu, is stamp that i made it myself.
er, not really made it myself.
tapi, aku ada art puncher gambar butterfly, so aku punch banyak2, then aku lekat supaya dia jadi tebal untuk dijadikan stamp.
and dakwat untuk butterfly stamp tu aku just guna watercolor warna hitam..




xoxo,
Miss M~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...