Miss Magnifique!!

Tuesday, 31 December 2013

my 'if' wish #1


I know life is so short.

And if I could wish.. I wish I could sing Halo by beyonce to that special someone that I pun tak tau siapa. Haha. The person is so faceless, nameless and anonymous.
But I do hope this description person in halo lyric does exist for me. (Maigad!)

I guess this side of me keep wanting to crawling out.

But Halo song is a fairytale wish.
I should erase it out.
But a girl who doesn't live forever pun still gets to make some wish right? (Who live forever anyway? Except for The One)

This 'if' wish is getting ridiculous y'know?

Funny. I made a fool of myself.

Monday, 23 December 2013

the girl who throws a shit







































That's me.
I throw a shit and leave.

Nice one.

My time is running out and aku sempat lagi buat masalah.

I guess I just want people to hate me.

Thursday, 12 December 2013

Britney Spears - Perfume (new song from Britney Jean album)

Peh tetiba nak blogging pasal britney spears pulak dah. -___-'

Nope, aku bukan peminat britney spears.
Tapi selalu gak layan lagu dia.
Hakhakhak.

Mula-mula masa lagu perfume ni keluar dan aku baca lirik dia aku tak berkenan pun nak dengar ke apa. Sebab lirik dia macam tak ada kena mengena dengan aku.
(Yes, benda first aku kalau dengar lagu based on lirik yang aku baca dulu. tapi kalau aku memang suka penyanyi tu atau rentak dan melodi dia memang best aaaa tu lain cerita memang aku layan je)
So masa tu aku tak lah dengar lagu dia kat youtube kan.

Tapi pagi tadi tah cemana boleh terbaca video perfuma ni dah keluar.
Jadi, aku pi la saja tengok youtube lagu britnry spears ni.

Dannnnn. Aku sukaaaa suara diaaaaaa.
Yess. Suara dia husky dan dia guna suara yang memang suara dia.
Er.. maksud aku sebelum ni pun dia guna suara dia juga cuma tak sama kalau dia nyanyi live.

So lagu perfume ni, memanglah ada edit. Tapi suara dia bukan la suara yg macam korang dengar dekat lagu2 popular and dance dia macam opps I did again ke, I'm not a girl not yet a woman ke.

Tak kisahlah yang penting aku terjebak dengar lagu ni sebab suka suara dia dalam ni. K.


Astagaaaa..


Aku update pakai fon je ni. Tak dapat nak share video youtube. Pandai lah korang cari sendiri.

















Happy Birthday, Dolphin.




Tuesday, 10 December 2013

Skinfood Black Egg Pore Serum Review






Aku beli serum ni tahun lepas. Dah habis dah pun pakainya bulan lepas. Ya tahan setahun sebab aku pakai waktu pagi je dan kadang2 kalau malas memang tak pakai pun. K.

Apa yang aku boleh cakap, serum ni light texture, non oily, and pakai dekat bahagian yang pore sahaja.

Result?
Em em.. adalah nampak sikitttt je perubahan tapi tak instant la. After 3 months i guess?

Tapi not really great. But still worth to try sebab packaging dia comelll. Hahaha.

Bau dia, just a mild scent. Tapi tak tau nak describe macam mana.

Repurchase: maybe nope (sebab better try lain?)

Rating: 3/5




P/s: gambar dari pakcik google.

Monday, 9 December 2013

If I Have A Family On My Own -part 2-

I don't even know when I started to have this daydream. Dreams to build and have a family on my own. But it's getting stronger every day. The vision makin lama makin clear.

I have the vision of laughters, tears and happiness. My dream family might dilanda guruh someday. But still I believe I and my future own family will get through any obstacles.

So, the second thing is, breakfast.
Yes! It's breakfast!
I just imagined myself, after solat subuh, wondering nak sediakan sarapan apa for my husband and kids.

I don't have many cooking skill. But still, I want to do something walaupun hanya buat roti bakar dan tuang orange juice dari kotak.
Atau sediakan cereal dengan susu. Ataupun nasi goreng.

Yes, I want to be a fulltime housewife and a part-time writer. (I still have my biggest passion in writing)

I don't remember the last time I ate breakfast with mama and brothers. Together. Tak ingat. Maybe pagi raya 2006? When I was just 15?
Our breakfast was my aunt's homemade juadah raya. I don't really remember.
Ah, this is sad. I don't remember what I ate on breakfast the last raya yang I sambut with my mama.
Okay, don’t panic. My memory couldn't simpan semua kenangan kan? But.. seriously. It is freaking me out. I don't remember!

Was it nasi impit and kuah kacang? Or nasi something something and lauk something something?
Allah.

Okay, I hope the last raya that I will have with my dream complete family, nak tangkap gambar with the food as well. So, that's why I nak tangkap gambar banyak2. Supaya tak lupa. Supaya.. haih. And I didn't kept any diary about that too. Pity me.

It's okay.
So, the second part is breakfast.
I still remember makan breakfast berdua with my mom bila mama had no appointments. Or selalunya kitorang makan berdua masa aku ada appointment dengan doctors.

Breakfast is important you know.
It is morning and the start of the day. And I don't want to miss it if I could have my own family.

