Miss Magnifique!!

Monday, 31 December 2012

Tahu Tak.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





malam tarikh 30hb December 2009,
dapat panggilan dari someone,
mengatakan 'dia' dah nazak.


and you'll never understand how i felt that night.
only Allah knows.












and here i am.
still writing the history.
ah.
should not write it anymore, kan?
but i cant help it.

1st January is just around the corner.

*sigh*












zehan ilyana

Saturday, 29 December 2012

Review: The Face Shop Herbday Cleansing Foam (aloe, mungbean and lemon)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



first time aku pakai the face shop herbday cleansing foam ni,
aku pakai aloe.

*gambar dari google*

sesuai untuk aku. 
pakai yang aloe ni memang best. rasa lembut je muka.
lagipun yang ni memang untuk hydration.


lepas habis, aku pergi faceshop nak beli lagi, tapi dah habis stok.
oleh sebab masa tu muka aku ada jerawat, aku pakai beli yang mung bean punya.

*amik dari google jugak*

hurm.
yang ni memang tak best.
sebab pakai pencuci muka ni, muka aku rasa kering.
tak sesuai dengan kulit muka aku.
jadi aku tukar lagi. :p

sekarang ni aku pakai yang lemon pula. :p 
aku beli yang ni, sebab yang aloe tu habis stok jugak.
hamboi, ramainya pakai yang aloe.


*tetap amik dari pakcik google* :p

dan.
ini adalah yang terbest aku pakai antara tigatiga ni.
lebih best dari aloe.
kira yang terbaiklah.
dia untuk brightening sebenarnya.
bagi aku okay je.
dan lepas pakai kulit tak kering, lembut and nampak best je..
aunty aku pun suka pakai pencuci muka ni.
:)


mungkin aku akan terus stick dengan the face shop herbday lemon ni.:)
harga dia rm19.90 
aku dah pakai sejak bulan puasa haritu, masih ada lagi setengah sampai sekarang ni.
jadi, agak berbaloi lah..
teehee~





zehan ilyana

Friday, 28 December 2012

Hai, Nama Saya...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



hai,
makin lama guna nama samaran.
dah rasa tak best.
rasa nak guna nama sendiri.
tapi, masih rasa macam takut-takut nak guna nama sendiri.

rasa macam tak best,
bila orang kenal kita.
rasa macam tak best,
bila orang tau kita.

tapi, tapi, tapi...
entah kenapa rasa macam kat sini,
nak jujur jadi diri sendiri.

sebab macam tak best bila orang tanya,
nak panggil nama apa.
kita kat sini dah blurr nak suruh orang panggil apa.
suruh panggil M,
semua nak tau nama betul.
suruh panggil iu,
orang kata,
perasannya nak jadi penyanyi korea
hahahaha.


hm..
kita sebenarnya dah lama gak fikir tentang nak guna nama betul ni.

nanti kalau kita rasa guna nama betul ni adalah kesilapan.
kita delete jelah segala blog, fb dan twitter bagai ni.
hahahaha.

hai,
nama saya zehan ilyana.
(nama yang tak ikut susunan. kalau nak tau nama dengan susunan betul terbalikkan je nama tu okeh? terima kasih..:p)

sebab?
kita ada fatin liyana, blogger terkenal
kita ada maria elena, vlogger terkenal

dan lepas ni,
bolehlah pula,
kita ada zehan ilyana, writer terkenal mungkin?

na, na, na je kat hujung dia.
hamik kau.


kahkahkah.
banyak songeh betul aku ni. -_-'

lagipun at least,
dengan menerbalikkan nama tu,
kiranya macam membezakan antara dunia realiti aku.
dengan dunia alam maya aku.
orangnya serupa saja.
:p

kita tahu, guna nama betul banyak risiko yang kita kena tanggung.
termasuklah tak boleh nak cerita personal sangat dah.
sebab kena fikir banyak pihak sebelum menulis.

tapi, at least, kita hidup dengan nama sendiri.
kan kan kan?
cuma nak rasa bebas.
:p