Hi, for those yang baru baca.
Welcome to my 'if' dream entries, if I have a family on my own.
I just realized, life is short. And I just might couldn't have all these with my future family..
Or I couldn't have this kind of family because you know, I am weird and I like to push everyone away when they come near me. :3

So, I decided to share my little secret dreams. Foolish anyway.
Because I am always a girl who steps on the ground. Its kinda too girlish and foolish for me to have these kind of dream.
But, dreaming doesn't hurt, right no?

I do have a dream untuk sediakan breakfast for my husband like this. On bed.

P/s: when the last time you have a breakfast with your whole family? Maybe you can start to have breakfast with them tomorrow morning or pagi sabtu. Remember, life is short. Cherish it. :)

If I Have a Family On My Own -part 1-

I know to have my own family, to build my own family seems so impossible right now. Well, for those yang setia membaca my story in this blog since 2011 might know why it is hard for me.

But anyway, right now aku just nak jadi the ordinary girl who dream to have a family on her own. A dream yang aku rasa ramai gadis nak buat bila mereka berkeluarga nanti.
So, here I am. Talking about my 'if' dream.

The first thing I wanna do, is taking pictures. Lotsa them.
I guess for those yang baca blog ni dari awal tau kenapa aku nak ada gambar family on my own. It was my dream before it shattered into pieces.

So, if aku ada family. Ada suami, ada anak-anak, kalau boleh aku nak tangkap banyak gambar. Every moments. happy moments, sad moments, proud moments, heartbreaking moments. Just want to capture every single of it to feel our togetherness.
You know, life is so short. Kalau katakan aku mati dulu sebelum diorang, at least,  my kids have a memory about me. And for once, they knew they have that perfect family. Have that complete family pictures.

Of course to have that, I need a husband who can cooperate and not leaving me and our kids alone.

That's why it seems so impossible to have a family.  To get married.
Sebab I am difficult and different.

But seriously, if I could have my own family, I want to have a complete and happy portraits  of us. Whoever these us are. Hahaha.

I want this for my kids. I really want this for my kids.
I don't want them to be bitter in their future because there is something that they are longing for.



Nah, I know what you think.  Bila aku cakap macam ni mesti fikir aku dah ada someone. But no. Seriously. Still single, always I guess.
Who wants a trouble and difficult woman like me anyway?

I wrote this sebab.. mungkin sebab if aku dah tak ada nanti, this is something that people would know about my dream. My girlish and foolish dream

I mean some people are already know yang aku sememangnya punya impian to have a complete family portrait.
So this is just an extended version, if I can build my own family. If I can have my own family.


I will start writing these dreams in my blog. Reality is hurtful.
But at least dreaming can make us smile.
(Of course just for awhile. But its a way of escapism juga kan?)

Wanna dream with me?
Maybe you can share your dreams here. No one will know. Except us.. :') (who read of course. Hahaha)


P/s: be good to everyone. just be good. You'll be fine.

Saturday, 23 November 2013

instagram it is

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hai.
Aku macam teraddicted dengan instagram.
Hahaha..
Dari tak mau tunjuk muka.. ke muka dimana-mana.
I am so deaddd.
*sigh*

Dari nak terus kekal jadi misteri..
Kepada maybe I should just live an honest life. *gittew*

I guess life.. sometimes make us choose another way round.
I don't know what I do in this life. But sure I was just doing without thinking much.. I guess.
*sigh again*

I might take a wrong path.. wrong decision..
This might not be good for me.
But.. I guess.. I just go with it.


Before this I know what I wrote.
Sekarang ni I guess I just write everything on my head..
Which is not really good. Because I already tell people my name.. my face.
Wrong move.. I know.
But.. haih. Apa-apa jela.

Malas fikir benda yang aku dah buat.

Ain't no?

Anyway, my instagram id is zehanilyana.
Kikiki.




Xoxo,
Zehan

Thursday, 14 November 2013

Tuesday, 5 November 2013

tentang semalam yang aku rahsiakan

tentang semalam
yang tiada penjelasan
persoalan tiada jawapan
     perihal perasaan

berat untuk mengungkapkan
terlalu sulit untuk diluahkan
kerna kita tahu, hati bukan mainan
     yang mahu dipertaruhkan

seperti kebiasaan;
aku pilih diam, begitu juga kamu
kerna mengerti, 'kita' bukan ditakdirkan
tidak bisa untuk menyatu

untuk terus berpegangan erat
hingga ke hujung dunia.

Wednesday, 30 October 2013

(Travel) Beg Yang Sesuai Dan Perlu Dibawa Untuk Menunaikan Umrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Tadi, aku terbaca ada orang google search tajuk diatas dan terjumpa blog aku. hehe. Jadi, mehlah aku kongsi beg apa ang aku bawa dulu. 

1. Beg Baju

Beg Baju yang aku bawa, sederhana besar je. tak kecik dan tak besar gedabak. sebab aku ada tengok orang bawa beg baju yang  beroda tu tapi kecik je size dia. dan ada juga aku tengok orang yang bawa beg baju yang gedabak saiz dia. ngeee.
Oleh sebab aku sorang, aku bawa je beg baju sederhana, walaupun masa pergi tu memang ringan je beg aku sebab aku tak bawa banyak baju. tapi, aku tau, kat sana nanti mesti aku beli barang. nanti kalau dah beli barang tak adalah risau sangat nak letak mana, ye tak?
Oh ya, beg baju aku beroda dan boleh ditarik. serius, senang bawa yang macam ni. sebab kau sorang, tak ada siapa nak tolong kau angkat beg kau. jadi bawalah beg yang tak perlu nak diangkat sangat.

2. Beg Baju Yang Diberi Agensi

Beg yang diberi travel agensi, masa pergi tu, aku letak dalam beg besar, sebab beg besar kan tak banyak baju, jadi muat je.
Beg ni, kalau katakan kita pindah randah mana-mana, I mean dalam perjalanan kat sana nanti, boleh guna bag ni je. in case tak nak buka beg besar. And then katakan dari sana nak balik balik Malaysia nanti, kalau katakan takut beg teroverweight, kita boleh letak kurma/makanan, atau baju kotor atau apa-apalah.
aku rasa kalau ang datang suami isteri, kurma semua diorang akan masuk dalam kotak.
tapi macam aku yang pergi solo, single ni.. takkan balik nak bawa ekstra kotak pulakan? siapa nak tolong bawa nanti. aku ada dua tangan je. T_T
jadi beg ni berfungsi untuk kegunaan untuk balik nanti.
(best travel agensi ni sebab dia bagi yang boleh tarik dan beroda. phew. Alhamdulillah. senang hidup)

3. Beg Sandang Belakang

Aku memang tak bawa beg tangan. malas weh, kita kat sana bukan nak bergaya. aku bawa beg yang boleh aku isi dengan barang-barang keperluan aku yang banyak. (travel 15 hari kot) so dalam beg tu, aku letak buku aku. (padahal kat sana tak baca pun -,-') charger, telekung dan apa-apa yang tak nak masuk dalam beg baju.
(Aku pakai yang beg sekolah converse tu. senang nak bawa pi mana2. tak besar sangat pun)

4. Beg Kecil Yang Diberi Agensi

Okay beg ni aku letak buku panduan umrah, passport, duit dan dokumen perjalanan. tu je. haha.



hahaha.
apa tips la aku bagi korang ni. kakaka.


Zehan


Sunday, 1 September 2013

i might be lost, but i'm not really broken...






i might be lost,
but i'm not really broken.












how to be broken when i already shattered into pieces?









Thursday, 29 August 2013

Homemade Mask: Green Tea, Honey and Oats. (DIY)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



minum teh hijau?
TAK?
boleh start minum 1-2 cawan sehari. minumlah bagus untuk kesihatan. :)


Bahan:
2, 3 pack teh hijau (selepas minum tu kan jangan buang pack tu)
madu (secukup rasa)
oats (secukup rasa)

aku malas nak tangkap gambar.
jadi sila menggunakan imaginasi sendiri.


gambar ihsan google. dan aku memang pakai boh. sebab murah. :P


kidnap gambar dari google. pakailah honey apa2.
aku ambil dari google juga. lalala~~
Cara:

buka pack teh hijau tu dan letak dalam bekas kecil. (tak suka bau dia? kalau hari2 minum, dan hari2 bau teh hijau anda akan terbiasa dengan bau teh hijau. percayalah.)
ambil oats dalam satu genggam penuh camtu.

ni gambar sendiri occay. (gambar dari diy oatmeal mask) 
lepas tu basahkan sikit dengan air camni

biar jadi camni. (gambar sendiri juga)

lepas tu campurkan ke dalam serbuk teh hijau yg mmg dah lembap2 dengan oats ni. lepas tu letak satu atau dua (atau mungkin tiga? ikut suka dan ikut sesedap rasa hahahaha) sudu madu.

ambil dari inche google lagi hiks.

lepas tu korang gaul lah semuanya hingga sebati.

ni memang resipi aku sendiri. kakaka.. kalau korang nak idea lebih korang pi google website lain.

aku campurkan ketiga-tiga ni untuk buat mask sebab tiga2 ni baik untuk kesihatan kulit, gittew.

green tea elok untuk jerawat. dan juga menyegarkan muka (serius, cuba lepas korang minum air teh hijau tu, korang ambil beg dia rendam sekejap dalam air sejuk dan letak kat muka. pehhh. refreshing wa cakap sama lu beb) lagipun green tea kan antioxidant.

madu, pun ada antioxidant. madu ni dia akan melembapkan kulit, menganjalkan kulit dan blablabla (sila google sendiri, aku malas explain. lalalala)

oats. maigad.. you know how i likeee oats for skin right? boleh baca sini oatmeal mask diy + review 
serius, oats sangat murah dan mudah dan sangat bagus untuk kulit.
teehee~

Cara Pakai:
seperti biasa, aku suka jadikan scrub dulu, sebab ada dedaun teh hijau dan oat tu, jadi aku scrub sikit kat muka, tanpa bilas, aku letak selebihnya untuk jadi mask.
dan oleh sebab kita letak madu. korang akan rasa skin tightening.
biarkan lah selama 20 minit atau lebih atau sampai korang rasa benda tu dah kering.
then basuh macam biasa.


review aku untuk resepi sendiri,
lepas pakai, muka rasa fresh dan lembut dan agak berseri. gittew.
hahahaha.

hamboi sangat aku ni.


okay selamat mencuba!

Tuesday, 13 August 2013

manusia asing

manusia asing;
puisimu halus berbicara
hingga diri tertanya-tanya
benar ia untuk aku?

manusia asing;
mari sini
kita mula dengan mengenali hati
jangan biar aku
    dalam kegelapan pertanyaan.

satu persatu pergi
    satu persatu mari
ayuh,
kita mulakan langkah sekali lagi
mengenali sesuatu yang asing.

manusia
           asing,
sudi?