-__-'

alah, apa ada pada nama?
tengok ejaan kat nama aku, satu pun takdak huruf m.
jangan marah ya.,:p
even nur pun takde huruf m.
(nama aku kan ada tiga)

ada gak terasa nak letak nama zehan kaya tadi.
kot-kot boleh tackle jehan miskin kaannnn..
tapi, nanti orang kata, sarkastik sangat pulak.,.
hahahahaha
okeh okeh okeh..
:p


nak aku letak gambar?
jangan woih.
nanti penuh blog aku dengan gambar posing tak sedar diri.
buat hangpa meluat je tengok gambar aku.
kahkahkah.



yang benar,
zehan ilyana

(jangan risau dua-dua nama saya)

Wednesday, 26 December 2012

Aku Hanyalah Aku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



aku suka duduk sendiri
kerana tika itu aku boleh kosongkan diri
kadangkala aku hanya ingin pergi
kerana semua ini menyeksa diri

kau tak akan faham
kerana kau bukan aku
dan kau pasti tergamam
jika kau berada di tempat aku

tika kau belajar erti gembira dan tawa
aku belajar erti tangisan dan duka
tika kau boleh jawab pertanyaan bodoh
aku disini bertemu persoalan dalam jawapan

tika kau berdiri megah dan gagah
aku menunduk tanpa keyakinan diri
kerana kau rasa kau benar tanpa salah
manakala aku tidak pernah mengerti

aku bukan melihat satu dunia
tapi aku melihat dua
aku bukan hanya memahami satu rasa
namun aku merasai keduanya 

aku melalui pelbagai fasa
dan masih melalui fasa-fasa baru
kadang terkurung dalam fasa sama yang keliru
kadang berlari bebas mengejar angin

dan,
aku hanyalah aku.
bukan kamu.
bukan kamu.
bukan kamu.

aku hanyalah aku.
dan akan terus menjadi aku.






IU

Sunday, 23 December 2012

Tapi, tapi, tapi...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang






hari-hari membaca...
segala macam jenis buku dan segala bahan yang boleh dibaca...
dari novel, motivasi, sejarah, blog kepada buku-buku ilmiah...


tapi, tapi, tapi...

hari-hari ke baca al-Quran dan juga terjemahan?


PANG!!!
*lempang diri sendiri*

sakit?
sebab jarangkan?
asyik sibuk dengan bahan bacaan lain sampai lupa bahan bacaan utama.



#peringatan untuk diri sendiri yang alpa.



tazkirah untuk post ini ialah, jom baca al-Quran dan terjemahannya...
^_^

xoxo,
Miss M.

Friday, 21 December 2012

~21.12.2012~ eh, ada lagi?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




pada yang semua dok bising-bising hari ni 
hari kiamatlah.
kalendar mayan dah berakhirlah.
kita semua matilah.



eh, hai!
ada lagi!
muehehehe..

sesungguhnya hari kiamat tu rahsia Allah okeh.
tak payah nak tunggu 21.12 ni baru nak taubatlah nak apalah.

mati tu memang depan mata kita je.
kita harus sentiasa bersedia...




peace yo!

Miss M.

Tuesday, 18 December 2012

....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




crying silently.






i know i'm difficult.

i know they hate my personality.

i know its hard for everyone to love me for who i am.

but this is just me...






the broken me.













me

Friday, 14 December 2012

~1/2/34~ (saja nak poyos dengan tarikh ini, sekian)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



tak, saya tak rasa diri saya ni sangat matang
bila saya buat keputusan untuk unpublish balik cerita-cerita lama.
cerita-cerita yang mengaibkan.
yang pada masa itu, saya hanya fikir
untuk meluahkan.
hanya untuk meluahkan....
sebab dah bertahun tahun pendam...
tak pernah bercerita dengan orang...

saya buat keputusan untuk unpublish balik semua kisah trauma yang saya alami tu,
sebab saya rasa...
saya dah boleh terima semuanya.
saya redha...

saya tahu setiap apa yang terjadi dalam hidup saya, 
saya belajar perkara yang sangat berharga.
dan tanpa saya sedar, saya harus berterima kasih kepada orang yang buat saya alami trauma itu.
dulu saya terlalu rabak, untuk mengakui yang semua ni adalah satu pelajaran berharga buat saya.
sebab pada masa itu,
saya hanya ingin menyalahkan semua orang yang buat saya rasa lost. yang buat saya rasa pedih. yang buat saya rasa seperti sampah. yang buat saya rasa kosong kerana ketidaklengkapan ini.