Zehan

Wednesday, 31 July 2013

tidak pernah layak buat laki-laki sepertimu

melihat langit tanpa bianglala
   menunggu hujan dari awan
rindu ini mematikan jiwa
   perit yang tiada penjelasan

aku pernah mengira 
hari, 
   minit  
      dan saat,
tertanya bila akan dengar khabar darimu?

berikrar pada diri ingin melupakanmu,
aku pujuk hati,
"aku ini tidak layak buat laki-laki sepertimu"
dan
"aku ini tidak pernah layak untuk mana-mana lelaki pun"

mengukir senyuman pada cermin
mengatakan semuanya akan baik-baik sahaja
apabila kepala di bantal
di bilik yang gelap
sakit itu datang lagi
dan bagai sengaja menambah perit
aku tidak mengizinkan air mata
untuk jatuh membasahi bumi
kerana aku hanya ingin
mematikan jiwa yang suka bermain rasa.



zehan.

Thursday, 18 July 2013

18 Julai....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



suatu tika dahulu
satu tarikh yang amat bermakna
yang menggembirakan
yang dirai

suatu tika dahulu
dengan senyuman
dengan sebiji kek
dengan lilin menyala

suatu tika dahulu
dalam bilik kecil
kepala di peha
berkongsi cerita

suatu tika dahulu
tika kau masih ada
ketawa riang
menerima hadiah 



tika ini
     sendiri
menahan pedih untuk melalui tarikh ini
tanpa lesung pipit dari kamu

tika ini
    sendiri
mengulang kembali memori kita bersama
di hari lahirmu




selamat hari lahir, mama. 




adik.

Tuesday, 16 July 2013

Buat Semua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



moga ramadan kali ini memberi seribu makna.
memberi seribu ketabahan.
memberi kekuatan yang tak terhingga.

buat semua hati-hati rapuh.
buat semua yang mencari sang hakiki.
buat semua yang berjuang untuk hidup.





zehan

Friday, 21 June 2013

Here's To Never Growing Up - Avril Lavigne

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


here's to never growing up.
hewhewhew

i dont want to grow up.

kalau boleh nak stay jadi baby forever.
#eh

hahaha



one of my favourite song right now.

zehan/

Friday, 7 June 2013

This anonymous...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


I had this anonymous commented on my blog said
"Hidup dlm kemewahan tapi xabes2 nak cerita pasal kesusahan hidup..ramai lagila manusia yg susah...xde pon sepanjang masa nak mengeluh mcm kau.. belajarla bersyukur"

bwahahahaha.

eventhough you know me from my stories. you never know the full stories. because i choose what i wanted to tell and what i wanted to keep.

hidup dalam kemewahan?
please. jangan tertipu dengan mata. i know this better than anyone else.
sederhana yes, but never mewah. (mewah tu lainlah kalau aku pakai gucci ke, lv ke, pakai kasut jimmy choo ke, ini, bag coach pun aku tak mampu la dey kakaka btw, sekarang dalam purse aku ada seringgit dan berapa puluh sen je. dan aku sekarang teringin nak makan macam2... Allah.)
opss. nah see, i couldnt stop mengeluh and telling everybody my condition. bwahahaha.

sepanjang masa bukan maksudnya 24 jam ke?(rasanya aku taklah 24 jam setiap saat setiap minit, kan? choose your words wisely than. more realistic maybe?) tak nak baca cerita aku tutup lah weyh.
sibuk baca nak tau apsal?
dahlah pakai anonymous. pengecut.

thanks untuk nasihat belajarlah bersyukur btw. appreciate much. will do much, insyaAllah. orang dah nasihatkan. yang baik kena dengar.

kadang2 orang menulis sebab dia cuma nak menulis dan luah. tapi kalau itupun satu kesalahan dalam kehidupan, aku nak cakap apa?
nak suruh aku tulis cerita gembira, aku tak reti.
nak suruh aku tulis cerita cinta, aku tak ada pengalaman.
nak suruh aku tulis cerita orang lain, manusia ni complicated, kadang kita nampak dia happy tak semestinya dia happy. dan nanti tak pasal2 aku tersalah interpret.
nak suruh tulis imaginasi, karang orang kata aku terlalu cliche, kejap, aku tak banyak imaginasi pun sebenarnya. bwahahaha.

pergh.
maknanya aku dah tak payah menulis lah ni?

you know, eventhough you think you know everything, but sometimes you just never know.
there are a lot of people mending their selves through their wrting terutama orang yang macam aku ni, yang masa hanya habis di rumah. ha, mesti nak cakap spoil brat kan? bwahaha, again, you never know the story behind it. because you pun sama je dont care to asked why?
well typical of a judgemental person.

sometimes rather than being judgemental, why not try to be understanding, and accept people as who they are?
well, aku taklah selalu macam tu nak undertand people, but i always try my best not to be judgemental towards someone's behaviour.

there are times, when you dont have to think, but feel.
aku tulis sebab aku cuma nak tulis.
mengeluh?
i try not to be mengeluh. but if people yang keep baca, think aku mengeluh, maybe aku yang tak realized benda ni. so thank you for tegur-ing me.

peace yaw.

zehan.

Thursday, 6 June 2013

Dumbstruck

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



i was so dumbstruck.


right now, i couldn't think of anything.

it is so suffocating, till i feel i couldn't breathe anymore.

but i know, i will survive this obstacle again.

life knocked me down so many times, and right now life knocks me down to the very bottom of the earth.

i had a doubt that i can survive this time,
but you know, damaged people are dangerous,
because they know they can survive.
so i am.
i am one of those damaged people.
and i know i can survive.
i just need a time, to clear my mind and to think carefully what i should do and to let myself out from this misery.


maybe you can pray for me?
and for those who always pray for my goodness.
thank you very much.
we don't know each other,
yet all of you are still praying for my happiness.
thank you.

don't worry,
i will survive this life no matter what.
i will fight every obstacles till my last breathe.


and yeah, when those thing happened, i was so dumbstruck. i was so surprised till there's no emotion came onto my mind and heart.
and the word 'dumbstruck' just came into my mind after the moment i was unable to speak, to think, to cry, to laugh for my unfortunate life, because i was so damn surprised with everything that happened.
right now, i am zero in everything.

but i will survive and live anyway.

zehan.

Tuesday, 4 June 2013

Review: Skinfood Gold Kiwi Clearing Toner

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




aku beli ni lama dah. aku rasa lepas balik bandung tahun lepas kot.
which dah setahun pun clearing toner ni.
bwahahaha.

lama sebab aku jarang pakai sebab dia bukan toner biasa. dia clearing toner yang pakai once a week atau twice a week.
kadang-kadang aku buat jadi make up remover.

aku suka juga pakai benda ni, sebab katakanlah kalau korang dah lama tak scrub muka ke apa ke. bila korang pakai mende alah ni, memang akan nampak kotoran keluar dekat kapas putih tu. 
dia removes kita punya dead skin cells lah.

kalau katakan muka kita bersih tak ada sel kulit mati, kapas tu jadi bersihlah. thats why clearing toner ni tak boleh pakai hari-hari

bau dia agak kuat tapi, ada bau fruity. er, tapi aku tak rasa pun bau kiwi.
bwahahaha.

lepas pakai toner ni muka memang rasa fresh dan cool. sejuk je after pakai. memang effect refresh dan cooling tu immediately lah. 

aku jadi kan makeup remover sebab aku tak ada makeup remover. hahaha.
:p
so, kira toner ni boleh jadi 2 in 1 juga lah.

oh, and lepas beberapa moment tu, memang muka rasa soft and clean lah.

nice one. :)

okay ini description yang aku copy and paste dari blog mana tah,


Description:
Hydrating and exfoliating toner that gently removes dead skin cells and impurities for a purer, clearer complexion.

pergh background dia color merah lagi. malas aku nak tukar. hahhaa.

oh, tapi harga dia agak mencekik darah jugalah. jadi, kalau repurchase tu memang tak ler.
tak kuasa.
haritu beli pun sebab orang tu recommended. and masa tu memang tengah cari something untuk kulit yang dah macam *&@$k@!@*U (sila tafsir sendiri)
hahahhaha.


saja gedik nak post benda ni.
aku stress tahap gaban ni.
aku tengahcari jalan keluar untuk hidup aku.
dan end up aku buat review.
-_-'
ada style tak?
bwahahanaha


zehan




Sunday, 26 May 2013

Baca Buku Hlovate...Dan...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Dan Maha Penyayang



aku dah beli anthem dan hlovatinta..
hlovatinta aku dah lama habiskan. dan baca hlovatinta sekejap je. tak sampai setengah jam. hewhewhew.

buku anthem ni aku tak habiskan lagi.
bukan sebab tak best.
entah kenapa aku nak save every moment untuk baca buku anthem ni. sebab aku tak tau bila hlovate nak keluar buku baru lagi.

after contengan jalanan... rasa macam nak lagi dan lagi buku hlovate.
and you know right, yang penantian adalah satu penyeksaan.

masa aku nak dapatkan buku anthem ni pun.

Allah,
dugaan, macam-macam.

mula-mula sampai orang kata stok dah habis. dan ada yang kata tunggu sekejap diorang pergi ambil stok sekejap.

phew.
but i got it anyway
Alhamdulillah
hewhewhew.

sebenarnya, rasa sayang nak baca buku anthem ni.
sebabnya, rasa macam akan berpisah. cepat sangat.

korang tau kan aku ni jenis tak suka berpisah. hehehe.

jadinya,
aku decided untuk ambil my own sweet time with this book.
memanglah seksa, sebab setiap kali baca rasa nak je habiskan.
tapi aku sabar.
displinkan diri untuk hold the precious book.

phew, 
cara aku cakap macam tengah pegang holy grail je.
hahahaha.

dan, setiap page yang aku baca.

dan, aku mula rasa nak tulis novel balik.

haritu ada tulis, dan dah kena rejected. :p

dan lepas tu aku agak down and bertukar arah kepada puisi. 
(tapi untuk puisi ni aku tak ada nak tukar arahlah sebab aku dari dulu memang minat tulis puisi, kat tanpa nama ni aku belajar banyak benda tau. benda-benda yang aku tak pernah tahu.) 

okay tapi ni pun aku dah mula busy balik.
haritu lepas novel yang dah siap tapi kena reject tu, aku ingat macam nak stop dulu nak fokus benda lain dulu.
tapi, end up aku fokus main games, upload gambar kat instagram. -_-'

jadi, ni nak fokus.
aku rasa penulisan ni pun kita kena asah juga kot.
kalau hari2 menulis, insyaAllah idea tu akan datang.

doakan aku sentiasa ada idea eh? 
hihi.

tima aceh cemua.

bubbye.


xoxo,
zehan.