jadi, kerana saya tak boleh memberontak dan harus menjadi seorang yang baik.
saya hanya boleh memberontak di alam maya.
menceritakan ketidak adilan yang saya alami. meceritakan kepahitan yang saya lalui. menceritakan segala benda yang buat saya rabak.
pada masa itu, saya hanya ingin mencari medium untuk melepaskan rasa.
tapi dalam pada masa yang sama, saya tidak ingin orang mengenali saya.
kerana jika orang yang mengenali saya membaca kisah-kisah itu, mereka juga akan terluka.
dan saya tidak mahu melukakan hati sesiapa.
saya hanya ingin melepaskan amarah yang saya pendam.
hanya ingin meluahkan sesak yang menghimpit dada.

tapi, sekarang saya sudah boleh berfikir dengan clear.
saya tahu bila saya menceritakan itu semua, ianya akan backfire dekat saya semula.
dan saya tidak akan tenang, kerana orang itu adalah orang telah Allah pilih untuk menyebabkan saya lahir ke dunia.

saya cuma ingin hidup dengan tenang.
sebab walau macam mana pun, saya terpaksa mengakui yang saya sayang papa saya.
buruk mana pun dia, apa saja yang dia pernah buat pada kami, dia telah mengajar kami pengalaman berharga.
yang tidak mungkin saya dapat belajar dari orang lain.
mungkin rasa sayang itu kurang, tapi saya perlu juga akui yang dia papa saya.
yang dia adalah sebahagian dari hidup saya.
yang saya tak boleh lari dari bayang-bayang dia.

yang tentang dolphin tu pula,
saya dah buat keputusan untuk lepaskan pergi.
sebab itukan hanya mimpi.
entah sampai bilalah saya nak hidup dengan mimpi.
saya kan di sini, yang dikatakan realiti.
jadi, selepas 3 tahun 3 bulan, saya lepaskan pergi.

tapi, kisah-kisah saya dengan mama.
saya masih lagi publish. cuma yang ada kaitan dengan papa saja yang saya unpublish.
dan semua kisah-kisah yang saya rasa tidak lagi saya ingin orang baca, saya unpublish saja..
hehe.



skema nya saya apabila bersaya-saya dengan korang...
kehkehkeh...

hello~
no matter what...
aku masih Miss M, okeh?
yang malas, yang misteri, yang monalisa, yang maid...
kehkehkeh...

er...
tak payah terlopong sangat membaca entry ini..
apa-apa pun..
hidup mesti ceria..
kehkehkeh...

nampak tak aku ni ceria?
nampak tak?
nampak tak?
aku sekeh sapa yang kata tak nampak tuh.
lalala~

macam-macam cerita oo aku nak cerita..
nantilah kalau aku rajin aku cerita...hihi...



daaa~
Miss M~

Wednesday, 12 December 2012

~12/12/12~ 3 tahun 3 bulan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




saya rasa, cukuplah sampai sini.
saya unpublish balik semua tentang dolphin.
saya unpublish balik semua tentang papa.
saya unpublish balik semua yang saya rasa tidak lagi patut dibaca oleh orang ramai.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
saya mulakan hidup baru.
saya bebas dan tiada lagi rasa bagai dirantai.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
3 tahun 3 bulan tu, bagi saya lama.
sebab saya masih muda.
saya tak suka benda yang tak pasti.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
sebab saya bukan penunggu tegar.
ataupun lebih tepat sebenarnya, saya yang tak tahu di mana mula.
cuma saya rasa, saya boleh buat penamatnya.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
semoga takkan berulang lagi semua ini.
saya akan cari kehidupan saya sendiri.
jauh dari bayang-bayang tidak kepastian.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
saya dah sedar diri.
dan saya bukan pemimpi yang leka.

saya rasa, cukuplah sampai sini.
cuma untuk tahun ketiga ni.
juga hari terakhir ni.

saya nak ucapkan,
happy birthday.
may Allah bless you.
and thank you for the journey.
and thank you so much for the experiences.


saya rasa, cukuplah sampai sini.
sebab awak tak wujud.
dan awak bukan realiti.
selama ini saya menyorok di balik bayang-bayang hitam.




...
me.

Monday, 10 December 2012

...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




even i'm smiling and laughing cheerfully,
you'll never know what goes deep inside.




me.

Saturday, 1 December 2012

wordless words again

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





i'm counting days.

sometimes i really hate myself.

move on.










me.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...