Talked

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


hari ni ada kenduri tahlil my parents.
ada khemah, ada catering, ada tetamu, tak ada imam.

Allah,
dugaan sungguh.

akhirnya jadi majlis makan-makan dan birthday my cousin, iq.

tapi nasib baik juga ada abang sepupu datang (yang dulu pergi umrah sama2 dengan aku tu), dia baca tahlil and everything.
Alhamdulillah lancar.
walaupun lambat. tapi Alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan.

syukur.

hari ni ada perkara gembira, ada perkara tak.

ada perkara tak ni, memang buat aku nak nangis bergelen-gelen. aku rasa aku tak move on lagi dari benda ni. tapi tak apa. aku akan move on juga. :)

ada perkara gembira ni.
Alhamdulillah. aku dapat spent quality time dengan kak ej. kami borak sangat lama. sampai air mata yang aku tahan pun menitis. huu~

lama tak borak dengan dia. aku faham dia busy. dan kitorang dah lama tak duduk borak. kitorang kalau borak, kitorang bukan sembang biasa.

we talked about a lot of thing. about islam, about future, about hikmah, about dugaan everything that was so precious.

i loved every minute with her. 

kitorang talked about happiness.
kak ej punya happiness, "sharing with the people she love and care."
and aku end up dengan decision happiness untuk aku, "spent time together with the people i care."

we talked about surah, we talked about syeikh misyari, we talked  about what we want, we talked about a lot of things.

Alhamdulillah for the time, ya Rabb.
i'm glad i and her can had this opportunity after a long time.

and for my tanpa nama's friends, thanks for reading my babbling dekat watsep.

and for my readers, thanks for still teading this blog. although, aku dah lama tak blogging and blogwalking.
thank you sebab sudi spent time dekat sini.

harini aku belajar dari kak ej, jangan putus rasa syukur, jangan putus doa, dan insyaAllah kita akan rasa cukup dan akan dapat something yang lebih baik. 

semua punya hikmah kan? sebab kita belajar dari setiap satu apa yang terjadi pada kita. :)



zehan ilyana

Sunday, 19 May 2013

Zine Tanpa Nama Yang Sulung

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



zine tanpa nama yang first, ni cover dia,

 


comel tak?

hahaha.

semalam masa kat boco, sampai dua kali cetak. phew.
tu pun masih ada yang datang kat booth, tapi kecewa sebab tak dapat sebab dah habis. T___T

haih.
bukan korang je tak dapat, semua penulis dalam tu pun tak dapat lagi zine nya. sebab bagi korang beli dulu.
hahaha.

terus tenang dan sokong Tanpa Nama okay? :)



psst, kalau ada yang dah beli. meh lah buat review.. hehehe :p






xoxo,
zeze

Monday, 13 May 2013

Happy Mother's Day

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



i miss you, ma.
really do.

happy mother's day.



adik.

Tuesday, 7 May 2013

I'm Not Feeling Well...

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




tak sihat.
:'(





zehan

Wednesday, 1 May 2013

Rebah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Jiwa aku didera dengan memori
memori yang membunuh aku.

Hati aku ditembak dengan rasa 
rasa yang mematikan aku.

Dan aku rebah ke tanah
melihat awan yang berarak meninggalkan aku.





zehan

Tuesday, 23 April 2013

Testing

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Aku try update blog dengan fon ni....
Kakakaka 
Jakun kan? 
Orang lain dah lama update blog dengan fon...
Aku baru terhegeh-hegeh nak try for the first time...
Omg! Loser! 
Phewwww. 

Yeay! Got a new phone... Alhamdulillah... thank you Allah... :D 

And thanks to my

Sunday, 21 April 2013

Review: Hada Labo Arbutin Whitening Lotion

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



sebenarnya aku tengah boring.
aku nak update blog tapi aku tak ada idea.
jadinya, mehlah aku buat review. kakakaka.

okay kali ni meh aku cerita pasal toner yang aku pakai, walau aku rasa aku macam pernah je cite pasal ni. tapi ni kira aku buat entry khas untuk favourite product aku. ha gitu. 
nak muntah aku. padahal tak cantik pun. perasan je lebih ni nak buat review-review.
hihihi.

aku sejak dari pertengahan tahun lepas aku pakai toner yang sama iaitu Hada Labo Arbutin Whitening Lotion. 
oleh sebab aku malas tangkap gambar, aku ambik jelah gambar dari pakcik google eh?

 

dia ada tulis 3 steps of shirojyun whitening
1. deep moisturising
2. intensive repair
3. double whitening

kalau korang nak tau lotion kat sini bermaksud toner ya, kawan-kawan.
maksud shirojyun? aku tak tahu, pergi google sendiri la dey.

okay maknanya dah nak hampir setahun aku pakai toner yang sama. dan satu botol besar ni ada 170ml. kalau dengan aku memang tahan lama gila. padahal aku pakai pagi dan malam tak tinggal. ni aku baru beli botol yang kedua bulan lepas. 

okay kenapa aku suka toner ni, aku ni pun boleh tahan suka tukar produk, tapi kenapa aku decide nak stick dengan toner ini.

sebabnya mudah. aku ni pemalas.
bukan malas nak survey produk lain.
tapi..

korang tau tak kalau aku malas nak pakai krim ke serum ke. lepas cuci muka aku pakai toner ni je.
dan toner ni je pun dah cukup mampu untuk moisturize kan muka aku.
ha. gitu.
tapi, serius la weyh.
aku ni pemalas tahap cipan. jadinya aku suka benda mudah.

lagi satu toner ni korang tak payah nak pakai cotton pad sangat. aku pakai toner ni letak beberapa titis kat tapak tangan, dan letak ke muka. tap! tap!
dah! kakaka.

untuk whitening aku tak taulah kan, tapi untuk brighten skin memang okey la juga.

tapi sekarang ni aku sedang gigih untuk menjaga muka.
kakaka.
cet. korang rasa statement aku ni boleh percaya ke tidak? kakaka.

apa-apa pun toner ni memang toner favourite aku.

oh, harga dia memang mahal, aku masa nak beli toner ni, menggeletar tangan nak bayar harga toner ni. lelebih lagi aku ni sekarang memang selalu kena bajet semua benda. kakaka.
harga asal toner ni rm45.90.
ha, mahal kan? tapi boleh tahan sangat lama. aku pakai ada kot satu botol 8, 9 bulan. ni pun baru je masuk botol kedua.
dan aku memang suka beli waktu sale.
haritu aku beli waktu sale kat watson. dapat harga rm39 je.
ha. *chicken dance*

cubalah try. best tau toner ni untuk orang pemalas macam aku.
best toner ni untuk hydration.
best toner ni untuk brighten.
yang untuk repair tu aku tak tau la dia repair apa sebenarnya. -_-
hahaha.

ini antara favourite product aku setakat ni. aku tak rasa nak tukar lagi toner. kalau tukar pun maybe aku akan pakai hada labo juga tapi yang warna merah pula. :p
tapi aku rasa toner ni akan tahan sampai hujung tahun dan kemungkinan sampai awal tahun hadapan. jadinya lambat lagi untuk aku fikir tukar toner. melainkan aku tergoda untuk beli wonder pore freshner dari etude house. kbai. 


xoxo,
zehan.


Friday, 19 April 2013

Tudung2u Banyak Tudung Lawa!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



aku sebenarnya dah lama nak post benda ni, tapi sebab aku sangat busy dan sangat penat buat aku terlupa nak post pasal tudung2u ni.
aku dah usha blog ni, perghh, lawa-lawa tudung dia, harga pun berpatutan weyh.

Selendang Butterfly Corak 
aku berkenan yang ni. 

Selendang Half Moon 2 Line 
yang ni juga 

Selendang Panjang Corak Batik 
dan yang ni 

Selendang Panjang Square Polkadots 
yang ni nampak cool jugak.

Selendang Panjang Stripes 
omaigod! this is so colorful! nice!

Selendang Panjang Corak Batik 
yang ni pun nampak sweet :D

Selendang Panjang Tribal 
omaigod! tribal is so in trend! :D

Selendang Panjang Corak Leopard 
alamak lawanya yang ni!!!

Selendang Panjang Depan Dalam 2 Color
this is quite stylo! 

Selendang Panjang Corak Depan Dalam
yang ni pun lawa weyh!

Selendang Panjang Chiffon Polkadot
aku suka polka dots!!!!

Selendang Panjang Corak Bunga
yang ni sweet lawa and its pink! 
:DDDDD

weyh serius aku dah rambang mata gila ni.
kalau korang nak tengok mana yang lawa lagi korang pergi website ni Tudung2u korang pun akan rambang mata.
harga dia pun berpatutan. wahh rambang mata weyh.
oh ya, sampai 30hb April ni ada discount 15% menggunakan code ni:

THM2013

selamat mengusha dan membeli belah.
tak rugi weyh. serius. 

sekali lagi website dia ialah www.tudung2u.com.my 



xoxo,
zehan

Tuesday, 9 April 2013

Manusia Terbuang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




ada yang ketawa bila aku kata aku hanya budak jalanan.
kerana diri aku dikatakan tidak sesuai menjadi budak jalanan.

ada yang mencebik pabila aku kata aku seorang puteri yang tanpa nama puteri.
kerana diriku tak layak bersama mereka.

seolahnya aku tidak diterima di dalam kedua-dua kelompok ini.
hanya kerana diri aku ini mempunyai sifat yang tengah-tengah.

ah.
bagaimana aku harus membuang didikan yang di ajar sedari kecil?
ah,
bagaimana aku mahu menjadi seorang puteri yang hanya di sebelah pihak?


dan pabila aku tenggelam di dunia sendiri.
bisikan-bisikan hati mengatakan,
"aku sememangnya manusia terbuang.
tidak dapat bersama siapa pun."







zehan.

Monday, 25 March 2013

~Finally 22~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




finally 22.

thanks for still supporting me to this day.
haha.

its been so long i tak cerita my daily life kat blog.
i miss my blog. i miss all of you, yang selalu baca, yang aku selalu blogwalking, yang tak selalu aku blogwalking, yang aku tak pernah blogwalking. #eh la.

22 ni rasa tua dah.
dan rasa masih tak ada pencapaian dalam hidup.
selain daripada kisah-kisah yang menjadi dugaan dalam hidup.
mungkin sijil aku adalah sijil dugaan.

aku masih serius.
aku masih garang.
aku masih comel. (sila muntah)
aku masih menulis.
aku masih membaca.
aku masih nampak.
aku masih hidup.
aku masih trauma.
aku masih single. (sajalah nak bagitau kan)
aku masih segala masih lah.

ha. gitu.

25 march 1991 - 25 march 2013

like wow.
kejapnya aku ni membesar.
dari kanak-kanak ke alam dewasa.
masa 21 tu masih acah-acah dewasa.
sekarang, 22... aku dah dewasa. 
adult.
a woman.
a lady.

ha. gitu.

happy birthday to myself.



hai korang.
ya, korang yang masih setia dengan miss m. 
aku rindu korang.


xoxo,
Miss M~

Tuesday, 19 March 2013

Review Mask: Leader InSolution AC-Dressing Skin Clinic Mask

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




hello everybody! 
haha.
hari ni nak buat review yang aku janjikan haritu. sorry lambat sebab aku agak busy these past weeks.
okay let's start!

firstly, produk ni dari korea.
yep. i mean dia jual kat malaysia tapi import dari korea.
dan seperti yang korang tau aku ni memang suka and excited gila nak guna barang-barang dari korea ni sebab aku rasa produk diorang berkualiti. (bukan aku kata produk dari negara lain tak berkualiti, cuma aku suka produk dari korea.)

oleh sebab kulit combination skin, aku minta tolong diorang suggest kat aku mask apa yang sesuai. dont worry. they are friendly! :D
diorang suggest yang ni. 

dan aku pun baca description dekat website cathy joy 
Skin Type: Oily/Combination Skin
Effects: Sebum control,Help clear dead skin cells , Reduced minor scars and troubled spots,Skin soothing
Key Features:
• Relieves troubled and sensitive skin and supplies moisture to the skin
• Lightens acne marks
• Paraben-free and dermatological tested
How to Use:
1) After cleansing, even out skin using toner. Take the mask out of its packaging, unfold and place the sheet on the face.
2) Rest and relaxing comfortably for 15-20 minutes.
3) Remove the mask and let the skin absorb the remaining essence by gently patting the skin.


okay aku copy paste. haha.
ha, mari aku review yang bebetul pula ni. 
InSolution AC-Dressing Skin Clinic Mask 25 ml 
*ini gambar yang aku ambil dari website*


*ini gambar yang aku ambil sendiri*








bagi aku, this is one of the best mask sheet that i really like.
sebab mask ni moisture, brighten dengan soften kan kulit aku.
and then aku rasa mask ni memang reduce redness aku, and walaupun tak hilangkan sepenuhnya scar aku, tapi atleast dia lighten and soften kan scar aku.

best gila pakai mask ni.
sebab korang tau tak sepanjang aku pakai mask ni, aku dapat rasa kulit aku absorb semua kandungan dalam mask tu.
and then mask tu jadi kering sebab semua moisturizer dia dah masuk dalam kulit aku. best kan? :D
serius aku tak pernah lagi jumpa mask sheet yang absorb dalam kulit.
sebab setiap kali aku tanggal mask sheet yang lain tu, mesti mask sheet tu masih basah.
yang ni mask sheet dia jadi kering, and bila aku pegang muka aku, aku dapat rasa dia lembapkan kulit.. :DD
lagi satu, bau mask ni sangat soft and relaxing. yup, sangat soft. aku suka. :)


sebenarnya aku dah try banyak mask yang jenis sheet macam ni, tapi semuanya tak ada kesan sangat, thats why aku suka pakai mask yang wash off.
tapi, mask ni lain and memang baguslah, sebab aku nampak kesan dia.

and lagi satu, masa korang keluarkan mask ni dari paket dia, korang rasa macam wah, banyaknya air )ataupun pelembap) dia.

arha i really like this mask! :D puas hati la pakai mask ni.
and yes, aku akan pakai lagi mask ni! :p

harga mask ni rm11.90
yang paling penting mask ni, no alcohol, no mineral oil, no artificial pigmentation,  no paraben... 
walaupun dia kata untuk oily/combination skin, tapi sebenarnya dia boleh je guna untuk semua skin type.
terutama yang kulit sensitif macam aku ni ha.

and then dengar-dengar cerita, mask ni tengah hangat dijual di pasaran korea,. gitu. :D

mask ni boleh beli online tau!
lagi senang dan cepat, tak payah korang menggagau nak cari nak beli kat mana.

korang boleh rujuk website cathy joy ni.

and then sekarang ni tengah ada discount untuk sesiapa yang beli.
discount code ini hanya untuk korang tau. yang tengah baca ni. shhh~

discount code: 8868

tapi hanya valid sampai 31/05/2013
apa lagi ce la order. bukan mask ni je yang ada.
mask lain pun banyak lagi kalau korang nak try. :D

apa lagi ce la try.
serius. mask ni berbaloi untuk dibeli. :D
and cuba korang try and then buat perbandingan. :D



xoxo,
zehan ilyana



Wednesday, 27 February 2013

Tak Sabar Nak Try Mask Baru =)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



dah lama aku tak update blog.

nant aku nak update pasal satu mask ni.
aku nak buat review.

ehem.
tak sabar nak try mask baru ni.
nama mask tu, Leader Insolution AC Dressing-Mask
arha!

nantikan my review yeah?
:D






zehan ilyana

Monday, 18 February 2013

...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




bertahan.
tapi keyakinan itu punah juga.
tidak mengapa.
aku akan bina semula.
walau yang tinggal hanya sisa upaya.











zehan ilyana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...